• Tidak ada hasil yang ditemukan

Carta 4.1: Struktur Organisasi BMT Amanah

4.2.2 Program Kerja Baitul Māl Wat Tamwil Amanah

Baitul Mal Wat Tamwil Amanah telah mengagihkan program kerja yang sesuai dengan bahagiannya masing-masing. Program kerja tersebut dapat dilihat sebagaimana di bawah ini.

4.2.2.1 Program Organisasi

I. Latihan Pembiayaan

Latihan pembiayaan ini dijalankan pada 1 hingga 2 Januari 2003 dan Pada 3 hingga 7 April 2005 dengan kerjasama Pusat Inkubasi Bisnis Usaha Kecil (PINBUK) Riau, Indonesia. Program ini telah dijalankan di Pekan baru di mana Baitul Mal Wat Tamwil Amanah telah diwakili oleh Masita, S.Ag dan M. Rizal untuk mengikuti latihan ini.

Latihan pembiayaan ini sangat memberi manfaat dan faedah kepada sistem pembiayaan yang diterapkan Baitul Mal Wat Tamwil Amanah.8 Dengan adanya latihan pembiayaan ini menjadikan sistem pelaksanaan Baitul Mal Wat Tamwil Amanah lebih baik dan pembiayaan yang diberikan kepada masyarakat dapat dirumuskan dengan baik dan amanah.

II. Latihan Tamwil Perakaunan Bersepadu (Integrated Accounting)

Latihan ini telah dilaksanakan pada 6 hingga 7 Jun 2003 di Pekan Baru, hasil kerjasama BMT Amanah dengan Pusat Inkubasi Bisnis Usaha Kecil (PINBUK)

Indonesia. Baitul Mal Wat Tamwil Amanah telah menghantar Encik Muhammad Rizal untuk mengikuti latihan al-Tamwil Perakaunan Bersepadu (Integrated Accounting) yang telah diadakan. 7 hingga 10 Januari 2007 latihan yang sam juga diadakan dengan kerja sama Dinas Koperasi dan UKM Kabupaten Bengkalis telah menghantar Encik Irawan, A.Md untuk mengikuti latihan al-Tamwil Perakaunan Bersepadu (Integrated

Accounting) yang telah diadakan.

Namun begitu, ia masih belum mencapai tahap yang baik kerana Baitul Mal Wat Tamwil Amanah masih menggunakan sistem perakaunan tradisional atau sederhana. Semua ilmu dan pengalaman yang diberikan dalam latihan tersebut belum dapat diterapkan di Baitul Mal Wat Tamwil Amanah secara maksimum. Dengan kata lain hasil dari latihan tersebut belum memuaskan.9

III. Latihan Pengurusan Kewangan dan Motivasi

Baitul Mal Wat Tamwil Amanah telah mengikuti Latihan Pengurusan Kewangan dan Motivasi selama 7 hari iaitu dari 11 hingga 18 Julai 2003 di Balai Latihan Koperasi Riau, Indonesia. Bagi latihan ini, Baitul Mal Wat Tamwil Amanah telah mengutus Encik Muhammad Rizal. Latihan pengurusan kewangan dan motivasi yang diikuti oleh Baitul Mal Wat Tamwil Amanah merupakan satu usaha untuk memperbaiki pengurusan kewangan Baitul Mal Wat Tamwil Amanah.

Namun, latihan ini belum menunjukkan hasil kerana Baitul Mal Wat Tamwil Amanah masih belum menerapkan secara maksimum apa yang diperolehi daripada latihan tersebut dalam pelaksanaannya di Baitul Mal Wat Tamwil Amanah.10

IV. Latihan Akaun Bagi Pengurus Dan Karyawan

9 Muhammad Rizal, Bidang Pentadbiran dan Rekod pada Baitul Mal Wat Tamwil Amanah Kabupaten Bengkalis Riau.Temubual 28 Februari 2003.

10

Latihan ini dianjurkan oleh Dinas Koperasi Kabupaten Bengkalis pada 26 hingga 28 Disember 2003. Baitul Mal Wat Tamwil Amanah telah menghantar salah seorang pegawainya bagi mendapatkan latihan perakaunan bagi pengurus dan ahli perniagaan. Dalam hal ini, Baitul Mal Wat Tamwil Amanah diwakili oleh Puan Zetty Aqmy sebagai peserta. Hasil dari latihan perakaunan bagi pengurus dan usahawan ini telah memberi sumbangan idea dan visi kepada Baitul Mal Wat Tamwil Amanah meskipun belum dapat diterapkan secara maksimum.11

V. Mengadakan Bazar

Program bazar ini telah dijalankan oleh Baitul Mal Wat Tamwil Amanah pada 13 hingga 19 April 2003 di Bengkalis sempena majlis Musabaqah Tilawah al-Quran peringkat Propinsi Riau di Bengkalis.

Tujuan Bazar yang diadakan adalah untuk mempromosikan sistem produk dan perkhidmatan Baitul Mal Wat Tamwil Amanah kepada masyarakat awam. Walaubagaimanapun, hasilnya belum dapat secara maksimum kerana masih belum ramai ahli masyarakat yang menggunakan produk dan perkhidmatan Baitul Mal Wa Tamwil Amanah.12

4.2.2.2 Khemah Kerja Bidang Pentadbiran dan Kewangan

Dalam program ini, Baitul Mal Wat tamwil Amanah telah menjalankan pelbagai aktiviti termasuklah:

i. Menerbitkan Pembukuan (Perekodan)

Dalam penerbitan pembukuan ini Baitul Mal Wat Tamwil Amanah telah menerbitkan rekod tentang pembiayaan, simpanan dan buku keahlian. Untuk menguruskan pentadbiran, Baitul Mal Wat Tamwil Amanah sudah menyediakan buku transaksi, buku penerimaan, buku pengeluaran, buku simpanan, simpanan wajib dan pokok, buku nombor ecoen, buku jenis transaksi dan keperluan-keperluan lainnya. Kesemua ini sudah merupakan tanggungjawab bidang pentadbiran dan kewangan.13

ii. Membuat Penyelarasan Bulanan

Setiap akhir bulan, bidang pentadbiran dan kewangan menyusun dan menyelaraskan kewangan Baitul Mal Wat Tamwil Amanah. Gunanya adalah untuk mengawal keluar dan masuk kewangan serta untuk memudahkan dalam pengeluaran untuk pembiayaan bagi produk pembiayaan yang digunakan oleh Baitul Mal Wat Tamwil Amanah. Ianya termasuklah pembiayaan Bay„ Bi Thaman „Ājil, pembiayaan

murābahah, pembiayaan musyārakah dan pembiayaan-pembiayaan lainnya. iii. Membuat Laporan Bulanan

Setiap lima bulan sekali, pengurus perlu menghantar laporan ke Pusat Inkubasi Bisnis Usaha Kecil (PINBUK) Kabupaten Bengkalis dan Propinsi Riau Indonesia. Untuk satu tahun sekali, ianya juga membuat Laporan Tahunan untuk Mesyuarat Agong antara pengurus dan pengelola Baitul Mal Wat Tamwil Amanah. Dalam hal ini, yang membuat laporannya ialah Bidang Pentadbiran dan Kewangan.

iv. Penyusunan Pengurusan Surat-Menyurat

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan turut melaksanakan dalam membuat penubuhan pengurusan surat-menyurat iaitu menyusun surat masuk dan surat keluar

13 Muhammad Rizal, Pengurus Bidang Pentadbiran dan Rekod pada Baitul Mal Wat Tamwil Amanah Kabupaten Bengkalis Riau. Temubual 27 Mac 2003.

yang difailkan dan dicatat dalam rekod khusus. Ini akan mempermudahkan urusan surat-menyurat bagi unit yang melaksanakan kerja ini iaitu bidang pentadbiran dan kewangan.

v. Memelihara Hak Milik Baitul Mal Wat amwil Amanah

Tugas bidang pentadbiran dan kewangan juga termasuklah memelihara segala harta atau hak milik yang dimiliki Baitul Mal Wat Tamwil Amanah seperti hak milik atau harta di pejabat dan hak milik yang di luar pejabat. Ianya diurus oleh seluruh pengurus dan pengelola Baitul Mal Wat Tamwil Amanah. Namun yang menjadi koordinator dalam pengurusan hak milik ialah Bidang Pentadbiran dan Kewangan.

4.2.2.3 Program Kerja Bidang Pembiayaan

Bidang pembiayaan ditugaskan untuk memberi pinjaman atau mengendalikan produk pembiayaan seperti melayani pembiayaan (pinjaman) murabahah, pembiayaan (pinjaman) musyārakah dan pinjaman serta pembiayaan lainnya. Ruang lingkup kerja bidang pembiayaan ini antara lain:

i. Melupuskan keanggotaan seseorang daripada Baitul Mal Wat Tamwil Amanah apabila tidak mampu membayar pinjamannya.

ii. Bersikap waspada dan berhati-hati dalam pemberian pinjaman, meskipun pada individu yang sudah menjadi anggota tetap.

iii. Menghadkan pinjaman modal kepada anggota sebanyak dua kali sahaja.14