Reformasi yang membelenggu bangsa Indonesia menimbulkan dua persoalan utama. Persoalan utama ialah apakah proses demokrasi akan berlanjutan sehingga proses penyatuan demokrasi yang didasarkan lima syarat seperti yang dikemukakan Juan J. Linz & Alfred Stefan disepakatinya demokrasi secara bersama? Sementara itu, persoalan kedua pula adalah apakah bangsa ini boleh bertahan hidup dalam situasi ini? Perkara yang memburukkan lagi keadaan ialah ketidakmampuan kita menjawab secara positif salah satu persoalan ini, atau kedua-dua persoalan yang dikemukakan ini. Apatah lagi kekedua-dua-kedua-duanya saling berkaitan secara negatif. Demokrasi seolah-olah terpenjara disebabkan oleh dasar keperluan untuk menjaga kewujudan Republik. Bahkan ketidakmampuan untuk menjawab persoalan ini boleh mengambarkan demokrasi tidak mampu membantu bagi kelangsungan hidup bangsa. Sebagai contoh, pemilihan kepala daerah yang dilakukan secara langsung dari segi tujuannya jelas adalah sangat baik. Antara lain ini dapat memperkukuhkan legtimasi kepemimpinan gabenor, bupati, dan wali kota
melalui pemilihan secara langsung. Pemilihan ini baru pertama kali dilaksanakan dalam sejarah Republik Indonesia ( A.A. Oka Mahendra, 2005 ).
Pilihan raya Kepala Daerah secara langsung ini, sebenarnya sudah bermula sebelum reformasi atau secara tepatnya wujud ketika era orde lama. Menurut Joko J.
Prihatmoko ( 2005 ) ini berdasarkan Undang –Undang Nomor 1 Tahun 1957 tentang Pemerintahan Daerah. Pada bahagian penjelasan (Ad. 3) Undang-Undang Nomor 1 Tahun 1957 dijelaskan bahawa :
Secara asasnya seorang Kepala Daerah itu haruslah seorang yang dekat dan dikenali oleh masyarakat daerah yang berkaitan. Ini kerana Kepala Daerah seharuslah seseorang yang mendapat kepercayaan daripada rakyat tersebut dan menyerahkan kekuasaan atas kepercayaan rakyat itu. Sehubungan itu, maka satu-satunya jalan untuk memenuhi maksud tersebut ialah Kepala Daerah itu seharuslah dipilih secara langsung oleh rakyat dari Daerah yang berkaitan. ( hlm. 52 )
Dalam Undang-Undang Nomor 1 Tahun 1957, Kepala Daerah harus dipilih secara langsung oleh rakyat. Atas dasar itu, jika dibandingkan dengan undang-undang terdahulu dan selepasnya, nuansa demokrasi dalam erti lain akan membuka akses kepada rakyat untuk terlibat sama. Ini terutamanya melibatkan pemilihan Kepala Daerah seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Nomor 1 Tahun 1957.
Berdasarkan penerangan ini, sistem pilihan raya Kepala Daerah secara langsung dalam Undang-Undang Nomor 1 Tahun 1957 sebenarnya merupakan pengenalan dalam pentas politik. Ini kerana secara empirikalnya hal ini belum dapat dilaksanakan ( Joko J. Prihatmoko, 2001 ).
Seterusnya, ketika pascareformasi pilihan raya Kepala Daerah secara langsung akan dilaksanakan kembali. Ini bersesuaian dengan dinamika politik dan pindaan Undang-Undang Dasar Negara Republik Indonesia Tahun 1945. Dasar-dasar
perundangan pilihan raya Kepala Daerah secara langsung telah penulis kemukakan dalam huraian di atas.
Menurut Smith, seperti yang dikutip oleh Tri Ratnawati ( 2003 ), tujuan desentralisasi atau autonomi daerah melibatkan pendidikan politik, latihan kepemimpinan politik, memelihara kestabilan, mencegah penumpuan kekuasaan di pusat, memperkuatkan akauntabiliti umum dan meningkatkan kepekaan golongan elit politik terhadap keperluan masyarakat.
Berdasarkan daripada tujuan desentralisasi tersebut, maka Lili Romli ( 2005 ) mengatakan bahawa pilihan raya Kepala Daerah langsung pada secara gilirannya akan memberikan pendidikan politik kepada rakyat di daerah untuk memilih dan menentukan pemimpinnya tanpa adanya campur tangan daripada sesiapapun, termasuklah pemerintah pusat/ atau golongan elit politik di peringkat pusat. Kedua, mencipta satu pola perekrutan pemimpin pada peringkat lokal dengan standard yang jelas. Melalui pilihan raya langsung maka akan terjadi perekrutan pimpinan politik di peringkat daerah ( lokal ) dan bukannya datang daripada pusat.
Ketiga, rakyat turut serta secara langsung dalam pemilihan kepimpinannya. Melalui penglibatan rakyat secara langsung ini secara gilirannya akan meningkatkan pendemokrasian pada peringkat lokal, apabila rakyat benar-benar memiliki kuasa.
Seterusnya, keempat akan dapat mencegah penumpuan kekuasaan. Ini kerana tumpuan utama kekuasaan tidak lagi tertumpu di peringkat pusat tetapi beralih ke daerah-daerah. Kelima, Kepala Daerah akan lebih mudah memberi tindak balas dan peka terhadap tuntutan dan aspirasi masyarakat di daerah. Hal ini sebagai kesan daripada program dan janji yang disampaikan pada ketika kempen pilihan raya Kepala Daerah. Terdapat beberapa tujuan pilihan raya Kepala Daerah tersebut diadakan. Antaranya dari aspek kemasyarakatan yang antara lain digunakan sistem
pilihan raya kepala daerah secara langsung pada era pascareformasi. Namun, secara realitinya, dalam pelaksanaan pilihan raya Kepala Daerah secara langsung sejak Jun 2005 lalu muncul pelbagai konflik yang tercetus dan ini menjejaskan proses demokrasi itu sendiri.
Berdasarkan hasil pungutan suara, pilihan raya Gabenor dan Wakil Gabenor Provinsi Maluku Utara tahun 2007 telah dilaksanakan pada 16 November 2007.
Hasilnya, surat Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya Provinsi Maluku Utara bertarikh 1 November Nomor 20/KEP/PGWG/2007 telah diterbitkan pada 16 November 2007.
Namun, Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya Propinsi Maluku Utara bertarikh 16 November 2007 Nomor 20/KEP/PGWG/2007, tersebut telah mengundang protes daripada beberapa orang pasangan calon beserta para penyokongnya ( Akbar Malut Post Ternate, November 2007 ).
Menurut mereka, surat keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya Propinsi Maluku Utara tidak sah dalam aspek perundangan. Mereka memberikan alasan bahawa sebenarnya sidang pleno pada 16 November 2007 tidak berjaya melaksanakan pungutan suara dan keputusan yang diterima dianggap buntu.
Golongan ini tidak dapat menerima keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya Maluku Utara tersebut dan seterusnya melakukan demonstrasi secara besar-besaran.
Kumpulan ini melibatkan penyokong dr.Abd.Gafur – H.Abd.Rahim Fabanyo.
Mereka membakar Bangunan Pejabat Institusi Perencanaan Pembangunan Daerah Propinsi Maluku Utara dan melempar batu ke Bangunan Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Provinsi Maluku Utara ( Akbar Malut Post Ternate, November 2007 ).
Menurut A.A. Oka Mahendra ( 2005 ), sebenarnya jika ditinjau kembali di peringkat akar umbi, pilihan raya presiden dan wakil presiden telah berlangsung dengan aman dan berjaya di Bengkulu. Oleh itu timbul beberapa persoalan iaitu:
1. Kenapakah ketika pilihan raya Kepala Daerah berlakunya konflik?
2. Apakah sebenarnya punca berlakunya rusuhan?
3. Adakah punca rusuhan disebabkan kekuasaan, tertib demokrasi ataupun dendam yang mendalam?
Di samping itu, timbul juga persoalan bahawa warga Indonesia di sana masih belum matang, iaitu tidak mengenal erti menghargai dan menghormati orang lain. Oleh itu, rusuhan dan kekerasan yang terjadi perlu dicari puncanya. Pasti ada sebab musabab yang membawa kepada pergolakan ini. Oleh itu, timbul persoalan tentang perkara yang berlaku ini serta menyebabkan timbulnya rasa marah kumpulan demonstrasi ini.
Masih terdapat lagi beberapa kes di beberapa daerah lain yang mempunyai masalah yang berbeza. Namun perlu diingat, bahawa kedamaian dan ketertiban negara tercinta ini berada di tangan rakyat negara itu sendiri dan bukannya di tangan negara lain. Ini telah menimbulkan beberapa persoalan tentang kekacauan yang berlaku . Antaranya ialah punca sebenar memuncaknya keganasan ini dan sebab musabab nafsu amarah ini merasuk anak bangsa ini? Begitu juga, mengapa apabila kalah, muncul pemikiran negatif bahawa mereka yang menang pilihan raya Kepala Daerah pastinya tidak telus? Jawapannya, mungkin lebih menyedihkan. Motif dan keinginan untuk melakukan huru-hara dan kemusnahan itu boleh menyebabkan asas kepada kerosakan psikologi yang jauh dan mendalam dalam struktur sosial.
Kesihatan mental anak bangsa rosak kerana kehilangan pegangan serta teladan dalam kehidupan.
Hal ini penting kerana Indonesia pernah dinobatkan sebagai salah satu daripada tiga buah negara demokrasi terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat dan India. Apatah lagi majoriti penduduk Indonesia beragama Islam. Indonesia juga merupakan sebuah negara demokratik terbesar di rantau ini. Namun, semua ini tiba-tiba lenyap seketika disebabkan peristiwa yang berlaku.
Selain itu, Indonesia telah mendapat pujian dan sanjungan daripada pelbagai bangsa di dunia. Ini kerana bangsa ini telah mampu mengendalikan pilihan raya presiden dan wakil presiden secara langsung melalui dua pusingan pilihan raya.
Namun, semua imej ini tercalar disebabkan peristiwa buruk yang berlaku di Bengkulu. Apatah lagi, Bengkulu bukan merupakan daerah pertama yang melaksanakan pilihan raya Kepala Daerah. Tempat-tempat lain yang berjaya melaksanakan pilihan raya Kepala Daerah secara aman, tertib, dan damai ialah pemilihan Gabenor Provinsi Riau, pilihan raya Gabenor Kalimantan Timur, pilihan raya Gabenor Jawa Timur serta pilihan raya Wali Kota Tarakan. Rakyat di seluruh negeri cukup berbangga dengan kejayaan pelaksanaan dalam pilihan raya presiden yang dipuji seluruh dunia ( A.A. Oka Mahendra, 2005 ).
Berdasarkan rentetan peristiwa di atas dapatlah dirumuskan, bahawa dalam pelaksanaan pilihan raya Kepala Daerah di Indonesia telah berlakunya beberapa konflik . Konflik yang tercetus ini berlaku dalam pelbagai bentuk. Antara isu yang timbul ialah:
a. terjadinya perbezaan pentafsiran dari segi undang-undang ke atas keputusan pilihan raya Kepala Daerah;
b. terdapatnya pasangan calon yang tidak mahu menerima keputusan pilihan raya Kepala Daerah. Mereka mencetuskan protes bersama- sama kumpulan penyokongnya;
c. pihak yang mengendalikan pilihan raya Kepala Daerah tidak faham aspek perundangan dalam pilihan raya Kepala Daerah. Ini telah mencetuskan berlakunya konflik pada peringkat Panitia Pungutan Suara, dan Panitia Pemilihan Kecamatan yang secara aspek perundangan yang tidak dapat diselesaikan;
d. keputusan pilihan raya Kepala Daerah dianggap tidak sah dari segi undang-undang;
e. timbulnya isu politik wang;
f. adanya pasangan calon yang tidak dapat menerima kekalahan;
g. adanya penggelembungan suara;
h. salah tafsir tentang penggunaan kad penduduk sebagai bukti untuk mengundi;
i. adanya pemilih memiliki lebih daripada satu kad pemilih yang akan digunakan pada pungutan suara, namun sebaliknya ada pula yang tidak mendapatkan kad pemilih;
j. salah tafsiran dalam mengimplementasikan peraturan perundangan pilihan raya Kepala Daerah.
Oleh itu, berdasarkan kepada sepuluh isu tersebut di atas, kajian ini hanya mengambil tiga isu sahaja sebagai isu utama dan penting yang boleh dijadikan pencetus kepada konflik pilihan raya Kepala Daerah di Indonesia. Isu tersebut ialah terdapatnya perbezaan pentafsiran dalam aspek perundangan ke atas keputusan pilihan raya Kepala Daerah,, salah tafsiran dalam mengimplementasikan peraturan perundangan pilihan raya Kepala Daerah dan pihak yang mengendalikan pilihan raya Kepala Daerah tidak memahami peraturan perundangan pilihan raya Kepala Daerah. Ini terutamanya melibatkan aspek teknikal dalam aspek perundangan yang
mencetuskan konflik pada peringkat Panitia Pungutan Suara serta Panitia Pemilihan Kecamatan tidak dapat diselesaikan.
Oleh itu, berdasarkan ketiga-tiga isu tersebut penyelidik berpendapat bahawa isu ini layak dikelaskan sebagai isu undang-undang, yang terangkum dalam ruang lingkup “Kekeliruan Perundangan”. Secara umumnya, ini merupakan sumber konflik terpenting dalam pilihan raya Kepala Daerah di Indonesia. Di samping itu, penyelidik hanya membataskan pembahasan kepada kekeliruan perundangan sahaja.
Ini kerana pengetahuan penyelidik hanya berdasarkan kajian-kajian terdahulu, secara relatifnya belum ada kajian yang membahaskan secara terperinci tentang kekeliruan perundangan dalam pilihan raya Kepala Daerah di Indonesia. Kajian-kajian yang telah wujud pada masa sekarang lebih memfokuskan kepada isu politik dan demokrasi sebagai sumber konflik pilihan Kepala Daerah.
Berdasarkan alasan ini, maka dalam kajian ini penyelidik ingin mengetahui secara lebih mendalam tentang kekeliruan perundangan yang merupakan sumber konflik terpenting dalam proses pilihan raya Kepala Daerah di Indonesia. Oleh itu, penyelidik telah meneliti salah satu kes, iaitu “Pilihan raya Gabenor dan Wakil Gabenor Provinsi Maluku Utara Tahun 2007 di Ternate Provinsi Maluku Utara”.