Untuk memanaskan air, Panel Solar mengumpulkan Tenaga
Tenaga cahaya
Tenaga haba
Tumbuhan hijau menggunakan tenaga cahaya untuk melakukan fotosintesis dan disimpan sebagai tenaga
……….…
Sel solar menukarkan tenaga cahaya kepada tenaga
………
Mendapan benda-benda hidup yang telah mati dalam bumi jutaan tahun dahulu akan membentuk
………
Matahari mengeluarkan Tenaga Cahaya dan Tenaga Haba
Perubahan keadaan cuaca Bumi dipengaruhi oleh Tenaga Haba Matahari
Tiupan angin dihasilkan
Kincir angin digerakkan oleh Limpahan air hujan Air hujan dihasilkan
Modul Pembelajaran Sains dan Kehidupan Aktiviti 2. Lakonan.
Arahan:
1. Lantik empat orang pelakon untuk membawa watak-watak di bawah dan baca dahulu jalan ceritanya.
2. Lakonkan watak-watak tersebut mengikut giliran untuk menyatakan Matahari sebagai sumber tenaga utama kepada semua sumber tenaga yang lain melalui persembahan multimedia.
Skrip Lakonan
Watak-Watak 1. Cikgu Roslan 2. Syazwan 3. Sally 4. SherlinaPlot : Di makmal sains
Adegan : Membincangkan Matahari sebagai sumber tenaga utama kepada
semua sumber tenaga yang lain. Adegan 1
Cikgu Roslan : Apa yang akan berlaku kepada Bumi kita sekiranya tiada Matahari ? Sherlina : Cikgu, keadaan sekeliling kita akan menjadi gelap.
Syazwan : Tapi kita boleh gunakan tenaga elektrik untuk menyalakan lampu. Sally : Daripada mana pula kita mendapat tenaga elektrik?
Syazwan : Di Malaysia, kita bergantung kepada janakuasa haba. Bahan bakarnya ialah arang batu.
Sally : Arang batu tu apa?
Sherlina : Arang batu merupakan bahanapi fosil yang terbentuk daripada tumbuhan yang telah mati berjuta tahun dahulu.
Cikgu Roslan : Ya betul. Tumbuhan membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis. Jadi, tumbuhan tersebut bergantung kepada tenaga cahaya daripada Matahari. Tenaga tidak boleh terbentuk sendiri tetapi boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Kesimpulannya semua sumber tenaga adalah berasal daripada tenaga matahari.
Modul Pembelajaran Sains dan Kehidupan LANGKAH KERJA
Tugasan 2: Memberi contoh-contoh alatan yang menggunakan tenaga solar dalam kehidupan harian melalui aktiviti dalam kumpulan.
Aktiviti 1. Arahan:
1. Bentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 5 orang pelajar.
2. Bincangkan dalam kumpulan tentang contoh-contoh alatan yang menggunakan tenaga solar dalam kehidupan seharian.
3. Catatkan hasil perbincangan kumpulan anda di atas sehelai kertas mahjung. 4. Lantik seorang wakil untuk mempersembahkan hasil perbincangan kepada kelas.
LATIHAN
1. Isikan ruang kosong dengan jawapan yang betul.
a. Matahari mengeluarkan tenaga _________________ dan tenaga __________________ b. Senaraikan 3 contoh peralatan yang menggunakan tenaga solar.
i. ________________________________ ii. ________________________________ iii. ________________________________
Modul Pembelajaran Sains dan Kehidupan
PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD
PENILAIAN NAMA MURID NO. K.PENGENALAN NAMA SEKOLAH TINGKATAN TAHUN NO. MODUL/UNIT 3TAJUK Mengenal pasti Matahari sebagai sumber tenaga utama
BIL. PERKARA YANG DINILAI TERCAPAI CATATAN
YA TIDAK
1. Menyatakan Matahari sebagai sumber tenaga utama kepada semua sumber tenaga yang lain melalui persembahan multimedia
2. Memberi contoh-contoh alatan yang menggunakan tenaga solar dalam kehidupan harian melalui aktiviti dalam kumpulan
KEPUTUSAN
TERCAPAI TIDAK TERCAPAI
TARIKH
NAMA GURU Tandatangan
& Tarikh
DISAHKAN OLEH Tandatangan
Modul Pembelajaran Sains dan Kehidupan UNIT 3: SAINS FIZIKAL
STANDARD PEMBELAJARAN
9.4 Mengenal pasti perubahan bentuk tenaga dalam kehidupan harian.
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:
9.4.1 Menyatakan tenaga boleh berubah bentuk.
9.4.2 Menyatakan perubahan bentuk tenaga oleh alat pengubah tenaga seperti lampu suluh, televisyen, kipas dan jam loceng.
9.4.3 Mengenal pasti alat pengubah tenaga yang lain dengan menyatakan perubahan bentuk tenaga yang berlaku menggunakan persembahan multimedia melalui aktiviti dalam kumpulan.
MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN
Tenaga wujud dalam pelbagai bentuk. Berdasarkan prinsip keabadian tenaga, tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi boleh berubah dari satu bentuk kepada bentuk yang lain. Semasa perubahan tenaga, jumlah tenaga sebelum dan selepas perubahan adalah sama. Pelbagai alat pengubah tenaga telah dicipta bagi memudahkan kehidupan manusia seperti lampu suluh, televisyen, kipas dan jam loceng.
Modul Pembelajaran Sains dan Kehidupan
PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN
Satu set litar elektrik yang terdiri daripada mentol, wayar, sel kering, suis dan ammeter.
SENARAI TUGASAN
Tugasan 1: Menyatakan tenaga boleh berubah bentuk.
Tugasan 2: Menyatakan perubahan bentuk tenaga oleh alat pengubah tenaga seperti lampu suluh, televisyen, kipas dan jam loceng.
Tugasan 3: Mengenal pasti alat pengubah tenaga yang lain dengan menyatakan perubahan bentuk tenaga yang berlaku menggunakan persembahan multimedia melalui aktiviti dalam kumpulan.
LANGKAH KERJA
Tugasan 1: Menyatakan tenaga boleh berubah bentuk. Aktiviti 1.
Arahan:
Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
1. Ambil komponen elektrik seperti dalam rajah di bawah dari guru anda. 2. Bina sebuah litar seperti rajah di bawah.
Modul Pembelajaran Sains dan Kehidupan Pemerhatian:
1. Apa yang berlaku kepada jarum ammeter?
______________________________________________________________________ 2. Berapakah bacaan ammeter?
______________________________________________________________________ 3. Apa yang berlaku kepada mentol?
______________________________________________________________________ 4. Apabila suis dipasang tenaga apakah yang menyebabkan mentol menyala dan jarum
ammeter bergerak?
______________________________________________________________________ 5. Dari manakah asal sumber tenaga yang mengalir dalam litar?
______________________________________________________________________ 6. Lengkapkan urutan berikut untuk menunjukkan susunan perubahan tenaga yang
berlaku. TENAGA
KIMIA
TENAGA HABA
Modul Pembelajaran Sains dan Kehidupan LANGKAH KERJA
Tugasan 2: Menyatakan perubahan bentuk tenaga oleh alat pengubah tenaga seperti lampu suluh, televisyen, kipas dan jam loceng.
Aktiviti 1. Arahan:
Lengkapkan urutan perubahan tenaga yang berlaku bagi setiap alat pengubah tenaga berikut. 1. 2. 3. 4. TENAGA KIMIA TENAGA HABA TENAGA CAHAYA TENAGA BUNYI TENAGA HABA TENAGA KINETIK
Modul Pembelajaran Sains dan Kehidupan LANGKAH KERJA
Tugasan 3: Mengenal pasti alat pengubah tenaga yang lain dengan menyatakan perubahan bentuk tenaga yang berlaku menggunakan persembahan multimedia melalui aktiviti dalam kumpulan.
Aktiviti 1. Arahan:
1. Setelah mengetahui perubahan tenaga dalam lampu suluh, televisyen, kipas dan jam loceng, bentuk kumpulan yang terdiri daripada 5 orang murid.
2. Kenal pasti alat-alat pengubah tenaga yang lain dalam kehidupan harian dan bincangkan perubahan-perubahan tenaga yang berlaku bagi setiap alat pengubah tenaga tersebut.
3. Bagi setiap alat pengubah tenaga yang dikenal pasti tadi, cari gambar-gambar alat pengubah tenaga tersebut dari majalah ataupun surat khabar.
4. Gunting dan tampal gambar tersebut di atas kertas mahjung.
5. Nyatakan dengan menulis perubahan-perubahan tenaga yang berlaku bagi setiap alat pengubah tenaga di bawah setiap gambar tersebut.
6. Bentangkan hasil kerja kumpulan anda kepada kelas
LATIHAN
1. Rajah di bawah menunjukkan perubahan-perubahan tenaga yang berlaku oleh satu alat pengubah tenaga.
Apakah alat pengubah tenaga yang menghasilkan perubahan tenaga seperti di atas? A. Televisyen
B. Radio
C. Loceng elektrik D. Mentol elektrik
Modul Pembelajaran Sains dan Kehidupan
PENILAIAN/PENCAPAIAN STANDARD
PENILAIAN NAMA MURID NO. K.PENGENALAN NAMA SEKOLAH TINGKATAN TAHUN NO. MODUL/UNIT 3TAJUK Mengenal pasti Matahari sebagai sumber tenaga utama
BIL. PERKARA YANG DINILAI TERCAPAI CATATAN
YA TIDAK
1. Menyatakan Matahari sebagai sumber tenaga utama kepada semua sumber tenaga yang lain melalui persembahan Multimedia.
2. Memberi contoh-contoh alatan yang menggunakan tenaga solar dalam kehidupan harian melalui aktiviti dalam kumpulan.
3. Mengenal pasti alat pengubah tenaga yang lain dengan menyatakan perubahan bentuk tenaga yang berlaku menggunakan persembahan multimedia melalui aktiviti dalam kumpulan
KEPUTUSAN
TERCAPAI TIDAK
TERCAPAI
TARIKH
NAMA GURU Tandatangan
& Tarikh
DISAHKAN OLEH Tandatangan
UNIT 1: KAEDAH SAINS
STANDARD PEMBELAJARAN
10.1 Mengenal pasti tiga keadaan jirim.
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:
10.1.1 Menyenaraikan contoh-contoh bahan pepejal, cecair dan gas dalam kehidupan harian.
10.1.2 Membezakan tiga keadaan jirim berdasarkan sifat-sifat fizikal melalui persembahan multimedia.
10.1.3 Membandingkan tiga keadaan jirim berdasarkan susunan dan pergerakan zarah- zarah dan memerihalkan melalui main peranan.
10.1.4 Memerihalkan perubahan keadaan jirim semasa proses pembekuan, peleburan, pendidihan, kondensasi dan pemejalwapan.
10.1.5 Memberi contoh kejadian dalam kehidupan harian yang melibatkan perubahan keadaan jirim.
MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN
Semua benda di sekeliling kita adalah jirim. Jirim mempunyai dua sifat iaitu ia mempunyai jisim dan ia juga memenuhi ruang. Manusia dan hidupan yang lain juga adalah jirim kerana mempunyai sifat yang sama. Jirim boleh wujud dalam tiga keadaan iaitu keadaan pepejal, cecair dan gas. Keadaan jirim boleh berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain melalui pemanasan atau penyejukan. Teori Kinetik mengatakan bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah atau partikel-partikel yang sangat kecil. Kedudukan zarah-zarah inilah yang menentukan keadaan jirim sesuatu benda.
PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN
Bola ping pong Gelas
Bikar Tabung uji
Lingkaran ubat nyamuk
2 balang gas beserta penutup kaca Kertas mahjung
Pen marker
SENARAI TUGASAN
Tugasan 1: Menyenaraikan contoh-contoh bahan pepejal, cecair dan gas dalam kehidupan harian.
Tugasan 2: Membezakan tiga keadaan jirim berdasarkan sifat-sifat fizikal melalui persembahan multimedia.
Tugasan 3: Membandingkan tiga keadaan jirim berdasarkan susunan dan pergerakan zarah-zarah dan memerihalkan melalui main peranan.
Tugasan 4: Memerihalkan perubahan keadaan jirim semasa proses pembekuan, peleburan, pendidihan, kondensasi, dan pemejalwapan.
Tugasan 5: Memberi contoh kejadian dalam kehidupan harian yang melibatkan perubahan keadaan jirim.
LANGKAH KERJA
Tugasan 1: Menyenaraikan contoh-contoh bahan pepejal, cecair dan gas dalam kehidupan harian
Aktiviti 1. Arahan:
Air Aerosol Roti Susu Cerek
Rajah di atas menunjukkan beberapa contoh benda yang biasa digunakan dalam kehidupan harian. Senaraikan benda-benda ini mengikut keadaan jirimnya yang betul dalam ruangan di bawah.
Pepejal Cecair Gas
LANGKAH KERJA
Tugasan 2: Membezakan tiga keadaan jirim berdasarkan sifat-sifat fizikal melalui persembahan multimedia.
Aktiviti 1. Arahan:
Jalankan aktiviti berikut secara berkumpulan dan bulatkan hasil pemerhatian anda.
Aktiviti 1a
1. Letakkan sebiji bola ping pong di atas meja dan perhatikan bentuk bola ping pong itu. 2. Kemudian letakkan bola ping pong itu ke
dalam gelas dan perhatikan semula bentuk bola ping pong itu.
Pemerhatian:
1. Adakah bentuk bola ping pong itu berubah apabila dimasukkan ke dalam gelas?
Ya / Tidak 2. Adakah isi kandungan (isipadu) bola ping pong itu bertambah besar apabila dimasukkan ke dalam gelas?
Ya / Tidak
Bola ping pong
Aktiviti 1b
1. Isikan air ke dalam gelas sehingga hampir penuh dan perhatikan bentuk air itu.
2. Kemudian tuangkan air dari gelas itu ke dalam bikar kosong dan perhatikan semula bentuknya.
Pemerhatian:
1. Adakah bentuk air sama dengan bentuk bekasnya (gelas)?
Ya / Tidak 2. Adakah bentuk air semasa di dalam gelas sama dengan bentuk air semasa di dalam bikar?
Ya / Tidak 3. Adakah isi kandungan (isipadu) air bertambah besar apabila dituangkan dari gelas ke dalam bikar?
Ya / Tidak Aktiviti 1c
1. Nyalakan satu lingkaran ubat nyamuk sehingga mengeluarkan asap.
2. Kumpulkan asap itu ke dalam satu tabung uji dan perhatikan bentuknya.
3. Kemudiankan kumpulkan asap itu ke dalam satu balang gas pula dan perhatikan.
Pemerhatian:
1. Adakah bentuk asap sama dengan bentuk bekasnya (tabung uji)?
Ya / Tidak 2. Adakah bentuk asap semasa di dalam tabung uji sama dengan bentuk asap semasa di dalam balang gas?
Ya / Tidak
Aktiviti 1d
1. Penuhkan satu balang gas dengan asap ubat nyamuk dan tutup dengan penutup kaca.
2. Letakkan satu lagi balang gas kosong di atas balang gas pertama tadi.
3. Tarik keluar penutup kaca tadi perlahan- lahan sehingga asap dalam balang gas pertama tadi memasuki ruang balang gas kedua.
Pemerhatian:
1. Adakah isi kandungan (isipadu) asap dalam balang gas pertama merebak dan memenuhi ruang kedua-dua balang gas itu? Ya / Tidak air air gelas bikar tabunguji bikar lingkaran ubat nyamuk yang berasap Balang gas ke 2 Balang gas pertama berisi asap. Penutup kaca
Berdasarkan pemerhatian dalam aktiviti di atas, salin jadual di bawah ke atas sehelai kertas mahjung untuk di bentangkan kepada kelas. Pilih dahulu sifat-sifat fizikal jirim yang betul.
Keadaan jirim Sifat fizikal jirim
Bentuk Isipadu
Pepejal Tetap / Tidak tetap Tetap / Tidak tetap Cecair Tetap / Tidak tetap Tetap / Tidak tetap Gas Tetap / Tidak tetap Tetap / Tidak tetap
LANGKAH KERJA
Tugasan 4: Memerihalkan perubahan keadaan jirim semasa proses pembekuan, peleburan, pendidihan, kondensasi dan pemejalwapan.
Aktiviti 1. Arahan:
Jalankan aktiviti di bawah dalam kumpulan.
1. Bincang dalam kumpulan perubahan keadaan jirim pepejal kepada keadaan cecair dan seterusnya kepada keadaan gas apabila ia dipanaskan melalui proses P dan proses Q.
2. Seterusnya kenal pasti proses R dan proses S apabila keadaan jirim gas berubah menjadi keadaan cecair dan seterusnya kepada keadaan pepejal apabila ia disejukkan.
Berdasarkan hasil perbincangan anda, lengkapkan soalan-soalan berikut dengan menggunakan perkataan dalam kotak di bawah.
1. Proses ini menyebabkan keadaan jirim pepejal berubah menjadi keadaan jirim cecair. Proses P ialah ________________________________________________________
Pepejal Cecair Gas
Proses P Proses Q
Proses S Proses R
Proses penyejatan Proses pembekuan
2. Proses ini menyebabkan keadaan jirim cecair berubah menjadi keadaan jirim gas. Proses Q ialah _______________________________________________________
3. Proses ini menyebabkan keadaan jirim gas berubah menjadi keadaan jirim cecair. Proses R ialah _______________________________________________________
4. Proses ini menyebabkan keadaan jirim cecair berubah menjadi keadaan jirim pepejal. Proses P ialah _______________________________________________________
LANGKAH KERJA
Tugasan 5: Memberi contoh kejadian dalam kehidupan harian yang melibatkan perubahan keadaan jirim.
Aktiviti 1. Arahan:
Jalankan aktiviti di bawah dalam kumpulan.
1. Lengkapkan jadual di bawah dengan memberikan 2 contoh kejadian dalam kehidupan harian yang melibatkan perubahan keadaan jirim berikut.
Perubahan keadaan
jirim Contoh kejadian dalam kehidupan harian
Cecair Gas Gas Cecair
Cecair Pepejal
Pepejal Gas Proses P
LATIHAN
“Ubat gegat (Naftalena) yang diletakkan dalam almari apabila terdedah kepada udara akan beransur-ansur menjadi kecil saiznya. Ini berlaku kerana ubat gegat dalam
keadaan pepejal akan berubah keadaannya menjadi wap (gas).”
1. Apakah proses yang menyebabkan keadaan jirim pepejal berubah terus kepada keadaan jirim gas seperti yang berlaku kepada ubat gegat (Naftalena) itu.
Berdasarkan rajah di atas, proses itu ialah ________________________ A. Pembekuan
B. Pemejalwapan C. Kondensasi D Penyejata