• Tidak ada hasil yang ditemukan

PROSEDUR DAN PEMBAHARUAN PENDAFTARAN

Dalam dokumen TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK (Halaman 35-58)

PROSEDUR DAN PEMBAHARUAN

PENDAFTARAN

Terdapat empat agensi kerajaan utama yang bertanggungjawab bagi

memastikan yang keperluan kanak-kanak dipenuhi, iaitu:

1. Pihak berkuasa tempatan – mengenai kesesuaian tempat dan

saiz bangunan. Setiap daerah mempunyai undang-undang

kecil mereka sendiri berkenaan dengan pemilihan premis dan

proses permohonan;

2. Jabatan Bomba & Penyelamat – mengenai unsur keselamatan

sekiranya berlaku kebakaran;

3. Jabatan Kesihatan – berkenaan dengan kehendak-kehendak

dari segi kesihatan; dan

4. Jabatan Kebajikan Masyarakat – bertanggungjawab bagi

memastikan yang prosedur pengurusan dan operasi adalah

mesra kanak-kanak dan suai perkembangan.

Pembaharuan Perakuan Pendaftaran

Pindaan kepada Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (2007) telah

memberikan peruntukan bagi tempoh Perakuan Pendaftaran untuk

jangka masa selama 5 tahun. Oleh yang demikian, pembaharuan

daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat diperlukan setiap 5 tahun. Perlu

diberi perhatian bahawa, walau bagaimanapun, prosedur bagi agensi

lain yang berkaitan (seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba

& Penyelamat, dan Jabatan Kesihatan) masih tidak berubah namun

setiap agensi mempunyai tempoh polisi tersendiri. Adalah dinasihatkan

untuk merujuk terus kepada agensi-agensi yang berkaitan.

Penyelia perlu peroleh borang permohonan daripada Pejabat Kebajikan

Masyarakat Daerah yang terletak berdekatan dengan taman asuhan

kanak-kanak yang dicadangkan itu. Setelah borang ini diperolehi,

penyelia mesti terus mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa

berkaitan yang lain, seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba

& Penyelamat, dan Jabatan Kesihatan. Setelah memperolehi kelulusan

tersebut, borang permohonan boleh dikemukakan kepada Pegawai

Kebajikan Masyarakat Daerah yang berkaitan. Fi sebanyak RM50.00

setiap tahun perlu dibayar setelah kelulusan diperoleh.

Pada masa pendaftaran dan pembaharuan, taman asuhan kanak-kanak

perlu mematuhi kehendak-kehendak Jabatan Kesihatan (sebagai contoh,

kakitangan telah menerima suntikan yang berkaitan) dan Jabatan

Bomba dan Penyelamat (sebagai contoh, terdapat alat pemadam api

yang mencukupi).

BAB 7 Pr osedur dan P embaharuan P endaftar an

31

Carta Aliran bagi Proses Pendaftaran

Langkah-Langkah Yang Diambil oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah bagi Kelulusan Akhir

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah akan memproses permohonan dan dokumen yang berikut:

1. Pelan susun atur yang menetapkan dengan jelas ukuran dan penggunaan ruang/sudut

pembelajaran bagi semua kanak-kanak daripada semua peringkat umur.

2. Jadual yang menggariskan aktiviti perkembangan yang sesuai bagi kanak-kanak – satu

jadual bagi bayi berusia 1 tahun ke bawah, satu jadual bagi kanak-kanak yang berumur

antara 1-3 tahun dan satu jadual bagi kanak-kanak yang berumur antara 3-4 tahun.

3. Menu yang sesuai dengan keperluan kanak-kanak iaitu satu menu bagi bayi berusia 1

tahun ke bawah, satu jadual bagi kanak-kanak yang berumur antara 1-3 tahun dan satu

jadual bagi kanak-kanak yang berumur antara 3-4 tahun.

4. Senarai kakitangan, yang menyatakan kelayakan dan pengalaman, selari dengan nisbah

yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012.

Apabila langkah-langkah di atas telah diambil, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah akan mengemukakan

laporan kepada Pejabat Kebajikan Negeri bagi pengeluaran Perakuan Pendaftaran. Perakuan Pendaftaran

tersebut hendaklah diperbaharui setiap 5 tahun.

Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya…

Apabila anda telah melakukan semua persediaan dan mengambil semua langkah awal, luangkan masa

dengan melawat beberapa taman asuhan kanak-kanak yang stabil bagi mendapatkan pengetahuan

secara langsung mengenai kegembiraan dan cabaran dalam memberikan asuhan kepada kanak-kanak.

BAB 7 Pr osedur dan P embaharuan P endaftar an

SELAMAT BERJAYA !

Pemohon memperoleh buku kecil yang berkaitan yang juga merupakan borang permohonan

daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah – yang paling dekat dengan lokasi

taman asuhan kanak-kanak.

Setelah memutuskan untuk mengendalikan suatu taman asuhan kanak-kanak, pemohon

berhubung dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi maksud pendaftaran dan/atau

permohonan bagi penggunaan nama taman asuhan kanak-kanak.

Pemohon melengkapkan borang dan mengemukakannya kepada:

• Pihak Berkuasa Tempatan

• Jabatan Bomba & Penyelamat

• Jabatan Kesihatan

ISTILAH UTAMA,

SUMBER &

ISTILAH UTAMA

Akta Pusat Jagaan 1993 :

Perundangan di bawah skop bidang kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia yang menetapkan standard minimum bagi pusat-pusat yang menyediakan perkhidmatan penjagaan di rumah atau jagaan harian bagi penjagaan, perlindungan dan keselamatan orang-orang tua, orang kelainan upaya, juvana, wanita dan kanak-kanak.

Akta Kanak-Kanak 2001 :

Perundangan di bawah skop bidang kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia yang mengadakan peruntukan bagi penjagaan dan perlindungan kanak-kanak dalam menghadapi hal keadaan yang sukar.

Asuhan Kanak-Kanak : Memberikan asuhan kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun.

Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 :

Perundangan di bawah skop bidang kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia yang menetapkan standard minimum bagi perkhidmatan asuhan kanak-kanak alternatif bagi kanak-kanak di bawah umur 4 tahun.

Peraturan-Peraturan Taman Asuhan

Kanak-Kanak 2012 :

Peraturan-Peraturan yang memperkukuh Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan menggariskan kehendak-kehendak dari segi pentadbiran, operasi, kesihatan dan keselamatan.

Pengasuh Kanak-Kanak :

Orang yang diambil bekerja di taman asuhan kanak-kanak untuk memberikan asuhan dan dorongan kepada kanak-kanak di taman asuhan kanak-kanak.

Konvensyen mengenai Hak

Kanak-kanak :

Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menggariskan hak kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.

SUMBER BAGI TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, sila rujuk kepada pihak-pihak yang berkenaan seperti berikut: • Jabatan Kebajikan Masyarakat, Malaysia (www.jkm.gov.my)

• Kementerian Kesihatan Malaysia (www.moh.gov.my) • Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984

• Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012

• Tatacara Pengendalian TASKA Di Tempat Kerja – Jabatan Kebajikan Masyarakat, Malaysia • Garis Panduan – Prosedur Memproses Permohonan Penubuhan – TASKA – Jabatan Kebajikan

Masyarakat, Malaysia

• Pakej Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak dan modul untuk Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA (KAP) – Jabatan Kebajikan Masyarakat, Malaysia

Is

tilah Utama, Sumber & Lampir

35

LAMPIRAN 1: Latar Belakang Ringkas mengenai Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984

Malaysia merupakan negara pertama di wilayah Asia Tenggara yang mengadakan kerangka kerja perundangan bagi mengawal selia perkhidmatan asuhan kanak-kanak bagi kanak-kanak di bawah umur 4 tahun. Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) dirangka untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, kawalan dan pemeriksaan taman asuhan kanak-kanak dan bagi maksud yang berkaitan dengannya. Akta itu, yang menggariskan struktur utama, proses dan prosedur untuk mengadakan standard minimum bagi perkhidmatan asuhan kanak-kanak alternatif, telah dipinda pada tahun 2007 dengan mengadakan peruntukan bagi penubuhan empat kategori taman asuhan kanak-kanak.

Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 mentakrif taman asuhan kanak-kanak sebagai:

“mana-mana premis yang empat orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun dari lebih daripada satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah”. Dan tidak termasuk apa-apa penjagaan kanak-kanak oleh mana-mana saudara.

Empat kategori taman asuhan kanak-kanak tersebut ialah: 1. Taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja; 2. Taman asuhan kanak-kanak di institusi; 3. Taman asuhan kanak-kanak komuniti; dan 4. Taman asuhan kanak-kanak di rumah.

Tiga daripada kategori tersebut iaitu (a) hingga (c), merujuk kepada asuhan di pusat yang menerima lebih daripada 10 orang kanak-kanak. Kategori keempat merujuk kepada asuhan di rumah, di mana kurang daripada 10 orang kanak-kanak diterima bagi asuhan di rumah pengasuh. Akta itu mengandungi, antara lain:

1. Peruntukan untuk mengadakan program perkembangan yang menekankan aspek kesihatan dan keselamatan, untuk memberikan sokongan yang mencukupi kepada kanak-kanak bagi menggalakkan perkembangan sepenuhnya, dan memenuhi potensi mereka sebagai seorang individu dalam persekitaran budaya mereka. 2. Pengecualian kepada program yang dijalankan oleh kerajaan bagi anak-anak kecil, yang termasuk taman asuhan

kanak-kanak di hospital, tadika atau mana-mana rumah kanak-kanak yang dikendalikan oleh Kerajaan atau Kerajaan Negeri.

3. Penalti untuk mencegah pelanggaran kehendak-kehendak asas yang berhubungan dengan pendaftaran dan pengurusan kakitangan dan pelaksanaan aktiviti perkembangan.

Bagi melengkapkan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984, Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012 dikeluarkan, yang kemudiannya telah dipinda pada tahun 1993. Ia memperuntukkan butir-butir bagi pengambilan dan tugas pekerja, keperluan struktur, dan kegunaan taman asuhan, amaran kebakaran, kesihatan dan kebersihan, penglibatan ibu bapa dan maklumat lain. Dalam usaha untuk memberikan tumpuan kepada kanak-kanak dan menggambarkan peranan pengasuh, suatu pindaan penting yang dibuat pada tahun 1993 ialah menggantikan istilah “penjaga kanak-kanak” dengan istilah “pengasuh kanak-kanak”.

Standard minimum bagi perkhidmatan asuhan adalah berdasarkan kepada keperluan kanak-kanak di Malaysia, sebagaimana yang digambarkan dalam hasil kaji selidik negara mengenai status asuhan kanak-kanak di Malaysia (Laporan Rundingan 1983), dan prinsip-prinsip universal tentang perkembangan kanak-kanak. Di Malaysia, sektor swasta dilihat sebagai pemberi utama dalam perkhidmatan asuhan kanak-kanak alternatif.

Terdapat kemajuan yang ketara dalam memastikan perkhidmatan asuhan kanak-kanak yang berkualiti. Dasar Kebangsaan bagi Kanak-Kanak mempunyai objektif yang khusus untuk meningkatkan kualiti, dan memastikan perkhidmatan asuhan kanak-kanak yang mudah diakses dan berpatutan bagi semua kanak-kanak yang memerlukan asuhan alternatif. Dasar Perlindungan Kanak-Kanak mengadakan peruntukan bagi keselamatan semua kanak-kanak.

Jabatan Kebajikan Masyarakat memantau pemerakuan taman asuhan kanak-kanak dan pengasuh kanak-kanak melalui suatu sistem akreditasi. Program latihan dalam bidang berhubung dengan Asuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak bagi semua pemegang kepentingan (Kerajaan, pemberi perkhidmatan dan ibu bapa), oleh jabatan dan juga sektor swasta, telah meningkat. Walau bagaimanapun, program latihan ini adalah lebih mudah diakses di kawasan bandar.

LAMPIRAN 1

Brief Back

gr

ound on the Child Car

e C

entr

e A

LAMPIRAN 2: Senarai Semak sebagai Panduan bagi Proses Penubuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak

Apabila mengemukakan borang permohonan, anda mesti melampirkan satu salinan yang berikut:  Pelan lantai - yang menunjukkan jumlah ruang dan kegunaan setiap bilik di dalam bangunan.

 Jadual aktiviti – dua set jadual (setiap satu bagi tempoh satu minggu) yang disediakan secara berasingan bagi bayi berusia 1 tahun ke bawah, bagi kanak-kanak yang berumur antara 1-3 tahun dan bagi kanak-kanak yang berumur antara 3-4 tahun.

 Menu – satu bagi bayi berusia 1 tahun ke bawah, bagi kanak-kanak yang berumur antara 1-3 tahun dan bagi kanak- kanak yang berumur antara 3-4 tahun. Dua sampel perlu dikemukakan.

 Senarai kakitangan – nama, kelayakan dan pengalaman.

Apabila pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat memeriksa taman asuhan kanak-kanak, dia perlu memastikan yang taman asuhan tersebut mematuhi perkara yang berikut:

Kehendak-kehendak bagi operasi

 Nisbah ruang sebanyak 3.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak – bilangan maksimum kanak-kanak di taman asuhan tidak melebihi nisbah (tidak termasuk keluasan ruang bagi tandas, dapur, stor, anjung dan pejabat).  Nisbah kakitangan dengan kanak-kanak sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak

1984 (dipinda pada 2007).

 Keperluan latihan – kakitangan hendaklah menghadiri Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) atau Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA (KAP) yang diakreditasi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.  Kehendak-kehendak bagi kesihatan – semua kakitangan diperakui sihat dari segi perubatan untuk bertugas di

samping kanak-kanak.

 Peralatan dan perabot yang sesuai – saiz, tekstur, warna dan ciri keselamatan adalah sesuai bagi kanak-kanak daripada semua peringkat umur.

 Mengadakan persekitaran yang memberikan dorongan – persekitaran pembelajaran berpusatkan kanak-kanak di dalam dan di luar yang mempunyai sudut pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, dan poster/gambar yang digantung pada ketinggian kanak-kanak. Semua bahan pameran dan pembelajaran perlu menggambarkan budaya pelbagai kaum. Susunan perabot hendaklah membolehkan pergerakan bebas dan interaksi sosial antara kanak-kanak, dan memudahkan penyelia dan kakitangan memantau aktiviti yang sedang berjalan.

 Kedudukan bilik/susun atur hendaklah mengambil kira keperluan harian kanak-kanak – bilik bayi perlu mempunyai bilik mandi atau berdekatan dengan bilik mandi, atau ruang tidur yang luas dan tidak mempunyai banyak perabot (sebagai contoh, peralatan tempat tidur yang boleh dilipat/disimpan) supaya ruang tersebut boleh digunakan untuk aktiviti lain.

Jadual aktiviti:

 Nama Taman Asuhan Kanak-Kanak dinyatakan dengan jelas – mesti bermula dengan perkataan ‘TASKA’.

 Mesti menyatakan kumpulan umur – mengadakan jadual bagi 3 kumpulan umur yang berbeza, dengan 2 sampel bagi setiap satu kumpulan umur.

 Semua aktiviti mestilah sesuai dengan peringkat umur dan mesti memberikan tumpuan kepada peningkatan perkembangan kanak-kanak sepenuhnya. Slot masa yang berkenaan perlu diadakan bagi setiap aktiviti, dengan menjalankan aktiviti yang bukan rutin selama lebih daripada 30 minit. Aktiviti hendaklah meliputi permainan di luar dan pelbagai aktiviti dalaman bagi mewujudkan peluang bermain secara tenang, aktif, bersendiri, berkumpulan, terancang dan bebas. Jika kanak-kanak berada di taman asuhan lebih daripada 4 jam, jadual berkenaan perlu memasukkan waktu rehat dan waktu makan.

LAMPIRAN 2 Senar ai Semak sebagai P anduan bagi Pr oses P enubuhan Taman Asuhan K anak -k anak

37

Menu:

 Nyatakan nama taman asuhan dan kumpulan umur – menu perlu disediakan bagi 3 kumpulan umur yang berbeza, dengan 2 sampel bagi setiap kumpulan umur.

 Memastikan diet yang seimbang, tanpa makanan remeh atau makanan/minuman yang mengandungi bahan pengawet. Digalakkan supaya mengadakan suatu menu halal dan menyediakan makanan yang dinikmati oleh bangsa-bangsa yang berbeza di Malaysia. Ruang yang digunakan bagi penyediaan minuman dan makanan, dan semua peralatan hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bersih. Cara penyimpanan makanan mestilah bersih dan selamat.

Kehendak-Kehendak Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba & Penyelamat dan Jabatan Kesihatan:

 Pelan Bangunan/Lantai dilukis oleh arkitek yang berkelayakan.  Gambar lokasi dan keluasan ruang.

 Jika beroperasi di dalam bangunan yang disewa, dapatkan kebenaran daripada jiran terdekat.

 Jika beroperasi di dalam bangunan yang bertingkat-tingkat, taman asuhan itu mestilah ditempatkan sama ada di tingkat bawah, pertama atau kedua. Jika taman asuhan itu terletak di dalam sesebuah kilang, perlu mendapatkan kelulusan tambahan daripada Kementerian Kesihatan. Pintu masuk dan keluar yang berasingan hendaklah disediakan.

 Bagi mengelakkan kesesakan lalu-lintas, premis yang dikenal pasti tidak boleh berhadapan dengan jalan utama, dan perlu mempunyai kemudahan pandu masuk dan medan letak kereta yang luas.

 Premis hendaklah mempunyai ruang yang luas bagi aktiviti dalaman dan bilik sakit bagi kanak-kanak. Ruang yang berasingan perlu disediakan bagi bayi dan kanak-kanak yang lebih dewasa.

 Premis perlu mempunyai ruang permainan di luar bagi kanak-kanak.  Ruang dapur tidak boleh diakses oleh kanak-kanak.

 Memastikan terdapat kemudahan air bersih, dan mengasingkan ruang membasuh dan ruang mandi.

 Semua peralatan elektrik hendaklah berada dalam keadaan yang selamat dan boleh digunakan, disimpan di tempat yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.

 Peti pertolongan cemas hendaklah sentiasa lengkap. Kakitangan perlu diberikan latihan mengenai Pertolongan Cemas.

 Pemadam api yang diluluskan hendaklah sentiasa tersedia dan kakitangan perlu diberikan latihan mengenai penggunaannya dan juga dalam menjalankan latihan kebakaran.

 Pemeriksaan perubatan bagi semua kakitangan secara tahunan, panel doktor hendaklah ada pada setiap masa, dan kakitangan yang bertugas di dapur perlu mendapatkan suntikan yang berkaitan.

 Haiwan (anjing, kucing, burung dsb.) tidak dibenarkan masuk ke dalam taman asuhan.  Semua papan tanda hendaklah dalam bahasa kebangsaan.

LAMPIRAN 2 Senar ai Semak sebagai P anduan bagi Pr oses P enubuhan Taman Asuhan K anak -k anak

LAMPIRAN 3 C ont oh Jadual W ak tu

LAMPIRAN 3: Contoh Jadual Waktu bagi kanak-kanak yang berumur 2-3 tahun

TASKA A

Jadual Aktiviti Harian – Minggu pertama Umur kanak-kanak : 2-3 tahun

Hari/ Masa 8.00am – 9.00am 9.00am - 10.00am 10.00am – 10.30am 10.30am – 11.00am

Isnin Menerima kanak-kanak – bermain di luar

Membersihkan diri/ tandas, diikuti dengan kudapan

Aktiviti bersendiri: Seni kolaj, mengoyak/ memotong dan menampal

Aktiviti berkumpulan: Mengenal tema mingguan, waktu berkumpul dalam bulatan Selasa Menerima kanak-kanak – bermain di luar Membersihkan diri/ tandas, diikuti dengan kudapan

Aktiviti bersendiri: Mengenal bentuk, mewarna dengan krayon

Aktiviti berkumpulan: Lagu berserta aksi (mengikut tema mingguan) Rabu Menerima kanak-kanak – bermain di luar Membersihkan diri/ tandas, diikuti dengan kudapan

Aktiviti bersendiri: Mengenal nombor bongkah-bongkah/ mengira objek

Aktiviti berkumpulan: Waktu bercerita melalui buku (mengikut tema mingguan)

Khamis

Menerima kanak-kanak – bermain di luar

Membersihkan diri/ tandas, diikuti dengan kudapan

Aktiviti bersendiri: Mengenal warna, aktiviti melukis dengan cat air

Aktiviti berkumpulan: Waktu bercerita menggunakan boneka dan alatan lain (mengikut tema mingguan)

Jumaat

Menerima kanak-kanak – bermain di luar

Membersihkan diri/ tandas, diikuti dengan kudapan

Aktiviti bersendiri: Seni kolaj menggunakan daun kering, ranting dan kapas dsb.

Aktiviti berkumpulan: Lagu berserta aksi dengan menggunakan alat bunyi-bunyian.

39

LAMPIRAN 3: Contoh Jadual Waktu bagi kanak-kanak yang berumur 2-3 tahun

TASKA A

Jadual Aktiviti Harian – Minggu pertama Umur kanak-kanak : 2-3 tahun

Hari/ Masa 8.00am – 9.00am 9.00am - 10.00am 10.00am – 10.30am 10.30am – 11.00am

Isnin Menerima kanak-kanak – bermain di luar

Membersihkan diri/ tandas, diikuti dengan kudapan

Aktiviti bersendiri: Seni kolaj, mengoyak/ memotong dan menampal

Aktiviti berkumpulan: Mengenal tema mingguan, waktu berkumpul dalam bulatan Selasa Menerima kanak-kanak – bermain di luar Membersihkan diri/ tandas, diikuti dengan kudapan

Aktiviti bersendiri: Mengenal bentuk, mewarna dengan krayon

Aktiviti berkumpulan: Lagu berserta aksi (mengikut tema mingguan) Rabu Menerima kanak-kanak – bermain di luar Membersihkan diri/ tandas, diikuti dengan kudapan

Aktiviti bersendiri: Mengenal nombor bongkah-bongkah/ mengira objek

Aktiviti berkumpulan: Waktu bercerita melalui buku (mengikut tema mingguan)

Khamis

Menerima kanak-kanak – bermain di luar

Membersihkan diri/ tandas, diikuti dengan kudapan

Aktiviti bersendiri: Mengenal warna, aktiviti melukis dengan cat air

Aktiviti berkumpulan: Waktu bercerita menggunakan boneka dan alatan lain (mengikut tema mingguan)

Jumaat

Menerima kanak-kanak – bermain di luar

Membersihkan diri/ tandas, diikuti dengan kudapan

Aktiviti bersendiri: Seni kolaj menggunakan daun kering, ranting dan kapas dsb.

Aktiviti berkumpulan: Lagu berserta aksi dengan menggunakan alat bunyi-bunyian. 11.00am – 12.30pm 12.30pm – 2.30pm 2.30pm - 3.15pm 3.15pm - 3.45pm 3.45pm - 4.15pm 4.15pm - 5.00pm Mandi/tandas, diikuti dengan makan tengah hari

Permainan yang tidak bising: susun suai gambar/manipulatif dll. Tidur sekejap/ rehat Membersihkan diri/tandas, diikuti dengan kudapan Aktiviti berkumpulan: muzik dan pergerakan Sudut lakonan watak/permainan bebas

Bersiap untuk pulang ke rumah Waktu tenang: Membelek buku Mandi/tandas, diikuti dengan makan tengah hari

Permainan yang tidak bising: susun suai gambar/manipulatif dll. Tidur sekejap/ rehat Membersihkan diri/tandas, diikuti dengan kudapan – membuat sandwic sendiri Aktiviti berkumpulan: Mainan bongkah Sudut lakonan watak/permainan bebas

Bersiap untuk pulang ke rumah Waktu tenang: Membelek buku Mandi/tandas, diikuti dengan makan tengah hari

Permainan yang tidak bising: susun suai gambar/manipulatif dll. Tidur sekejap/ rehat Membersihkan diri/tandas, diikuti dengan kudapan Aktiviti berkumpulan: Bermain dengan playdough Lakonan watak/ permainan bebas

Bersiap untuk pulang ke rumah Waktu tenang: Membelek buku/sudut lakonan watak Mandi/tandas, diikuti dengan makan tengah hari

Permainan yang tidak bising: susun suai gambar/manipulatif dll. Tidur sekejap/ rehat Membersihkan diri/tandas, diikuti dengan kudapan Aktiviti berkumpulan: berkongsi mainan susun suai gambar Lakonan watak/ permainan bebas

Bersiap untuk pulang ke rumah Waktu tenang: Membelek buku/sudut lakonan watak Mandi/tandas, diikuti dengan makan tengah hari

Permainan yang tidak bising: susun suai gambar/manipulatif dll. Tidur sekejap/ rehat Membersihkan diri/tandas, diikuti dengan kudapan – membuat sandwic sendiri Aktiviti berkumpulan: muzik dan pergerakan Lakonan watak/ permainan bebas

Bersiap untuk pulang ke rumah Waktu tenang: Membelek buku/sudut lakonan watak LAMPIRAN 3 C ont oh Jadual W ak tu

LAMPIRAN 4: Contoh Kurikulum Proses perancangan

Kurikulum bagi kanak-kanak yang berumur 2–3 tahun

Pengasuh kanak-kanak perlu memastikan aktiviti yang dirancang adalah ditumpukan ke arah menggalakkan perkembangan sepenuhnya. Bagi merancang aktiviti yang sesuai, seseorang pengasuh kanak-kanak perlu peka tentang perkembangan kanak-kanak. Beberapa perkembangan adalah sebagaimana yang dinyatakan di bawah:

Perkembangan Fizikal bagi yang berumur Dua hingga Tiga Tahun

Kanak-kanak akan boleh :

 Melompat dengan kedua-dua belah kaki.  Berlari dan bermain kejar-kejar.

 Menunggang basikal roda tiga.

 Memanjat tangga dengan memegang rel.

 Memegang krayon bersaiz besar dan menconteng atas kertas.  Mengenakan pakaian dengan sendiri.

 Makan dengan sendiri.

 Memulakan latihan menggunakan tandas. Sepanjang tempoh ini, semua gigi susu telah tumbuh.

Perkembangan Pembelajaran bagi yang berumur Dua hingga Tiga Tahun

Kanak-kanak akan boleh :

 Memahami perbezaan saiz dan tekstur.

 Membezakan antara besar dengan kecil, rendah dengan tinggi, lembut dengan keras.

 Memberikan gerak balas kepada bunyi dan menggunakan perkataan untuk menyatakan perasaan dan keperluan.  Berkata-kata sebanyak 50 patah perkataan dan menghasilkan perkataan pendek.

 Menamakan lima bahagian tubuh yang berbeza.  Memberitahu anda namanya.

 Mengenal pasti beberapa warna apabila ditanya.  Bermain permainan pura-pura dan olok-olok.

 Mencerminkan kelakuan orang dewasa yang dikenalinya.

Dalam dokumen TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK (Halaman 35-58)

Dokumen terkait