• Tidak ada hasil yang ditemukan

5.10. Isu-isu menarik

5.10.2. Undian atau al-Qar‘ah

Dalam perundangan Indonesia tidak ada menyebut bahawa al-Qar„ah merupakan keterangan. Tetapi secara tidak sedar telah menggunapakai undian ini sebagai salah satu asas untuk membuat keputusan di mahkamah. Pada situasi ukuran pembuktian di antara pihak adalah sama juga kemaslahatan yang akan dijatuhkan kepada kedua-dua pihak adalah sama maka disunatkan195 untuk dibuat undian.

Ini dapat dilihat dalam kes Puan Sanggup a/p Tarigan (Pemohon) melawan Badan Kenaziran Masjid (Yang kena mohon).196 Pemohon telah menuntut nazir Masjid Masiah al-Ikhlas untuk merubuhkan Masjid dan sekolah yang ada di tanah sengketa kerana ia merupakan hak milik Pemohon yang di dapat daripada pemberian hibah Hjh. Masiah kepada Pemohon.

Pihak Nazer (Yang kena mohon) telah menafikan dakwaan Pemohon tersebut dan telah membuat jawapan:

i. Akta hibah yang disebutkan dan dibawa oleh Puan Sanggup a/p Tarigan adalah sebenarnya bukan akta hibah (kerana form untuk membuat akta hibah bukan begitu). Surat yang dibawa oleh Puan Sanggup a/p Tarigan yang dibuat oleh Camat sebenarnya adalah Sijil pelepasan hak (sebagaimana dinyatakan dalam surat tersebut, „APH‟ iaitu Akta Pelepasan Hak, dengan ganti rugi).

ii. Juga dalam surat yang dibawa oleh Puan Sanggup a/p Tarigan disebutkan di muka surat 2 sebelah bawah, “Bidang tanah tersebut dalam akta hibah ini untuk

194 Pembahasan berkenaan al-Nukul sila lihat pada bab sebelumnya (bab ke dua).

195 Badr al-Din Abi Muhammad Mahmud bin Ahmad al-„Aynay (2001), „Umdah al-Qari Sharh Sahih al-Bukhari, j.13, Tashih: „Abd Allah Mahmud Muhammad „Amar, Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, m.s.79

196

310 diwakafkan untuk kepentingan agama Islam sebagai pengelola (pemegang amanah) ialah yang menerima hibah”.

a. Dengan pernyataan bahawa tanah itu sebenarnya untuk diwakafkan maka yang berkompeten membuat sijil wakaf adalah Pejabat urusan Agama iaitu KUA. Dengan itu, yang berhak untuk mendengar dan menilai sijil wakaf itu adalah Mahkamah Syariah bukan Pengadilan Negeri Medan.

b. Sijil 27/3/APH/MTT1983 tanggal 30 Mei 1983 yang dijadikan sebagai surat sokongan kepada dakwaannya oleh Puan Sanggup a/p Tarigan ditanda tangan tetapi tidak dicantumkan nama (bermakna ia adalah palsu). Oleh itu pihak Badan Kenaziran Masjid telah membuat laporan polis untuk memastikan siapakah yang membuat dan mereka-reka sijil berkenaan (surat laporan Polis: LP/321/K.19/VIII/2000, bertarikh 1 Ogos tahun 2000). Perbuatan memalsukan dokumen merupakan kesalahan jenayah kerananya pihak Badan Kenaziran Masjid sedang membawa kes tersebut ke Balai Polis, Polsek Medan Sunggal untuk dibuat dakwaan di Mahkamah awam.

c. Juga pada muka surat satu sijil bernombor, 27/3/APH/MTT1983 tersebut dikatatakan, “ Diwakafkan/melalui S.K. NO. 72/3/0097/83 tanggal 3 September 1983”, Juga ianya tidak ditanda tangan. Oleh itu menurut Badan Kenaziran Masjid, pihak Polis harus mencari siapa yang membuat surat berkenaan. Kerana ianya tidak logik disebabkan: (1) Sijil itu dibuat pada bulan September sedangkan Hajjah Masyiah (pemberi hibah) meninggal 3 bulan sebelumnya iaitu 23 Juni 1983. (2) Pada sijil berkenaan terdapat cap jari, kerana itu pihak Polis harus membuat siasatan siapakah yang membuat cap jari tersebu; apakah cap jari itu kepunyaan orang yang hidup ataupun sudah meninggal. Ini kerana ketika kematian Hajjah Masyiah di dapati atau terdapat tinta (ink) stempel pada jejarinya.

311 Di Mahkamah Agung kes ini di dapati bahawa kekuatan pembuktian kedua-dua pihak adalah sama. Ini di lihat daripada para Hakim (tiga orang) yang mendengar kes inipun berbeza pendapat. Salah seorang Yang Arief Hakim (H.M.Imron Anwari) menolak hujah-hujah Yang kena mohon (Nazer Masjid).

Oleh kerana para hakim berbeza pendapat tentang kes ini, para hakim kemudian telah membuat undian pendapat siapakah yang terbanyak. Maka dalam undian tersebut di dapati dua hakim (Dr. Artidjo Alkostar dan Dr. Mohammad Saleh) memihak kepada Yang kena mohon (Nazer Masjid).Kedua-dua hakim tersebut bersetuju tanah yang dihibahkan oleh pemberi hibah adalah tanah wakaf untuk kegunaan orang Islam.

Amalan pengundian (dissenting opinion) dalam perundangan di Indonesia adalah disebutkan dalam prosedur Undang-undang jenayah. Undang-undang ini menyatakan sebagai berikut:

Pada asasnya putusan dalam musyawarah majlis merupakan hasil permufakatan bulat kecuali jika hal itu setelah diusahakan dengan sungguh-sungguh tidak dapat dicapai, maka berlaku ketentuan sebagai berikut:

a. Putusan diambil dengan suara terbanyak

b. Jika ketentuan tersebut huruf a tidak juga dapat diperoleh, putusan yang dipilih adalah pendapat hakim yang paling menguntungkan bagi terdakwa.197

Dari kes di atas dapat diambil satu pengajaran bahawa amalan pengundian dalam sistem perundangan di Indonesia adalah dikenal sekalipun ia tidak dinyatakan dalam perundangan sebagai keterangan. Tetapi agak sedikit berbeza bahawa yang dimaksud dengan (dissenting opinion) adalah perbezaan pendapat terhadap dalil-dalil yang di bawa oleh para pihak.Amalan jumlah Hakim mendengar kes-kes di Mahkamah adalah berbeza-beza. Setiap perbicaraan harus didengar oleh Hakim yang berjumlah ganjil iaitu satu,198 tiga,199lima,200 tujuh ataupun sembilan orang.201

197

Sila lihat Undang-Undang no. 8 tahun 1981 seksyen 182 (6).

198Dalam kes kanak-kanak juvana, jumlah hakim yang mendengar kes ini adalah satu orang. Sila lihat Undang-Undang No. 3 Tahun 1997 Tentang Pengadilan Anak seksyen 11 (1).

199Sila lihat Undang-Undang No. 48 Tahun 2009 Tentang Kekuasaan Kehakiman, seksyen 11 (1).Juga Undang-Undang No. 14 Tahun 1985 Tentang Mahkamah Agung seksyen 40 (1).

312 Dalam membuat keputusan, semua hakim akan ditanya pendapat mereka. Keputusan majlis hakim akan diambil berdasarkan kemuafakatan. Sekiranya kata sepakat tidak dapat diambil daripada semua hakim maka akan diadakan proses undian. Pendapat majoriti merupakan keputusan mahkamah, tetapi sekiranya dengan cara ini juga tidak berkesan maka diadakan pengundian. Pengundian di sini iaitu dengan melalui pemilihan pendapat yang mana yang lebih memihak kepada yang kena dakwa maka itulah yang menjadi hasil keputusan majlis hakim.

Dokumen terkait