• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pilihan raya

Dalam dokumen PEMIKIRAN POLITIK ISLAM IMAM HASSAN AL B (Halaman 32-35)

Mengenai Pilihan Raya, al-Banna menganalogikan sistem pilihan raya sebagai sebuah cara untuk memilih wakil rakyat, dan merupakan salah satu bentuk dari penghargaan atas aspirasi rakyat. Dalam hal ini ia menyamakan bahwasannya kedudukan wakil rakyat ini sebagai ahlu halli wal 'aqdi, hanya saja untuk keperluan memilih ahlu halli wal' aqdi maka harus mempunyai kriteria-kriteria tertentu. Diantaranya:

 Ahli fiqh dengan standard mujtahid di mana pendapat-pendapat mereka dalam fatwa dan istinbath hukum diambil kira umat

 Pemilik skill, pengalaman, pakar dan kemampuan dalam urusan awam 28

 Para tokoh kharismatik yang mempunyai komando dan kepimpinan di tengah masyarakat, seperti ketua suku, tokoh masyarakat, dan pemimpin organisasi

Permasalahan ini sebenarnya permasalah yang banyak dibahas dalam permasalahan pilihan raya kontemporari iaitu diperlukannya kriteria-kriteria untuk calon wakil rakyat yang akan dipilih di pilihan raya. al-Banna pun mengkritik sistem pilihan raya di Mesir, mulai dari kualiti kerja SPR Mesir, sehingga pindaan Akta Pilihan Raya Mesir untuk membuat kriteria calon yang pantas, aturan main dan rambu-rambu kempen yang jelas, pelaksanaan yang baik, sekatan yang berat bagi setiap kesalahan. Hanya saja al-Banna justru menyarankan agar pemilihan calon dengan menggunakan gambar (parti) bukan memilih orang, maksud al-Banna adalah agar ketika mereka berhadapan dengan kawasan pilihan raya yang mereka perjuangkan bukanlah kepentingan peribadi mereka, namun kepentingan umum yang dinyatakan melalui program perti politik mereka ataupun kumpulan mereka. Bila melihat pada maksud al-Banna ini maka mengarah pada pengertian yang sesuai menganai perti politik yang diberikan oleh Miriam Budiharjo.

3.5. LIMA BABAK KEBANGKITAN UMAT

Dalam sejarah kehidupan bangsa-bangsa, kebangkitan dan kemajuan adalah sebuah keniscayaan yang mesti diyakini. Namun, kelemahan yang sedang mengongkong suatu bangsa seringkali mencetuskan keadaan terdesak sehingga bayang-bayang ketidakpastian dan mustahil menjadi begitu kuat. Realiti kejiwaan masyarakat inilah yang ingin ditendang oleh Hasan al-Banna, dengan salah satu ungkapannya: "Inna haqaiqa al-yaumi hiya ahlamu al-amsi, wa ahlama al-yaumi haqaiqu al-ghadi (Sesungguhnya kenyataan hari ini adalah mimpi semalam, dan mimpi hari ini akan menjadi kenyataan esok hari). "

Di atas keyakinan ini, Hasan al-Banna menyodorkan perpektif baru dalam menatap kebangkitan. Bahawa, kehancuran material adalah indikasi fenomenalogis yang zahir dari kelemahan suatu bangsa, sementara akar penyebab kelemahan yang sebenarnya ada pada kehancuran jiwa masyarakatnya. Ini yang secara kuat dicemaskan oleh Abul Hasan An-Nadwi dengan ucapannya, "Kemanusiaan sedang ada dalam sakratul maut." (Abul Hasan An-Nadwi, Madza Khasira al-Alam bi Inkhithathi al-Muslimin, 1969). Bahkan, kecemasan dunia moden yang digjaya seperti Amerika misalnya, juga terletak di sini. Laurence Gould pernah mengingatkan awam Amerika, "Saya tidak yakin bahaya terbesar yang mengancam masa depan kita adalah bom nuklear. Peradaban AS hancur ketika tekad mempertahankan kehormatan dan nilai-nilai moral dalam hati nurani rakyat kita telah mati. "(Hamilton Howze, The Tragic Descent: America in 2020, 1992).

Dari pemahaman inilah, Hasan al-Banna menyimpulkan bahawa tiang kekuatan utama untuk bangkit adalah kesabaran (ash-shabru), keteguhan (ats-tsabat), kearifan (al-hikmah), dan ketenangan (al-anat) yang kesemuanya menggambarkan kekuatan kejiwaan ( al-quwwah an-nafsiyah) suatu bangsa. "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum hingga mereka mengubah keadaan kejiwaannya"; (QS. 13:11).

Peralihan politik merupakan titik-berangkat (muntholaq) untuk membina kembali umat. Kepada para pelaku perubahan (anashir at-taghyir), Hasan al-Banna mengingatkan dua pandangan dasar (an-nadhoriyah al-asasiyah) yang mesti dipegang teguh. Pertama, sekalipun jalan ini sangat panjang dan berliku, tetapi tidak ada pilihan lain selain ini. Kedua, bahawa seorang pekerja pertama kali harus bekerja menunaikan tanggungjawabnya, baru kemudian boleh mengharap hasil kerjanya.

Dalam proses pembangunan semula umat, Hasan al-Banna menyimpulkan adanya lima babak yang akan dilalui. Kesimpulan ini berangkat dari analisa sejarah perjalanan bangsa-bangsa dan usaha memahami arahan-arahan Rabbani (taujihat rabbaniyah). Apa kelima babakan itu?

1) Kelemahan (adh-dho fu).

Faktor utama kelemahan adalah terjadinya pemerintahan kuku besi rejim kuasa yang

tirani. Kuasa inilah yang memporak-perandakan sendi-sendi kehidupan masyarakat dan memberangus potensi-potensi kebaikannya dengan dalih kepentingan kuasa. "Sesungguhnya Firaun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah-belah, dengan menindas segolongan dari mereka, membunuh anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Firaun termasuk orang yang membuat kerosakan. "(QS. 28:4) Itulah sebabnya tujuan pertama peralihan politik menurut al-Banna adalah membebaskan umat dari belenggu penindasan dalam kehidupan politik.

2) Kepimpinan (az-zuaamah)

Sejarah perubahan menunjukkan bahawa usaha bangkit kembali dari kehancuran memerlukan seorang pemimpin yang kuat. Kepimpinan ini mesti muncul pada dua wilayah, iaitu pemimpin di tengah-tengah masyarakat (az-zuaamah ad-da wiyah) yang menyeru kepada kebaikan dan pemimpin pemerintahan (az-zuaamah as-siyasiyah) yang sebenarnya muncul atau menjadi sebahagian dari mata rantai barisan penyeru kebaikan itu. "Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi quot; (QS. 24:55).

Ada dua watak asas ideologi-ideologi kuffar. Pertama, secara hakiki ia bertentangan dengan ideologi Islam. Dan kedua, untuk memastikan kewujudannya di muka bumi, ideologi-ideologi kuffar itu akan berupaya menghancurkan ideologi Islam. Pertarungan terberat adalah pada usaha untuk membebaskan diri dari mentaliti, sikap, tingkah laku dan budaya yang sudah terkooptasi oleh ideologi materialisme-sekular. Pertarungan ini tidak boleh dimenangi dengan kekuatan senjata, tetapi dengan bangunan keimanan baru yang memantulkan izzah (harga diri) umat di hadapan peradaban-peradaban kuffar.

4) Iman (Al-Iman)

Pertarungan ideologi di fasa peralihan menuju kebangkitan adalah masa-masa ujian berat bagi umat. Pertarungan akan memunculkan dua golongan manusia. Pertama, mereka yang tidak istiqamah dengan cita-cita Islam dan menggadaikan perjuangannya demi keuntungan-keuntungan material. Perjuangan bagi mereka adalah bagaimana mengumpulkan sebanyak-banyaknya perhiasan dunia sesuatu yang tidak mereka miliki sebelumnya. Golongan kedua, adalah mereka yang istiqamah dan iltizam dengan garis dan cita-cita perjuangan. Besarnya kekuatan musuh justru menambah keimanan mereka dan semakin mendekatkan diri mereka kepada Allah. Inilah golongan yang sedikit, tapi dijanjikan kemenangan oleh Allah. Proses kebangkitan umat tidak akan berjalan tanpa kehadiran mereka; orang-orang yang akan menorehkan garis sejarah panjang perjuangan yang diliputi pelbagai keistimewaan dan keajaiban.

Dalam dokumen PEMIKIRAN POLITIK ISLAM IMAM HASSAN AL B (Halaman 32-35)

Dokumen terkait