• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sesiapa jua yang—

Dalam dokumen UNDANG-UNDANG MALAYSIA (Halaman 106-112)

(a) membuat, secara lisan atau bertulis, atau menandatangani

sesuatu pernyataan, perakuan atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini, yang mana adalah tidak benar atau tidak betul mengenai apa-apa butir;

(b) membuat, secara lisan atau bertulis, atau menandatangani

sesuatu pernyataan atau dokumen yang dibuat untuk dipertimbangkan oleh mana-mana pegawai eksais mengenai sesuatu permohonan yang dikemukakan kepadanya, yang mana adalah tidak benar atau tidak betul mengenai apa-apa butir;

(c) melancung atau memalsukan, atau menggunakan, apabila

dilancung atau dipalsukan, sesuatu dokumen yang dikehendaki atau mungkin dikehendaki di bawah Akta ini atau sesuatu dokumen yang digunakan pada mentransaksi sesuatu urusan atau perkara berhubung dengan eksais;

(d) secara fraud mengubah sesuatu dokumen atau melancung

meteri, tandatangan, tandatangan ringkas atau tanda lain bagi, atau yang digunakan oleh, seseorang pegawai eksais untuk mengesahkan sesuatu dokumen itu atau untuk sekuriti bagi apa-apa barang-barang atau bagi apa-apa

maksud lain pada menjalankan urusan berhubung dengan eksais;

(e) yang dikehendaki oleh Akta ini supaya membuat suatu

akuan barang-barang berduti yang diimport, tidak membuat akuan itu sebagaimana yang dikehendaki; atau

(f) tidak atau enggan mengemukakan kepada seorang pegawai

yang hak apa-apa dokumen yang dikehendaki supaya dikemukakan di bawah subseksyen 41(3),

*boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Peruntukan khas berhubung dengan pernyataan, dsb. yang tidak betul, di bawah seksyen 71

72. (1) Apabila sesuatu pernyataan atau pengakuan itu, sama ada secara lisan atau bertulis, atau sesuatu perakuan atau lain-lain dokumen itu sebagaimana yang disebut dalam perenggan 71(a), (b),(c) dan (e) telah dibuktikan sebagai tidak benar atau tidak betul atau dilancung atau dipalsukan pada kesemuanya atau pada sebahagiannya, maka tidaklah menjadi pembelaan mengatakan bahawa pernyataan atau pengakuan, perakuan atau dokumen lain itu telah dibuat atau digunakan dengan tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau fraud, atau bahawa orang yang menandatanganinya itu tidak sedar akan, atau tidak faham akan kandungan, dokumen itu; atau jika sesuatu pernyataan atau pengakuan telah dibuat atau direkodkan dalam Bahasa Kebangsaan atau dalam Bahasa Inggeris secara diterjemahkan daripada sesuatu bahasa lain bahawa pernyataan atau pengakuan itu telah salah diterjemahkan oleh atau tidak diterjemahkan dengan sepenuhnya oleh seseorang jurubahasa yang diadakan oleh orang yang membuat akuan itu.

*CATATAN—Sebelum ini “boleh dipenjakan selama tempoh tidak melebihi 12 bulan atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya iaitu pemenjaraan atau denda”–lihat Akta Eksais (Pindaan) (No. 2) 2002 [Akta A1184].

(2) Bagi maksud seksyen 71 dan seksyen ini, “dipalsukan” berhubung dengan sesuatu dokumen hendaklah disifatkan sebagai meliputi sesuatu dokumen yang tidak benar atau tidak betul dalam apa-apa butir matan, dan “memalsukan” mempunyai erti yang serupa.

Penalti bagi enggan menjawab soalan atau bagi memberi maklumat palsu

73. (1) Sesiapa jua, yang dikehendaki oleh Akta ini memberi apa-apa maklumat yang mungkin munasabah dikehendaki daripadanya oleh pegawai yang hak dan yang adalah dalam kuasanya untuk memberi, atau mengemukakan kepada pegawai itu dokumen-dokumen yang adalah dalam kuasanya untuk mengemukakan, enggan memberi maklumat itu atau memberi sebagai benar maklumat yang ia ketahui atau ada sebab mempercayai sebagai palsu, atau enggan mengemukakan dokumen itu boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihih *dua ribu ringgit atau penjara dan denda itu kedua-duanya. (2) Apabila sesuatu maklumat itu dibuktikan sebagai tidak benar atau tidak betul pada kesemuanya atau pada sebahagiannya, maka tidaklah menjadi pembelaan mengatakan bahawa maklumat itu atau mana-mana bahagian daripadanya telah diberi dengan tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau fraud, atau telah salah diterjemahkan atau tidak diterjemahkan dengan sepenuhnya oleh seseorang jurubahasa yang diadakan oleh pemberi maklumat itu.

Penalti bagi perbuatan melarikan duti eksais dan bagi mengilang secara menyalahi undang-undang barang-barang berduti

74. (1) Sesiapa jua yang—

(a) secara berlawanan dengan peruntukan Akta ini menerima

masuk ke dalam atau ada dalam milik, jagaan atau kawalannya apa-apa barang-barang yang atasnya duti eksais yang boleh dilevi di sisi undang-undang tidak dibuktikan sebagai telah dibayar atau yang telah disuling, ditapai ataupun dikilang atau diimport dengan menyalahi undang-undang;

(b) membantu ataupun mengambil bahagian dalam memindahkan atau mengeluarkan dengan menyalahi undang-undang apa-apa barang-barang berduti daripada sesuatu tempat suling, bruari atau tempat pengilangan lain barang-barang berduti atau daripada mana-mana gudang berlesen atau kawalan eksais atau tempat keselamatan dalam mana barang-barang berduti mungkin telah diletakkan;

(c) dengan diketahuinya melindungi, menyimpan, menyembunyi atau memiliki, atau membenar, membiar, menyebabkan atau mendapatkan supaya dilindungi, disimpan atau disembunyikan apa-apa barang-barang berduti yang telah dipindahkan dengan menyalahi undang-undang;

(d) dengan diketahuinya mengambil bahagian dengan apa-apa

cara dalam mengangkut, memindah, meletak atau menguruskan apa-apa barang-barang berduti dengan niat hendak memfraud Kerajaan daripada mendapat apa-apa duti atasnya, atau hendak mengecewakan mana-mana daripada peruntukan Akta ini;

(e) dengan diketahuinya mengambil bahagian dengan apa-apa

cara dalam melarikan atau cuba melarikan apa-apa duti eksais secara fraud;

(f) dengan diketahuinya mengambil bahagian dengan apa-apa

cara dalam menyuling, menapai ataupun mengilang apa-apa barang-barang berduti, atau mengilang apa-apa-apa-apa tembakau, bersalahan dengan peruntukan seksyen 20;

(g) kecuali dengan kuasa yang sah, membuka, memecah,

mengubah atau dengan apa-apa cara mengganggu apa-apa mangga, meteri, tanda atau ikatan lain yang dipasang oleh seseorang pegawai yang hak;

(h) tanpa sebab yang berpatutan mengganggu dengan apa-apa

cara sesuatu vesel, kapal udara, kereta, alat atau benda lain yang digunakan untuk apa-apa maksud berkenaan dengan eksais;

(i) yang terlibat dalam mengimport apa-apa barang menyalahi

eksais sama ada barang menyalahi eksais itu dikapalkan, diturunkan dari kapal, dihantar serah atau tidak;

(j) mengkapalkan, menurunkan dari kapal, menghantar serah

atau membantu atau terlibat dalam mengkapalkan, menurunkan dari kapal atau menghantarserahkan apa-apa barang menyalahi eksais; atau

(k) selaku seorang penumpang atau orang lain didapati

mempunyai dalam bagasinya atau pada dirinya atau selainnya dalam miliknya, selepas menafikan bahawa dia mempunyai apa-apa barang berduti dalam bagasinya atau pada dirinya atau selainnya dalam miliknya, apa-apa barang berduti,

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan— (i) dalam hal barang-barang yang dikilangkan secara

tempatan—

(A) bagi kesalahan pertama, denda tidak kurang daripada sepuluh kali amaun duti eksais dan tidak lebih daripada dua puluh kali amaun duti eksais, atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; dan

(B) bagi kesalahan kedua atau mana-mana kesalahan yang berikutnya, denda tidak kurang daripada dua

puluh kali amaun duti eksais dan tidak lebih daripada empat puluh kali amaun duti eksais, atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya:

Dengan syarat bahawa apabila tiada duti terlibat atau amaun duti tidak dapat ditentukan, penalti itu boleh merupakan denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya;

(ii) dalam hal barang-barang diimport—

(A) bagi kesalahan pertama, denda tidak kurang daripada sepuluh kali amaun duti eksais dan tidak lebih daripada dua puluh kali amaun duti eksais itu, atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; dan

(B) bagi kesalahan kedua atau mana-mana kesalahan yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada dua puluh kali amaun duti eksais itu dan tidak lebih daripada empat puluh kali amaun duti eksais itu, atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya:

Dengan syarat bahawa jika amaun duti eksais itu tidak dapat ditentukan, penalti itu boleh merupakan denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(2) Dalam sesuatu pendakwaan di bawah seksyen ini, apa-apa barang-barang berduti hendaklah disifatkan sebagai barang-barang berduti dengan diketahui oleh pihak yang didakwa melainkan jika dibuktikan sebaliknya oleh pihak yang didakwa itu.

Penalti bagi memiliki alat suling, dsb.

75. Tiap-tiap orang, lain daripada seseorang yang dilesen atau

Dalam dokumen UNDANG-UNDANG MALAYSIA (Halaman 106-112)