• Tidak ada hasil yang ditemukan

SISTEM DAN APLIKASI BAHASA (35 MARKAH)

Dalam dokumen KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN (Halaman 160-182)

LATIHAN MODUL

SISTEM DAN APLIKASI BAHASA (35 MARKAH)

SOALAN 1 (MORFOLOGI) Latihan 1

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata hubung. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Hati ialah satu organ yang penting dalam tubuh manusia. Hati mempunyai fungsi penting seperti fungsi metabolisme dan fungsi sintesis kompaun asas. Oleh hal yang demikian, masalah kerosakan hati amat membimbangkan kerana seseorang itu hanya akan menyedarinya setelah kerosakan hati mencapai tahap yang tinggi. Penyakit hati yang kronik akan menyebabkan sirosis hati. Oleh itu, perkara asas untuk membendung kerosakan hati adalah dengan mengenal pasti penyakit yang melibatkan hati.

(Dipetik dan diubah suai daripada Sains Kesihatan oleh Azmawati Mohammed Nawi,

Dewan Kosmik, Jun 2021) [6 markah]

Kata Hubung:

1. 2. 3.

[161]

Ayat:

i. ________________________________________________________________________

ii. _______________________________________________________________________

iii. _______________________________________________________________________

Latihan 2

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata kerja. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Vaksinasi ialah satu teknik dalam bidang kesihatan yang bertujuan mencegah jangkitan penyakit berjangkit yang spesifik. Vaksin mengandungi antigen yang berfungsi sebagai pencetus tindak balas imuniti tubuh. Tubuh manusia yang menerima vaksin akan menghasilkan antibodi terhadap penyakit tersebut, biarpun individu itu belum pernah terkena jangkitan tersebut.

(Dipetik dan diubah suai daripada Vaksinologi:Perang Melawan Covid-19 oleh Megat Mohamad Amirul Amzar Megat Hashim,

Dewan Kosmik, April 2021)

[8 markah]

Kata Kerja:

1. 2. 3. 4.

[162]

Ayat:

i. ________________________________________________________________________

ii. _______________________________________________________________________

iii. _______________________________________________________________________

iv. _______________________________________________________________________

Latihan 3

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata ganda. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Penghayatan dan pengamalan nilai murni dalam kehidupan dapat memastikan pembentukan akhlak serta peribadi yang mulia dan sempurna dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, usaha untuk memupuk nilai-nilai murni ini tidak harus dipandang enteng oleh setiap ibu bapa. Ibu bapa harus menerapkan amalan nilai murni sejak anak-anak masih kecil lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana secara analoginya, kanak-kanak diibaratkan kain putih dan ibu bapa merupakan warna yang akan mencorakkan kehidupan anak mereka.

Dipetik dan diubah suai daripada Usaha Memupuk Nilai Murni Oleh Loh Chun Chuan Dewan Siswa, Januari 2018 [8 markah]

Kata Kerja Kata Ganda

1. 1.

2. 2.

[163]

Ayat:

i. ________________________________________________________________________

ii. _______________________________________________________________________

iii. _______________________________________________________________________

iv. _______________________________________________________________________

Latihan 4

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama dan dua kata adjektif.

Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Malaysia amat bertuah kerana memiliki pelbagai jenis tanah lembap. Ekosistem tanah lembap dapat memberikan manfaat yang sangat besar kepada aktiviti sosial dan ekonomi sesuatu tempat. Ciri fizikal tumbuhan di kawasan tanah lembap boleh mengurangkan impak tiupan angin kencang di kawasan pesisiran pantai, muara dan tebing sungai. Tanah lembap turut memainkan peranan sebagai agen kawalan kepada banjir.

Dipetik dan diubah suai daripada Kepentingan Ekosistem Tanah Lembap Oleh Hyrul Izwan, M.H, Ismail, P. Mohd Ghazali, dan Tariq Mubarak Dewan Kosmik, Bil 9/ 2019 [8 markah]

Kata Nama Kata Adjektif

[164]

Ayat:

i. ________________________________________________________________________

ii. _______________________________________________________________________

iii. _______________________________________________________________________

iv. _______________________________________________________________________

Latihan 5

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Apabila berlakunya bencana, pengurusan yang cekap diperlukan untuk mengurus situasi yang sukar. Penggunaan sumber yang berkesan, pelibatan pelbagai agensi, dan tenaga manusia dalam jangka masa yang panjang diperlukan untuk memulihkan keadaan kesan daripada bencana.Pengurusan bencana yang berkesan melibatkan tiga tahap utama iaitu persediaan sebelum bencana, pengurusan semasa bencana, dan pengurusan selepas bencana. Pada tahap sebelum bencana, sistem amaran awal memainkan peranan penting kerana komunikasi amaran awal boleh membantu mengurangkan risiko.

Dipetik dan diubah suai daripada Berkesankan Komunikasi Amaran Awal Bencana Oleh Che Su Mustaffa Dewan Masyarakat, Bil 2/ 2015

[6 markah]

Kata Majmuk:

1. 2. 3.

[165]

Ayat :

i. __________________________________________________________________________

ii. __________________________________________________________________________

iii.__________________________________________________________________________

Latihan 6

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata terbitan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.

Vape dikenali sebagai alat elektronik berkuasa bateri yang berfungsi dengan memanaskan larutan atau dikenali sebagai e-cecair yang biasanya terdiri daripada propilena glikol atau gliserol (gliserin), nikotin dan agen perasa seterusnya menghasilkan wap untuk membentuk aerosol.

Dalam sesetengah situasi, vape juga dilabelkan sebagai rokok elektronik, vape, e-hookah, pena vape, dan sistem penyampaian nikotin elektronik. Vape biasanya digabungkan dengan e-cecair yang mengandungi nikotin dalam konsentrasi berbeza-beza. Nikotin ialah bahan utama penyebab ketagihan. Vape tanpa nikotin mengandungi cecair bahan kimia, pewarna, perasa yang berbeza, perisa buah-buahan yang digemari remaja, dan mengeluarkan bau wangi.

(Dipetik dan diubah suai daripada Sains Kesihatan: Bahaya Tersembunyi oleh Sharifa Ezat Wan Puteh dan Norayuni Mohd Ismail,

Dewan Kosmik, Bil 5, 2021)

[6 markah]

[166]

Kata Terbitan:

1. 2. 3.

Ayat :

i. _______________________________________________________________________

ii. _______________________________________________________________________

iii.________________________________________________________________________

SOALAN 2 (SINTAKSIS) Latihan 1

Baca petikan di bawah. Kenal pasti ayat penyata yang terdapat dalam petikan kemudian senaraikan enam ayat penyata tersebut.

Pada petang 13 Mei itu, tunang Mei telah datang untuk menjemputnya seperti biasa di pintu pejabatnya di Jalan Tun Perak (waktu itu bernama Jalan Mountbatten). Suasana di dalam bandar sudah mulai tidak menentu. Dia menawarkan diri kepada Jamilah, teman sepejabatnya untuk menghantarnya pulang. “Awak mahu balik seorang diri sahaja ke Jamilah? Awak tidak risau kalau apa-apa berlaku nanti? Biarlah kami temankan awak balik. Saya risau kalau apa-apa berlaku kepada awak.” Pada mulanya Jamilah enggan menerima pelawaan tersebut. “Janganlah awak risaukan saya, insya-Allah saya akan selamat. Awak pergilah balik, nanti lambat pula sampai ke rumah. Bukankah Sungai Way itu agak jauh dari sini?” Mei menceritakan perbualannya semula dengan Jamilah pada petang keramat itu. Mei menambah lagi, sebaik mereka berhenti di hadapan rumah Jamilah di Jalan Raja Mahadi, sekumpulan anak muda yang mengikat kepalanya dengan kain merah dan bermuka bengis, bersenjatakan kayu, parang dan pisau telah membuka pintu kereta lalu mengheret tunangnya keluar. “Tolong, jangan apa-apakan saya, Tolonglah jangan ganggu kami.” Lirih suara Mei

mengulang dialog yang diujar oleh tunangnya.

Dipetik dan diubah suai daripada cerpen Mellissa, oleh Abdullah Hussaiantalogi Harga Remaja, 2013) [6 markah]

[167]

Ayat Penyata:

i. ________________________________________________________________________

ii. _______________________________________________________________________

iii. _______________________________________________________________________

iv. _______________________________________________________________________

v. _______________________________________________________________________

vi. _______________________________________________________________________

[168]

Latihan 2

Baca petikan di bawah. Kenal pasti jenis ayat majmuk yang terdapat dalam petikan kemudian senaraikan tiga jenis ayat majmuk tersebut.

Kesedaran ibu bapa tentang kepatuhan menyediakan kerusi keselamatan untuk anak di dalam kenderaan masih rendah sehingga meningkatkan risiko kemalangan maut. Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sepanjang tempoh Ops Bersepadu bersempena dengan musim perayaan tahun lalu mendapati bahawa hanya 25 peratus pemakaian kerusi keselamatan kanak-kanak dipatuhi. Hal ini menunjukkan bahawa kesedaran yang diharapkan masih tidak mencapai sasaran yang ditetapkan. Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar, penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan dapat mengurangkan peratus kematian dan impak kecederaan sebagai akibat daripada kemalangan jalan raya. Katanya, statistik kemalangan 2017 mencatatkan bahawa sebanyak 73 orang kanak-kanak yang berusia antara enam hingga 10 tahun meninggal akibat kemalangan jalan raya namun 28 daripada jumlah itu ialah penunggang dan pembonceng motosikal.

(Dipetik dan diubah suai daripada:

https://www.bharian.com.my/wanita/keluarga/2019/01/519273/

TAK PATUH PASANG KERUSI KESELAMATAN oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar) [6 markah]

Ayat Majmuk:

i. _________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

ii. _________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

[169]

iii. _________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

Latihan 3

Berdasarkan petikan di bawah, bina lima ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata Tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong.

Setiap orang menginginkan kesihatan mental dan fizikal yang sihat. Orang yang mempunyai tubuh badan yang sihat dapat melakukan tugas harian dengan baik. Akhir-akhir ini, banyak rakyat Malaysia menghidapi pelbagai jenis penyakit, seperti darah tinggi, diabetes, dan sakit sendi. Jalan terbaik untuk seseorang meningkatkan tahap kesihatan adalah dengan melakukan aktiviti fizikal, bersenam dan bersukan. Aktiviti berjalan mampu meningkatkan kecergasan kardiovaskular melalui pengaliran darah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Selain itu, berjalan juga dapat memberikan kelebihahan dari segi sosial kerana boleh dilakukan secara bersendirian, berpasangan atau berkumpulan

Dipetik dan diubah suai daripada Panduan Menjalani Kehidupan Sihat Oleh Ros Syahirah Dewan Masyarakat, Bil 2/ 2015 [5 markah]

Ayat Tanya :

i.

_____________________________________________________________________________________

ii.

_____________________________________________________________________________________

iii._____________________________________________________________________________________

[170]

iv.

_____________________________________________________________________________________

v. _______________________________________________________________________

Latihan 4

Berdasarkan petikan di bawah, cerakinkan ayat majmuk kepada enam ayat tanpa mengubah maksud asalnya.

Golongan remaja memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ahli keluarga. Mereka tidak seharusnya diabaikan oleh ibu bapa walaupun kebanyakan daripada ibu bapa sibuk bekerja. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu meluangkan masa bersama dengan anak-anak mereka di samping memastikan pencapaian akademik mereka sentiasa cemerlang.

[6 markah]

Ayat 1 : ___________________________________________________________________

Ayat 2 : ___________________________________________________________________

Ayat 3:____________________________________________________________________

Ayat 4 : ___________________________________________________________________

Ayat 5 : ___________________________________________________________________

Ayat 6:____________________________________________________________________

[171]

SOALAN 3 (PENYUNTINGAN) Latihan1

Petikan di bawah mengandungi sepuluh kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Keagongan bahasa Melayu sebagai “lingua franca” di alam Melayu terutamanya di zaman Kerajaan Melaka, merupakan fakta yang tidak dapat dinafikan. Pada ketika itu, bahasa Melayu tidak sahaja sebagai “lingua franca” tetapi juga sebagai bahasa perdagangan, bahasa pentadbiran, bahasa ugama dan sebagainya.

Kini, peranan bahasa Melayu semakin berkembang. Sejak di angkat menjadi bahasa resmi dan bahasa kebangsaan negara kita, peranan bahasa Melayu semakin terselah seiring dengan kemajuan negara. Bahasa Melayu telah dijadikan wahana budaya ilmu dan intelektual. Bahasa Melayu bukan sahaja mampu membincang aspek-aspek yang cendekia, tetapi juga dapat menyebarkan ilmu dalam bidang sains dan teknoloji. Oleh kerana itu, bahasa Melayu perlu sentiasa dipelihara dalam kalangan masyarakat Malaysia.

[10 markah]

Kesalahan Pembetulan Kesalahan Pembetulan

1 6

2 7

3 8

4 9

5 10

[172]

Latihan 2

Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala dalam petikan 2 terdapat tujuh kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan.

Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka mendapat didikan agama yang sewajarnya. Hal ini demikian kerana, ikatan agama yang kukuh akan menjadi tembok kepada anak-anak untuk mendepani pelbagai cabaran-cabaran. Anak-anak juga mampu menggunakan ilmu agama supaya membezakan perkara yang baik dengan yang buruk. Mereka akan hidup bahagia sebagai modal insan yang berjaya dan masyarakat hormati.

Petikan 2

Kemajuan teknologi mewujudkan komunikasi rentas sempadan menerusi perhubungan secara maya. Walau bagaimana pun, interaksi sesama warga Internet bukan dalam bentuk fizikal dan tidak dibatas oleh jarak. Namun begitu, terdapat segelintir pihak yang menyalah gunakan kemudahan itu menerusi peranti masing-masing sehingga mengabaikan nilai-nilai kemasyarakatan. Mereka tidak teragak-agak untuk melakukan jenayah siber seperti ugutan, tuhmahan, dan mengodam akaun pelanggan institusi kewangan. Apabila tindakan mereka itu dikesankan dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa, barulah mereka sedar bahawa sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

[13 markah]

Kesalahan Pembetulan Kesalahan Pembetulan

1 8

2 9

3 10

4 11

5 12

6

13

7

[173]

Latihan 3

Baca petikan di bawah serta kenal pasti enam kesalahan bahasa yang terdapat dalam petikan di bawah kemudian senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut.

Ubat-ubatan moden masa ini terdiri daripada lebih 30 peratus bahan yang berasal dari tumbuhan.

Dijangkakan sumber baharu ubat-ubatan pada masa hadapan akan banyak bergantung kepada hasil penemuan kajian yang dilakukan terhadap bahan tumbuhan yang digunakan di dalam perubatan tradisional. Malah, tidak hairanlah jika sekiranya pengkaji Jepun mendakwa yang mereka menemukan bakal penawar AIDS yang berasal daripada tumbuhan, iaitu kangkung liar. Kangkung liar ini banyak terdapat di Indonesia dan Malaysia yang dikenali dengan nama saintifiknya Merimia mammosa.

Sumber: Internet

[6 markah]

Kesalahan Pembetulan Kesalahan Pembetulan

1 4

2 5

3 6

[174]

Latihan 4

Baca petikan di bawah serta kenal pasti enam kesalahan bahasa yang terdapat dalam petikan kemudian senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut.

Seseorang ibubapa perlu tahu tentang penyediaan hidangan yang berkhasiat, tetapi ringkas dan mudah untuk di masak. Perkara yang paling terpenting ialah hidangan itu dapat menarik minat kanak-kanak untuk makan bersama-sama. Penyediaan hidangan yang berkhasiat tidak semestinya penggunaan bahan yang mahal atau melibatkan masakan yang rumit. Namun begitu, perkara yang lebih penting ialah hidangan yang lengkap dengan sumber kaborhidrat, protin dan vitamin.

(Dipetik dan diubah suai daripada Imunologi: Pemakanan Sihat dan Kanak-kanak

oleh Intan Fafrhana Abdul Rani, Dewan Kosmik, Jun 2021)

[6 markah]

Kesalahan Pembetulan Kesalahan Pembetulan

1 4

2 5

3 6

[175]

Soalan 4 (Bahasa Melayu Standard) Latihan 1

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan telitinya, kemudian tulis petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

[4 markah]

Jawapan:-

______________________________________________________________________________

Maka oleh Kertala Sari segala hulubalang yang menghadap sama-sama itu dilihatnya seorang kepada seorang. Maka Kertala Sari pun pandang pada Laksamana; maka ia pun fikir dalam hatinya, “Dialah gerangan hulubalang Ratu Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya, sungguhlah ia dapat membunuh bapaku, kerana ia penjurit besar lagi kepetangan.”

Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia

[176]

Latihan 2

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan telitinya, kemudian tulis petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

6 markah]

Jawapan:-

_____________________________________________________________________________

Maka Laksamana pun menyuruh membawa segala senjata yang banyak-banyak itu, lembing dan tombak dan kayu. Maka diatur oleh Laksamana berkeliling istana itu. Maka dibubuhnya suatu hikmat, radak-meradak dan tetak-menetak sama sendirinya dan kayu itu pun palu-memalu, terlalu gemuruh bunyinya.

Maka hari pun malamlah. Maka Laksamana pun memakai serba hitam lalu berjalan. Maka Kertala Sari pun masuklah. Maka dilihat oleh Laksamana seorang penjurit;

maka Laksamana pun berselindung pada suatu tempat.

Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia

[177]

Latihan 3

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan telitinya, kemudian tulis petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

[6 markah]

Jawapan:-

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

Adapun akan sekarang Duli Yang Dipertuan di dalam negeri ini dengan perempuan anak isteri dan segala perkakas. Maka benarkah pada fikir tuan hamba kami sekalian datang dengan laki-laki juga, dengan begini jauh Selat Kelang? Jikalau satu hal negeri

ini, apa hisab pada kami sekalian? Sebab itulah maka segala orang Kelang ini hamba suruh bawa dengan anak isterinya sekali. Nescaya berperang dengan musuh bersungguh-sungguh hatinya; kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang Dipertuan lebih ia berlawankan anak isterinya bersungguh-sungguh."

Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada dalam Antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia

[178]

Latihan 4

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan telitinya, kemudian tulis petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

[6 markah]

Jawapan:-

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

Telah hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api.

Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam,

"Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita?

Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita."

Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada dalam Antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia

[179]

Soalan 5 (Peribahasa) Latihan 1

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam petikan tersebut.

[6 markah]

Jawapan

(i) ____________________________________________________________

(ii) ____________________________________________________________

(iii) ____________________________________________________________

“Sebagai satu pasukan, kita haruslah bersatu padu seperti ________________________

_______________,” kata Fairuz, ketua pasukan bola sepak sekolah kepada ahli pasukannya sebelum perlawanan bola sepak bermula. “Betul kata Fairuz, _________________________________, susah senang kita lalui bersama-sama!” sahut Zainal.

“Walaupun pasukan lawan kita merupakan juara tahun lepas, kita masih ada harapan untuk mengalahkan mereka kerana_______________________________,” tambah Fairuz. “Ya, sama-sama kita berusaha!” sorak semua ahli pasukan bola sepak Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar.

[180]

Latihan 2

Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan setiap ayat tersebut.

(i) Walaupun telah bertahun-tahun Johan bekerja di luar negara dan menerima gaji yang berlipat ganda, akhirnya dia mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air.

(ii) Selvaraja tidak berani mengeluarkan simpanannya untuk membeli saham, walaupun banyak kali diajak dan dipujuk oleh rakan-rakannya.

(iii) Tragedi 13 Mei 1969 merupakan peristiwa sedih yang tidak dapat dilupakan dan menjadi pengajaran yang perit kepada semua rakyat Malaysia.

[6 markah]

Jawapan

(i) ______________________________________________________________

(ii) ______________________________________________________________

(iii) ______________________________________________________________

Latihan 3

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

[6 markah]

Selepas Kamal kemalangan jalan raya dan tinggal di hospital selama sebulan, kini barulah dia mula berhati-hati ketika memandu kereta. Kebanyakan pemandu terlalu ghairah untuk sampai ke destinasi ketika memandu, sebaik-baiknya biarlah kita berhemah semasa memandu agar selamat. Kita juga harus sentiasa beringat bahawa orang kesayangan kita sedang menunggu kepulangan kita. Orang tua-tua selalu berpesan supaya berhati-hati kerana nasib kita tiada siapa yang tahu walaupun kita pemandu yang cekap, kita mungkin menjadi korban pada bila-bila masa.

[181]

Jawapan

(i) _______________________________________________________

(ii) _______________________________________________________

(iii) _______________________________________________________

Latihan 4

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan situasi dalam gambar tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai.

[4 markah]

Jawapan

(i) _____________________________________________________________

(ii) _____________________________________________________________

Wah, banyak duit dalam tabung ini! Berapa lama

dah anak puan menabung?

Saya tak boleh keluarkan semua gaji bulan ni, kena simpan untuk kecemasan…

[182]

Dalam dokumen KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN (Halaman 160-182)

Dokumen terkait