LATARBELAKANG TEOR
3.4.1 Protokol Pemindahan Hiperteks (HTTP)
Protokol Pemindahan Hiperteks atau HTTP adalah piawaian yang digunakan dalam menformat dan menghantar data atau maklumat yang kemudiannya disalurkan ke WWW. Dengan kata lain ia merupakan protokol yang digunakan untuk
memindahkan laman web ke Internet. Yang mana pelayan utama WWW adalah pelayan HTTP dan pelanggan pula adalah perisian yang dikenali sebagai browser (Zainuddin Zakaria, 2001).
Pengguna boleh menggunakan browser ini untuk memperoleh maklumat atau sumber yang dingini yang terdapat dalam pelayannya. Walau bagaimanapun pelayan
HTTP ini tidak dapat menyediakan sebarang ingatan terhadap sebarang maklumat berkenan dengan permintaan maklumat yang lepas (Mohd Shahizan Othman et al., 2005).
3.4.2 Bahasa Mark-up Hiperteks (HTML)
Bahasa Mark-up Hiperteks atau nama singkatanya HTML merupakan bahasa yang digunakan untuk membuat laman web. HTML ini adalah dalam bentuk
dokumen teks biasa dan ia mengandungi pelbagai arahan atau dikenali sebagai tag. Tag ini digunakan untuk memberitahu penyemak seimbas bagaimana teks tersebut harus dipamerkan (Zainuddin Zakaria, 2001).
Dr. Ahmad Zaharin (1999) menerangkan dokumen HTML adalah terdiri daripada dua bahagian iaitu kepala (head), dan badan (body). Bahagian kepala bermula dengan <HEAD> dan berakhir dengan tag </HEAD>. Ia mengandungi mengandungi tajuk dokumen yang bermula dengan tag <TITLE> dan berakhir dengan tag </TITLE>. Bahagian badan pula bermula dengan tag <BODY> dan berakhir dengan tag </BODY>. Dokumen HTML mesti terkandung antara tag <HTML> dan </HTML> masing-masing. Contoh bagi struktur dokumen HTML adalah seperti dibawah;
<HTML> <HEAD>
<TITLE> Tajuk Laman Web</TITLE> </HEAD>
<BODY>Penerangan</BODY> </HTML>
3.4.3 Web Browser
Webbrowser adalah perisian yang digunakan untuk memuat turun maklumat dari WWW. Keupayaannaya memaparkan dan menyimpan laman-laman web merupakan ciri utama bagi sebuah webbrowser.
Terdapat dua webbrowser yang digemari oleh para pengguna internet iaitu Internet Explorer dan Netscape Navigator. Namun terdapat pelbagai lagi perisian web browser yang berada dipasaran seperti Mosaic, Opera dan Lynx (Zainuddin Zakaria, 2001). Setiap web browser mempunyai kelebihan masing-masing yang memyebabkan ia digemari oleh pengguna.
3.4.4 Web Server
Webserver digunakan bersama dengan webbrowser. Ia mampu menyimpan halaman web dan mengekstrak data selain dari memberi maklumbalas kepada pengguna. Hubungan antara web browser dan web server dapat diterangkan dalam Rajah 3.2 di bawah. Web browser akan meminta sesuatu maklumat dari Internet dan Internet akan menghantar permintaan tersebut kepada web server. Web server
kemudian mencari maklumat dalam fail atau pangkalan data kemudian maklumat dihantar ke Internet dan web browser akan mempaparkan maklumat yang diminta. Bagi persekitaran Windows, server yang biasa digunakan adalah Personal Web Server (PWS) atau Internet Information Server (IIS). Manakala Apache dan Lotus dalam persekitaran Linux (Mohd Shahizan Othman et al., 2005).
Web server mencari
maklumat dalam fail Meminta sesuatu dengan internet Permintaan dihantar ke web server Web server menghantar data Memaparkan data yang diperolehi Maklumat dikehendaki dihantar Internet Fail HTML
Web browser Web server
Rajah 3.3 : Hubungan antara web server dan web browser (Harley Hahn, 1996)
3.4.3.1Apache
Apache merupakan web server yang popular dalam persekitaran Linux. Ia boleh digunakan dalam persekitaran Unix mahupun Windows. Apache adalah web
server yang pantas dan stabil. Walaupun ia banyak digunakan secara meluas dalam persekitaran Linux, ia masih lagi boleh digunakan dalam persekitaran Windows. Walaupun kebanyakan pembangun yang menggunakan Apache tidak menggalakkan penggunaan Apache dalam server Windows yang sentiasa sibuk (Jay Greenspan dan Brag Bulger, 2001).
3.5 Laman Web Statik
Laman web berbentuk statik adalah web yang hanya mengandungi teks dan grafik yang tetap. Ia lebih mudah ditulis dan dibangunkan berbanding web dinamik. Malah ia lebih menjimatkan kos dan masa. Tetapi laman web statik tidak dapat melakukan sebarang aktiviti interaksi dengan laman tersebut dan ia merupakan laman yang hanya boleh dilihat isi kandungannya. Ia juga hanya dapat memautkan pengguna dengan dokumen lain apabila pengguna mengklik pada pautan ( Mohd Shahizan Othman et al., 2005).
Rajah 3.4 : Kaedah web statik (Microsoft Corporation, 2005)
Seperti dalam Rajah 3.4, web statik ini biasanya terdiri dari kod-kod HTML yang ditaip menggunakan pengedit teks yang kemudiannya disimpan dalam bentuk *.htm atau *.html. Diantara pengedit teks yang digunakan adalah Macromedia
Dreamweaver, Microsoft Frontpage, Notepad, Wordpad dan Textpad ( Mohd Shahizan Othman et al., 2005).
HTML merupakan bahasa pengaturcaraan yang paling mudah digunakan dalam membangunkan laman web ini. Jika pengguna meminta fail HTML yang statik dari web server, web server akan menghantar fail HTML secara terus kepada pelanggan. Browser pengguna kemudiannya memproses kandungannya (Microsoft Corporation, 2005).
3.6 Laman Web Dinamik
Laman ini membolehkan kandungan dan bentuknya diubah mengikut
kehendak pembangun laman tersebut. Maklumat di laman ini akan sentiasa dikemas kini mengikut keperluan dan kandungan dalam laman boleh diubah pada bila-bila masa. Laman yang berbentuk seperti ini membolehkan pengguna berinteraksi secara terus dengan laman. Seperti manghantar pendapat atau memuat turun maklumat dari laman tersebut. Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD) selalunya dikaitkan dengan laman yang bersifat dinamik. SPPD berfungsi menyimpan maklumat yang berkenanan dengan sistem tersebut ( Mohd Shahizan Othman et al., 2005).
3.6.1 PHP
PHP atau Hypertext Preprocessormerupakan bahasa yang digunakan dengan web server untuk Apache. Selain daripada PHP, terdapat beberapa lagi bahasa yang mempunyai fungsi yang sama dengan PHP antaranya ialah ASP, Perl dan Cold Fusion (Jay Greenspan dan Brag Bulger, 2001). Di antara kebaikan penggunaan PHP adalah seperti berikut;
a) Ia bahasa yang pantas dan mudah. Aplikasi penulisan dalam C adalah pantas tetapi pengaturcaraan dalam C adalah sukar dan mengambil masa yang lebih lama berbanding bahasa pengaturcaraan yang lain.
b) PHP merupakan sebuah ‘cross-platform’. PHP boleh berkerja dengan pelbagai web browser antaranya ialah Netscape, Roven dan lain-lain lagi. c) PHP adalah bahasa yang diperbaiki secara konsisten.
d) Bahasa PHP adalah percuma untuk sesiapa yang ingin menggunakannya dan ia mudah dimuat turun dari Internet.
3.6.2 MySQL
MySQL merupakan pangkalan data yang biasa digunakan bersama PHP dan Apache. Diantara kelebihan MySQL ialah (Jay Greenspan dan Brag Bulger, 2001);
a) Ia adalah pangkalan data yang mempunyai kos efektif kerana ia adalah pengkalan data percuma.
b) MySQL adalah sebuah pengkalan data yang berkuasa dan cepat. Bagi pangkalan data yang bersaiz kecil dan sederhana ia adalah sangat pantas.
3.7 Ringkasan
Dalam bab ini teori latarbelakang diterangkan lebih lanjut lagi bagi tujuan memberi gambaran kasar berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan. Dua kaedah pemantauan yang biasanya digunakan dalam pemantauan aktiviti projek adalah carta bar atau Gantt’s Chart dan keluk S. Kedua-dua kaedah ini adalah ringkas dan mudah difahami oleh semua peringkat pengurusan walau tiada pengalaman dalam teknik perancangan. Kaedah-kaedah ini merupakan cara pemantauan yang digunakan untuk menilai perkembangan sesebuah projek.
Bagi membangunkan sistem pemantauan secara atas talian persekitaran laman web perlu diketahui. Dalam persekitaran laman terdapat beberapa komponen yang penting bagi membolehkan persekitaran tersebut berfungsi. HTML, HTTP, web server dan web browser adalah diantara elemen yang terdapat dalam persekitaran laman web. Elemen-elemen ini penting untuk difahami bagi tujuan pembangunan sistem menggunakan dotProject khususnya dan bagaimana ia beroperasi secara atas talian umumnya.