• Tidak ada hasil yang ditemukan

Setelah memperkatakan perbezaan diantara hukum keterangan Indonesia dengan hukum Islam, maka di bawah ini penyelidik cuba mengkaji, bahagian-bahagian yang manakah amalan keterangan di Peradilan Agama ini yang sama dengan hukum syarak.

5.9.1. Kesan Pengakuan

Kekuatan keterangan pengakuan tidak memberi kesan kepada orang lain tetapi ia hanya mengikat si pembuatnya sahaja. Ini adalah berdasarkan kaedah fiqah 178 yang menyebutkan:

Yang bermaksud:

Bayyinah adalah keterangan muta„addiyyah (memerlukan keterangan lain) sedangkan pengakuan adalah keterangan qasirah (tidak perlu keterangan sokongan).

Amalan pengakuan di Indonesia nampaknya adalah sesuai dengan kaedah ini.Malahan kaedah di atas juga telah dijadikan sebagai satu seksyen dalam Majallah

al-Ahkam al-„Adliyyah iaitu satu Undang-Undang bertulis yang diasaskan berdasarkan

mazhab Hanafi pada masa Kerajaan „Utsmaniyyah di Turki.179

178al-Shaikh Ahmad bin Shaikh Muhammad al-Zarqa (1989), Sharh al-Qawa„id al-Fiqhiyyah, c.2, Damshiq: Dar al-Qalam, m.s. 395

179

304

5.9.2. Bilangan minimal saksi

Dari segi jumlah bilangan saksi, dalam kes-kes kehartaan misalnya sebagaimana dalam Kompilasi Hukum Islam jelas bahawa mesti disaksikan sekurang-kurangnya dua orang, ini sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 282.180

5.9.3. Beban pembuktian

Dari segi siapa yang menanggung keterangan dan bukti adalah dilihat sama dengan hukum Islam. Kitab Undang-Undang Hukum Perdata seksyen 1865 menyatakan,

“Setiap orang yang mendalilkan bahwa ia mempunyai sesuatu hak, atau guna meneguhkan haknya sendiri maupun membantah suatu hak orang lain, menunjuk pada suatu peristiwa, diwajibkan membuktikan adanya hak atau peristiwa itu”. Pernyataan

yang sama juga dapat di lihat dalam HIR seksyen 163.181 Ini jelas bahawa untuk mengelakkan dakwaan palsu maka salah satu cara menghindarkannya adalah bukti dan keterangan harus dibawa oleh yang membuat dakwaan itu. Rasulullah sebagai panduan dalam hal ini bersabda yang ertinya bukti wajib kepada orang yang mendakwa dan sumpah terletak kepada yang kena dakwa.182

Bagaimanapun hadis ini tidak diguna pakai seluruhnya di Indonesia.Ia hanya dipakai kepada „pendakwa‟ sahaja yang dibebankan untuk membuktikan dakwaannya tetapi sumpah tidak dijelaskan ia sebenarnya tanggungan siapa. Sebab merujuk peruntukan-peruntukan yang mengatur berkenaan sumpah, ianya adalah bidangkuasa Hakim untuk menunjuk siapa lebih dahulu untuk bersumpah.183

180 Lihat juga Syams al-Din Abi ‘Abd Allah Muhammad bin Abi Bakr Ibn Qayyim al-Juwziyah (1423 H.),I„lam al-Muwaqqi„in „an Rabb al-„Alamin,al-Mamlakah al-„Arabiyyah al-Sa„udiyyah: Ibn Jawziyyah,

181

Sila lihat Bambang Waluyo (1991), Sistem Pembuktian dalam Peradilan Indonesia, Jakarta: Sinar Grafika, m.s.44

182 Hadis ini dapat ditemukan dalam sahih Bukhari kitab syahadah. Sila lihat Salih bin „Abd al-„Aziz bin Muhammad (2000), Op., Cit,.m.s. 207-208. Lihat juga Muhammad Nasir al-Din al-Albani (2003), al-Ta„liqat al-Radiyyah al-Nadiyyah, Juzu‟ 3, Saudi: Dar ibn „Affan, m.s.243.

183

305

5.9.4. Batas umur baligh

Syarat saksi di antaranya adalah baligh, menurut RBg seksyen 172 ayat 1 menyebutkan bahawa batas umur baligh adalah 15 tahun. Ertinya saksi kanak-kanak tidak diterima Namun merujuk seksyen berikutnya iaitu seksyen 173 menyatakan saksi kanak-kanak merupakan budibicara hakim untuk mendengarnya tetapi kekuatannya hanya sebatas penjelasan sahaja.

Dalam Islam batas umur baligh adalah berbeza-beza. Melihat perundangan Indonesia yang berpegang kepada umur baligh ialah 15 tahun merupakan satu pendapat yang dipelopori oleh majoriti Ulama, imam Syafi‟i dan Ahmad.184 Sedangkan batas umur baligh menurut Abu Hanifah, bagi anak lelaki ialah pada umur 18 atau 19 tahun dan untuk anak perempuan adalah 17 tahun. Menurut majoriti Ulama mazhab Maliki pula baik lelaki mahupun perempuan batasnya adalah sama iaitu17 atau 18 tahun.

Sebagaimana telah disebutkan sebelumnya kesaksian kanak adalah diterima tetapi khas dalam kes-kes yang membabitkan di antara mereka sahaja. 185 Membandingkan kedua-dua sistem perundangan ini, ternyata bahawa menurut Islam semua yang dapat menyokong tercapainya matlamat kehakiman iaitu menegakkan keadilan adalah tidak ditinggalkan begitu sahaja.

5.9.5. Pemeriksaan Setempat atau al-Mu‘ayanah

Pada bab ketiga sebelumnya telah diterangkan bagaimana pentingnya dibuat satu pemeriksaan (Survey) terhadap objek yang didakwakan sebelum keputusan yang muktamad akan dibuat. Oleh kerana kepentingannya tidak dinafikan lagi maka sehingga bukan hanya dalam statut186 sahaja disebutkan akan „Pemeriksaan Setempat‟ (dikatakan

184

Sila lihat Abu al-Fadl Ahmad bin „Ali bin Hajar al-„Asqalaniy (2001), Fath al-Bari bi Syarh Sahih al-Imam Abi ‘Abd Allah Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari,j.5, Riyad: Maktabah al-Mulk Fahad al-Wataniah athna’ al-Nasyar, m.s. 326-328.

185 Sila lihat Siddiq Hasan Khan (2003), Ta„liqat Radiyyah Nadiyyah, j. 3, Tahqiq: „Ali bin Hasan bin „Ali bin „Abd al-Hamid,, Saudi: Dar ibn „Affan, m.s. 253

186

306 sebagai salah satu keterangan dalam perundangan di Indonesia)187 bahkan oleh kerana banyaknya aduan sehingga Mahkamah Agung mengeluarkan surat arahan kepada seluruh mahkamah di bawahnya untuk menjalankan hal tersebut.

Dari sudut hukum Syarak ianya tidak bertentangan dan sememangnya patut dibuat sebelum sebarang keputusan dijatuhkan. Tujuannya adalah baik iaitu untuk menghindarkan tersalah terhadap objek yang didakwakan. Menurut Penyelidik ianya hanya merupakan bahagian daripada proses pemeriksaan terhadap kes tersebut yang dikenal dengan istilah al-mu„ayanah.188 Muhammad Mustafa Zuhayli menyatakan

al-mu„ayanah adalah:

Yang bermaksud:

Melihat atau memeriksa tempat yang menjadi persengketaan diantara dua yang bersengketa sama ada qadi itu sendiri ataupun melalui perantaraan orang yang amanah, untuk mengenal pasti perkara yang sebenar.

Menurut Zayd Hansh „Abd Allah, seorang Hakim Mahkamah Tinggi Yaman,

al-Mu„ayanah adalah sangat penting untuk mengkuatkan keyakinan Mahkamah.Beliau

menambahkan dengan melihat sendiri tempat (objek) perbalahan itu maka hasil keputusan hukum pun akan mencapai yang terbaik. 189 Dengan erti kata sudah sepatutnya pihak Mahkamah memeriksa dan menganalisa semua kebenaran apa yang didakwakan oleh kedua-dua pihak. Bukan hanya apa yang disebutkan yang bertikai sahaja di majlis perbicaraan tetapi juga letak, jumlah, luas dan lain-lain objek yang didakwakan harus dibuat survey ulang lagi.

187

H. Abdul Manan (2005), Penerapan Hukum Acara Perdata di Lingkungan Peradila Agama, c.3, Jakarta: Prenada Media, 273. M. Nur Rasaid (2003), Hukum Acara Perdata, Jakarta: Sinar Grafika, m.s.47.

188Sila lihat Mustafa al-Zuhayliy (1982), Op., Cit.,m.s. 590. Lihat juga Nasr Farid Wasil (2002), Nazariyah al-Da„wa wa al-Ithbat fi Fiqh al-Islami, Qahirah: Dar al-Syuruq, m.s. 160.

189

307 Sekalipun ulama memperkatakan dan membahas berkenaan al-Mu„ayanah tetapi kita-kitab fiqah kebanyakannya tidak meletakkanya sebagai salah satu keterangan.190 Ini kerana di lihat dari segi amalannya sememangnya „Pemeriksaan Setempat‟ kurang tepat dikategorikan sebagai keterangan (turuq Ithbat) kerana ia adalah ahad ijraat

al-Da„wa (salah satu proses perbicaraan).191

Dokumen terkait