KEKELIRUAN PERUNDANGAN DAN MASALAH PILIHAN RAYA KEPALA DAERAH BAGI JAWATAN
GABENOR DI INDONESIA PASCA REFORMASI : KAJIAN KES 2007 DI TERNATE PROVINSI
MALUKU UTARA
Oleh
W A H I D I N
Tesis Dikemukakan Kepala Sekolah Ghazali Shafie Siswazah Kerajaan, Universiti Utara Malaysia Sebagai Memenuhi Keperluan
Untuk Ijazah Doktor Falsafah
KEBENARAN MERUJUK TESIS
Tesis ini dikemukakan sebaga memenuhi sebahagian daripada pengijazahan ijazah Doktor Falsafah, Universiti Utara Malaysia ( UUM ). Saya bersetuju membenarkan pihak perpustaan UUM mempamerkannya sebagai bahan rujukan. Saya juga bersetuju bahawa sevarang bentuk salinan sama ada secara keseluruhan mahupun sebahagian daripada tesis ini untuk tujuan akademik adalah dibolehkan dengan kebenaran penyelia tesis atau Dekan Penyelidikan dan Pengajian Siswazak Kolej Undang-Undang. Kerajaan dan Pengajian Antarbangsa. Sebarang bentuk salinan dan cetakan bagitujuan komesial dan membuat keuntungan adalah dilarang sama sekali tanpa kebenaran bertulis daripada penyelidik. Pernyataan rujukan kepada penulis dan UUM perlulah dinyatakan jika sebarang bentuk rujukan dibuat ke atas tesis ini.
Kebenaran untuk menyalin atau menggunakan tesis sama ada secara keseluruhan atau sebahagian daripadanya hendaklah dipohon melalui :
Dekan Penyelidikan dan Pengajian Siswazah
Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarbangsa Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok Kedah Darul Aman
ABSTRAK
Pelaksanaan pilihan raya Kepala Daerah secara langsung mulai Jun 2005 adalah selaras dengan Undang-Undang Nomor 32 Tahun 2004. Undang-undang Ini berkaitan dengan Pemerintahan Daerah yang diguna pakai sebagai landasan perundangan, khususnya dalam pelaksanaan pilihan raya Kepala Daerah secara langsung. Namun, pilihan raya Kepala Daerah secara langsung yang buat pertama kali diperkenalkan dalam sejarah Republik Indonesia telah mencetuskan konflik di sebahagian daerah yang tertentu. Konflik tersebut bermula dengan tindakan demonstrasi membantah proses pemilihan sehingga berlakunya pertikaian yang berlarutan. Kajian ini ingin menyelidiki secara lebih mendalam sama ada kekeliruan perundangan merupakan sumber konflik terpenting dalam pilihan raya Gabenor dan Wakil Gabenor Provinsi Maluku Utara Tahun 2007 atau tidak. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kekeliruan perundangan pilihan raya Gabenor dan Wakil Gabenor Provinsi Maluku Utara Tahun 2007. Kajian dilaksanakan dengan cara mengambil kes di Ternate, sebuah Provinsi di Maluku Utara. Penyelidikan dilaksanakan dengan cara menggunakan penyelidikan kualitatif melalui teknik temu bual, dipandu dengan kajian aspek perundangan, perpustakaan, serta data-data yang berkaitan dengan penyelenggaraan pilihan raya Gabenor dan Wakil Gabenor Provinsi Maluku Utara Tahun 2007. Kajian ini turut menggunakan kerangka teori Sistem Undang-Undang ( Legal System ) Lawrence Mier Friedman dalam konteks penguatkuasaan undang-undang. Kajian ini mendapati bahawa penyebab kekeliruan perundangan dalam pilihan raya Gabenor dan Wakil Gabenor Provinsi Maluku Utara, ialah para penganjur pilihan raya tersebut tidak memahami dan menyalahtafsirkan peraturan perundangan pilihan raya Kepala Daerah. Selain itu, hal ni terjadi kerana kurangnya koordinasi antara Suruhanjaya Pilihan Raya Provinsi Maluku Utara dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat pada satu pihak dengan Panitia Pengawas Pilihan Raya Provinsi Maluku Utara pada satu pihak yang lain. Tambahan pula, ketika itu, Badan Pengawas Pilihan Raya pada peringkat Pusat belum lagi terbentuk secara kekal. Kesimpulannya, dapatan kajian ini diharap dapat membantu para penggubal undang-undang pemilihan umum Kepala Daerah. Ini kerana kekeliruan perundangan boleh mula tercetus disebabkan oleh ketidaksempurnaan penggubalan undang-undang dan pentafsiran undang-undang tersebut oleh pihak penguat kuasa.
Kata kunci : Kekeliruan, Pemilihan Umum, Undang-Undang, Kasus, Kepala Daerah
The general election of the district head has been conducted since Juni 2005 in line with Act No. 32 of 2004. This Act to district governance provide the judicial basis for the implementation of general election of the distrik head directly. The problem was that the election of the district head the was done for the first time in the history of the Republik Indonesia obviously brought about conflicts in some districts. The conplicts began with acts of demonstration resulting in hostility. This study attempted to investigate further if mistake of laws was an important source of conflict in the general election of the Governor and Deputy Governor of the province of Malut (Maluku) = North Molaccas) in 2007. The study with aimed to identify the factors which set off the legal mistake in general of the Gavenor and Deputy Gavenor of the Malut province in 2007 was carried out taking the case of Ternate, a province in North Maluku. It used qualitative research embracing the techniques of interview, comparative legal perspectives, library research, and data related to organizing the general election of the Gavenor and Deputy Govenor of Malut in 2007. The study was further aided by the legal framework of Lawrence Mier Friedman providing the theoretical underpinning in the context of law enforcement. The study found that the cause of the legal mistake in the general election of the Gavenor and Deputy Gavenor of the province of North Maluku was the fact that the organizers of the election did not understand, and misinterpreted the laws and regulations concerning the general election of district heads. Also, the failure to understand and correctly interpret the statutes on the part of the organizers was the outcome of the lack of coordination between the Office Election at Maluku Utara level and the Office of General Election at the central level on the other hand, and the Supervisor Of General Election of the province of Maluku Utara on the hand. In addition, at that time a permanent Board of Supervisors of General Election at the central level had not yet emerged. To conclude, it is hoped that the findings of this study would be able to enlighten the understanding of both the law maker and the anforcers alike pertaining to general election of district heads since legal confusion can be set in motion due to imperfections in legislation and its interpretation.
Keyword : Confuse, election, law, case, head of region.
PENGHARGAAN
اَذِإَو ۖ ْمُكَل ُ َّاللَّ ِحَسْفَي اوُحَسْفاَف ِسِلاَجَمْلا يِف اوُحَّسَفَت ْمُكَل َليِق اَذِإ اوُنَمآ َنيِذَّلا اَهُّيَأ اَي اوُزُشْناَف اوُزُشْنا َليِق ُ َّاللَّ ِعَفْر ََ
ۚ ٍتاَجَرَد َمْلِعْلا اوُتوُأ َنيِذَّلاَوْمُكْنِم اوُنَمآ َنيِذَّلا
ريِبَخ َنوُلَمْعَت اَمِب ُ َّاللََّو
“Hi orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: ‘berlapang-lapanglah dalam majelis’, maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberikan kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan; ‘Berdirilah kamu’, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang di
beri ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah maha mngetahui apa yang kamu kerjakan,”
(Q.S Al-Mujadilah, 58; 11)
Terlebih dahulu saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran dan pujian kepada Allah SWT atas limpah kudrat dan karunia-NYA sehingga tesis ini dapat diselesaikan.
Shalawat dan salam kepada baginda Nabi Muhammad SAW besrta keluarga dan sahabat hingga akhir zaman.
Pada ruangan ini ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada individu-individu yang terlibat secara langsung atau tdak langsung terhadap pembikinan tesis ini. Pertama-tama penghargaan tidak terhingga kepada Penyelia saya iaitu Yang Berbahagia Profesor Dr. Mohamed Mustafa Ishak, iaiu Naib Conselor Universiti Utara Malaysia. Beliau merupakan paling penting dalam membantu menyelesaikan tesis ini dari awal hinggalah dapat diselesaikan. Kesediaan beliau meluangkan waktu dari aspek proses penemuan penyelidikan dan petunjuk-petunjuk motivasi, sokongan dan komitmen beliau yang tidak jemu-jemu menjadi sumber menjadi sumber inspirasi
boleh membalas jua.
Penulis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada segenap pimpinan di peringkat Universita Islam Riau di Pekanbaru yang telah membantu dan mendorong punulis untuk secepatnya menyelsaikan tugas belajar ini.
Seterusnya, penulis mengucapkan ribuan terimakasih kepada Bapak Soeparno, SH, Bapak Ketua Pengadilan Tinggi Padang (Sumatera Barat ) yang telah memberikan izin kepada saya untuk mengikuti pendidikan Program Doktor ( S.3 ) Kerjasama Universitas Islam Riau dengan Universiti Utara Malaysia. Kemudian kepada Bapak I.
Ketut Gede, SH. MH., Ketua Pengadilan Tinggi Jambi,\ dan Rekan-rekan Hakim Pengadilan Tiggi Jambi yang membantu dan memberi kesempatan dan waktu mendorong penulis untuk secepanya menyelesaikan pendidikan ini.
Penulis juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada istri tercinta, Hj. Hartety yang setiap saat mendampingi dan mendorong saya dan ananda tersayang Wandi Ardha, SE., David Effendi, SH, MH, Celianawati, ST./anak menantuku Naradheni Panji Setiawan, ST dan Ananda Ilfi Rakhmi, SP. MM yang dengan tulus memahami pekerjaan yang sedang saya kerjakan selama ini sehingga tesis boleh selesai.
Kepada Ibunda Sinorbani (Alm dan Ayahnda Katah (Alm) tercinta, semoga karya ini boleh menjadi persembahan ke atas pengabdian saya kepada bedua.
Kepada kawan-kawan seperjuangan semuanya saya rakamkan penghargaan dan terima kasih. Mudah-mudahan ilmu yang kita peroleh di Universiti Utara Malaysia (UUM) akan bermanfaat untuk UIR Riau dan Indonesia.
Akhir kata, segala kesalahan yang terdapat dalam tesis ini merupakan tanggung jawab saya sebagai penulis.
( Wahidin )
vi
KANDUNGAN TESIS
Mukasurat ABSTRAK (BAHASA MALAYSIA). ………
ABSTRAK (BAHASA INGGRIS). ……….
KANDUNGAN TESIS….………...
SENARAI GAMBAR. ………...………...………
SENARAI RAJAH ……….………..
SENERAI JADUAL. ………...……….
SENARAI LAMPIRAN. ………..
SENARAI ISTILAH. ………...….
iv v vi ix x xi xii xiii
BAB. 1. PENDAHULUAN……….. 1
1.1. Pengenalan. ………. 1
1.2. Pernyataan Masalah. ……….. 8
1.3. Persoalan Kajian. ………... 14
1.4. Objektif Kajian. ………. 15
1.5. Kepentingan Kajian. ……….. 16
1.6. Metode Penyelidikan... ……….. 16
1.6.1. Rekabentuk Penyelidikan. ……….. 16
1.6.2. Lokasi Penyelidikan. ……….……….. 18
1.6.3. Kaedah Penentuan Pemberi Maklumat. ………….. 20
1.6.4. Skop Penyelidikan. ……….. 24
1.6.5. Kaedah Pengumpulan Data ………. 24
1.6.6. Instrumen Pengumpulan Data.………..…... 25
1.6.7. Kaedah Analisa Data ………..……. 25
1.7. Struktur Tesis. ……… 27
1.8. Rumusan. ……….….……….. 28
BAB. 2. KERANGKA TEORI DAN DEFINISI KONSEP.………….. 29
2.1. Pengenalan. ………... 29
2.2. Kajian-kajian Terdahulu……….... 2.3. Teori Penguatkuasaan Undang-undang. ………... 29 37 2.3.1. Subsistem Bahan Undang-Undang. ………... 43
2.3.2. Subsistem Struktur Undang-Undang... 2.3.3. Subsistem Budaya Undang-Undang... 2.3.4. Subsistem Penggubal Undang-Undang... 48 53 57 2.4. Pilihan Raya Kepala Daerah Secara Langsung……... 67
2.4.1 Tata Cara PencalonanKepala Daerah... 67
2.4.2 2.3.3. Tatatertib Kampanye………... 71
2.4.3 2.3 Pemungutan dan Pengiraan Suara………... 72
2.4.4 Pengiraan Suara Balik Semula………. 77
2.4.5 Ketidakpuasan Pungutan dan Pengiraan Suara. …. 79 2.4.6 Tata Cara Pengajuan Upaya Undang-Undang Ketidakpuasan. ………... 80 2.4.7. Tata Cara Pelaksanaan Keputusan Mahkamah. 84 2.4.8. Penetapan Calon Terpilih dan Pelantikan 88
vii
2.5. Penyelenggara Pilihan Raya ………... 90
2.6 Badan Pengawas Pilihan Raya... 110
2.7. Undang-Undang Acara Mahkamah Perlembagaan……... 124
2.7.1 Ketentuan-ketentuan Umum... 126
2.7.2 Pertikaian Kekuasaan Badan Negara. ……….. 130
2.8. Definisi Konsep 132
2.9. Rumusan 141
BAB. 3. LATAR BELAKANG PEMILIHAN KEPALA DAERAH LANGSUNG. ……… 143
3.1. Pengenalan. ………. 143
3.2. Latar Belakang Pemilihan Kepala Daerah. ……… 143
3.2.1. Zaman Kolonial Hindia Belanda……….. 143
3.2.2. Zaman Kolonial Jepun... ……… 146
3.2.3. Masa Orde Lama……….. 148
3.2.3.1. Undang- Undang Nomor 1 tahun 1945…... 148
3.2.2.2 Undang-Undang Nomor 22 Tahun 1948…. 150 3.2.3.3. Undang- Undang Nomor 1 tahun 1957. ….. 152
3.2.3.4. Penetapan Presiden Nomor 6 tahun 1959…. 156
3.2.3.5. Undang- Undang Nomor 18 tahun 1965. … 158 3.2.4. Masa Orde Baru. ……….. 3.2.5. Era Reformasi. ………... 161 165 3.4. Rumusan. ……… 168
BAB. 4. TRANSFORMASI PERUNDANGAN PIIHAN RAYA KEPALA DAERAH PASCA REFORMASI……… 172
4.1. Pengenalan. ……….. 172
4.2. Pindaan Perlembagaan. …..………... 172
4.2.1. Justifikasi Pindaan……….……… 172
4.2.2. Latar Belakang Pindaan. ……….... 173
4.2.3. Tujuan Pindaan. ………. 4.2.4. Pindaan Perlembagaan 1945………... 178 179 4.3. Transformasi Perundangan PilihanRaya Kepala Daerah... 183
4.3.1. Pilihan Raya Kepala Daerah Secara Langsung. …… 189
4.4. Potensi Konflik Pilihan Raya Kepala Daerah Langsung... 193
4.5. Rumusan. ……… 204
BAB. 5. HASIL PENGIRAAN BALIK SEMULA SUARA BAGI PEMILIHAN GABENOR DAN WAKIL GABENOR MALUKU UTARA DAN PERMASALAHANNYA 206 5.1. Pengenalan. ………. 206
5.2. Proses Penggulungan Perhitungan Suara………. 206
5.2.1. Suruhanjaya Pilihan Raya Provinsi Maluku Utara.... 206
5.2.2. Pengambilalihan Penggulungan Pengiraan Suara. 209 5.3. Kemelut Di Suruhanjaya Pilihan Raya Provinsi Maluku Utara. .………. ……… 216
5.3.1. Pemberhentian M. Rahmi Husen dan Ir. Nurbaya… 216
viii
5.3.2. Keujudan M. Rahmi Husen dan Ir. Nurbaya …….. 219
5.3.3. Pelantikan Sdr. Muchlis Tapi-Tapi………... 227
5.4. Pungutan Suara Balik Semula. ………... 231
5.4.1. Versi Pertama oleh M. Rahmi Husen……….. 232
5.4.2. Versi Keda oleh Muchlis Tapi-Tapi……… 236
5.5. Usulan Pengesahan Pengangkatan Gabernor dan Wakil Gabernor Provinsi Maluku Utara... 240
5.5.1. Versi Pertama Usulan Ketua DPRD……… 241
5.5.2. Versi kedua Usulan oleh Wakil Ketua DPRD…… 242
5.6. Keabsahan Penetapan Drs. H. Thaib Armaiyn dan KH. Abd. Gani Kasuba Sebagai Guberur dan Wakil Gubernur Provinsi Maluku Utara Periode 2008-2013….. 250
5.7. Rumusan. ……… 263
BAB. 6. FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEKELIRUAN PERUDANGAN. ………. 268
6.1. Pengenalan. ………. 268
6.2. Salah Tafsir Undang-Undang……….. 268
6.3. Undang-Undang Tidak Lengkap………. 277
6.4. Pertindihan Undang-Undang……… 284
6.5. Tidak Paham Undang-Undang. ………... 288
6.6. Rumusan. ……… 291
BAB. 7. PENYELESAIAN ISU-ISU KEKELIRUAN PERUNDANGAN. ……… 293
7.1. Pengenalan. ……….. 293
7.2. Penyelesaian Melalui Mahkamah.. .………. 293
7.3. Penyelesaian Melalui Mahkamah Agung. R.I... 295
7.3.1. Perkara Nomor 03P/KPUD/2008. ………... 295
7.4. Penyelesaian Melalui Mahkamah Perlembagaan R.I. 7.4.1. Keputusan Nomor 27/SKLN/IV-2008 309 310 7.5. Rumusan……….……….. 318
BAB. 8. KESIMPULAN DAN BEBERAPA CADANGAN…………. 321
8.1. Kesimpulan. ……… 321
8.2. Cadangan Kajian. ………..………. 333 BIBLIOGRAFI ………..
LAMPIRAN- LAMPIRAN
ix
SENARAI GAMBAR
No GAMBAR Mukasurat
1 1 Peta Lokasi Penyelidikan 20
x
SENARAI RAJAH
No RAJAH Mukasurat
1 1
1 2
Kategori Pemilihan Pemberi Maklumat Langkah-langkah Analisis Data
22 26
xi
SENARAI JADUAL
No JADUAL Mukasurat
1
1 4
5
5
5
5
5
5
5
5 1
2 3
4
5
6
7
8
9
10
11
Kesimpulan hasil pungutan suara pilihan raya Gabenor dan Wakil Gabenor Provinsi Maluku Utara
Senarai Pemberi Maklumat yang dipilih
Perbandingan UUD 1945 sebelum pindaan dengan UUD 1945 hasil pindaan
Penggulungan hasil pungutan pilihan raya Gabenor dan Wakil Gabenor di peringkat Provinsi Maluku Utara.
Penggulungan hasil pungutan pilihan raya Gabenor dan Wakil Gabenor Provinsi Maluku Utara
Pungutan suara di ketiga-tiga Kecamatan yang bermasalah bagi calon pasangan masing-masing.
Pungutan suara calonpasangan masing-masing di Kabupaten Hamlmahera Barat
Hasil keseluruhan Pilihan Raya Gabenor dan Wakil Gabenor Provinsi Maluku Utara
Hasil keseluruhan Pilihan Raya Gabenor dan Wakil Gabenor Provinsi Maluku Utara
Hasil keseluruhan Pilihan Raya Gabenor dan Wakil Gabenor Provinsi Maluku Utara
Hasil Keseluruhan Pilihan Raya Gabeor dan Wakil Gabenor Provinsi Maluku Utara
7
23 184
208
214
234
235
235
236
237
237
xii
SENARAI LAMPIRAN
No LAMPIRAN Mukasurat
1 2 3
Senarai Informan Temubual Senarai Soalan Temubual Surat Kebenaran Penyelidikan
xiii
SENARAI ISTILAH
PR : Pilihan Raya
SPR Pusat : Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat SPR Provinsi : Suruhanjaya Pilihan Raya Provinsi
SPR Kab/Kota : Suruhanjaya Pilihan Raya Kabupaten/Kota PPK : Panitia Pemilihan Kecamatan
PPS : Panitia Pemungutan Suara PPLN : Panitia Pemilihan Luar Negeri
KPPS : Kelompok Penyelenggara Pemungutan Suara
KPPSLN : Kelompok Penyelenggara Pemungutan Suara Luar Negeri TPS : Tempat Pemungutan Suara
TPSLN : Tempat Pemungutan Suara Luar Negeri Bawaslu : Badan Pengawas Pemilu
Panwaslu Provinsi : Panitia Pengawas Pemilu Propinsi
Panwaslu Kab/Kota : Panitia Pengawas Pemilu Kabupaten Kota Panwaslu Kec : Panitia Pengawas Pemilu Kecamatan
PPL : Pengawas Pilihan Raya Lapangan
RI : Republik Indonesia MA : Mahkamah Agung
MT : Mahkanah Tinggi MN : Mahkamah Negeri
MK : Mahkamah Konstitusi ( Mahkamah Perlembagaan ) UUD 1945 : Undang-Undang Dasar 1945
UUDS : Undang-Undang Dasar Sementara
UUD RIS : Undang-Undang Dasar Republik Indonesia Serikat PENPRS : Penetapan Presiden
UU : Undang-Undang PP : Peraturan Pemerintah KEPPRES : Keputusan Presiden
MPRS : Majelis Permusyawaratan Rakyat Sementara
xiv
MPR : Majelis Permusyawaratan Rakyat DPR : Dewan Perwakiklan Rakyat
DPD : Dewan Perwakilan Daerah DPRD : Dewan Perwakilan Rakyat Daerah
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1. Pengenalan
Salah satu peraturan perundangan yang menjadi sasaran golongan reformasi iaitu para pelajar ialah Undang-Undang Nomor 5 Tahun 1974. Undang-undang ini berkaitan dengan Dasar-dasar Utama Pemerintahan di peringkat Daerah. Pada dekad terakhir ketika era orde baru telah timbul satu keinginan untuk melakukan penelitian dan perubahan terhadap undang-undang ini. Namun, perkara ini tidak mendapat perhatian yang serius daripada pihak Pemerintah mahupun Dewan Perwakilan Rakyat ( Krisna D. Darumurti & Umbu Rauta, 2000 ).
Dalam era transisi tahun 1998 ketika zaman pemerintahan Presiden Habibie, telah berlaku peningkatan gelombang arus reformasi. Ini telah membawa kepada keperluan serta desakan untuk melakukan perubahan terhadap Undang-Undang Nomor 5 Tahun 1974. Pada ketika inilah pihak Pemerintah dan Majlis Permusyawaratan Rakyat ( MPR ) telah mula memberikan perhatian terhadap perkara ini. Ini didorong oleh kenyataan bahawa undang-undang tersebut belum mencerminkan wujudnya satu kedudukan seimbang antara Pemerintah Pusat dan Pemerintah Daerah. Hal ini disebabkan pemerintahan di peringkat daerah lebih cenderung kepada pemerintahan pusat. Selain itu, pemerintahan peringkat daerah tidak boleh berdikari serta tidak mempunyai kuasa yang penuh dalam melaksanakan pemerintahan ( Krisna D. Darumurti & Umbu Rauta, 2000 ).
Akhirnya, perkara ini diberi perhatian oleh pihak Majlis Permusyawaratan Rakyat. Ini termaktub dalam undang-undang Republik Indonesia Nomor X/MPR/1998 (Bab II Bahagian Umum ), Bahagian B Alinea III yang menyatakan, bahawa mekanisme hubungan antara pemerintahan pusat dan daerah cenderung
bersifat sentralistik. Oleh itu, kekuasaan dan penetapan keputusan didapati kurang sesuai dengan keadaan geografi dan demografi. Krisna D. Darumurti & Umba Rauta ( 2000 ) mengatakan hal ini menghalang keadilan dan pembahagian sama rata hasil pembangunan dan pelaksanaan autonomi daerah yang luas, nyata dan bertanggungjawab.
Berdasarkan kenyataan dan tindakan lanjut oleh pihak Majlis Permesyuaratan Rakyat, maka pihak Pemerintah telah mencadangkan Rancangan Undang-Undang mengenai Pemerintahan Daerah kepada Dewan Perwakilan Rakyat.
Rancangan Undang-Undang ini telah diselesaikan perbahasannya dan dipersetujui menjadi Undang-Undang Nomor 22 Tahun 1999 mengenai Pemerintahan Daerah.
Undang-undang ini kemudiannya disahkan pada 7 Mei.
Menurut Fitriyah ( 2005 ) , polisi autonomi yang luas berdasarkan Undang- Undang Nomor 22 Tahun 1999 belum mampu membawa perubahan yang signifikan terhadap peranan rakyat dalam polisi pelantikan anggota pegawai pemerintah umum.
Peranan rakyat dalam pemilihan Kepala Daerah adalah sangat minimum. Ini kerana Undang-Undang Nomor 22 tahun 1999 telah menetapkan bahawa Kepala Daerah dipilih oleh Dewan Perwakilan Rakyat Daerah dan bukannya dipilih secara langsung oleh rakyat.
Di samping itu, menurut Fitriyah ( 2005 ), perkara ini bukanlah satu masalah. Dewan Perwakilan Rakyat Daerah ( DPRD ) berfungsi dan berperanan sebagai wakil rakyat iaitu menyerap aspirasi, mengartkulasi kepentingan dan menekankan kepentingan rakyat di peringkat daerah. Ini termasuklah menyerap aspirasi rakyat untuk menentukan bakal pemimpin. Namun, secara realitinya politik di daerah masih didominasi oleh golongan elit Dewan Perwakilan Rakyat Daerah.
Sementara itu, rakyat di peringkat daerah sama sekali tidak mempunyai akses untuk mempengaruhi keputusan politik Dewan Perwakilan Rakyat Daerah.
Seiring dengan dinamika ketatanegaraan dan perkembangan politik di peringkat nasional dan pindaan keempat Undang-Undang Dasar Negara Republik Indonesia Tahun 1945, dalam Pasal 18 ayat (4) disebutkan, bahawa “Gabenor, Bupati, dan Wali Kota masing-masing sebagai kepala pemerintahan daerah provinsi, kabupaten, dan wali kota dipilih secara demokratik” ( H. Dahlan Thaib, Jazim Hamidi dan Nimatul Huda, 2006 ).
Setelah itu, disahkan pula Undang-Undang Nomor 32 Tahun 2004 tentang Pemerintahan Daerah sebagai pengganti kepada Undang-Undang Nomor 22 Tahun 1999. Oleh itu, menurut H, Syamsi Nurlan ( 2005 ) dalam Pasal 56 ayat (l) Undang-Undang. Nomor 32 Tahun 2004 telah ditetapkan, bahawa “Kepala Daerah dan Wakil Kepala Daerah dipilih dalam satu pasangan calon yang dilaksanakan secara demokratik berdasarkan asas langsung, umum, bebas, rahsia, jujur, dan adil” ( hlm. 11 ).
Oleh itu, untuk melaksanakan undang-undang tersebut maka Peraturan Pemerintah Nomor 6 Tahun 2005 boleh dirujuk. Peraturan pemerintah ini ialah mengatur mengenai Pemilihan, Pengesahan Pemilihan, dan Pemberhentian Kepala Daerah dan Wakil Kepala Daerah. Dalam Pasal 1 angka 2 menyebutkan, bahawa Sekretariat Mahkamah Agung, ( 2005 ) “Kepala Daerah dan Wakil Kepala Daerah adalah Gabenor dan Wakil Gabenor untuk Provinsi, Bupati dan Wakil Bupati untuk Kabupaten, serta Walikota dan Wakil Walikota untuk Kota” ( hlm. 274 ).
Dalam Undang-Undang Nomor 32 Tahun 2004 menjelaskan bahawa Kepala Daerah dan Wakil Kepala Daerah dipilih secara langsung oleh rakyat.
Namun, syarat dan tatacaranya ditetapkan dalam peraturan perundangan. Perkara ini ditegaskan sekali lagi dalam Peraturan Pemerintah Nomor 6 Tahun 2005. Peraturan ini menjelaskan, bahawa seiring dengan pengembangan sarana demokrasi kedaulatan rakyat dalam Negara Kesatuan Republik Indonesia yang berdasarkan Pancasila dan Undang-Undang Dasar Negara Republik Indonesia Tahun 1945 serta Undang-Undang Nomor 32 Tahun 2004 tentang Pemerintahan Daerah, maka Kepala Daerah dan Wakil Kepala Daerah dipilih secara langsung oleh rakyat. Ini dilaksanakan secara demokratik berdasarkan asas langsung, umum, bebas, rahsia, jujur dan adil melalui pungutan suara ( Sekretariat Mahkamah Agung, 2005 ).
Pilihan raya Kepala Daerah dan Wakil Kepala Daerah secara langsung merupakan satu pengalaman baru dalam sejarah pilihan raya di Indonesia. Sebelum ini, penglibatan masyarakat dalam pemilihan pegawai pemerintah adalah sangat terbatas. Perubahan penting dalam sistem reformasi perlembagaan di Indonesia ialah pilihan raya yang demokratik, iaitu pilihan raya yang luas, umum, bebas, jujur, dan adil. Pilihan raya tahun 2004 tidak hanya dilaksanakan sebagai pilihan raya yang bebas, tetapi juga dilaksanakan secara langsung untuk menentukan anggota legislatif dan presiden. Kemudian, baru pilihan raya berikutnya dilaksanakan untuk memilih Kepala Daerah secara langsung ( Fitriyah, 2005 ).
Fitriyah ( 2005 ) mengatakan keinginan ke arah pelaksanaan pilihan raya Kepala Daerah secara langsung sudah wujud agak lama. Namun, keinginan tersebut hanya boleh terlaksana setelah dilakukan semakan semula Undang-Undang Nomor 22 Tahun 1999 tentang Pemerintahan Daerah menjadi Undang-Undang Nomor 32 Tahun 2004 tentang Pemerintahan Daerah seperti dikemukakan di atas.
Melalui pelaksanaan pemilihan Kepala Daerah secara langsung menunjukkan wujudnya peningkatan kualiti demokrasi di Indonesia. Kadar
demokrasi sesebuah negara ditentukan antara lain oleh peranan masyarakat dalam menentukan pegawai pemerintah negaranya. Semakin ramai pegawai pemerintah yang dipilih secara langsung oleh rakyat, maka semakin tinggi pula kadar demokrasi negara tersebut.
Pendapat Fitriyah ( 2005 ) mempunyai persamaan dengan pendapat Leo Agustino ( 2005 ). Mereka mengatakan, bahawa pemilihan Kepala Daerah secara langsung merupakan fenomena baru bagi politik kontemporari di Indonesia. Apabila fenomena ini dilaksanakan dengan baik, maka akan wujud kemungkinan demokrasi yang lebih baik di pelbagai peringkat bermula dari peringkat daerah hinggalah ke peringkat nasional. Ini kerana dalam sebuah teori politik, kewujudan dan kemapanan demokrasi di peringkat nasional adalah ditentukan oleh kewujudan dan kemapanan demokrasi di peringkat lokal. Oleh itu, pengelolaan pilihan raya Kepala Daerah secara langsung perlu mendapat perhatian penting dalam peringkat praktikal.
Bagi menyokong pendapatnya tersebut, Leo Agustino ( 2005 ) mengambil pendapat Tip O’Nell. Menurutnya, demokrasi di peringkat nasional akan terus berkembang dengan mapan dan matang apabila pada peringkat lokal nilai-nilai demokrasi perlu diasaskan dengan baik terlebih dahulu. Ini bermakna, demokrasi di peringkat nasional akan bergerak ke arah yang lebih baik apabila sistem, instrument, serta kesantunan politik di peringkat lokal lebih dahulu terbentuk ( Leo Agustino, 2005 ). Pendapat Tip O’Nell ini sepadan dengan pendapat Robert Dahl ( 1989 ) yang menyebut, bahawa pendemokrasian hanya mungkin terbentuk jika demokrasi juga berlangsung di peringkat lokal.
Menurut Riyadmadji ( 2003 ) dalam penyelenggaraan pemerintahan lokal di pelbagai negara terdapat 3 ( tiga ) varian dalam pemilihan kepala daerah, iaitu dipilih
oleh pemerintah pusat, dipilih tidak langsung oleh sebuah dewan dan dipilih secara langsung.
Seterusnya, Riyadmadji ( 2003 ) menegaskan, bahawa dalam kebanyakan negara mekanisme tersebut jarang diperdebatkan. Ini kerana fungsi-fungsi pemerintahan di daerah dapat dilaksanakan secara optimal dan dapat dirasai oleh masyarakat.
Namun, jika pendapat Riyadmadji ( 2003 ) tersebut dikaitkan dengan situasi di Indonesia, maka ketiga-tiga bentuk penyelenggaraan pemerintahan lokal itu telah dilakukan di Indonesia, iaitu bagi pemilihan kepala daerah yang dipilih oleh pemerintah pusat, ini telah dilaksanakan dengan menggunakan Undang-Undang Nomor 5 Tahun 1974 tentang Pemerintah Daerah pada orde baru ( pemerintahan Soeharto ). Kedua, untuk pemilihan Kepala Daerah tidak langsung oleh sebuah dewan, ini pernah dilakukan berdasarkan Undang-Undang Nomor 22 Tahun 1999 mengenai Pemerintahan Daerah pada era reformasi seperti dikemukakan di atas.
Ketiga, dipilih secara langsung. Hal ini sedang dilaksanakan berdasarkan Undang- Undang Nomor 32 Tahun 2004 tentang Pemerintahan Daerah pada pascareformasi.
Oleh itu, ketiga-tiga varian mengenai pemilihan kepala daerah telah dilaksanakan di Indonesia. Pemilihan Kepala Daerah secara langsung oleh rakyat sedang dilaksanakan pada masa sekarang.
Proses pemilihan Kepala Daerah secara langsung dilaksanakan melalui beberapa tahap. Ini dimulai daripada persiapan dan tahap pelaksanaan meliputi, persiapan pemilihan, penyelenggaraan pemilihan, penetapan pemilih, pendaftaran dan penetapan pasangan calon, kempen, pungutan suara, serta penetapan pasangan calon terpilih, pengesahan, dan pelantikan.
Pada 3 November 2007, Provinsi Maluku Utara telah mengadakan Pilihan raya Gabenor dan Wakil Gabenor yang telah dilaksanakan melalui pungutan suara.
Kemudian pada 16 November 2007, KPU Propinsi Maluku Utara telah melaksanakan satu keputusan berdasarkan pungutan suara se-Kabupaten/Kota Propinsi Maluku Utara. Keputusan ini tertera dalam Surat Keputusan Nomor : 20/KEP/PGWG/2007 bertarikh 16 November 2007. Keputusan ini adalah berkaitan penetapan dan pengumuman pasangan calon terpilih. Hasilnya dapat dilihat seperti dalam jadual di bawah: (Data diambil dari KPU Provnsi Maluku Maluku Utara Tahun 2007)
Jadual 1.1
Kesimpulan Hasil Pungutan Suara Pilihan raya Gabenor dan Wakil Gabenor Provinsi Maluku Utara Tahun 2007.
No Nama Pasangan Calon Gabenor dan Wakil Gabenor
Jumlah Pungutan
Suara
Peratusan Pungutan
Suara 1.
2.
3.
4.
Anthony Charles Sunarjo – dr. H.M. Drakel Sp.OG.MM.
Drs. Thaib Armaiyn - KH. Abdul Gani Kasuba.
dr. Abdul Gafur – H. Abd. Rahim Fabanyo, M.Si
Mayjen (Purn) Irvan Eddison – Drs. Ato Achmad.
76.117 179.020
178.157 45.983
15,880 37,350
37,170 9,590
Berdasarkan data di atas, adalah jelas bahawa pasangan calon yang memperolehi jumlah pungutan suara terbanyak ialah pasangan calon Drs.Thaib Armaiyn – KH.Abdul Gani Kasuba. Mereka memperolehi 179.020 suara atau 37.35 peratus. Tempat kedua pula ialah pasangan dr. Abd. Gafur dan H. Abd. Rahim Fabanyo, M.Si iaitu sebanyak 178.157 atau 37. 17 peratus.
Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya Propinsi Maluku Utara bertarikh 16 November 2007 Nomor 20/KEP/PGWG/2007, telah mengundang protes daripada
beberapa orang pasangan calon beserta para penyokongnya. (Akbar Malut Post Ternate, November 2007).
Mereka berpendapat bahawa surat keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya Propinsi Maluku Utara tidak tepat dan sah dalam aspek perundangan. Mereka memberikan alasan bahawa sebenarnya sidang pleno pada 16 November 2007 tidak berjaya melaksanakan pungutan suara dan keputusan yang diterima dianggap sah.
Golongan ini tidak dapat menerima keputusan Suruhanjaya Pilihan raya Maluku Utara tersebut dan seterusnya melakukan demonstrasi secara besar-besaran.
Kumpulan ini melibatkan penyokong dr.Abd.Gafur – H.Abd.Rahim Fabanyo.
1.2. Pernyataan Masalah.
Reformasi yang membelenggu bangsa Indonesia menimbulkan dua persoalan utama. Persoalan utama ialah apakah proses demokrasi akan berlanjutan sehingga proses penyatuan demokrasi yang didasarkan lima syarat seperti yang dikemukakan Juan J. Linz & Alfred Stefan disepakatinya demokrasi secara bersama? Sementara itu, persoalan kedua pula adalah apakah bangsa ini boleh bertahan hidup dalam situasi ini? Perkara yang memburukkan lagi keadaan ialah ketidakmampuan kita menjawab secara positif salah satu persoalan ini, atau kedua- dua persoalan yang dikemukakan ini. Apatah lagi kedua-duanya saling berkaitan secara negatif. Demokrasi seolah-olah terpenjara disebabkan oleh dasar keperluan untuk menjaga kewujudan Republik. Bahkan ketidakmampuan untuk menjawab persoalan ini boleh mengambarkan demokrasi tidak mampu membantu bagi kelangsungan hidup bangsa. Sebagai contoh, pemilihan kepala daerah yang dilakukan secara langsung dari segi tujuannya jelas adalah sangat baik. Antara lain ini dapat memperkukuhkan legtimasi kepemimpinan gabenor, bupati, dan wali kota
melalui pemilihan secara langsung. Pemilihan ini baru pertama kali dilaksanakan dalam sejarah Republik Indonesia ( A.A. Oka Mahendra, 2005 ).
Pilihan raya Kepala Daerah secara langsung ini, sebenarnya sudah bermula sebelum reformasi atau secara tepatnya wujud ketika era orde lama. Menurut Joko J.
Prihatmoko ( 2005 ) ini berdasarkan Undang –Undang Nomor 1 Tahun 1957 tentang Pemerintahan Daerah. Pada bahagian penjelasan (Ad. 3) Undang-Undang Nomor 1 Tahun 1957 dijelaskan bahawa :
Secara asasnya seorang Kepala Daerah itu haruslah seorang yang dekat dan dikenali oleh masyarakat daerah yang berkaitan. Ini kerana Kepala Daerah seharuslah seseorang yang mendapat kepercayaan daripada rakyat tersebut dan menyerahkan kekuasaan atas kepercayaan rakyat itu. Sehubungan itu, maka satu-satunya jalan untuk memenuhi maksud tersebut ialah Kepala Daerah itu seharuslah dipilih secara langsung oleh rakyat dari Daerah yang berkaitan. ( hlm. 52 )
Dalam Undang-Undang Nomor 1 Tahun 1957, Kepala Daerah harus dipilih secara langsung oleh rakyat. Atas dasar itu, jika dibandingkan dengan undang-undang terdahulu dan selepasnya, nuansa demokrasi dalam erti lain akan membuka akses kepada rakyat untuk terlibat sama. Ini terutamanya melibatkan pemilihan Kepala Daerah seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Nomor 1 Tahun 1957.
Berdasarkan penerangan ini, sistem pilihan raya Kepala Daerah secara langsung dalam Undang-Undang Nomor 1 Tahun 1957 sebenarnya merupakan pengenalan dalam pentas politik. Ini kerana secara empirikalnya hal ini belum dapat dilaksanakan ( Joko J. Prihatmoko, 2001 ).
Seterusnya, ketika pascareformasi pilihan raya Kepala Daerah secara langsung akan dilaksanakan kembali. Ini bersesuaian dengan dinamika politik dan pindaan Undang-Undang Dasar Negara Republik Indonesia Tahun 1945. Dasar-dasar
perundangan pilihan raya Kepala Daerah secara langsung telah penulis kemukakan dalam huraian di atas.
Menurut Smith, seperti yang dikutip oleh Tri Ratnawati ( 2003 ), tujuan desentralisasi atau autonomi daerah melibatkan pendidikan politik, latihan kepemimpinan politik, memelihara kestabilan, mencegah penumpuan kekuasaan di pusat, memperkuatkan akauntabiliti umum dan meningkatkan kepekaan golongan elit politik terhadap keperluan masyarakat.
Berdasarkan daripada tujuan desentralisasi tersebut, maka Lili Romli ( 2005 ) mengatakan bahawa pilihan raya Kepala Daerah langsung pada secara gilirannya akan memberikan pendidikan politik kepada rakyat di daerah untuk memilih dan menentukan pemimpinnya tanpa adanya campur tangan daripada sesiapapun, termasuklah pemerintah pusat/ atau golongan elit politik di peringkat pusat. Kedua, mencipta satu pola perekrutan pemimpin pada peringkat lokal dengan standard yang jelas. Melalui pilihan raya langsung maka akan terjadi perekrutan pimpinan politik di peringkat daerah ( lokal ) dan bukannya datang daripada pusat.
Ketiga, rakyat turut serta secara langsung dalam pemilihan kepimpinannya. Melalui penglibatan rakyat secara langsung ini secara gilirannya akan meningkatkan pendemokrasian pada peringkat lokal, apabila rakyat benar-benar memiliki kuasa.
Seterusnya, keempat akan dapat mencegah penumpuan kekuasaan. Ini kerana tumpuan utama kekuasaan tidak lagi tertumpu di peringkat pusat tetapi beralih ke daerah-daerah. Kelima, Kepala Daerah akan lebih mudah memberi tindak balas dan peka terhadap tuntutan dan aspirasi masyarakat di daerah. Hal ini sebagai kesan daripada program dan janji yang disampaikan pada ketika kempen pilihan raya Kepala Daerah. Terdapat beberapa tujuan pilihan raya Kepala Daerah tersebut diadakan. Antaranya dari aspek kemasyarakatan yang antara lain digunakan sistem
pilihan raya kepala daerah secara langsung pada era pascareformasi. Namun, secara realitinya, dalam pelaksanaan pilihan raya Kepala Daerah secara langsung sejak Jun 2005 lalu muncul pelbagai konflik yang tercetus dan ini menjejaskan proses demokrasi itu sendiri.
Berdasarkan hasil pungutan suara, pilihan raya Gabenor dan Wakil Gabenor Provinsi Maluku Utara tahun 2007 telah dilaksanakan pada 16 November 2007.
Hasilnya, surat Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya Provinsi Maluku Utara bertarikh 1 November Nomor 20/KEP/PGWG/2007 telah diterbitkan pada 16 November 2007.
Namun, Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya Propinsi Maluku Utara bertarikh 16 November 2007 Nomor 20/KEP/PGWG/2007, tersebut telah mengundang protes daripada beberapa orang pasangan calon beserta para penyokongnya ( Akbar Malut Post Ternate, November 2007 ).
Menurut mereka, surat keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya Propinsi Maluku Utara tidak sah dalam aspek perundangan. Mereka memberikan alasan bahawa sebenarnya sidang pleno pada 16 November 2007 tidak berjaya melaksanakan pungutan suara dan keputusan yang diterima dianggap buntu.
Golongan ini tidak dapat menerima keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya Maluku Utara tersebut dan seterusnya melakukan demonstrasi secara besar-besaran.
Kumpulan ini melibatkan penyokong dr.Abd.Gafur – H.Abd.Rahim Fabanyo.
Mereka membakar Bangunan Pejabat Institusi Perencanaan Pembangunan Daerah Propinsi Maluku Utara dan melempar batu ke Bangunan Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Provinsi Maluku Utara ( Akbar Malut Post Ternate, November 2007 ).
Menurut A.A. Oka Mahendra ( 2005 ), sebenarnya jika ditinjau kembali di peringkat akar umbi, pilihan raya presiden dan wakil presiden telah berlangsung dengan aman dan berjaya di Bengkulu. Oleh itu timbul beberapa persoalan iaitu:
1. Kenapakah ketika pilihan raya Kepala Daerah berlakunya konflik?
2. Apakah sebenarnya punca berlakunya rusuhan?
3. Adakah punca rusuhan disebabkan kekuasaan, tertib demokrasi ataupun dendam yang mendalam?
Di samping itu, timbul juga persoalan bahawa warga Indonesia di sana masih belum matang, iaitu tidak mengenal erti menghargai dan menghormati orang lain. Oleh itu, rusuhan dan kekerasan yang terjadi perlu dicari puncanya. Pasti ada sebab musabab yang membawa kepada pergolakan ini. Oleh itu, timbul persoalan tentang perkara yang berlaku ini serta menyebabkan timbulnya rasa marah kumpulan demonstrasi ini.
Masih terdapat lagi beberapa kes di beberapa daerah lain yang mempunyai masalah yang berbeza. Namun perlu diingat, bahawa kedamaian dan ketertiban negara tercinta ini berada di tangan rakyat negara itu sendiri dan bukannya di tangan negara lain. Ini telah menimbulkan beberapa persoalan tentang kekacauan yang berlaku . Antaranya ialah punca sebenar memuncaknya keganasan ini dan sebab musabab nafsu amarah ini merasuk anak bangsa ini? Begitu juga, mengapa apabila kalah, muncul pemikiran negatif bahawa mereka yang menang pilihan raya Kepala Daerah pastinya tidak telus? Jawapannya, mungkin lebih menyedihkan. Motif dan keinginan untuk melakukan huru-hara dan kemusnahan itu boleh menyebabkan asas kepada kerosakan psikologi yang jauh dan mendalam dalam struktur sosial.
Kesihatan mental anak bangsa rosak kerana kehilangan pegangan serta teladan dalam kehidupan.
Hal ini penting kerana Indonesia pernah dinobatkan sebagai salah satu daripada tiga buah negara demokrasi terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat dan India. Apatah lagi majoriti penduduk Indonesia beragama Islam. Indonesia juga merupakan sebuah negara demokratik terbesar di rantau ini. Namun, semua ini tiba- tiba lenyap seketika disebabkan peristiwa yang berlaku.
Selain itu, Indonesia telah mendapat pujian dan sanjungan daripada pelbagai bangsa di dunia. Ini kerana bangsa ini telah mampu mengendalikan pilihan raya presiden dan wakil presiden secara langsung melalui dua pusingan pilihan raya.
Namun, semua imej ini tercalar disebabkan peristiwa buruk yang berlaku di Bengkulu. Apatah lagi, Bengkulu bukan merupakan daerah pertama yang melaksanakan pilihan raya Kepala Daerah. Tempat-tempat lain yang berjaya melaksanakan pilihan raya Kepala Daerah secara aman, tertib, dan damai ialah pemilihan Gabenor Provinsi Riau, pilihan raya Gabenor Kalimantan Timur, pilihan raya Gabenor Jawa Timur serta pilihan raya Wali Kota Tarakan. Rakyat di seluruh negeri cukup berbangga dengan kejayaan pelaksanaan dalam pilihan raya presiden yang dipuji seluruh dunia ( A.A. Oka Mahendra, 2005 ).
Berdasarkan rentetan peristiwa di atas dapatlah dirumuskan, bahawa dalam pelaksanaan pilihan raya Kepala Daerah di Indonesia telah berlakunya beberapa konflik . Konflik yang tercetus ini berlaku dalam pelbagai bentuk. Antara isu yang timbul ialah:
a. terjadinya perbezaan pentafsiran dari segi undang-undang ke atas keputusan pilihan raya Kepala Daerah;
b. terdapatnya pasangan calon yang tidak mahu menerima keputusan pilihan raya Kepala Daerah. Mereka mencetuskan protes bersama- sama kumpulan penyokongnya;
c. pihak yang mengendalikan pilihan raya Kepala Daerah tidak faham aspek perundangan dalam pilihan raya Kepala Daerah. Ini telah mencetuskan berlakunya konflik pada peringkat Panitia Pungutan Suara, dan Panitia Pemilihan Kecamatan yang secara aspek perundangan yang tidak dapat diselesaikan;
d. keputusan pilihan raya Kepala Daerah dianggap tidak sah dari segi undang-undang;
e. timbulnya isu politik wang;
f. adanya pasangan calon yang tidak dapat menerima kekalahan;
g. adanya penggelembungan suara;
h. salah tafsir tentang penggunaan kad penduduk sebagai bukti untuk mengundi;
i. adanya pemilih memiliki lebih daripada satu kad pemilih yang akan digunakan pada pungutan suara, namun sebaliknya ada pula yang tidak mendapatkan kad pemilih;
j. salah tafsiran dalam mengimplementasikan peraturan perundangan pilihan raya Kepala Daerah.
Oleh itu, berdasarkan kepada sepuluh isu tersebut di atas, kajian ini hanya mengambil tiga isu sahaja sebagai isu utama dan penting yang boleh dijadikan pencetus kepada konflik pilihan raya Kepala Daerah di Indonesia. Isu tersebut ialah terdapatnya perbezaan pentafsiran dalam aspek perundangan ke atas keputusan pilihan raya Kepala Daerah,, salah tafsiran dalam mengimplementasikan peraturan perundangan pilihan raya Kepala Daerah dan pihak yang mengendalikan pilihan raya Kepala Daerah tidak memahami peraturan perundangan pilihan raya Kepala Daerah. Ini terutamanya melibatkan aspek teknikal dalam aspek perundangan yang
mencetuskan konflik pada peringkat Panitia Pungutan Suara serta Panitia Pemilihan Kecamatan tidak dapat diselesaikan.
Oleh itu, berdasarkan ketiga-tiga isu tersebut penyelidik berpendapat bahawa isu ini layak dikelaskan sebagai isu undang-undang, yang terangkum dalam ruang lingkup “Kekeliruan Perundangan”. Secara umumnya, ini merupakan sumber konflik terpenting dalam pilihan raya Kepala Daerah di Indonesia. Di samping itu, penyelidik hanya membataskan pembahasan kepada kekeliruan perundangan sahaja.
Ini kerana pengetahuan penyelidik hanya berdasarkan kajian-kajian terdahulu, secara relatifnya belum ada kajian yang membahaskan secara terperinci tentang kekeliruan perundangan dalam pilihan raya Kepala Daerah di Indonesia. Kajian-kajian yang telah wujud pada masa sekarang lebih memfokuskan kepada isu politik dan demokrasi sebagai sumber konflik pilihan Kepala Daerah.
Berdasarkan alasan ini, maka dalam kajian ini penyelidik ingin mengetahui secara lebih mendalam tentang kekeliruan perundangan yang merupakan sumber konflik terpenting dalam proses pilihan raya Kepala Daerah di Indonesia. Oleh itu, penyelidik telah meneliti salah satu kes, iaitu “Pilihan raya Gabenor dan Wakil Gabenor Provinsi Maluku Utara Tahun 2007 di Ternate Provinsi Maluku Utara”.
1.3. Persoalan Kajian
Berdasarkan pernyataan masalah yang dikemukakan di atas, maka penyelidik akan meneliti hal ini secara lebih mendalam. Oleh itu, dalam kajian ini beberapa persoalan berikut akan dihuraikan :
1. Apakah kekeliruan perundangan merupakan sumber konflik terpenting dalam Pilihan Raya Gabenor dan Wakil Gabenor Maluku Utara 2007?
2. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya kekeliruan perundangan dalam Pilihan Raya Gabenor dan Wakil Gabenor Provinisi Maluku Utara 2007?
3. Sejauh manakah wujud kekeliruan dalam memahami dan seterusnya melaksanakan undang-undang mengenai pilihan raya Gabenor dan Wakil Gabenor Provinsi Maluku Utara Tahun 2007?
4. Apakah timbulnya pelbagai tafsiran menjadi punca kekeliruan perundangan?
5. Apakah wujud keperluan untuk memantapkan lagi undang-undang pilihan raya Kepala Daerah di Indonesia?
1.4. Objektif Kajian
Objektif kajian dalam penyelidikan adalah untuk menganalisis :
1. Mengenal pasti kekeliruan perundangan merupakan sumber konflik terpenting dalam pilihan raya Gabenor dan Wakil Gabenor provinsi Maluku Utara 2007.
2. Mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya kekeliruan perundangan dalam Pilihan Raya Gabenor dan Wakil Gabenor provinsi Maluku Utara 2007.
3. Mengenal pasti kekeliruan dalam memahami dan melaksanakan undang- undang mengenai pilihan raya Kepala Daerah.
4. Wujudnya pelbagai tafsiran mengenai aspek perundangan pilihan raya yang menjadi punca kekeliruan perundangan.
5. Melihat kepada keperluan untuk memantapkan lagi undang-undang pilihan raya Kepala Daerah di Indonesia.
1.5. Kepentingan Kajian
Terdapat tiga alasan utama yang menjadi teras penyelidikan ini, iaitu:
a. Pilihan raya Kepala Daerah telah mewujudkan amalan demokrasi di peringkat lokal khususnya yang berkaitan dengan pembangunan legitimasi politik. Ini berdasarkan andaian bahawa Kepala Daerah yang terpilih memiliki mandat dan legitimasi yang sangat baik. Ini kerana mereka disokong oleh suara pemilih nyata ( real voters ) yang menterjemahkan konfigurasi kekuatan politik dan kepentingan tertentu pemilih.
b. Secara realiti pilihan raya Kepala Daerah secara langsung dalam pelaksanaannya di beberapa daerah di Indonesia telah mewujudkan konflik- konflik yang berbentuk kekerasan. Ini seterusnya telah menimbulkan keadaan huru-hara sebagaimana yang penyelidik kemukakan di atas.
c. Selama ini, kajian konflik dalam pilihan raya Kepala Daerah hanyalah lebih tertumpu kepada persoalan-persoalan politik dan demokrasi, namun kekeliruan perundangan kurang mendapat perhatian. Oleh itu, dalam penyelidikan ini penyelidik melakukan kajian dengan meneliti salah satu kes
“Kekeliruan Perundangan Pilihan Raya Gabenor dan Wakil Gabenor Provinsi Maluku Utara Tahun 2007”.
1.6. Metodologi Penyelidikan
1.6.1. Reka Bentuk Penyelidikan
Reka bentuk penyelidikan ini mengikuti kaedah penyelidikan kualitatif berdasarkan Patton ( 1990 ) serta Miles dan Hubermen ( 1984 ). Dalam tradisi penyelidikan kualitatif, manusia dilihat sebagai makhluk rohaniah. Berdasarkan pandangan ini, manusia sebagai makhluk sosial dalam kehidupannya bukan sahaja
“berperilaku”, bahkan “bertindak”. Menurut Berg ( 1995 ) istilah “perilaku” lebih bermakna mekanistik, manakala “tindakan’ lebih bermakna wujudnya penglibatan nilai-nilai tertentu, atau alasan-alasan tertentu.
Dalam pandangan tradisi ini, “tingkah laku sosial” ( social action ) manusia melibatkan kesedaran sosial tertentu. Sementara itu, Weber ( ) dalam karya- karya sosiologinya cenderung mengistilahkan hal ini sebagai tindakan sosial dan bukannya perilaku sosial ( social behavior ). Oleh itu, dunia sosial bersifat maknawi.
Berg ( 1995 ) berpendapat hal ini bersandarkan kepada makna dan pentafsiran yang diberikan oleh manusia yang terlibat.
Terdapat tiga ciri utama yang berkaitan dalam penyelidikan kualitatif, iaitu:
a. Sumber data bersifat semula jadi. Ini bermakna, penyelidik harus memahami fenomena sosial secara berterusan dalam kehidupan seharian masyarakat;
b. Penyelidik sendiri merupakan instrument penyelidikan yang paling penting dalam pengumpulan dan pentafsiran data;
c. Bentuk pemerhatian ke atas objek penyelidikan harus bersifat emik. Ini bermakna, penyelidik harus memberikan pemerhatian yang lebih kepada
“perkara penting yang akan diselidik daripada perspektif orang yang diselidik, iaitu bukannya daripada perspektif penyelidik itu sendiri”
Bungin ( 2001 ).
Berdasarkan paradigma ini, penggunaan kaedah penyelidikan kualitatif bertujuan untuk “menemui alasan-alasan ( reasons ) yang tersembunyi di sebalik tindakan para pelaku tindakan sosial” yang menjadi objek penyelidikan. Dalam kaedah penyelidikan kualitatif, kaedah ini tidak digunakan untuk mencari data
dalam erti frekuensi, tetapi digunakan untuk merungkai makna daripada data yang dapat dilihat.
Pendekatan masalah yang dilakukan dalam penyelidikan undang-undang ini, memerlukan penyelidik menggunakan beberapa pendekatan. Ini bermaksud penyelidik perlu untuk mendapatkan informasi daripada beberapa aspek mengenai isu undang-undang yang sedang dicari jawapannya.
Pertama, menggunakan pendekatan undang-undang ( Statute approach ).
Melalui pendekatan ini penyelidik akan meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan isu undang-undang. Dalam hal ini kekeliruan perundangan tentulah berkaitan dengan pilihan raya Gabenor dan Wakil Gabenor Provinsi Maluku Utara. Melalui pendekatan undang-undang dalam penyelidikan ini, nisbah legal perlu dicari. Begitu juga, dasar antropologi mengenai wujudnya undang-undang tentang pilihan raya kepala daerah. Melalui pendekatan ini juga penyelidik perlu memahami kandungan falsafah yang wujud di sebalik undang- undang itu. Ini seterusnya akan dapat merungkaikan falsafah yang terkandung dalam perundangan ini.
Kedua, pendekatan kes ( Case approach ) digunakan. Melalui pendekatan ini, penelitian terhadap kes-kes yang berkaitan dengan isu undang-undang pilihan raya Gabenor dan Wakil Gabenor provinsi Maluku Utara dilakukan. Antara kes-kes ini ialah berkaitan pungutan suara yang diadakan semula dalam pilihan raya Gabenor dan Wakil Gabenor Provinsi Maluku Utara Tahun 2007. Begitu juga, keputusan Mahkamah Agung Republik Inonesia Nomor 03.K/P/2007 bertarikh 18 Januari 2008. Namun, perkara yang menjadi persoalan utama penyelidikan menggunakan pendekatan ini adalah nisbah atau reasoning, iaitu pertimbangan keadilan untuk mencapai suatu keputusan.
1.6.2. Lokasi Penyelidikan
Kota Ternate sebagai Ibu Kota Provinsi Maluku Utara Lokasi telah dipilih sebagai lokasi penyelidikan. Pemilihan Ternate sebagai lokasi penyelidikan berdasaskan dua alasan. Alasan utama, iaitu kesesuaian wilayah ini dengan undang- undang pilihan raya kepala daerah. Ini berkaitan dengan keputusan pungutan suara Pilihan Raya Gabenor dan Wakil Gabenor Provinsi Maluku Utara Tahun 2007.
Pilihan Raya Gabenor dan Wakil Gabenor Provinsi Maluku Utara Tahun 2007 ini dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Kabupte/kota serta disampaikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Provinsi Maluku Utara.
Alasan kedua pula ialah berdasarkan keputusan hasil pungutan suara Gabenor dan Wakil Gabenor Provinsi Maluku Utara dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Provinsi Maluku Utara di Kota Ternate Ibu Kota Provinsi Maluku Utara. Kes-kes konflik perundangan telah berlaku di kawasan ini.
Gambar.1.1 Peta Lokasi Penyelidikan
1.6.3. Kaedah Penentuan Pemberi Maklumat
Dalam konteks penyelidikan mengenai fenomena kekeliruan perundangan dalam pilihan raya Gabenor dan Wakil Gabenor provinsi Maluku Utara, bukan semua individu dalam suatu populasi yang menjadi lokasi penyelidikan dijadikan sumber dalam memperoleh maklumat. Ini berbeza dengan kaedah penyelidikan kuantitatif yang lazimnya menggunakan kaedah penentuan sampel yang mampu mewakili keadaan sebenar. Oleh itu, penentuan sampel dalam penyelidikan kualitatif adalah berasaskan kepada realiti atau fenomena sosial yang bersifat khas dan kompleks ( Patton, 1990 ).
Langkah penting dalam penyelidikan kualitatif ketika menentukan sumber maklumat adalah menentukan individu yang boleh dijadikan pemberi maklumat kunci ( key informan ). Penentuan pemberi maklumat kunci ini bukan berdasarkan kepada kaedah bahawa pemberi maklumat tersebut harus mewakili semua populasi di wilayah yang menjadi lokasi penyelidikan. Penentuan pemberi maklumat kunci ini harus berasaskan kepada kaedah bahawa pemberi maklumat tersebut dapat mewakili sesuatu maklumat tertentu yang dikaji dalam penyelidikan tersebut.
Kaedah penetapan pemberi maklumat kunci seperti ini dikenali sebagai kaedah pensampelan bertujuan ( purposive sampling ) ( Patton, 1990 ).
Dalam konteks penentuan informasi kunci ini, penyelidik perlu membuat kategori-kategori populasi masyarakat agar boleh menentukan individu yang paling tepat dijadikan sebagai subjek informan kunci. Mereka akan ditemu bual secara bersemuka.
Rajah 1.1 Kategori Pemilihan Pemberi maklumat
Kategori Pemberi Maklumat
Masyarakat Politik
1. Sultan Ternate;
2. Pimpinan Redaksi Akhbar “Malut Pos”
Kota Ternate;
3. Wakil Rektor I Bidang Akademik Universitas Khairun Ternate.
Masyarakat Sivil
Institusi Pelaksana Undang-undang
Pelaksana Undang-undang
Institusi Bebas Undang-undang
1. Gabenor Provinsi Maluku Utara;
2. Kepala DPRD dan anggota, Fraksi DPRD Provinsi Maluku Utara;
3. Gabenor Provinsi Jambi;
4. Kepala DPRD Kota Jambi;
5. Kepala DPRD Kabupaten Pesisir Selatan;
6. Kepala DPRD Kabupaten Sawhlunto/Sijunjung
7. Bupati Kabupaten Pesisir Selatan;
1. SPR Pusat Jakarta;
2. SPR Provinsi Maluku Utara;
3. Panitia Pengawas Pilihan Raya Provinsi Maluku Utara.
4. SPR Provinsi Jambi;
5. SPR Kota Jambi;
6. Suruhanjaya Pilihan Raya Kabuapten Pesisir Selatan;
7. Anggota SPR Provinsi Maluku Utara (H.
Zainuddin);
1. Kepala Polisi Daerah Maluku Utara;
2. Kepala Kejaksaan Tinggi Maluku Utara;
3. Kepala Kejaksaan Negeri Jambi;
4. Kepala Polis Resort Jambi;
5. Kepala Pengadilan Tinggi Maluku Utara;
6. Kepala Pengadilan Negeri Koto Baru;
7. Kepala Pengadilan Negeri Painan;
8. Kepala Pengadilan Negeri Solok;
9. Peguam, baik domicile di Ternate mahupun di Jakarta.
Berdasarkan kategori-kategori yang dinyatakan di atas, maka dalam jadual di bawah ini akan ditunjukkan senarai pemberi maklumat kunci yang akan menjadi subjek temu bual secara bersemuka:
Jadual 1.2
Senarai pemberi maklumat yang dipilih
Masyarakat politik 1. Gabenor Provinsi Maluku Utara; Muhdar Arif,SH.Mi 2. Kepala DPRD dan anggota, Fraksi DPRD Provinsi
Maluku Utara; H.Abdullah Ibrahim
3. Gabenor Provinsi Jambi; H.Hamdani SE,MM 4. Kepala DPRD Kota Jambi; Drs.Ec.H Marjani,MM 5. Kepala DPRD Kabupaten Pesisir Selatan; Alirman
Sori,Sh.Mhum.MM
6. Kepala DPRD Kabupaten Sawhlunto/Sijunjung ; Kenfilka,SH
7. Bupati Kabupaten Pesisir Selatan; Dailipal,S.Sos
Masyarakat Sivil 1. Sultan Ternate; Djoni Dho Said
2. Pimpinan Redaksi Akhbar “Malut Pos” Kota Ternate;
M.Sadri
3. Wakil Rektor I Bidang Akademik Universitas Khairun Ternate. ; Dr.Husen Alteng,SH.MH
Institusi Pelaksana Undang-undang
1. Kepala Polisi Daerah Maluku Utara; Drs.Tatang
2. Kepala Kejaksaan Tinggi Maluku Utara; Marthen Sempa Palobo
3. Kepala Kejaksaan Negeri Jambi; Sugito,SH.MH 4. Kepala Polisi Resort Jambi; Drs.Syamsudin Lubis,SH 5. Kepala Pengadilan Tinggi Maluku Utara; Murino,SH 6. Kepala Pengadilan Negeri Koto Baru; H.Mirdin
Alamsyah,SH
7. Kepala Pengadilan Negeri Painan; Sutoto Adiputro,SH.MH 8. Peguam, baik domicile di Ternate mahupun di Jakarta.
Institusi Bebas: 1. SPR Pusat Jakarta;
2. SPR Provinsi Maluku Utara; M,Rahmi Husen
3. Panitia Pengawas Pilihan raya Provinsi Maluku Utara;
H.Thalib Abas
4. SPR Provinsi Jambi; Ratna Dewi ,SP 5. SPR Kota Jambi; M.Yasir Arafat,SE 6. SPR Kabuapten Pesisir Selatan; M.Jasman
7. Anggota SPR Provinsi Maluku Utara (H. Zainuddin);
Masyarakat politik, masyarakat Sivil, Institusi Pelaksana Undang-undang, dan institusi bebas telah dipilih sebagai responden. Ini kerana mereka berperanan sebagai penyelenggara pilihan raya yang ditentukan secara undang-undang umumnya dan pada penyelenggaraan pilihan raya Gabenor dan Wakil Gabenor Provinsi
Maluku Utara khususnya. Namun, masyarakat sivil adalah sebagai pengawas dalam proses pilihan raya tersebut.
1.6.4. Skop Penyelidikan
Skop penyelidikan dalam kajian ini ialah kes-kes yang berlaku dalam pilihan raya Gabenor danWakil Gabenor provinsi Maluku Utara Tahun 2007. Fokus kajian ini ialah kekeliruan perundangan berdasarkan kesimpulan hasil keputusan pungutan suara yang diadakan semula. Ini sebagaimana yang ditetapkan dalam keputusan Mahkamah Republik Indonesia Agung Nomor 03P/KPUD/2007 pada 22 Januari 2008.
1.6.5. Kaedah Pengumpulan Data
Dalam penyelidikan kualitatif, data yang diperlukan meliputi data sekunder dan data primer. Data primer ialah data yang diperolehi secara langsung daripada masyarakat dan daripada pihak-pihak yang terlibat dalam kes Pilihan Raya Gabenor dan Wakil Gabenor Provinsi Maluku Utara Tahun 2007 yang menjadi objek penyelidikan.
Data sekunder pula terdiri daripada bahan undang-undang primer yang bersumberkan daripada peraturan perundangan dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan Pilihan Raya Gabenor dan Wakil Gabenor Provinsi Maluku Utara Tahun 2007. Selain itu, bahan perundangan sekunder adalah bersumberkan buku-buku ilmiah dan pelbagai bentuk penulisan dalam bidang undang-undang. Oleh itu, bahan perundangan primer dan sekunder yang diperlukan adalah yang relevan dengan masalah penyelidikan ini.
1.6.6. Instrumen Pengumpulan Data
Alat atau instrumen yang digunakan untuk mengumpulkan data dalam penyelidikan ini adalah wawancara terstruktur ( strutured interview ) dan pedoman wawancara ( interview guide ) yang telah disusun sebelumnya. Di samping itu, pengamatan ( observasi ) lapangan juga digunakan untuk menyokong data daripada hasil wawancara tersebut.
1.6.7. Kaedah Analisis Data.
Analisis data merupakan tahap seterusnya yang perlu dilaksanakan sama ada dalam penyelidikan kuantitatif mahupun kualitataif. Analisis data ini dilakukan untuk mencapai tujuan dan objektif kajian.
Kaedah yang digunakan dalam penyelidikan ini merupakan kaedah yang dikembangkan daripada Miles dan Huberman seperti dipetik daripada Djama’an Satori dan Aan Komariah ( 2011 ) merumuskan tiga komponen analisis data:
1. Tahap pengurangan data (data reduction), iaitu proses pemilihan, pemusatan perhatian dan penyederhanaan, mengabstrakkan, dan transformasi data “kasar” yang terhasil daripada catatan-catatan yang tertulis daripada lapangan;
2. Tahap penyajian data (data display), iaitu maklumat untuk memberikan kemungkinan adanya penarikan kesimpulan dan pengambilan tindakan;
3. Tahap perumusan kesimpulan/pengesahan (conclusion drawing/
verification), iaitu perumusan kesimpulan daripada data yang telah dianalisis .
Menurut Miles dan Huberman seperti dipetik dalam Irfan Noor ( 2010 ), pengurangan data merupakan suatu bentuk analisis yang berguna untuk menajamkan, menggolongkan, mengarahkan, membuang yang tidak perlu dan mengorganisasikan data. Ini sehingga kesimpulan dapat dibuat daripada data tersebut dan akhirnya dapat dilaksanakan dan disahkan. Sajian data merupakan suatu rangkaian informasi serta deskripsi dalam bentuk narasi yang memungkinkan kesimpulan penyelidikan dapat dilakukan. Sajian data merupakan rangkaian perkataan yang disusun secara logik dan sistematis. Ini akan memudahkan data tersebut dibaca dan digunakan. Penelitian dalam sajian data akan memudahkan data lebih mudah difahami dan dianalisis.
Seterusnya tindakan berasaskan pemahaman yang didapati daripada penyajian data tersebut akan dapat dilakukan. Perumusan kesimpulan merupakan satu proses membuat kesimpulan kajian agar boleh dilakukan pengesahan. Melalui cara ini kesimpulan yang belum jelas kemudian boleh meningkat menjadi lebih terperinci dan berkembang dengan kukuh dengan fakta di lapangan. Oleh itu, berikut merupakan rajah analisis data yang berlaku dalam penyelidikan ini :
Rajah 1.2 Langkah-langkah Analisis Data
Sumber : Miles&Huberman (1992:20)
Data Collection
Data Display
Conclusion Drawing/ Verifying Data Reduction
1.7. Struktur Tesis
Tesis ini dibahagikan kepada lapan bab. Tajuk kajian tesis ini ialah
“Konflik Perundangan dan masalah pilihan raya Kepala Daerah di Indonesia pasca reformasi: Kajian kes 2007 di Ternate Provinsi Maluku Utara”.
Bab satu ialah mengenai pendahuluan penyelidikan yang terbahagi kepada beberapa subbab yang memperincikan mengenai latar belakang penyelidikan, pernyataan masalah, persoalan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, metod penyelidikan, dan struktur tesis.
Bab dua menerangkan mengenai kerangka teori dan definisi konsep yang digunakan dalam kajian tesis ini. Oleh itu, perbincangan dalam bab ini dimulai dengan perbincangan mengenai kajian-kajian terdahulu. Dalam kerangka teori, satu teori mengenai Penguatkuasaan Undang-Undang digunakan. Penguatkuasaan Undang-Undang merupakan subsistem dari sistem undang-undang yang terdiri daripada, Subsistem Struktur Undang-Undang, Subsistem Bahan Undang-Undang, Budaya Undang-Undang dan Subsitem Pengubalan Undang-Undang. Kemudian penulis memperkatakan mengenai Definisi Konsep.
Sementara itu, bab ketiga membincangkan mengenai latar belakang pemilihan Kepala Daerah. Pemilihan Kepala Daerah yang dilakukan meliputi ketika zaman penjajahan kolonial Belanda dan kolonial Jepun, pemilihan Kepala Daerah ketika era orde lama, orde baru, dan juga era reformasi.
Seterusnya, bab keempat membincangkan mengenai Pindaan Perlembagaan 1945, latar belakang pindaan, alasan pindaan, tujuan dan pindaan Perlembagaan 1945. Selain itu, perbincangan bab ini juga meliputi transformasi perundangan dalam pilihan raya Kepala Daerah langsung. Begitu juga, sebuah keputusan politik
dan terakhir mengenai potensi konflik dalam mengimplimentasikan Undang-Undang Nomor 32 Tahun 2004 tentang pemilihan Kepala Daerah.
Bab kelima membincangkan kesimpulan hasil pungutan suara, mengusulkan permohonan, serta kewujudan M. Rahmi Husein dan Ir. Nurbaya.
Selain itu, dalam bab ini dibincangkan cara Muchis Tapi-Tapi sebagai pelaksana tugas Suruhanjaya Pilihan Raya Provinsi Maluku Utara, penghitungan suara balik semula, usul pengesahan Pilihan Raya Gabenor dan Wakil Gabenor Provinsi Maluku Utara dan permasalahannya.
Seterusnya, bab keenam pula membincangkan mengenai faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya kekeliruan perundangan dalam pelaksanaan pengiraan pungutan suara ulangan di ketiga-tiga kecamatan tersebut di atas. Ini meliputi salah faham perundangan, salah tafsir perundangan, pertindihan perundangan dan Undang-Undang yang tidak lengkap.
Bab ketujuh pula membincangkan isu-isu penyelesaian kekeliruan perundangan dalam pilihan raya Gabenor dan wakil Gabenor Provinsi Maluku Utara, baik melalui Mahkamah Agung mahupun Mahkamah Konstitusi.
Bab lapan merupakan bab penutup yang membincangkan beberapa kesimpulan dan cadangan kajian lanjutan daripada kajian tesis yang telah dilaksanakan.
1.8. Rumusan
Berdasarkan huraian ke atas sub-sub bab yang terdapat dalam bab satu di atas, maka bab satu ini merupakan bab pandahuluan yang bertujuan menjadi arah dan asas dalam penyelidikan yang akan dicapai dalam tesis ini.