Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan oleh Harris et al. (2005) negara-negara seperti Australia, China, Dernmark, Finland, Peranchis, Jerman, Hong Kong, Belanda, New Zealand, Ireland Utara, Norway, Republic Ireland, Sepanyol, Sweden, UK dan USA sahaja yang memajukan sistem geodemografi di negara mereka. Negara-negara maju seperti Kanada, UK dan USA umpamanya sudah mencapai tahap perkembangan sistem pengkelasan yang tinggi berbanding dengan negara-negara lain. Ini berbeza dengan keadaan yang berlaku di negara Malaysia, kerana maklumat tentang sistem geodemografi masih sukar untuk diperolehi. Openshaw (1998) melihat kekangan perkembangan sistem geodemografi disebabkan oleh keengganan ahli perniagaan untuk mendedahkan keupayaan sistem pengkelasan ini kepada peniaga lain. Penggunaan sistem geodemografi sebagai alat bantu, memberi kelebihan kepada syarikat perniagaan menghadapi persaingan dalam aspek pemasaran, pengiklanan dan pengurusan pelanggan.
Kekurangan maklumat tentang sistem geodemografi terutamanya dalam penghasilan metodologi dan pemilihan pembolehubah menurut Vickers (2006) juga adalah disebabkan oleh faktor persaingan pasaran. Semua sistem geodemografi komersial yang terdapat di pasaran mengenakan yuran kepada pengguna dalam bentuk pembayaran lesen penggunaan. Mendedahkan kaedah dan pembolehubah yang digunakan untuk menghasilkan sistem pengkelasan akan menyebabkan sistem pengkelasan yang dibangunkan sukar untuk dipasarkan. Pengetahuan tentang maklumat-maklumat ini membolehkan pesaing dan pengguna membangunkan sistem pengkelasan sendiri yang akhirnya menjejaskan permintaan terhadap sistem pengkelasan yang mereka pasarkan.
Untuk mengatasi masalah ini, pembangunan sistem geodemografi dalam persekitaran
76
akademik dan sektor awam menurut Vickers (2006) perlu dilakukan kerana penerbitan akademik memerlukan penerangan yang terperinci terhadap metodologi yang digunakan.
Secara umumnya, perbincangan tentang pembangunan sistem geodemografi sama ada dalam bidang komersial, sektor awam atau akademik di negara ini masih belum mendapat perhatian yang meluas. Masalah ini menyebabkan wujudnya jurang pengetahuan dalam bidang sistem geodemografi berbanding dengan kajian secara meluas yang telah dijalankan di negara-negara lain. Kajian pengkelasan pengguna kenderaan awam yang dijalankan oleh TNS Global (2006) (Taylor Nelson Sofres Global) merupakan salah satu daripada rujukan sistem pengkelasan yang penting dalam kajian ini. Persampelan yang dilakukan terhadap 1500 responden yang berumur antara 16 hingga 55 tahun mendapati 27% daripada mereka adalah pengguna kenderaan awam dan selebihnya menggunakan kenderaan persendirian.
Pembolehubah-pembolehubah yang digunakan untuk mengkelaskan semua responden ini termasuklah, kumpulan etnik, jantina, kumpulan umur, pendapatan isi rumah, bidang pekerjaan dan maklumat pemilikan kenderaan. Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, 1500 responden yang ditemuduga ini dibahagikan kepada lapan kumpulan utama iaitu “Smart young professionals”, “Captives”, Free & easy”, “Local entrepreneurs”, “Melayu kini”, “Young guns”, “City families” dan “Established professional”. Walau bagaimanapun kajian ini lebih tertumpu kepada pengkelasan pengguna dan tidak boleh dianggap sebagai pengkelasan geodemografi kerana kajian ini tidak mengaitkan pengguna dengan lokasi tempat mereka tinggal. Senarai kelas dan ciri-ciri pengguna yang mewakili kelas-kelas tersebut ditunjukkan dalam jadual 2.11.
77
Jadual 2.11: Pengkelasan pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang
KUMPULAN PROFIL
Smart young professional White collar, management, all races Aspirational, conscious of position & lifestyle
Captives Existing on other parts of the system, Blue collar, Grey collar – No
choice, wide age range, all races – migrational, possibly motorbike users
Free & easy Retirees, all races – Cost conscious – Off peak
Local entrepreneurs Small business, e.g. mamak/sundry shop owners, status conscious, want full control over their life & time – All races (Chinese, Malay, Indian)
Melayu kini Emerging middle class, Kancil, kelisa drivers – “Malaysian Dream,
own car, house, 2.2 children
Young guns Youth, all races, the “Hotlink crowd” – Cost conscious but
aspirational lifestyle, music, movies, mobility
City families All races, lower, middle income – Young families, expenses, cost conscious – Shopping, leisure, school transportation
Established professionals Professional/exec, age 35+ years earning above RM4k
Sumber: TNS Global (2006)
Pembangunan sistem geodemografi di Singapura pula telah mencapai satu tahap yang lebih tinggi berbanding dengan sistem geodemografi di negara ini. Terdapat dua sistem pengkelasan komersial yang telah dibangunkan di negara tersebut iaitu MOSAIC dan CAMEO. Experian (2007) menjelaskan bahawa sistem geodemografi komersial MOSAIC Singapore dibangunkan dengan menggunakan data banci penduduk tahun 2000 dan data gaya hidup pengguna SingPost (Singapore Post Limited). Pembolehubah-pembolehubah demografi yang digunakan termasuklah umur, jantina, taraf pendidikan, saiz isi rumah, pendapatan isi rumah, pendapatan individu, dialek, pekerjaan, industri, status aktiviti ekonomi dan jenis tempat kediaman.
Sistem pengkelasan yang mengandungi maklumat mengenai lebih daripada sejuta isi rumah dan data individu ini mengkelaskan penduduk di negara tersebut kepada 27 kelas berbeza berdasarkan kepada persamaan ciri-ciri demografi dan sosio-ekonomi mereka.
Label bagi kumpulan-kumpulan utama ini termasuklah “Successful Cosmopolitants”,
78
“Ageing Wealth”, “Comfortable Heartlanders”, “Young Contemporary”,
“Multicultural Grassroots”, “Blue Collar Subsistence” dan “Twilight Fringe”. Label terperinci mengenai kumpulan dan kelas dalam sistem pengkelasan MOSAIC Singapore ini ditunjukkan dalam jadual 2.12.
Jadual 2.12: Kumpulan dan kelas dalam sistem pengkelasan MOSAIC Singapore
KUMPULAN ISIRUMAH (%) KELAS ISIRUMAH (%)
A Successful Cosmopolitans 8.7 A01 Corporate Leadership 1.5
A02 Privileged Professionals 1.23
A03 Downtown CBDs 0.12
A04 Advancing Assets 5.85
B Ageing Wealth 8.79 B05 Established Upscale 2.94
B06 Affluent Retired 1.28
B07 Mature Landed 4.57
C Comfortable Heartlanders 13.24 C08 Comfortable Middle Rung 5.31
C09 Ethnic Enclaves 1.69
C10 Settled Families 6.07
C11 Campus Neighbourhoods 0.17
D Young Contemporary 18.82 D12 Modern Aspirations 3.85
D13 Fringe Cosmopolitan 1.37
D14 Digital Optimists 4.21
D15 Progressive Panorama 3.56
D16 Neo Colonists 5.83
E Multicultural Grass Roots 13.69 E17 Town Centre Kakis 5.29
E18 MRT Environs 3.90
E19 Home Sweet Home 4.50
F Blue Collar Subsistence 24.06 F20 Technical Diligence 6.39
F21 Industrial Prospects 5.24
F22 Blue Collar Perseverance 6.53
F23 Subsistence Rung 5.89
Sistem pengkelasan CAMEO pula mengkelaskan penduduk di Singapura kepada 9 kumpulan utama dan 39 kelas kejiranan dengan menggunakan hanya 39 pembolehubah yang diperoleh daripada banci penduduk di negara tersebut. Sistem pengkelasan yang menggunakan poskod sebagai kawasan geografi terkecil ini menyatakan bahawa kluster yang dihasilkan adalah seragam, mempunyai bilangan yang mencukupi untuk digunakan dan tidak memihak kepada kawasan geografi yang khusus.
Pembolehubah-79
pembolehubah yang digunakan untuk membangunkan sistem pengkelasan ini termasuklah umur kanak-kanak dan remaja, pendidikan tertinggi, kepadatan penduduk, struktur dan saiz isi rumah, status ekonomi dan pendapatan isi rumah.