• Tidak ada hasil yang ditemukan

Activity Monitoring - Siti Alessa.pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Activity Monitoring - Siti Alessa.pdf"

Copied!
92
0
0

Teks penuh

(1)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: KAJIAN KE ATAS PEMANTAUAN AKTIVITI PROJEK BAGI INDUSTRI PEMBINAAN SECARA ATAS TALIAN

SESI PENGAJIAN: 2005/2006

Saya SITI ALESSA YAHYA

mengaku membenarkan kertas projek (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan sebab dan tempoh kertas projek ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

υ

(2)

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Kejuruteraan Awam”

Tandatangan : ……….

Nama Penyelia : En Mohd Nur Asmawisham Bin Alel

(3)

SITI ALESSA YAHYA

Laporan projek ini dikemukaan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

Fakulti Kejuruteraan Awam

Universiti Teknologi Malaysia

(4)

“Saya mengakui bahawa Projek Sarjana Muda yang bertajuk “Kajian Ke Atas

Pemantauan Aktiviti Projek Bagi Industri Pembinaan Secara Atas Talian” ini adalah

hasil kerja saya sendiri kecuali rujukan yang tiap-tiap satunya saya jelaskan

sumbernya”.

Tandatangan : ……….

Nama Penulis : Siti Alessa Yahya

(5)

hÇàâ~ ÇxÇx~ 9 wtàâ~ çtÇz àxÜátçtÇz‹

Kau penguat semangatku!

(6)

PENGHARGAAN

“Terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu, dan jadilah dirimu

dari orang-orang yang bersyukur.”

(Surah Al-A’raf: 144)

Segala puji bagi Allah s.w.t Tuhan yang mencipta kejadian. Selawat dan

salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Syukur ke hadrat illahi

akhirnya Projek Sarjana Muda ini akhirnya dapat disiapkan.

Ribuan terima kasih terhadap penyelia PSM En Mohd Nur Asmawisham Bin

Alel yang banyak membantu dalam penyiapan projek ini. Tidak lupa juga kepada

mama, baba, nenek dan datuk yang banyak memberikan kata-kata peransang dan

sentiasa mendoakan kejayaan Siti.

Kepada rakan-rakan seperjuangan Ijan, Shima, Dayang, Awin, Sa’adiah dan

Suzana terima kasih atas sokongan yang diberikan selama ini. Semoga semua yang

membantu dalam penyiapan Projek Sarjana Muda ini akan sentiasa dicucuri rahmat

dari yang Maha Esa dan semoga berbahagia selalu.

Akhir sekali Siti ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki

kepada sesiapa yang terasa tersinggung sewaktu menyiapkan Projek Sarjana Muda

ini.

“Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberikan kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas

(7)

ABSTRAK

Pemantauan aktiviti projek memainkan peranan yang penting dalam industri

pembinaan. Laporan kemanjuan projek merupakan alat yang luas digunakan dalam

menyampaikan perkembangan kerja melalui proses pemantauan di tapak pembinaan.

Melalui perkembangan aktiviti di tapak bina yang dilaporkan, kontraktor akan

menerima bayaran dari klien. Oleh itu, adalah penting untuk menyampaikan laporan

pada masa yang tepat. Walaubagaimanapun, kaedah konventional ini tidak selalunya

berkesan, kadangkala penyampaian maklumat perkembangan projek tidak efisien

disebabkan kelemahan komunikasi. Sebuah sistem pemantauan atas talian

dibangunkan bagi menangani masalah ini. Matlamat kajian ini adalah untuk

membina sebuah sistem yang dapat menyampaikan maklumat dengan pantas dan

sistematik. Sistem ini dibangunkan dengan mengikut enam fasa yang telah

digariskan dan dipersembahkan dalam bentuk carta alir. Dengan wujudnya sistem

ini, klien dan pihak yang terlibat dalam sebuah projek dapat mengakses dan melihat

laporan di atas talian di mana jua mereka berada dan pada bila-bila masa yang

(8)

ABSTRACT

Monitoring project activities is prominent in construction industry.

Construction works progress report is a tool used widely to communicate the progress

works through monitoring process in construction site. According to the progress

activity, the contractor will receive the payment from the client. Therefore it is

important to get the report delivered on time. However, the conventional method not

always works; sometimes the delivering information of project progress is not

efficient due to poor communication. A monitoring system via online is developed in

order to solve the problem. The study aim to create a system that can deliver

information faster and more reliable. The system is developed by following the six

phases delineated and represented in flow chart. The development of system will help

client and participants involve to easy access and view the report via Internet anytime

(9)

KANDUNGAN

BAB II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 6

2.2 Laporan Kemajuan Dalam Industri Pembinaan 7

2.2.1 Peranan Laporan Kemajuan Dalam 8

(10)

2.3 Internet 9

Pembinaan di Lembaga Getah Malaysia

2.9 Ringkasan 20

BAB III TEORI LATARBELAKANG

3.1 Pengenalan 22

3.2 Maklumat Yang Terkandung Dalam Laporan 22

Kemajuan

3.3 Pemantauan Kemajuan Kerja 24

3.3.1 Carta Bar 24

3.3.2 Keluk S 26

3.4 Persekitaran Laman Web 27

3.4.1 Protokol Pemindahan Hiperteks 27

(11)

BAB IV PEMBANGUNAN SISTEM

4.1 Pengenalan 34

4.2 Fasa I : Perancangan 35

4.3 Fasa II : Pengumpulan Maklumat 37

4.4 Fasa III : Penentuan Modul 37

4.5 Fasa IV : Kemasukan Maklumat 39

ke Dalam Modul

4.8 Fasa VI : Pengubahsuaian Antaramuka 52

Laman Web

5.5 Halaman Projects 59

5.6 Halaman Tasks 63

5.7 Halaman Calendar 64

5.8 Halaman Files 66

5.9 Halaman Contacts 67

5.10 Halaman Forums 67

5.11 Halaman Smart Search 68

(12)

BAB VI KESIMPULAN

6.1 Ringkasan 71

6.2 Kesimpulan 72

6.3 Cadangan 74

(13)

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Peratus industri yang menggunakan dotProject 17

(14)

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Carta alir bab kajian 5

2.1 Komponen asas dalam persekitaran web 11

2.2 Laman web The American Society of 14

4.6 Halaman memasukkan maklumat tugasan dan 42

tarikh mula serta tarikh akhir aktiviti

4.7 Halaman menentukan dependancyaktiviti 42

di tapak bina

4.8 Halaman memasukkan fail baru ke dalam laman 44

4.9 Pemilihan fail yang ingin dimuatkan ke dalam laman 44

4.10 Halaman bagi memasukkan maklumat 45

(15)

4.11 Halaman memasukkan forum baru 46

4.12 Halaman System Administration 47

4.13 Halaman System Lookup Values 48

4.14 Halaman Custom Field Editor 48

4.15 Halaman Add User 50

4.16 Halaman menambah Rolespengguna 51

4.17 Permissionbagi pengguna baru 51

5.1 Halaman kata laluan 56

5.2 Halaman utama (Kontraktor) 57

5.3 Halaman utama (Pengguna lain) 58

5.4 Halaman Companies 59

5.5 Halaman Projects 60

5.6 Halaman bagi sebuah projek 61

5.7 Contoh Gantt Chart yang dihasilkan berdasarkan 62

aktiviti di tapak bina

5.8 Halaman Tasks 64

5.9 Halaman Calendar 65

5.10 Paparan untuk kalendar mingguan 65

5.11 Halaman Files 66

5.12 Halaman Contacts 67

5.13 Halaman Forums 68

(16)

SENARAI SINGKATAN

ASP - Active Server Pages

CPM - Critical Path Method

HTML - Bahasa Mark-up Hiperteks

HTTP - Protokol Pemindahan Hiperteks

IIS - Internet Information Server

PERT - Project Evaluation Review Technique

PHP - Hypertext Preprocessor

PWS - Personal Web Server

SPPD - Sistem Pengurusan Pangkalan Data

(17)

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam industri pembinaan, aktiviti pemantauan projek memainkan peranan

yang penting bagi mengelakkan dari terjadinya kelewatan menyiapkan projek. Isu

kelewatan dalam projek pembinaan bukanlah satu isu yang asing bagi kita, malah ia

merupakan isu lama yang berlaku saban masa dan berpanjangan sehingga ke hari ini.

Baru-baru ini Perdana Menteri kita menyatakan perlunya projek pembangunan yang

disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. Ini kerana kelewatan dalam projek

pembinaan akan membawa kepada lebihan kos yang secara tidak langsung akan

membeban rakyat.

Tanggungjawab untuk memantau aktiviti projek perlu dijalankan dengan teliti

dan memastikan ia mengikut apa yang telah dirancang untuk mengelakkan

kelewatan. Pihak pengurusan perlu memastikan satu proses pemantauan dan

pengawalan direkabentuk dan diamalkan di tapak bina. Salah satu kaedah yang

digunakan dengan meluas bagi menyampaikan maklumat tentang proses pemantauan

ini adalah dengan menyediakan laporan projek. Melalui cara tersebut pihak

pengurusan dapat memastikan kelancaran dalam penyampaian maklumat projek.

Dalam era Teknologi Maklumat ini, penggunaan internet memainkan peranan

yang besar dalam menyampaikan maklumat dengan lebih pantas dan efisien.

(18)

mana maklumat-maklumat yang ingin disebarkan tidak perlu lagi ditulis di atas

kertas. Malah maklumat-maklumat tersebut boleh dikongsi bersama dengan seluruh

masyarakat dunia. Melihat kepada kelebihan inilah Malaysia juga tidak mahu

ketinggalan untuk menjelajahi bidang teknologi dan komunikasi ini. Keberkesanan

penyampaian maklumat melalui internet inilah menjadi perintis kepada kajian ini.

1.2 Penyataan Masalah

Pada masa kini, aktiviti pembinaan dipantau melalui cara yang paling

konvensional iaitu dengan menyediakan laporan kemajuan projek. Melalui

mekanisma ini, aktiviti pembinaan di tapak akan dipantau mengikut kala masa yang

telah dipersetujui oleh kontraktor dan pihak klien. Melalui laporan yang disediakan

ini pihak pengurusan akan dapat membuat penilaian terhadap aktiviti pembinaan dan

merangka strategi untuk meningkatkan lagi aktiviti kerja di tapak bina.

Laporan ini kemudiannya dibentangkan kepada pihak-pihak yang terlibat

dalam projek pada masa yang telah ditetapkan sebelum ini. Mesyuarat yang

diadakan secara bulanan atau mingguan yang mana bergantung kepada persetujuan

yang terdahulu akan menerangkan perkembangan aktiviti pembinaan di tapak bina.

Segala masalah yang timbul di tapak akan dibincangkan semasa mesyuarat tersebut.

Tetapi seringkali terjadi beberapa pihak yang terbabit tidak dapat menghadiri

mesyuarat tersebut dengan sebab-sebab tertentu. Ini merumitkan lagi keadaan jika

pihak yang tidak hadir itu adalah merupakan orang yang akan dirujuk jika terdapat

masalah di tapak bina. Selain itu pihak yang tidak hadir ini tidak dapat mengikuti

perkembangan projek tersebut. Ekoran daripada masalah inilah, kajian ini dijalankan

dan dibangunkan. Melalui laman sistem pemantauan secara atas talian, pihak yang

terbabit dapat berinteraksi di antara satu sama lain secara terus tidak kira tempat dan

masa.

Sebarang masalah yang timbul di tapak bina boleh dihantar terus kepada

(19)

menangguhkannya pada suatu masa yang lain. Selain itu perkembangan aktiviti

projek juga akan sentiasa dikemaskini dengan lebih mudah lagi. Setiap pihak yang

terlibat boleh melayari web tersebut pada bila-bila masa untuk mengetahui

perkembangan projek.

1.3 Objektif Kajian

Antara objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini adalah:

a) Kajian ke atas fungsi sumber terbuka di dalam kejuruteraan awam bagi tujuan

penyediakan maklumat tentang perkembangan aktiviti projek yang sentiasa

dikemskini.

b) Memyediakan sistem pemantauan aktiviti projek secara atas talian yang

membolehkan maklumat perkembangan projek disampaikan dengan lebih

efisien, tepat dan sistematik.

c) Mengkaji keberkesanan penggunaan sistem pemantauan aktiviti projek secara

atas talian.

1.4 Skop Kajian

Skop kajian yang telah ditetapkan bagi kajian ini adalah seperti berikut:

a) Sistem dibangunkan menggunakan dotProject yang merupakan perisian open

source. dotproject memerlukan web server Apache, bahasa yang digunakan

adalah PHP dan pangakalan datanya adalah MySQL.

b) Sistem dibangun adalah secara atas talian bagi membolehkan semua pihak

terlibat dalam projek mengakses semua maklumat dalam sistem sebagai

(20)

c) Maklumat yang diperlukan adalah daripada maklumat sebenar kemajuan

projek. Maklumat-maklumat tersebut akan diperolehi dari syarikat kontraktor

yang sedang menjalankan projek pembinaan.

1.5 Aliran Bab

Pada bab pertama ini secara keseluruhannya menerangkan tentang penyataan

masalah dalam kajian ini. Selain itu ia mengariskan beberapa objektif yang ingin

dicapai melalui kajian yang akan dijalankan. Bagi mengelakkan kajian ini daripada

tidak menepati objektif yang disasarkan skop kajian turut dirangka.

Dalam bab dua yang juga merupakan kajian literatur pula akan menghuraikan

tentang maklumat-maklumat yang berkaitan dengan teknologi maklumat, laporan

kemajuan projek dalam industri pembinaan dan juga berkenaan dengan Internet.

Selain itu, ia juga menyatakan beberapa kajian berkaitan yang pernah dilakukan

sebelum ini.

Bagi menambahkan lagi pemahaman mengenai kajian yang dijalankan ini,

bab bagi latarbelakang teori turut dimuatkan. Melalui bab ini beberapa topik

berkenaan dengan pemantauan aktiviti projek dan teori berkaitan dengan teknologi

maklumat akan dibincangkan.

Manakala dalam bab empat kajian ini pula akan menerangkan tentang

langkah kerja yang akan dilakukan bagi pembangunanan laman web ini. Dalam bab

ini langkah kerja yang dirangka dinyatakan dalam bentuk fasa berperingkat, bagi

memudahkan perlaksanannya.

Bab seterusnya dalam kajian ini adalah operasi sistem yang merupakan bab

yang membincangkan berkenaan dengan hasil penggunaan sistem ini. Hasil analisis

ini adalah berdasarkan aliran fasa dalam bab empat kajian ini. Output yang

dikeluarkan adalah berdasarkan input yang telah dimasukkan sebelum ini. Cara

(21)

Di penghujung kajian ini, keputusan yang diperolehi dari pembangunan

laman web tersebut akan dibincangkan di dalam bab enam yang merupakan bab

akhir dalam kajian ini. Kesimpulan dan cadangan terhadap keseluruhan kajian yang

telah dijalankan akan diterangkan dalam bab ini dengan lebih terperinci lagi. Rajah

1.1 menunjukkan aliran bab bagi kajian ini.

Bab V : Operasi Sistem

Bab VI : Kesimpulan

Tamat

Bab II : Kajian Literatur

Bab III : Latarbelakang Teori Kajian

Bab IV : Pembangunan Sistem Mula

Bab I : Pendahuluan

(22)

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Kajian Projek Sarjana Muda ini adalah untuk membangunkan laman web

dinamik yang akan digunakan dalam pemantauan aktiviti pembinaan bagi sesebuah

projek. Salah satu cara yang diamalkan pada masa kini untuk memantau aktiviti

projek adalah dengan menyediakan laporan kemajuan projek.

Melalui cara ini semua pihak yang terlibat dalam projek tersebut dapat

mengikuti perkembangan projek dan pihak atasan samada klien mahupun perundiang

dapat memberi maklumbalas terhadap projek yang sedang dijalankan.

Memandangkan kepentingan laporan kemajuan dalam memantau aktiviti projek

maka kajian ini dijalankan dan dibangunkan.

Dalam bab ini topik berkenaan dengan laporan kemajuan projek, Internet,

World Wide Web dan sistem maklumat atas talian akan diberi tumpuan. Laman web

dotProject yang akan digunakan dalam kajian ini juga akan diterangkan dengan lebih

lanjut lagi. Selain itu, topik ini juga akan membincangkan beberapa lagi aplikasi

pengurusan projek dalam Internet yang sesuai digunakan dalam pemantauan aktiviti

(23)

2.2 Laporan Kemajuan Dalam Industri Pembinaan

Laporan kemajuan berfungsi memberikan maklumat kepada semua pihak

yang terlibat dalam sesuatu projek dan merupakan salah satu cara untuk memastikan

kelancaran projek (Ritz, 1994). Dalam aktiviti pembinaan penyediaan laporan

kemajuan merupakan satu keperluan bagi mengambarkan perkembangan prestasi

projek semasa dalam peringkat pembinaan. Ia disediakan oleh kontraktor dan pihak

pengurusan di tapak bina sebaik penyerahan tapak projek kepada kontraktor (Mohd

Nordin Zakaria, 2002).

Semasa proses pembinaan, kegiatan dan aktiviti kerja yang dijalankan di

tapak bina akan direkodkan oleh penyelia-penyelia dari pelbagai bidang. Aktiviti

yang telah direkodkan ini kemudian dianalisis oleh jurutera tapak mengunakan

perisian-perisian yang sesuai. Keputusan yang diperolehi kemudiannya

dibandingkan dengan jadual program aktiviti yang telah dirancang sebelum

pembinaan bermula. Melalui perbandingan ini jurutera dapat mengenalpasti samada

projek tersebut berjalan mengikut jadual yang telah dirancang atau tidak (Mohd

Nordin Zakaria, 2002).

Jurutera tapak akan mengemukakan laporan kemajuan kepada pihak

pengurusan projek samada secara mingguan ataupun bulanan. Ini membolehkan

pihak pengurusan memantau aktiviti pembinaan dan seterusnya merangka strategi

untuk meningkatkan lagi aktiviti kerja di tapak bina. Selain itu, pihak pengurusan

juga membuat tindakan terhadap sebarang masalah yang berlaku di tapak bina

dengan menyediakan pelan tindakan dan cadangan bagi mengatasi masalah tersebut

(Mohd Nordin Zakaria, 2002).

Biasanya laporan kemajuan projek dibentangkan dalam satu mesyuarat tapak

yang diadakan secara mingguan, dwimingguan atau bulanan dan ianya terpulang

kepada keperluan sesuatu projek. Laporan yang dikeluarkan ini akan memastikan

perkembangan terkini di tapak bina dapat disampaikan kepada pihak klien. Laporan

perlu disahkan terlebih dahulu oleh pihak pengurusan sebelum ia dibentangkan

(24)

pembayaran kepada kontraktor berdasarkan kepada kemajuan kerja di tapak bina

(Mohd Nordin Zakaria, 2002).

2.2.1 Peranan Laporan Kemajuan Dalam Aktiviti Pembinaan

Melalui Kajian Penyediaan Laporan Kemajuan Projek Dalam Industri

Pembinaan yang telah disediakan oleh Mohd Nordin Zakaria (2002), beberapa

peranan yang dimainkan oleh laporan kemajuan dalam peringkat pembinaan adalah

seperti berikut;

a) Sebagai rujukan kepada pihak pengurusan semasa mesyuarat tapak diadakan.

Memudahkan pihak pengurusan untuk menyampaikan maklumat tentang

perkembangan dan perjalanan aktiviti projek kepada pihak-pihak yang

terlibat dengan projek.

b) Laporan yang disediakan boleh dijadikan sebagai perantaraan pemberi

maklumat dan penerimanya, jika pemberi maklumat tidak sempat bertemu

secara langsung dengan penerima maklumat.

c) Digunakan dalam membuat penilaian terhadap prestasi projek oleh pihak

pengurusan. Melalui laporan tersebut pihak pengurusan dapat mengenalpasti

kekuatan dan kelemahan sesuatu perancangan kerja.

d) Dijadikan panduaan dalam perancangan aktiviti pembinaan yang seterusnya

dan mengkaji semula rangka kerja yang telah dirancang sebelum ini.

e) Membolehkan pihak pengurusan memantau kualiti kerja, penggunaan bahan

binaan dan menganggar jumlah kos projek. Ini dapat mengelakkan daripada

pembaziran dalam penggunaan bahan binaan dan seterusnya dapat

mengelakkan peningkatan kos projek.

f) Memastikan kontraktor dapat menyiapkan projek mengikut tempoh yang

telah ditetapkan. Sebarang kelewatan dapat dikesan sepanjang masa

pembinaan dan suatu pelan tindakan dapat di rangka bagi mengatasi masalah

(25)

Selain itu Asmani binti Abu Bakar (2005), dalam kajiannya (Laporan

Kemajuan Kerja Bagi Tujuan Pengawasan) juga ada menyatakan beberapa

kepentingan mengapa laporan kemajuan perlu disediakan antaranya adalah seperti

berikut;

a) Laporan tersebut menjadi bahan bukti jika wujud sebarang pertikaian

terutama jika terjadi kegagalan struktur. Melalui laporan yang

disediakan, pihak yang bertanggungjawab bagi sesuatu masalah dapat

dikesan tanpa perlu menyalahkan antara satu sama lain.

b) Untuk mengenalpasti masalah pada peringkat lebih awal. Jika

pihak-pihak dalam sebuah projek pembinaan mencatatkan laporan harian tapak,

sebarang masalah wujud dapat dikesan pada tahap lebih awal. Dengan itu

langkah menangani masalah tersebut dapat diambil sebelum ia menjadi

lebih serius dan menelan belanja yang lebih besar.

c) Laporan kemajuan ini dapat bertindak sebagai mekanisma untuk

mengawal kos projek. Laporan ini digunakan sebagai alat untuk

pengawalan kos kerana ia dapat menunjukkan kos yang digunakan secara

berkala.

2.3 Internet

Ahmad Zaharim (1999), menyatakan bahawa Internet merupakan sebuah

rangkaian yang mempunyai capaian global yang tidak mengenal sempadan negara.

Bilangan komputer dan penggunanya amat besar dan hingga kini hampir seluruh

negara di dunia mempunyai sambungan sistem Internet. Jika dilihat dari aspek

teknikal, internet adalah terdiri dari gabungan rangkaian yang kecil dan akhirnya ia

membentuk sebuah rangkaian yang lebih besar dengan protokol yang sama.

Manakala dari segi penggunaannya pula Internet dikatakan sebuah rangkaian yang

memberikan dua perkhidmatan utama kepada penggunanya iaitu perkhidmatan

(26)

Daripada dua aplikasi utama ini pelbagai perkhidmatan Internet seperti

perdagangan elektronik, perbankan elektronik dan lain-lain perkhidmatan dibina

(Ahmad Zaharim Abdul Aziz, 1999). Di mana perkhidmatan tersebut beroperasi

selama 24jam sehari. Disebabkan perkhidmatan yang disediakan dalam Internet

adalah pelbagai, penggunaanya telah berkembang dengan pesatnya.

Sejak Jaring diperkenalkan pada tahun 1992, kadar pertumbuhan pengguna

Internet di Malaysia semakin meningkat. Jumlah pengguna Internet di Malaysia

sehingga Ogos 2005 adalah seramai 10,040,000 orang yang merangkumi 37.9% dari

jumlah populasi penduduk Malaysia sebanyak 26,500,699. Malaysia telah

mencatatkan peratusan perkembangan Internet sebanyak 171.4% dari tahun 2000

hingga 2005 (Internet World Stats, 2005).

2.3.1 World Wide Web

World Wide Web atau dikenali juga sebagai WWW adalah merupakan sebuah

jaringan global yang terdiri daripada koleksi fail dalam talian iaitu laman web. Yang

mana hompej-hompej tersebut menyediakan pautan ke dokumen-dokumen dan

sumber maklumat yang terdapat dalam rangkaian Internet. Sistem yang

membolehkan hompej-hompej ini dipautkan antara satu sama lain adalah berasaskan

sistem hiperteks dan hiperpautan (Zainuddin Zakaria, 2001).

Selain itu web juga dikenali sebagai dokumen multimedia kerana ia berfungsi

dengan mengabungkan teks, grafik, animasi, audio dan video dalam satu dokumen

dan disalurkan melalui internet. Gabungan hiperteks dan multimedia menjadikan

web sebagai satu aplikasi hipermedia yang unik dan menjadi faktor utama yang

mendorong perkembangan Internet yang semakin pesat (Ahmad Zaharim Abdul

Aziz, 1999).

Dalam persekitaran web, terdapat dua rangkaian iaitu rangkaian pelayan dan

pelanggan. Pelanggan merupakan pihak yang berfungsi membuat permintaan

(27)

tersebut. ( Mohd Shahizan Othman et al., 2005) Antara webserver yang biasa

digunakan adalah seperti Microsoft Internet Information Server (IIS), Netscape

Enterprise Server dan WebLogic Server. Microsoft Internet Explorer, Netscape

Navigator dan Opera pula adalah antara webbrowser yang digunakan (Zainuddin

Zakaria, 2001).

Maklumat dalam web kebiasaanya disimpan dalam dokumen yang

menggunakan bahasa yang dikenali sebagai Bahasa Mark-up Hiperteks (HTML).

Bagi membolehkan dokumen berkenaan dipaparkan, pelayar perlu memahami dan

menterjemah arahan-arahan tersebut menggunakan protokol yang dikenali sebagai

Protokol Pemindahan Hiperteks (HTTP) ( Mohd Shahizan Othman et al., 2005).

Gambarajah 2.1 di bawah menunjukkan antara komponen asas dalam persekitaran

web. Penerangan lebih lanjut berkenaan dengan persekitaran web ini akan

diterangkan dalam bab tiga iaitu teori latarbelakang.

Internet

Rajah 2.1 : Komponen asas dalam persekitaran web (Mohd Shahizan Othman et al.,

2005)

2.4 Open Source

Aplikasi open source merupakan aplikasi percuma yang membenarkan

penggunanya melihat kodnya (source code). Open source membolehkan sesiapa

(28)

Pembangunan ini tidak mengenakan bayaran kepada sesiapa yang menyertainya.

PHP dan MySQL adalah antara perisian bagi open source (Jay Greenspan and Brad

Bugler, 2001).

Antara beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk untuk sesebuah perisian

dianggap sebagai perisian open source antaranya adalah (Wikipedia, 2006);

a) Pengagihan percuma (Free Redistribution) yang mana perisian tersebut

boleh dijual mahupun diperolehi dengan percuma.

b) Kod sumber (Source Code), kod hendaklah disediakan atau boleh

diperolehi dengan percuma.

c) Kerja pengubahsuaian (Derived Works) iaitu perisian yang diedarkan

hendaklah boleh diubahsuai.

d) Intergriti penulis kod (Integrity of The Author's Source Code) lesen perlu

mengambil kira pengubahsuaian dan pengedaran hanya sebagai

sebahagian (patches) sahaja dari keseluruhan perisian.

e) Tiada diskriminasi terhadap individu atau kumpulan tertentu untuk

menggunakan perisian.

f) Pengguna komersial tidak boleh dihalang dari menggunakan perisian

tersebut.

Perbezaan utama di antara perisian yang dibina oleh komuniti open source

dan perisian komersial adalah open source di bawah lesen yang diterbitkan

membenarkan kod pengguna menyemak (inspect), menggubah (change), memuat

turun (download) dan menjelajah (explore) perisian mengikut kehendak

masing-masing (Dan Woods, 2005).

2.5 Sistem Maklumat Atas Talian

Sistem Maklumat Atas Talian merujuk kepada laman web yang menawarkan

pelbagai sumber maklumat dan servis contohnya e-mail, forum, enjin pencarian,

(29)

talian yang pertama adalah berasaskan servis atas talian adalah seperti AOL yang

menyediakan akses ke dalam web. Pada masa kini banyak enjin pencarian tradisional

telah berubah kepada sistem maklumat atas talian bagi menarik lebih ramai pengguna

menggunjungi laman tersebut (JupiterWeb Corporation, 2005).

Alexandrou (2005), pula menyatakan sistem maklumat atas talian digunakan

sebagai pertukaran kepada laluan get (gateway) ke WWW. Ia menjadi titik

permulaan untuk pengguna melayari internet. Sistem maklumat atas talian boleh

dalam bentuk yang umum ataupun khusus. Contoh sistem maklumat atas talian

umum adalah seperti Yahoo, CNET, AOL dan MSN. Manakala sistem maklumat

atas talian khusus pula adalah seperti Garden.com (untuk peminat tanaman),

Fool.com (untuk pelabur) dan DPReview.com (untuk jurugambar).

Sistem maklumat atas talian bagi bidang kejuruteraan adalah dalam bentuk

laman sistem maklumat atas talian khusus antaranya iCivilEngineer, ProjectGrid dan

Web4engineers. Lazimnya sistem maklumat atas talian menawarkan akses ke dalam

laman tersebut kepada pengguna sendiri atau berdaftar sahaja. Bagi kajian ini,

pembangun akan menumpukan perhatian kepada beberapa sistem maklumat atas

talian yang menawarkan servis khusus dalam bidang kejuruteraan awam dan industri

pembinaan amnya. Ini adalah untuk, memberi gambaran yang lebih jelas kepada

web yang akan dibangunkan kelak.

2.5.1 Sistem Maklumat Atas Talian Dalam Industri Pembinaan

Sejak Jaring diperkenalkan pada tahun 1992 di Malaysia, kadar pertumbuhan

pengguna internet terus meningkat. Industri pembinaan juga tidak mahu ketinggalan

mengaplikasikannya ke dalam bidang pembinaan. Pada masa kini terdapat pelbagai

laman web yang menawarkan servis dalam bidang pembinaan seperti khidmt

perunding dan pesanan bahan.

Terdapat banyak laman sistem maklumat atas talian yang menawarkan

(30)

dan penghubung (link) yang popular bagi bidang kejuruteraan awam yang diperoleh

dari www.TenLinks.com, 2006 :

a) The American Society of Civil Engineers

b) iCivilEngineer.com

c) Civil Engineering Virtual Library

d) The Construction Innovation Forum (CIF)

e) Engineering Software Center

f) Civil & Structural Engineering ResourceWeb

g) The Civil Engineering Research Foundation (CERF)

h) The Institution of Civil Engineers

i) Dr. Hubert Chanson's Website

j) GuideMe.com's Civil Engineering Resources on the Internet

Rajah 2.2 : Laman web The American Society of Civil Engineers. (American

Society of Civil Engineers, 2006)

Rajah 2.2 menunjukkan laman web The American Society of Civil Engineers

yang merupakan salah satu laman yang kerap dikunjungi oleh penggunan yang

menyediakan maklumat berkenaan bidang-bidang dalam kejuruteraan awam.

Laman-laman ini memberikan banyak maklumat berhubung dengan bidang

kejuruteraan awam selain menyediakan perkhidmatan lain yang sesuai dengan

(31)

2.6 Perisian Pengurusan Projek

Terdapat pelbagai jenis perisian pengurusan projek yang terdapat di internet

dan kebanyakkannya percuma. Perisian-perisian ini sedia digunakan secara percuma

oleh pengguna yang ingin menggunakan kaedah pengurusan yang lebih sistematik.

Kaedah pengurusan yang disediakan boleh diimplementasikan dalam

pelbagai jenis projek samada projek pengeluaran sehingga kepada projek pembinaan.

Di antara perisian pengurusan projek yang boleh diperolehi dengan mudah di internet

adalah seperti berikut;

Setiap perisian ini mempunyai kelebihan masing-masing dan ia bergantung

kepada pengguna untuk memilih perisian yang sesuai dengan keperluan pengurusan

projek yang ingin digunakan dalam projek mereka. Contohnya Gantt Project adalah

alat pengurusan projek yang dapat menghasilkan Gantt’s chart dengan mudah.

Manakala iTeamWork adalah laman yang menyediakan ahli kumpulan dengan fail

dan maklumat yang membolehkan tugasan dilakukan dengan pantas dan efisien.

Berdasarkan kepada www.SoftwareProjects.org (2006), terdapat beberapa

matlamat yang ingin dicapai apabila menggunakan perisian pengurusan projek

(32)

a) Meningkatkan komunikasi projek

Maklumat berkenaan dengan projek dapat disampaikan dengan mudah, pada

bila-bila masa dan di mana jua pihak terbabit berada.

b) Meningkatkan kerjasama antara pihak yang terlibat dalam projek

Memudahkan kerjasama dijalinkan di antara pelbagai pihak yang terdiri

daripada pelbagai displin.

c) Meningkatkan proses keseluruhan projek

Setiap pihak dapat memahami tanggungjawab masing-masing dengan jelas.

2.6.1 dotProject

dotProject merupakan perisian percuma (Open source) bagi aplikasi

pengurusan projek yang disokong oleh sukarelawan (volunteer). Ia diselanggara,

dibangunkan dan disokong secara sukarela. (The Open Source Project Management

tool, 2003) Ia mula digunakan pada tahun 2000 dalam dotmarketing.org, ia

berfungsi sebagai alat pengurusan projek dari mula ia beroperasi. Bermula dari

penggunaannya, beberapa keperluan telah digariskan dalam dotProject antaranya

ialah;

a) Antaramuka pengguna yang kemas, ringkas dan konsisten

b) Fungsian adalah dalam persekitaran pengurusan projek

c) Penggunaan adalah percuma dan ia adalah open source

Di antara ciri-ciri yang disediakan dalam dotProject (dotProject Free Software,

2003);

a) Mengurus pengguna (User Management)

Mengurusan pengguna yang mengakses laman dengan memberi kebenaran

untuk menggunakan sesuatu modul dan jangka masa akses.

b) Pengurusan klien dan syarikat (Client/Company Management)

(33)

c) Penyenaraian projek (Project listings)

Menyimpan maklumat projek, perkembangan projek dalam Gantt’s chart dan

menyenaraikan tugasan bagi sesuatu projek.

d) Senarai tugasan secara hieraki (Hierarchical Task List)

Tugasan yang diutamakan adalah tugasan yang perlu disiapkan terlebih

dahulu.

e) Menyimpan fail (File Respository)

Menyimpan sebarang fail yang diperlukan dalam sesebuah projek yang mana

boleh dilihat (view) dan disimpan (save) oleh pengguna yang mengakses

laman.

f) Senarai orang yang dihubungi (Contact List)

Menyimpan maklumat berkenaan dengan orang yang dihubungi.

g) Kalender (Calender)

Memasukkan acara dan aktiviti projek dalam kalendar bagi memudahkan ia

dilihat oleh pengguna laman.

h) Forum (Discussion Forum)

Membolehkan pengguna menggunakan ruang forum untuk berinteraksi antara

satu sama lain.

i) Kebenaran akses pengguna (Resource Based Permissions)

Menentukan tahap akses pengguna yang mengakses laman.

dotProject adalah perisian yang boleh digunakan dalam mana-mana jenis

industri. Jadual 2.1 menunjukkan tinjaun yang telah dilakukan, bagi industri yang

telah menggunakan dotProject . Melalui jadual tersebut didapati penggunaan

dotProject tertinggi adalah bagi industri Teknologi Maklumat manakala industri

paling terendah menggunakan dotProject adalah industri berbentuk perkhidmatan

dan pengangkutan. Bagi industri pembinaan peratus penggunaan dotProject adalah

sebanyak 3%. Ini menunjukkan bahawa penggunaan dotProject dalam industri

pembinaan masih rendah berbanding dengan industri lain seperti industri Teknologi

(34)

Jadual 2.1 : Peratus industri yang menggunakan dotProject dalam pengurusan

projek (The Open Source Project Management tool, 2003)

Industri Peratus (%)

IT Industry - General Software Consulting 25 IT Industry - Web Design and Support 19

Manufacturing 8

IT Industry - Consultants 5

Government - Local 5

Architecture and Drafting 5

Telecommunications 4

Volunteer Organisations 4

Building and Construction 3

Government - Federal 3

Government - State 3

Personal / Home Use 3

Finance / Insurance / Real Estate 2

IT Industry - Hardware Sales 1

Personal Services 1

Transportation 1

2.7 Kajian Lepas : Web Based Project Managment And Information System

Najib bin Shahid pelajar kejuruteraan awam telah menjalankan kajian sarjana

muda pada tahun 2001 bagi menghasilkan satu pengurusan projek dengan

mengunakan laman web. Kajian kes beliau adalah projek pembinaan Kompleks

Usahawan Teknologi (KUT) MARA, Technovation Park UTM Skudai. Kompleks

tersebut dimiliki oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan kontraktor yang

bertanggungjawab menyiapkan projek tersebut adalah Andromed Dinamika Sdn

Bhd. Pembinaan bermula dari 14 Jun 1999 sehingga 14 Jun 2000.

Dalam kajian ini beliau telah membangunkan sebuah laman web bagi

mengikuti perkembangan projek tersebut. Perisian yang telah digunakan untuk

merekabentuk laman web tersebut adalah Microsoft Front Page 2000. Data Access

Page digunakan untuk memasukkan segala data yang berkaitan dengan projek secara

(35)

Laman utama bagi laman yang telah dibangunkan oleh beliau adalah seperti

berikut;

a) Maklumat utama projek

b) Kemajuan kerja

c) Jadual bahan binaan

d) Jadual guna tenaga

Berdasarkan kepada laman web yang dibangunkan, terdapat dua kelemahan

web tersebut. Pertama laman tersebut tidak menyediakan kata laluan bagi tujuan

keselamatan. Semua maklumat boleh diakses oleh sesiapa sahaja yang mengunjungi

laman tersebut. Maklumat seperti bayaran kemajuan boleh dilihat oleh pengunjung

walaupun maklumat tersebut adalah sulit.

Kelemahan kedua laman tersebut adalah ia tidak membenarkan pihak yang

terlibat dengan projek berinteraksi secara terus dengan laman tersebut. Pihak terlibat

tidak dapat menyatakan masalah dan memberi cadangan kepada penyelesaian

masalah dan keputusan yang dibuat melalui laman yang dibangunkan ini.

2.8 Kajian Lepas : IT Pemantauan Projek Pembinaan di Lembaga Getah

Malaysia.

Kajian yang dilakukan oleh Zaidi bin Mohamed (2000) ini bertujuan untuk

memperkenalkan penggunaan internet web-based bagi pengurusan projek pembinaan

milik Lembaga Getah Malaysia. Selain untuk menyelesaikan masalah kekurangan

jurutera awam dalam pengurusan projek pembinaan milik Lembaga Getah Malaysia

(36)

Perisian yang digunakan dalam membangunkan web ini adalah Cold Fusion

dan perisian pangkalan data yang digunakan adalah Microsoft Access. Dengan

menggunakan perisian-perisian ini data mengenai projek tersebut dapat dimasukkan

dan boleh dikemaskini dari masa kesemasa dengan cara atas talian. Data tersebut

adalah seperti di bawah;

a) Maklumat projek

b) Kemajuan program kerja

c) Status bayaran kemajuan

d) Senarai kontraktor

Data-data tersebut merupakan data penting yang perlu diketahui oleh seorang

jurutera projek dan Pegawai Penguasa bagi memantau perkembangan projek

pembinaan secara umum. Penggunaan data-data ini menurut beliau dapat memberi

gambaran yang jelas kepada ahli lembaga pengarah untuk mengetahui kemajuan dan

pemantauan projek pembinaan melalui internet.

Melalui kajian ini terdapat dua kelemahan utama yang dapat diperhatikan.

Pertama maklumat atau data-data yang dipaparkan dalam laman tersebut hanya

tertumpu kepada kemajuan fizikal projek yang dijalankan. Maklumat seperti rekod

hujan atau buruh tidak dinyatakan. Selain itu isu keselamatan juga menjadi

kelemahan kepada kajian ini sama seperti kajian yang dilakukan oleh Najib bin

Shahid (2001).

2.9 Ringkasan

Dalam memastikan sesebuah projek pembinaan dapat disiapkan dalam

tempoh yang ditetapkan sistem pemantauan yang efisien amat diperlukan. Ini akan

dapat memastikan setiap aktiviti di tapak bina berjalan dengan lancar. Laporan

kemajuan dapat bertindak sebagai alat yang penting dalam menganalisa dan memberi

(37)

Maklumat yang disampaikan di dalam sebuah laporan dapat membantu pihak

yang terlibat dalam projek untuk memantau aktiviti projek bermula dari penyerahan

tapak kepada kontraktor sehinggalah penyerahan projek yang telah siap kepada klien.

Disebabkan perkembangan yang pesat dalam teknologi maklumat, maka

sebuah sistem pemantauan aktiviti projek melalui laman web dibangunkan. Laman

sistem maklumat atas talian merupakan salah satu mekanisme yang sesuai bagi

menyampaikan maklumat kemajuan projek dengan menggunakan teknologi

maklumat sebagai landasan utamanya.

Sistem yang baru ini akan dibangunkan menggunakan dotProject yang

merupakan salah satu perisian open source. dotProject menyediakan ciri-ciri yang

sesuai digunakan bagi membangunkan sistem pemantauan aktiviti projek ini.

Berbanding dengan kajian-kajian yang lepas yang menggunakan perisian-perisian

seperti Microsoft Front Page 2000 dan Cold Fusion terdapat beberapa kelemahan

(38)

LATARBELAKANG TEORI

3.1 Pengenalan

Dalam menjalankan kajian ini pengetahuan tentang latarbelakang teori

berkaitan dengan pemantauan kemajuan kerja di tapak bina dan juga berkenaan

dengan teknologi maklumat perlu diketahui terlebih dahulu. Pemahaman terhadap

latarbelakang ini sedikit sebanyak akan membantu dalam pembangunan laman kelak.

Melalui cara ini juga pembangun akan mendapat gambaran yang lebih jelas lagi

tentang perkara yang berkaitan dengan kajian ini.

3.2 Maklumat Yang Terkandung Dalam Laporan Kemajuan

Dalam penyediaan laporan kemajuan maklumat-maklumat ingin disampaikan

dalam laporan tersebut memainkan peranan yang penting dalam memberi gambaran

sebenar terhadap perkembangan projek yang sedang berjalan. Jenis maklumat yang

diperlukan dalam laporan juga selalunya dipengaruhi oleh kehendak dan keperluan

pihak atasan dan klien. Antara maklumat-maklumat yang biasa terkandung dalam

(39)

a) Maklumat projek

Biasanya menerangkan secara ringkas tentang cadangan pembinaan projek

dan lokasi projek. Dalam laporan tersebut juga disertakan dengan maklumat

tentang kontraktor dan tempoh kontrak projek. Selain itu

maklumat-maklumat bagi pihak-pihak yang terlibat dalam projek tersebut juga turut

dimuatkan. Pihak-pihak yang terlibat ini termasuklah pengurus projek,

pengawai penguasa, jurutera perunding, jurutera tapak, arkitek, jurutera

mekanikal dan elektrikal.

b) Carta organisasi

Ia disediakan bagi menunjukkan struktur organisasi dan aliran tugas setiap

pihak yang terlibat dengan jelas. Carta organisasi ini adalah dalam bentuk

carta alir dan terdiri daripada carta organisasi kontraktor utama dan

pengurusan tapak projek.

c) Program kerja

Perkembangan sesebuah projek dapat dipantau melalui carta program kerja.

Program kerja ini disediakan menggunakan perisian-perisian penjadualan

projek seperti Microsoft Project, Primavera dan Proplan. Kaedah

penjadualan yang digunakan dalam memantau aktiviti pembinaan adalah

seperti carta bar, garis imbang dan jaringan.

d) Peratusan kemajuan kerja

Status kemajuan kerja semasa adalah dinilai berdasarkan kepada aktiviti kerja

sebenar ditapak bina dan aktiviti kerja yang telah dirancang sebelum ini.

Perkara yang perlu ada adalah peratusan kerja sebenar dan yang dirancang

serta bilangan hari yang tinggal sebelum tamat tempoh projek disiapkan. Ia

biasanya dalam bentuk lengkuk S.

e) Status bayaran

Merupakan senarai bayaran yang telah dan belum diterima oleh kontraktor.

Selain itu juga dinyatakan tarikh mengemukakan tuntutan, jumlah tuntutan

(40)

f) Rekod harian

i. Jadual tenaga buruh

Melibatkan bilangan tenaga kerja dan bidang tugasan yang dilakukan di

tapak bina dari masa kesemasa.

ii. Jadual jentera dan mesin

Merujuk kepada bilangan logi dan mesin yang digunakan dan tempoh ia

digunakan.

iii. Laporan cuaca

Laporan cuaca sepanjang projek dijalankan akan dicatatkan dalam

bentuk

jadual atau carta pai.

g) Fotografi kemajuan

Gambar yang diambil di tapak bina semasa projek sedang berjalan.

3.3 Pemantauan Kemajuan Kerja

Jadual perjalanan aktiviti kerja di tapak bina yang biasanya digunakan dalam

laporan kemajuan adalah carta bar dan keluk S. Kedua-dua kaedah ini mudah

difahami oleh semua pihak yang terlibat dengan projek pembinaan. Selain itu

terdapat dua lagi kaedah yang biasa digunakan dalam menerangkan kemajuan aktiviti

di tapak bina secara grafikal iaitu CPM (Critical Path Method) dan PERT (Project

Evaluation Review Technique). Walaubagaimanapun hanya carta bar dan keluk S

sahaja yang akan diterangkan dalam subtopik ini memandangkan penggunaannya

yang meluas dalam pemantauan aktiviti projek.

3.3.1 Carta Bar

Seperti yang diterangkan dalam awal bab ini, perkembangan sesebuah projek

(41)

menggunakan perisian-perisian penjadualan projek seperti Microsoft Project,

Primavera dan Proplan (Rezuan Mohammed, 2003). Kaedah penjadualan yang

lazim digunakan carta bar atau lebih dikenali sebagai Gantt’s Chart. Rajah 3.1 di

bawah menunjukkan contoh carta bar.

Sept. Sept. Sept. Sept. Oct. Oct. Oct. Oct. Oct. 30

Rajah 3.1 : Gantt’s Chart (James J. Adrian, 1981)

Teknik ini diasaskan oleh Henry Gantt dan Frederick W.Taylor sekitar tahun

1900-an (Barrie, D.S. and Paulson, B.C. 1984). Ia mengandungi dua paksi yang

menghubungkan antara senarai aktiviti yang dijalankan kepada skala masa

(Surinders, 1994). Panjang bar menunjukkan tempoh masa yang diambil oleh

sesuatu aktiviti untuk disiapkan.

Carta bar menyediakan kaedah yang dapat mengintegrasikan fasa projek ke

dalam perancangan menyeluruh. Dengan itu ia dapat menganggar masa mula dan

tamat bagi setiap fasa. Selain itu ia dapat menentukan samada perkembangan projek

(42)

Pada asasnya ia digunakan bagi mengawal elemen masa untuk suatu program

atau projek. Carta bar dilambangkan oleh panjangnya suatu garisan tersebut garisan

tersebut menunjukkan jangka masa sesuatu aktiviti.

3.3.2 Keluk S

Pengawalan dan pemantauan masa projek adalah merupakan elemen yang

penting kerana ia akan menunjukkan samada projek berjalan dengan lancar atau

tidak. Pemantauan bagi sebuah projek adalah dengan melakukan perbandingan di

antara kemajuan sebenar dan kemajuan yang dirancang.

Bentuk lengkung S diperolehi daripada panduan kemajuan projek per unit

masa (hari, minggu, bulan atau tahun) supaya memperolehi kemajuan projek

kumulatif. Secara kasarnya, kebanyakan projek perbelanjaan untuk sumber per unit

masa adalah cenderung pada permulan agak perlahan dan diikuti puncaknya

kemudian berakhir dengan perlahan (Hanisah Ismail, 2001).

Current date

(43)

Seperti carta bar, keluk S dalam Rajah 3.2 juga dapat menunjukkan

perancangan projek. Apabila projek dilaksanakan, kemajuan projek sebenar dan

projek yang dirancang dapat dibandingkan dan dapat mengenalpasti samada projek

sebenar tersebut lewat atau tidak (Barrie, D.S and Paulson, B.C, 1984).

3.4 Persekitaran Laman Web

Bagi membangunkan sebuah sistem pemantauan secara atas talian

persekitaran asas bagi sebuah laman web perlu diketahui bagi menambahkan lagi

kefahaman berkenaan sistem yang akan dibangunkan. Berdasarkan kepada

penerangan tentang persekitaran web di awal bab dua kajian ini, komponen asas bagi

persekitaran web terdiri daripada Protokol Pemindahan Hiperteks (HTTP), Bahasa

Mark-up Hiperteks (HTML), pelayan dan pelanggan web.

Dalam bab ini setiap komponen berkenaan akan diterangkan lebih lanjut lagi.

Ini adalah bagi tujuan pemahaman tentang persekitaran laman web sebelum laman

web bagi pemantauan projek dapat dibangunkan. Selain itu juga web server yang

akan digunakan dalam pembangunan laman web ini iaitu Apache turut dibincangkan.

3.4.1 Protokol Pemindahan Hiperteks (HTTP)

Protokol Pemindahan Hiperteks atau HTTP adalah piawaian yang digunakan

dalam menformat dan menghantar data atau maklumat yang kemudiannya disalurkan

ke WWW. Dengan kata lain ia merupakan protokol yang digunakan untuk

memindahkan laman web ke Internet. Yang mana pelayan utama WWW adalah

pelayan HTTP dan pelanggan pula adalah perisian yang dikenali sebagai browser

(Zainuddin Zakaria, 2001).

Pengguna boleh menggunakan browser ini untuk memperoleh maklumat atau

(44)

HTTP ini tidak dapat menyediakan sebarang ingatan terhadap sebarang maklumat

berkenan dengan permintaan maklumat yang lepas (Mohd Shahizan Othman et al.,

2005).

3.4.2 Bahasa Mark-up Hiperteks (HTML)

Bahasa Mark-up Hiperteks atau nama singkatanya HTML merupakan bahasa

yang digunakan untuk membuat laman web. HTML ini adalah dalam bentuk

dokumen teks biasa dan ia mengandungi pelbagai arahan atau dikenali sebagai tag.

Tag ini digunakan untuk memberitahu penyemak seimbas bagaimana teks tersebut

harus dipamerkan (Zainuddin Zakaria, 2001).

Dr. Ahmad Zaharin (1999) menerangkan dokumen HTML adalah terdiri

daripada dua bahagian iaitu kepala (head), dan badan (body). Bahagian kepala

bermula dengan <HEAD> dan berakhir dengan tag </HEAD>. Ia mengandungi

mengandungi tajuk dokumen yang bermula dengan tag <TITLE> dan berakhir

dengan tag </TITLE>. Bahagian badan pula bermula dengan tag <BODY> dan

berakhir dengan tag </BODY>. Dokumen HTML mesti terkandung antara tag

<HTML> dan </HTML> masing-masing. Contoh bagi struktur dokumen HTML

adalah seperti dibawah;

<HTML> <HEAD>

<TITLE> Tajuk Laman Web</TITLE> </HEAD>

<BODY>Penerangan</BODY> </HTML>

3.4.3 Web Browser

Webbrowser adalah perisian yang digunakan untuk memuat turun maklumat

dari WWW. Keupayaannaya memaparkan dan menyimpan laman-laman web

(45)

Terdapat dua webbrowser yang digemari oleh para pengguna internet iaitu

Internet Explorer dan Netscape Navigator. Namun terdapat pelbagai lagi perisian

web browser yang berada dipasaran seperti Mosaic, Opera dan Lynx (Zainuddin

Zakaria, 2001). Setiap web browser mempunyai kelebihan masing-masing yang

memyebabkan ia digemari oleh pengguna.

3.4.4 Web Server

Webserver digunakan bersama dengan webbrowser. Ia mampu menyimpan

halaman web dan mengekstrak data selain dari memberi maklumbalas kepada

pengguna. Hubungan antara web browser dan web server dapat diterangkan dalam

Rajah 3.2 di bawah. Web browser akan meminta sesuatu maklumat dari Internet dan

Internet akan menghantar permintaan tersebut kepada web server. Web server

kemudian mencari maklumat dalam fail atau pangkalan data kemudian maklumat

dihantar ke Internet dan web browser akan mempaparkan maklumat yang diminta.

Bagi persekitaran Windows, server yang biasa digunakan adalah Personal Web

Server (PWS) atau Internet Information Server (IIS). Manakala Apache dan Lotus

dalam persekitaran Linux (Mohd Shahizan Othman et al., 2005).

Web server mencari

Web browser Web server

Rajah 3.3 : Hubungan antara web server dan web browser (Harley Hahn, 1996)

3.4.3.1Apache

Apache merupakan web server yang popular dalam persekitaran Linux. Ia

(46)

server yang pantas dan stabil. Walaupun ia banyak digunakan secara meluas dalam

persekitaran Linux, ia masih lagi boleh digunakan dalam persekitaran Windows.

Walaupun kebanyakan pembangun yang menggunakan Apache tidak menggalakkan

penggunaan Apache dalam server Windows yang sentiasa sibuk (Jay Greenspan dan

Brag Bulger, 2001).

3.5 Laman Web Statik

Laman web berbentuk statik adalah web yang hanya mengandungi teks dan

grafik yang tetap. Ia lebih mudah ditulis dan dibangunkan berbanding web dinamik.

Malah ia lebih menjimatkan kos dan masa. Tetapi laman web statik tidak dapat

melakukan sebarang aktiviti interaksi dengan laman tersebut dan ia merupakan

laman yang hanya boleh dilihat isi kandungannya. Ia juga hanya dapat memautkan

pengguna dengan dokumen lain apabila pengguna mengklik pada pautan ( Mohd

Shahizan Othman et al., 2005).

Rajah 3.4 : Kaedah web statik (Microsoft Corporation, 2005)

Seperti dalam Rajah 3.4, web statik ini biasanya terdiri dari kod-kod HTML

yang ditaip menggunakan pengedit teks yang kemudiannya disimpan dalam bentuk

(47)

Dreamweaver, Microsoft Frontpage, Notepad, Wordpad dan Textpad ( Mohd

Shahizan Othman et al., 2005).

HTML merupakan bahasa pengaturcaraan yang paling mudah digunakan

dalam membangunkan laman web ini. Jika pengguna meminta fail HTML yang

statik dari web server, web server akan menghantar fail HTML secara terus kepada

pelanggan. Browser pengguna kemudiannya memproses kandungannya (Microsoft

Corporation, 2005).

3.6 Laman Web Dinamik

Laman ini membolehkan kandungan dan bentuknya diubah mengikut

kehendak pembangun laman tersebut. Maklumat di laman ini akan sentiasa dikemas

kini mengikut keperluan dan kandungan dalam laman boleh diubah pada bila-bila

masa. Laman yang berbentuk seperti ini membolehkan pengguna berinteraksi secara

terus dengan laman. Seperti manghantar pendapat atau memuat turun maklumat dari

laman tersebut. Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD) selalunya dikaitkan

dengan laman yang bersifat dinamik. SPPD berfungsi menyimpan maklumat yang

berkenanan dengan sistem tersebut ( Mohd Shahizan Othman et al., 2005).

3.6.1 PHP

PHP atau Hypertext Preprocessormerupakan bahasa yang digunakan dengan

web server untuk Apache. Selain daripada PHP, terdapat beberapa lagi bahasa yang

mempunyai fungsi yang sama dengan PHP antaranya ialah ASP, Perl dan Cold

Fusion (Jay Greenspan dan Brag Bulger, 2001). Di antara kebaikan penggunaan

(48)

a) Ia bahasa yang pantas dan mudah. Aplikasi penulisan dalam C adalah pantas

tetapi pengaturcaraan dalam C adalah sukar dan mengambil masa yang lebih

lama berbanding bahasa pengaturcaraan yang lain.

b) PHP merupakan sebuah ‘cross-platform’. PHP boleh berkerja dengan

pelbagai web browser antaranya ialah Netscape, Roven dan lain-lain lagi.

c) PHP adalah bahasa yang diperbaiki secara konsisten.

d) Bahasa PHP adalah percuma untuk sesiapa yang ingin menggunakannya dan

ia mudah dimuat turun dari Internet.

3.6.2 MySQL

MySQL merupakan pangkalan data yang biasa digunakan bersama PHP dan

Apache. Diantara kelebihan MySQL ialah (Jay Greenspan dan Brag Bulger, 2001);

a) Ia adalah pangkalan data yang mempunyai kos efektif kerana ia adalah

pengkalan data percuma.

b) MySQL adalah sebuah pengkalan data yang berkuasa dan cepat. Bagi

pangkalan data yang bersaiz kecil dan sederhana ia adalah sangat pantas.

3.7 Ringkasan

Dalam bab ini teori latarbelakang diterangkan lebih lanjut lagi bagi tujuan

memberi gambaran kasar berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan. Dua kaedah

pemantauan yang biasanya digunakan dalam pemantauan aktiviti projek adalah carta

bar atau Gantt’s Chart dan keluk S. Kedua-dua kaedah ini adalah ringkas dan mudah

difahami oleh semua peringkat pengurusan walau tiada pengalaman dalam teknik

perancangan. Kaedah-kaedah ini merupakan cara pemantauan yang digunakan untuk

(49)

Bagi membangunkan sistem pemantauan secara atas talian persekitaran

laman web perlu diketahui. Dalam persekitaran laman terdapat beberapa komponen

yang penting bagi membolehkan persekitaran tersebut berfungsi. HTML, HTTP, web

server dan web browser adalah diantara elemen yang terdapat dalam persekitaran

laman web. Elemen-elemen ini penting untuk difahami bagi tujuan pembangunan

sistem menggunakan dotProject khususnya dan bagaimana ia beroperasi secara atas

(50)

PEMBANGUNAN SISTEM

4.1 Pengenalan

Bagi membangunkan sesebuah laman web, perancangan yang teliti perlu

dilakukan bagi mencapai objektif yang telah digariskan. Pembangun laman perlu

meluangkan masa untuk merangka langkah kerja yang diperlukan untuk

menghasilkan sebuah laman web yang baik. Setiap langkah kerja yang dilakukan

perlulah memenuhi semua objektif pembinaanya.

Jesteru itu bagi memudahkan lagi pelaksanaan langkah kerja, carta aliran

yang sesuai perlu dibuat. Ini dapat memastikan semua langkah kerja atau fasa kerja

dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah dirangka. Melalui cara ini

setiap masalah yang akan dihadapi bagi setiap fasa akan dapat dikesan lebih awal.

Oleh yang demikian tindakan susulan dalam menangani masalah tersebut dapat

diambil.

Dalam kajian ini terdapat enam fasa yang telah dirangka dan akan

dilaksanakan bagi mencapai objektif kajian ini. Fasa-fasa tersebut ditunjukkan

dalam bentuk carta alir bagi memberi gambaran yang jelas berkenaan dengan

(51)

4.2 Fasa I : Perancangan

Sebelum sesebuah laman web dapat dibangunkan perancangan yang teliti

untuk sepanjang proses pembangunan sistem perlu diambil. Perancangan yang teliti

akan dapat mengelakkan timbul masalah semasa proses pembangunan laman web.

Jesteru itu penentuan awal bagi langkah kerja dan perisian yang terlibat perlu

dilakukan.

Rajah 4.1 adalah merupakan carta aliran bagi fasa kerja pembangunan laman

web untuk kajian ini yang telah dirangka dalam fasa pertama. Ia terdiri dari enam

fasa iaitu perancangan, pengumpulan maklumat, penentuan modul, pemasukan

maklumat ke dalam modul, penentuaan akses pengguna dan fasa akhir adalah

penentuan antaramuka laman.

Mula

Ya Fasa I : Perancangan

Fasa II : Pengumpulan maklumat

Mencukupi?

Fasa III : Penentuan modul dan keperluan lain

Fasa IV : Pemasukan maklumat ke dalam modul

(52)

Diterima? Tidak

Ya

Paparkan kepada pengguna Fasa V : Penentuan akses

pengguna

Rajah 4.1 : Aliran metodologi kajian

Beberapa keperluan minimum sistem yang perlu ada sebelum menggunakan

dotProject hendaklah diambil kira. Iamemerlukan web server berintegrasikan

kepada PHP dan MySQL yang menyokong sistemnya serta web browser. Antara

keperluan lain bagi persekitaran yang berbeza adalah seperti berikut:

a) LAMP: Linux+Apache+MySQL+PHP

b) WAMP: Windows+Apache+MySQL+PHP

c) WIMP: Windows+IIS+MySQL+PHP

PHP versi 4.1.x atau lebih tinggi diperlukan bagi sistem ini, versi 4.3.7 tidak

boleh digunakan dalam sistem ini kerana ia akan memghadapi masalah kepada web

server samada IIS mahupun Apache. Bagi pangkalan data MySQL, versi 3.23.51

atau lebih tinggi lagi diperlukan bagi menyokong sistem. Antara perisian pelayar

yang boleh digunakan dengan sistem ini adalah browser generasi ke-empat yang

menyokong style sheet dan javascript. Contohnya adalah Internet Explorer, Mozilla

(53)

4.3 Fasa II : Pengumpulan Maklumat

Dalam fasa ini juga perancangan bagi menentukan maklumat yang diperlukan

untuk disampaikan dalam laman web dilaksanakan. Bagi menentukan

maklumat-maklumat tersebut pembangun perlu mencari dan mengumpul maklumat-maklumat tersebut.

maklumat ini diperolehi dari laporan kemajuan projek.

Maklumat-maklumat yang diperolehi ini perlu dipilih berdasarkan kesesuaiannya untuk

dipersembahkan dalam laman web dan selari dengan objektif kajian ini.

Untuk mencapai objektif kajian ini, maklumat yang berkaitan dalam laporan

kemajuan diperlukan. Bagi tujuan pembangunan laman ini sebuah syarikat

kontraktor akan dipilih bagi menggunakan laman ini. Di antara maklumat yang

dikumpul dari syarikat ini adalah seperti butiran lengkap syarikat dan beberapa

laporan kemajuan bagi projek-projek yang dijalankan oleh syarikat berkenaan.

4.4 Fasa III : Penentuan Modul

Terdapat beberapa modul yang ditawarkan dalam dotproject dan boleh dipilih

mengikut kehendak pembangun sendiri melalui modul System Administration yang

mana akan dibincangkan lebih lanjut dalam bahagian 4.6. Sebelum sistem

dibangunkan, penentuan modul yang sesuai digunakan dilakukan terlebih dahulu.

Pemilihan dilakukan berdasarkan kesesuaian modul dengan maklumat yang ingin

disampaikan. Di antara modul yang ditawarkan oleh dotproject kepada pengguna

adalah seperti berikut;

(54)

Rajah 4.2 di bawah menunjukkan halaman bagi penentuan modul yang ingin

digunakan dalam pembangunan sistem.

(a) (b

(c) (d)

(f)

Rajah 4.2 : Halaman modul

Berikut merupakan beberapa elemen penting dalam halaman modul ini;

a)

Menunjukkan jenis modul yang disediakan. Tanda bersebelahan

dengan Projects adalah butang untuk memilih turutan untuk modul yang akan

dipaparkan pada halaman utama. Di bawah menunjukkan aturan tersebut.

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

b)

active, akan menunjukkan modul yang diaktifkan. Modul yang akan

(55)

c)

disabled, tidak membenarkan modul dipaparkan dan digunakan.

d)

visible, membolehkan modul dilihat oleh pengguna yang mengakses sistem.

f)

hidden, akan menyembunyikan modul agar tidak dilihat oleh pengguna

sewaktu menggunakan sistem.

Elemen-elemen di atas amat penting bagi tujuan pemilihan modul yang akan

digunakan. Melalui modul-modul ini setiap maklumat dapat disampaikan kepada

pengguna. Elemen-elemen ini membantu pembangun untuk memilih dan menyusun

modul mengikut kehendak dan citarasa pembangun sendiri. Modul-modul yang telah

dipilih dan disusun mengikut kehendak pembangun boleh diubah pada bila-bila masa

jika modul perlu diubahsuai mengikut keperluan pembangun.

4.5 Fasa IV : Kemasukan Maklumat ke Dalam Modul

Setelah pemilihan modul dilakukan, maklumat bagi setiap modul perlu

dimasukkan. Maklumat-maklumat berkaitan dengan perkembangan projek

dimasukkan ke dalam modul yang sesuai. Antara modul yang digunakan untuk

memasukkan maklumat adalah seperti modul syarikat (companies), projek (projects),

tugas (task) dan lain-lain lagi.

4.5.1 Maklumat Syarikat

Rajah 4.3 menunjukkan halaman bagi kemasukkan maklumat bagi sesebuah

(56)

ditekan dan maklumat akan dipaparkan dalam senarai syarikat. Jika tidak ingin

memasukkan maklumat yang telah diisi, tekan butang backuntuk kembali ke

halaman senarai syarikat.

Rajah 4.3 : Halaman kemasukkan maklumat syarikat

4.5.2 Maklumat Projek

Rajah 4.4 menunjukkan halaman bagi kemasukkan maklumat bagi projek

yang dijalankan. Proses kemasukkan maklumat adalah sama seperti kemasukkan

maklumat syarikat yang telah dinyatakan sebelum ini. Setelah maklumat projek

dimasukkan, tugas baru (new task) akan dimasukkan bagi membolehkan gantt chart

dapat dipaparkan. Berikut merupakan antara langkah untuk menhasilkan gantt chart

tersebut. Rajah 4.5 menunjukkan halaman untuk memasukkan tugas baru, setelah

maklumat mengenai projek telah diisi. Klik butang new task untuk memasukkan

(57)

Rajah 4.4 : Halaman kemasukkan maklumat projek

Rajah 4.5 : Halaman Projek

Setelah mengklik butang new task, paparan seperti Rajah 4.6 akan dapat

dilihat. Dalam halaman tersebut butiran tugas, seperti tarikh mula aktiviti dan tarikh

berakhir perlu dinyatakan. Selain itu hubungan (dependencies) di antara aktiviti

yang lain ditentukan. Rajah 4.7 menunjukkan paparan bagi memasukkan

(58)

Rajah 4.6 : Halaman memasukkan maklumat tugasan dan tarikh mula serta tarikh

akhir aktiviti

Rajah 4.7 : Halaman menentukan dependancy aktiviti di tapak bina

Setelah maklumat-maklumat berkaitan dengan aktiviti di tapak bina

dimasukkan, butang save diklik dan gantt chart bagi aktiviti tersebut dipaparkan.

(59)

cancel. Di antara maklumat yang perlu dimasukkan di dalam modul mengisi tugas

(add task) adalah seperti berikut;

a) Tarikh mula dan akhir aktiviti.

b) Task Parent menunjukkan aktiviti baru ini berada di bawah aktiviti yang

dinyatakan dalam Task Parent.

c) Target Budget merupakan kos bagi aktiviti yang baru.

d) Task Type adalah jenis aktiviti tersebut contohnya superstructure, finishing

works dan sebagainya.

4.5.3 Memasukkan Fail

Dalam modul Files, semua fail yang berkaitan dengan projek akan disimpan

dan dipaparkan kepada pengguna yang mempunyai akses kepada projek berkaitan.

Dalam modul ini beberapa maklumat dari laporan kemajuan projek tersebut

dimasukkan ke dalam fail. Maklumat-maklumat tersebut antaranya adalah bilangan

tenaga buruh, jentera dan logi, jadual cuaca dan lain-lain lagi. Bagi memuatkan fail

ke dalam modul ini adalah seperti berikut;

a) Tekan butang new files untuk memuat turun fail baru yang terdapat dalam

modul Files.

b) Halaman bagi memuatkan fail akan dipaparkan seperti dalam Rajah 4.8.

c) Klik butang Browse bagi memilih fail ingin dimuatkan ke dalam laman

contoh seperti dalam Rajah 4.9.

d) Isi semua maklumat yang diperlukan bagi fail kemudian klik Submit. Untuk

(60)

Rajah 4.8 : Halaman memasukkan fail baru ke dalam laman

(61)

4.5.4 Contact

Rajah 4.10 menunjukkan maklumat yang perlu diisi bagi halaman Contacts.

Halaman ini menyimpan maklumat bagi alamat dan nombor telefon bagi pihak

terbabit dengan sesebuah projek. Maklumat yang diperlukan bagi halaman ini diisi

dan klik Submit setelah semua maklumat dimasukkan. Cancel jika ingin

membatalkan kemasukkan maklumat.

Rajah 4.10 : Halaman bagi memasukkan maklumat Contact pengguna

4.5.5 Forum

Sebuah forum disediakan bagi membolehkan semua pihak yang terlibat

dengan projek tersebut dapat berinteraksi antara satu sama lain. Forum yang

disediakan bertujuan untuk membolehkan pihak-pihak ini untuk melaporkan apa

yang berlaku di tapak bina khususnya dan berkaitan dengan projek umumnya. Rajah

4.11 menujukkan halaman bagi memasukkan forum baru. Proses memasukkan

(62)

Rajah 4.11 : Halaman memasukkan forum baru

4.6 Pengubahsuaian Modul

Dalam modul yang ditawarkan, beberapa pengubahsuaian perlu dilakukan.

Ini adalah untuk menepati keperluan bagi pemantauan projek pembinaan. Modul

System Administration berfungsi mengubahsuai modul-modul yang dipilih mengikut

kehendak pembangun. Rajah 4.12 menunjukkan halaman bagi System

Administration yang berupaya mengubahsuai modul-modul yang lain. Hanya

beberapa elemen di dalam System Administration ini akan digunakan dalam

mengubahsuai modul. Elemen-elemen yang digunakan akan dibincangkan dalam

(63)

Rajah 4.12 : Halaman System Administration

4.6.1 Preferences

Dalam preferences, elemen-elemen yang digunakan bagi mengubahsuai

modul-modul lain adalah seperti berikut;

a) System Configuration

Dalam elemen ini antara pengubahsuaian yang dilakukan adalah

menambahkan memory bagi gantt chart selain itu menberi nama baru bagi

laman ini. Perubahan yang lain dilakukan adalah mengikut kehendak

pembangun sendiri.

b) System Lookup Values

Dalam System Lookup Values, penambahan menu-menu baru dalam modul

yang sedia ada dilakukan. Rajah 4.13 menunjukkan halaman bagi menambah

Gambar

grafik yang tetap.  Ia lebih mudah ditulis dan dibangunkan berbanding web dinamik.

Referensi

Dokumen terkait

Sebagai kristal aluminosilikat terhidrasi dengan kation alkali ataupun alkali tanah, zeolit memiliki struktur dalam tiga dimensi yang tidak terbatas dalam bentuk-bentuk

Perbedaan akses masuk kendaraan penghuni hanya pada arah kendaraan, untuk akses kendaraan motor penghuni ke arah kiri lahan, sedangkan untuk akses kendaraan

Berdasarkan dari pengujian penelitian yang dilakukan kesimpulan yang dapat diambil kesimpulan bahwa aplikasi ini terbukti dapat mengelola transaksi penerimaan dan pengeluaran

It is based on idea that quality is an individual matter and products is based on idea that quality is an individual matter and products that best satisfy their preferences are

Penelitian yang dilakukan oleh Maisaroh ini mengkhususkan kajiannya mengenai pemahaman ibadah ṣalāt berjama’ah, sedangkan penulis dalam penelitian ini memfokuskan

Setelah semua data sudah beres atau lengkap hal selanjutnya dilakukan penata panggung adalah membuat gambar final atau gambar yang sudah finish untuk pementasan

Berdasarkan karakteristik tersebut, kelarasan Koto Piliang dapat dikaitkan dengan gaya kepemimpinan berorientasi pada tugas menurut Fiedler (dalam Burn 2004), dimana dalam proses

Passing atas adalah dapat diartikan menyajikan bola atau mengoper bola dengan menggunakan jari tangan kepada lawan atau langsung ke lapangan lawan, di samping itu passing atas yang