• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERKEMBANGAN SISTEM PERHUBUNGAN

Dalam dokumen Nota Geografi Tingkatan 2 (Halaman 69-75)

SUB TAJUK:

16.1 : Objektif 16.2 : Pengenalan

16.3 : Perkembangan Sistem Perhubungan Negara Malaysia

16.4 : Perbandingan Kepentingan Sistem Perhubungan di Negara Malaysia Dan Kanada

16.5 : Kesan Perkembangan Sistem Perhubungan Di Malaysia 16.6 : Langkah-langkah Untuk Mengurangkan Kesan-kesan Negatif 16.7 : Rumusan

16. 1

OBJEKTIF

Di akhir unit ini, anda akan dapat :

Menyatakan perkembangan sistem perhubungan negara Malaysia Menghuraikan perkembangan sistem perhubungan negara Malaysia

Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan perhubungan negara Malaysia Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan perhubungan negara Malaysia

Menyatakan kepentingan jaringan perhubungan

Menghiraikan kepentingan jaringan perhubungan (ekonomi, sosial, governan) Membuat rumusan tentang kepentingan perhubungan (negara Malaysia dan

Kanada) menyenaraikan kesan perkembangan perhubungan Menjelaskan kesan perkembangan perhubungan dengan contoh

Menyatakan langkah-langkah mengurangkan kesan negatif perkembangan perhubungan

Menghuraikan langkah-langkah mengurangkan kesan negatif perkembangan perhubungan

16.

2 PENGENALAN

• Di negara Malaysia, perhubungan awal bermula dengan adanya perkhidmatan pos.

• Namun, perkhidmatan pos hanya terhad dalam hal surat-menyurat.

• Kaedah ini menyebabkan maklumat yang ingin disampaikan terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke destinasinya.

• Apabila alat-alat perhubungan yang moden dan lebih efektif fungsinya tercipta, sistem perhubungan di negara Malaysia turut berkembang.

• Telefon, telegraf, teleks, dan faksimili digunakan untuk menghantar dan menerima maklumat dengan lebih cepat.

16.

3 PERKEMBANGAN SISTEM PERHUBUNGAN NEGARA MALAYSIA

• Sistem perhubungan diMalaysia berkembang pesat selepas merdeka.

• Faktor-faktor yang mempengaruhinya ialah perkembangan teknologi, dasar kerajaan, dan perkembangan sosioekonomi

• Pengenalan dan pengunaan telefon selular, komputer dan internet telah meletakkanMalaysia sebaris dengan negara maju dalam bidang teknologi maklumat.

• Alat-alat perhubungan seperti Radio,Televisyen,Telefon,dan Komputer. 1. Radio

• Bermula pada tahun 1950-an

• Beroperasi sementara di Jalan Young ( kini Jalan Cenderasari ) di Kuala Lumpur

• 1956, telah berpindah ke Rumah Persekutuan Kuala Lumpur.

• Oktober 1969, Angkasapuri dimulakan

• Radio dan televisyen digabungkan di bawah Kementerian Penerangan. 2. Televisyen

• 1963 televisyen hitam putih telah dilancarkan

• 1978 siaran berwarna dilancarkan

• Pembinaan satelit bumi di Kuantan dan Melaka, siaran langsung dari luar negeri diadakan melalui TV1 dan TV2

• TV3 ditubuhkan pada 1984 dan NTV7 pada 1998

• Satelit Malaysia MEASAT 1 dan MEASAT II dilancarkan pada tahun 1996

• Terdapat juga sebuah stesen televisyen baru iaitu ASTRO (Siaran TV Berbayar) 3. Telefon

• Bermula selepas 1960-an

• Bermula dengan kabel darat kini telah berkembang kepada kabel selular

• Semenanjung Malaysia dihubungkan dengan Sabah dan Sarawak menerusi kabel laut antara Kuantan dengan Kuching.

• Ini membolehkan sambung jauh terus dail (STD) dijalankan seluruh negara.

• Projek Kabel Pulau Pinang- Medan dan Kabel Asean menghubungkan Malaysia dengan Thailand, Singapura dan Indonesia.

• Satelit Antarabangsa iaitu Intelsat IV-A dan Intelsat V mengendalikan telekomunikasi di asia.

• Kini gentian optik telah dicipta untuk menggantikan wayar kuprum yang terhad kapasitinya.

• Bermula dengan komputer peribadi (PC)

• Alat untuk menyimpan dan memproses maklumat

• Internet diperkenalkan dengan laman web teks, visual dan audio.

• Terdapat juga e-mel dan mel elektronik

• Kerajaan telah menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC) untuk memajukan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT)

• Perkembangan ini telah memajukan pelbagai bidang seperti e-kerajaan, tele-perubatan, e-learning, e-village, e-dagang, e-sidang.

• ICT juga telah menyebabkan wujudnya kad pintar atau MyKad.

16. 4

PERBANDINGAN KEPENTINGAN SISTEM PERHUBUNGAN DI NEGARA MALAYSIA DAN KANADA

Malaysia Kanada

Semenanjung Malaysia terpisah daripada sabah dan Sarawak oleh Laut China Selatan yang

memerlukan sistem perhubungan yang baik untuk pembangunan ICT penting untuk ekonomi ICT penting dalan bidang

pendidikan contonnya Universiti Multimedia dan UNITAR

Terdapat tele-perubatan contohnya Hospital Selayang

Terdapat MSC (Multimedia Super Corridor)

MSC-Mutimedia Super Corridor terletak antara Kuala Lumpur dan KLIA.

Bandar penting ialah Putrajaya dan Cyberjaya

Menara Kuala Lumpur - Menara telekomunikasi keempat tertinggi di dunia (421m)

Berfungsi sebagai stesen transmisi untuk telekomunikasi,radio dan TV

Salah sebuah negara terbesar di dunia yang sebahagian besar kawasan utaranya terpencil ICT penting dalam ekonomi ICT semakin penting dalam

pendidikan contohnya di beberapa universiti.

Perkhidmatan tele-perubatan banyak terdapat di Kanada. Terdapat NIT (Niagara

International Teleport) NIT-Niagara International

Teleport. Terletak di Jambatan Peace antara Amerika Syarikat dan Kanada.

Bandar penting ialahFort Erie Menara CN-Menara

telekomunikasi yang tertinggi di dunia (553m)

Memberi perkhidmatan

telekomunikasi yang cepat dan cekap

16. 5

KESAN PERKEMBANGAN SISTEM PERHUBUNGAN DI MALAYSIA

Kesan-kesan Positif

1. Wujudnya dunia tanpa sempadan

Sempadan dan jarak bukan halangan untuk kegiatan ekonomi,pendidikan dan penyelidikan.

Dunia merupakan pasaran besar yang mudah didekati

Semua maklumat dan perkhidmatan boleh diakses dengan mudah,cepat dan murah

Dikenali sebagai globalisasi

2. Kegiatan ekonomi dapat diperluaskan

ICT dalam kewangan, pengangkutan, pendidikan dan pentadbiran akan lebih berkesan dan cekap

Contohnya, bank-bank telah menggunakan ICT melalui ATM 3. Perkhidmatan 'On-line' memberi banyak kemudahan

• Contohnya, boleh memperbaharui lesen memandu atau membayar bil-bil yang pelbagai di mana-mana pejabat pos yang dilengkapi dengan komputer.

4. Memberikan perkhidmatan yang baik

Penggunaan ICT dalam penerbangan,perkapalan dan kereta api memberi perkhidmatan yang lebih cepat,selamat dan mudah

Dari segi pendidikan pula, CD-ROM dan e-learning dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Kesan-kesan Negatif 1. Pengaruh budaya asing

• Proses globalisasi mendedahkan penduduk negara kita kepada budaya asing yang mungkin bercanggah dengan budaya kita.

2. Pengaruh maklumat palsu

Penyalahgunaan internet membazirkan masa dalam permainan video,'chatroom' dan sebagainya

Laman-laman web juga disogok dengan maklumat yang salah maklumat juga boleh terdedah kepada bahaya ancaman seperti diintip, dipintas, dipinda atau diolah.

Mungkin juga terjadi serangan virus yang membawa banyak kerugian 3. Pengangguran

• Penggunaan ATM boleh menyebabkan keperluan pekerja berkurangan di bank. 16.

6 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN KESAN-KESAN NEGATIF 1. Pengawalan

Dilakukan oleh pihak-pihak berkuasa

Negara kita berhati-hati dalam usaha membangunkan ekonominya dalam dunia tanpa sempadan

Salah satu caranya ialah meningkatkan taraf ICT di kalangan penduduk 2. MAMPU (Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan)

Bertanggungjawab ke atas keselamatan ICT di sektor awam

Dasar Keselamatan ICT Sektor Awam dan Standard Keselamatan ICT boleh dijadikan sebagai panduan untuk pengguna internet.

Akta Siber pula untuk mengawal penyalahgunaan ICT.Contohnya Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Undang-undang Siber Malaysia.

16.

Dalam dokumen Nota Geografi Tingkatan 2 (Halaman 69-75)

Dokumen terkait