• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ramai dalam kalangan ‘ulamā’ Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah, sejak kelahiran Salafī-Wahhābī sehinggalah masa kini, mengatakan bahawa golongan Salafī-Salafī-Wahhābī adalah satu golongan yang membawa fahaman negatif, keras, tidak teliti dan boleh membawa kepada perpecahan ummah. Ini kerana mereka memiliki sikap dan amalan yang tidak berkompromi dengan pihak lain yang tidak sehaluan dengan mereka dan tidak pernah menilai positif kecuali kepada diri mereka sendiri. Oleh itu, terdapat tokoh-tokoh ‘ulamā’ Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah memberikan reaksi penentangan terhadap prinsip pegangan, ajaran dan amalan golongan Salafī-Wahhābī. Sebahagian daripada reaksi penentangan tersebut adalah seperti berikut (Abu Zuhrah, 1996; Zamihan, 2011; al-Hayah, 5 April 2011; Zaini Dahlan, t.th;

Ahmad Faizurrahim, 2013;

http://www/alkhoirot.net/2012/02/Salafi-Wahabi-menurut-’ulamā’-sunni); Akhbar al-Watan, 2010; al-Buti 1996):

i Penentangan terawal terhadap ajaran Salafī-Wahhābī muncul daripada abang kepada Muḥammad bin ‘Abd Wahhāb sendiri, iaitu Syaykh Sulaymān bin ‘Abd

al-35

Wahhāb. Beliau menulis kitab Faṣl Khiṭāb fī Radd ‘alā Muḥammad Ibn ‘Abd al-Wahhāb dan kitab al-Ṣawā‘iq al-Ilāhiyyah fī Radd ‘alā al-al-Wahhābiyyah bagi menolak fahaman yang dibawa oleh adik beliau ini.

ii Menurut al-‘Ālim al-‘Allāmah al-Sayyid Aḥmad Zaynī Daḥlān bahawa Muḥammad bin ‘Abd al-Wahhāb bersama-sama dengan pengikutnya sentiasa sibuk menanam bibit-bibit perpecahan dalam kalangan umat Islam dengan membid‘ahkan dan mengkafirkan kaum Muslimīn. Di samping itu, beliau mengutuskan sekumpulan pengikutnya untuk merosakkan ‘aqīdah ‘ulamā’ al-Ḥaramayn dengan memasukkan beberapa muslihat agar mereka mudah terpedaya dengan fahaman Salafī-Wahhābī.

Selain itu, golongan Salafī-Wahhābī juga gemar membangkitkan perkara remeh-temeh untuk mengundang perpecahan sesama umat Islam. Al-‘Allāmah Zaynī Daḥlān juga menghasilkan beberapa buah kitab untuk menolak fahaman atau ajaran Salafī-Wahhābī, antaranya: kitab al-Durur al-Saniyyah fī Radd ‘alā al-Wahhābiyyah dan kitab Khulāṣah al-Kalām fī Bayān Umarā’ al-Balad al-Ḥarām.

iii Muḥammad bin ‘Abdullāh bin Ḥāmid al-Ḥanbalī al-Najdī seorang yang pernah menjadi mufti Mekah menjelaskan dalam tulisan beliau al-Suḥub al-Wābilah ‘alā Ḍarā’iḥ al-Ḥanābilah bahawa ‘Abd al-Wahhāb bin Sulaymān, ayah kepada Muḥammad bin ‘Abd al-Wahhāb tidak meredhai anak beliau menjadi pelopor Wahabī dan mengkafirkan golongan yang tidak sehaluan dengannya serta menghalalkan darah umat Islam yang tidak mengikutinya.

iv Terdapat banyak kitab yang dihasilkan oleh para ‘ulamā’ Ahlu Sunnah wa al-Jamā‘ah untuk menolak fahaman dan ajaran Salafī-Wahhābī, antaranya:

a. Kitab Aqwāl Marḍiyyah fī Radd ‘alā Wahhābiyyah oleh Syaykh al-Faqīh ‘Aṭā’ al-Qasām al-Dimasyqī al-Ḥanafī

b. Kitab al-Radd ‘alā al-Wahhābiyyah oleh Syaykh Ṣāliḥ al-Kuwaysī al-Tūnisī c. Kitab al-Radd ‘alā al-Wahhābiyyah oleh Abū Ḥafṣ ‘Umar al-Maḥjūb

d. Kitab Radd ‘alā Wahhābiyyah oleh Syaykh Muḥammad Ṣāliḥ al-Zamzamī al-Syāfi‘ī

e. Kitab al-Radd ‘alā al-Wahhābiyyah oleh Syaykh Ibrāhīm Ibn ‘Abd al-Qādir al-Ṭarabulasī al-Riyāḥī al-Tūnisī.

f. Kitab Radd ‘alā Wahhābiyyah oleh Mufti Madinah, Syaykh ‘Abd al-Muḥsin al-Asyniqrī al-Ḥanbalī

g. Kitab Radd ‘alā Wahhābiyyah oleh Mufti Fez, Syaykh Makhdūm al-Mahdī.

h. Kitab al-Radd ‘alā al-Wahhābiyyah oleh Qāḍī Jamā‘ah di Maghribi, Syaykh Ibn Kīrān.

i. Kitab al-Radd ‘alā Ibni ‘Abd al-Wahhāb oleh Syaykh Islām Tunisia.

j. Kitab Radd ‘alā Ibni ‘Abd Wahhāb oleh Syaykh Aḥmad Miṣrī al-Aḥsā'ī

v Abū Zahrah menyatakan bahawa golongan Salafī-Wahhābī menyerupai kaum Khawārij yang mengkafirkan pelaku dosa besar. Mereka juga memperluaskan lagi pengertian bid‘ah dan memandang perkara yang tiada hubungan dengan ‘ibādah juga adalah bid‘ah. Oleh itu, contohnya perbuatan memasang kain di Rawḍah yang mulia yang tidak ada seseorang pun berkata perbuatan itu merupakan ‘ibādah.

Sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanya untuk menghiasi Rawḍah tersebut

36

supaya ia tertarik melihatnya seperti mana hiasan di Masjid Nabawī. Golongan Salafī-Wahhābī melakukan perkara yang sungguh pelik kerana mereka menghukum bid‘ah terhadap perbuatan menghiasi Rawḍah, tetapi tidak mengingkari perbuatan menghiasi Masjid Nabawī, sedangkan kedua-dua perkara ini berada dalam posisi yang sama.

vi Syaykh ‘Alī Juma‘ah mengatakan bahawa Salafī-Wahhābī merupakan gerakan militan dan terrorisme.

vii Syaykh Aḥmad al-Ṭayyib mengatakan bahawa golongan Salafī-Wahhābī tidak layak menggelarkan diri mereka Salafī kerana mereka tidak mengikut manhaj Salaf. Syaykh al-Azhar ini juga menyifatkan golongan Salafī sebagai “Khawārij masa kini”. Dalam masa yang sama beliau memberi amaran tentang bahaya wujudnya rancangan Salafī-Wahhābī untuk mengubah pemikiran dan manhaj al-Azhar yang bersifat sederhana yang dipertahankan oleh al-Azhar lebih daripada seribu tahun. Dr. Aḥmad al-Ṭayyib juga mengkritik pencerobohan Salafī-Wahhābī ke atas kawasan perkuburan dan makam para awliyā’ dan menegaskan bahawa perbuatan tersebut sebagai bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.

viii Syaykh Yūsuf al-Qaraḍāwī menjelaskan bahawa Salafī-Wahhābī adalah gerakan fanatik yang menganggap dirinya paling benar tanpa salah dan menganggap fahaman yang lain adalah salah. Beliau juga mengatakan gerakan Salafī-Wahhābī di Gaza lebih suka memerangi dan membunuh sesama muslim daripada membunuh Yahūdī.

ix Syaykh Muḥammad Sa‘īd Ramaḍān al-Būṭī menyatakan bahawa fahaman Salafī-Wahhābī sebagai fahaman yang menyeleweng, bersifat radikal dan menganjurkan kegiatan terrorisme agama.

x Syaykh Wahbah al-Zuhaylī mengatakan Salafī-Wahhābī yang mengkafirkan Jamā‘ah Tablīgh. Golongan Salafī-Wahhābī adalah orang-orang yang suka mengkafirkan majoriti kaum Muslim selain diri mereka.

xi Satu persidangan berkaitan dengan “Fahaman Salafī-Wahhābī Mengancam Dunia Islam” yang dihadiri oleh para ‘ulamā’ al-Azhar dan beberapa orang tokoh Gerakan Islam telah diadakan pada tahun 2010. Persidangan ini telah mengambil ketetapan dan menegaskan bahawa sesungguhnya Salafī-Wahhābī merupakan satu pemikiran dan gerakan musuh yang paling berbahaya bagi umat Islam dan dunia. Ia juga tidak kurang bahayanya jika dibandingkan dengan Gerakan Zionis, kerana ia menyebarkan pemikiran dan sikap serta tindak tanduk yang bengis. Selain itu, ia bersifat ganas (teroris), berperasaan benci serta sikap mudah mengkafirkan mana-mana pihak yang bertentangan dengan pendapat mereka.

Reaksi yang ditunjukkan oleh para ‘ulamā’ di atas menggambarkan bahawa gerakan Salafī-Wahhābī tidak hanya menyeleweng daripada jumhūr Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah, tetapi juga merupakan satu gerakan yang boleh mendatangkan bencana besar kepada survival ummah dan tamadunnya. Oleh itu, dapat dilihat para ‘ulamā’ telah mula bangun menentang gerakan ini sejak ia lahir hinggalah ke masa kini menerusi pelbagai cara termasuklah penulisan kitab-kitab bagi menolak fahaman yang menyeleweng ini.

37 6. KESIMPULAN

Secara kesimpulannya dapat dirumuskan bahawa ASWJ adalah satu kelompok yang telah pun dikenali identitinya. Malah sebahagian ‘ulamā’ telah menjelaskan ciri-ciri kelompok ASWJ berdasarkan kepada manhajnya, prinsipnya dan beberapa ciri lain yang telah ditetapkan oleh ‘ulamā’ terdahulu. Oleh itu tidak harus dinisbahkan satu-satu kelompok kepada Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah melainkan mereka yang benar-benar beriltizam dengan prinsip, manhaj dan identiti mereka sebagaimana yang telah pun diperkenalkan oleh

‘ulamā’ terdahulu dari kalangan Salaf mahupun Khalaf. Mereka yang tidak beriltizam dengan manhaj dan prinsip yang telah ditetapkan oleh jumhūr ‘ulamā’, bukanlah dari kalangan ASWJ seperti golongan Syī‘ah dan Khawārij serta beberapa kelompok yang lain, termasuk golongan Salafī-Wahābī kerana manhaj dan prinsip mereka berbeza dengan prinsip dan manhaj yang telah ditetapkan oleh ‘ulamā’ Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah.

BIBLIOGRAFI

Abū ‘Abdullāh, Muḥamad Yusrī. 2004. ‘Ilm al-Tawhīd ‘Inda Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah.

Al-Qāhirah: t.pt.

Abū Ḥanīfah, al-Nu‘mān bin Thābit. 2001. Waṣiyyah. Dalam al-‘Ālim wa al-Muta‘ālim.

Penyunting. Muḥammad Zahīd bin Ḥasan Kawtharī. Miṣr: Al-Maktabah al-Azhariyyah Li al-Turāth.

Aḥmad Maḥmūd Ṣubhī. 1977. Fī ‘Ilm al-Kalām (al-Asy‘ariyyah): Dirāsah al-Falsafiyyah li Arā’ Firaq Islāmyyah Fī Usūl Dīn. Juz 2. Miṣr: Muassasah Thaqāfah al-Jāmi‘iyyah.

‘Alī Jum‘ah. 2005. al-Bayān lima yashghul al-Azhān. Al-Qāhirah: Al-Maqātam Li al-Nashr wa al-Tauzī‘.

al-Ash‘arī, al-Imām Abī al-Ḥasan ᶜAlī bin Ismā‘il. 1950. Maqālat al-Islāmiyyīn wa al-Ikhtilāf Muṣallīn. Pnyt. Muḥammad Muhyiddin abd Hamid. Al-Qāhirah: Maktabah al-Nahḍah al-Miṣryyah.

al-Ashᶜarī, al-Imām Abī al-Ḥasan ᶜAlī bin Ismā‘il. 1977. Al-Ibānah ‘an Usūl al-Diyānah.

Pnyt. Fawqiyyah Husin Mahmud. Al-Qāhirah: Dār al-Ansar.

al-Ashᶜarī, al-Imām Abī al-Ḥasan ᶜAlī bin Ismāᶜil. 1344H. Istihsān al-Khaūd fī ᶜIlm al-Kalām.

India: Maṭbaᶜah Majlis Dairah al-Maarif al-Nizamiyyah

al-Baghdādī, Abd al-Qāhir bin Ṭāhir bin Muhamad.1982. Al-Farq Bayn al-Firāq. Terj.

Ibrahim Abū Bakar. Aqidah Ahli as-Sunnah wa al-Jama’ah. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

al-Baghdādī, Abd al-Qāhir bin Ṭāhir bin Muhamad. 1988. Al-Farq Bayn al-Firāq wa Bayān al-Firqat al-Nājiyah Minhum. Al-Qāhirah: Maktabah Ibn Sinā.

Baqilanī, Abū Bakar Muḥamad bin Ṭayyib. 1998. Al-Taqrīb Wa Irsyād. Bayrūt: al-Risālah Publisher.

Būṭī, Muḥammad Saᶜīd Ramaḍān. 1990. Al-Salāfiyyah: Marḥalah Zamaniyyah Li al-Mubārakah Lā Mazhab al-Islāmiyy. Damsyiq: Dār al-Fikr.

al-Buti Muḥammad Saᶜid Ramadhan et al. T.th. Ahl al-Sunnah al-Asyā‘irah, Syahādatu

‘Ulamā’ al-Ummah Wa Adillatuhum. T.tp: Dār al-Ḍiya’ lil al-Nasyr wa al-Tauzīᶜ.

al-Ghazālī, Muḥamad bin Muḥamad bin Aḥmad. 1927. Miᶜyār al-ᶜIlm Fī al-Manṭiq. Pnyt.

Mahy al-Dīn Ṣabrī al-Kurdī. Miṣr: Tabaᶜah al-ᶜArabiyyah.

al-Ghazālī, Muḥamad bin Muḥamad bin Aḥmad. 1972. Taḥāfut al-Falāsifah. Pnyt. Sulyman Dunya. Miṣr: Dār al-Maᶜarif.

38

Al-Ījī, ‘Aḍd al-Dīn. 2004. Sharh Mukhtaṣar al-Muntaḥā al-Uṣūlī. Pnyt. Muḥammad Ḥasan Muḥammad Ḥasan Ismāᶜil. Bayrūt: Dār al-Kutub al-ᶜIlmiyyah.

Iblāgh, ‘Ināyat Allāh. 1971. al-Imām al-Aᶜẓham Abī Hanīfah al-Mutakallim. T.tp: al-Majlis al-A‘lā Lī al-Shu’ūn al-Islāmiyyah

Ibn ‘Ābidīn, Muḥammad Amīn. 1995. Hashiyyah radd Mukhtār. Jil. 1. Bayrūt: Dār al-Fikr.

Ibn ‘Asākir, Abū al-Qāsim Ali al-Ḥasan bin Hibbat Allāh al-Dimasyqī. 1347H. Tabyīn Kazb Muftarī Fīmā Nusiba Ilā Imām Abī Ḥasan Ashᶜāri. Damsyiq: Maṭbaᶜah al-Tawfīq.

Ibn Ḥajar, Aḥmad bin ᶜAlī. 1968. Inbā’ al-Ghumr bi Abnā’i al-ᶜUmr Fī al-Tārīkh. Juz 2.

Pnyt. Muḥamad bin ᶜAbd Muᶜīd Khān. Haydarabad: Majlis Dā'irat Maᶜārif

al-‘Uthmāniyah.

Ibn al-‘Imād, Abū al-Fallāh Abd al-Harr bin Ibn al-Hanbali. 1989. Shadharāt al-Zahab. 8 Juz. Pnyt. Maḥmūd al-Arna’uṭ. Bayrūt: Dār Ibn Kathīr.

Ibn Kathīr, Abū Fida’. 1966. Al-Bidāyah wa Nihāyah. 14 Juz. Bayrūt: Maktabah Dār al-Maᶜārif.

Ibn Khalqān, Abū al-ᶜAbbās Syams al-Dīn Aḥmad bin Muḥamad bin Abū Bakr. 1968.

Wafiyāt Aᶜyān: Wa Anbā’ Abnā’ Zamān. Pnyt. Iḥsān ᶜAbbās. Bayrūt: Dār al-Ṣādir.

Ibn Manẓūr, Muḥammad bin Mukarram bin ᶜAlī bin Aḥmad. 1955. Lisān al-ᶜArab. 20 Juz.

Bayrūt: Dār Sadir.

Jalāl Muḥamad ᶜAbd al-Hamīd Mūsā. 1982. Nash’ah al-Ashᶜarīyyah wa Taṭawwuruha.

Bayrūt: Dār al-Kutub al-Lubnānī.

Jurjānī, ᶜAlī bin Sayyid Muḥammad bin ᶜAlī. T.th. Sharh Mawāqif . Pnyt. Aḥmad al-Maḥdi. Al-Qahīrah: Maktabah al-Azhār.

al-Kurdari, Hafiz al-Din bin Muḥammad. 1981. Manāqib Abī Hanīfah. Bayrūt: Dār al-Kitāb al-ᶜArabī.

al-Lalaka’ī, Abī al-Qāsim Hibbat Allāh bin al-Ḥasan bin Manṣūr al-Ṭabari. 2005. Syarh Usūl al-Sunnah. Riyaḍ: Dār Ṭayyibah

al-Malṭī, Abū al-Husayn Muḥamad bin Aḥmad bin ᶜAbd al-Raḥmān al-Shāfiᶜī. 1388H. Al-Tanbīh wa Radd ᶜAlā Ahl Ahwā’ wa Bidāᶜ, Taᶜliq Muhamad Zāhid al-Kawthari. Baghdād: Maktabah al-Muthānī.

al-Miṣrī, Muḥammad Abdul Hadi. 1994. Ahl al-Sunnah Wa al-Jamāᶜah, Maᶜālim al-Inṭilāqah al-Kubrā. Terj. Sidang Pengarang Kintan. Ahlussunnah Waljamaah Petunjuk Jalan yang Benar. Kuala Lumpur: Penerbitan Kintan Sdn. Bhd.

al-Miṣrī, Muḥammad Abdul Hadi. T.th. Ahl al-Sunnah Wa al-Jamāᶜah, Maᶜālim al-Inṭilāqah al-Kubrā. Al-Qāhirah: Dār al-Iᶜlām al-Duwalī.

Mohammad Idrus Ramli. 2009. Madzhab Al-Ashᶜarī, Benarkah Ahlussunnah Wal-Jamaᶜah?

Surabaya: Khalista kerjasma dengan Lajnah Taᶜlif Wan Nasyr (LTNU) Jawa Timur.

Mohammad Syakirin al Ghozaly. 2010. Fahaman Al-Ashāᶜirah Dalam Nadlatul Ulama Di Indonesia. Dlm. Kertas Kerja Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II.

Anjuran Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Kuala Lumpur, 20-22 Julai 2010.

Mohd Haidhar Kamarzaman. 2011. Syiah di Selangor. Tesis Sarjana Muda, Jabatan Usuludin dan Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Hisyam Abd Rahim & Syed Muḥammad Dawilah al-Edrus. 2010. Al-Sanūsī dan Perbahasan Berkaitan Sifat-Sifat Allāh T dengan Merujuk Kepada Kitab Umm al-Barāḥin. Dlm. Isu-Isu dalam Pengajian Islam. Pnyt. Sharifah Khadijah Syed Abū Bakar. Batu Pahat: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

39

Mohd Samsuddin Harun & Azmul Fahimi Kamaruzaman. 2011. Kemunculan Budaya Syiah di Alam Melayu: Satu Kajian Awal. Dlm. Prosiding Seminar Nadwah Ulama Nusantara III. Ketokohan dan Pemikiran Ulama Melayu. Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Shukri Yeoh ᶜAbdullāh. 2009a. Riwayat Hidup Pengarang teks `Umdat al-Muhtajin.

Dlm. Panduan Individu Menuju ke Jalan Allāh s.w.t: Mesej ᶜUmdat al-Muhtajīn Ilā Suluk Maslak al-Mufradīn. Bangi, UKM: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA).

Mohd Sulaiman Yasin. 1997. Ahlis Sunnah Waljamaah. Bangi: Yayasan Salman.

Muḥammad Abdullah. 2000. Laporan Penelitian: Teologi Asyᶜariyyah Nurudin al-Raniri dalam Kitab Durrat al-Farā’id bi Sharh al-ᶜAqāid (suntingan dan kajian isi teks).

Semarang: Universitas Diponegoro.

Mudasir Rosder. 1993. Uluhiyyah dalam Aliran Ashāᶜirah dan Kesannya dalam Pengajian Akidah di Johor. Tesis Dr. Falsafah, Jabatan Usuludin, Universiti Malaya.

Muḥammad Uthman El. Muḥammady. 2006. Ketokohan Ulama Melayu. Dlm. Prosiding Seminar Nadwah Ulama Nusantara III. Ketokohan dan Pemikiran Ulama Melayu.

Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhamad bin Ibrahim Ḥamd. 1416H. Aqīdah Ahl Sunnah Wa Jamāᶜah. Dār al-Waṭan.

Muslim, Muslim bin Hajjaj Qushayrī. Ṣaḥīḥ Muslim. Pnyt. Muḥammad Fu’ād ᶜAbd al-Bāqī. Bayrūt: Dār Ihyā’ al-Turāth al-ᶜArabī.

al-Nashshār, ᶜAlī Sāmiᶜ & al-Talibi, ᶜUmar al-Jāmiᶜ. 1971. ᶜAqāid al-Salaf. Al-Qāhirah: Dār al-Dakwah.

Rāzī, Muḥamad bin ᶜUmar bin Ḥusayn Fahkr Dīn. 1992. Al-Kāsyif ᶜAn Uṣūl al-Dalā’il Wa Fuṣūl al-ᶜIlal. Pnyt. Aḥmad Hijāzī Al-Saqā. Bayrūt: Wāz al-Jā’il.

Rāzī, Muḥamad bin ᶜUmar bin Ḥusayn Fahkr Dīn. 1987. Maṭālib ᶜĀliyah Min al-ᶜĪlm al-Ilāhī. Pnyt. Aḥmad Hijāzī Al-Saqā. Bayrūt: Dār al-Kitāb al-ᶜArabī.

al-Rāzī, Muḥamad bin ᶜUmar bin al-Ḥusayn Fahkr al-Dīn. T.th. al-Mahṣūl Fī ᶜĪlm Uṣūl Fiqh.

Pnyt. Ṭaha Jābir Fiyyaḍ al-ᶜAlwanī. T.tp: Muassasah al-Risālah.

Richard J. McCarthy. 1953. The Theology of al-Ashᶜarī. Bayrūt: Impremerie Catholic.

al-Samᶜānī, Abī Saᶜad ᶜAbd al-Karīm bin Muḥammad bin Manṣūr al-Tamīmī. 1963. Al-Ansāb. India: Dā’irah al-Maᶜarif al-ᶜUthmaniyya.

al-Sanūsī, Muḥamad bin Yūsuf bin ᶜUmar bin Syuᶜaib. 2005. Al-ᶜAqīdah al-Wusṭa Wa Sharḥuha. Pnyt: al-Sayyid Yūsuf Aḥmad. Bayrūt: Dār al-Kutub al-ᶜIlmiyyah.

al-Sanūsī, Muḥamad bin Yūsuf bin ᶜUmar bin Syuᶜaib. 1351H. Sharh Umm al-Barāḥin. T.tp:

Maṭbaᶜah al-Istiqāmah.

al-Sibaᶜī, Musṭafā. 1985. Al-Sunnah wa Makānatuḥā fi al-Tashrīᶜ al-Islāmī. Bayrūt:

Maktabah al-Islāmī.

Sayyid ᶜAbd al-Raḥmān bin Muḥamad. 1381H. Bughyat al-Mustarshidīn. Al-Qāhirah:

Matbaᶜah Amīn ᶜAbd al-Majīd.

Siti Saadiah Shafik. 2010. Perbahasan Ilāhiyyat Menurut Ulama Ashāᶜirah: Tinjauan Terhadap Pemikiran Fakhr Al-Din Al-Rāzī Dalam Muhassal. Dlm. Kertas Kerja Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II. Al-Ashāᶜirah dan Cabaran Mutakhir. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

al-Subkī, Abū Naṣr ᶜAbdul Wahhāb bin ᶜAlī bin ᶜAbd al-Kāfī. 1918. Ṭabaqāt al-Shāfiᶜiyyah al-Kubrā. Juz. 3. Al-Qāhirah: Dār Ihyā’ al-Kutub al-ᶜArabiyyah.

al-Taftazanī. 1987. Sharḥ al-ᶜAqā’id al-Nasafiyyah. Pnyt. Ahmad Hijāzī al-Saqā. Al-Qāhirah:

Maktabah al-Kulliyyat al-Azhariyyah.

al-Tirmidhī, Muḥammad bin ᶜĪsa. 1937. Sunan al-Tirmīdhī. Miṣr: Musṭafā al-Bābi al-Halabī.

40

Wan Zailan. 1994. Asal-Usul, Pengaruh dan Kesan Aliran al-Ashᶜarī dan Ashāᶜirah di Malaysia dan Kepulauan Melayu. Dlm. Malaysia Dari Segi Sejarah. Hlm. 84-106.

Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.

Watt W.M. 1962. Islamic Philosophy and Theology. Edinburgh: University Press.

Yusof bin Yunus. 2007. Mengenal Ahli as-Sunnah wa al-Jama’ah. Selangor: Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor.

al-Zabīdī, Muḥammad bin Muḥammad al-Husaynī. T.th. Ittihāf al-Sādāt al-Muttaqīn. Juz. 2.

Bayrūt: Dār al-Kutub al-ᶜIlmiyyah.

al-Zabīdī, Muḥammad bin Muḥammad al-Husaynī. 1994. Ittihāf al-Sādāt al-Muttaqīn. Juz. 2.

Bayrūt: Muassasah al-Tārikh al-ᶜArabī.

Abu Dawud, Sulayman ibn al-Ash‘ath al-Sijistani al-Azdi. 1956. Sunan Abi Dawud. Jld 3.

Beirut: Al-Matabi al-Majidi.

Abu Zahrah, Muḥammad. t.th. Tarikh al-Madhahib al-Fiqhiyyah. Jld 2. Kaherah: Ma’tabah al-Madani.

Abu Zahrah, Muḥammad. 1996. Tarikh Mazahib Islamiyyah. Kaherah: Dar Fikr

al-‘Arabi.

Ahmad Faidzurrahim. 2013. Darah Wahabi. Setapak: Darul Taklim.

Ahmad Zaini Dahlan. t.th. al-Durar al-Saniyyah fi al-Rad ‘ala al-Wahabiyyah Dar jawami’

al-Kalam. Kaherah: Dar al-Arabi.

al-Amidi, Ali b Abi Ali b Muḥammad. 1971. Ghayat al-Maram fi ‘llm al-Kalam, Suntingan Hasan Mahmud Abd al-Latif, Kaherah: al-Majlis al-A’ala li al Syu’un al-Islamiyyah.

Amin Daud. 2010. Tafsir lengkap ayat-ayat mutasyabihat ‘Dua tangan’ bagi Allāh SWT.http://al-amindaud.blogspot.com.

Aizam Mas’od. 2013. Soal Jawab Syiah di Malaysia. Putrajaya: JAKIM.

Aizam Mas’od. 2010. Diskusi Isu Bid’ah dan Anti Mazhab Dlm Diskusi Isu Akidah dan Pemikiran Semasa. Putrajaya: JAKIM.

Ali, Jum’ah. 2005. Al-bayan Lima Yusyghiluhu al-Azhan. Kaherah: al-Muqatim li al-Nasyr wa al-Tauzi.

Azril Mohd Amin. 2014. Pertubuhan-pertubuhan Islam di Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (Muslim UPRO) ke Geneva, Switzerland Dlm Seminar Islam dan Hak Asasi Manusia. Bangi: UKM.

Aziz Hanafi. 2010. Kertas kerja dalam Muzakarah Ulama’ Se-Melaysia dalam menangani Isu-isu Akidah dan Syariah; Isu-isu Akidah yang mencabar kesucian Ahli as-Sunnah wa al-Jama’ah al-Asya’irah di Malaysia. Kedah: Insaniah.

al-Baihaqi, t.th. Abu Bakr Ahmad bin al-Husain, al-I’tiqad ‘ala Mazhab al Salaf Ahli as-Sunnah wa al-Jama’ah. Tahqiq Abdullah al-Shiddiq al-Ghumari.Kaherah: Dar Ma’rifah.

al-Baihaqi, Imam. 1985. Al-I’tiqad wa al-Hidayah. Edisi ke-2. Amman: ‘Alim al-Kutub.

al-Baghdadi, Abu Manzur Abdul Qahir bin Tahir, al-Farq baina al-firaq wa Bayan al-Firqah al-Najihah. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Illmiyah.

al-Buti, Muḥammad Said Ramadan. 1996. al-Salafiyyah. Damsyiq: Dar al-Fikr al-‘Arabi.

al-Bukhari, Muḥammad b Ismail b Ibrahim Ibn al-Mughirah. t.th. Sahih al-Bukhari. Beirut:

al-Bukhari, Muḥammad b Ismail b Ibrahim Ibn al-Mughirah. t.th. Sahih al-Bukhari. Beirut:

Dokumen terkait