• Tidak ada hasil yang ditemukan

al-Ra„du 13 : 41 Terjemahan : Dan Allah menetapkan hukum (menurut kehendakNya),

ALIRAN SALAFIYYAH DAN FENOMENA IKHTILAF DI MALAYSIA

3.2.2 Selepas Merdeka

Selepas merdeka daripada penjajahan, Malaysia terus rancak dengan proses pemodenan dan perubahan sosial masih lagi berterusan. Secara umumnya aliran Salafiyyah juga kelihatan semakin agresif dan mengalihkan fokus perjuangan kepada isu-isu yang lebih global. Mereka muncul dalam gerakan-gerakan dakwah yang memberi penekanan kepada aspek pengislahan dan pembangunan masyarakat dengan memberikan fokus kepada aspek pendidikan, keadilan sejagat, pembangunan ekonomi dan siasah. Antaranya ialah ABIM, PAS dan JIM merupakan gerakan yang tercetus daripada

43 Abdul Rahman, Gerakan Islah Perlis,30.

44 Maisarah Binti Hasbullah “ Respon Pemikir Islam terhadap Modeniti: Wacana Sains Islam sebagai Kajian Kes di Malaysia” (tesis kedoktoran, Jabatan Sains dan Teknologi UM,2012), 38.

72

pemikiran Islah atau Reformasi dan pengaruh penyebaran idea Ikhwan Muslimun dan Jamaah Islamiyyah. Walaupun begitu, isu-isu ikhtilaf masih belum pudar sepenuhnya walaupun tidaklah setegang sebelumnya.45

Pada tahun 14 Julai 1958 akhbar Semenanjung mengeluarkan kenyataan Sahibul Samahah al-Mufti Sayyid Alwi al-Haddad Mufti Negeri Johor. Laporan akhbar tersebut memuatkan komen beliau mengenai buku Ibadat Rasulullah sebagai sebuah perbincangan soal-soal cabang agama sahaja dan isinya mengelirukan orang ramai. Istilah Kaum Muda dan Kaum Tua juga dikaitkan dengan nama kaum Atiq dan kaum Jadid di Turki. Kaum Muda telah menghina dan menyerang agama Islam sehingga agama Islam telah keluar dari negeri Turki sendiri. Selain itu soal-soal agama yang ditimbulkan oleh Kaum Muda di Indonesia banyak menimbulkan was-was dan membuka peluang kepada Kristian menjalankan dakyah mereka sehingga mengkristiankan lebih 10 juta umat Indonesia dan 30 juta menjadi komunis. Kaum Muda dikatakan mengambil fatwa dari Qadiani dan Hassan Bandung dan tidak mempercayai beberapa tiang-tiang agama Islam. Beliau juga ragu-ragu dalam menentukan keIslaman Kaum Muda.46

Bagi menjawab segala pertuduhan tersebut, Hamka telah menulis sebuah risalah kecil yang disiapkan selama tiga hari iaitu pada 8 ogos 1958 bertajuk “ Teguran Suci dan Jujur Terhadap Mufti Johor”. Antara isi kandungannya adalah pembelaan beliau terhadap Hasan Bandung dan juga ulama-ulama sefahamannya serta menafikan terdapatnya 10 juta Ummat Islam masuk Kristian dan dimurtadkan lalu menjadi komunis sehingga lebih 30 juta orang. Begitu juga teguran beliau terhadap tuduhan kafir kepada Kaum Muda.

45 Saadan dan Abdul Karim , “Ikhtilaf Fiqhi di Kalangan Aliran Syafi„iyyah dan Salafiyyah di Malaysia,” 77.

46 Haji Abdul Malik Karim Amrullah (Hamka), Teguran Suci dan Jujur Terhadap Mufti Johor (Selangor : Pustaka Dini, 2009),13-15.

73

Perkembangan di Perlis pula dilihat lebih menarik kerana berjaya melakar sejarah yang paling cemerlang berbanding negeri-negeri lain kerana pada 26 Mac 1959 terkanunnya idealogi Islah dan Salafiyyah dalam undang-undang Tubuh Kerajaan Perlis, iaitu pada Perkara 17 yang menetapkan bahawa seseorang Raja yang akan dilantik hendaklah beragama Islam yang beraliran “Ahli Sunnah wa al-Jamaah”47. Demikian juga untuk melantik seorang Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja haruslah juga yang beraliran Ahli Sunnah wa al-Jamaah dan dalam menetapkan syarat seseorang waris diraja, dia hendaklah juga beraliran ahl al-sunnah wa al-jama‘ah.48

Dengan terlantiknya Syeikh Ahmad Mohd Hashim sebagai Menteri Besar Perlis, usaha-usaha semakin giat dilakukan untuk memperkukuhkan aliran ini misalnya pada tahun 1963 terdapat satu peruntukan dalam undang-undang Pentadbiran Agama Islam yang menegaskan “ the majlis when issuing a Fetua and the Shari‟ah Committee

when given its opinion under sub-section shall follow the al-Quran and or Sunnah Rasulullah s.a.w.49 Kemudian pada 1964, ahl al-sunnah wa al-jama‘ah diwartakan sebagai pegangan di Perlis. Dari segi fatwa pula, tercatat dalam Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Perlis bahawa; hendaklah mengikut al-Quran dan Sunnah, tetapi sekiranya pendapat atau alasan-alasan itu berlawanan dengan faedah umum, maka Majlis dan jawatankuasa Shari‟ah hendaklah mempersembahkan fatwa dan pendapat itu kepada Raja pemerintah untuk mendapat keputusannya. Pada mengeluarkan suatu fatwa di bawah fasal ini Majlis hendaklah mengambil ingatan terhadap Adat Istiadat Melayu atau Undang-Undang Adat Istiadat Melayu yang terpakai dalam Negeri Perlis.50

Pada awal 1970 an benih pemikiran islah yang tersemai sejak sekian lama kembali tumbuh dengan wajah barunya iaitu dalam bentuk gerakan-gerakan dakwah

47 Menurut takrif yang terpakai dan difahami di Perlis, maksud Ahli Sunnah wa al-Jamaah tersebut adalah aliran yang hanya berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah sahaja, bukanlah mazhab-mazhab tertentu. Dalam istilah tashri‟ aliran ini terkenal dengan gelaran al-la mazhabiyyah, yakni tidak menganut atau berpegang kepada sesuatu mazhab bahkan adakalanya menolak terus pegangan bermazhab.

48 Abdul Rahman, Gerakan Islah Perlis,36.

49 Ibid., 37.

50 Ibid., 37-38.

74

yang banyak ditunjangi oleh mahasiswa institusi pengajian tinggi, golongan inteligensia serta professional khususnya di bandar-bandar besar yang bukan sahaja diaktifkan oleh aliran reformisme tetapi juga dari kalangan tradisionalis yang mendukung idealisma tersendiri. Aliran Islah dalam gerakan dakwah pada ketika itu bersifat lebih moderate dan tidak banyak terlibat dengan isu-isu khilafiyyah kerana mengimplementasikan manhaj dan prinsip Ikhwan Muslimun.51

Menjelang alaf baru sehingga kini, gerakan islah Salafiyyah muncul mengulangi sejarah seratus tahun yang lampau dengan membawa misi dan perjuangan yang sama. Dengan ledakan maklumat menerusi alam siber, isu khilafiyyah menjadi semakin memuncak sehinggalah pada hari ini. Perbahasan dan perbincangan yang selalunya bersifat unilateral, berhubung isu-isu yang sering menjadi polemik khilafiyyah ini boleh dilihat berleluasa di media sosial seperti Youtube, facebook, blog dan laman-laman web yang mewakili gerakan masing-masing.52

3.3 PERKEMBANGAN SEMASA ALIRAN SALAFIYYAH DI MALAYSIA

Aliran Salafiyyah dalam bentuk yang terkini pula lebih menumpukan aspek fiqh daripada aspek politik, tidak seperti konflik pada penjajahan British dahulu yang turut menjadikan isu politik sebagai isu kritikal. Sifat perjuangan mereka pula adalah lebih sederhana atau tidak terlalu ekstrem dan bukan berdiri sebagai satu gerakan, jamaah atau organisasi yang berautoriti tetapi lebih bersifat indipenden. Bagaimanapun tidak dinafikan dalam negara kita turut terkena tempias pengaruh aliran-aliran Salafiyyah yang lain namun kewujudannya tidaklah terlalu menonjol.

51 Saadan Man,“Khilafiah Kaum Tua- Kaum Muda dan Khilafiah Masa Kini: Tema dan Isu” dalam

Kefahaman Islam Semasa di Malaysia, ed. Abd Karim Ali, Mohd Roslan Mohd Noor, Mohd Fuad Mohd

Salleh. (Selangor : Persatuan Ulama Malaysia,2015), 19.

52 Ibid., 20-21.

75