• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEKTOR PERHUTANAN

Dalam dokumen 6.3 PERTANIAN DAN PERHUTANAN (Halaman 31-38)

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

6.3.9 SEKTOR PERHUTANAN

6.3.9.1 Jenis dan Ciri- Ciri Hutan

Hutan di Malaysia terbahagi kepada 7 jenis dari tanah tinggi melebihi 1,500 meter atas paras laut (apl) turun hingga ke pantai. Negeri Pahang mempunyai Hutan Paya Gambut dan Hutan Darat yang merangkumi Hutan jenis 5,4,3,2 dan 1 .

Jenis dan Ciri-Ciri Hutan di Semenanjung Malaysia

Sumber: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, 2009

Jadual 6.3.42 : Jenis dan Ciri-Ciri Hutan di Semenanjung Malaysia

Jenis Hutan Ciri-Ciri

1. Hutan

Ericaceous - Gunung

Hutan ini terletak di ketinggian melebihi 1,500 meter a.p.l. yang mengandungi spesies pokok bersaiz kecil, bengkok dan rendah seperti Kelat, Periok Kera dan berbagai jenis belukar, buluh , resam, paku pakis dan lumut,

2. Hutan

Montane -Oak

Hutan ini terletak di ketinggian melebihi 1,200 - 1,500 meter a.p.l. yang

kebanyakan spesiesnya bersaiz sederhana seperti Mempening, Barangan, Damar Minyak dan Podo. pokok

3. Hutan

Dipterokarp Atas

Hutan ini terletak di ketinggian melebihi 750 -1,200 meter a.p.l. yang

mengandungi terutamanya spesies Meranti Bukit dan damar Minyak.

4. Hutan

Dipterokarp Bukit

Hutan ini terletak di ketinggian melebihi 300 - 750 meter a.p.l. yang merupakan kelas hutan yang terluas di

Semenanjung Malaysia. Spesies utama ialah Seraya, Keruing dan Meranti.

5. Hutan

Dipterokarp Pamah

Hutan ini terletak di ketinggian melebihi 300 meter a.p.l. yang mempunyai bilangan pokok yang padat dan berbagai jenis. Spesies utama ialah Meranti, Balau dan Kapur.

6. Hutan Paya

Gambut

Hutan ini terletak di belakang hutan paya laut menghala ke darat dengan tanah gambut dan airnya yang kurang masin. Spesies yang terdapat di kawasan ini ialah Meranti.

7. Hutan Paya

Laut

Hutan ini terletak di pesisiran laut yang berlumpur bercampur pasir laut yang mengalami air pasang dan surut. Spesies utama ialah Bakau. Sumber: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, 2009

Program dan Aktiviti Perhutanan

Antara Program dan aktiviti utama Jabatan Perhutanan adalah aktiviti Perancangan & Pengurusan termasuk:

• merekod pewartaan hutan iaitu pewartaan masuk sebagai HSK dan Pewartaan pemansuhan HSK. • merancang dan melaksanakan program dan aktiviti pengurusan sumber hutan seperti mencuci dan menanda sempadan luar hutan simpanan kekal serta inventori hutan sebelum tebangan (pre-f) dengan matlamat pengurusan hutan secara mapan.

• merancang dan melaksanakan program dan aktiviti Pembangunan Hutan Asli dengan tujuan • memelihara hutan semulajadi untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan.

merancang dan melaksanakan program Penilaian Sumber Hutan agar hutan dapat dimanfaatkan sepenuhnya antaranya Penyediaan Rancangan Hutan Paya Laut yang dilaksanakan untuk tempoh sepuluh tahun dalam satu rancangan, Penilaian Bio-D Hutan Simpanan Hutan Dara (VJR) serta Penilaian Kawasan Hutan Bernilai Pemeliharan Tinggi (HCVFs) • merancang dan menyediakan Rancangan Pengurusan Hutan Dan Rancangan Tahunan Hutan di

samping menyelaras penubuhan dan perkembangan petak – petak kajian. mengurus dan menyelaras perjalanan pelaksanaan Kriteria dan Petunjuk untuk Pensijilan Pengurusan Hutan di Malaysia {MC&I (2002)}

Selain perancangan Pengurusan Hutan turut melibatkan aktiviti seperti berikut:

• Pengurusan Sumber seperti Mencuci & Menanda Sempadan; Inventori Hutan; Sebelum Tebangan Tanda Pokok

• Pembangunan Sumber seperti Inventori Hutan Selepas Tebangan; Silvikultur Hutan Darat; Hutan Perkampungan; Pemulihan Kelbagaian Biologi

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

Sumber Bukan Kayu merupakan satu aktiviti penting Jabatan Perhutanan yang bertujuan menghasilkan produk seperti Jadual 6.9.3. berikut.

Jadual 6.3.43: Produk-Produk Sumber Bukan Kayu Tanaman

Herba

Tumbuhan Herba Hutan (Tumbuhan Ubatan Hutan) berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan manusia serta didapati boleh mengurangkan, menyembuh dan mencegah masalah kesihatan yang dihadapi. Tumbuhan Herba Hutan ini juga telah diekploitasi dengan meluas secara komersil. Keadaan ini membuatkan Tumbuhan Herba Hutan mempuyai permintaan yang baik di pasaran dan secara tidak langsung mempunyai harga pasaran yang baik. Tumbuhan Herba Hutan yang dimaksudkan terutamanya adalah seperti Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) dan Kacip Fatimah (Labisia pumila). Projek Tanaman Herba Hutan dan rawatan tanaman dijalankan untuk menambahkan keluasan Tanaman Herba Hutan dalam kawasan Hutan Simpan Kekal. Projek Rawatan Tanaman Herba Hutan dijalankan bagi kawasan yang telah dijalankan Tanaman Herba Hutan supaya kawasan tersebut terus dijaga. Tanaman

Rotan

Rotan merupakan antara hasil hutan yang bernilai dan semakin dikenali kerana keunikan dan kecantikannya apabila direkabentuk menjadi perabot dan kraftangan. Jenis rotan yang menjadi pilihan dan mempunyai pasaran adalah Rotan Matau (Calamus manan) dan Rotan Sega (Calamus caesius) yang masing-masing digunakan bagi rangka/ komponen perabot rotan dan untuk ikatan / penyambungan komponen perabot. Projek Tanaman Rotan dijalankan untuk menampung, menjamin bekalan sumber rotan terus kekal dimasa hadapan memandangkan permintaan dari industri dan penggunaannya yang semakin

meningkat. Kerja-kerja rawatan ke atas pokok rotan yang ditanam perlu dijalankan sehingga pokok rotan yang ditanam tersebut boleh membesar dengan sendirinya. Aktiviti kerja sulaman juga dijalankan bagi kawasan yang sesuai di bawah Projek Rawatan Bancian Rotan. Tanaman

Buluh

Projek Tanaman Buluh dijalankan bagi membolehkan Buluh dari jenis yang dikehendaki dan berkualiti dapat dibekalkan dengan mencukupi secara berterusan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terutama dalam pembuatan perabot dan kraftangan. Diantara jenis Buluh yang biasa ditananm adalah Buluh Beting (Gigantochloa levis) dan Buluh Betung (Dendrocalamus asper). Projek Rawatan Tanaman Buluh dijalankan sehingga pokok Buluh tersebut boleh membesar dengan sendirinya.

Tanaman Hutan Tani

Projek Perhutanan Tani dijalankan sebagai alternatif untuk membekalkan kayu kayan dan sumber makanan pada masa hadapan. Projek Perhutanan Tani juga dapat menampung kekurangan kawasan Hutan Simpan Kekal yang telah dibuka melalui penubuhan kawasan baru. Jenis pokok yang ditanam adalah terdiri dari pokok balak, tanaman ubatan dan tanaman kontan dengan mengambil kira faktor tanah yang terhad dan persaingan guna tanah untuk tujuan lain.

Penubuhan Ladang Hutan merupakan salah satu program penting Jabatan Perhutanan. Ladang Hutan bertujuan menampung kekurangan bekalan kayu-kayan di pasaran tempatan yang berlaku pada masa akan datang. Perladangan hutan di negara ini memberi tumpuan kepada tanaman spesies yang cepat tumbuh iaitu spesies yang dijangka dapat menghasilkan kayu-kayan dalam jangka masa 15 hingga 20 tahun.

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

Kategori Tanaman Tumpuan Ladang Hutan adalah seperti berikut:

• Ladang hutan komersil – menghasilkan kayu-kayan tempatan yang berkualiti untuk menampung sebahagian permintaan kayu balak untuk masa akan datang.

• Ladang hutan getah – projek ini melibatkan penanaman pokok-pokok getah pelbagai klon Siri 2000

• Ladang herba hutan – projek ini melibatkan penanaman herba dan tumbuhan ubat-ubatan Pengurusan ladang hutan pelbagai tingkat –Pengurusan projek ini melibatkan penanaman spesies-spesies tempatan bermutu dengan diikuti pelaksanaan rawatan silvikultur.

• Ladang hutan bermutu tinggi – projek ini telah dimulakan dengan penubuhan ladang-ladang kecilan terdiri dari jenis Jati, Sentang, meranti, Mahogany, Yename, dan Kapur di beberapa Hutan Simpan di Malaysia.

6.3.9.2 Perhutanan Negeri Pahang

Keluasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Negeri Pahang termasuk Cadangan Hutan Simpan Kekal (CHSK) sehingga akhir tahun 2008 dilaporkan berjumlah 1,519,500.68 hektar iaitu 42.25 peratus daripada keluasan tanah Negeri Pahang.

Rancangan Struktur Negeri Pahang mengunjurkan kawasan hutan Negeri Pahang akan mengalami pengurangan keluasan sebanyak 526,058.69 hektar pada tahun 2020. Pengurangan ini bertujuan untuk menampung keperluan meningkatkan keluasan tanah yang boleh digunakan untuk aktiviti pertanian.

Bagi memastikan Hutan Simpan Kekal (HSK) diurus dan dibangunkan secara sistematik selaras dengan konsep Pengurusan Hutan Secara Berkekalan, HSK telah diklasifikasikan kepada Hutan Pengeluaran dan Hutan Perlindungan.

6.3.9.3 Keluasan Hutan Negeri Mengikut Daerah.

Rizab hutan daerah Lipis meliputi kawasan 257,273 hektar atau 17.74 % daripada rizeb hutan negeri Pahang. Keluasan tersebut meliputi 53.33% dari jumlah kawasan daerah seperti jadual 6.3.40

Jadual 6.3.44: Keluasan Hutan Simpan Kekal(Rizab Hutan) Mengikut Daerah 2008

Bilangan Daerah Jumlah

Kawasan Daerah (hektar) Rizab Hutan (hektar) Peratus Jumlah kawasan Daerah Peratus Rizeb HutanNegeri 1 Bentong 183,119 99,137 54.14 6.34 2 Bera 221,444 95,956 43.33 6.14 3 C.Highlands 71,227 38,772 54.43 2.48 4 Jerantut 756,044 371,478 49.13 23.77 5 Kuantan 296,046 78,612 26.55 5.03 6 Lipis 519,829 277,208 53.33 17.74 7 Maran 191,666 64,803 33.81 4.15 8 Pekan 380,545 141,644 37.22 9.07 9 Raub 226,891 148,946 65.65 9.53 10 Rompin 524,688 195,381 37.24 12.50 11 Temerloh 225,086 50,560 22.46 3.24 Pahang 3,596,585.0 1,524,132.1 54.14 100.00 Sumber: Laporan Tahunan Negeri Pahang 2008

6.3.9.4 Sektor Perhutanan Daerah Lipis

Pentadbiran Daerah Hutan Lipis merangkumi kawasan seluas 499,711.43 hektar yang mana 334,944.64 hektaratau 67.02 peratus adalah terdiri dari kawasan yang masih berhutan. Kawasan berhutan tersebut terdiri dari 267,715.406 hektar Hutan Simpan Kekal (HSK) yang telah diwartakan, 4,477.23 hektar cadangan HSK .Manakala seluas 2,500 hektar adalah Hutan Tanah Kerajaan, 300 hektar Hutan Tanah Milik dan 59,952.00 hektar kawasan Taman Negara dan Hidupan Liar ( Jadual 6.9.3.1a ). Balkinya adalah Kawasan Tidak Berhutan Daerah berjumlah 164,766.79ha yang terbahagi kepada Tanah Kerajaan 60,377.54hektar dan Tanah Milik 104,389.25hektar(Jadual 6.9.3.1b)

Jadual 6.3.45.Keluasan (ha) Kawasan Berhutan Daerah Lipis 2009

Jenis Hutan Hutan Simpanan

Sedia Ada Cadangan Hutan Simpan Kekal Tanah Kerajaan Tanah Milik Taman Hidupan Liar Jumlah

Hutan Simpan Kekal 267,715.406 4,477.23 272,192.634

Kawasan Berhutan Yang Lain

2,500 300 59,952 62,752.00

Jumlah 334,944.64

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

Jadual 6.3.46. Kawasan Tidak Berhutan Daerah Lipis 2009

Kawasan Tidak Berhutan(ha)

Tanah Kerajaan

Tanah Milik Jumlah 60,377.54 104,389.25 164,766,79 Sumber : Jabatan Hutan Daerah Lipis

6.3.9.5 Hutan Simpan Kekal Daerah Lipis

Daerah Lipis mempunyai enam belas hutan simpan yang telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal dengan keluasan 267,715.406 hektar. Kawasan seluas 4,477.23 hektar yang melibatkan empat kawasan hutan adalah termasuk dalam Cadangan Hutan Simpan Kekal yang belum diwartakan seperti dalam jadual 6.3.42

Jadual 6.3.47. Hutan Simpan KEKAL Daerah LIPIS 2009

Hutan Simpan Kekal Hutan Simpanan

Sedia Ada

Cadangan Hutan Simpan Kekal

Jumlah

267,715.406 4,477.23 272,192.636 Sumber :Jabatan Hutan DAERAH Lipis

Kedudukan kawasan HSK dan CHSK yang telah dan akan diwartakan sehingga disember 2009 adalah seperti jadual 6.3.43

Jadual 6.3.48 : Kawasan HSK dan CHSK Daerah Lipis Yang Diwartakan Sehingga 2009

Bil. HSK/CHSK Tarikh

Diwartakan

Keluasan (ha) pada 31.12.2009

Baki Kawasan Akan Di Wartakan (ha) 1 H.S.Benchah 20.05.1915 4,747.87 2 H.S.Kechau 20.08.1915 926.80 3 H.S.Terenggun 08.02.1924 459.70 4 H.S.Sungai Yu 04.05.1934 7,081.70 5 H.S.Bukit Tacing 09.08.1984 3,344.20 6 H.S.Ulu Jelai 09.08.1984 194,904.43 7 H.S.Satak 09.08.1984 1,0904.43 8 H.S.Kerambit 09.08.1984 5,094.116 9 H.S.Persit 09.08.1984 3,789.42 10 H.S.Aur Gading 09.08.1984 10.762.53 11 H.S.Chuat 09.08.1984 1,131.90 12 H.S.Yong Tambahan 09.08.1984 1,980.00 13 H.S.Benchah Tambahan 09.01.2002 322.00 14 H.S.Chuat Tambahan - 3,496.00 15 H.S.Yong - 16,438.84 16 H.S.Ulu Jela(Tambahan) - 12,145.70 17 C.H.S.Tanum - 1,601.00 18 C.H.S.Tenggelan - 2,071.00 19 C.H.S.YongTambahan - 584.39 20 C.H.S.Aur Gading Tambahan 219.84 JUMLAH 267,715.406 4,477.23

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

Keseluruhan kawasan hutan di atas adalah terletak dalam 10 Blok Perancangan seperti jadual 6.3.44 dan dikawalselia oleh tiga Pentadbiran Renjer Hutan

Jadual 6.3.49: Kedudukan Hutan Simpan Daerah 2009 Mengikut Blok Perancangan (BP)

BP Hutan Simpan Batu Yon (BP1) Budu (BP2) Cheka (BP3) Kechau (BP4) Kuala Lipis (BP5) Penjom (BP6) Telang (BP7) Tg .Besar (BP8) Ulu Jelai (BP9) Jumlah H.S .Benchah 4,748.87 4,748.87 H.S .Kechau 926.80 926.80 H.S .Terenggun 459.70 459.70 H.S .Sungai Yu 7,081.70 7,081.70 H.S. Bukit Tacing 1,319.24 2,024.96 3,344.20 H.S. Ulu Jelai 36,200.80 158,703.63 194,904.43 H.S.Satak 1,090.20 1,090.20 H.S .Kerambit 4,869.60 224.516 5,094.12 H.S.Persit 3,789.42 3,789.42 H.S.Aur Gading 6,179.80 2,311.68 2,271.05 10,762.53 H.S.Chuat 1,131.90 1,131.90 H.S.Yong Tambahan 819.20 1,160.80 1,980.00 H.S.Benchah Tambahan 322.00 322.00 H.S.Chuat Tambahan 3,496.00 3,496.00 H.S.Yong 16,438.84 16,438.84 H.S.Ulu Jelai (Tambahan) 12,145.70 12,145.70 C.H.S.Tanum 1,601.00 1,601.00 C.H.S.Tenggelan 2,072.00 2,072.00 C.H.S.Yong Tambahan 584.39 584.39 C.H.S.Aur Gading Tambahan 219.84 219.84 JUMLAH 54,852.72 1,319.24 22,712.03 9,247.02 4,973.386 459.70 5,433.25 2,346.96 170,849.33 272,193.636 Sumber : Jabatan Perhutanan daerah Lipis

Mengikut maklumat pengkelasan Hutan Simpan Kekal yang telah dibuat mengikut Seksyen 10(1) APN 1984, terdapat seluas 254,862.13 hektar dikelaskan sebagai Pengeluar Kayu Kayan dan 127,547.64 hektar sebagai Hutan Tadahan Air. Maklumat lengkap adalah seperti jadualxxz.Sehingga Disember 2009 kawasan seluas 85,032.186 hektar dalam Hutan Simpan Kekal telah dibalak dan bakinya seluas 182,683.22 hektar masih berstatus hutan dara. Daripada kawasan yang telah dibalak pula, seluas 62,165.36 hektar telah diberi rawatan untuk giliran kedua.

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

Jadual 6.3.50: Status Hutan Simpan Kekal Daerah Lipis 2008 Bil Nama

Hutan Simpan

Keluasan Hutan (ha) Kawasan Hutan (ha) Hutan Berhasil Hutan Dara Sudah Balak Sudah Rawat 1 H.S. Benchah 4,747.87 4,747.87 146.10 4,601.77 4,601.77 2 H.S. Kechau 926.80 926.80 - 926.80 926.80 3 H.S. Terenggun 459.70 459.70 459.70 - - 4 H.S. Sungai Yu 7,081.70 7,081.70 63.23 7,081.70 7,081.70 5 H.S. Bukit Tacing 3,344.20 3,344.20 - - - 6 H.S.Ulu Jelai 194,904.43 194,904.43 - - - 7 H.S. Satak 1,0904.43 1,0904.43 - - 8 H.S. Kerambit 5,094.116 5,094.116 9 H.S.Persit 3,789.42 3,789.42 10 H.S.Aur Gading 10.762.53 10.762.53 11 H.S.Chuat 1,131.90 1,131.90 12 H.S.Yong Tambahan 1,980.00 1,980.00 13 H.S.Benchah Tambahan 322.00 322.00 14 H.S.Chuat Tambahan 3,496.00 3,496.00 15 H.S.Yong 16,438.84 16,438.84 16 H.S.Ulu Jelai (Tambahan) 12,145.70 12,145.70 Jumlah 267,715.406 267,715.406 17 C.H.S.Tanum 18 C.H.S. Tenggelan 19 C.H.S.Yong Tambahan 20 C.H.S.Aur Gading Tambahan

Penggunaan hutan adalah berasaskan Kelas Penggunaan yang diluluskan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 Bab 2 Seksyan 10 (1) sebanyak 12 kelas.Kelas tersebut di kategorikan kepada kelas A sehingga kelas K dengan syarat-syarat penggunaan seperti jadual 6.3.46

Jadual 6.3.51: Pengelasan Hutan Simpan Mengikut Kegunaan

Kelas Jenis Penggunaan

A Hutan Pengeluaran Kayu Kayan di bawah perolehan berkekalan terlibat dikawasan kawasan bercerun 0-400

B Hutan Perlindungan Tanah. Terlibat dikawasan –kawasan bercerun < > 400

C Hutan Tebus Guna Tanah D Hutan Kawasan Banjir E Hutan Tadahan Air

F Hutan Perlindungan Hidupan Liar G Hutan Simpan Hutan Dara H Hutan Lipur

I Hutan Pelajaran J Hutan Penyelidikan

K Hutan Bagi Maksud- maksud Persekutuan.

Hutan Lipur Terenggun daerah Lipis telah di bangunkan oleh Jabatan Perhutanan sejak Tahun 1981. Terletak dalam Kompartmen 1 Hutan Simpan Terenggun mempunyai kawasan seluas 23.04 hektar dan berpotensi untuk di perluaskan mengikut keluasan Hutan Simpan Terenggun sebanyak 459.7 ha. Hutan Lipur Terenggun berkonsepkan satu bentuk hutan lipur yang mengutamakan Rekreasi dan Pendidikan.

6.3.9.6 Kajian Central Forest Spine (CFS 1 Dan CFS 2)

CFS merangkumi kawasan hutan yang tergolong di dalam kelompok kompleks hutan di Semenanjung Malaysia. CFS seperti yang diterjemahkan di dalam Rancangan Fizikal Negara merupakan tulang belakang bagi rangkaian Persekitaran Kawasan Sensitif dalam Semenanjung Malaysia, yang terdiri daripada empat kelompok hutan iaitu [i] Banjaran Titiwangsa-Banjaran Bintang-Banjaran Nakawan, [ii] Taman Negara-Banjaran Timur, [iii] Pahang Tenggara, Chini dan kawasan berpaya Bera, dan [iv] Taman Negara Endau Rompin-Rizab Hidupan Liar Kluang. Pelan Induk CFS 1 dan Pelan Induk CFS2 bagi Koridor Ekologi merangkumi kawasan CFS di utara dan selatan Semenanjung Malaysia yang melibatkan lapan negeri iaitu Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Daerah Lipis adalah antara daerah dalam negeri Pahang yang terlibat dengan pelan CFS ini.

6.3.10 Rumusan Penemuan

6.3.10.1 Isu Pembangunan Sektor

Isu- isu yang selalu di bangkitkan berkait rapat dengan masalah-masalah pencemaran, pemasaran dan pengurusan di antaranya;

• Pencemaran alam sekitar dari aktiviti pertanian melalui sisa baki bahan kimia pertanian.

• Penceramah dari pelbagai sumber terhadap sungai Pahang dan Sungai Lipis yang menjadi punca utama hasil ternakan air tawar. Pencemaran ini boleh menyebabkan pencemaran dan kepupusan kepada hasil ternak air seluruh negeri berdasarkan lokasinya .

• Pencerobohan kawasan hutan serta penebangan haram menjejas pengurusan hutan simpan.

• Saingan sektor lain atas tanah sumber pertanian seperti sektor industri terutama perlombongan. • Hasil pertanian yang tidak mempunyai pasaran yang stabil terutama buah-buahan bermusim

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

• Pengurusan Pertanian yang tidak mengamalkan Amalan Pertanian Baik SALM, SPLAM dan SALT.

• Masalah sistem pemasaran bagi hasil pertanian berasaskan makanan terutama buah-buahan. • Kurang penglibatan dari golongan muda

kerana pendapatan yang kurang menarik berbanding sektor industri dan pembuatan. • Keperluan kepada langkah-langkah

mengurangkan pencemaran dari aktiviti pertanian melalui penguatkuasaan, pemantauan dan Amalan Pertanian Baik dan galakan pencapaian Sijil-Sijil Akreditasi Pertanian, Penternakan dan Akuakultur.

• Keperluan untuk mewujudkan Hutan Simpan yang terurus untuk tujuan pembalakan , program pembangunan hutan dan program hutan lipur

Pembangunan sumber manusia sektor

pertanian bertujuan mengukuhkan lagi institusi peladang dan perladangan berkelompok agar mesyarakat tempatan tidak tertinggal dalam arus pembangunan negara.

• Daerah Lipis masih mempunyai kawasan hutan yang boleh di jadikan sumber ekonomi melalui pelbagai aktiviti termasuk produk hutan, rekreasi dan eko-pelancongan.

Kawasan pertanian merangkumi sebahagian

besarnya tanaman getah dan kelapa sawit yang telah diintegrasi dengan ternakan sebagai sumber ekonomi tambahan.

• Tanaman makanan seperti buah-buahan dan sayuran diusahakan di bawah program jabatan –jabatan terutama jabatan di bawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani.

• Projek- projek Industri Asas Tani dan Industri Kecil DAN sederhana banyak di usahakan di FELDA Sg. Koyan dan di bawah bimbingan Jabatan Pertanian.

• Tiada masalah dari segi rantaian pemasaran untuk tanaman komoditi getah dan kelapa sawit dan juga koko. Walau bagaimana pun pemasaran untuk produk tanaman terutama buah-uahan bermusim masih perlu di perbaiki.

6.3.10.2 Analisis

Sektor Pertanian dan Perhutanan yang merangkumi sektor Tanaman, Sektor Penternakan, Sub-sektor Perikanan dan Sektor Perhutanan mempunyai kawasan pembangunan dan rizab yang tinggi di daerah Lipis. Sub-sektor Pertanian dan Sektor Perhutanan yang dirumus mempunyai peranan dalam pembangunan Daerah Lipis.

a. Pertanian dan Tanaman

Selari dengan RFN 2 yang menggariskan supaya tanah kelas kesesuaian antara 1 hingga 3 perlu dikekalkan untuk kegunaan pertanian, daerah Lipis yang mempunyai kawasan kesesuaian berjumlah 157,530hektar berbanding dengan gunatanah hingga kini seluas 90,380hektar mempunyai keluasan potensi untuk pembangunan yang masih tinggi. Walau bagaimana pun untuk tujuan membolehkan pembangunan yang seimbang direalisasikan di daerah Lipis pertimbangan perlu diberi dalam konteks menentukan lokasi tanah yang perlu di rizab untuk tujuan pertanian terutama tanaman makanan. Kawasan tanaman makanan sama ada sayur , tanaman kontan, herba dan juga buah-buahan masih terlalu rendah di banding dengan keluasan yang dimajukan dengan kelapa sawit dan getah. Sungguh pun kelapa sawit dan getah mempunyai tren harga yang mampu memberi pulangan lumayan kepada petani jaminan makanan atau food security perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya..

Masalah pemasaran menjadi faktor utama kepada penebangan pokok buah-buahan dan petani yang sudah berumur mengurangkan prduktiviti yang boleh di capai. Akan di lihat dari segi pengendalian dan pengurusan secara komersial yang melibatkan syarikat dan agensi kerajaan yang berdaya maju produktiviti dan masalah pemasaran di jangkan oleh diatasi. Kawasan tanaman getah dan kelapa sawit sesuai dikekalkan dengan meningkatkan produktiviti melalui projek-projek integrasdi dan bercorak komersial yang dengan menggunakan teknologi yang bersesuaian. Bilangan keluarga tani yang ramai dengan saiz tanah yang tidak ekonomik perlu dikelompok seperti yang dijayakan oleh Felcra untuk tanaman selain getah dan kelapa sawit.

Industri asas tani yang diusahakan di daerah Lipis tidak banyak membantu masalah pemasaran hasil pertanian seperti durian dan dokong. Projek TKPM seperti yang terdapat di Sg. Atong dan TKPM Hulu Jelai seharusnya menjadi strategi dan pendekatan dalam pembangunan tanaman makanan. Dengan pembinaan jalan raya yang menghubung daerah Lipis dengan Cameron Highlands di samping penaiktarafan jalan jalan menghubung yang sedia ada daerah Lipis terdedah kepada pro dan contra terhadap faedah yang boleh dinikmati. Untuk tujuan itu perancangan terhadap produk yang dirancang untuk pasaran dalam daerah dan produk yang hendak dipasar keluar daerah perlu dijalankan dengan lebih teliti.

Kajian yang dibuat oleh Jabatan Pertanian terhadap pencapaian hasil tanaman di daerah Lipis mendapati hanya sebahagian dari beberapa jenis tanaman yang mencapai potensi hasil. Pencapaian potensi hasil durian dan dokong dua jenis buah yang mempunyai kawasan yang baru mencapai di bawah 60 peratus.

Produktiviti getah dan kelapa sawit dari kalangan pekebun kecil masih mempunyai ruang untuk mencapai potensi hasil yang optimum 29 m.tan sehektar bagi kelapa sawit. jika faktor-faktor seperti benih bermutu, amalanpengurusan yang baik perlu diterapkan bagi menjamin kebersihan udara dan alam sekitar.

TERAS 3 : MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI

b. Ternakan.

Dengan menggunakan pendekatan berasaskan Target Area Concentration (TAC) Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah berjaya menunjukkan impak kepada pengeluaran hasil ternakan. Di daerah Lipis projek intergrasi tanaman-ternakan telah memberi pulangan yang setimpal kepada pengusaha di FELDA, FELCRA . RISDA dan juga LKPP.

Ternakan kambing Boer sebagai ternakan integrasi telah digalakkan oleh semua agensi di atas dan wajar di perluaskan dengan penglibatan peserta yang lebih ramai. Bilangan 240 penyertaan dalam bidang penternakan bagi daerah yang berlatar belakangkan pertanian adalah satu angka yang rendah. Ternakan ayam daging dan ayam kampung mempunyai pasaran dan sesuai diperluaskan kerana telah pun mempunyai teknologi yang mencukupi.

Banci ternakan daerah tidak menggambarkan penggunaan tanah yang luas kepada kawasan padang ragut yang Kawasan padang seluas 2340 hektar di 33 kawasan mungkin wajar dijadikan TKPM ternakan untuk projek seperti lembu fidlot, ayam daging/telur dan lain-lain. Dengan tahap saradiri yang masih bagi ternakan ruminan daerah boleh dijadikan kawasan pengeluaran ternakan secara integrasi di ladang-ladang pekebun- kecil terutamanya seperti Ladang Felda , Felcra dan Risda yang jumlah keluasan c. Perikanan

Ternakan ikan sangkar dan ikan dalam kolam menjadi antara usaha yang dijalankan oleh penternak ikan air tawar di Lipis. Potensi pasaran yang boleh dikembangkan ke Cameron Highlands dijangka dapat menarik minat lebih ramai pengusaha terutama dari kaum belia untuk mencebur diri dalam bidang ini. Buat masa ini tidak ada maslah dengan pasaran dan hasi l yang dikeluarkan hanya menampung permintaan dari dalam daerah sahaja. Untuk mengkomersialkan projek ini pasaran keluar daerah dan juga konsep Eko Dan Agro-pelancongan wajar dibuat kajian.

Dijangka tangkapan laut akan berkurangan dan akuakultur dijangkan perlu menampung kekurangan tersebut atas tujuan keselamatan makanan. Daerah Lipis merupakan daerah teratas dan pencermaran sungai-sungai di daerah Lipis boleh mengakibatkan keouousan ikan ikan. Dalam masa yang sama ia boleh menyebabkan pencemaran dan kepuspusan ikan di di daerah jiran seperti Jerantut.

.

d. Perhutanan

Kawasan Hutan Simpan Kekal di Daerah Lipis seluas 277,207.99 hektar mempunyai lima fungsi utama iaitu , untuk tujuan pengeluaran kayu kayan, tadahan air, hutan simpan hutan dara, hutan lipur dan hutan

Dalam dokumen 6.3 PERTANIAN DAN PERHUTANAN (Halaman 31-38)

Dokumen terkait