• Tidak ada hasil yang ditemukan

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI TELEKOM MALYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "LAPORAN LATIHAN INDUSTRI TELEKOM MALYSIA"

Copied!
119
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 1 : PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.1 PENGENALAN

Bagi setiap penuntut POLITEKNIK yang terdapat di Negara ini di wajibkan untuk menjalani Latihan Industri sama ada mereka ini mengikuti kursus Sijil ataupun Diploma. Ini adalah syarat yang telah di tetapkan oleh pihak pengurusan POLITEKNIK dan tempoh Latihan Industri yang ditentukan adalah selama 6 bulan. Semua pelajar akan diberi tempoh ini untuk menjalani Latihan Industri di mana-mana firma yang mereka pilih sendiri ataupun yang telah ditentukan oleh pihak pengurusan POLITEKNIK.

Latihan Industri ini dijalankan pada semester yang ketiga bagi Kursus Peringkat Sijil dan semester keempat bagi Kursus Peringkat Diploma ( kecuali bagi penuntut Kursus Diploma Sains Kesetiausahaan iaitu bagi semester ketiga ). Penganugerahan Sijil atau Diploma hanya akan diberikan kepada para pelajar yang telah berjaya menamatkan Latihan Industri sebelum menyambung semula semester nanti. Ia juga merupakan salah satu syarat yang di wajibkan untuk penganugerah Sijil mahupun Diploma. Dengan ini para penuntut POLITEKNIK semua harus memandang serius terhadap Latihan Industri

(2)

ini dan kita tidak boleh memandang remeh sahaja. Melalui Latihan Industri inilah kita akan dapat mengetahui alam pekerjaan yang sebenar-benarnya.

1.1.1 PENDAHULUAN

Latihan industri bagi pelajar yang menjalani kursus Sijil ataupun Diploma adalah satu langkah yang baik dalam usaha Negara iaitu Malaysia untuk melahirkan ramai tenaga mahir dan separuh mahir. Melalui Latihan Industri ini para pelajar yang menuntut di Politeknik dapat menimba kemahiran dan pengalaman yang baru. Malah disamping itu juga, mereka dapat mempraktikkan teori yang telah dipelajari semasa belajar di tempat pengajian. Ini kerana ketika apa yang para pelajar belajar di tempat pengajian berbanding semasa menjalani Latihan Industri ini adalah amat berlainan sekali. Ternyata semasa para pelajar menjalani Latihan Industri mereka dapat memperolehi banyak ilmu pengetahuan tentang dunia pekerjaan yang sebenarnya. Dengan ini mereka dapat memantapkan lagi tahap pemikiran serta kepakaran para pelajar lepasan Politeknik khususnya.

Dunia pekerjaan adalah lebih banyak rintangan dan memerlukan kematangan seseorang itu dalam melakukan sesuatu tugas yang telah di berikan. Latihan industri menguji sejauh manakah kebolehan serta kesabaran para pelajar untuk mempraktikkan semula teori yang telah dipelajari dan merupakan penyediaan diri bagi pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan yang sebenarnya. Ketika di alam pekerjaan nanti para pelajar perlu mempelajari dan mengetahui lebih banyak kesulitan yang akan menimpa diri kita apabila sudah bekerja kelak.

Oleh itu, buku laporan industri ini adalan gambaran keseluruhan semasa saya menjalani latihan industri di Pejabat Telekom Jitra. Selain itu, saya sertakan juga

(3)

penerangan-penerangan bagi sesuatu tajuk yang berkaitan dengan tugas-tugas yang saya lakukan di Pejabat Telekom Jitra ini.

1.1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri adalah wajib bagi pelajar-pelajar yang sedang menuntut di POLITEKNIK sebelum layak dipertimbangkan untuk mendapat Sijil dan Diploma di dalam bidang pengkhususan masing-masing. Kepentingan Latihan Industri ini dapat dilihat apabila setiap palajar perlu lulus di dalam Latihan Industri sebelum mereka memasuki semester yang berikutnya.

Para pelajar yang menjalani Latihan Industri ini akan ditempatkan di firma-firma atau organisasi-organisasi yang sesuai dengan kursus yang di pelajari ketika berada di POLITEKNIK. Oleh itu, beberapa objektif Latihan Industri ini diadakan adalah :

 Untuk mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenarnya.

 Untuk menanam semangat kerja berpasukan dan membina perhubungan baik sesama pekerja.

 Untuk memperlihatkan pelajar perkaitan antara teori dan praktikal.

 Untuk mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan, displin masa dan etika kerja dalam Latihan Industri.

 Untuk memupuk sifat amanah, bertanggungjawab, membina keyakinan diri dan tahan menghadapi cabaran dunia pekerjaan.

 Untuk menyiapkan diri bagi menyediakan satu laporan rasmi setelah tamat Latihan Industri.

(4)

1.1.3 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri mempunyai banyak kepentingannya kepada para pelajar. Tambahan pula tempoh masa panjang yang di tetapkan oleh pihak POLITEKNIK memberi kelebihan kepada pelajarnya berbanding dengan industri pengajian lain yang hanya menyediakan ruang tempoh yang begitu singkat.

Selain itu, Latihan Industri ini membolehkan para pelajar mengaitkan teori-teori kepada praktikal dan sebaliknya. Sebagai seorang penuntut di POLITEKNIK, teori dan praktikal adalah dua perkara yang sama penting. Oleh itu, sebagai seorang penuntut amat penting bagi mereka yang mempraktikkan apa yang telah dipelajari agar tidak berasa kekok apabila bekerja nanti.

Latihan Industri amat penting kepada para pelajar kerana :

 Pelajar dapat berdikari dengan mengenali cabaran dunia luar dan bertemu orang-orang yang baru di sekeliling mereka.

 Mengasah bakat dan minat para pelajar terhadap setiap tugasan yang telah di berikan oleh penyelia atau kakitangan di syarikat tersebut.

 Mematangkan kehidupan serta pemikiran pelajar dalam menempuhi tempoh sepanjang Latihan Industri tersebut.

 Dapat membentuk sahsiah diri dan keterampilan para pelajar kearah yang lebih positif agar mereka lebih berkeyakinan apabila bekerja kelak.

 Mengetahui serta mempelajari lebih mendalam lagi bagaimana sesuatu pekerjaan itu dilaksanakan dengan sistematik dan bagaimana menyelesaikan masalah yang timbul.

(5)

1.1.4 RINGKASAN AKTIVITI SEMASA LATIHAN INDUSTRI

Semasa menjalani Latihan Industri di Pejabat Telekom Jitra ini saya telah banyak didedahkan dengan tugas-tugas yang berlainan setiap hari. Antara aktiviti dan tugas yang telah saya lakukan di Pejabat ini ialah :

 Configuration streamyx.

 Memasang jumper di kabinet dan MDF.

 Menerima aduan kerosakan daripada pelanggan.

 Menulis doket baru dan lama untuk di serahkan kepada kontraktor.

 Complete job apabila kerosakan telah dibaiki oleh pekerja Telekom ataupun kontraktor.

 Memfotostat borang dan dokumen.

 Menukar pair dan eside di kabinet dan MDF.

 Menghadiri mesyuarat yang diadakan pada setiap bulan.

 Membetulkan kerosakan pada telefon radio ( Fixed Wireless Terminal ).  Memasana dan membetulkan kerosakan bagi talian ISDN.

(6)

1.1.5 SKOP LATIHAN INDUSTRI

Semasa saya menjalani Latihan Industri di syarikat ini, penyelia tidak menetapkan sesuatu tugas kepada saya. Oleh itu, setiap hari saya melakukan tugas yang berbeza. Ini kerana penyelia mahu melihat saya mempelbagaikan tugas saya yang banyak bersangkut paut dengan kursus yang saya ambil iaitu Diploma Kejuruteraan Elektronik. Saya amat berterima kasih kerana telah mendapat tunjuk ajar daripada penyelia serta rakan-rakan sekerja sebagaimana yang diharapkan sebelum menghadapi Latihan Industri.

Walaupun sebahagian besar tugas-tugas yang saya lakukan berkait rapat dengan jurusan yang diambil, namun saya juga diajar bagaimana menerima aduan daripada pelanggan, menggunakan mesin fotostat, menggunakan mesin fax, telefon pelanggan bagi mengetahui samada kerosakan telah dibaiki ataupun tidak, menyalin worklist, memasang jumper di kabinet dan MDF, configuration streamyx, closed doket yang telah siap dibaiki dan menghadiri mesyuarat.

(7)

1.1.6 PENULISAN LAPORAN

Laporan ini dihasilkan adalah untuk di jadikan sumber rujukan kepada pihak majikan apabila pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian mereka di POLITEKNIK keluar untuk mencari peluang pekerjaan. Malah laporan ini dapat di jadikan panduan oleh para pelajar untuk melakukan sesuatu tanggungjawab terhadap pihak majikan mereka kelak.

1.1.7 PENYELARASAN

Buku laporan Iatihan Industri ini adalah :

 Merupakan satu catatan dari rekod rasmi untuk melaporkan tugasan yang berkaitan dengan perjalanan Latihan Industri.

 Untuk tujuan penyelarasan. Penulisan laporan ini adalah mengambil kira setiap tugasan mengikut keutamaan yang sistematik dan bersepadu serta laporan disesuaikan dengan perhubungan semasa agar peningkatan diri di dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah dapat membangun dengan seiringan.

(8)

1.1.8 OBJEKTIF LAPORAN

Objektif laporan ini adalah untuk menghuraikan apa yang telah dipraktikkan semasa menjalani Latihan Industri dan juga dapat melihat sejauh manakah kefahaman para pelajar tentang Latihan Industri sebenarnya.

Selain itu, di dalam laporan ini saya juga turut menceritakan serba sedikit tentang apa yang saya laksanakan di Pejabat Telekom Jitra ini. ini bertujuan untuk dijadikan sumber rujukan bagi saya serta para pelajar di masa akan datang.

Akhir sekali, laporan ini juga bertujuan sebagai satu rumusan atau kesimpulan tentang segala aktiviti-aktiviti yang saya lakukan dan pelajari di pejabat ini selama tempoh 6 bulan ketika menjalani Latihan Industri.

Semoga dengan adanya ilmu serta kemahiran yang diperolehi semasa menjalani Latihan Industri ini saya berharap semua pelajar dapat mempraktikkan dengan sebaik yang mungkin. Di samping itu para pelajar dapat membantu Negara melahirkan tenaga pekerja yang lebih optimis di masa hadapan apabila mereka sudah mendapat pekerjaan kelak.

(9)

1.1.9 CARA LAPORAN DISUSUN

Cara yang mudah untuk saya menyusun laporan ini agar nampak lebih kemas supaya dapat mencapai objektif yang sebenar adalah seperti berikut :

JANUARI

Mempelajari serta memahami beberapa perkara yang berkaitan dengan segala hal-hal syarikat.

FEBRUARI

Mula mencari maklumat-maklumat yang di perlukan untuk memuatkan ke dalam buku Laporan Industri seperti latar belakang syarikat, pemegang saham, keluaran syarikat, pelanggan dan sebagainya.

MAC

Mencari maklumat yang perlu di tambah untuk dimasukkan ke dalam buku Laporan Industri iaitu tentang syarikat dan mula merangka isi-isi yang perlu ditaip untuk laporan ini.

APRIL

Menaip sedikit sebanyak maklumat yang diperolehi dan disamping itu juga mencari maklumat tambahan yang diperlukan untuk dimuatkan di dalam laporan ini.

MEI

Meneruskan menaip segala maklumat-maklumat yang diperolehi agar mudah untuk disusun dan dijadikan buku laporan yang lengkap. Kemudian, menyiapkan isi laporan kandungan serta lampiran yang perlu dimuatkan.

JUN

seterusnya menyusun segala maklumat yang telah siap ditaip agar menjadi sebuah buku laporan sebelum ia dijilid.

(10)

1.1.10 JADUAL LATIHAN INDUSTRI

Semasa saya menjalani Latihan Industri di syarikat ini mereka tidak menyediakan jadual Latihan Industri yang tetap bagi setiap pelajar. Oleh itu, ini terpulang kepada daya usaha oleh seseorang pelajar itu untuk melakukan kerja-kerja yang telah disediakan dan kerja-kerja sampingan yang diberikan oleh kakitangan mereka.

Pada kebiasaannya, kerja-kerja yang diberikan oleh penyelia turut diberi juga oleh kakitangan yang lain kerana mereka memerlukan bantuan para pelajar. Antara kerja-kerja yang biasa saya lakukan ialah menerima order pemasangan baru dari kedai Telekom Jitra, menyemak worklist, menulis aduan baru dan lama, memfotostat borang dan kertas kerja, menerima aduan daripada pelanggan, menolong mengemas pejabat, menghadiri mesyuarat dan tutup aduan apabila kerosakan telah siap dibaiki.

Saya bersyukur kerana kebanyakkan kerja-kerja yang diberikan adalah berkaitan dengan bidang yang diambil iaitu elektronik.

(11)

1.2 LATAR BELAKANG ORGANISASI TELEKOM MALAYSIA BERHAD

1.2.1 PENGENALAN

Rajah 1.2.1 : Pejabat Telekom Berhad Jitra

Telekomunikasi merupakan salah satu keperluan dalam hidup manusia yang mana melalui telekomunikasi telah dapat meningkatkan taraf hidup manusia seterusnya dapat membangunkan negara. Dengan adanya telekomunikasi, suatu maklumat dapat disalurkan dengan mudah dan cepat tanpa sebarang halangan. Kerana mengetahui hal ini, kerajaan mengambil langkah yang bijak, menubuhkan Jabatan Telekom Malaysia pada tahun 1968 sebelum diperbadankan pada Oktober 1984. Ini memandangkan telekomunikasi adalah satu aspek yang terpenting dalam kehidupan manusia seharian pada hari ini. Dari tahun ke tahun, Telekom Malaysia berusaha mempertingkatkan perkhidmatannya dan kini Telekom Malaysia Berhad berdiri megah bersama syarikat

(12)

telekomunikasi lain di dunia yang memberikan produk, perkhidmatan dan penyelesaian bertaraf dunia.

Telekom Malaysia Berhad pada mulanya ditubuhkan bagi memberikan perkhidmatan telekomunikasi kepada rakyat Malaysia. Di antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti perkhidmatan telefon awam dan rumah, panggilan rumah, panggilan kecemsan dan sebagainya. Melalui pemberian lesen oleh kerajaan kepada Telekom Malaysia Berhad ia memberikan hak kepada Telekom untuk mengendalikan kesemua sistem telekomunikasi. Selain itu, penubuhan Universiti Telekom (UNITEL) pada tahun 1997 adalah merupakan universiti swasta pertama di Malaysia yang mempunyai objektif menyumbng ke arah pembangunan teknologi maklumat, industri multimedia dan telekomunikasi. Begitu juga dengan penubuhan Universiti Multimedia pada tahun 1999.

Dalam era teknologi pada masa kini, Telekom Malaysia Berhad berusaha mempertingkatkan perkhidmatannya dan sentiasa menyalurkan produk dan perkhidmatan terbaik demi memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan – pelanggannya. Salah satu produk dan perkhidmatan yang merupakan penyumbang utama kepada keuntungan syarikat ialah perkhidmatan telefon Direct Exchange Line. Dengan pelanggan melebihi 4.4 bilion, Telekom Malaysia Berhad telah berusaha untuk mempertingkatkan pasaran bagi memenuhi impiannya untuk menjadi sebuah organisasi bertaraf dunia dengan memberi tumpuan penuh kepada kepuasan pelanggan secara menyeluruh.

Penubuhan Telekom Malaysia Berhad juga dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Dengan ini, penduduk tempatan dapat memenuhi peluang-peluang pekerjaan yang disediakan dan kadar pengangguran yang wujud dapat dikurangkan .

(13)

1.2.2 SEJARAH PENUBUHAN TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Pada tahun 1987, Jabatan Telekom Malaysia telah diswastakan yang dikenali sebagai Telekom Malaysia yang masih dikawal sedia oleh Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia . Selaras dengan perkembangan komunikasi, Telekom mengorak langkah dengan terus berkembang dengan pertubuhan hasil yang berterusan menyumbangkan dengan pertambahan keuntungan yang tinggi. Telekom Malaysia juga menyumbang dari segi pembangunan pasaran telekomunikasi di Malaysia secara progresif .

Bagi ibusawat Telekom Malaysia Alor Setar, ia telah ditubuhkan lebih kurang pada tahun 1947 dimana ianya dapat menampung lebih kurang 50 000 muatan talian pada waktu ini untuk pelanggan kediaman .

1.2.3 SEJARAH PERKEMBANGAN ORGANISASI

Jabatan Telekom Malaysia Berhad wujud pada tahun 1946 iaitu selepas zaman pemerintahan Jepun. Dalam matlamat Rancangan Persekutuan 1956, ia meletakkan matlamat untuk menyediakan perkhidmatan telefon termoden. Dalam era 60–an, rangkaian telefon telah dipertingkatkan oleh Jabatan Telekom. Pada tahun 1963, sistem gelombang mikro yang pertama telah dipasang diantara Kuala Lumpur dan Singapura. Ia diperluaskan ke Ipoh dan Pulau Pinang di Pantai barat serta ke Pantai Timur meliputi Kuantan dan Kota Bharu. Sistem Telefon Radio Antarabangsa daripada Kuching ke Malaya dan Singapura telah diperkenalkan pada tahun 1960. Pada April 1970, stesen Satelit Bumi Antarabangsa yang pertama ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan telefon di peringkat antarabangsa. Perkhidmatan Teleks secara manual digantikan dengan

(14)

sistem automatik pada tahun 1975. Manakala, Telekom juga telah memperkenalkan perkhidmatan Antarabangsa Terus Dail (International Direct Dialling / IDD). Melalui perkhidmatan ini, panggilan terus boleh dibuat ke luar negara seperti United Kingdom, Austarlia, Jepun dan Hong Kong serta ditambah kepada lebih 70 destinasi luar negara.

Pada tahun 1980, ibusawat elektronik pertama (SPC) telah dilancarkan di Johor. Pada masa yang sama projek kabel dasar laut (submarine cable) yang menghubungkan Kuantan dan kuching telah berjaya dilaksanakan. Pada tahun 1981, ‘ Standard Satelite ’ yang kedua di Lendu, Melaka yang menghubungkan Satelit Lautan India telah dilancarkan . Manakala pada tahun 1982, Telefax telah diperkenalkan dengan tujuan memberi kemudahan pancaran saluran cetakan, imej dan grafik. Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Telekom Malaysia (JTM), kerajaan telah mengambil langkah yang bijak dengan menswastakannya pada 12 Oktober 1984. Dengan ini, JTM telah ditukar nama kepada Syarikat Telekom Malaysia Berhad dan ia mampu bersaing dengan syarikat telekomunikasi yang sedia ada di Malaysia. Matlamat penswastaan organisasi tersebut adalah untuk meningkatkan produktiviti negara dan menyimbangkan ke arah negara perindustrian. Selain itu, Telekom malaysia Berhad (TMB) diswastakan bagi menyahut cabaran kerajaan dalam menjadikan sebuah organisasi yang terunggul di negara ini.

Pada tahun 1990, Telekom telah berjaya meningkatkan keberkesanannya apabila jumlah talian meningkat kepada 1.58 juta talian dengan anggaran nisbah 8 talian untuk 100 orang penduduk. Telekom juga telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada tahun tersebut. Industri telekomunikasi di Malaysia berubah ke arah matlamat unuk menggalakkan persaingan sihat dengan pelbagai rangkaian lain dalam pasaran telekomunikasi menerusi perlaksanaan Akses Samarata (Equal Acess) mulai 1 Januari 1999.

(15)

Mulai 1 Julai 1995, Telekom melaksanakan penstrukturan semula organisasi sebagai persediaan menghadapi perubahan situasi pasaran terutamanya akibat pertambahan jumlah pesaing dalam industri ini. Ia memberikan tanggungjawab dan kawalan penuh kepada Pengurus Pejabat Telekom Tempatan menurut segmen masing- masing. Menerusi struktur baru ini, Telekom dapat memenuhi keperluan dan kehendak setiap segmen pasaran dengan lebih berkesan. Untuk menghadapi era globalisasi , sekali lagi pada Januari 2001 TMB distrukturkan semula. Dalam pengstrukturan baru TMB mempunyai lebih daya saing untuk mengharungi era globalisasi.

Di samping itu, perkembangan era teknologi yang semakin meningkat, pelbagai perkhidmatan baru telah disediakan. Antaranya ialah Talian COINS, TOLLFREE, VPN, KADFON, MALAYSIA DIRECT, VSAT, WILL, TELESSTOCK, ISDN, TMNET, VIDEO CONFERENCING dan sebagainya telah diperkenalkan. Dengan pencapaian dan peningkatn yang dialami oleh Telekom Malysia Berhad, tidak mustahil sekiranya ia menjadi sebuah syarikat telekomunikasi yang terunggul dan terkemuka serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

(16)

1.2.4 PENSWASTAAN JABATAN TELEKOM MALAYSIA

Berdasarkan kepada permintaan dan perkembangan telekomunikasi yang semakin menggalakkan, Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB) telah diperbadankan pada 12 Oktober 1984 untuk mengambil alih operasi Jabatan Telekom Malaysia selaras dengan dasar penswastaan. Operasinya dikawal melalui lesen yang dikeluarkan oleh KementerianTenaga, Telekom dan Pos bagi percubaan 20 tahun mulai Januari 1987. Lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos telah memberikan hak kepada Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB) untuk penubuhan, penyelenggaraan dan mengendalikan semua sistem telekomunikasi milik pelesen yang sedang beroperasi atau dijadualkan beroperasi ketika itu bertujuan menyediakan semua bentuk telekomunikasi, televisyen dan radio dalam negara dan seluruh dunia.

Fungsi Jabatan Telekom Malaysia diambil alih dengan rasminya oleh Syarikat Telekom Malaysia Berhad pada 1 Januari 1987. Jabatan Telekom Malaysia adalah organisasi sektor awam yang pertama dikomersilkan dengan penswastaan. Pada 6 Januari 1987 jam 10 pagi bertempat di ibu pejabat Syarikat Telekom Malaysia Berhad, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur telah berlangsung upacara pelancaran Syarikat Telekom malaysia di rasmikan oleh Menteri Tenaga, Telekom dan Pos iaitu Yang Berhormat Dato’ Leo Moggie.

(17)

1.2.5 SEJARAH SISTEM RANGKAIAN TELEKOM MALAYSIA

1874 – Talian pertama menghubungkan pejabat Residen di Kuala Lumpur dan pejabat Penolong Residen di Taiping .

1882 – Talian yang melalui dasar laut yang menghubungkan Seberang Prai dan Pulau Pinang diwujudkan .

1891 – Ibusawat pertama di bina di Kuala Lumpur .

1900 – Perkhidmatan telefon Magneto yang pertama yang dilancarkan di Sabah . 1962 – Kemudahan Sambung Terus Dail (STD) diantara Kuala Lumpur dan

Singapura diwujudkan .

1964 – Pemasaran kabel dasar laut SEACOM diantara Singapura Dan Kota Kinabalu .

1970 – Stesen satelit bumi dibina di Kuantan . 1975 – Pemasangan ibusawat teleks automatik .

1979 – Kemudahan Antarabangsa Terus Dail (ATD) diperkenalkan . 1980 – Ibusawat elektronik dilancarkan .

1981 – Stesen satelit kedua di Lendu dilancarkan . 1983 – Perkhidmatan Datel dan telefaks diperkenalkan .

(18)

1988 – Perkhidmatan Business INTELSAT (IBS) diperkenalkan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang . Telekom Malaysia memberi tumpuan kepada perlaksanaan stesen satelit bumi 2A di Kuantan yang mempunyai rekabentuk dan teknologi yang termoden .

1989 – TELEMAIL iaitu perkhidmatan pesanan elektronik berasaskan computer

dilancarkan dengan perkhidmatan pos elektronik dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris .

1990 – Perkhidmatan Toll – Free antarabangsa diperkenalkan diikuti dengan kad fon tanpa bayaran .

1998 – ISDN (Intergrated Service Digital Network) yang membolehkan pelanggan malihat pemanggilnya yng menggunakan ISDN juga . 1999 – TM-CLIP boleh mengetahui dari mana panggilan dibuat .

(19)
(20)

1.2.7 OBJEKTIF TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Objektif penubuhan Telekom adalah untuk memberi kemudahan kepada para pelanggan berkenaan dengan pelbagai urusan yang berkaitan dengan sistem telekomunikasi dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Slogan ‘Sentiasa Bersamamu’ menjadi bukti bahawa Telekom sentiasa mengutamakan kepuasan para pelanggannya secara menyeluruh.

1.2.8 VISI TELEKOM MALAYSIA BERHAD

“Visi Telekom adalah untuk menjadi Syarikat Komunikasi pilihan dengan penumpuan ke arah menyampaikan Nilai Terunggul kepada pelanggan dan pihak-pihak lain yang berkepintangan dalam Syarikat”.

1.2.9 MISI TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Untuk mencapai Visi ini Telekom berazam melaksanakan perkara – perkara berikut :

 Menjadi peneraju yang di iktiraf dalam semua pasaran yang kita ceburi.

 Menjadi sebuah organisasi yang memberi tumpuan kepada pelanggan dan menyediakan penyelesaian setempat yang menyeluruh.

(21)

1.2.10 PERANAN TELEKOM MALAYSIA DALAM MSC

Koridor Raya Multimedia atau MSC (Multimedia Super Coridor) merupakan penggerak era teknologi maklumat yang direkabentuk bagi mempertingkatkan pembangunan syarikat-syarikat dan Negara-negara dengan menggunakan teknologi termaju di dunia ini. MSC akan menjadi Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi industri-industri berasaskan maklumat, di mana ia membawa pembaharuan dalam teknologi maklumat yang semakin berkembang pesat.

Pada masa kini, Telekom telah dilantik sebagai pembekal tunggal telekomunikasi bagi Koridor Raya Multimedia (MSC) yang bertanggungjawab dalam merekabentuk, memasang dan menjalankan operasi utama telekomunikasi MSC. Dalam era teknologi maklumat ini, rangkaian teknologi adalah sangat penting kerana ia adalah kunci dalam mencipta dunia tanpa sempadan. Dalam membina rangkaian telekomunikasi MSC, Telekom memasang rangkaian kabel optik yang komprehensif, disokong oleh aplikasi-aplikasi dan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan demi menetukan kejayaan cemerlang MSC. Dengan ini, ia akan mempertingkatkan kecekapan, kelajuan dan kualiti dalam MSC di seluruh negara dan di peringkat antarabangsa.

Telekom Malaysia menghubungkan rangkaian seluruh negaranya iaitu Corporate Information Superhigway ( COINS ) dan talian Integrated Services Digital Network (ISDN ) dengan MSC. Melalui COINS, laluan domestik boleh mencapai kelajuan sehingga 155 mbps sementara talian ISDN menyediakan kelajuan yang tinggi untuk tujuan faksimili dan telefon. Dalam proses pembangunan MSC, Telekom Malaysia terlibat sepenuhnya dalam aspirasi MSC bagi memastikan rangkaian yang terbaik dan paling ekonomi . Oleh yang demikian, segala maklumat-maklumat dapat disalurkan ke seluruh negara di dunia ini dengan pantas dan berkesan.

(22)

BAB 2 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

2.1 PENGENALAN

Sewaktu menjalankan Latihan Industri di Telekom Malaysia Berhad di Jitra, saya telah ditempatkan di tiga bahagian utama iaitu

:-(a) Operasi Rangkaian Tempatan (CNO). (b) Operasi Rangkaian Jauh (TOMA). (c) Operasi Rangkaian Suis (SOMA).

(23)

2.1.1 OPERASI RANGKAIAN SUIS

Di bahagian operasi rangkaian suis (SOMA), kebanyakkan kerja yang dilakukan adalah melibatkan perisian komputer. Setiap pekerja di dalam bahagian ini hendakiah mahir dan cekap dalam mengendalikan komputer tersebut. Antara kerja-kerja yang di lakukan di bahagian ini ialah proses pemotongan telefon dan penyambungan telefon, di mana pemotongan boleh di buat secara sementara atau terus kepada pelanggan, selain itu aktiviti lain seperti merekod caj-caj panggilan atau proses charging, menyelenggarakan pakej, membuat penyambungan baru, mengambil bacaan meter dan CAMA dan sebagainya.

Saya juga turut di beri penerangan tentang toll free, ISDN, SOMA, TOMA, Streamyx, Fiber Optik, Bahagian Radio SRS, Pendawaian Dalam dan lain-lain. Terdapat enam ibusawat yang di kawal oleh Host Jitra iaitu Bukit Kayu Hitam, Changlun, Padang Sera, Ayer Hitam, Tunjang dan Padang Abdul Aziz. Di setiap bilik pensuisan di ibusawat peralatan seperti alat penghawa dingin perlu di lengkapi dengan secukupnya kerana untuk memastikan haba yang panas yang keluar daripada equipment tidak menjejaskan peralatan itu sendiri.

Semasa berada di bahagian ini saya telah di tempatkan di tiga bahagian yang berasingan mengikut jadual yang telah ditetapkan bersama pelatih yang lain.

(24)

Rajah 2.1.1 : DH Display and Handley.

2.1.2 OPERASI RANGKAIAN TEMPATAN

Di dalam bahagian CNO terdapat beberapa operasi yang penting dan melibatkan keseluruhan rangkaian sama ada rangkaian jauh atau rangkaian suis, antaranya ialah

:-(a) Bahagian pemasangan kabel.

(b) Bahagian pemasangan dan baikpulih telefon.

(c) Bahagian pusat kawalan utama (assignment control center @ ACC).

Di bahagian ini pula rutin harian yang sentiasa dilakukan ialah melibatkan kerja-kerja luaran, tetapi di bahagian (MDF) rutin harian yang sentiasa dilakukan ialah pilih order yang

(25)

keluar dari printer iaitu hanya di kawasan Jitra sahaja. Semasa menjalankan tugas di bahagian ini, saya telah mempelajari cara untuk membuat pemasangan jumper iaitu dari ibusawat ke sesebuah rumah pelanggan. Di samping itu saya juga dapat mengenali alat yang digunakan di bahagian ini iaitu punce ( terdapat tiga jenis), cutter, jumper, testfon dan sebagainya. Selain itu saya juga dapat mengenali beberapa jenis kabinet, DP (distribution Frame), kabel serta sistem penyambungan kabel. Sehubungan dengan itu, saya juga turut di terangkan serba sedikit tentang MDF (Main Distribution Frame) atau JAB (Junjungan Agilian Besar) dan juga IDF.

(26)

2.1.3 OPERASI RANGKAIAN TEMPATAN (PELANGGAN)

Operasi Rangkaian Tcmpatan atau Pelanggan (CNO) adalah salah satu unit yang terdapat di dalam Syarikat Telekom Malaysia Berhad, bahagian ini bertanggungjawab

melaksanakan, mengendalikan dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan (kerja-kerja fizikal luaran) Telekom Malaysia Berhad secara manual. Antara pe(kerja-kerjaan atau aktiviti yang dilakukan

ialah:-i. Pemasangan telefon, teleks, maklumat data dan sebagainya. ii. Pemotongan talian telefon, teleks, maklumat data dan sebagainya. iii. Penyambungan talian telefon, teleks, maklumat data dan sebagainya. iv. Membaikpulilh kerosakan secara manual.

v. Penyelenggaraan kabel-kabel telefon sama ada kabel atas, kabel bawah tanah dan kabel fiber optik.

(27)

2.1.4 MEMFOTOSTAT DOKUMEN

Walaupun tugas memfotostat dokumen tidaklah berkait rapat dengan kursus pengajian yang diambil, tetapi ini telah menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya selama ini. Pada mulanya saya tidak mengetahui cara-cara penggunaan mesin fotostat; tetapi setelah diberikan tunjuk ajar oleh penyelia dan pekerja di situ saya telah dapat memahirkan diri saya. Antara dokumun-dokumen yang biasa difotostat ialah minit mesyuarat, borang bagi kontraktor, aduan pelanggan. Terdapat cara-cara yang betul untuk menggunakan mesin fotostat di pejabat ini. Antaranya ialah

cara-cara untuk sorter ( pengasingan ) dokumen ialah

:- Tekan butang ‘SORTER’ yang terdapat pada mesin fotostat.  Tekan butang ‘SORTER 1, 2, 3 ‘

 Tekan nombor atau bilangan yang hendak dicetak.  Tekan butang ‘START‘

(28)

2.2 RINGKASAN AKTIVITI MINGGUAN JADUAL 2.2.1 – BULAN JANUARI 2007

Jadual 2.2.1 : Jadual Latihan Industri Bulan Januari

15 Januari – 20 Januari 2007 Daftar latihan industri di pejabat telekom Alor Star.

• Diberi penerangan tentang tatacara dan cara bekerja di pejabat Telekom.

• Dibawa ke Ibusawat dan pejabat Telekom Alor Star untk mengambil Punch Card dan cop pengesahan penyelia untuk borang lapor diri.

• Melapor diri di pejabat Telekom Jitra. • Membuat penyambungan talian telefon dan

streamyx di MDF Changloon.

• Membuat pemasangan jumper di cabinet UUM.

• Berjumpa dengan Pn. Norhasni Binti Hassan (Penolong pengurus Telekom jitra).

• Diberi jadual mengenai kerja yang akan dilakukan sepanjang menjalani praktikal di pejabat Telekom jitra.

(29)

21 Januari – 27 Januari 2007 • Cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah. • Membuat pemasangan dan pengujian bagi I- Talk.

• Diberi penerangan tentang laluan bagi telefon dan streamyx.

• Membuat pemasangan bagi streamyx di UUM.

• Membaiki kerosakan telefon dan streamyx pelanggan.

28 Januari – 31 Januari 2007 Configuration Aurora 30.

• Membaiki kerosakan telefon dan streamyx pelanggan.

• Memasang talian baru bagi ISDN. • Mengukur voltage menggunakan meger

meter (bagi talian ISDN).

• Memasang jumper di MDF Bukit Kayu Hitam.

(30)

Jadual 2.2.2 : Jadual Latihan Industri Bulan Februari

01 Februari – 07 Februari 2007 • Cuti ganti sempena Awal Muharram.

• Membaiki kerosakan bagi talian telefon dan streamyx pelanggan.

• Memasang talian baru bagi ISDN.

• Belajar mengenai soket telefon dan langkah-langkah pemasangannya.

• Cuti Kecemasan.

• Melihat kerosakan pada cabinet 302 • Reset card di cabinet F634.

08 Februari – 14 Februari 2007 Membaiki kerosakan bagi talian school net. • Configuration semula streamyx di rumah

pelanggan.

• Diberi penerangan mengenai sistem pendawaian dan langkah-langkah pemasangannya.

• Membaiki kerosakan telefon dan streamyx pelanggan.

• Menolong kakitangan pejabat mencari nombor telefon pelanggan di MDF Changloon.

(31)

• Memasang jumper bagi pemasangan telefon baru.

• Cuti hari pertama dan kedua bagi Tahun Baru Cina.

• Membaiki kerosakan telefon dan streamyx pelanggan.

• Memasang talian ISDN di TUDM Kepala-Batas.

22 Februari – 28 Februari 2007 Mengemaskini jumper didalam cabinet 302. • Memasang jumper bagi pemasangan

streamyx di MDF Tunjang.

• Membaiki kerosakan school net dan talian ISDN.

• Jumper streamyx di cabinet F616.

• Membaiki kerosakan telefon dan streamyx pelanggan.

(32)

Jadual 2.2.3 : Jadual Latihan Industri Bulan Mac

01 Mac – 07 Mac 2007 • Membaiki kerosakan telefon dan streamyx pelanggan.

• Telefon pelanggan yang aduannya masih terdapat didalam worklist.

• Terima aduan kerosakan daripada pelanggan. • Belajar mengenai laman web webSTARS. • Diberi penerangan daripada kakitangan MDF

Jitra mengenai kerja yang akan dilakukan. • Memberi docket kepada kontraktor.

• Diberi penerangan tentang bangunan pejabat Telekom jitra.

08 Mac – 14 Mac 2007 Membuat kaji selidik.

• Belajar mengenai kabel utama dan kabel agihan.

• Diberi penerangan tentang saiz kabel agihan dan jenis cabinet.

• Closed docket.

• Membaca pelan kabel utama dan kabel agihan.

• Mencari bahan-bahan unuk dimasukkan ke dalam Laporan latihan industri.

(33)

• Telefon pelanggan untuk mengetahui aduan telah dibaiki ataupun tidak.

• Belajar menggunakan DH Display and Handley.

• Membaiki kerosakan telefon dan streamyx pelanggan.

15 Mac – 21 Mac 2007 • Membaiki kerosakan telefon dan streamyx pelanggan.

• Diberi penerangan tentang laluan bagi kabel fiber optik dari MDF ke cabinet.

• Closed docket.

• Mengemaskini aduan pelanggan yng belum dibaiki.

• Lawatan pensyarah ke pejabat Telekom Alor Star (Pn. Salmiah Binti Che Ahmad).

• Berjumpa Pn. Zaiton Binti Ariffin untuk cop buku laporan harian.

(34)

pelanggan.

• Belajar mengenai Fiba Jenis Ericsson. • Telefon pelanggan yang aduannya terdapat

didalam worklist.

• Menulis aduan baru unuk diserahkan kepada kontraktor.

• Closed docket.

• Configuration streamyx di rumah pelanggan.

29 Mac – 31 Mac 2007 • Belajar mengenai Fixed Wireless Terminal. • Membaiki kerosakan telefon dan streamyx

pelanggan.

• Configuration stremyx.

• Menulis aduan baru untuk diberi kepada kontraktor.

(35)

Jadual 2.2.4 : Jadual Latihan Industri Bulan April

1 April – 7 April 2007 • Menelefon pelanggan untuk mengetahui samada aduan telah dibaiki ataupun tidak. • Closed docket.

• Menulis worklist.

• Belajar mengenai cabinet dan ciri-ciri sesebuah cabinet.

• Diberi penerangan tentang peti agihan (DP Box).

• Diberi penerangan tentang ISDN dan konsepnya.

8 April – 14 April 2007 • Cuti ganti Israk & Mikraj.

• Belajar mengenai operasi rangkaian tempatan (pelanggan).

• Belajar mengenai ISDN National Network Coverage.

• Diberi penerangan tentang MDF di ibusawat. • Diberi penerangan tentang fiber optik serta

kebaikan dan keburukannya.

• Belajar mengenai operasi rangkaian suis (SOMA).

(36)

kontraktor.

• Menelefon pelanggan untuk mengetahui samada aduan telah dibaiki ataupun tidak. • Belajar mengenai Pulse Code Modulation

(PCM).

• Diberi penerangan tentang Transmitter (alat pemancar / penghantar).

• Belajar mengenai Radio SRS (Station Radio System).

• Diberi penerangan tentang produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan telekom. • Belajar mengenai teleinfo dan menyelesaikan

aduan yang terdapat didalam worklist.

22 April – 28 April 2007 Belajar mengenai voice mail.

• Membaiki kerosakan telefon dan streamyx pelanggan.

• Menulis worklist.

• Menulis aduan baru untuk diserahkan kepada kontraktor.

• Diberi penerangan tentang telecard.

• Belajar mengenai persediaan CA Skill Area (1A).

• Mempelajari mengenai kadfon-payphone. • Cuti Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agong.

29 April – 30 April 2007 • Menulis worklist.

(37)

pelanggan. • Closed docket.

• Menulis aduan baru untuk diserahkan kepada kontraktor.

• Diberi penerangan tentang pendawaian dalam.

• Belajar mengenai ujian telefon baru dan ujian penerimaan.

(38)

Jadual 2.2.5 : Jadual Latihan Industri Bulan Mei

1 Mei – 7 Mei 2007 • Cuti hari pekerja. • Cuti hari wesak. • Menulis worklist.

• Menulis aduan baru untuk diserahkan kepada kontraktor.

• Diber penerangan tentang tanggungjawab ketua dan penghulu bangunan.

• Belajar mengenai tanggungjawab pengurusan dan kesihatan.

• Belajar tentang TM Cellular Sdn.Bhd.

8 Mei – 14 Mei 2007 Diberi penerangan tentang kerja-kerja kecemasan berkaitan kabel dan cabinet. • Belajar mengenai kerosakan loji talian bawah

dan loji talian atas.

• Menulis aduan baru dan lama untuk diserahkan kepada kontraktor. • Diberi penerangan tentang prosidur

penggunaan / penyelenggaraan PC & terminal CNO.

• Belajar mengenai tanggungjawab & prosidur penggunaan computer pejabat.

15 Mei – 21 Mei 2007 • Belajar mengenai perkara-perkara yang dilarang ke atas penggunaan computer

(39)

pejabat dan computer terminal CNO. • Diberi penerangan tentang tatacara

pemasangan & ujian penerimaan bagi perkhidmatan ISDN Primary Rate Interface (PRI).

• Pengeluaran arahan kerja &tanggungjawab Telekom Malaysia dan pelanggan.

• Cuti ehsan – Perkahwinan.

• Belajar mengenai pemeriksaan awal dan tatacara ujian penerimaan.

22 Mei – 28 Mei 2007 Diberi penerangan tentang pemasangan perkhidmatan PRI dan pemasangan radas ISDN.

• Belajar mengenai prosedur membuat penukaran kabel dan verifikasi cabinet. • Diberi penerangan tentang tanggungjawab

penyelia fibred dan cabinet.

• Prosedur penukaran pasangan SI dan SA. • Membuat worklist dan menulis aduan baru

untuk diberi kepada kontraktor.

• Belajar mengenai penyusunan semula kabel Si dan SA.

29 Mei – 31 Mei 2007 Belajar program audit bagi verifikasi cabinet. • Membuat worklist dan mencari bahan untuk

(40)

laporan latihan industri..

• Menulis aduan baru dan lama untuk diberikan kepada kontraktor.

• Belajar tentang pemasangan Pre-Jumper di projek baru.

• Diberi penerangan tentang pemasangan Pre-Jumper dari aktiviti promosi pihak

pemasaran.

(41)

Jadual 2.2.6 : Jadual Latihan Industri Bulan Jun.

1 Jun – 7 Jun 2007 • Belajar tentang pemasangan Pre-Jumper. • Membuat worklist dan menelefon pelanggan

untuk mengetahui aduan telah dibaiki ataupun tidak.

• Belajar pemasangan Pre-Jumper dari direct sales.

• Diberi penerangan tentang tatacara menyemak pesanan dari LNASENQ. • Diberi penerangan tentang streamyx.

8 Jun – 14 Jun 2007 • Belajar mengenai bahagian penjagaan pelanggan streamyx.

• Membuat worklist dan menelefon pelanggan untuk mengetahui aduan telah dibaiki

ataupun tidak.

• Menulis aduan baru dan lama untuk diberikan kepada kontraktor.

• Belajar tentang internet normal dailan, akses internet prabayar dan jalur lebar wayarles akses internet.

• Kakitangan pejabat mengadakan jamuan perpisahan.

• Berjumpa dengan penyelia untuk

mendapatkan cop dan tanda tangan bagi surat akuan dan borang tamat latihan industri.

(42)

• Berjumpa dengan semua kakitangan pejabat Telekom Jitra Berhad dan kontraktor

Telekom Jitra untuk meminta maaf dan mengucapkan terima kasih kerana banyak membantu saya selama saya menjalani praktikal di pejabat tersebut.

2.3 MASA BEKERJA DAN REHAT HARIAN

(43)

HARI MASA BEKERJA MASA REHAT AHAD – RABU (PEJABAT) KHAMIS (PEJABAT) 8.30 PG – 5.30 PTG 8.30 PG – 5.00 PTG 1.00 PTG – 2.00 PTG 1.00 PTG – 2.00 PTG

(44)

BAB 3 : PERALATAN DAN KESELAMATAN

3.1 PENDAHULUAN PERALATAN

Dalam proses kendalian di ibusawat, perkara utama yang perlu dititikberatkan ialah peralatan, hal ini kerana setiap peralatan atau istilah lain iaitu equipment adalah penting dalam menjalani sesuatu perkerjaan dan peralatan ini juga berfungsi untuk

menggerakkan, menjanakan, atau bertugas untuk melaksanakan setiap pekerjaan yang hendak dibuat di setiap ibusawat. Antara peralatan penting yang digunakan di setiap ibusawat, stesen pemancar dan bangunan berkenaan dengan Telekom memerlukan peralatan seperti

:-i. Alat Penghawa Dingin (Air Cond) ii. Sistem ALARM

iii. Bekalan Kuasa (Power Supply) iv. Bateri (Battery)

v. Rektifier

vi. Komputer (Programming Computer) vii. Alat uji pembumian (Tester Earthing) viii. Hidrometer

(45)

3.2 ALAT PENGHAWA DINGIN (AIR COND)

Alat penghawa dingin adalah salah satu sistem yang paling penting dalam ibusawat serta stesen pemancar di setiap tempat. Sistem ini penting kerana ia bertujuan untuk memastikan keadaan peralatan di ibusawat seperti CSN, SMM, SMT, SMX, SMC, SMA, SIM, TIM, RBS dan sebagainya berada dalam suhu yang rendah atau sejuk iaitu 20°c hingga 23°c, hal demikian berlaku kerana setiap peralatan di ibusawat atau stesen pemancar bekerja dalam suhu yang panas. Oleh yang demikian, sistem penghawa dingin inilah yang bertindak untuk menstabilkan suhu supaya berada dalam takad suhu yang rendah atau sejuk.

Rajah 3.2 : Alat Penghawa Dingin (Air Cond)

3.2.1 JENIS-JENIS ALAT PENGHAWA DINGIN

(46)

:-a) Sistem Unit (Unit System)

b) Sistem Pusat (Central Plant System)

3.2.2 SISTEM UNIT (UNIT SYSTEM)

1. Sistem unit adalah proses penyaman udara, ia terletak rapat dengan bilik supaya udara segar dan bersih dapat diperolehi dalam saluran yang pendek.

2. Asas unit penghawa dingin sistem unit terbahagi kepada 6 komponen dan setiap komponen mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Komponen-komponen ini adalah

:- Pemampat (Compressor)  Pemeluwap (Condenser)

 Injap Pengembang (Expansion Valve)  Pencairwap (Evaporator/Cooling Coil)  Kipas (Fan Motor)

 Sesalur (Duct)

(47)

1. Sistem ini merupakan satu sistem dimana semua proses penyejukan di jalankan dalam satu alat (chiller) terlebih dahulu dan cecair (chiller water) yang telah disejukkan dihantar ke alat penyejukan dalam bilik-bilik (A.H.U @ F.C.U). 2. Tetapi sistem ini jarang digunakan di ibusawat dan sistem pemancar kerana

kosnya yang tinggi dan peralatan yang terdapat di dalam ibusawat juga, cukup sekadar menggunakan sistem panghawa dingin jenis sistem unit.

3.3 SISTEM ALARM

ALARM adalah isyarat yang digunakan untuk mengetahui kerosakan atau sebarang jenis masalah yang berlaku di stesen-stesen atau ibusawat Telekom Malaysia Berhad di seluruh Malaysia.

Isyarat alarm biasanya digunakan untuk mengetahui keadaan sebenar yang terjadi. Antara masalah yang sering berlaku yang dapat dikesan oleh alarm ialah pada kebiasaannya ia berpunca daripada kerosakan seperti alat penghawa dingin, bekalan kuasa, arus pada peralatan dan kabel, peralatan yang berkaitan dengan sistem penghantaran (transmittion) dan penerimaan (receiver) iaitu kebiasaanya pada equipment atau peralatan elektrik dan elektronik. Punca lain seperti kerosakan pada rectifier dan sebagainya yang berkaitan dengan ibusawat atau stesen pemancar.

Setiap kejadian yang berlaku contohnya seperti kejadian suhu yang tinggi pada penghawa dingin akan mengeluarkan isyarat terus ke ipoh dan dari Ipoh akan terus di hantar ke Kuala Lumpur, kemudiannya akan dipasukan oleh pihak kuasa di Kuala Lumpur , dan dapat melihat sebarang jenis kerosakan yang berlaku. Isyarat alarm di

(48)

perolehi dengan wayar E dan M. wayar E ialah hear manakala wayar M ialah mouth, wayar E akan menerima manakala wayar M akan memanggil. Kedua-dua jenis wayar ini juga digunakan dalam system transmittion dan receiver.

(49)

Bekalan kuasa adalah punca elektrik yang diterima dan TNB atau Tenaga Nasional Barhad, kerana jabatan ini berfungsi untuk menyalurkan voltan pada pengguna, sektor, firma, dan sebagainya. Punca voltan yang disediakan adalah mengikut piawaian yang biasa digunakan untuk kegunaan yang bersesuaian iaitu 240 volt tetapi di ibusawat ianya hanya menggunakan 230 volt sahaja kerana setiap peralatan atau equipment yang terdapat di dalam ibusawat mempunyai rektifier tersendiri untuk menyukat takat voltan pada tahap yang sepatutnya.

Rajah 3.4 : Bekalan Kuasa

(50)

Bateri berfungsi sekiranya berlaku sebarang kerosakan pada bekalan kuasa atau power supply dan bateri ini kemudiannya akan mengambil alih tugas atau peranan yang dibuat oleh unit bekalan kuasa tersebut. Terdapat dua jenis sel bateri yang digunakan iaitu sel basah dan sel kering.

Pada kebiasaannya, bateri akan membekalkan voltan selama 10 jam sahaja iaitu tahap ketahanan dan ia juga bergantung pada masa dan arus (ampiars/hours). Bagi bateri yang mempunyai usia yang lama voltan yang disimpan akan habis dengan cepat sekali, pada kebiasaanya bateri ini akan diperiksa sebulan sekali untuk mengetahui kadar voltannya.

3.6 KOMPUTER (PROGRAMMING COMPUTER)

Komputer adalah salah satu peralatan yang terpenting di setiap ibusawat serta stesen pemancar kerana komputer adalah alat untuk memberi arahan kepada peralatan atau equipment di dalam ibusawat untuk melakukan kerja atau tugas masing-masing.

Setiap komputer yang terdapat di dalam ibusawat telah diprogramkan sendiri oleh pihak-pihak yang tertentu untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan, setiap programming komputer akan dibuat secara rahsia dan seseorang pekerja yang hendak melakukan kerja dengan menggunakan komputer tersebut perlulah melepasi beberapa syarat dan peraturan yang telah di tetapkan antaranya ialah kod rahsia atau password dan nama pekerja tersebut. Sistem ini dibuat bertujuan supaya tidak akan berlaku sebarang pencerobohan atau eksploitasi terhadap kod rahsia atau jenis-jenis maklumat yang hanya boleh di ketahui oleh pekerja sahaja.

(51)

Di setiap bahagian di dalam ibusawat seperti SOMA, TOMA, CNO dan sebagainya alatan kebanyakannya akan berkendali bersama komputer yang telah di programkan, seperti di bahagian switching, komputer yang telah di programkan banyak digunakan di sini kerana dalam proses switching ianya akan melaksanakn tugas seperti charging, billing, mengambil bacaan meter, proses pemotongan terus, pemotongan sementara, proses kemasukan talian telefon dan sebagainya dan ia menggunakan kaedah programming iaitu menggunakan nama singkatan untuk membuat sesuatu proses. Oleh yang demikian, seseorang penceroboh berkemungkinan tidak dapat menembusi komputer yang telah di programkan ini.

Rajah 3.6 : Komputer (Programming Computer)

(52)

Alat uji ini lebih dikenali lagi sebagai "earthing tester' ,dimana alat ini adalah untuk menguji kehilangan pada bumi sama ada pada tahap yang dibenarkan ataupun pada sebaliknya, tujuan lain alat ini juga adalah untuk menguji dan justeru untuk menghalang daripada sabungan kilat terus kepada peralatan di dalam ibusawat atau stesen pemancar.

Pengujian ini penting bagi memastikan peralatan di dalam ibusawat berada dalam keadaan yang baik iaitu supaya tidak berlaku litar pintas yang disebabkan oleh arus yang mengalir dari tindakbalas yang dikenakan oleh kilat.

Rintangan yang normal atau paling baik adalah 012 hingga 0.5Q tetapi pada keadaan yang baik ianya mestilah mencapai 0Q kerana semakin rendah nilai rintangan semakin cepat arus kilat tersebut masuk ke bumi. Oleh yang demikian sermua punca pembumian perlulah di sambungkan pada setiap peralatan demi mengelakkan daripada berlakunya kejadian litar pintas dan kerosakan pada peralatan.

3.8 HIDROMETER

Hidrometer adalah sejenis alat yang berfungsi untuk menyukat bacaan bateri, iaitu untuk mengetahui bateri tersebut dalam keadaan baik atau sebaliknya. Cara penggunaannya ialah selamkan hidrometer tersebut ke dalam air bateri setelah pam di tekan, kemudiannya paam yang di tekan sebentar tadi dilepaskan untuk mengetahui bacaan bateri tersebut.

Sekiranya bacaan menunjukkan pada warna merah ia bermakna bateri ini berada pada keadaan tidak baik dan merbahaya, oleh itu bateri ini perlulah dibuang untuk menjamin

(53)

keselamatan. Apabila bacaan menunjukkan pada warna kuning maka bateri ini berada pada tahap yang stabil dan bagus untuk digunakan dan sekiranya bacaan menunjukkan pada warna hijau ianya menandakan bateri ini berkemampuan tinggi dan sangat baik untuk digunakan.

3.9 PENDAHULUAN KESELAMATAN

Secara umumnya, keperluan keselamatan dalam sesebuah bangunan ibusawat dan stesen pemancar terbahagi kepada dua bahagian iaitu

:-a) Keselamatan Diri sendiri b) Sistem Pencegah kebakaran

3.9.1 KESELAMATAN DIRI SENDIRI

Sebagai seorang pekerja yang membuat penyelenggaraan (maintenance), keselamatan diri adalah tanggungjawab setiap individu itu sendiri pada setiap masa. Segala situasi yang berkemungkinan yang akan berlaku perlu di hadapi dan di selesaikan oleh setiap pekerja itu sendiri, maka pemerhatian yang mencukupi harus diserap di dalam setiap sanubari seseorang pekerja demi mengelakkan daripada berlakunya kemalangan, begitu juga individu lain yang sama menjalani pekerjaan perlulah bantu-membantu sekiranya pekerja lain mendapat sebarang kecelakaan.

(54)

Keselamatan bermaksud seseorang itu dapat menjalankan tugas seharian dengan bebas tanpa menghadapi sebarang risiko atau permasalahan, manakala takrif bagi kemalangan pula ialah satu keadaan yang berlaku yang tidak dapat dikawal dan boleh mendatangkan kecederaan atau kerosakkan kepada manusia, haiwan, mesin, dan peralatan di sekeliling kehidupan.

Seperti yang telah di ketahui sistem pencegah kebakaran adalah sistem yang paling penting sekali bagi setiap individu. peralatan dan pembangunan, kerana ia adalah perkara penting dalam menjaga dan mengawasi sesebuah bangunan, ia juga adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kebakaran, kecederaan pada kakitangan pekerja, pengekploitasian terhadap peralatan dan sebagainya.

Begitu juga keadaan di ibusawat, penyediaan alat pencegah kebakaran turut di sediakan kerana kebimbangan dan berkemungkinan akan berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Antara alat pecegah kebakaran yang di sediakan ialah

:-i. Loceng Penggera Kebakaran ii. Alat pemadam api

iii. Hos kebakaran (pili bomba) iv. Tangga dan pintu kecemasan.

3.9.2 LOCENG PENGGERA KEBAKARAN

(55)

sebarang kebakaran atau terperangkap di dalam lif. Loceng ini akan bertindak sendiri apabila penggera pada loceng tersebut mengesahkan keadaan seperti haba yang panas dan asap, secara automatik loceng ini akan berbunyi dan ia menandakan sesuatu kejadian telah berlaku. Loceng yang berada pada lif pula perlu di tekan sendiri oleh si mangsa yang terperangkap dan pihak keselamatan pekerja akan memberi pertolongan dan bantuan kepada individu atau pekerja tersebut. Pada kebiasaanya loceng penggera ini akan diletakkan di setiap tingkat di ibusawat atau stesen pemancar kerana untuk keselamatan dan kemudahan para pekerja di Telekom sendiri.

Rajah 3.9.2 : Loceng Penggera Kebakaran

3.9.3 ALAT PEMADAM API

(56)

ibusawat, kerana untuk memudahkan pekerja memadam sebarang jenis kebakaran sekiranya berlaku kebakaran. Terdapat bilik yang mempunyai alat ini lebih daripada satu kerana mengikut saiz dan keluasan bilik serta bergantung juga pada kuantiti atau kandungan bahan pemadam api tersebut. Dengan terdapatnya alat ini para pekerja tidak lagi khuatir dan bimbang sekiranya berlaku sebarang keadaan tanpa di duga. Antara jenis alat pemadam api yang di gunakan di ibusawat ini ialah jenis ‘carbon dioxide’.

Rajah 3.9.3 : Alat Pemadam Api

(57)

Hos kebakaran adalah saluran daripada paip bomba yang dibuat bertujuan untuk menyalirkan air sekiranya berlaku sebarang kebakaran atau kecemasan di setiap tempat dan juga ibusawat. Pada kebiasaanya hos ini akan di letakkan di setiap tingkat berhadapan dengan tangga ibusawat, ia adalah untuk memudahkan lingkaran hos tersebut di bawa naik atau turun daripada tangga sekiranya berlaku sebarang kebakaran.

Rajah 3.9.4 : Hos Kebakaran (Pili Bomba)

(58)

Tangga dan pintu kecemasan pada kebiasaanya akan dibuat pada bahagian tepi bangunan ibusawat, kerana ia berfungsi untuk pekerja menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan dan sekiranya berlakunya kebakaran, seseorang pekerja tidak dibenarkan untuk menggunakan lif yang disediakan, kerana sistem elektrik akan tergendala dengan serta-merta, oleh yang demikian pekerja di sarankan dan diberi tanggungjawab untuk menyelamatkan diri mengikut pintu dan tangga kecemasan. Pada kebiasaanya pintu kecemasan akan sentiasa tidak berkunci dan untuk memudahkan pekerja meyelamatkan diri masing-masing.

Rajah 3.9.5 : Tangga Kecemasan

3.9.6 JENIS-JENIS PAKAIAN DAN PERALATAN PERLINDUNG KESELAMATAN

(59)

Pakaian dan peralatan pelindungan keselamatan adalah penting untuk setiap pekerja di Telekom Malaysia, kerana ia adalah perkara utama untuk menghalang daripada berlaku kemalangan atau kecemasan yang begitu berat dan merbahaya. Antara peralatan perlindungan tersebut ialah

:-(a) Pelindung kepala {headprotection) (b) Pelindung kaki (foot protection) (c) Pelindung tangan {handprotection)

(d) Pelindung mata dan inuka {eye's and face protection) (e) Pelindung pernafasan {respiratoryprotection)

(60)

BAB 4 : OPERASI RANGKAIAN TEMPATAN

4.1 RANGKAIAN AGIHAN DI ANTARA IBUSAWAT DAN PELANGGAN

Ianya merupakan rangkaian yang menghubungkan pelanggan telefon dan ibusawat Secara amnya, semua pengguna telefon, teleks, faks dan Iain-lain disambung ke ibusawat. lni adalah kerana setiap panggilan atau aktiviti perhubungan di antara pelanggan akan diatur terlebih dahulu di ibusawat. Rajah di bawah menunjukkan rangkaian agihan di antara ibusawat tempatan dengan pelanggan.

(61)

Rajah 4.1 Rangkaian agihan di antara ibusawat tempatan dengan pengguna.

4.2 MAIN DISTRIBUTION RAME (MDF DI IBUSAWAT)

MDF adalah bahagian yang menyambungkan pelanggan dengan pusat pensuisan (SOMA) selepas kabinet, ianya terdiri daripada semua pelanggan atau pengguna telefon dan data yang berada di satu kawasan atau satu daerah. Oleh itu, MDF juga berfungsi sepcrti kabinet dan peti agihan yang lebih besar iaitu sebagai titik rujukan. Ini adalah kerana tugas-tugas yang dilakukan oleh MDF adalah hampir sama dengan tugas yang

(62)

dilakukan di kabinet. Selain daripada nama MDF ia juga lebih dikenali sebagai JAB iaitu Junjungan Agihan Besar.

Di antara tugas yang dilakukan oleh MDF ialah

:-i. Melakukan ujian talian telefon (untuk pemasangan telefon baru dan kerosakan). ii. Melakukan proses jumper (untuk pemasangan telefon baru dan kerosakan). iii. Memeriksa talian telefon yang rosak.

iv. Memotong talian telefon secara manual. v. Menyambung talian telefon secara manual.

(63)

Di dalam MDF, mempunyai 2 bahagian yang saling berhubung: • NTA - iaitu sambungan ke bahagian suis (SOMA). • LEN - iaitu sambungan kepada pelanggan atau pengguna.

4.3 NTA dan LEN

NTA dan LEN adalah nombor setiap pelanggan atau pengguna yang telah di tentukan oleh unit pemasangan melalui pesanan perkhidmatan yang menyatakan sama ada menyambung, memasang atau memotong talian telefon secara manual. NTA adalah bahagian ‘horizontal’ yang berbentuk mendatar manakala LEN adalah bahagian ‘vertical ‘ yang berbentuk pugak.

Sekiranya pemasangan baru hendak dilakukan, dua wire jumper akan digunakan untuk disambungkan antara sisi ibusawat dengan sisi talian. Di dalam sistem ini menggunakan kabel jenis copper dan terdapat juga dari jenis fiber tetapi fiber hanya sedikit sahaja digunakan.

(64)

Rajah 4.3 : NTA dan LEN.

4.4 LOHONG

Lohong atau nama lain lubang mekanikal adalah tempat pemasangan kabel di bawah tanah untuk diagihkan kepada kabinet. Ia juga merupakan tempat untuk proses penyelenggaraan dan tempat membaikpulih sebarang kerosakan yang berkaitan dengan kabel bawah tanah. Lubang mekanikal ini terdapat dalam pelbagat saiz mengikut keperluan dan jumlah kabel yang digunakan di satu-satu tempat.

(65)

4.5 KABINET

Kabinet atau dikenali juga sebagai Gerabak Agihan mempakan tempat pengagihan talian untuk ke peti agihan (DP) sebelum sampai ke rumah pelanggan. Secara umumnya, kabinet mempakan tempat penamat kabel utama dimana ia bermula dari MDF (Main Distribution Frame) melalui lohong dan terus ke kabinet. Kabinet menggunakan unit penyambungan silang dengan dawai pemintas untuk penyambungan silang.

Pada kebiasaannya, untuk penyambungan dari kabinet ke ibusawat, kabel jenis 'lead’ digunakan dengan saiz 100, 1000 dan dalam pelbagai jenis saiz lagi digunakan. Di dalam sesebuah kabinet terdapal 9 teras (kompaun) iaitu setiap darinya mempunyai 200 pasang dan diagihkan kepada 20 peti agihan (DP Box).

Bermula dari kabinet ke peti agihan, kabel yang digunakan adalah dari jenis plastik (kabel plastic) dalam sesebuah kabinet juga mempunyai 1800 pasang dan terdapat dua bahagian utama iaitu E-side dan D-side. Bilangan bagi setiap teras pada E-side ialah 101 hingga 301, manakala bagi D-side pula bermula dari kabinet ke DP dan mempunyai nilai maksima 1000 pasang, bilangan bagi setiap teras bermula dari 1 hingga 200.

Di dalam kabinet mempunyai 9 teras dan ianya mempunyai 5 SA dan 4 SI. Setiap pcngiraannya adalah bermula dari SA. Agihan kabel dan talian adalah bergantung kepada keperluan dan permintaan pelanggan bagi sesuatu perrnintaan pelanggan bagi sesuatu kawasan. Pihak pemasangan akan melakukan proses menjumper atau ‘jumpering dari bahagian E-side dan D-side bagi membolehkan satu-satu talian dapat beroperasi. Kabinet merupakan rujukan talian pelanggan pada sesuatu kawasan, ia juga bertindak sebagai titik ujian untuk mengesan kerosakan dan memudahkan kerja pemasangan.

(66)

Terdapat dua jenis kabinet iaitu

:-i. Jenis APO (Australian Post Office) ii. Jenis BPO (British Post Office))

Kabinet jenis APO dan jenis BPO adalah kabinet yang paling banyak digunakan. Kabinet jenis APO inempunyai 1800 pasangan dan 200 pasangan penamat, untuk kabinet jenis ini, terdapat cara pengiraannya yang tertentu iaitu bermula dari bawah dan berselang-seli dengan SI dan SA iaitu E-side dan D-side, manakala kabinet jenis BPO pula mempunyai 900 pasangan dan menempatkan sehingga 100 pasangan.

4.5.1 CIRI-CIRI SEBUAH KABINET

Pemasangan kabel yang di sambungkan ke rumah pelanggan adalah sebanyak 1000 pasang tetapi hanya 800 kabel sahaja yang digunakan. Kabel yang selebihnya digunakan untuk persediaan atau ‘standby’ sekiranya berlaku kerosakan pada talian. la digunakan bertujuan untuk memastikan keadaan tersebut berada dalam keadaan yang baik.

(67)

4.5.2 FUNGSI KABINET

fungsi asas bagi sesebuah kabinet adalah seperti berikut

:-a) Untuk memberi penjimatan dalam penggunaan kabel dan juga pemasangan kabel supaya lebih mudah untuk di tukar ganti.

b) Untuk mengelakkan sambungan dibuka bagi penyusunan semula kabel utama yang disebabkan oleh sedikit sisihan dan daripada permintaan terdahulu. Dengan itu, ia menjimatkan masa dan kos serta mengelakkan kerosakan yang terjadi di sebabkan oleh permukaan penyambungan.

c) Sebagai tempat ujian pertengahan bagi memudahkan kerosakan.

d) Untuk mengelakkan pengurangan keupayaan pemancaran yang sepatutnya dipancarkan.

e) Untuk meningkatkan penyusunan bagi talian atau memudahkan pengendalian rekod-rekod supaya perlaksanaan kerja penyambungan dapat di percepatkan.

f) Untuk memudahkan perancangan di masa hadapan.

g) Untuk membolehkan lepasan kabel utama dengan mudah tanpa memotongnya menjadi kabel-kabel agihan yang kecil.

(68)

4.5.3 KABINET JENIS APO

Kabinet APO terdiri daripada dua saiz iaitu 900 dan 1800 sepasang, kedua-duanya berbentuk silinder dan sama garis pusatnya, bagi kabinet jenis ini, tiga komponen utamanya iaitu tudung, sarung dan tapak dan bahagian luarannya diperbuat dari aluminium dan permukaan luarnya di semburkan dengan pasir untuk menampakkan rupasaip yang pudar. Tudung kabinet disertakan dengan kunci sebagai langkah keselamatan untuk mengelakkan dari sebarang kejadian yang tidak diingini.

Di dalam kabinet terdapat bacaan pasangan, bacaan ini digunakan untuk membezakan sisi ibusawat dan sisi agihan. lanya juga ditunjukkan pada label yang terdiri daripada unit penamat ibusawat (B-side) dengan agihan (D-side) yang disusun berselang seli mengikut arah lawan pusingan jam disekeliling tapak kabinet.

Kebaikan menggunakan kabinet jenis ini adalah

;-i. Dapat menjimatkan penggunaan kabel dan boleh diubahsuai dengan pasangan kabel.

ii. Dapat mengelakkan daripada membuka sambungan semasa penyusunan semula kabel utama dan juga memudahkan pasangan kabel yang bersaiz kecil.

iii. Merupakan tempat ujian penghantaran bagi memudahkan mencari tempat kerosakan (mengenalpasti).

(69)

Rajah 4.5.3 : Kabinet Jenis APO

4.5.4 KABINET JENIS BPO

Terdapat dua jenis kabinet dalam kabinet BPO iaitu kabinet Krone dan kabinet Pouyet. Antara kabinet yang sering digunakan dalam kabinet jenis BPO ialah kabinet Krone. Kabinet ini mempunyai persamaan dengan kabinet APO dari segi fungsinya iaitu merupakan rujukan talian pelanggan dengan sesuatu kawasan. la juga bertindak sebagai titik ujian untuk mengesan kerosakan dan memudahkan kerja pemasangan. Tetapi kabinet Pouyet mempunyai kedudukan SI (sisi ibusawat) dan SA (sisi agihan) yang berbeza dengan kabinet APO, iaitu penamat ibusawat E-side dan penamat agihan D-side. Alat 'jumpering' yang digunakan adalah berbeza dengan kabinet APO.

(70)

Kabinet Krone mempunyai dua pintu dan binaannya dibuat daripada fiber glass polyster, pembinaannya juga adalah tahan kepada iklim dan persekitaran yang boleh membahayakan atmosfera, sebatian kimia dan bahan hakisan. Kabinet ini juga boleh memuatkan bilangan pelanggan sehingga mencapai 2400 pemasangan pelanggan, tetapi biasanya 1800 sahaja yang digunakan.

Rajah 4.5.4 : Kabinet Jenis BPO

4.6 PETI AGIHAN (DP BOX)

Peti agihan berfungsi untuk memudahkan kerja-kerja membaiki kerosakan dan tempat untuk membuat penyambungan kabel di bawah tanah. Pada kebiasaannya peti agihan ini mempunyai 10 pasang tetapi hanya 8 pasang sahaja yang digunakan dan selebihnya adalah sebagai simpanan dan untuk ujian dari peti agihan ke ibusawat.

(71)

Pada masa kini, peti agihan yang digunakan di Malaysia didapati tidak memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan tertentu, ia diperkenalkan dari Australia dan sistemnya dihentikan kerana kesukaran untuk mcndapatkan bekalan. Oleh yang demikian, peti agihan yang terbaru telah diperkenalkan di Malaysia iaitu peti agihan jenis Ericsson, setelah diuji ia didapati amat memuaskan sekiranya digunakan di dalam perkhidmatan Syarikat Telekom Malaysia Berhad.

4.6.1 HURAIAN TENTANG PETI AGIHAN

a) Binaan satu peti agihan 10 pasang. Antara sistem yang terdapat di dalamnya ialah sistem pembumian (earth bar), iaitu ia terletak pada kedudukan yang melalui spring dan penyambungan elektrik dibuat melaluinya kemudian kabel dua dawai akan disambung dengan menggunakan skru.

b) Setiap peti agihan yang baru akan dilengkapi dengan 10m atau 2.5m hujung kabel iaitu untuk membolehkan ia disambung secara terus ke kabel bawah tanah atau ke kabel atas.

c) Hujung kabel yang digunakan daripada PEUT, ‘non-filled’ iaitu kumpulan pemasangan untuk 10 pasang dimana .5mm adalah untuk satu pasangan dan kod warna ditunjukkan pada jadual di bawah.

d) Cara untuk membuat bacaan dan pengiraan daripada bahagian hadapan ialah dari atas ke bawah iaitu daripada pasangan 1 hingga pasangan 10, dimana kaki A adalah di sebelah kiri dan kaki b di sebelah kanan.

e) Skru pembumian di letakkan di bahagian bawah dan dihalang oleh bar pembumian.

(72)

NOMBOR

PEMASANGAN KAKI A ATAU WAYAR I KAKI B ATAU WAYAR 2

1 PUTIH BIRU 2 PUTIH OREN 3 PUTIH HIJAU 4 PUTIH COKLAT 5 PUTIH KELABU 6 MERAH BIRU 7 MERAH OREN 8 MERAH HIJAU 9 MERAH COKLAT 10 MERAH KELABU

Rajah 4.6.1Rajah penyalut bagi pengalir.

(73)

4.7 KABEL ATAS

Kabel atas adalah perantaraan yang menghubungkan pelanggan dengan peti agihan. Kabel yang biasa digunakan adalah kabel dua dawai, selain daripada itu, terdapat juga kabel atas yang menggunakan kabel banyak pasang iaitu digunakan untuk pasangan antara tiang ke tiang yang dikenali sebagai IB kabel.

(74)

4.8 KABEL BAWAH TANAH

Kabel bawah tanah menghubungkan kabinet dengan ibusawat ke ibusawat yang lain. Jenis kabel yang digunakan adalah kabel banyak pasang.

(75)

BAB 5 : STREAMYX

5.1 PENDAHULUAN

Tmnet streamyx adalah satu jalur lebar yang menyediakan hubungan untuk internet dengan kelajuan bandwidths daripada 512 k hingga 2Mbps. Dengan laju berkaitan / lebar jalur, khidmat ini adalah untuk menyokong kebanyakkan aplikasi-aplikasi jalur lebar seperti jaringan pengacaraan, aliran video, e-dagang, pembelajaran jarak dan lain-lain.

5.2 FAEDAH PEMASANGAN STREAMYX

Pada dasarnya khidmat ini akan memberikan banyak faedah antaranya

:-i. Pelanggan-pelanggan kediaman dapat menggunakan internet berat menggunakan jaring melalui 56 Kbps dail atas atau ISDN.

ii. Perniagaan kecil dapat mengakses internet walaupun memerlukan lebar jalur yang lebih tinggi pada kos yang sama.

(76)

iii. Perniagaan besar yang memerlukan akses internet dengan gred perniagaan yang tinggi untuk streamyx dan telefon pada masa yang sama.

iv. Glite DSL adalah serupa tetapi ADSL kelajuannya berkurangan daripada kadar penuh ADSL.

5.3 INTERNET NORMAL DAILAN

Dapat disambung ke internet melalui dailan. Mempercepatkan pautan sehingga 56.6 Kbps menggunakan sebuah komputer dan modem atas talian telefon normal. Ia menyediakan hubungan kos rendah dan ideal untuk pengguna yang hendak menggunakan internet dan telefon pada satu masa.

5.4 AKSES INTERNET PRABAYAR

Cara yang paling cepat bagi mendapatkan internet adalah dengan internet prabayar. Pengguna tidak perlu berbaris untuk membayar bil. Pengguna boleh mendapatkan laluan internet daripada mana-mana lokasi dan tmnet prabayar juga bertindak sebagai satu kaedah bayaran untuk tmnet kawasan membeli-belah dan aplikasi-aplikasi dan perkhidmatan boleh didapati di dalam BlueHyppo.

(77)

5.5 JALUR LEBAR WAYARLES AKSES INTERNET

Bagi anda yang tidak pernah berada pada tempat yang sama dua kali, tmnet hotspot dapat memuaskan keperluan-keperluan anda dengan cepat. Anda hanya perlu mempunyai komputer riba, PDA atau tablet PC dan sekeping kad WI-FI. Anda boleh mendapat kemudahan internet dengan kadar yang rendah. Tmnet hotspot mempunyai lokasi yang banyak sekali di seluruh Negara.

Referensi

Dokumen terkait

Kombinasi perkuatan embankment yang menggunakan geosintetik sebagai perkuatan dasar embankment dengan drainase vertikal tipe Prefabricated Vertical Drain (PVD) secara

Dalam fase ini, secara emosional orang yang kreatif tidak akan menyibukkan diri dengan berbagai permasalahan, dan proses berpikir sedang dalam kondisi tidak aktif, serta

Pada lingkungan perguruan tinggi negeri penggunaan m-libraries juga ditemukan dalam beberapa perpustakaan seperti misalnya di Universitas Gadjah Mada dengan implementasi SMS

Az általunk követett akut coronaria szindrómás betegek eredményei arra utalnak, hogy az oxLDL ellenes antitestes mechanizmus kimutathatósága összefügg a plakk

Pada alat ini terdapat sistem data logger yang dapat digunakan untuk merekam perubahan arus beban pada gardu distribusi serta terdapat sistem notifikasi yang akan secara otomatis

Dalam konteks kompetisi India dan China, upaya reduksi kompetisi yang dapat dilakukan adalah, menciptakan kerjasama pertahanan guna mewujudkan stabilitas kawasan

Berdasarkan hasil analisis yang diperoleh melalui penelitian ini maka, saran – saran yang dapat disampaikan kepada perusahaan terkait penelitian mengenai pengaruh