• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEKOLAH MALAYSIA

Dalam dokumen MODEL BAHARU STRUKTUR ORGANISASI SEKOLAH (Halaman 90-95)

PENERANGAN RINGKAS MENGENAI STRUKTUR ORGANISASI SEKOLAH

Pada 10 Mac 2014 satu mesyuarat telah diadakan di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membincangkan persediaan pembentangan deraf laporan akhir kajian kepada Jawatankuasa Pemandu. Mesyuarat telah menetapkan format pembentangan dan meminta Perunding menyediakan laporan menggunakan format tersebut.

Ada empat perkara utama yang memerlukan penjelasan tentang Model Baru Struktur Organisasi Sekolah. Pertama, kebaikan dan kelemahan struktur organisasi sedia ada. Kedua, penjelasan tentang fungsi dan struktur organisasi sekolah yang melibatkan penggredan sekolah. Ketiga, menerangkan asas perkiraan bagi menentukan guru akademik berdasarkan model sekolah yang dicadangkan. Keempat, mengemukakan cadangan baharu dan kriteria yang digunakan serta menerangkan sama ada model sekolah tersebut terpakai pada semua jenis sekolah.

Dari aspek kebaikan model sedia ada, ianya mudah digunakan dan bersifat praktikal. Model juga boleh digunakan kepada semua jenis sekolah.Batasan utama model sedia ada ialah, pertama, tidak mengambilkira pelbagai jenis sekolah; kedua, kurang memberi penekanan kepada fungsi-fungsi penting yang “tenggelam” dalam fungsi-fungsi lain; dan ketiga, tidak menyediakan keupayaan sekolah jika Kerajaan melaksanakan Pengurusan Berasaskan Sekolah (School-based Management). Perkara kedua, iaitu fungsi dan struktur organisasi yang melibatkan penggredan sekolah, telah dijelaskan dengan panjang lebar dalam Bab 9 Deraf Laporan Akhir Kajian ini.

Perkara ketiga ialah asas perkiraan bagi menentukan guru akademik berdasarkan model yang dicadangkan. Dua jenis norma perjawatan dicadangkan. Pertama norma berasaskan institusi, dan kedua norma guru akademik berasaskan mata pelajaran. Norma berasaskan institusi telah dihuraikan dengan jelas pada setiap model organisasi sekolah mengikut saiz sekolah: Sekolah Bersaiz Paling Kecil; Sekolah Bersaiz Sederhana Kecil; Sekolah Bersaiz Sederhana; Sekolah Bersaiz Besar; Sekolah Bersaiz Lampau Besar; dan Sekolah Bersaiz Paling Besar. Sila rujuk model-model tersebut. Bagi menentukan bilangan guru akademik untuk setiap model, sila gunakan norma perjawatan baru yang dicadangkan.

Dalam Bab 9 telah dijelaskan tentang kriteria pembentukan model-model baru struktur organisasi sekolah. Ada dua kategori model dicadangkan. Pertama, model “generik” yang boleh digunakan untuk sebahagian besar sekolah. Kedua, model untuk sekolah- sekolah tertentu seperti Sekolah Seni, Sekolah Sukan, Kolej Vokasional, SMKA, SBP, dan lain-lain. Asas perkiraan perjawatan untuk setiap model telah diberikan dalam Bab 9. Sila rujuk dan baca bab tersebut.

Adalah ditegaskan bahawa model baru yang dicadangkan merupakan penambahbaikan kepada model yang sedia ada. Di antara penambahbaikan yang dicadangkan adalah:

 Penambahan bilangan jawatan Guru Penolong Kanan,  Pewujudan jawatan Penyelaras bagi beberapa program,  Pewujudan jawatan Pembantu Guru,

 Penambahan bilangan jawatan Anggota Kumpulan Pelaksana,

 Penambahbaikan keatas norma perjawatan melalui penggunaan dua jenis norma iaitu norma institusi dan norma guru akademik,

 Pengubahsuaian keatas asas atau kriteria pengkelasan sekolah dari Gred A dan Gred B yang sedia ada kepada 6 kategori mengikut saiz sekolah,

 Mencadangkan model generik untuk sekolah-sekolah harian,

 Mencadangkan model-model spesifik untuk jenis-jenis sekolah tertentu

Model baharu struktur organisasi sekolah direkacipta berasaskan lima komponen ‘Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025’ seperti berikut:

1. Kualiti

i. Guru boleh menumpukan kepada pengajaran dan pembelajaran tanpa membuat tugas-tugas lain yang boleh membebankan tugas guru.

ii. Melalui konsep ‘Continuous Professional Development’, guru boleh meningkatkan profesionalisme keguruan. 2. Kesamarataan

i. Memberi keadilan yang sama rata kepada semua murid tanpa mengira geografi kawasan, sosio ekonomi dan latar belakang sesorang murid.

3. Perpaduan

i. Menyatupadukan kaum dibawah satu model sekolah bagi mencapai aspirasi kaum yang hidup bersama secara harmoni.

4. Kecekapan

i. Memperkenalkan norma baru yang dibuat lebih dinamik dan luwes mengikut institusi, saiz, beban tugas, jam mengajar dan kesukaran sesuatu mata pelajaran.

ii. Dari segi pembangunan profesionalisme keguruan (Continuous Professional Development’) boleh menjimatkan kos dan dirancang untuk meningkatkan efisensi, kompetensi dan aspirasi guru.

5. Akses

i. Meningkatkan akses pembelajaran kepada keberhasilan kejayaan akademik pelajar melalui program ‘tutoran’ yang melibatkan semua lapisan pelajar tanpa membezakan status seseorang pelajar bagi melahirkan ‘kemenjadian murid’. Di samping itu juga, justifikasi model baharu ini juga adalah berdasarkan kepada :

1. Struktur organisasi sekolah yang sedia ada. 2. Pengubahsuaian model dibuat berdasarkan :

i) tanda aras sistem dan struktur sekolah di negara-negara maju ii) input daripada guru besar dan pengetua sekolah

iii) penekanan kepada kecekapan dan keberkesanan pengurusan sekolah

iv) selaras dan menyokong ‘Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) v) sebagai persediaan awal ke arah memperkasakan sekolah melalui pengamalan ‘Pengurusan Berasaskan Sekolah’ (PBS)

vi) untuk menangani dan menyelesaikan pelbagai masalah yang berlarutan : a) beban tugas guru

b) program pembangunan profesionalisme keguruan c) tutoran

d) pembangunan pelajar e) laluan kerjaya guru

f) pembestarian sekolah selaras dengan Pelan Strategik ICT Kementerian Pendidikan Malaysia g) bahasa-bahasa lokal dan antarabangsa

h) staf pelaksana (Anggota Kumpulan Pelaksana: AKP)

vii) cadangan daripada; pentadbir sekolah, guru, pegawai Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Bahagian-Bahagian Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia, ahli akademik, staf pelaksana, ibu bapa, para peserta dalam sesi dialog, seminar, bengkel dan persidangan peringkat nasional, regional dan antarabangsa.

Selain daripada itu Model Baharu Struktur Sekolah direka bentuk untuk memenuhi aspirasi setiap pelajar seperti yang dihasratkan oleh Pelan Pembangungan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Profisiensi Dwibahasa, Kemahiran Kepimpinan, Identiti Nasional dan Etika & Kerohanian serta sembilan daripada 11 Anjakan Untuk Transformasi Sistem Pendidikan Negara seperti yang disarankan di dalam Pelan Pembangungan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 iaitu: (Anjakan 1) Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa, (Anjakan 2) Memastikan Setiap Murid Profisien Dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta bahasa-bahasa lokal dan antarabangsa, (Anjakan 3) Melahirkan Rakyat Malaysia Dengan Penghayatan Nilai, (Anjakan 4) Transaformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan, (Anjakan 5) Memastikan Pemimpin Sekolah Berprestasi Tinggi Ditempatkan Di Setiap Sekolah, (Anjakan 7) Memanfaatkan ICT Bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia, (Anjakan 9) Bekerjasama Dengan Ibu Bapa Komuniti dan Sektor Swasta Secara Meluas, (10) Memaksimumkan Keberhasilan Murid Bagi Setiap Ringgit dan (11) Meninghkatkan Ketelusan Untuk Akauntabiliti Awam Secara Langsung.

Perakuan Penggunaan Norma Guru Akademik

Norma perjawatan guru selama ini yang digunapakai adalah 1.5n dan 1.7n bagi semua sekolah rendah dan menengah. Dapatan kajian ini mencadangkan agar norma guru 1.7n dikuatkuasakan pemakainnya mulai tahun 2017 kepada semua sekolah rendah dan menengh. Ini disebabkan pada masa kini terdapat lebihan guru dalam sistem sedia ada kesan daripada kelewatan umur persaraan wajib daripada 56 kepada 60 tahun. Dengan itu menjelang tahun 2017 masalah lebihan guru tidak akan wujud lagi disebabkan persaraan wajib.

MODEL-MODEL

Dalam dokumen MODEL BAHARU STRUKTUR ORGANISASI SEKOLAH (Halaman 90-95)

Dokumen terkait