peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 85.
Barang-barang berduti hendaklah didepositkan dalam gudang apabila tiba
27A. (1) Semua barang yang diimport ke dalam Malaysia hendaklah, apabila mula-mula tiba atau didaratkan, didepositkan oleh pengimport atau ejennya dalam gudang berlesen atau dalam suatu gudang yang diluluskan oleh Ketua Pengarah:
Dengan syarat bahawa, tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan oleh Ketua Pengarah sama ada secara am, melalui perintah atau dalam mana-mana hal tertentu—
(a) Ketua Pengarah, jika berpuas hati bahawa atas sebab berat,
kuantiti atau besarnya mana-mana barang-barang itu atau kerana apa-apa sebab lain tidak praktik untuk mendepositkan barang-barang itu dalam suatu gudang berlesen, boleh mengarahkan supaya barang-barang itu disimpan dalam mana-mana tempat lain di mana barang-barang itu hendaklah disifatkan sebagai berada di bawah kawalan eksais;
(b) apa-apa barang itu yang diimport dengan kereta api boleh
dengan sahnya dikonsainkan kepada mana-mana orang di suatu depot pelepasan darat atau stesen kastam darat, dan barang-barang itu hendaklah disifatkan, bagi maksud Bahagian ini dan Bahagian VIIIB, sebagai telah mula-mula tiba apabila sampai di depot pelepasan darat atau stesen kastam darat itu;
(c) jika bil muatan, bil jalan udara, invois atau dokumen lain
yang meliputi apa barang-barang itu yang didaratkan di sesuatu pelabuhan atau lapangan terbang kastam menunjukkan bahawa barang-barang itu dikonsainkan kepada seseorang di suatu depot pelepasan darat atau di stesen kastam darat, barang-barang itu boleh dihantar dengan kereta api atau melalui jalan raya ke depot pelepasan darat atau ke stesen kastam darat, dan barang-barang itu hendaklah disifatkan bagi maksud Bahagian ini dan Bahagian VIIIB, sebagai mula-mula tiba apabila sampai di depot pelepasan darat atau stesen kastam darat itu;
(d) barang-barang itu apabila mula-mula didaratkan di suatu
lapangan terbang kastam yang tiada gudang berlesen bolehlah diuruskan sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.
(2) Tiada barang yang didepositkan dalam sesuatu gudang atau diarahkan supaya didepositkan dalam mana-mana tempat lain, di bawah subseksyen (1), boleh dipindahkan dari gudang itu atau dari tempat itu kecuali dengan kebenaran pegawai yang hak.
(3) Barang-barang berduti yang didepositkan dalam suatu gudang yang bukan suatu gudang berlesen, hendaklah dipindahkan dari gudang itu dalam masa sepuluh hari, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, dari masa pendepositan sedemikian dan jika barang-barang itu tidak dipindahkan, pegawai yang hak boleh memindahkan barang-barang itu ke suatu gudang berlesen dengan perbelanjaannya ditanggung oleh pemunya barang-barang itu.
(4) Peruntukan seksyen ini tidak terpakai—
(a) bagi barang-barang yang diimport melalui pos;
(b) bagi barang-barang yang diimport melalui jalan raya atau
laut di tempat-tempat import di mana tiada gudang berlesen; dan
(c) bagi bagasi penumpang yang mengandungi barang-barang
persendirian sahaja.
(5) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam subseksyen (1), jika Ketua Pengarah berpendapat bahawa, setelah mengambil kira mana-mana barang tertentu yang diimport ke dalam Malaysia, barang-barang itu tidak perlu, demi kepentingan awam, didepositkan oleh pengimport atau ejennya mengikut subseksyen itu, dia boleh mengarahkan supaya barang-barang itu dilepaskan tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh dikenakan olehnya.
Kuasa untuk membuka dan memeriksa bungkusan
27B. Seseorang pegawai kanan eksais boleh, pada bila-bila masa, mengarahkan supaya mana-mana barang atau bungkusan yang diserah simpan di mana-mana gudang berlesen dibuka, ditimbang atau selainnya diperiksa, dan selepas barang-barang atau bungkusan itu telah dibuka atau diperiksa sedemikian, boleh menyebabkan supaya barang-barang atau bungkusan itu dilak atau ditanda mengikut cara yang difikirkannya patut.
Penahanan barang-barang jika terdapat keraguan
27C. (1) Pegawai yang hak boleh menahan dalam suatu gudang berlesen atau mana-mana tempat lain yang disifatkan sebagai berada di bawah kawalan eksais apa-apa barang jika dia ragu-ragu sama ada barang-barang itu berduti atau tidak atau kerana apa-apa sebab lain.
(2) Dalam tiap-tiap hal sedemikian pegawai yang hak itu hendaklah dengan serta-merta membuat suatu laporan kepada seorang pegawai kanan eksais yang hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak wajar, memutuskan sama ada barang-barang itu berduti atau tidak.
(3) Jika mana-mana barang itu didapati tidak berduti, tiada sewa gudang, caj pengendalian atau caj-caj lain kena dibayar berkenaan dengan barang-barang itu.
Tiada pindahan kecuali apabila dibayar duti atau di bawah bon 28. Tiada apa-apa jua barang-barang berduti boleh digunakan dalam, atau dipindahkan dari, sesuatu tempat yang berlesen di bawah seksyen 20 atau dari sesuatu gudang eksais awam atau gudang berlesen atau kawalan eksais kecuali—
(a) apabila dibayar duti atasnya atau, jika perintah di bawah
seksyen 6 berhubung dengan duti itu membenarkan, apabila diberi sekuriti sebagaimana yang diperuntukkan oleh perintah itu bagi pembayaran duti itu;
(b) di bawah bon untuk perletakan dalam sesuatu gudang
eksais awam atau gudang berlesen yang lain atau bagi mengilang di suatu tempat lain yang dilesenkan di bawah seksyen 20 atau mana-mana tempat lain di bawah kawalan eksais;
(c) (Dipotong oleh Akta A781);
(d) untuk dieksport ke suatu tempat di luar Malaysia dan
digunakan di situ.
Pembayaran dius bagi barang-barang dalam gudang eksais awam 29. (1) Pemunya apa-apa barang-barang yang diletakkan dalam sesuatu gudang eksais awam atau ejennya hendaklah apabila diminta
membayar kepada pegawai yang hak, mengikut kadar yang ditetapkan, dius gudang yang kena dibayar berkenaan dengan barang-barang itu. (2) Jika sesuatu sewa gudang berkenaan dengan apa-apa barang-barang tidak dibayar dengan sewajarnya mengikut cara yang diperuntukkan oleh subseksyen (1), seseorang pegawai kanan eksais boleh, selepas memberi tidak kurang daripada empat belas hari notis secara bertulis kepada pemunya (jika nama dan alamat pemunya itu diketahuinya), atau selepas notis yang wajar dalam Warta (jika nama dan alamat pemunya itu tidak diketahuinya), menjual barang-barang itu:
Dengan syarat bahawa barang-barang mudah rosak yang diletakkan dalam sesuatu gudang eksais hendaklah dipindahkan dengan serta- merta, dan jika tidak dipindahkan sedemikian seseorang pegawai kanan eksais boleh menjual barang-barang itu.
(3) Hasil jualan apa-apa barang-barang itu hendaklah digunakan untuk membayar apa-apa duti eksais, sewa gudang dan caj lain dan tambang kereta api yang kena dibayar berkenaan dengan barang-barang itu atau berkenaan dengan mana-mana barang-barang-barang-barang lain yang diletakkan oleh pemunya barang-barang itu, dan lebihannya itu, jika ada, hendaklah dibayar kepada pemunya barang-barang itu dan jika pemunya itu tidak dapat dijumpai dalam tempoh satu bulan dari tarikh jualan itu, lebihan itu hendaklah dibayar kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan bagi Persekutuan.
BAHAGIAN VI
PETROLEUM DAN KELUARAN PETROLEUM
Cara pembayaran duti eksais
30. Walau apa pun peruntukan seksyen 28 petroleum dan keluaran