• Tidak ada hasil yang ditemukan

AR-RAHMAN AR-RAHIM (نٰمحرلا ميحرلا)

Kalimah "Ar-Rahman" (نٰمحرلا) bererti Yang Maha Pemurah dan merupakan salah satu Nama Allah yang memberikan pengertian bahawa Allah Ta'ala melimpahkan kurniaanNya kepada sekelian makhluk ciptaanNya. "Ar-Rahim" (ميحرلا) bererti Yang Maha Penyayang dan memberi pengertian bahawa Allah sentiasa bersifat Rahmah (ةمحر) yang menyebabkan Dia selalu melimpahkan RahmatNya kepada sekelian makhluk yang dikasihiNya.

Hadhrat Sayyidina 'Ali Bin Abi Talib Radhiyallahu 'Anhu telah berkata,

"Ar-Rahman Ar-Rahim (نٰمحرلا ميحرلا) adalah dua buah Nama Allah yang halus pengertiannya, satu daripadanya adalah lebih halus dari yang berikutnya. Menerusi kedua-dua buah Nama ini Allah Ta'ala telah menafikan sifat putus asa dari hamba-hambaNya yang beriman."

Daripada Hadhrat Ja'afar Bin Muhammad Radhiyallahu 'Anhu dinyatakan sebagai telah berkata berkenaan Ar-Rahman Ar-Rahim ( ِمـيِحَّرلا ِن ٰم ْحَّرلا) bahawa, ianya adalah apa yang berlaku ke atas Para Muridin yakni orang yang berkehendak dan Para Muradin yakni orang yang dikehendaki. Maka, Nama Ar-Rahman ( ِن ٰم ْحَّرلا) adalah bagi Para Muradin agar mereka tenggelam dalam cahaya-cahaya sekelian Haqiqat dan Nama Ar-Rahim ( ِمـيِحَّرلا) pula adalah bagi Para Muridin agar mereka terus kekal dengan diri mereka dan kesibukan mereka secara zahir.

Hadhrat Imam Sahal At-Tustari Rahmatullah 'Alaih telah berkata,

"Dan Ar-Rahman (نٰمحرلا) adalah Nama yang padanya terkandung khasiat dari huruf yang tersembunyi di antara huruf Alif (ا) dan juga huruf Lam (ل). Dan Ar-Rahim (ميحرلا) adalah Yang Melanjutkan ke atas hamba-hambaNya dengan kurniaan rezeki pada sekelian cabangan dan permulaan pada asalnya adalah Rahmat kerana telah mendahului IlmuNya sedia ada."

Menurut Hadhrat Ibnu 'Arabi Rahmatullah 'Alaih, Ar-Rahman (نٰمحرلا) adalah Yang Maha Melimpahkan Kekurniaan terhadap sekelian kewujudan dan Yang Maha Sempurna atas segala sesuatu secara keseluruhan berdasarkan Hikmah kebijaksanaan yang telah ditentukanNya dan memiliki kemampuan untuk menentukan sebarang permulaan. Dan Ar-Rahim (ميحرلا) adalah limpahan kekurniaan bagi kesempurnaan yang bersifat Maknawi yang dikhususkan bagi kalangan Insaniah menurut pencapaian mereka ke martabat yang tertinggi dalam kehidupan Akhirat.

Hadhrat Al-Firuz Abadi Rahmatullah 'Alaih menyatakan di dalam kitab Tafsirnya bahawa Ar-Rahman ( ِنٰـم ْحَّرلٱ) bermaksud Ar-Raqiq Min Ar-Riqqah ( نم قيقرلا

ةقرلا) yakni Yang Maha Lemah Lembut daripada KehalusanNya dan merupakan sifat Ar-Rahmah (ةمحرلا) yang bererti belas kasihan dari sisiNya manakala Ar-Rahim ( ِميِحَّرلٱ) pula bermaksud Ar-Rafiq (قيفرلا) yang bererti teman, sahabat, rakan ataupun kawan.

Dengan Nama Ar-Rahman (نمحرلا), terbitlah sekelian kemuliaan bagi orang-orang Mukminin seperti keimanan, ketaatan, kewalian, menjaukan diri dari perbuatan dosa, segala kekurniaan dan segala kenikmatan yang berterusan. Tiada seorang pun daripada kalangan makhluk yang berhak menggunakan Nama ini kerana makhluk adalah bersifat kelemahan dan kekurangan pada menganugerahkan sesuatu kepada seseorang secara berterusan dan berkekalan.

Sesungguhnya Rahmat kasih-sayang Allah terhadap Para Muridin yang benar-benar berkehendakkan RahmatNya, maka Allah akan mengasingkan mereka dari penumpuan yang selain dari Ar-Rahman (نمحرلا) dan tatkala RahmatNya tersebar secara umum pada masa kini ke atas seseorang Wali dan para musuhNya dalam urusan penghidupan mereka dan sentiasa mengurniakan rezeki kepada mereka. Dan dikatakan bahawa pada Nama Ar-Rahman (نمحرلا) mengandungi pengertian kemanisan pengurniaan dan Musyahadah penyaksian dalam Qurbah pendekatan dan sentiasa memelihara tanggung-jawab melaksanakan tugas khidmat.

Ada dari kalangan Mufassirin yang menyatakan bahawa sesungguhnya Para Muhibbin (نيﺑحملا) yang mencintai Allah sentiasa memperolehi nikmat dengan segala rahasia mereka dalam melakukan Riyadhah latihan menghayati pengertian makna Ar-Rahman (نمحرلا). Maka terhasillah darinya segala buah-buahan kecintaan dan mereka meminum air Al-Qurbah (ةﺑرقلا) daripadanya. Mereka juga memperolehi nikmat daripada tebing sungai Al-Quds (سدقلا) dan mereka kembali daripadanya dengan penglihatan terhadap segala anugerah kekurniaan dan kenikmatan.

Bagi Para Khaifun (نوفئا ) yakni mereka yang takut terhadap Allah, akan خلا merasakan kelazatan di dalam hati mereka dalam menghayati pengertian makna Ar-Rahman (نمحرلا) dan mereka akan berasa pertambahan kemanisan ketenangan dan kedamaian.

Bagi Para Taibun (نوﺑئاتلا) iaitu orang-orang yang sentiasa bertaubat kepada Allah akan berjalan dengan segala rahsia mereka dalam menghayati pengertian makna NamaNya Ar-Rahman (نمحرلا) lalu mereka kembali daripada pengertian makna tersebut dengan penyucian rahsia dan kesucian hati.

Bagi Para 'Asun (نوصاعلا) iaitu orang-orang yang melakukan dosa-dosa akan berjalan di atas medan penghayatan pengertian makna daripada NamaNya iaitu Ar-Rahman (نمحرلا) lalu mereka kembali daripadanya dengan penyesalan dan Istighfar memohon keampunan.

Ar-Rahman (نٰمحر ) bermaksud kasih-sayang Allah terhadap Para AwliyaNya. لا Dengan Nama Ar-Rahman (نٰمحرلا), Dia telah mentakrifkan DiriNya terhadap mereka sehingga menerusi NamaNya mereka dapat mengenali sekelian Nama-NamaNya, Sifat-SifatNya, Keagungan KebesaranNya dan KeindahanNya, dan denganNyalah telah keluar segala Karamah bagi Para Abdal dan Para Siddiqin, dan denganNyalah telah mempersediakan rahsia-rahsia Maqamat bagi Para Asfiya dan para Muqarrabin, dan denganNyalah telah bertajalli cahaya-cahaya Ma'rifat bagi Para Atqiya dan Para 'Arifin, kerana Nama Ar-Rahman (نٰمحرلا) mengkhabarkan tentang Pencipta makhluk dan kemuliaanNya mengatasi sekelian makhluk. Pada Nama Ar-Rahman (نٰمحرلا) bermaksud kerehatan bagi Para Arwah orang-orang yang bertauhid dan pertambahan kegembiraan bagi Para 'Arifin dan sebagai Tarbiyah bagi Para 'Ulama.

Ar-Rahman (نٰمحرلا) adalah sebagai kenderaan bagi Para Salikin untuk mereka bersiar ke arah khazanah keprihatinan 'InayahNya dan Ar-Rahim ( ِمـيِحَّرلا) adalah sebagai suatu tali kebenaran bagi orang-orang yang Majzub yang mana telah menarik mereka ke arah suatu loncatan untuk sampai kepadaNya. Dengan Nama Ar-Rahman (نٰمحرلا), Dia telah mengamankan Para HambaNya dari siksaanNya dan dengan Nama Rahim ( ِمـيِحَّرلا), Dia telah mengurniakan kepada mereka ganjaran pahala. Nama Ar-Rahman (نٰمحرلا) adalah bermaksud sebagai Miftah Al-Mukasyafah (ةفشاكملا حاتفم) yakni anak kunci penyingkapan pandangan Mukasyafah manakala Nama Ar-Rahim ( ِمـيِحَّرلا) adalah sebagai Mirqat Al-Musyahadah (ةدھاشملا ةاقرم) yakni anak tangga penyaksian Musyahadah. Menerusi Nama Ar-Rahman ( ِن ٰم ْحَّرلا), Dia telah membuka bagi Para HambaNya perkara yang ghaib dan menerusi Nama Ar-Rahim ( ِمـيِحَّرلا), Dia telah mengurniakan keampunan dosa-dosa terhadap mereka.

Hadhrat Imam Al-Wasiti Rahmatullah 'Alaih telah diriwayatkan sebagai berkata bahawa Nama Ar-Rahman (نمحرلا) mengisyaratkan bahawasanya tiada seseorang pun yang dapat mendekatkan diri kepadaNya melainkan dengan perlakuan Rahmaniyyat (تينامحر) kasih-sayangNya. Dan Nama Ar-Rahim ( ِمـيِحَّرلا) mendekatkan kepadaNya menerusi ketaatan kerana ianya melibatkan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sebagaimana firmanNya dalam Surah At-Taubah ayat 128. Ada pandangan dari sebilangan Mufassirin yang mengatakan pengertian makna Ar-Rahim ( ِمـيِحَّرلا) dalam Al-Basmalah adalah bermaksud bahawa dengan Sifat Ar-Rahim ( ِمـيِحَّرلا) Allah Ta'ala, Dia telah menghubungkan kamu dengan Zat Allah (&) dan Sifat Ar-Rahman (نمحرلا). Limpahan Sifat Ar-Rahim ( يِح َّرلا ِمـ ) ini telah mengutuskan Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada ummat manusia sebagaimana Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 128,

ô‰s)s9

öΝà2u!%y`

Ñ^θß™u‘

ôÏiΒ

öΝà6Å¡àΡr&

͕tã

ϵø‹n=tã

$tΒ

óΟšGÏΨtã

ëȃÌym

Νà6ø‹n=tæ

šÏΖÏΒ÷σßϑø9$$Î/

Ô∃ρâu‘

ÒΟŠÏm§‘

∩⊇⊄∇∪

Sungguh telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada kalangan kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan keimanan dan keselamatan ke atas kamu yang amat belas-kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang Mukmin. [At-Taubah: 128]

Maknanya ketikamana seseorang sedang mengucapkan kalimah Bismillahir-Rahmanir-Rahim (ميحرلا نمحرلا & مسﺑ), adalah bahawasanya dengan sifat kerahiman dan kasih-sayang Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah memperhubungkan diri seseorang dengan pengucapan Bismillahir-Rahmanir-Rahim (ميحرلا نمحرلا & مسﺑ).

Ar-Rahim (ميحرلا) adalah Dia yang sanggup menerima keadaan Para HambaNya meskipun dengan segala keaiban diri mereka tatkala mereka sedang berdiri menghadapNya dan Dialah yang sentiasa memelihara hamba-hambaNya dengan pemeliharaan yang sempurna dan segera meskipun mereka sedang berpaling dariNya kerana SifatNya Yang Maha Kaya daripada mereka meskipun mereka menghadapNya atau membelakangiNya.

Sesungguhnya pengertian makna Ar-Rahim ( ِمـيِحَّرلا) adalah apa yang terbit daripada Rahmat Kasih-Sayang Allah Ta'ala untuk penghidupan sekelian makhluk dan pemulihan tubuh badan mereka. Maka tiada terhalang untuk menamakan ZatNya dengan Sifat Ar-Rahim ( ِمـيِحَّرلا).

Menurut Hadhrat Ibnu 'Ata Rahmatullah 'Alaih pada menerangkan makna Ar-Rahman (نٰمحرلا) telah berkata bahawa ianya bermaksud 'Aunuhu (هنوع) yakni BantuanNya dan Nusratuhu (هترصن) yakni PertolonganNya. PadaNya terdapat kesucian bagi Para Pencinta yang mencintaiNya, kesukaan bagi Para Syaiqin yang Shauq kepadaNya, keamanan bagi Para Pendosa yang bertaubat dan tempat pengharapan bagi Para Khaifin yang Khauf serta takut kepadaNya.

Ar-Rahim ( ِمـيِحَّرلا) merupakan hembusan yang khas bagi Ahli Khas, sebagai sandaran bagi orang-orang yang memperolehi rahsia dan merupakan kegembiraan bagi Ahli Qurbah yang sentiasa mendekatkan diri dengan Allah. Nama Ar-Rahim (ميحرلا) mengandungi pengertian Mawaddah (ةّدوم) dan Mahabbah ( ّﺑحمة ) yakni cinta dan kasih-sayang Allah Ta'ala.

Dokumen terkait