SENARAI SEMAK TUGAS GURU TINGKATAN
(GARIS PANDUAN PENGURUSAN KELAS) BI
L
PERKARA TDK
A HARI PERSEKOLAHAN PERTAMA/ MNGGU PERTAMA TAHUN AKADEMIK BARU
1. Memastikan jadual waktu ada di dalam kelas & setiap pelajar menyalinnya untuk mengetahui bahan-bahan yang perlu dibawa setiap hari.
GT 1 2. Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada ketua Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan,
Bendahari, AJK Kebersihan & AJK Keceriaan dan membimbing organisasi kelas yang dilantik melaksanakan tugas.
GT 1 3. Memastikan AJK Kebersihan menyediakan jadual tugas & memastikan semua pelajar
menjalankan tugas seperti membersihkan papan tulis, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja & membuang sampah.
GT 1 4. Memastikan AJK Keceriaan mengemaskini papan kenyataan & papan maklumat setiap 2
minggu , menyediakan moto kelas, langsir & bunga untuk kelas.
GT 1 5. Memastikan pelajar yang bertugas mendapatkan peralatan pembersihan seperti penyapu &
pengaut sampah dari stor (blok A sahaja).
GT1 6. Menampal pelan duduk kelas di atas meja guru & di sudut notis kelas. GT 1 7. Mengadakan tabung kelas dengan jumlah terpulang kepada budi bicara pelajar. Tabung ini adalah
bagi tujuan keceriaan kelas/ kebajikan pelajar.
GT 1 8. Memastikan Kelengkapan/perabot kelas seperti kerusi & meja guru & pelajar, kipas angin ,
lampu, cermin tingkap dalam keadaan baik & diinventorikan.
GT 1 9. Mengeluarkan resit kepada pelajar bagi pembayaran yang dibuat. (Sila galakkan pelajar
membayar semua yuran sekaligus).
GT 1 10. Menyerah wang kutipan kepada guru/kerani yang berkenaan. GT 1 11. Mengutip borang pendaftaran pelajar bagi tahun semasa yang telah dilengkapisikan. GT 1 12. Memastikan setiap orang pelajar memiliki satu naskah Buku Laporan Aktiviti Kokurikulum.
Pelajar yang belum memiliki buku tersebut perlu beli satu.
GT 1/2 13. Mengingatkan pelajar bahawa setiap orang WAJIB menyertai satu Kelab/Persatuan, satu Unit
Beruniform dan satu Sukan/Permainan
GT 1/2 14. Mengagihkan pelajar baru (Ting.1,Ting.4 dan Ting.6 Bawah) kepada Rumah Sukan tertentu
mengikut Nombor Pendaftaran pelajar berkenaan.
GT 2 15. Mengutip borang-borang pendaftaran kokurikulum yang telah dilengkapisikan dan serah kepada
Setiusaha Kokurikulum/PK KK/Guru KK T.6.
GT 2 16. Menyerahkan senarai nama kelas yang telah diisi lengkap dengan pilihan kelab/persatuan,
badan beruniform, sukan / permainan & rumah sukan kepada PK KK/ Setiausaha KK / Guru KK T.6
GT 2 17. Memasukkan markah Ujian SEGAK secara on-line setelah menerima data-data yang lengkap
daripada Guru-guru PJK berkenaan bagi Kelas masing-masing (Ting.1& 2, Tahun 2013).
GT 1/2 18. Menyerahkan senarai nama kelas yang telah disemak kepada PK HEM/ PK PETANG/ PK T.6
pada minggu ke-2 untuk cetakan pertama. Cetakan yang seterusnya perlu dilakukan oleh guru tingkatan masing-masing.
GT 1 19. Memunggut dan menyerahkan Buku Penilaian Kokurikulum pelajar kepada PK(KK) /
Guru KK T.6 bagi kelas masing-masing pada tarikh yang ditetapkan atau pada masa ia diperlukan.
20. Mengisikan/merumuskan markah bagi bahagian “Rumusan Penilaian Kokurikulum” dalam Buku Penilaian Kokurikulum Pelajar.
GT 1/2 22. Mengedarkan Buku Maklumat Sekolah & menjelaskan peraturan-peraturan sekolah/sistem merit
& demerit.
GT 1/2 23. Melaporkan kerosakan dalam kelas dengan mengisi buku log di pejabat & maklumkan pengetua
dengan segera.
GT 1/2 18. Menyerah gambar pelajar kepada Pengetua untuk wujudkan album kelas (Tingkatan Peralihan
hingga Tingkatan 6).
GT 1 19. Mengutip borang SMM & key-in/kemaskini maklumat. Borang SMM wajib diisi oleh pelajar
baru (baru pindah masuk, kelas Ting. Peralihan & Satu), kelas Ting. 4 & Ting. 6 Bawah.
GT 1/2 20. Mengenalpasti pelajar yang layak menerima bantuan kewangan (biasiswa/KWAPM/ dll.) &
menghantar laporan kepada guru B&K. Nama murid yang perlu bantuan kewangan KWAPM harus diserah kepada Cikgu Chung Hsi Ni pada minggu kedua (Tingkatan Peralihan/ 1 sahaja).
GT 1/2 21. Mengedarkan Surat Perjanjian Penjagaan Buku Teks & mengutip slip jawapan daripada ibu bapa. GT 2 22. Memastikan semua murid di dalam kelas diagihkan buku teks ( termasuk pelajar yang daftar
lewat sebab lambat siapkan kerja sekolah) GT 2
B. SETIAP HARI/ SEPANJANG TAHUN/TUGAS HARUS DISIAP SEPERTI DIARAH
1. Sentiasa memastikan kelas dibawah jagaan masing-masing adalah bersih, selamat dan ceria. GT 1/2 2. Menguatkuasakan peraturan seperti yang terkandung dalam Buku Maklumat Sekolah dengan cara
membimbing, menasihat ataupun mengambil tindakan untuk memastikan pelajar mempraktikkan peraturan-peraturan bersabit dengan:
i. Kekemasan diri
ii. Kesopanan & menghormati guru
iii. Kehadiran ke kelas & ketepatan masa
iv. Patuh kepada semua peraturan terkandung dalam Buku Maklumat Sekolah.
GT 1/2
3. Melengkapkan Jadual Kedatangan dengan mengisi semua butiran yang dikehendaki. GT 1 4. Menandakan Jadual Kedatangan pada 6:50-7:00 pagi / 12:40-12:45 setiap hari persekolahan.
Jadual Kedatangan harus dikembalikan ke pejabat sebelum waktu kedua berakhir.
GT 1 5. Melengkapkan borang rekod kehadiran harian pelajar dan menghantarnya ke pejabat tidak lewat
daripada pukul 7:15 pagi/ 1:00 tgh setiap hari persekolahan.
GT 1 6. Menghantar borang pulangan bulanan kepada pejabat sekolah pada hari terakhir setiap bulan.
Bagi bulan November, pulangan harus dibuat pada hari terakhir tahun akademik semasa.
GT 1 7. Menghantar borang A (data ponteng sekolah) kepada PK Petang/PK HEM/PK T.6 setiap hujung
bulan.
GT 1 8. Memastikan Buku Catatan Pergerakan Murid diguna mulai hari pertama. Menjamin keselamatan
buku tersebut & memastikan ia diambil sebelum waktu pertama & dihantar balik semula ke pejabat selepas waktu terakhir .
GT 1 9. Memastikan setiap pelajar ada kad disiplin untuk mencatat mata merit & demerit. GT 1 10. Memastikan setiap pelajar mempunyai buku laporan kemajuan akademik/ dikutip semula setelah
ditandatangani oleh ibu bapa /penjaga..
GT 2 11. Mengisi markah & membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum & fizikal dalam kad
kemajuan bagi setiap semester/penggal.
GT 2 12. Menyedia & mengisi ‘mark sheet’ bagi setiap peperiksaan sekolah. GT 2 13. Menyediakan & mengisi Sijil Berhenti & Sijil Akuan pelajar (bagi Ting. 5 sahaja). GT 2 14. Memastikan buku-buku teks dibalut, ditulis nama /tahun/kelas & dijaga keselamatan dengan tidak
meninggalkannya di dalam laci.
GT 1/2 15. Mendaftarkan pelajar baru ke dalam Buku Rekod Pendaftaran Pelajar Baru tahun semasa. Buku
tersebut WAJIB diserah balik ke Pejabat selepas digunakan. Nombor pendaftaran pelajar boleh diisi dalam Jadual Kedatangan.
GT 1 16. Melapik meja guru & meja murid. GT 1
17. Mengecat semula dinding yang kotor. Sila bincang dengan pengetua dahulu. GT 1 18. Memasang langsir baru ataupun yang lama dibersihkan & dibaiki sebelum dipasang semula. GT 1 19. Melaporkan kepada Guru Bimbingan & Kaunseling jika terdapat masalah gangguan emosi,
kemerosotan disiplin, kemerosotan pelajaran dll. di kalangan pelajar.
GT 1/2 20. Melapor kepada pengetua/PK HEM/ PK PETANG/PK T.6/Guru Disiplin jika terdapat pelajar
yang melanggar disiplin sekolah.
GT 1/2 21. Melapor kepada Guru Biasiswa jika terdapat kemerosotan disiplin/ pelajaran di kalangan pelajar
yang menerima biasiswa .
GT 2 22. Mengemaskimi fail SPBT dari semasa ke semasa. GT 2 23. Sentiasa mengawasi disiplin, pakaian, rambut, dan penampilan murid setiap hari persekolahan. GT 1/2 24. Menghantar surat amaran ketidakhadiran murid kepada ibu bapa berpandukan kepada tatacara
yang disediakan dalam buku maklumat (2 hari secara berturut-turut/ 3 hari secara berkala). Menghubungi ibu bapa/ penjaga untuk mengetahui sebab ketidakhadiran murid.
GT 1 25 Merekodkan mata merit/demerit dalam kad disiplin pelajar dari semasa ke semasa (cthnya setiap
minggu).
GT 2 26. Semua slip laporan mata merit/demerit yang digantung di papan laporan mata merit/demerit harus
dikutip & direkodkan pada setiap hujung bulan.
GT 2 27. Menghantar surat amaran masalah disiplin murid kepada ibu bapa apabila mata demerit pelajar
mencecah 20 atau lebih (berjumpa / menghubungi ibu bapa/ penjaga jika perlu).
GT 2 28. Menghantar pulangan bulanan mata merit/ demerit pelajar kepada Cikgu Abdul Mulok (ketua
guru disiplin pagi) / Cikgu Jonathan (ketua guru disiplin petang)- setiap hujung bulan.
GT 1 29. Mendaftar pelajar baru yang dipindah dari sekolah lain. GT 1 30. Menguruskan hal-hal pelajar keluar- pindah ke sekolah lain /berhenti sekolah. GT 2 31. Menghantar senarai nama untuk cetakan ke-2 & seterusnya setelah pengemaskinian- potong
dengan garisan jika pelajar berhenti sekolah/pindah keluar dll & meletak nama murid baru di hujung senarai nama.
GT1/2
C. AKHIR TAHUN
1. Memastikan semua pelajar telah pulangkan buku teks. GT 2 2. Memastikan tiada buku teks , buku latihan & buku kerja tertinggal di dalam kelas. GT 1/2 3. Menghantar testimonial & sijil berhenti sekolah yang telah diisi ke pejabat (untuk pelajar T. 5 &
T.6 Atas).
GT 1/2 4. Memastikan kelas dalam keadaan bersih & kemas pada hari terakhir: GT 1/2
Lantai telah disapu .
Tong sampah dikosongkan & dicuci.
Papan tulis dibersihkan & habuk kapur dibuang. Sarang labah-labah di siling/dinding telah dibuang. Kipas dimop/dibersihkan.
Cermin tingkap / rangka tingkap dilap/dibersihkan.
Sudut matapelajaran/ notis dikemaskan. Sila tinggalkan hiasan & bahan-bahan lain yang tiada kaitan dengan peperiksaan SPM & STPM.
Laci meja tiada sampah, buku latihan, buku kerja , buku latihan dll. Beranda & tangga disapu.
Longkang disapu/ dibersihkan (bagi kelas tingkat bawah).
Sampah di sekeliling kelas telah dikutip (bagi kelas tingkat bawah)
5. Pembayaran kepada cermin tingkap gantian dijelaskan kepada En. Rantau ( rujuk notis tentang jumlah pembayaran ).
Kelas berkongsi: Jumlah besar dibahagi 2 sebelum dibahagi dengan jumlah murid dalam kelas.
Kelas tidak berkongsi: Jumlah besar dibahagi terus dengan jumlah murid dalam kelas.
6. Sila hitungkan bilangan meja & kerusi yang dalam keadaan baik . KERUSI: ( ) MEJA: ( )
GT 1 7. Sila laporkan kerosakan dalam kelas jika ada. GT 1 8. Menghantar senarai nama murid yang telah mencapai 100% kehadiran kepada PK Petang/ PK
HEM/ PK T.6
GT 1 GT 1= Guru Tingkatan Pertama
GT 2= Guru Tingkatan Kedua
*Sila rujuk kepada senarai semak dari masa ke semasa untuk memastikan semua perkara yang tersenarai dilakukan dengan sempurna.
*Bagi kelas yang ada 2 orang guru tingkatan, kerjasama yang erat diperlukan. Boleh berbincang untuk menentukan bidang tugas masing-masing. Sebaik-baiknya jangan adakan garisan sempadan yang jelas dalam bidang tugas.
*Bagi kelas yang mempunyai 2 orang guru tingkatan: Guru Tingkatan pertama perlu menjalankan tugas Guru Tingkatan kedua semasa ketidakhadiran Guru Tingkatan kedua (dan sebaliknya). *Menjalankan tugas lain seperti yang diarah oleh Pengetua dari masa ke semasa.
* Bagi kelas yang hanya mempunyai seorang Guru Tingkatan, pastikan semua tugas yang telah disenaraikan dijalankan dengan sempurna.