• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERKEMBANGAN PERINDUSTRIAN DAN PERNIAGAAN TEKSTIL DI NEGERI PERAK

3.3 SEJARAH SYARIKAT-SYARIKAT TEKSTIL DI PERAK

3.3.2 SYARIKAT MILIKAN TUNGGAL

Di bawah ini pula, dihuraikan tentang sejarah penubuhan beberapa syarikat tekstil yang terdiri dalam kategori syarikat jenis ini. Antara syarikat-syarikat berkenaan adalah sepertimana berikut :

92

(1) Syarikat Gesamas Sdn Bhd

Syarikat ini telah diasaskan oleh Hajjah Azizah Mohamad Yusuf dengan bantuan dua orang anaknya, En. Haris B Abu Kassim dan Puan Mardziah Bt Abu Kassim yang

merangkap sebagai pengarah urusan syarikat ini.230

Pada asalnya, nama syarikat ini adalah Mawar Cahaya Seni Tekat Enterprise yang telah ditubuhkan pada tahun 1995. Bermodalkan RM15,000, perusahaan itu memulakan operasi mereka di kedai yang terletak di Pekan Kuala Kangsar. Antara hasil sulaman tekat benang emas yang dihasilkan ialah sarung bantal, cadar, alas meja, kusyen, lambang-lambang negeri, lapik peralatan pelamin, langsir serta pelapik hantaran pertunangan dan perkahwinan. Menurut Puan Mardziah, tempahan yang semakin meningkat telah menyebabkannya terpaksa membeli sebuah mesin jahit sulam serta menggunakan bantuan pekerja separuh masa. Meskipun menggunakan mesin jahit tekat, hasil kerja tangan masih tetap diutamakan kerana ia lebih berkualiti dan halus. Selain itu, syarikat ini juga menggunakan benang emas berkualiti yang diimport dari Jerman. Dua tahun selepas itu, barulah syarikat Mawar Cahaya Seni Tekat Enterprise ditukar namanya kepada Syarikat Gesaman Sdn Bhd dengan kapasiti pengeluaran yang lebih besar. Di samping itu, syarikat ini juga mempunyai sebuah bengkel yang dilengkapi dengan mesin-mesin jahit pelbagai

fungsi di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.231 Pada masa kini, Hajjah Azizah dan

anaknya sering menjadi tempat rujukan oleh para pelajar dari institusi pengajian tinggi

serta peminat hasil seni tekat ini sama ada yang datang dari dalam atau luar negara.232

230 Azizah Bt Mohd Yusof (Pengarah Syarikat Gesamas Sdn Bhd), dalam temubual dengan penulis, 25 Julai 2012. 231 The Portal Perak Today, dicapai 14 Mac 2012, http://peraktoday.com/wp/?p=20122.

93

(2) Syarikat Ain Hias233

Syarikat ini pula telah memulakan perniagaannya pada tarikh 12 Mac 2002 sehinggalah sekarang. Pada asalnya, syarikat ini hanya menjalankan operasinya secara kecil-kecilan dengan menyewa di bangunan Arked Mara selama lebih kurang tiga tahun. Sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan telah mendorong pemiliknya untuk mengembangkan perniagaannya ke tempat yang lebih strategik iaitu di Jalan Bendahara Kuala Kangsar yang sekarang ini merupakan kedai beliau sendiri setelah menyewanya lebih kurang lima tahun.

Berkenaan dengan barang yang diperniagakan pula, beliau telah mengusahakan jahitan langsir, hiasan dalaman rumah serta menjual cadar-cadar. Di samping itu, beliau juga sering menerima tempahan atau kontrak daripada sektor kerajaan untuk melakukan hiasan di dalam pejabat atau jabatan kerajaan.

(3) Afshar Textile234

Nama syarikat ini telah diambil berdasarkan nama pemilik syarikat ini iaitu Encik Afshar Bin Amir. Pada asalnya, syarikat ini telah ditubuhkan di negeri Sabah pada tahun 1988 oleh bapa beliau. Kemudiannya pada tahun 1998, beliau telah memindahkan perniagaan ini ke Negeri Perak iaitu di tengah bandar Taiping kerana bapa beliau telah pulang ke negara asalnya, Pakistan.

Berkenaan dengan barang yang diperniagakan pula, beliau lebih banyak menumpukan kepada perniagaan permaidani walaupun sebelum ini beliau turut juga

233 Nooraini Binti Abu Hassan (Pengurus Syarikat Ain Hias), dalam temubual dengan penulis, 8 September 2012. 234 Afshar Bin Amir (Pengarah Afshar Textile), dalam temubual dengan penulis, 26 September 2012.

94

menjual kain-kain. Menurut beliau, pada masa kini terdapat dua buah cawangan yang telah ditubuhkan iaitu sebuah di Nilai, Negeri Sembilan, manakala sebuah lagi di Jalan Taming Sari Taiping, Perak, sepertimana yang terdapat pada hari ini.

(4) FR Zaini Collection235

Nama pemilik atau pengasas syarikat ini adalah Encik Zaini Bin Johari yang juga merupakan pengarah kepada syarikat FR Zaini Collection. Menurut beliau, syarikat ini telah ditubuhkan sejak tahun 1998 lagi yang dijalankan secara sederhana pada awalnya di sebuah kedai yang disewa oleh beliau di Bandar Taiping. Setelah perniagaan beliau semakin berkembang, beliau telah mengambil inisiatif untuk membuat pinjaman bank dengan tujuan untuk memindahkan perniagaan tersebut ke sebuah premis yang lebih besar yang telah dibeli oleh beliau sejak tahun 2004. Sebelum ini, barang perniagaan beliau hanyalah melibatkan penjualan tudung-tudung muslimah sahaja. Kemudiannya, beliau telah mengembang dan menambahkan lagi stok perniagaannya seperti menjual jubah-jubah, pakaian-pakaian wanita serta lelaki termasuklah songkok dan kopiah.

(5) Syarikat A & A Carpets236

Syarikat ini telah ditubuhkan sejak tahun 1948 oleh bapa kepada pemilik syarikat ini, Encik Abdul Kayum Khan, sebelum diambil alih oleh anak beliau sendiri iaitu Dato’ Abdul Aziz Khan yang merangkap juga sebagai pengarah syarikat ini sehinggalah sekarang. Pada masa itu, bapa beliau yang dibantu oleh beliau sendiri telah menjual

235 Zaini Bin Johari (Pengarah FR Zaini Collection), dalam temubual dengan penulis, 26 September 2012.

95

permaidani yang dihasilkan melalui buatan tangan yang diimport dari Parsi, India, Pakistan dan lain-lain. Pada tahun 1960-an iaitu setelah syarikat ini diambil alih oleh beliau, penghasilan permaidani telah mula diubah melalui pembuatan dengan mesin. Pada masa kini, beliau banyak menerima kontrak atau tempahan dari pelbagai pihak sama ada dari dalam atau luar negara untuk pemasangan karpet di merata-rata tempat seperti di istana-istana, hotel-hotel, pejabat-pejabat kerajaan, masjid-masjid, di London, Switzerland, Brunei dan sebagainya. Beliau pada mulanya mempunyai tiga lagi cawangan iaitu di Ipoh dan Manjung, Perak serta di Kulim, Kedah. Namun begitu, beliau telah menyerahkan semua cawangan-cawangan ini kepada adik-adiknya sendiri kerana beliau mahu menumpukan sepenuhnya kepada syarikat beliau di Taiping sahaja. Manakala barangan yang diperniagakan pula, beliau hanya memfokuskan kepada penjualan dan tempahan untuk memasang permaidani yang diimport dari Turki, Mesir, China, Indonesia dan Thailand.

(6) Permai Koleksi Enterprise237

Syarikat ini telah didaftarkan pada tahun 1997 yang diusahakan sesama ahli keluarga sendiri. Pada mulanya syarikat ini terletak di Gunung Rapat Ipoh sebelum berpindah ke Medan Gopeng di dalam bandaraya Ipoh juga. Sebelum ini, pemilik syarikat hanya mengambil stok barang daripada orang lain. Namun begitu, perkembangan perniagaan yang amat menggalakkan telah mendorong mereka ini untuk menghasilkan barangan perniagaan sendiri melalui kilang yang telah ditubuhkan di Bandung, Indonesia yang telah beroperasi selama empat tahun iaitu sejak tahun 2008.

96

Barang perniagaan utama mereka adalah pakaian haji dan umrah, jubah, pakaian muslim serta muslimah. Barang-barang ini setelah siap diproses di sana akan dihantar ke Malaysia melalui jalan laut iaitu dengan menggunakan kapal kargo. Pada masa kini, syarikat ini mempunyai empat cawangan iaitu dua buah di Medan Gopeng Ipoh, sebuah di Kulai, Johor, manakala sebuah lagi di Kuantan, Pahang.

(7) Nurul Koleksi238

Syarikat Nurul Koleksi ini pula telah beroperasi sejak tahun 2007 lagi. Sebelum itu, syarikat ini hanya menyewa dan menjalankan perniagaannya di bangunan pusat beli-belah Greentown Mall Ipoh. Perkembangan daripada perniagaan tersebut telah mendorong pemiliknya untuk memindahkan perniagaannya ke sebuah premis yang lebih strategik dan luas yang terletak di Greentown Nova Ipoh.

Menurut Penolong Pengarah, Elsa Rosyanti Binti Baharom, syarikat ini telah diusahakan bersama suaminya yang merangkap juga sebagai pengarah syarikat ini yang menggunakan modal mereka sendiri. Manakala barangan yang diperniagakan pula adalah terdiri daripada baju kurung, jubah, tudung, pakaian kanak-kanak, baju melayu, songkok dan sebagainya.

97

3.4 KEWAJIPAN ZAKAT PERNIAGAAN KE ATAS PERINDUSTRIAN DAN