• Tidak ada hasil yang ditemukan

SARANAN KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK (MAIPk)

TAHUN/ NAMA

5.2 SARANAN DAN CADANGAN

5.2.2 SARANAN KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK (MAIPk)

Terdapat beberapa cadangan dan saranan yang penulis dapat kemukakan kepada pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dalam meningkatkan lagi kutipan zakat termasuklah zakat perniagaan iaitu :

(1) Bekerjasama Secara Langsung Dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Sepertimana yang diketahui, setiap syarikat yang mahu menjalankan perniagaannya perlu mendaftar terlebih dahulu dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Oleh itu, penulis menyarankan agar pihak Majlis Agama Islam membuat kerjasama secara langsung dengan agensi kerajaan ini. Melalui kerjasama ini, tugas MAIPk akan menjadi lebih mudah untuk mengenal pasti mana-mana syarikat milik orang Islam yang berdaftar dengan agensi ini untuk diberi penerangan tentang kewajipan mereka untuk menunaikan zakat perniagaan apabila telah memenuhi syarat-syarat wajibnya. Tidak dapat dinafikan kadang-kadang para peniaga ini terlupa untuk menunaikan tanggungjawab mereka tersebut kerana leka menguruskan perniagaan mereka serta juga kurang kefahaman mengenai kewajipannya. Oleh itu, menjadi kewajipan kepada pihak Majlis Agama Islam yang merupakan pihak yang berautoriti dalam kerajaan negeri mengenai zakat untuk sentiasa memberi peringatan tentang tanggungjawab mereka sebagai peniaga muslim.

149

(2) Berusaha Untuk Menguatkuasakan Undang-Undang

Pihak MAIPk boleh mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Perak supaya berusaha untuk menggubal satu akta atau enakmen yang mewajibkan para peniaga ini membayar zakat perniagaan mereka ke saluran rasmi yang telah disediakan oleh kerajaan. Jika Lembaga Hasil Dalam Negeri boleh mewajibkan syarikat-syarikat untuk membayar cukai

kepada mereka,303 maka mengapa Majlis Agama Islam tidak boleh berbuat demikian.

Sedangkan zakat perniagaan termasuk salah satu daripada ibadat dalam Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap peniaga yang beragama Islam apabila telah memenuhi syarat-syarat kewajipannya.

Manakala cukai pula adalah bergantung kepada budi bicara daripada kerajaan. Walaupun terdapat peruntukan undang-undang pada tahun 1967 yang memberi rebat

cukai304 kepada para peniaga yang membayar zakat perniagaan kepada MAIPk, tetapi

pembayaran ini hanyalah berbentuk pilihan kepada peniaga. Dan sepatutnya peruntukan ini boleh dikaji semula supaya bersifat lebih tegas daripada sebelumnya.

(3) Mempermudahkan Pengagihan Zakat Dan Bukan Menyusahkan

Antara faktor yang menyebabkan segelintir peniaga tekstil ini tidak mahu membayar zakat perniagaan mereka kepada MAIPk kerana mereka berpendapat bahawa pihak majlis mengambil masa yang lama untuk bertindak ketika dimaklumkan mengenai golongan yang susah atau memerlukan. Ini menyebabkan para peniaga ini hilang

303 Portal Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, “Ketetapan Umum,” dicapai 1 Januari 2013, http://www.hasil.gov.my/pdf/ pdfam/KU05_2011.pdf.

304 Ahmad Ibrahim, “Penyelarasan Zakat Perniagaan,Penggajian Dan Pendapatan Bebas Dalam Perundangan Cukai” (kertas kerja, Seminar Penyelarasan Zakat Dan Cukai Pendapatan Di Malaysia, Dewan Muktamar Pusat Islam Malaysia, Jalan Perdana, Kuala Lumpur, 28-29 Mac 1988), 2.

150

kepercayaan terhadap kewibawaan MAIPk yang mengakibatkan mereka ini lebih suka mengagihkan sendiri zakat perniagaan kepada asnaf berkenaan. Walaupun ini merupakan perkara kecil tetapi boleh memberi kesan kepada kutipan zakat dari semasa ke semasa. Tambahan lagi, pada masa kini telah berlaku peningkatan kos sara hidup yang menyebabkan golongan-golongan yang susah ini memerlukan bantuan kewangan untuk meneruskan kehidupan seharian mereka. Oleh itu, pihak MAIPk khususnya perlu bertindak dengan lebih agresif untuk mengurangkan bebanan golongan-golongan ini seberapa segera yang mungkin dengan menggunakan dana zakat yang telah dipungut kerana inilah fungsi sebenar zakat dan bukan hanya untuk disimpan sebagai tontonan masyarakat sahaja. Tindakan yang dilakukan ini sudah tentu akan mendapat kepercayaan yang tinggi daripada peniaga-peniaga ini untuk menyerahkan zakat perniagaan mereka kepada MAIPk.

(4) Menambahkan Pekerja-Pekerja Yang Mahir Dan Terlatih

Sebagaimana yang dimaklumi, pihak MAIPk ada melaksanakan beberapa program untuk pembangunan golongan-golongan asnaf. Walau bagaimanapun, program-program ini terdapat juga beberapa halangan seperti kekurangan tenaga kerja untuk melakukan pemantauan dari semasa ke semasa. Ini menyebabkan beberapa individu tertentu yang terpilih tadi akan menjual semula barangan yang telah diberi oleh Majlis Agama Islam sebagai modal perniagaan mereka dan akhirnya mengakibatkan mereka terus berada dalam

keadaan kemiskinan.305 Oleh itu, penulis mencadangkan supaya pihak MAIPk

memanfaatkan mahasiswa-mahasiswa lepasan universiti yang masih belum mendapat pekerjaan untuk diserapkan ke dalam pengurusan program-program ini. Sebelum itu,

305 Munawir Bin Muhammad Noh (Eksekutif Zakat (Dakwah & Promosi) Bahagian Zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak), dalam temubual dengan penulis, 20 Jun 2012.

151

mahasiswa-mahasiswa ini boleh diberi beberapa kursus terlebih dahulu agar mereka faham tujuan dan perlaksanaan program-program berkenaan. Ini disebabkan mahasiswa-mahasiswa ini telah diajar dengan ilmu ketika mereka menuntut di universiti, tetapi mungkin kurang dari segi kemahiran dan pengalaman. Jadi melalui latihan yang diberikan akan dapat mematangkan mereka ini serta boleh memudahkan urusan pihak MAIPk juga. Di samping itu, peluang yang diberi oleh pihak MAIPk kepada mereka ini sekurang-kurangnya dapat membantu kerajaan untuk mengurangkan masalah pengangguran di kalangan mahasiswa ini.

5.3 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, peranan yang dimainkan oleh Majlis Agama Islam amat besar kesannya kepada masyarakat Islam di Malaysia khususnya di Negeri Perak. Walaupun tidak dinafikan bahawa pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) mempunyai beberapa kelemahan seperti yang didakwa oleh sesetengah peniaga, kedudukan mereka sebagai wakil kepada pemerintah untuk mengutip dan mengagih zakat tetap tidak boleh dipertikaikan oleh pengeluar zakat. Mereka ini hanya menjalankan tugas sepertimana yang telah diarahkan oleh kerajaan. Namun pada masa yang sama, pihak MAIPk pula perlulah menunjukkan komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebaik mungkin. Tidak bermakna jika pihak Majlis Agama Islam hanya menggalakkan para peniaga ini untuk membayar zakat kepada mereka sedangkan prestasi mereka masih berada di tahap yang sama atau sederhana.

152

BIBLIOGRAFI