Jadual Perhubungan Antara Isu Strategik, Matlamat, Objektif, KPI dan Sasaran Prestasi
REFLEKSI KESELURUHAN PELAKSANAAN PROJEK
7.1 ASPEK KEPIMPINAN
Didalam menjalankan sesuatu projek dengan berkesan guru besar perlulah memberi sokongan, kerjasama, penyertaan dan melibatkan ahli-ahli organisasi dengan menggunakan proses merancang, mengelola, mengarah dan mengawal. Sebagai seorang pemimpin, guru besar SJK T Kangkar Pulai juga telah memastikan segala perancangan dilaksanakan dengan sempurna.
Sebagai seorang guru besar yang bermotivasi tinggi beliau sentiasa memantau perjalanan program ini dan sentiasa membantu dalam menjayakannya. Beliau melibatkan diri dan melihat program tersebut dari segi:
Pra perlaksanaan program tersebut. Beliau bermesyuarat dengan AJK program bagi memastikan persediaan telah dibuat dan program dapat dijalankan seperti yang dirancang.
Semasa perlaksanaan program. Beliau membuat pemantauan perjalanan program dan memberi idea-idea bagi menangani masalah yang dihadapi. Membuat analisa data pencapaian pelajar untuk memastikan sasaran dapat dicapai.
Penyeliaan juga dijalankan menerusi pemerhatian dan menganalisis data. Hasil daripada penyeliaan juga di nyatakan dalam mesyuarat jawatankuasa Program Jejak Ilmu BMK2 bagi mendapatkan maklumat daripada guru-guru. Guru besar juga mengamalkan gaya kepimpinan partisipatif dimana bersama-sama menjana idea bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul semasa menjalankan program ini.
Guru besar juga menunjukkan sifat inspirational Motivation dan menjadi ‘Role Model kepada guru-guru apabila beliau bersama-sama turun padang didalam melaksanakan sesuatu aktiviti bagi projek ini. Beliau juga merupakan seorang yang ‘supportive’ dimana program dan aktiviti yang dirancang mendapat sokongan penuh daripada beliau.
Tingkah laku kepimpinan sekolah dalam menjayakan program ini dapat dilihat daripada amalan-amalan berikut :
Memastikan guru-guru menjalankan tugas yang diamanahkan dengan betul. Membantu dalam menguruskan sumber kewangan
Menyelia dan manilai pengajaran.
Mewujudkan hubungan dua hala antara pemimpin dengan pekerja. Mengkoordinasi program kurikulum.
Memantau pencapaian pelajar. Sentiasa kelihatan.
Memberi sokongan moral kepada guru-guru dalam menjalankan tugas mereka. Guru-guru dibawa berbincang dalam merancang projek.
Mengadakan komunikasi dua hala
7.2 KEKUATAN PROJEK
Setiap program yang dijalankan pasti mempunyai kekuatannya tersendiri. Bagi Program Jejak Ilmu BMK2, kekuatannya dapat dilihat dari segi :
1. Guru besar SJK T Kangkar Pulai yang memberikan sepenuh kepercayaan, membantu dan komited dalam menjayakan program ini. Beliau juga telah meluluskan sumber kewangan.
2. SJK T Kangkar Pulai juga mempunyai seorang Guru Cemerlang Bahasa Melayu yang bernama Puan. S.Tamil Selvi yang juga menjadi ketua panitia Bahasa Melayu. Pengalaman dan kepakaran beliau dalam mengajar Bahasa Melayu sangat membantu murid-murid dan juga guru-guru bagi menjayakan program ini.
3. Barisan guru-guru Bahasa Melayu yang sangat komited dan berminat didalam tugasnya juga membantu dalam menjayakan program ini. Pandangan dan perkongsian idea yang bernas telah dan mereka juga menunjukkan ‘Team Work’ didalam membincang, berkongsi idea, menjalankan aktiviti juga merupakan factor kekuatan program ini.
4. Pelajar-pelajar tahun enam yang dipilih sebagai ‘Guru Muda’ dapat membantu dengan jayanya murid-murid tahun lima secara kumpulan. Mereka mempunyai pengetahuan yang cukup untuk membimbing pelajar-pelajar tahun lima dalam membina ayat, mencari nilai murni dan mencari isi-isi yang penting untuk menulis karangan.
5. Pelajar-pelajar tahun 5 yang mempunyai semangat dan motivasi yang tinggi dalam mempelajari Bahasa Melayu Kertas 2. Mereka juga memberi kerjasama yang tinggi sewaktu program ini dijalankan bagi mempertingkatkan kemahiran asas mereka. Pelajar-pelajar yang lemah mempunyai keyakinan dalam diri setelah mengetahui kemahiran asas dalam menjawab kertas 2 Bahasa Melayu.
7.3 KELEMAHAN PROJEK.
Telah berbincang dengan guru-guru Bahasa Melayu yang melibatkan diri dalam program ini kelemahan-kelemahan yang didapati adalah:
Masa perlaksanaan
Projek ini tidak sesuai dijalankan pada hujung tahun. Kerana pada hujung tahun ini pihak sekolah akan mengadakan pelbagai aktiviti dan guru-guru juga sangat sibuk dengan tugas-tugas lain yang telah dirancang pada awal tahun. Disini terdapat pertindihan program yang perlu disesuaikan semula dengan takwim sekolah.
Kekurangan guru yang mahir dalam Bahasa Melayu.
Bukan emua guru yang terlibat dalam program ini mempunyai kemahiran dalam teknik mengajar Bahasa Melayu dengan baik. Terdapat juga guru-guru yang kurang pendedahan dalam teknik menjawab kertas soalan Bahasa Melayu kertas
7.4 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Antara cadangan penambahbaikan ialah:
1. Tempoh perlaksanaan
Dicadangkan tempoh pelaksanaan program ini berikan sekurang-kurangnya 3 buan dalam pelaksanaan, kerana perubahan pelajar dalam penguasaan akademik perlukan jangka masa yang agak lama.
2. Bagi pelajar-pelajar yang lemah, program pemulihan tidak dapat dijalankan. Hasil daripada analisis pencapaian program, pelajar-pelajar yang masih belum lulus dan kurang menguasai dalam menjawab Bahasa Melayu kertas 2 perlu diteruskan dengan program yang bersesuaian dengan mereka.
3. Guru-guru Bahasa Melayu juga perlu didedahkan dengan input yang lebih untuk menguasai teknik – teknik dalam pengajaran Bahasa Melayu Kertas 2.
4. Aktiviti ‘Guru Muda’ yang dijalankan merupakan aktiviti yang dapat melibatkan semua pelajar tahun 5 dengan aktif. Dicadangkan aktiviti ini diteruskan pada tahun hadapan dimana pelajar –pelajar cemerlang didalam tahun lima ini akan menjadi ‘Guru Muda’ bagi rakan-rakan mereka kerana pembelajaran menerusi rakan sebaya menyebabkan pelajar dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan cepat. Ini juga akan dapat membantu pelajar-pelajar ini dalam peperiksaan UPSR pada tahun 2012.
7.5 Rumusan
Secara umumnya, sebagai peserta yang menjalankan program ini, saya berasa berpuas hati dengan perjalanan Program Jejak Ilmu BMK2 dari peringkat awal perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Walaupun terdapat beberapa halangan dan kekangan, namun ianya dapat didatasi dengan kerjasama guru besar dan juga guru-guru Bahasa Melayu yang terlibat dalam program ini.
Sebagai guru penolong kanan kurikulum saya juga akan memastikan kekuatan yang dapat dikenalpasti menerusi program ini, akan terus digunakan bagi meningkatkan lagi penguasaan pelajar dalam Bahasa Melayu.
Saya juga merasa amat terhutang budi dengan pemimpin sekolah, guru-guru dan juga murid-murid kerana memberikan kerjasama yang sangat erat dan motivasi yang diberikan dalam melaksana dan menyiapkan program ini.