10.1 : Objektif 10.2 : Pengenalan
10.3 : Kesan Perubahan Penduduk
• Terhadap Penerokaan Sumber Tanih • Terhadap Penerokaan Sumber Hutan • Terhadap Sumber Air
10.4 : Langkah-langkah Penerokaan Sumber Secara Terancang 10.5 : Rumusan
10. 1
OBJEKTIF
Di akhir unit ini, anda akan dapat :
• Menyenaraikan kesan-kesan perubahan penduduk terhadap penerokaan sumber iaitu, tanah, hutan dan air.
• Menghuraikan dengan contoh kesan-kesan perubahan penduduk terhadap penerokaan sumber.
• Mencadangkan langkah-langkah penerokaan sumber secara terancang.
10. 2
PENGENALAN
• Kebanyakan negara di dunia telah mengalami pertambahan penduduk secara semula jadi.
• Pada tahun 1996, jumlah penduduk dunia melebihi 5 bilion orang.
• Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan penduduk dunia akan mencapai jumlah 8.2 bilion menjelang tahun 2021.
• Perubahan penduduk ini akan membawa kesan positif dan kesan negatif terhadap penerokaan sumber, khususnya tanih, hutan, dan air.
• Dalam bab ini kita akan memahami dengan lebih lanjut kesan perubahan penduduk yang berlaku di negaraMalaysia terhadap alam sekitar.
• Penduduk dunia semakin bertambah setiap tahun.
• Banyak sumber seperti tanih, hutan, dan air yang perlu diteroka untuk memenuhi keperluan hidup.
10. 3
KESAN PERUBAHAN PENDUDUK
1. Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber Tanih Kesan positif penerokaan: Kesan negatif penerokaan: 1. Tanih digunakan untuk pertanian,
Contoh: Tanih aluvium
• Ditanam padi (Dataran Kedah-Perlis, Delta Rajang, Delta Kemubu)
• Ditanam tembakau (Dataran
Kelantan, sekitar KualaTerengganu, Chuping)
Tanih laterit
• Ditanam getah dan kelapa sawit di pantai barat Semenanjung Malaysia dan FELDA
Tanih gambut
• Ditanam nanas di Pekan Nanas, Simpang Renggam, dan Labis
Tanih pasir
• Ditanam kelapa (sekitar Bagan Datuk, Sabak Bernam, Tumpat, Pasir Putih)
2. Tanih diteroka untuk mendapatkan pasir dan lempung, contoh
• Pasir - industri pembuatan kaca
• Lempung - membuat barang-barang tembikar
• Perlombongan mendapatkan mineral - bijih timah, bijih besi,emas,
bauksit, dan kuprum
• Hakisan tanih
• Tanih tidak subur kerana pertanian secara giat - kandungan mineral dalam tanah berkurangan
• Penggunaan baja kimia dan racun serangga mengakibatkan pencemaran air dan mengancam hidupan akuatik
• Pembakaran jerami padi
membebaskan gas metana yang dapat meningkatkan suhu bumi
2. Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber Hutan Kesan positif penerokaan: Kesan negatif penerokaan: • Pembalakan menjadi sumber pendapatan
kerajaan -hutan hujan tropika kaya dengan kayu keras yang bernilai tinggi seperti meranti, cengal, merbau yang digunakan dalam industri perabot dan dieksport.
• Hutan ditebang untuk dijadikan kawasan petempatan, pengangkutan, dan pusat rekreasi.
• Pertanian - Rancangan Tanah Kerajaan (FELDA)
• Menjana kuasa hidroelektrik
• Hakisan air larian permukaan
• Spesies flora diancam kepupusan - orkid, rafflesia
• Spesies fauna diancam kepupusan - orang utan, gajah, dan badak sumbu
• Permukaan tanih menjadi tandus
• Hakisan tanih
• Kemusnahan hasil hutan
• Banjir
• Mengurangkan kawasan tadahan
3. Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber Air Kesan positif penerokaan: Kesan negatif penerokaan: • Sumber air minuman dan
perindustrian – Empangan Klang Gate
• Air digunakan untuk pengairan – Rancangan Pengairan Sungai Muda dan Rancangan Pengairan Sungai Kemubu
• Menjana kuasa hidroelektrik - Empangan Kenyir, Chenderoh, Batang Ai
• Mengawal banjir - Empangan Temenggor
• Pencemaran sungai - Sungai Klang
• Penduduk di pedalaman hilang tempat tinggal
• Pemusnahan hutan
• Banjir di kawasan petempatan
• Pembinaan empangan kuasa
hidroelektrik menyebabkan kawasan sekitarnya ditenggelami air
10.
4 LANGKAH-LANGKAH PENEROKAAN SUMBER SECARA TERANCANG
Sumber tanih:
• Kawasan tidak subur dibaja dengan baja kimia
• Kawasan paya ditebus guna untuk penanaman padi - Sungai Manik, Perak dan Paya Besar, Pahang.
• Bekas lombong dan kawasan paya ditebus guna dan dijadikan kawasan pertanian - Lembah Kinta, Ipoh di Perak
Sunway Lagoon, Desa Waterpark
• Kawasan lombong dijadikan tapak perumahan - Rawang, Puchong, Bandar Sunway di Selangor
• Menambak kawasan laut - Bandar Hilir, Melaka
• Penanaman berteres dan secara hidroponik
• Penggunaan teknik pertanian yang moden, iaitu menggunakan benih bermutu tinggi, baja kimia, dan racun serangga
• Hakisan tanih dapat dikurangkan dengan i. membaiki sistem perparitan ii. menanam tanaman tutup bumi Sumber hutan:
• Mewartakan hutan simpan dan taman negara untuk melindungi tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar - Taman Negara Pahang, Hutan Simpan Sepilok, Hutan Simpan Endau-Rompin, Taman Negara Banjaran Crocker, dan Taman Negara Bako.
• Projek ladang hutan - Bukit Tinggi, Pahang (untuk memastikan bekalan balak masa depan berterusan)
• Ladang jati diwujudkan di Perlis dan Kedah bagi menghasilkan kayu bermutu tinggi
• Bekas lombong ditebus guna dan ditanam pokok akasia – Batang Berjuntai, Selangor
• Rawatan silvikultur - pokok-pokok berharga dibiarkan tumbuh manakala pokok-pokok tidak bernilai ditebang
• FRIM menjalankan penyelidikan untuk menentukan spesies pokok-pokok cepat tumbuh dan bermutu seperti akasia, batai, dan sesenduk
• Menguatkuasakan undang-undang - Undang-undang Perhutanan Negara (Pindaan 1993) dan Enakmen Industri Berasaskan Kayu (1985) untuk mengawal pembalakan haram
• Kempen kesedaran dan kitar semula - Persatuan Pencinta Alam (MNS) Sumber air:
• Kawasan tadahan hujan dipelihara, iaitu tidak membenarkan kawasan hutan di tempat ini ditebang
• Mengawal kualiti air sungai dengan membersihkan dan mendalamkan sungai serta mendenda kilang yang mencemarkan sungai
• Kempen kesedaran - kempen "Cintailah Sungai Kita"
• Memastikan sistem saluran air bersih ke rumah dan kilang teratur
• Menguatkuasakan undang-undang - Akta Kawalan Pencemaran Air
10. 1
RUMUSAN
Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber Kesan Penerokaan Sumber
Air Hutan Tanih
Kesan positif Kesan positif Kesan positif
• Meningkatkan penerokaan air untuk kegunaan domestik, dan industri, • Pembalakan dan industri berasaskan kayu bertambah • Hasil tanamandan perlombongan bertambah
Kesan negatif Kesan negatif Kesan negatif
• Hutan musnah
• Banjir di kawasan petempatan dan pertanian
• Pencemaran air
• Flora dan fauna diancam kepupusan
• Ketandusan tanih
• Pencemaran air dan banjir
• Kawasan tadahan hujan terjejas
• Tanih tidak subur
• Peningkatan suhu atmostera dan pencemaran
Langkah-langkah Penerokaan Sumber Secara Terancang
Air Hutan Tanih
• Mengawasi kawasan tadahan hujan
• Mengawal kualiti air
• Mencari punca air alternatif • Kempen "cintailah Sungai Kita" • Mengawal kebocoran paip • Menubuhkan ladang hutan dan ladang jati
• Menebus guna bekas lombong dan paya
• Rawatan silvikultur
• Mewartakan hutan simpan dan taman negara
• Penguatkuasaan undang-undang
• Mewartakan hutan lipur
• Kitar semula kertas
• Menambahkan baja • Menebus guna bekas lombong dan paya • Menambak pinggir laut • Tanaman berteres • Tanaman hidroponik • Teknik pertanian moden
TEMA 4 : DINAMIK PENDUDUK