• Tidak ada hasil yang ditemukan

SISTEM PUSAT (CENTRAL PLANT SYSTEM)

Dalam dokumen LAPORAN LATIHAN INDUSTRI TELEKOM MALYSIA (Halaman 46-53)

BAB 3 : PERALATAN DAN KESELAMATAN

3.2 ALAT PENGHAWA DINGIN (AIR COND)

3.2.3 SISTEM PUSAT (CENTRAL PLANT SYSTEM)

1. Sistem ini merupakan satu sistem dimana semua proses penyejukan di jalankan dalam satu alat (chiller) terlebih dahulu dan cecair (chiller water) yang telah disejukkan dihantar ke alat penyejukan dalam bilik-bilik (A.H.U @ F.C.U). 2. Tetapi sistem ini jarang digunakan di ibusawat dan sistem pemancar kerana

kosnya yang tinggi dan peralatan yang terdapat di dalam ibusawat juga, cukup sekadar menggunakan sistem panghawa dingin jenis sistem unit.

3.3 SISTEM ALARM

ALARM adalah isyarat yang digunakan untuk mengetahui kerosakan atau sebarang jenis masalah yang berlaku di stesen-stesen atau ibusawat Telekom Malaysia Berhad di seluruh Malaysia.

Isyarat alarm biasanya digunakan untuk mengetahui keadaan sebenar yang terjadi. Antara masalah yang sering berlaku yang dapat dikesan oleh alarm ialah pada kebiasaannya ia berpunca daripada kerosakan seperti alat penghawa dingin, bekalan kuasa, arus pada peralatan dan kabel, peralatan yang berkaitan dengan sistem penghantaran (transmittion) dan penerimaan (receiver) iaitu kebiasaanya pada equipment atau peralatan elektrik dan elektronik. Punca lain seperti kerosakan pada rectifier dan sebagainya yang berkaitan dengan ibusawat atau stesen pemancar.

Setiap kejadian yang berlaku contohnya seperti kejadian suhu yang tinggi pada penghawa dingin akan mengeluarkan isyarat terus ke ipoh dan dari Ipoh akan terus di hantar ke Kuala Lumpur, kemudiannya akan dipasukan oleh pihak kuasa di Kuala Lumpur , dan dapat melihat sebarang jenis kerosakan yang berlaku. Isyarat alarm di

perolehi dengan wayar E dan M. wayar E ialah hear manakala wayar M ialah mouth, wayar E akan menerima manakala wayar M akan memanggil. Kedua-dua jenis wayar ini juga digunakan dalam system transmittion dan receiver.

Bekalan kuasa adalah punca elektrik yang diterima dan TNB atau Tenaga Nasional Barhad, kerana jabatan ini berfungsi untuk menyalurkan voltan pada pengguna, sektor, firma, dan sebagainya. Punca voltan yang disediakan adalah mengikut piawaian yang biasa digunakan untuk kegunaan yang bersesuaian iaitu 240 volt tetapi di ibusawat ianya hanya menggunakan 230 volt sahaja kerana setiap peralatan atau equipment yang terdapat di dalam ibusawat mempunyai rektifier tersendiri untuk menyukat takat voltan pada tahap yang sepatutnya.

Rajah 3.4 : Bekalan Kuasa

Bateri berfungsi sekiranya berlaku sebarang kerosakan pada bekalan kuasa atau power supply dan bateri ini kemudiannya akan mengambil alih tugas atau peranan yang dibuat oleh unit bekalan kuasa tersebut. Terdapat dua jenis sel bateri yang digunakan iaitu sel basah dan sel kering.

Pada kebiasaannya, bateri akan membekalkan voltan selama 10 jam sahaja iaitu tahap ketahanan dan ia juga bergantung pada masa dan arus (ampiars/hours). Bagi bateri yang mempunyai usia yang lama voltan yang disimpan akan habis dengan cepat sekali, pada kebiasaanya bateri ini akan diperiksa sebulan sekali untuk mengetahui kadar voltannya.

3.6 KOMPUTER (PROGRAMMING COMPUTER)

Komputer adalah salah satu peralatan yang terpenting di setiap ibusawat serta stesen pemancar kerana komputer adalah alat untuk memberi arahan kepada peralatan atau equipment di dalam ibusawat untuk melakukan kerja atau tugas masing-masing.

Setiap komputer yang terdapat di dalam ibusawat telah diprogramkan sendiri oleh pihak-pihak yang tertentu untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan, setiap programming komputer akan dibuat secara rahsia dan seseorang pekerja yang hendak melakukan kerja dengan menggunakan komputer tersebut perlulah melepasi beberapa syarat dan peraturan yang telah di tetapkan antaranya ialah kod rahsia atau password dan nama pekerja tersebut. Sistem ini dibuat bertujuan supaya tidak akan berlaku sebarang pencerobohan atau eksploitasi terhadap kod rahsia atau jenis-jenis maklumat yang hanya boleh di ketahui oleh pekerja sahaja.

Di setiap bahagian di dalam ibusawat seperti SOMA, TOMA, CNO dan sebagainya alatan kebanyakannya akan berkendali bersama komputer yang telah di programkan, seperti di bahagian switching, komputer yang telah di programkan banyak digunakan di sini kerana dalam proses switching ianya akan melaksanakn tugas seperti charging, billing, mengambil bacaan meter, proses pemotongan terus, pemotongan sementara, proses kemasukan talian telefon dan sebagainya dan ia menggunakan kaedah programming iaitu menggunakan nama singkatan untuk membuat sesuatu proses. Oleh yang demikian, seseorang penceroboh berkemungkinan tidak dapat menembusi komputer yang telah di programkan ini.

Rajah 3.6 : Komputer (Programming Computer)

Alat uji ini lebih dikenali lagi sebagai "earthing tester' ,dimana alat ini adalah untuk menguji kehilangan pada bumi sama ada pada tahap yang dibenarkan ataupun pada sebaliknya, tujuan lain alat ini juga adalah untuk menguji dan justeru untuk menghalang daripada sabungan kilat terus kepada peralatan di dalam ibusawat atau stesen pemancar.

Pengujian ini penting bagi memastikan peralatan di dalam ibusawat berada dalam keadaan yang baik iaitu supaya tidak berlaku litar pintas yang disebabkan oleh arus yang mengalir dari tindakbalas yang dikenakan oleh kilat.

Rintangan yang normal atau paling baik adalah 012 hingga 0.5Q tetapi pada keadaan yang baik ianya mestilah mencapai 0Q kerana semakin rendah nilai rintangan semakin cepat arus kilat tersebut masuk ke bumi. Oleh yang demikian sermua punca pembumian perlulah di sambungkan pada setiap peralatan demi mengelakkan daripada berlakunya kejadian litar pintas dan kerosakan pada peralatan.

3.8 HIDROMETER

Hidrometer adalah sejenis alat yang berfungsi untuk menyukat bacaan bateri, iaitu untuk mengetahui bateri tersebut dalam keadaan baik atau sebaliknya. Cara penggunaannya ialah selamkan hidrometer tersebut ke dalam air bateri setelah pam di tekan, kemudiannya paam yang di tekan sebentar tadi dilepaskan untuk mengetahui bacaan bateri tersebut.

Sekiranya bacaan menunjukkan pada warna merah ia bermakna bateri ini berada pada keadaan tidak baik dan merbahaya, oleh itu bateri ini perlulah dibuang untuk menjamin

keselamatan. Apabila bacaan menunjukkan pada warna kuning maka bateri ini berada pada tahap yang stabil dan bagus untuk digunakan dan sekiranya bacaan menunjukkan pada warna hijau ianya menandakan bateri ini berkemampuan tinggi dan sangat baik untuk digunakan.

3.9 PENDAHULUAN KESELAMATAN

Secara umumnya, keperluan keselamatan dalam sesebuah bangunan ibusawat dan stesen pemancar terbahagi kepada dua bahagian iaitu

:-a) Keselamatan Diri sendiri b) Sistem Pencegah kebakaran

Dalam dokumen LAPORAN LATIHAN INDUSTRI TELEKOM MALYSIA (Halaman 46-53)

Dokumen terkait