• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP DI SABAH

Dalam dokumen Nota Kursus Manikayu Pengenalan (Halaman 33-38)

Bermula pada tahun 1913 di Sandakan oleh Rev. Thomas Cecil Alexander, Beliau dikenang sebagai Pengasas Pergerakan Pengakap di Negeri Sabah. Beliau berkhidmat sehingga tahun 1926 dan kembali ke England

Berkembang ke Daerah Kudat pada tahun 1922 oleh Mr. G.L. Gary dan Mr. Jules Stephens. Jesselton (Kota Kinabalu) pada tahun 1923 oleh G.C. Irving dan G.L. Gary. Lahad Datu pada tahun 1924 oleh Mr. H.M. Ince iaitu memegang jawatan sebagai pegawai daerah di Lahad Datu pada ketika itu. Tawau pada tahun 1937 oleh Datuk Sam Lourdes dan Encik Othman Haji Abu Bakar.

Pada tahun 1941 hingga tahun 1945, pergerakan Pengakap di Negeri ini telah terbantut, walau bagaimana pun ahlinya bergerak secara tersembunyi untuk menentang penjajahan Jepun pada ketika itu. Ramai ahli Pengakap gugur dalam perang ketika menentang penjajahan Jepun antaranya ialah:

 Jules Stephens  Charlie Peter  Lee Tet Phui  Corrie Dominic  Andrew Wong  Thu Hon Yin  Vitalianus Lim  Liew Pau Thong  Kong Su En  Kong Su Liong  Lo Vui En  Chin Thin Kiew

 Lee Vui Liong  Kong Sze Phui  Chin Shen Kee  Kong Thau Liong  Kong Thiam Vui  Stephen Chu  John Jayasuria  Chong Kui siong  Liew Hon Khiong  Wong Tsi Choi  Chin En Soong  Lo Vui Nyen

Pasukan Latihan Negeri, PPM Cawangan Sabah 34

Pergerakan Pengakap telah digabungkan semula sejurus selepas peperangan tamat dan Persekutuan Pengakap Borneo Utara telah diwujudkan pada tahun 1948 dan Encik J.B Winders telah dilantik selaku Ketua Pesuruhjaya yang pertama. Walau bagaimanapun sebelum ini Kumpulan - Kumpulan Pengakap telahpun beroperasi. Adalah difahami bahawa Sacred Heart Jesselton telah bergabung dan bergerak lewat tahun 1946. Lain-lain kumpulan adalah seperti All Saint di Jesselton dibawah bimbingan G.S.M. Simon Yew, Basel Mission Jesselton, 1st Beaufort, 1st Labuan, dan St. Mary, Sandakan. Perlu diketahui bahawa ramai Pemimpin Pengakap yang abadi tidak membuang masa dalam menghidupkan semula Pergerakan Pengakap selepas perang.

Perkhemahan Pengakap selepas Perang Dunia telah berjaya dianjurkan pada tahun 1949 dan kejayaan ini ditujukan kepada Kumpulan Sacred Heart. Perkhemahan selama lima hari itu telah diadakan di Pulau Sapi berhampiran dengan Pulau Gaya. Perkhemahan ini “menarik” kerana sistem perhubungan secara terus melalui Perhubungan Radio Tanpa Kabel ( Wireless Radio Communication) telah dibuat dan digunapakai diantara Pulau tersebut dengan tanah besar semasa perkhemahan itu diadakan.

Selepas itu pada tahun 1960 Pameran Pengakap telah diadakan di Padang Lumba Kuda Diraja dan telah mengumpul seramai 350 orang ahli - ahli Pengakap dan ini merupakan satu pertemuan atau perkumpulan yang pertama mengumpul ahli - ahli seramai tersebut dan tujuan utama Pameran ini diadakan ialah menyambut hari perpisahan Encik G.L Gray, Pengerusi Majlis Pengakap di Koloni ini.

Peperangan Dunia ternyata tidak dapat menghalang

pergerakan ini dari berkembang di Sabah. Dalam tahun 1949 itu sendiri, Encik Murshidi Nambi (sekarang Datuk Haji Murshidi Nambi) seorang Pengakap Kelana dari Sarawak telah datang dan menubuhkan Kumpulan Pertama Pengakap di Kota Belud sementara Kumpulan Pengakap Laut yang pertama telah ditubuhkan oleh Encik M.A. Basri. Beliau yang datang dari Johor mendapat pengalaman dalam Pengakap Laut semasa beliau berada di Singapura. Dalam tahun 1955 Kumpulan Pengakap Pertama di Semporna telah ditubuhkan oleh Cikgu Parman (sekarang Datuk Haji Parman).

Adalah diperhatikan bahawa sebelum tahun 1950, semua Pesuruhjaya Daerah bukanlah orang tempatan kerana semua Resident secara automatis menjadi Pesuruhjaya Daerah. Walaubagaimanapun Encik Simon Yew telah menjadi orang tempatan pertama yang telah dilantik selaku Pesuruhjaya Daerah. Beliau bertanggungjawab bagi daerah Pantai Barat. Selepas itu diikuti oleh Encik Sam Lourdes yang telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Daerah bagi Pantai Timur pada tahun 1955, Encik Tan Tze Tsu (sekarang dikenali sebagai Datuk Haji Farid Tan ) telah menggantikan Encik Sam Lourdes pada tahun 1958 dan Encik Jagendar Singh sebagai Pesuruhjaya Daerah Pendalaman pada tahun 1959.

Datuk OKK. Hj. Murshidi Nambi 2009

Pasukan Latihan Negeri, PPM Cawangan Sabah 35

Ahli Pengakap pertama kelahiran tempatan yang menerima Manikayu ialah Encik Mak Sin Loon pada tahun 1959 manakala bumiputera tempatan yang pertama yang menerima Manikayu ialah Encik Zaini Mohd. Isa (Sekarang Y.B Datuk Haji Zaini Mohd. Isa). Encik Mak Sin Loon seterusnya menerima anugerah D.C.C ( 4 Manikayu ) dan menjadi orang tempatan pertama yang menjadi Jurulatih A.C.C.

Pergerakan Pengakap di Sabah telah diiktiraf dimata dunia dan ini terbukti dengan kunjungan - kunjungan orang penting untuk melihat sendiri perkembangan ini diantaranya ialah Lord Rowalan, Ketua Pengakap Komenwel pada tahun 1954 dan Olave Lady Baden Powell pada tahun 1958 dan Lord Charles Maclean juga Ketua Pengakap Komanwel pada tahun 1971.

Pada tahun 1963, Pergerakan Pengakap menyambut ulangtahun Emas ( Jubli Emas - 1913 hingga 1963 ) dan telah menganjur Perkhemahan Jubli Emas. Ia merupakan pertemuan atau perkumpulan Pengakap Kedua terbesar selepas perkhemahan Patrol Sistem yang telah diadakan pada tahun 1960. Ahli - ahli Pengakap yang hadir datangnya dari seluruh Borneo Utara dan juga dari Brunei dan Sarawak. Perkhemahan ini telah dianjurkan oleh G.W Stevens dan ahli - ahli Majlis Pengakap Negeri.

Pada tahun ini juga Pergerakan Pengakap cawangan Borneo Utara dibawah naungan Pesekutuan Budak - Budak Pengakap Lelaki Britain telah bersedia untuk bertukar haluan untuk menjadi negeri Sabah yang merdeka dalam Malaysia. Sejak itu Borneo Utara dirujuk sebagai Sabah dan Jesselton dikenali sebagai Kota Kinabalu.

Dalam tahun 1964, Perlembagaan Pengakap Malaysia telah dipinda dan memasukkan negeri Sabah dan Sarawak dalam Malaysia sebagai cawangan. Di bawah perlembagaan tersebut Tun Datu Hj. Mustapha Bin Datu Harun menjadi Ketua Pengakap Negeri Sabah yang pertama dan Rev. Cannon Rusted menjadi Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah yang pertama.

Rev. Canon Rusted – Ketua Pesuruhjaya pertama selepas penubuhan PPM.

Tidak lama selepas itu ahli - ahli Pengakap tempatan telah mengambil alih tunggak pentadbiran Pengakap Negeri. Tuan Haji Yusuf Shamsudin menjadi orang tempatan yang pertama yang mengambil alih tampuk pemerintahan dari G.D Muir selaku Pengerusi Majlis Pengakap pada tahun 1965 dan Encik Peter Regis (Datuk Peter Regis) Resident di Pantai Timur menjadi seorang pegawai tempatan yang pertama memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah pada tahun 1968.

Pada tahun 1973, Jubli Intan Pengakap Negeri Sabah (1913 - 1973) telah diadakan. Setiap daerah telah menganjur perkhemahan daerah mereka sendiri sebagai menyambut

Pasukan Latihan Negeri, PPM Cawangan Sabah 36

perayaan ini. Sebuah lencana Perayaan Jubli Intan telah dikeluarkan bagi mengenangkan perayaan ini di negeri Sabah.

Ada beberapa orang ahli - ahli Pergerakan Pengakap yang telah mengabadikan kehidupan mereka kearah pembangunan Pengakap di Sabah. Salah seorang daripada mereka ialah mendiang Datuk Simon Chong Yew. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1898 di China dan telah menjadi Pemimpin Pengakap sejak tahun 1919 di Foochow dan pada tahun 1923 beliau telah berhijrah ke Borneo Utara. Beliau telah menerima waran beliau pada tahun 1923 daripada Ketua Pengakap iaitu Pengasas Pengakap itu sendiri, Lord Baden Powell dan beliau menyertai Kumpulan Pengakap Pertama Sandakan selaku Pemimpin dibawah Rev. T.C. Alexander.

Dalam tahun 1936, beliau telah membawa seramai 30 orang ahli Pengakap dari Sandakan ke Jesselton dan berkhemah di Lok Kawi. Beliau juga menghidupkan semula Kumpulan Pengakap All Saint selepas ianya terkubur semasa Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1948. Selepas itu beliau telah dilantik selaku Pesuruhjaya Daerah Pantai Barat pada tahun 1950. Pada masa itu, Jesselton berada dibawah daerah Pantai Barat, yang mana Pantai Barat merangkumi kawasan-kawasan seperti Kudat, Ranau, Papar, Tuaran dan Putatan. Semasa zaman beliau menjadi Pesuruhjaya Daerah Pantai Barat, beliau sering melawat Kumpulan - Kumpulan Pengakap tersebut walaupun sehingga memaksa beliau untuk berjalan kaki merentas hutan belantara untuk masa berhari - hari. Beliau juga telah mengeluarkan sebuah buku atau majalah Pengakap yang diberi judul “ SCOUTING IN PICTURES “ dan juga telah memperkenalkan sistem Kerja Minggu ( Job Week ) untuk kali pertamanya.

Usaha gigih beliau dalam mempromosi Pengakap, Daerah Pantai Barat telah memberikan beliau anugerah - anugerah Pengakap diantaranya Silver Acorn dari Ketua Pengakap Lord Rowallan pada tahun 1953 dan Honour of M.B.E. dari Ratu Elizabeth pada tahun 1955. Mendiang Datuk Simon bersara dari aktif dalam Pengakap pada tahun 1959 pada usia 61 tahun iaitu selepas 36 tahun berkhidmat di Utara Kepualauan Borneo dan selepas 40 tahun menjadi Pemimpin Pengakap ( Pemimpin Pengakap di Foochow 1919 - 1923 ) Walaubagaimanapun beliau terus menabur jasa dan bergiat aktif dalam Majlis Pengakap Tempatan. Datuk Simon Yew bukan sahaja seorang Pemimpin yang aktif tetapi membuatkan namanya terkenal diperingkat antarabangsa dengan lukisan-lukisannya seperti Gunung Kinabalu dan orkid Phalaenopsis.

Kumpulan Pengakap pertama di Sabah – St. Michael, Sandakan

Pasukan Latihan Negeri, PPM Cawangan Sabah 37

Selain daripada itu, nama-nama seperti mendiang Datuk Sam Lourdes juga merupakan penggerak utama dalam lipatan sejarah Pengakap Negeri Sabah. Berasal dari Malaya ( kini Semenanjung Malaysia ), beliau berhijrah ke Sabah pada tahun 1936. Beliau merupakan seorang pemegang Anugerah Pengakap Raja dari Klang dan merupakan salah seorang ahli Kumpulan Pengakap Pertama Castle Camp

di Kuala Lumpur. Mendiang Datuk Sam Lourdes (duduk sebelah tengah)

Surat bertarikh 22 Disember 1913 yang ditulis oleh Rev. Thomas Cecil Alexander kepada Kolonel Brownrigg di England (Pembantu kepada BP masa itu) memberitahu tentang penubuhan kumpulan Pengakap pertama di Borneo Utara.

Surat ini masih ada dalam simpanan Ibupejabat Pengakap Negeri Sabah.

Pasukan Latihan Negeri, PPM Cawangan Sabah 38

KETUA-KETUA PENGAKAP NEGERI SABAH

Ketua Pengakap 1 Tun Mohd. Fuad Stephens (1963-1964)

Ketua Pengakap 2 Datuk Peter Lo Su Yin (1965-1967)

Ketua Pengakap 3

Tun Datu Hj. Mustapha bin Datu Harun (1967-1975)

Ketua Pengakap 4

Tun Hj. Mohd. Said Keruak (1975- 1976)

Ketua Pengakap 5 Tun Mohd. Fuad Stephens (April – Jun 1976) Ketua Pengakap 6

Datuk Mohd. Noor bin Mansur (1976-1985)

Ketua Pengakap 7

Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan (1985 - Mac 1994)

Ketua Pengakap 8

Tun Hj. Sakaran bin Dandai (Mac 1994- Dis 1994) Ketua Pengakap 9

Datuk Salleh Mohd. Said Keruak (Dis 1994- Mei 1996)

Ketua Pengakap 10 Datuk Yong Teck Lee (May 1996 - May 1998) Ketua Pengakap 11

Tan Sri Datuk Seri Panglima Bernard Giluk Dompok

(Mei 1998 - 13 Mac 1999) Ketua Pengakap 12

Datuk Seri Panglima Osu bin Hj. Sukam (14 Mac 1999 - Mac 2001 )

Ketua Pengakap 13

Tan Sri Datuk Chong Kah Kiat (17 Mac 2001 - 26 Mac 2003)

Ketua Pengakap 14 Yang Amat Berhormat Datuk Seri Musa bin Hj. Aman (27 Mac 2003 - Sekarang)

Dalam dokumen Nota Kursus Manikayu Pengenalan (Halaman 33-38)

Dokumen terkait