• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 4: ANALISIS DAN PERBINCANGAN DATA KAJIAN

4.3 Laporan Hasil Dapatan Kajian

4.3.2 Laporan Hasil Kajian Persepsi Responden Terhadap Subjek PSV…

4.3.2.3 Persepsi Responden Terhadap Buku Teks PSV

Persepsi terhadap buku teks subjek PSV dapat dilihat dalam Jadual 4.8. Persepsi terhadap buku teks subjek PSV ini dinyatakan dalam bentuk frekuensi dan peratusan. Perbandingan dapat diukur dari perbezaan skala sama ada amat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju atau amat setuju. Hasil dapatan data persepsi terhadap buku teks subjek Pendidikan Seni Visual adalah seperti yang dipaparkan dalam Jadual 4.8 dan huraian seperti berikut:

Jadual 4.8: Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Berdasarkan Persepsi Buku

Teks.

n=303 Skala

Item

Amat Tidak Setuju

Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

Frekuensi % Frekuensi % Frekuensi % Frekuensi % Frekuensi %

3.12 Membantu Persedianan Belajar 9 3.0 26 8.6 69 22.8 125 41.3 73 24.1 3.13 Pemangkin Minat 11 3.6 35 11.6 85 28.1 117 38.6 55 18.2 3.14 Bahan Rujukan 10 3.3 32 10.6 61 20.1 128 42.2 72 23.8 3.15 Panduan Awal 12 4.0 22 7.3 62 20.5 124 40.9 83 27.4

Menurut dapatan kajian data Jadual 4.8, hasil kajian menunjukkan bahawa bagi kumpulan 303 responden ini, didapati seramai 11 responden (3.6%) yang terlibat amat tidak setuju bahawa buku teks merupakan satu saluran penulisan yang mengandungi fakta, pengetahuan dan maklumat. Seramai 33 responden (10.9%) tidak setuju bahawa buku teks merupakan satu saluran penulisan yang mengandungi fakta, pengetahuan dan maklumat. Dapatan kajian data Jadual 4.8 menunjukkan seramai 63 responden (20.8%)

tidak pasti sama ada buku teks merupakan satu saluran penulisan yang mengandungi fakta, pengetahuan dan maklumat. Hasilan data kajian menunjukkan kebanyakan dari kumpulan 303 responden ini iaitu seramai 130 responden (42.9%) yang terlibat setuju dan 66 responden (21.8%) amat setuju bahawa buku teks merupakan satu saluran penulisan yang mengandungi fakta, pengetahuan dan maklumat.

Hasil kajian menunjukkan bahawa bagi kumpulan 303 responden ini, didapati seramai 9 responden (3.0%) yang terlibat amat tidak setuju bahawa buku teks boleh membantu dalam membuat persediaan belajar. Seramai 26 responden (8.6%) tidak setuju bahawa buku teks boleh membantu dalam membuat persediaan belajar. Menurut dapatan kajian data Jadual 4.8, seramai 69 responden (22.8%) tidak pasti sama ada buku teks boleh membantu dalam membuat persediaan belajar. Hasilan data kajian menunjukkan kebanyakan dari kumpulan 303 responden ini iaitu seramai 125 responden (41.3%) yang terlibat setuju dan 73 responden (24.1%) amat setuju bahawa buku teks boleh membantu dalam membuat persediaan belajar.

Menurut data kajian ini yang dipaparkan dalam Jadual 4.8, dikesan terdapat seramai 11 responden (3.6%) dari kumpulan 303 responden ini amat tidak setuju bahawa buku teks merupakan pemangkin minat murid untuk membaca dengan ilustrasi yang menarik. Seramai 35 responden (11.6%) tidak setuju bahawa buku teks merupakan pemangkin minat murid untuk membaca dengan ilustrasi yang menarik. Hasilan dapatan kajian Jadual 4.8 menunjukkan seramai 85 responden (28.1%) tidak pasti sama ada buku teks merupakan pemangkin minat murid untuk membaca dengan ilustrasi yang menarik. Dapatan hasil kajian menunjukkan lebih dari separuh responden iaitu seramai 117 responden (38.6%) yang terlibat setuju dan 55 responden (18.2%) sangat setuju bahawa buku teks merupakan pemangkin minat murid untuk membaca dengan ilustrasi yang menarik.

Menurut hasilan data dalam Jadual 4.8, terdapat 10 responden (3.3%) dari kumpulan 303 responden amat tidak setuju dan seramai 32 responden (10.6%) tidak setuju bahawa buku teks merupakan bahan rujukan murid di sekolah dan di rumah ketika membuat ulangkaji. Seramai 61 responden (20.1%) tidak pasti sama ada buku teks merupakan bahan rujukan murid di sekolah dan di rumah ketika membuat ulangkaji. Dapatan hasil kajian menunjukkan lebih dari separuh responden iaitu seramai 128 responden (42.2%) yang terlibat setuju dan 72 responden (23.8%) sangat setuju bahawa buku teks buku teks sebagai bahan rujukan murid di sekolah

Menurut dapatan data kajian yang dipaparkan dalam Jadual 4.8, seramai 12 responden (4.0%) dari kumpulan 303 responden ini amat tidak setuju dan 22 responden (7.3%) tidak setuju bahawa buku teks merupakan panduan awal kepada murid dalam proses pembelajaran. Terdapat 62 responden (20.5%) tidak pasti sama ada buku teks merupakan panduan awal kepada murid dalam proses pembelajaran. Kebanyakan responden iaitu seramai 124 responden (33.0%) setuju dan 83 responden (27.4%) sangat setuju buku teks merupakan panduan awal kepada murid dalam proses pembelajaran.

Jadual 4.9: Statistik Berdasarkan Persepsi Terhadap Buku Teks.

n = 303 Buku Saluran Penulisan Membantu Persedianan Belajar Pemangki n Minat Bahan Rujukan Panduan Awal Valid 303 303 303 303 303 Missing 0 0 0 0 0 Mean 3.68 3.75 3.56 3.73 3.81 Median 4.00 4.00 4.00 4.00 4.00 Mode 4 4 4 4 4 Std. Deviation 1.045 1.012 1.030 1.043 1.045 Range 4 4 4 4 4

Melalui hasil data kajian yang dipaparkan dalam Jadual 4.9, dapat diinterpretasikan bahawa skor min dan sisihan piawai untuk buku teks merupakan satu saluran penulisan yang mengandungi fakta, pengetahuan dan maklumat bagi kumpulan

303 responden ini ialah 3.68 dan 1.045. Manakala median dan mod responden mengenai buku teks merupakan satu saluran penulisan yang mengandungi fakta, pengetahuan dan maklumat ialah 4.

Dapatan data kajian Jadual 4.9 menunjukkan bahawa bagi kumpulan 303 responden ini, skor min dan sisihan piawai untuk buku teks boleh membantu dalam membuat persediaan belajar ialah 3.75 dan 1.012. Median untuk buku teks merupakan pemangkin minat murid unuk membaca dengan ilustrasi yang menarik ialah 4.00. Manakala mod untuk buku teks merupakan pemangkin minat murid untuk membaca dengan ilustrasi yang menarik ialah 4.

Data kajian Jadual 4.9 memaparkan bagi kumpulan 303 responden ini, skor min dan sisihan piawai untuk buku teks merupakan pemangkin minat murid unuk membaca dengan ilustrasi yang menarik ialah 3.56 dan 1.030. Median untuk buku teks merupakan pemangkin minat murid unuk membaca dengan ilustrasi yang menarik ialah 4.00. Mod untuk buku teks merupakan pemangkin minat murid untuk membaca dengan ilustrasi yang menarik ialah 4.

Menurut hasil kajian Jadual 4.9, skor min dan sisihan piawai bagi kumpulan 303 responden ini terhadap buku teks merupakan bahan rujukan murid di sekolah dan di rumah ketika membuat ulangkaji ialah 3.73 dan 1.043. Median terhadap buku teks merupakan bahan rujukan murid di sekolah dan di rumah ketika membuat ulangkaji ialah 4.00. Mod terhadap buku teks merupakan bahan rujukan murid di sekolah dan di rumah ketika membuat ulangkaji ialah 4.

Hasil kajian Jadual 4.9 menunjukkan bagi kumpulan 303 responden ini, skor min dan sisihan piawai untuk buku teks merupakan panduan awal kepada murid dalam proses pembelajaran ialah 3.81 dan 1.045. Median untuk PSV memberi kesan dalam

kehidupan responden ialah 4.00. Mod untuk buku teks merupakan panduan awal kepada murid dalam proses pembelajaran ialah 4.