• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK"

Copied!
58
0
0

Teks penuh

(1)

BAGAIMANA UNTUK

MENUBUHKAN

Manual Pelengkap kepada

PEKELILING AMALAN

PERNIAGAAN TERBAIK 1/2010

DI TEMPAT KERJA

TAMAN

ASUHAN

KANAK-KANAK

( Agensi di bawah KPDNKK )

KPDNKK

(2)

PENGHARGAAN

Set Panduan mengenai Bagaimana untuk Menubuhkan Taman Asuhan Kanak-Kanak di Tempat Kerja ini diwujudkan melalui suatu usaha sama antara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan UNICEF Malaysia.

Set Panduan ini disediakan hasil dari input teknikal daripada perunding UNICEF Malaysia, Amy Bala.

BANTUAN EDITORIAL DAN SUSUN ATUR Shiao Eek Tee

Nur Ishqi Zakaria Maya Faisal Cara Kamaruddin Dina Ramli

© Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan UNICEF Malaysia

Edisi Pertama 2010 Edisi Kedua 2015

Ulasan, ringkasan atau terjemahan sebahagian atau keseluruhan penerbitan ini boleh dibuat secara bebas dengan menyatakan penghargaan yang sewajarnya. Penerbitan ini tidak boleh digunakan bersama dengan tujuan komersial.

(3)

a

ii

KATA-KATA ALU-ALUAN

OLEH YABHG. DATIN PADUKA SERI ROSMAH MANSOR

P

eringkat awal kanak-kanak merupakan tempoh yang amat penting dalam pembangunan manusia. Dengan memberikan asuhan dan pendidikan dari peringkat awal kanak-kanak, kita bukan sahaja membina asas yang kukuh bagi kehidupan anak-anak tetapi juga bagi pembangunan Malaysia. Pembangunan awal kanak-kanak merupakan suatu pelaburan yang strategik bagi pembentukan modal insan yang berkualiti; memberikan pulangan yang paling tinggi dalam pembangunan ekonomi dan merupakan cara penjimatan kos yang terbaik bagi mengurangkan kemiskinan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Walaupun ibu bapa dan sedikit sebanyak pengasuh dan pendidik, sebahagian besarnya bertanggungjawab untuk memberikan asuhan awal kepada kanak-kanak, tanggungjawab itu bermula di peringkat tertinggi tadbir urus, di mana Kerajaan mengiktiraf, dan komited sepenuhnya dalam kewajipannya untuk memberikan asuhan awal kepada kanak-kanak sebagai suatu agenda yang penting dalam pembangunan negara.

Memandangkan Malaysia kini dalam proses menjadi negara yang membangun sepenuhnya menjelang tahun 2020, lebih ramai keluarga diminta supaya menyesuaikan persiapan mereka berkaitan penjagaan kanak-kanak memandangkan kedua-dua ibu bapa bekerja sepenuh masa. Kecekapan para ibu bapa boleh ditingkatkan dengan sebaik-baiknya jika mereka boleh mencapai keseimbangan yang mampan antara kerjaya dengan kehidupan, yang disokong oleh majikan, perniagaan dan perindustrian. Sebagai pihak yang berkepentingan kepada kesejahteraan seseorang pekerja, syarikat-syarikat berada di kedudukan utama untuk memastikan yang kakitangan boleh memenuhi tuntutan di tempat kerja dan di rumah.

Majikan yang menyokong penubuhan taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja mencerminkan komitmen mereka untuk mencapai konsep triple bottom

line, dan memaparkan sikap mengambil berat tentang hal “insan” selari dengan

sikap mengambil berat tentang hal “keuntungan”. Komitmen sedemikian adalah selari dengan prinsip 1Malaysia mengenai keadilan sosial dan agenda Kerajaan untuk menggalakkan tanggungjawab korporat melalui Rancangan Malaysia Ke-10.

Manual ini yang merupakan pelengkap kepada Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan UNICEF Malaysia, adalah suatu sumbangan yang ketara hasil daripada kerjasama di antara kedua-dua pihak. Saya mengucapkan tahniah kepada kekedua-dua-kedua-dua organisasi kerana menggalakkan tanggungjawab korporat (CR) dalam persekitaran perniagaan dan menyeru syarikat-syarikat supaya menyokong dan melaksanakan program taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja.

Perkongsian ini mampu menjadi contoh kerjasama di Malaysia untuk membina suatu platform yang kukuh bagi membantu anak-anak kita mencapai kejayaan.

Terima kasih.

(4)

K

anak-kanak di Malaysia merupakan aset kita yang paling berharga. Mereka merupakan pengajaran dari masa lampau dan peninggalan nenek moyang kita, dan juga impian negara kita pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, apa yang kita lakukan untuk anak-anak kita pada hari ini adalah amat penting. Kita perlu memberikan keutamaan kepada pendidikan dan peluang untuk memajukan diri dengan sebaik mungkin kepada mereka. Oleh yang demikian, kebanyakan ibu bapa juga menghadapi cabaran dalam menyediakan kehidupan yang selesa kepada keluarga, yang lazimnya bermakna kedua-dua ibu dan bapa perlu bekerja. Perkara ini menimbulkan suatu persoalan yang penting:

“Bagaimanakah kita memperoleh keseimbangan antara keperluan untuk memberikan asuhan dan pendidikan terbaik di peringkat awal kepada kanak-kanak dengan keperluan kedua-dua ibu bapa kanak-kanak-kanak-kanak untuk bekerja?” Penyelesaian yang baik adalah melalui penubuhan taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja. Taman asuhan ini bukanlah hanya semata-mata menjadi tempat di mana ibu bapa yang bekerja boleh menempatkan anak mereka sementara mereka bekerja; taman asuhan perlu menjadi tempat di mana kanak-kanak boleh meluaskan imaginasi mereka dan meningkatkan potensi sebenar mereka. Dalam hal ini, Manual yang diusahakan bersama oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia adalah amat berguna. Manual tersebut tidak memperincikan penubuhan taman asuhan kanak-kanak semata-mata, tetapi ia juga memberikan pendekatan yang komprehensif ke arah penjagaan kanak-kanak yang lebih baik. Ini termasuklah menggariskan isu-isu seperti kepentingan terbaik bagi kanak-kanak, selari dengan Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak; pengambilan kakitangan yang berkelayakan; keperluan dan kepentingan mempunyai program dan kurikulum yang memberikan tumpuan kepada kanak-kanak; keperluan dan kepentingan mempunyai kakitangan bagi tujuan pemantauan sistem; dan sumber kewangan untuk memenuhi kehendak bajet dalam menubuhkan dan menjalankan sesebuah taman asuhan kanak-kanak, dan seterusnya prosedur pendaftaran dan pembaharuan.

Kami berharap agar Manual ini akan menggalakkan penyediaan tempat asuhan yang baik kepada kanak-kanak dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara kita melalui produktiviti, dan hidup yang berkualiti serta peningkatan moral pekerja dapat dicapai dengan menempatkan taman asuhan kanak-kanak berdekatan tempat kerja kita.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memuji inisiatif yang diambil oleh SSM dan UNICEF Malaysia. Saya berharap akan ada lebih banyak inisiatif bersama yang bermanfaat pada masa hadapan antara kedua-dua organisasi ini.

DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB

KATA ALU-ALUAN

(5)

c

L

azimnya, kita tidak ingat tentang pengalaman kita semasa di alam

kanak-kanak sebelum umur tiga atau empat tahun. Perkara yang kita ingat mungkin hanya gambaran yang berasaskan deria kita: bau syampu ibu atau perasaan memijak rumput semasa bermain-main dengan ayah di taman. Walaupun hanya seketika, bayangan sepintas lalu tentang zaman awal kanak-kanak ini wujud disebabkan pengalaman berharga yang meninggalkan kesan yang berpanjangan semasa kehidupan seseorang kanak-kanak. Penyelidikan mengenai perkembangan awal kanak-kanak menunjukkan bahawa lima tahun yang pertama khususnya adalah penting bagi perkembangan otak kanak-kanak, dan pengalaman awal mempunyai kesan secara langsung terhadap cara kanak-kanak membangunkan kemahiran pembelajaran dan juga kemampuan dari segi sosial dan emosi.

Apabila diberikan jagaan dan asuhan yang baik pada tahun-tahun terawal mereka, kanak-kanak akan dapat hidup, membesar dengan cara yang sihat, kurang berpenyakit dan jarang dijangkiti penyakit, dan berkembang sepenuhnya dari segi kemahiran berfikir, berbahasa, emosi dan sosial. Apabila memasuki alam persekolahan, potensi mereka untuk berjaya menjadi bertambah baik. Dan sebagai remaja, mereka akan mempunyai nilai harga diri yang lebih tinggi. Seterusnya, mereka mempunyai peluang yang amat cerah untuk menjadi anggota masyarakat yang kreatif dan produktif.

Dengan mengiktiraf setiap hak kanak-kanak untuk hidup dan membesar dengan sempurna, UNICEF menyokong kuat perkembangan awal kanak-kanak dan prihatin dalam membantu setiap kanak-kanak mencapai potensi mereka dengan sepenuhnya. Selain itu, manfaat yang diperoleh daripada asuhan kanak-kanak pada peringkat awal dapat merungkaikan kitaran kemiskinan, penyakit dan keganasan, dan memacu proses pembangunan sesebuah negara. Malaysia telah membuat pelaburan strategik dalam pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak melalui dasar pendidikan prasekolah, kerangka kerja perundangan yang komprehensif, dan penyediaan perkhidmatan kesihatan dan sosial. Kerajaan juga berpandangan luas dalam menggalakkan tanggungjawab korporat dalam isu kanak-kanak dan menggalakkan sektor swasta supaya menyumbang ke arah pencapaian hak kanak-kanak.

UNICEF benar-benar percaya kepada kuasa perkongsian dan mempunyai banyak pengalaman bekerja dengan sektor swasta. Perkongsian kami dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan suatu komitmen ke arah mengubah kehidupan jutaan kanak-kanak dengan mengubah cara kami bekerja.

Sebagai salah satu langkah permulaan ke arah menggalakkan amalan perniagaan yang mesra kanak-kanak, UNICEF dan SSM telah menghasilkan manual ini sebagai panduan kepada majikan dalam menubuhkan taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja, berdasarkan kepada prinsip yang mendukung kepentingan terbaik bagi kanak-kanak. Di bawah perkongsian ini, lebih banyak inisiatif yang akan menggalakkan kesedaran yang tinggi mengenai hak kanak-kanak dan mewujudkan penyelesaian yang inovatif dalam hal yang melibatkan kanak-kanak.

Kami akan berusaha bersama-sama ke arah memastikan yang tahun-tahun terawal anak-anak kita dipenuhi dengan pengalaman yang bermanfaat, merangsangkan dan menggembirakan.

HANS OLSEN

WAKIL KEPADA UNICEF MALAYSIA

ii

ii

ii

iV

KATA ALU-ALUAN

(6)

S

yarikat dan perniagaan lazimnya dikenali sebagai entiti ekonomi yang berlandaskan keuntungan. Walaupun tidak salah bagi entiti tersebut untuk berusaha ke arah memaksimumkan hasil mereka, keadaan bidang korporat dan perniagaan pada hari ini menuntut lebih daripada mereka bukan sahaja perlu memperoleh keuntungan malah mereka juga dikehendaki untuk memastikan bahawa perniagaan yang dijalankan tidak mewujudkan kesan negatif kepada persekitaran, masyarakat dan juga ekonomi secara umumnya. Kehendak ini lebih dikenali ramai sebagai “tanggungjawab korporat”.

Sebagai pengawal selia bagi bidang korporat dan perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyedari bahawa ia boleh memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan pemahaman dan kesedaran mengenai tanggungjawab korporat dan menggalakkan budaya tanggungjawab korporat di kalangan syarikat dan perniagaan di Malaysia. Menyedari akan peranan yang penting ini, SSM telah mengusahakan beberapa inisiatif termasuk pembangunan Agenda Tanggungjawab Korporat yang telah dilancarkan pada 30 Jun 2009.

SSM juga telah mengadakan kerjasama strategik dengan pihak-pihak dari luar yang mempunyai matlamat yang sama berhubung dengan tanggungjawab korporat. Adakah kerjasama tersebut membuahkan apa-apa hasil setakat ini? Jawapan saya ialah “YA” dan lahirnya Manual ini membuktikan salah satu daripada hasil tersebut. Manual ini diusahakan bersama oleh SSM dan salah satu daripada rakan kongsi strategiknya, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia, hasil daripada persefahaman untuk mengadakan kerjasama ke arah meningkatkan kesejahteraan kanak-kanak di Malaysia dengan menggalakkan tanggungjawab korporat di kalangan golongan korporat dan ahli perniagaan.

Selain edisi pertama Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik (BBPC 1/2010) yang dilancarkan dahulu pada 28 Januari 2010, Manual ini juga menjadi panduan yang amat baik kepada majikan daripada sektor korporat dan perniagaan dalam menubuhkan taman asuhan kanak-kanak bagi pekerja mereka. Meliputi pelbagai topik daripada prinsip yang mendukung kepentingan terbaik bagi kanak-kanak hingga prosedur pendaftaran bagi taman asuhan kanak-kanak, saya benar-benar berharap agar Manual ini dapat mencapai objektifnya iaitu untuk memudahkan majikan daripada sektor korporat dan perniagaan dalam menubuhkan taman asuhan kanak-kanak bagi pekerja mereka.

Bagi pihak SSM, saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada UNICEF Malaysia atas kerjasama yang diberikan dan pengalaman serta pengetahuan yang dikongsikan dalam usahasama membangunkan Manual ini.

“Memacu Perniagaan Melebihi Keberuntungan”

DATO’ AZMI BIN ARIFFIN

KATA ALU-ALUAN

(7)

Susunan Isi Kandungan

PEMERHATIAN

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENUBUHKAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK ...2

KESELURUHAN

BAB 1

PENGENALAN ...3

BAB 2

BAGAIMANA

UNTUK

MENUBUHKAN

TAMAN

ASUHAN

KANAK-KANAK:

BEBERAPA SOALAN ASAS ...5

BAB 3

MENUBUHKAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK DEMI KEPENTINGAN TERBAIK

BAGI KANAK-KANAK ...9

Prinsip Kepentingan Terbaik Bagi Kanak-Kanak ...10

Dasar, Garis Panduan dan Amalan ...10

Bagaimanakah Anda Memastikan Pelaksanaan Amalan Profesional di Taman Asuhan

Kanak-Kanak?...11

Merancang Aktiviti dan Kurikulum bagi Kanak-Kanak di Taman Asuhan Kanak-Kanak ...12

Kepentingan Mempunyai Program dan Kurikulum Berpusatkan Kanak-Kanak ...13

Pengambilan Makanan bagi Kanak-Kanak di Taman Asuhan Kanak-Kanak ...14

Pelan Susun Atur bagi Taman Asuhan Kanak-Kanak ...14

BAB 4

MENGAMBIL YANG TERBAIK UNTUK BEKERJA ...15

Pengambilan pekerja ...16

Kakitangan Taman Asuhan Kanak-Kanak ...17

Saringan – Kenapakah Perkara Ini Penting? ...19

Kontrak dan Terma Pekerjaan – Adakah Anda Memerlukannya? ...19

Pengurusan Sumber Manusia ...20

BAB 5

MENCAPAI ASUHAN YANG BERKUALITI ...21

Memantau Prestasi Kakitangan bagi Memastikan Asuhan yang Berkualiti ...22

BAB 6

APAKAH SUMBER KEWANGAN YANG DIPERLUKAN? ...25

Apakah Anggaran Belanjawan? ...26

BAB 7

PROSEDUR DAN PEMBAHARUAN PENDAFTARAN ...29

Pembaharuan Perakuan Pendaftaran ...30

Istilah Utama ...34

Sumber ...34

Lampiran ...35

Lampiran 1: Latar Belakang Ringkas mengenai Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 ...35

Lampiran 2: Senarai Semak sebagai Panduan bagi Proses Penubuhan Taman Asuhan

Kanak-Kanak ...36

Lampiran 3: Contoh Jadual Waktu ...38

Lampiran 4: Contoh Kurikulum ...40

Lampiran 5: Merancang Susun Atur Taman Asuhan ...44

Lampiran 6: Contoh Perihalan Kerja ...46

Lampiran 7: Contoh Surat Tawaran ...49

Lampiran 8: Butir-Butir Rekod yang perlu Disimpan di Taman Asuhan Kanak-Kanak ...50

(8)

Langkah-Langkah Untuk Menubuhkan Taman Asuhan Kanak-Kanak

PERSEDIAAN PENUBUHAN

PEMANTAUAN

• Kerangka Kerja Kajian & Pembangunan

• Pembangunan Alat Penilaian • Pelantikan Penilai

• Sistem Pemantauan Melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) • Akreditasi Pusat/Kakitangan

• Latihan Yang Memerlukan Penilaian • Modul Latihan

• Pensijilan/Praktikum • Penilaian & Peperiksaan

• Kerangka Kerja/Tempoh Latihan • Latihan/Orientasi Dalaman • Luaran/Perkhidmatan dari luar • Cadangan Projek

• Kerangka Kerja Kewangan • Rakan Kongsi/Pemegang Tugas • Kerangka Kerja Perundangan • Kerangka Kerja Organisasi • Kehendak Ruang Fizikal • Modus Operandi

• Latihan dan Pembangunan Kapasiti • Kerangka Kerja Kajian &

Pembangunan

• Fasa Mereka Bentuk • Fasa Pengubahsuaian • Pemerolehan

• Penyerahan Tapak • Pembinaan Di Tapak

• Pelancaran & Pemulaan Operasi

LATIHAN PEMERHA TIAN KESEL URUHAN Langk ah-langk ah untuk Menubuhk an T aman Asuhan K anak -K anak

(9)

BAB 1

(10)

BAB 1

P

engenalan

Tahun-tahun awal dalam kehidupan seseorang kanak-kanak diakui

sebagai waktu pembelajaran, pertumbuhan dan perkembangan yang

paling cepat. Penjagaan dan pendidikan anak-anak kecil merupakan

tanggungjawab yang berterusan bagi pengasuh utama, iaitu ibu bapa

mereka. Walau bagaimanapun, amalan penjagaan secara tradisional

berubah apabila ibu bapa berhadapan dengan halangan dari segi

ekonomi yang sebahagian besarnya mempengaruhi perancangan

tentang penjagaan anak-anak mereka. Dengan peningkatan kos sara

hidup dan kepesatan pembangunan ekonomi dan keperluan kedua-dua

ibu bapa untuk bekerja, ibu bapa perlu membuat perancangan tentang

penjagaan anak-anak mereka yang tidak mengikut tradisi, termasuk

penjagaan oleh saudara mara seperti ibu dan bapa saudara dan datuk

serta nenek.

Setiap kanak-kanak berhak disayangi dan menerima asuhan dan

sokongan yang sepatutnya mengikut keperluannya untuk berkembang.

Asuhan dan sokongan ini termasuklah penjagaan kesihatan dan

pendidikan yang berkaitan, serta peluang untuk bergaul dan dihargai dan

diterima sebagai seorang yang penting dalam keluarga dan masyarakat.

Oleh itu, adalah penting untuk mengadakan taman asuhan kanak-kanak

yang mudah diakses dan berpatutan bagi memastikan bahawa hak dan

kesejahteraan kanak dilindungi. Penyediaan taman asuhan

kanak-kanak yang berkualiti merupakan suatu tanggungjawab yang melibatkan

seluruh masyarakat, keluarga, majikan, penyedia taman asuhan

kanak-kanak dan Kerajaan.

Kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk mengawal selia dan

mengadakan perkhidmatan bagi kanak-kanak di bawah kerangka kerja

Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak

1

(CRC).

Undang-undang dan dasar mengenai penjagaan kanak-kanak

yang dinyatakan di bawah merupakan prinsip utama ke arah

membangunkan suatu persekitaran yang selamat bagi

kanak-kanak di Malaysia:

1. Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984

2

2. Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012

3

3. Akta Pusat Jagaan 1993

4

4. Akta Kanak-Kanak 2001

5

5. Dasar Perlindungan Kanak-Kanak 2009

Latar belakang ringkas mengenai Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak

1984, yang merupakan statut utama yang mentadbir penubuhan taman

asuhan kanak-kanak di Malaysia, disediakan dalam

Lampiran 1.

Kajian mengenai taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja dan

dasar sokongan oleh pihak pengurusan telah menunjukkan bahawa

kedua-duanya menyumbang kepada keseimbangan kerja dan hidup

dan menambah baik produktiviti pekerja. Kementerian Pembangunan

Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengesyorkan agar majikan daripada

sektor swasta dan awam melaksanakan tanggungjawab menubuhkan

taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja bagi pekerja mereka.

Potongan cukai dan insentif khas disediakan bagi menggalakkan

penubuhan pusat-pusat sedemikian.

Setiap kanak-kanak

berhak disayangi dan

menerima asuhan

dan sokongan yang

sepatutnya mengikut

keperluannya untuk

berkembang.

1. Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

yang menetapkan hak kanak-kanak di bawah

umur 18 tahun.

2. Perundangan yang terletak di bawah Jabatan

Kebajikan Masyarakat Malaysia yang menetapkan

standard minimum bagi perkhidmatan penjagaan

kanak-kanak alternatif bagi kanak-kanak di bawah

umur 4 tahun.

3. Peraturan yang menyokong Akta Taman Asuhan

Kanak-Kanak 1984 dan menetapkan kehendak

dari segi pentadbiran, pengendalian, kesihatan

dan keselamatan.

4. Perundangan yang terletak di bawah Jabatan

Kebajikan Masyarakat Malaysia yang menetapkan

standard minimum bagi pusat-pusat yang

menyediakan perkhidmatan penjagaan di rumah

atau jagaan harian bagi penjagaan, perlindungan

dan keselamatan orang tua, orang kelainan

upaya, juvana, wanita dan kanak-kanak.

5. Perundangan yang terletak di bawah Jabatan

Kebajikan Masyarakat Malaysia yang mengadakan

peruntukan bagi penjagaan dan perlindungan

kanak-kanak yang menghadapi hal keadaan yang

(11)

BAB 2

BAGAIMANA UNTUK MENUBUHKAN

TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK:

BEBERAPA SOALAN ASAS

(12)

Soalan 1: Apakah yang perlu dilakukan sebelum

menubuhkan taman asuhan kanak-kanak?

Mana-mana individu atau organisasi yang berminat untuk menubuhkan

taman asuhan kanak-kanak memerlukan maklumat utama daripada

Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Peraturan-Peraturan Taman

Asuhan Kanak-Kanak 2012. Ini termasuklah mengambil kira prosedur

yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi proses

pendaftaran taman asuhan kanak-kanak. Perakuan Pendaftaran akan

dikeluarkan oleh ibu pejabat JKM.

Langkah 1: Peroleh Buku Garis Panduan Penubuhan Taman

Asuhan Kanak-Kanak daripada Pejabat JKM Daerah. Anda

akan memperoleh garis panduan, borang utama dan kehendak

dan prosedur asas yang ditetapkan oleh JKM, Pihak Berkuasa

Tempatan, Jabatan Bomba & Penyelamat dan Jabatan Kesihatan.

Langkah 2: Selepas memahami garis panduan dan prosedur yang

terlibat, organisasi anda perlu membuat keputusan sama ada

hendak menubuhkan taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja

atau hanya menyediakan insentif penjagaan kanak-kanak

6

bagi

pekerjanya.

Soalan 2: Apakah yang perlu dilakukan apabila anda

membuat keputusan untuk menubuhkan taman asuhan

kanak-kanak di tempat kerja?

1. Mengenal pasti kumpulan umur yang akan diambil kira untuk

penjagaan. Adakah anda ingin menyediakan perkhidmatan

kepada semua kumpulan umur, atau hanya kanak-kanak di bawah

umur 4 tahun?

2. Membuat keputusan sama ada anda juga ingin menyediakan

perkhidmatan penjagaan sebelum/selepas waktu persekolahan

bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

3. Membuat keputusan mengenai waktu operasi pusat tersebut.

Adakah waktu operasi tersebut selari dengan waktu bekerja

rasmi atau boleh dilanjutkan masa untuk disesuaikan dengan

keperluan waktu kerja lebih masa, dsb?

4. Mengkaji ruang pejabat anda untuk menentukan sama ada

ruang itu boleh menampung permintaan daripada semua pekerja

yang memerlukan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak. Jika

tidak boleh, apakah pilihan yang lain yang boleh disediakan?

5. Menentukan pengambilan kakitangan bagi penjagaan

kanak-kanak adalah selaras dengan peruntukan undang-undang

BAB 2

Bagaimana untuk Menubuhk

an T

aman Asuhan K

anak

-k

anak

6. Insentif penjagaan kanak-kanak merupakan

faedah kepada kakitangan yang memerlukan

perkhidmatan penjagaan kanak-kanak bagi anak- anak mereka. Faedah tersebut adalah dalam

bentuk bayaran tunai secara langsung atau

pemberian subsidi bagi fi penjagaan kanak-kanak

di mana-mana taman asuhan kanak-kanak yang

ditetapkan (ditetapkan atau dipilih sama ada oleh

(13)

7

Bagaimanakah dengan kelayakan asas dan struktur gaji

mereka?

6. Membuat keputusan tentang bayaran fi oleh ibu bapa.

Berapakah peratusan fi yang boleh diberikan subsidi? Adakah

kadarnya sama rata bagi semua pekerja atau adakah kadar

ditentukan berdasarkan kepada skala gaji pekerja?

7. Membuat keputusan mengenai orang yang akan mengendalikan

pusat tersebut–calon hendaklah mempunyai kepakaran untuk

mengadakan dan melaksanakan suatu kurikulum yang

memberikan tumpuan kepada kepentingan terbaik bagi

kanak dalam jagaan.

BAB 2

Bagaimana untuk Menubuhk

an T

aman Asuhan K

anak

-k

anak

Dalam membuat keputusan tentang pengambilan kanak-kanak,

seseorang hendaklah mempertimbangkan perkara yang berikut:

1. Saiz taman asuhan – Kajian kebolehlaksanaan secara

dalaman

mengenai

keperluan

kakitangan

bagi

perkhidmatan penjagaan kanak-kanak mestilah dijalankan

bagi menentukan bilangan yang dijangkakan dan juga

kumpulan umur.

2. Kumpulan umur kanak-kanak – Mempertimbangkan

kenaikan kos jika anda ingin mengambil ramai kanak-kanak

dalam suatu kumpulan umur tertentu.

3. Reka bentuk ruang dan kemudahan – Untuk mengelakkan

kesesakan, pengurusan tahap hingar dan pengurusan

kakitangan, jadual aktiviti dan rutin secara keseluruhan

mestilah bersesuaian bagi perancangan ruang dan

kemudahan di taman asuhan tersebut. Sebaik-baiknya,

ruang hendaklah dihadkan kepada satu tingkat dengan akses

ke laluan kecemasan dan laluan bagi tujuan pengosongan

sekiranya berlaku kecemasan.

4. Menguruskan

keperluan

kanak-kanak

Mengatur

pengambilan kanak-kanak mengikut kumpulan umur

yang berbeza, terutamanya yang berumur 3 tahun dan ke

bawah. Pengasuh hendaklah bersiap sedia untuk memenuhi

keperluan yang disasarkan daripada semua kumpulan umur.

5. Akses – Taman asuhan mestilah mempunyai suatu tempat

yang selamat dan mudah bagi ibu bapa menghantar

dan mengambil anak-anak mereka. Bagi tujuan ini,

pengubahsuaian mungkin perlu dilakukan.

6. Persekitaran yang selamat – Bahagian luar dan dalam

taman asuhan mestilah dilengkapi ciri-ciri keselamatan

yang berkualiti.

7. Pengurusan amalan terbaik – Memastikan penyediaan

kurikulum, penjagaan kesihatan dan pemakanan, termasuk

menyediakan keperluan bagi kanak-kanak dengan keperluan

khas, dilaksanakan secara menyeluruh dan dengan cermat.

(14)

Soalan 3: Apakah sumber kewangan yang tersedia bagi

membolehkan anda mengadakan program berpusatkan

kanak-kanak?

Kos asas bagi mengendalikan sesuatu taman asuhan kanak-kanak

termasuklah yang berikut:

1. Kos penubuhan bagi reka bentuk susun atur, dan juga perabot

dan peralatan bagi semua bilik di bahagian dalam dan luar, dan

bagi sudut pembelajaran termasuk alat mainan dan buku.

2. Menentukan fi bagi prosedur/kelulusan pendaftaran yang

berkaitan.

3. Menghitung kos tetap bulanan yang ditanggung di setiap taman

asuhan. Ini termasuklah sewaan, kemudahan, kos bagi makanan

dan kelengkapan diri mengikut bilangan kanak-kanak, gaji dan

insentif kewangan bagi semua kakitangan, program latihan

yang berterusan bagi kakitangan, penggantian alat mainan dan

bahan-bahan bagi aktiviti, dan perbelanjaan lain yang

bersampingan

seperti

perubatan

dan

penyelenggaraan

keseluruhan.

Nota: Butir-butir lanjut mengenai kos dan anggaran belanjawan

terdapat dalam Bab 6.

Soalan 4: Adakah anda perlu mendapatkan sumber bagi

pembiayaan?

Geran Kerajaan adalah tersedia, tertakluk kepada syarat-syarat

tertentu:

1. Agensi Kerajaan yang menyediakan taman asuhan kanak-kanak

di tempat kerja mereka akan diberikan geran sebanyak

RM200,000 untuk mengubah suai dan melengkapi kemudahan

mereka. Agensi kerajaan berkenaan tidak mengendalikan taman

asuhan tersebut sendiri. Lazimnya, taman asuhan dikendalikan

oleh pihak luar seperti sesuatu persatuan atau individu yang

mengemukakan

kertas

kerja

kepada

Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atas syor

agensi kerajaan yang berkaitan itu.

2. Majikan daripada sektor swasta yang menubuhkan taman asuhan

kanak-kanak diberikan pengurangan cukai tahunan sebanyak

10% atas kos penubuhan bagi tempoh 10 tahun. Ini hanyalah

bagi taman asuhan kanak-kanak yang ditubuhkan di tempat

kerja.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat yang

berhampiran atau jkm.gov.my.

Suatu senarai semak mengenai bagaimana untuk menubuhkan taman

asuhan kanak-kanak disediakan dalam

Lampiran 2.

BAB 2

Bagaimana untuk Menubuhk

an T

aman Asuhan K

anak

-k

(15)

BAB 3

MENUBUHKAN TAMAN

ASUHAN KANAK-KANAK DEMI

KEPENTINGAN TERBAIK BAGI

KANAK-KANAK

(16)

Prinsip Kepentingan Terbaik Bagi Kanak-Kanak

Kepentingan terbaik kanak-kanak merupakan satu daripada prinsip

asas CRC. Pemakaiannya yang berkesan di taman asuhan kanak-kanak,

antara lain, adalah melalui pelaksanaan kurikulum berpusatkan

kanak-kanak, penguatkuasaan dasar perlindungan kanak-kanak-kanak, pengambilan

pengasuh yang dilatih secara profesional dan dengan mengadakan

perkongsian profesional dengan ibu bapa atau pengasuh

kanak-kanak. Selain itu, pertimbangan lain seperti susun atur taman asuhan

kanak-kanak dan pengambilan makanan oleh kanak-kanak di taman

asuhan tersebut juga penting memandangkan usaha sedemikian akan

menyumbang ke arah perkembangan potensi maksimum kanak-kanak.

“Dalam semua tindakan yang melibatkan kanak-kanak, sama ada

yang diambil oleh institusi kebajikan masyarakat awam atau swasta,

mahkamah, pihak berkuasa pentadbiran atau badan perundangan,

kepentingan terbaik bagi kanak-kanak hendaklah menjadi perkara utama

yang dipertimbangkan.”

Perkara 3(1) Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak

Dasar, Garis Panduan dan Amalan

Semua dasar, garis panduan dan amalan penjagaan kanak-kanak

hendaklah dirumuskan dan dilaksanakan selaras dengan prinsip-prinsip

CRC. Selain garis panduan dalam Kursus Asuhan dan Didikan Awal

Kanak-Kanak PERMATA (KAP)

7

, semua taman asuhan kanak-kanak perlu

merumuskan dan melaksanakan suatu dasar perlindungan kanak-kanak

bagi memastikan kesejahteraan kanak-kanak sepenuhnya.

Sebagai sebahagian daripada proses, semua kakitangan yang diambil

perlu melalui saringan dan menjalani latihan dari aspek perlindungan

kanak-kanak. Mereka perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran

bagi mewujudkan persekitaran yang selamat dan mampu mewujudkan

peluang yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak sepenuhnya

melalui aktiviti permainan dan santai.

7. Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak

PERMATA (KAP) telah dimandatkan untuk

semua taman asuhan kanak-kanak melalui

Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak

2012. Kursus ini menggantikan Kursus Asas

Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) dari Januari 2013.

Semua pengasuh kanak-kanak diwajibkan

menghadiri kursus ini yang telah diiktirafkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. BAB 3 Menubuhk an T aman Asuhan K anak -k anak demi K epentingan T erbaik bagi K anak -k anak

Faktor-faktor yang menyumbang kepada asuhan kanak-kanak

yang berkualiti tinggi:

1. Nisbah kanak-kanak dengan pengasuh yang rendah – ini akan

meningkatkan kebarangkalian perhatian khusus dapat

diberikan.

2. Persekitaran yang selamat dan sihat – ini akan menggalakkan

kanak-kanak untuk meneroka dan mengambil bahagian dalam

aktiviti.

3. Pengasuh kanak-kanak yang memberikan asuhan dan

berpengetahuan dalam perkembangan kanak-kanak –

pengasuh tersebut boleh merancang dan melaksanakan

aktiviti berpusatkan kanak-kanak.

4. Pengasuh yang memberikan sepenuh perhatian akan

mempengaruhi kehidupan kanak-kanak dengan konsisten dan

stabil – ini akan menyumbang kepada perkembangan

kanak-kanak yang mempunyai kestabilan emosi.

(17)

11

Bagaimanakah Anda Memastikan Pelaksanaan Amalan Profesional di

Taman Asuhan Kanak-Kanak?

Bagi memastikan amalan profesional diterima pakai di taman asuhan

kanak-kanak, taman asuhan tersebut perlu mempunyai suatu program

yang mengandungi pernyataan bertulis dan dasar yang diamalkan bagi

memenuhi keperluan semua kanak-kanak dalam jagaan mereka yang:

Apabila seseorang kanak-kanak dihantar ke taman asuhan, prosedur

rujukan dan kemasukan yang jelas perlu ditetapkan bagi memastikan

kepentingan terbaik kanak-kanak itu. Maklumat mengenai program,

dasar, prosedur dan garis panduan tentang hak dan tanggungjawab

ibu bapa hendaklah tersedia, dan juga kehendak atau keperluan untuk

mematuhi kehendak undang-undang dan dasar.

Taman asuhan kanak-kanak hendaklah mengambil kira juga perkara

yang berikut:

BAB 3 Menubuhk an T aman Asuhan K anak -k anak demi K epentingan T erbaik bagi K anak -k anak

1. Menggariskan tujuan dan objektif, dan menyediakan secara

khusus tentang aspek kesihatan, pemakanan, keselamatan dan

perlindungan kanak-kanak dalam jagaan;

2. Memenuhi keperluan kanak-kanak dari segi kesesuaian

perkembangan dan budaya dengan menekankan penglibatan

ibu bapa; dan

3. Memberikan tumpuan kepada kepentingan terbaik bagi

kanak-kanak dan mengiktiraf sifat kanak-kanak-kanak-kanak yang unik dan

tersendiri, serta pilihan dan pendapat mereka.

1. Pemilihan kakitangan perlu diberikan tumpuan kepada

kualiti, dan pengasuh kanak-kanak perlu profesional dan

menunjukkan bahawa mereka menghargai kanak-kanak

secara semulajadi, tanpa mengambil kira latar belakang dan

kelakuan;

2. Kakitangan perlu menghormati hak asas setiap kanak-kanak;

3. Dasar dan amalan pengambilan perlu diadakan bagi semua

kakitangan, pelatih dan pekerja sukarela;

4. Semua kemudahan taman asuhan kanak-kanak perlu

mempunyai prosedur yang ditetapkan bagi menangani

penderaan kanak-kanak yang disyaki, termasuk dakwaan

terhadap kakitangan;

5. Mengadakan prosedur dan rekod yang lengkap berhubung

dengan kanak-kanak, kakitangan, taman asuhan dan aktiviti

yang melibatkan ibu bapa; dan

6. Kajian semula berkala dijalankan untuk menilai program dan

kemampuan kakitangan.

(18)

Merancang Aktiviti dan Kurikulum bagi Kanak-Kanak di Taman

Asuhan Kanak-Kanak

Tahun-tahun awal yang merangkumi kanak-kanak di bawah umur 6 tahun

adalah merupakan tempoh yang penting bagi merealisasikan potensi

seseorang kanak-kanak. Tahun-tahun awal tersebut merupakan asas

bagi perkembangan kesihatan fizikal dan mental mereka, ketenteraman

emosi, pengenalan budaya dan diri, serta kemampuan yang diperlukan

untuk meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan mereka. Di

peringkat ini, anak-anak kecil:

Kurikulum merupakan suatu program aktiviti yang dirancang untuk

mencapai objektif pembelajaran tertentu. Dalam erti kata yang lebih

mudah, aktiviti mampu membentuk sebuah kurikulum. Bagi taman

asuhan kanak-kanak, adalah penting untuk mengadakan kurikulum

berpusatkan kanak-kanak bagi membantu perkembangan kanak-kanak.

Aktiviti yang dirancang sebagai sebahagian daripada kurikulum perlu

diberikan kebolehan kepada kanak-kanak menggunakan pancaindera

mereka untuk menerokai dan mengetahui, menghubung kait pengalaman

baru dengan pembelajaran terdahulu, dan berkongsi pengalaman dengan

yang lain.

BAB 3 Menubuhk an T aman Asuhan K anak -k anak demi K epentingan T erbaik bagi K anak -k anak

1. Melalui tempoh pertumbuhan fizikal yang paling cepat,

membina perkataan, meningkatkan kemahiran bertutur dan

keupayaan berfikir, dan mempunyai kemahiran bergaul dan

berinteraksi;

2. Membina hubungan yang rapat dengan ibu bapa atau

pengasuh kanak yang lain, yang daripadanya

kanak-kanak itu mendapatkan dan memerlukan asuhan, jagaan,

bimbingan dan perlindungan, dengan cara yang menghormati

pembinaan sifat tersendiri dan keupayaan pertumbuhan

mereka; dan

3. Berinteraksi dan membina hubungan di mana anak-anak

kecil belajar berbincang dan menyelaras aktiviti yang

dikongsi, menyelesaikan masalah, menjadi bersepakat dan

bertanggungjawab bagi orang lain.

Beberapa prinsip kurikulum adalah seperti yang berikut:

1. Setiap kanak-kanak perlu dihormati sebagai seorang individu;

2. Ibu atau bapa adalah merupakan pendidik utama bagi

kanak-kanak;

3. Keluarga dan masyarakat memainkan peranan utama dalam

pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak;

4. Setiap kanak-kanak mempunyai hak kesamarataan dari segi

peluang dan keadilan sosial; dan

(19)

13

Pendekatan pembelajaran dengan cara ‘bermain’ dititikberatkan di

taman asuhan kanak memandangkan cara terbaik untuk

kanak-kanak belajar adalah melalui penyertaan secara aktif dari segi mental dan

fizikal, melalui process berfikir dan melakukan aktiviti. Apabila

kanak-kanak bermain, proses dan pengalaman pembelajaran merangsang

minda mereka dan mempengaruhi pembelajaran seumur hidup.

Bagi anak-anak kecil, bermain bukanlah suatu aktiviti rekreasi

– ia bukanlah aktiviti di masa lapang mahupun aktiviti untuk

mencuri masa. Bermain merupakan waktu untuk berfikir bagi

anak-anak kecil. Waktu untuk bertutur. Waktu untuk mencari

penyelesaian. Waktu untuk berfikir, membuat rancangan dan

bertanya. Ia merupakan waktu untuk menyusun idea, apabila

anak-anak kecil menggunakan tubuh dan kemahiran sosialnya dan

segala tenaganya sebagai tindak balas kepada rangsangan yang

diperolehnya.

James L. Hymes, Jr. (abad ke-20), Pakar perkembangan kanak-kanak di Amerika Syarikat, penulis. Mengajar Kanak-Kanak Di Bawah Enam Tahun, bab 1 (1968)

Bagi memastikan perkembangan secara menyeluruh, pengasuh perlu

merancang suatu jadual dan aktiviti yang bersamaan. Ini akan memastikan

bahawa kanak-kanak diberikan peluang untuk meningkatkan penguasaan

mereka dalam aspek yang berhubungan dengan kemahiran melihat,

mendengar dan melakukan pergerakan, bertutur dan membaca,

pra-matematik dan pra-sains. Ia juga perlu untuk membolehkan kanak-kanak

memahami konsep tekstur, warna, bentuk, ruang, arah dan masa. Selain

itu, terdapat keperluan untuk mengadakan aktiviti bagi menggalakkan

perkembangan dari segi sosial dan emosi dengan memupuk sifat

menghargai diri dan kemahiran hidup kendiri.

Mengikut prosedur pendaftaran, dua jadual aktiviti mingguan yang

dirancang perlu dilampirkan bersama-sama dengan borang permohonan.

Jadual ini , selepas ini dikenali sebagai jadual waktu, akan menunjukkan

aktiviti yang dijalankan oleh pengasuh. Jadual waktu mingguan akan

menunjukkan aktiviti selaras dengan tema yang telah disediakan bagi

setiap bulan. Pengasuh yang bertanggungjawab bagi kumpulan umur

tertentu akan memastikan bahawa aktiviti tersebut mencapai objektif

keseluruhan program taman asuhan berkenaan.

Contoh jadual waktu bagi kanak-kanak disediakan dalam

Lampiran 3

sementara contoh kurikulum disediakan dalam

Lampiran 4.

Kepentingan Mempunyai Program dan Kurikulum Berpusatkan

Kanak-Kanak

Setiap kanak-kanak merupakan seorang individu. Pertumbuhan dan

perkembangannya amat dipengaruhi oleh pengalaman sosial dan budaya

yang diperoleh di rumah, dalam kawasan kejiranan dan di taman asuhan

kanak-kanak. Oleh yang demikian, adalah penting untuk merumuskan

suatu kurikulum berpusatkan kanak-kanak, termasuk program yang

menekankan hubungan dengan ibu bapa.

BAB 3 Menubuhk an T aman Asuhan K anak -k anak demi K epentingan T erbaik bagi K anak -k anak

(20)

Apabila sesuatu kurikulum memberikan perhatian kepada keperluan

asas setiap kanak-kanak, ia akan membolehkan kanak-kanak itu

membesar dan berkembang dalam persekitaran sosial dan budaya yang

bersesuaian. Ia juga akan membolehkan kanak-kanak itu membesar

mengikut tahap yang sewajarnya dan dengan mudah, serta berpeluang

untuk mencapai potensinya dengan maksimum.

Pengambilan Makanan bagi Kanak-Kanak di Taman Asuhan Kanak-Kanak

Taman asuhan kanak-kanak juga bertanggungjawab untuk menyediakan

makanan berkhasiat kepada kanak-kanak. Di bawah Peraturan-Peraturan

Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012, makanan yang disediakan bagi

kanak-kanak hendaklah bersih dan mesti termasuk susu, makanan berprotein,

dan buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Selain itu, adalah menjadi

suatu syarat untuk tukang masak diberikan vaksin bagi penyakit kepialu

sebagaimana yang dikehendaki oleh Kementerian Kesihatan.

Suatu menu perlu disediakan selaras dengan garis panduan Kementerian

Kesihatan dan hendaklah dijadikan tersedia bagi pemeriksaan oleh pihak

berkuasa.

Makanan boleh dihidangkan di taman asuhan kanak-kanak sebanyak 3

atau 4 kali sehari. Bagi kanak-kanak dari golongan yang kurang bernasib

baik, sebaik-baiknya sarapan pagi disediakan, tetapi bagi kanak-kanak

dari golongan yang agak mewah, mereka dianggap telah mengambil

sarapan pagi sebelum dihantar ke taman asuhan. Makan malam

tidak digalakkan kerana adalah penting bagi kanak-kanak menikmati

sekurang-kurangnya satu waktu makan utama dengan keluarga mereka.

Pelan Susun Atur bagi Taman Asuhan Kanak-Kanak

Sesuatu taman asuhan kanak-kanak perlu mempunyai susun atur yang

selamat dan memenuhi keperluan khas kanak-kanak. Susun atur taman

asuhan perlu mewujudkan persekitaran yang sesuai bagi pembelajaran

kanak-kanak dan perkembangan potensi mereka. Kehendak tertentu

berhubung dengan susun atur di taman asuhan kanak-kanak dinyatakan

dalam Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012.

Butir-butir mengenai pelan susun atur di taman asuhan kanak-kanak

boleh didapati dalam

Lampiran 5.

Suatu menu perlu

disediakan selaras

dengan garis panduan

Kementerian Kesihatan

dan hendaklah tersedia

bagi pemeriksaan oleh

pihak berkuasa.

BAB 3 Menubuhk an T aman Asuhan K anak -k anak demi K epentingan T erbaik bagi K anak -k anak

(21)

BAB 4

MENGAMBIL YANG TERBAIK

UNTUK BEKERJA

(22)

Pengambilan pekerja

Sesuatu taman asuhan kanak-kanak bukan sahaja memerlukan program

terbaik tetapi juga kakitangan yang sesuai bagi melaksanakan program

dengan berkesan. Pencarian individu yang sesuai dengan pekerjaan

tersebut bermula dari proses pengambilan pekerja.

Proses pengambilan secara amnya melibatkan pengiklanan jawatan,

temu bual dan pemilihan pekerja/kakitangan baru. Sebelum mendraf

iklan bagi jawatan tertentu, penyelia mestilah terlebih dahulu menyatakan

kehendak bagi jawatan tersebut berdasarkan kepada perihalan kerja

yang berkaitan, dan menentukan saraan serta faedah lain.

Tidak kurang pentingnya bagi perihalan kerja kakitangan yang berbeza

dinyatakan dengan jelas. Ini akan membolehkan kakitangan tersebut

memahami dan menjalankan tugas mereka dengan berkesan.

Kekosongan jawatan boleh diiklankan melalui beberapa cara:

1. Secara lisan kepada kakitangan atau persatuan pengasuh

kanak-kanak berdaftar tempatan. Kakitangan dalam sesuatu taman

asuhan digalakkan untuk memohon jawatan yang lebih tinggi.

Perkara ini boleh memberikan motivasi kepada kakitangan untuk

bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh kerana usaha mereka

akan diiktiraf.

2. Melalui notis yang dipamerkan di tempat-tempat yang akan

dibaca oleh mereka yang berpotensi menjadi calon, seperti di

universiti atau kolej tempatan yang menawarkan kursus asuhan

awal kanak-kanak atau persatuan pengasuh kanak-kanak

berdaftar tempatan. Beberapa kolej dan universiti tempatan

menyediakan perkhidmatan penempatan bagi pelatih dan

siswazah mereka, dan akan berusaha untuk menyesuaikan pelatih

dan siswazah tersebut dengan mereka yang berpotensi menjadi

majikan.

3. Dalam surat khabar tempatan dan sebarang berita yang

berkaitan dengan zaman awal kanak-kanak. Pengeluaran iklan

dalam surat khabar lazimnya merupakan kaedah yang lebih

mahal, oleh itu iklan tersebut perlulah lebih ringkas. Walau

bagaimanapun, bagi taman asuhan yang baru ditubuhkan dan

mempunyai beberapa kekosongan jawatan, adalah lebih baik

jika dikeluarkan iklan yang lebih besar, mudah dilihat, terperinci

dan khusus di dalam surat khabar kerana ia akan menarik

perhatian lebih ramai calon yang ‘sesuai’.

Contoh perihalan kerja bagi seseorang pengasuh adalah sebagaimana

dalam

Lampiran 6.

BAB 4

Mengambil y

ang T

erbaik untuk Bek

(23)

17

Kakitangan Taman Asuhan Kanak-Kanak

Kakitangan yang berhubung secara langsung dengan kanak-kanak

dikenali sebagai

personel program utama. Mereka termasuklah

pengendali, penyelia dan pengasuh kanak-kanak. Kakitangan yang

berhubung secara tidak langsung dengan kanak-kanak tetapi berperanan

sebagai pembantu dikenali sebagai

personel program sokongan. Mereka

termasuklah kerani, tukang masak, pencuci dan pekebun.

Kakitangan boleh bekerja sepenuh masa atau separuh masa. Pengasuh

kanak-kanak, penyelia dan pengendali lazimnya bekerja

sepenuh masa

(8 jam sehari), pada setiap hari taman asuhan itu beroperasi. Pekerja

separuh masa hanya bekerja beberapa jam dalam seminggu, atau hanya

apabila perkhidmatan mereka diperlukan. Sebagai contoh, seorang

pekebun hanya perlu bekerja selama satu hari dalam seminggu.

Nisbah minimum pengasuh kepada kanak-kanak yang dikehendaki di

bawah Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012 adalah

seperti yang berikut:

Nisbah Bilangan pengasuh : Bilangan kanak-kanak

Nisbah Bilangan pengasuh :

Bilangan kanak-kanak OKU Umur

1:3 2:3 0 - 1

1:5 2:5 1 - 3

1:10 3:10 3 - 4

Walau bagaimanapun, perlu dinyatakan bahawa nisbah ini tidak

bersamaan dengan tahap kualiti memandangkan pengasuh

kanak-kanak tidak boleh menjalankan tugasnya dengan berkesan pada tahap

minimum sedemikian. Bayi dan todler sentiasa memerlukan penjagaan

secara perseorangan dan seorang pengasuh kanak-kanak tidak boleh

diberikan tanggungjawab untuk menjaga lebih daripada 2 bayi dalam

satu masa. Kanak-kanak yang lebih besar, terutamanya yang melebihi 2

tahun tetapi di bawah 3 tahun, boleh mengikut arahan yang mudah dan

mempelajari kemahiran hidup kendiri, oleh itu pengasuh kanak-kanak

boleh menyelia hingga 5 orang kanak-kanak dalam satu masa.

Bilangan pengasuh yang dicadangkan bagi 60 orang kanak-kanak

adalah seperti di bawah:

Kumpulan Umur Bilangan Kanak-kanak Nisbah Kakitangan: Kanak-kanak Bilangan Kumpulan Bilangan Pengasuh Kanan Jumlah Kaki-tangan 0 - 8 bulan 10 1:3 3 1 4 8 -12 bulan 10 1:3 3 0 3 12-18 bulan 5 1:5 1 0 1 18-24 bulan 5 1:5 1 0 1 2 tahun 10 1:5 2 1 3 3 tahun 10 1:5 2 0 2 4 tahun 10 1:5 2 0 2 JUMLAH 60 - 14 2 16 BAB 4 Mengambil y ang T

erbaik untuk Bek

(24)

Kelayakan kakitangan adalah berbeza mengikut jawatan. Akta Taman

Asuhan Kanak-Kanak 1984 menyatakan bahawa pengasuh

kanak-kanak perlu diberikan latihan tentang asuhan kanak-kanak-kanak-kanak, mempunyai

pengalaman yang mencukupi dalam penjagaan kanak-kanak dan

menghadiri dengan jayanya Kursus Asuhan dan Didikan Awal

Kanak-Kanak PERMATA (KAP) yang diakreditasi oleh Jabatan Kebajikan

Masyarakat. Kursus ini hanya menyediakan asas bagi perkembangan

kanak-kanak, dan menjalankan aktiviti yang sesuai berdasarkan kepada

prinsip perkembangan kanak-kanak dan kehendak Akta Taman Asuhan

Kanak-Kanak 1984.

Selain latihan penting yang diwajibkan ini, setiap pengasuh

kanak-kanak perlu mempunyai latihan tambahan yang diakreditasi dalam

Penjagaan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak (ECCD). Pada masa

ini, kelayakan minimum iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diperlukan

untuk bekerja sebagai pengasuh, tetapi dicadangkan supaya pengasuh

perlu mempunyai sekurang-kurangnya sijil atau diploma.

Kelayakan yang dicadangkan bagi kakitangan di taman asuhan

kanak-kanak adalah seperti di bawah:

# Jawatan Kelayakan Pengamalan

1

Pengarah atau Penyelia Taman Asuhan

Ijazah/Diploma dalam ECCD, KAAK/ KAP

3 - 5 tahun

2 Pengasuh Kanan Diploma/Sijil dalam ECCD, KAAK/KAP 3 - 5 tahun

3 Pengasuh Diploma/Sijil dalam

ECCD, KAAK/KAP 2 tahun

4 Pembantu Pengasuh

Kanak-Kanak Sijil (KAAK/KAP) 1 tahun

5 Tukang Masak/Pembantu Rumah

SPM, Lulus Kursus Makanan dan Keselamatan 3 tahun 6 Pembantu Tukang Masak/Pembantu Rumah SPM, Lulus Kursus Makanan dan Keselamatan 1 tahun

Cabaran tugas ‘menjaga kanak-kanak’ sering dipandang remeh, dari segi

pengambilan, latihan, ketetapan penyeliaan dan penilaian perkhidmatan

yang diberikan, dan dari segi wang yang diperuntukkan bagi perkara

di atas. Kanak-kanak dalam jagaan berada pada tahap pembentukan

dan secara purata mereka menghabiskan masa selama 8-10 jam di

taman asuhan. Oleh yang demikian, tumpuan dan penekanan perlu

diberikan kepada pengambilan kakitangan yang berkelayakan yang

mampu, komited dan bertanggungjawab untuk mengadakan program

berpusatkan kanak-kanak.

BAB 4

Mengambil y

ang T

erbaik untuk Bek

erja

Cabaran tugas

‘menjaga kanak-kanak’

sering dipandang

remeh, dari segi

pengambilan, latihan,

ketetapan penyeliaan

dan penilaian

perkhidmatan yang

diberikan, dan dari

segi wang yang

diperuntukkan.

(25)

19

Saringan – Kenapakah Perkara Ini Penting?

Menjadi perkara yang amat penting bukan sahaja untuk memastikan

pemilihan kakitangan memenuhi semua kehendak minimum bagi

jawatan mereka masing-masing iaitu mengikut kelayakan akademik

dan pengalaman, tetapi juga untuk memastikan yang individu

berkenaan mempunyai perwatakan yang sesuai dan pandangan positif

terhadap kanak-kanak dan asuhan kanak-kanak. Selaras dengan dasar

perlindungan kanak-kanak di setiap taman asuhan, iaitu memastikan

keselamatan setiap kanak-kanak, adalah penting untuk menghubungi

orang yang menyokong permohonan pemohon untuk bertanya tentang

sifat dan pengalaman lampau pekerja yang bermungkinan diambil

bekerja.

Kontrak dan Terma Pekerjaan– Adakah Anda Memerlukannya?

Ya... apakah ini?

Kontrak atau perjanjian personel merupakan suatu komitmen bertulis

antara majikan dengan pekerja yang memberikan jaminan pekerjaan.

Kontrak tersebut perlu ditandatangani, diberikan tarikh dan disaksikan.

Kandungan yang Dicadangkan bagi Kontrak:

1. Pihak-pihak kepada kontrak.

2. Tempoh kontrak – bila perkhidmatan bermula.

3. Tempoh latihan–tempoh sebelum kontrak penuh berkuat

kuasa, lazimnya 3 – 6 bulan.

4. Gaji selama tempoh yang diliputi oleh kontrak.

5. Faedah sampingan – bilangan hari cuti tahunan, cuti sakit,

cuti kecemasan.

6. Faedah perubatan.

7. Caruman wajib kepada KWSP dan PERKESO.

8. Syarat-syarat bagi penamatan perkhidmatan oleh majikan

atau peletakan jawatan oleh pekerja. .

(Rujuk

Lampiran 7 bagi contoh surat tawaran)

BAB 4

Mengambil y

ang T

erbaik untuk Bek

(26)

Pengurusan Sumber Manusia

Memandangkan pengambilan kakitangan telah dibuat, apakah langkah

seterusnya?

Kakitangan memerlukan garis panduan yang jelas mengenai dasar

yang berbeza di taman asuhan dan arahan mengenai peranan dan

tanggungjawab mereka, dengan demikian adalah penting untuk

menyediakan Buku Panduan Kakitangan.

Buku Panduan Kakitangan perlu mengandungi semua dasar yang

berhubungan dengan kakitangan, dan juga maklumat tentang taman

asuhan dan program. Dasar-dasar hendaklah dinyatakan dengan jelas,

ringkas dan teratur mengikut bahagian-bahagian yang sewajarnya. Ia

memberikan maklumat kepada pekerja baru tentang tugas dan menjadi

sumber rujukan. Sekiranya pekerja tidak jelas tentang amalan tertentu,

Buku Panduan Kakitangan perlu memberikan penjelasan, dan jika timbul

sebarang masalah, ia juga perlu menyediakan penyelesaian kepada

masalah tersebut.

Kandungan yang Dicadangkan bagi Buku Panduan Kakitangan

1. Carta organisasi dan garisan tanggungjawab di taman

asuhan

2. Perihalan kerja bagi pelbagai jawatan

3. Dasar mengenai kesihatan, kemalangan dan keselamatan

4. Hari dan waktu bekerja

5. Waktu masuk dan keluar

6. Cuti umum dan cuti berbayar

7. Kalendar yang menunjukkan tarikh permulaan penggal dan

cuti

8. Faedah sampingan

9. Prosedur mengenai aduan/rungutan

10. Penamatan pekerjaan

Selain Buku Panduan Kakitangan dijadikan rujukan oleh kakitangan di

taman asuhan kanak-kanak, adalah lebih baik untuk mengadakan dan

menyimpan rekod tentang kakitangan, kanak-kanak dan juga taman

asuhan kanak-kanak, bagi memastikan pengurusan taman asuhan

kanak-kanak berjalan dengan lancar.

Butir-butir rekod ini boleh dilihat dalam

Lampiran 8.

Penyelia taman asuhan kanak-kanak bertanggungjawab bagi memantau

dan menyelenggara rekod tersebut, walaupun penyelia boleh mewakilkan

tugas menyimpan dan mengemas kini rekod tersebut kepada pengasuh.

BAB 4

Mengambil y

ang T

erbaik untuk Bek

(27)

BAB 5

MENCAPAI ASUHAN YANG

BERKUALITI

(28)

Memantau Prestasi Kakitangan bagi Memastikan Asuhan yang

Berkualiti

Setelah program dirumuskan dan pengurusan kakitangan ditentukan,

penyelia perlu memastikan bahawa mutu dikekalkan. Suatu sistem untuk

memantau dan menilai perkhidmatan mesti dirancang, dan semua

kakitangan perlu dilatih untuk melaksanakan sistem tersebut.

Semua kanak-kanak di bawah jagaan memerlukan persekitaran yang

selamat dan sesuai bagi merangsang dan menggalakkan interaktif

positif. Pengurus dan/atau penyelia taman asuhan kanak-kanak

bertanggungjawab bagi prestasi kakitangan mereka. Mereka juga perlu

peka dan memberikan tumpuan sepenuhnya. Selain itu, pelaksanaan

sistem yang memantau dan menilai kakitangan dan program yang

dijalankan di taman asuhan kanak-kanak akan memastikan kualiti asuhan

yang diberikan.

Pengurus atau penyelia taman asuhan kanak-kanak perlu peka dan

memberikan tumpuan sepenuhnya.

Bagi memastikan tahap kualiti yang tinggi dikekalkan, perkara

yang berikut merupakan beberapa amalan yang perlu dipatuhi

oleh penyelia:

1. Mengetahui standard bagi asuhan yang berkualiti (bukan

sahaja standard minimum).

2. Memastikan semua kakitangan mengekalkan standard.

3. Bertindak untuk membetulkan keadaan jika standard tidak

dipatuhi mengikut cara yang ditetapkan.

Terdapat beberapa kaedah yang boleh diamalkan oleh penyelia untuk

memantau dan mengurus prestasi kakitangan.

Kaedah-kaedah yang dicadangkan supaya diamalkan oleh

penyelia adalah seperti yang berikut:

1. Pemeriksaan mengejut yang dilakukan secara tidak

langsung.

2. Menjalankan pemeriksaan secara mingguan ke atas pelan

pembelajaran, rekod tugasan dan penilaian pengasuh

kanak-kanak tentang aktiviti yang dijalankan oleh mereka.

3. Pemerhatian – penyelia memerhati kakitangan yang

menjalankan tugas, mengambil perhatian tentang kekuatan

dan kelemahannya, berdasarkan kepada kriteria tertentu

yang dipilih.

4. Memeriksa kehadiran dan ketepatan masa.

BAB 5

Mencapai Asuhan y

ang Berk

(29)

23

Pemerhatian dan penilaian juga merupakan sebahagian daripada proses

pemantauan.

Proses pemantauan termasuklah perkara yang berikut:

1. Memerhati dan menilai

kemajuan kanak-kanak dengan

memerhati,

mendengar

dan

berbincang,

dan

mengumpul hasil kerja kanak-kanak.

2. Memerhati

dan

menilai

pengasuh

kanak-kanak

dan kakitangan lain berdasarkan kepada peranan dan

tanggungjawab mereka.

3. Memerhati dan menilai

penglibatan ibu bapa dalam

menyokong proses perkembangan anak-anak mereka.

Merekod, menganalisa dan menggunakan maklumat yang diperoleh

melalui pemerhatian dan latihan penilaian merupakan komponen

penting dalam proses penilaian. Perkara ini adalah penting bagi

memastikan perancangan perkembangan yang berterusan. Selepas

penilaian dijalankan, suatu rekod bertulis tentang penilaian tersebut

perlu disediakan, berserta syor bagi penambahbaikan. Kakitangan

perlu membaca laporan tersebut, dan menandatanganinya. Satu salinan

perlu disimpan dalam fail kakitangan, dan satu salinan diberikan kepada

kakitangan berkenaan.

Pemantauan merupakan suatu aktiviti yang berterusan. Kajian semula,

yang merupakan suatu proses yang membolehkan amalan pemantauan

dipertimbangkan dengan lebih terperinci, perlu dijalankan terutamanya

ke atas bidang yang amat khusus dalam pengendalian taman asuhan

kanak-kanak. Bidang khusus tersebut termasuklah, tetapi tidak terhad

kepada, program sedia ada, prosedur kewangan, garis panduan

kesihatan dan keselamatan, dan juga latihan kakitangan.

BAB 5

Mencapai Asuhan y

ang Berk

(30)
(31)

BAB 6

APAKAH SUMBER KEWANGAN

YANG DIPERLUKAN?

(32)

BAB 6 Apak ah Sumber K e w angan y ang Diperluk an ?

Apakah Anggaran Belanjawan?

Perkara ini merupakan komponen yang amat penting memandangkan

anggaran belanjawan perlu disediakan secara terperinci sebelum

menubuhkan taman asuhan.

Anggaran belanjawan ialah rancangan perbelanjaan perniagaan.

Perancangan bermula dengan meramal hala tuju perniagaan di masa

hadapan yang dijangkakan. Ini akan digambarkan dalam bentuk fakta dan

angka dengan tujuan untuk melihat sama ada boleh dilaksanakan dan

berdaya maju. Ini bermakna menganggar perbelanjaan, mendapatkan

sumber pendapatan untuk membiayai perbelanjaan tersebut dan

mencari pilihan lain yang mungkin ada untuk mengurangkan kos dan

meningkatkan pendapatan.

Soalan dan Jawapan: Anggaran Belanjawan

Berkenaan dengan anggaran belanjawan, soalan yang berikut perlu

dipertimbangkan:

S :

Apakah yang perlu anda lakukan terlebih dahulu?

J : Mula merancang dengan melakukan suatu “analisis

keperluan”.

S :

Apakah yang anda inginkan?

J : Menentukan falsafah, fahaman, matlamat dan objektif

program bagi kanak-kanak yang akan berada di bawah

jagaan taman asuhan, dan meninjau pasaran untuk

melihat keperluan sebenar dan aliran semasa dalam

bidang ini, di dalam dan luar negara.

S :

Apakah yang anda perlukan terlebih dahulu?

J : Suatu senarai mengenai semua perabot dan kelengkapan,

peralatan, bahan-bahan dan sumber manusia yang

diperlukan untuk mengendalikan taman asuhan.

S :

Bilakah anda perlu mendapatkannya?

J : Mengikut keutamaan – antara keperluan segera dengan

keperluan masa hadapan.

S :

Berapa lamakah anda perlu menunggu bagi pendaftaran

penuh?

J : Membuat ramalan dan unjuran. Memperuntukkan wang

simpanan bagi menjelaskan semua perbelanjaan

sehingga taman asuhan beroperasi sepenuhnya dan

pendapatan boleh menanggung kos/beberapa kos.

S :

Berapakah bilangan kakitangan yang perlu diambil

terlebih dahulu?

J : Ditentukan mengikut ramalan dan unjuran dengan

mematuhi Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.

S :

Dimanakah anda perlu mendapatkan sumber kewangan?

J : Anda perlu mendapatkan sumber kewangan yang paling

(33)

27

Prinsip Asas ialah anggaran belanjawan mestilah sentiasa seimbang.

Anggaran Perbelanjaan = Anggaran Pendapatan

Terdapat dua jenis anggaran belanjawan:

Anggaran Belanjawan Penubuhan

Anggaran Belanjawan Pengendalian

BAB 6 Apak ah Sumber K e w angan y ang Diperluk an ?

Anggaran

belanjawan

penubuhan

atau perbelanjaan modal (capex) –

merujuk kepada kos penubuhan dan

pengubahsuaian sekali dan juga kos

tahunan sekali yang diperlukan untuk

melengkapkan ruang sebagai taman

asuhan kanak-kanak, yang termasuklah:

1. Kos pengubahsuaian dan

pembaharuan;

2. Peralatan keselamatan dan

kesihatan;

3. Lekapan dan kelengkapan, perabot

dan perhiasan;

4. Perabot bersaiz kanak-kanak bagi

ruang aktiviti kanak-kanak;

5. Peralatan pejabat dan pentadbiran

dan alat tulis permulaan;

6. Peralatan di ruang yang digunakan

setiap hari seperti dapur, bilik

mandi, tandas, bilik stor;

7. Sumber dan bahan kurikulum,

permainan dan peralatan untuk

bermain;

8. Peralatan taman permainan;

9. Deposit bagi sewa dan bil

kemudahan;

10. Lesen; dan

11. Insurans bangunan dan liabiliti

awam.

Anggaran

belanjawan

pengendalian

atau perbelanjaan operasi (opex) –

merujuk kepada anggaran belanjawan

operasi tahunan yang diperlukan untuk

meneruskan operasi taman asuhan

kanak-kanak, yang termasuklah:

1. Bilangan kanak-kanak dan

kumpulan umur – lebih tinggi

bilangan bayi, lebih banyak wang

yang diperlukan;

2. Bilangan kakitangan yang

diperlukan;

3. Keperluan makanan; dan

4. Kehendak pengurusan dan

pentadbiran iaitu perbelanjaan

berulang seperti sewa dan bil

kemudahan bulanan, penambahan

peralatan, program penglibatan

ibu bapa, latihan kakitangan dan

penyelenggaraan.

(34)

Seseorang mesti memastikan yang anggaran belanjawan tersebut

boleh bertahan selama sekurang-kurangnya 6 bulan, memandangkan

pendaftaran permulaan mungkin tidak mencukupi untuk membiayai

perbelanjaan operasi dan gaji kakitangan. Pendaftaran hanya akan

meningkat selepas 3 bulan, jadi adalah penting untuk mempunyai

simpanan bagi membiayai kos tetap bagi perniagaan tersebut dan

beberapa kos boleh ubah. Kos tetap ialah kos yang tidak akan berubah

selama sekurang-kurangnya satu tahun. Sebagai contoh, sewa, ansuran

pinjaman dan gaji. Kos boleh ubah merupakan kos yang berubah

mengikut jumlah. Contohnya, keperluan mengambil lebih ramai

kakitangan apabila bilangan pendaftaran meningkat. Contoh anggaran

belanjawan bagi taman asuhan kanak-kanak yang mempunyai 60 orang

kanak-kanak disediakan dalam

Lampiran 9.

BAB 6 Apak ah Sumber K e w angan y ang Diperluk an ?

(35)

BAB 7

PROSEDUR DAN PEMBAHARUAN

PENDAFTARAN

Referensi

Dokumen terkait

Sosialisasi merupakan tahapan penting dalam pelaksanaan kebijakan pembangunan yang ditujukan kepada masyarakat banyak, termasuk kebijakan kesehatan. Tanpa sosialisasi yang baik

Informasi hanya menyangkut bahan spesifik yang telah ditentukan dan dapat tidak berlaku jika bahan tersebut digunakan sebagai campuran dengan bahan lain atau dalam proses lain

Payakumbuh, Khazanah— Payakumbuh, Khazanah— Payakumbuh, Khazanah— Payakumbuh, Khazanah— Wali Kota Riza Falepi mengatakan kendala terbesar yang saat ini dihadapi pemerintah

Dalam penelitian ini pembahasan dibatasi hanya untuk graf tak terhubung berlabel titik dengan loop maksimal lima tanpa garis paralel jika n ≤ 5 dengan m ≥ 1, n adalah

pernikahan yang kedua tersebut tidak mendapatkan izin poligami dari Pengadilan agama, tidak dapat diisbatkan. Gugatan harta bersama setelah perceraian bagi warga Negara

“ Boerhavia diffusa (Punarnava) Root Extract as green Corrosion Inhibitor for Mild Steel in Hydrochloric Acid Solution: Theoritical and Electrochemical Studies.”

(Sasaran khusus jangka pendek (1 tahun) yang ingin dicapai Paroki dalam rangka mencapai tujuan jangka panjang. Sasaran Prioritas sedapat mungkin disesuikan dengan tema Paroki

Teori pembelajaran preskriptif adalah metode pembelajaran lebih mengoptimalkan kepada pencapain tujuan dengan memberikan motivasi kepada siswa untuk lebih giat belajar