• Tidak ada hasil yang ditemukan

Keusahawanan menurut kamus dewan (2005), adalah usaha yang membawa maksud upaya iaitu dari segi ikhtiar, kegiatan, perbuatan dan menjdai semakin kompleks seiring dengan perubahan dari segi ekonomi dan interpretasi sosial. Kemajuan dalam bidang keusahawanan ini juga seiring dengan berkembangnya bidang pengurusan, pengurusan strategik, ekonomi, sosiologi dan psikologi (Zaidatol, 1997). Keusahawanan adalah salah satu proses untuk mengenal pasti dan mengeksploitasi sesuatu peluang supaya ia memberi nilai dalam usaha untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum dengan mengandaikan segala risiko yang dihadapi dapat dilaksanakan dalam kadar masa yang singkat. Oleh itu, usahawan perlu mencipta dan menceburi bidang baru bagi meingkatkan daya saing dengan memberi lebih banyak pilihan kepada masyarakat serta kesejahteraan mereka (Ab. Aziz, 2000).

Sumbangan yang diberikan oleh ahli-ahli sosiologi tidak boleh dipandang ringan kerana mereka telah memperkayakan ilmu keusahawanan terutamanya dari segi teori dan model yang dikemukakan. Salah seorang ali sosiologi bernama Max Weber (1958) telah menghuraikan bahawa keusahawanan terdiri daripada elemen keagamaan yang dijadikan landasan untuk mencapai kejayaan dalam aktiviti ekonomi. Beliau mengatakan bahawa, kejayaan golongan Protestant dalam kegiatan ekonomi disebabkan oleh ajaran agama yang terkandung dalam mazhab Protestant. Beliau cuba menunjukkan bahawa kejayaan golongan ini adalah disebabkan pegangan yang kuat pada agama yang menjadi dorongan utama kepada golongan protestant ini mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi. Weber telah menulis panjang lebar mengenai model keusahwanan dalam bukunya yang bertajuk ‘The Protestant Ethics and The Spirit of Capitalism’.

Model psikodinamik yang diutarakan oleh De Vries dalam Doliinger (1995) menyatakan bahawa usahawan merupakan individu yang sama kecilnya tidak berpeluang

untuk mendapat kemudahan tertentu menyebabkan mereka memberontak dan mencari satu alternatif bagi mengubah kehidupan mereka supaya lebih terjamin. Kajian ini disokong oleh Everette Hegen yang mendapati kedudukan status sosial yang rendah membuatkan ahli kumpulan bersikap memberontak dan dizahirkan dalam bentuk semangat keusahawanan bagi memperbaiki mobiliti ekonomi sosial mereka (Salleh,2003). Golongan kumpulan status bawahan ini merasa tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima sehingga menyebabkan pemberontakan yang bersifatkan semangat keusahawanan ini berjaya membawa kemajuan dalam kalangan golongan bawahan.

Sementara itu, Gibbs (1972) pula mengemukakan model keusahawanan yang dikenali sebagai model pembangunan sosial. Model ini menerangkan proses dan perhubungan sosial yang dilakukan oleh seseorang yang memaksa diri mereka untuk melakukan perubahan dengan mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam perniagaan. Model ini memerlukan kesungguhan, persiapan mental, fizikal, kewangan dan personaliti yang tertentu. Sementara itu, model yang diperkenalkan oleh Shapero dan Sokol mengaitkan keadaan sosial dan dua faktor yang mempengaruhi seseorang membuat keputusan untuk menjadi usahawan, iaitu faktor yang dorongan keusahawanan dan faktor situasi. Rajah 1 dapat menjelaskan model sosiologi kemunculan seorang usahawan.

Rajah 1 – Model Sosiologi Kemunculan Seseorang usahawan.

DORONGAN KEPADA CIRI SITUASI

KEUSAHAWANAN

Sumber : A. Shapero dan L.Sokol, „The Social Dimensions of Entrepreneurship, „ in C. Kent D. Sexton and K. Vesper, eds, Encylopedia of Entrepreneurship. Tempoh Peralihan Militari, Sekolah, Penjara Anjakan Negatif Status Imigran, Diberhentikan Kerja, Bosan, Marah, Krisis pertengahan umur, Bercerai, Kematian Pasangan. Tarikan Positif Daripada rakan kongsi, mentor, pelabur, pelanggan Tolakan Positif Bapa, Kerjaya, Pendidikan, Pengalaman Acara Aktiviti Keusahawanan Mengambil inisiatif, penggabungan sumber, Pengurusan sumber, Pengurursan organisasi, Menanggung risiko, Membuat perancangan. Persepsi Kebolehlaksanaan Sokongan/ Bantuan, Demonstrasi, Model, Mentor, Rakan Kongsi, Peluang Persepsi Dorongan Budaya/Nilai/Sikap, Keluarga, Rakan sekerja, Mentor, Rakan sebaya, Masyarakat KEUSAHAWANAN

Merujuk kepada rajah 1 diatas, model tersebut mempunyai 4 faktor yang mendorong seseorang kearah keusahawanan. Iaitu : -

a) Anjakan Negatif

Anjakan negatif bermaksud penyisihan seseorang atau kumpulan daripada masyarakat umum. Golongan ini biasanya tidak mempunyai sesiapa untuk bergantung dalam hidupnya dan keadaan ini memerlukan mereka untuk lebih berdikari. Contoh yang jelas adalah seperti kecenderungan golongan imigran untuk menjadi seorang usahawan di Britain dan orang Asia yang menjadi usahawan di Australia.

Anjakan negatif juga boleh disebabkan oleh seseorang yang dibuang kerja akibat pengecilan saiz organisasi atau kemelesetan ekonomi yang boleh menyebabkan seseorang beralih kepada bidang keusahawanan. Bosan dengan pekerjaan sedia ada kerana terlalu rutin atau tiada autonomi juga merupakan salah satu bentuk anjakan negatif yang membuatkan seseorang beralih kepada bidang keusahawanan. Contohnya, ramai pengurus dan eksekutif yang meninggalkan pekerjaan mereka untuk menceburi bidang perniagaan yang lebih mencabar dan lebih bebas. Usahawan juga boleh muncul akibat krisis pertengahan umur, perceraian, dan kematian pasangan.

b) Tempoh Peralihan

Seseorang yang berada antara kedudukan yang tertentu (tentu peralihan) juga lebih terdorong untuk menjadi usahawan. Seperti golongan imigran, mereka juga dianggap sebagai orang luar daripada masyarakat teras. Tiga contoh tempoh peralihan adalah antara kehidupan sebagai askar dengan orang awam, kehidupan pelajar dengan kerjaya dan kehidupan di penjara dengan orang bebas.

c) Tarikan positif

Pengaruh positif yang dikenali sebagai tarikan positif juga mampu menarik seseorang membuat keputusan untuk menjadi seorang usahawan. Pengaruh ini boleh datang daripada bakal rakan kongsi, mentor, ahli keluarga, pelabur, pelanggan dan pembekal. Rakan kongsi menggalakkan seseorang itu untuk menjadi usahawan dengan tawaran untuk berkongsi modal, pengalaman, membantu kerja, dan mengurangkan risiko. Sementara mentor pula boleh meningkatkan keyakinan diri dan perasaan hormat seseorang. Mentor dan rakan kongsi juga boleh memperkenalkan seseorang usahawan kepada jaringan sosial dan ekodinamik bagi melancarkan perniagaan mereka.

Terdapat juga hubungan yang kuat antara kerjaya atau latar belakang keluarga dengan pemilihan kerjaya usahawan. Terdapat kajian yang dijalankan yang menunjukkan ramai usahawan yang berjaya mempunyai keluarga yang terlibat dengan bidang keusahawanan. Pelabur dan bakal pelanggan juga mempunyai pengaruh terhadap seseorang untuk menceburi bidang keusahawanan.

d) Tolakan Positif.

Faktor-faktor tolakan positif ini termasuklah laluan kerjaya yang menawarkan peluang-peluang untuk menjalankan kegiatan keusahawanan dan juga faktor pendidikan yang memberikan pengetahuan dan peluang untuk individu menjadi seorang usahawan. Faktor ini memberi tolakan positif kepada individu dan mendorong seseorang untuk menjadi usahawan.

Pada bahagian kanan model ini menunjukkan ciri-ciri situasi yang dapat membantu seseorang menentukan perniagaan baharu dapat direalisasikan dengan jayanya. Dua faktor situasi itu ialah :

1. Persepsi dorongan

Faktor yang mempengaruhi persepsi dorongan datangnya daripada latar belakang budaya seseorang, keluarga, sahabat handai, masyarakat atau mentor. Ini boleh dilihat bagaimana bangsa cina yang kebanyakannya menjadi usahawan kerana pengaruh budaya, keluarga dan masyarakat.

I. Sosiologi pada zaman awal.

Sejarah keusahawanan telah dirungkaikan mengikut struktur dan zaman dan abad yang menceritakan tentang perkembangan yang berlaku dalam keusahawanan. Merujuk kepada sejarah keusahawanan zaman awal, kebanyakan usahawan terdiri daripada saudagar yang merupakan pegembara. Marco Polo merupakan seorang pegembara yang telah memperkenalkan istilah „go-between‟ di mana beliau cuba mewujudkan „laluan perniagaan‟ bagi menjual produk ke timur jauh. Dalam proses ini, pedagang menandatagani kontrak dengan pemilik wang kapitalis bagi menjual produknya (Ab. Aziz, 2000). Dalam konteks ini, pemilik wang akan menyediakan pinjaman kepada saudagar-saudagar pegembara. Saudagar sangat berperanan aktif dalam perniagaan yang dijalankan. Kapitalis merupakan penanggung risiko yang pasif, manakala pedagang pula terpaksa menerima risiko fizikal dan emosi. Dalam keadaan tertentu, pemodal mengaut keuntungan yang melampau daripada sistem riba sehingga menindas peniaga yang menjalankan perniagaan (Ab. Aziz, 2000).

II. Sosiologi pada zaman pertengahan.

Keusahawanan pada zaman pertengahan lebih menjurus kepada individu yang menguruskan sesebuah perniagaan, individu ini akan menanggung semua risiko dalaman dan luaran yang dihadapi semasa mengendalikan perniagaan tersebut. Setiap perlakuan dalam

sebarang tindakan yang dilakukan dipengaruhi oleh sosiologi dan persekitaran yang berdekatan dengan pengurus tersebut (Salleh,2003). Hal ini boleh dijelaskan dengan situasi yang berlaku mengikut abad ke 17 dan 18 pada zaman pertengahan ini.

Pada abad ke 17, menampakkan perubahan risiko yang dihadapi oleh usahawan. Usahawan semakin bijak dalam membuat keputusan dan bertindak dengan mengembangkan perniagaan melalui kerjasama dalam kontrak yang ditandatagani secara bersama. Setiap hasil dan kerugian yang berlaku akan dibahagikan mengikut nilai perjanjian yang telah dipersetujui. Menurut Hisrich dan Peter (1998), mereka mengatakan bahawa, perkataan usahawan pertama kali digunakan adalah daripada Richard Cantillon pada 1975 dan beliau merupakan pengasas kepada istilah keusahawanan. Beliau juga mengatakan bahawa usahawan merupakan pengambil risiko ekonomi iaitu “buy at certain price-sell at certain price”. Merujuk kepada perkara tersebut, usahawan akan bijak menggunakan masa dan peluang untuk mendapatkan hasil serta potensi untuk mengembangkan prestasi diri seperti membuat unjuran kewangan dan analisis untuk kajian.

Namun demikian, pada abad ke 18, keusahawanan pada abad ke 18 pula dilihat seperti interaksi antara individu yang mempunyai modal dengan individu yang memerlukan modal. Hal ini boleh dikalsifikasikan sebagai antara pelabur dan usahawan. Pemberi modal ini kenali sebagai (venture capitalist) yang merujuk kepada pengurus kewangan profesional yang membuat pelaburan lebih tinggi keatas pelaburan awal yang dibuat oleh seseorang usahawan dalam organisasi atau perniagaan yang dijalankan. Perkembangan sektor perindustrian yang pantas pada ketika itu mendesak usahawan untuk lebih berusaha merebut peluang dan memajukan perniagaan seperti mendorong usahawan untuk merekabentuk atau inovasi produk yang lebih baik dan berkesan.

Abad ke 20 merupakan akhir zaman pertengahan dalam sosiologi perubahan yang berlaku pada usahawan yang dianggap sebagai ejen kepada perubahan dalam melaksanakan penciptaan produk, proses atau sistem baru. Konsep perubahan merupakan salah satu bahagian yang penting dalam memahami dengan lebih mudah proses perubahan yang berlaku pada ketika itu. Sebagai contoh, inovasi secara konseptualnya adalah mencipta sesuatu yang baru dan merupakan salah satu tugas yang berat kepada usahawan kerana memerlukan kebolehan dan keupayaan yang teguh dalam setiap hasil yang diperolehi. Keupayaan untuk melakukan inovasi merupakan salah satu kelebihan yang dimiliki oleh usahawan yang akan membezakan mereka dengan orang lain yang bukan usahawan.

IV. Senario usahawan pada abad ke 21.

Kepelbagaian kemahiran dan kecekapan perlu ada dalam diri seseorang usahawan bila berhadapan dengan situasi lebih mencabar pada abad ke 21. Terdapat dua sebab yang dikenalpasti tentang bagaimana isu cabaran yang dikatakan pada abad ke 21. Antara sebab tersebut adalah, usahawan perlu bijak dalam heterogeneti tenaga kerja yang semakin meningkat. Hetergeneti membawa maksud campuran daripada dua situasi yang dihadapi dalam masa yang sama tetapi perkara yang berbeza, seperti usahawan berhadapan dengan benyak masalah pada satu masa. Kedua adalah, apabila mempunyai tenaga kerja yang pelbagai, maka wujudlah kelebihan bersaing yang menjadi unjuran kepada usaha untuk memperkembangkan perniagaan.

Keusahawanan pada abad ke 21 sudah menunjukkan bahawa usahawan perlu berhadapan dengan peningkatan teknologi. Usahawan perlu peka dan mempunyai minat untuk belajar dalam teknologi yang semakin canggih. Selain daripada itu, persaingan yang berlaku pada abad ke 21 ini lebih sengit dan kompleks. Para pekerja akan bersikap

lebih mendesak sekiranya permintaan mereka tidak dipenuhi. Perkara ini juga menjadi cabaran kepada usahawan untuk bijak menagani apabila golongan pekerja mula mengambil tindakan yang drastik seperti mendakwa usahawan ke mahkamah, mengadu ke kesatuan sekerja, malah mungkin akan meletakkan jawatan dan menyertai syarikat pesaing. Hal ini kerana, perkara ini merupakan mobiliti pekerja mengenai hak mereka yang fleksibel.

V. Keusahawanan di Malaysia.

Bidang keusahawanan telah mengalami evolusi dan perkembangan yang ketara di Malaysia jika dibandingkan dengan zaman Kesultanan Melayu Melaka pada masa dahulu yang mengamalkan sistem barter. Hal ini di ikuti dengan penggunaan logam sebagai matawang dan seterusnya penggunaan matawang sebagai medium pertukaran sama ada jualan atau belian. Perkembangan keusahawanan di Malaysia sebelum wujudnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971-1990) iaitu semasa pemerintahan British (1957-1970), kegiatan keusahawanan dikuasai oleh warganegara asing dan bukan bumiputera. Bumiputera majoritinya pada ketika itu terdiri daripada golongan petani dan nelayan yang hanya mempunyai Rm172 sebulan iaitu dibawah paras kemiskinan (Norasmah 2002). Bumiputera kurang melibatkan diri dalam sektor keusahawanan dibebakan oleh beberapa desakan seperti dasar „pecah dan perintah‟ yang diamalkan oleh pemerintahan british yakni bumiputera harus menjadi petani dan nelayan sahaja.

Dasar yang dilaksanakan pada masa ini merupakan dasar ekonomi bebas iaitu bumiputera tidak diberi galakan dan latihan untuk menceburi bidang keusahawanan (Zaidatol, 1998). Oleh yang demikian, bumiputera tidak mendapat pengalaman, latihan mahupun modal untuk menceburi bidang keusahawanan. Berikut merupakan analisis

daripada laporan ekonomi 1973-1974 iaitu unjuran pendapatan purata di Malaysia pada ketika itu.

Jadual 1.0 : Semenanjung Malaysia : Kadar kemiskinan dan pendapatan purata keluarga mengikut kumpulan etnik, 1970.

Sumber : laporan ekonomi 1973-1974

Jadual 2.0 : Semenajung Malaysia : Hak milik modal saham mengikut kumpulan etnik bagi syarikat berhad, 1970.

Terdapat banyak faktor lain yang membawa kepada perkembangan keusahawanan di malaysia. Menyedari hakikat bahawa mula wujudnya budaya keusahawanan dalam diri masyarakat Malaysia, maka penubuhan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). MPPB dilaksanakan bagi tujuan melahirkan masyarakat bumiputera yang mempunyai jatidiri, daya tahan, dan mampu bersaing dengan bangsa lain dalam bidang perdagangan dan perindustrian. Selain itu, bagi meningkatkan lagi penglibatan bumiputera, maka kerajaan telah memperluaskan kegiatan agensi sedia ada seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS). Sebagai tambahannya, penubuhan agensi baru juga dilaksanakan seperti Lembaga Pembangunan Bandar (UDA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan sebagainya.

Dalam menyokong perkembangan keusahawanan ini juga, Kementerian Pembangunan Usahawan dan koperasi (MECD) yang akan bertanggungjawab menyelia perkembangan bidang keusahawanan. Selain daripada itu, kerajaan telah menubuhkan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang akan bertanggungjawab mengurus perkembangan keusahawanan di Malaysia dan berupaya mendedahkan bidang ini kepada golongan muda. Pelbagai program latihan berbentuk teknikal dan vokasional yang memberikan latihan keusahawanan dan menyediakan sumber kewangan yang diperlukan kepada usahawan yang baru memulakan perniagaan.

Bagi meningkatkan lagi perkembangan keusahawanan di Malaysia dan memperbanyakkan penglibatan menyeluruh daripada kaum bumiputera dalam bidang ini, maka Dasar Pembangunan Negara (DPN) ditubuhkan pada 28 Februari 1991. Sementara itu, institusi pengajian tinggi juga turut menyediakan pelajar-pelajar yang dipimpin dapat membentuk remaja kepada budaya keusahawanan (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 2006: 15-16) seperti yang dilakukan oleh Universiti Utara Malaysia iaitu menubuhkan Institut Pembangunan Keusahawanan (IPK) pada tahun 2009 yang kini

dikenali sebagai Institusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI) (Sumber: Laman Web CEDI,UUM). Begitu juga dengan penubuhan Pusat Pembangunan Usahawan (MEDEC) pada 1980 di Universiti Teknologi Mara (UITM). (sumber: Laporan yang bertajuk „ Pengenalan kepada MEDEC‟, 1980). Tambahan lagi, media menjadi medium untuk menyampaikan maklumat kepada semua golongan masyarkat bumiputera khususnya untuk berminat menceburi bidang keusahawan di Malaysia sehingga kini.

Pelbagai perubahan demi perubahan telah berlaku dalam perkembangan keusahawanan di Malaysia, menurut Norhashim (1994), perniagaan kecil di Malaysia telah meningkatkan jumlah peluang pekerjaan dan pembangunan usahawan. Namun demikian, wujud ketidak seimbangan dalam pegangan ekonomi antara kaum di Malaysia. Human (1992) mendapati penduduk bukan bumiputera tidak dapat menguasai sektor ekonomi sepenuhnya mneyebabkan DEB gagal dicapai sepenuhnya (Malaysia, 2001). Walau bagaimanapun, hasil usaha kerajaan bersama egensi sokongan kerajaan, pendapatan isirumah di Malaysia telah bertambah baik dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-9. (Norasmah, 2009).

VI. Kemahiran Keusahawanan dalam perniagaan

Terdapat tiga domain kemahiran yang menjadi medium untuk usahawan khususnya di Malaysia yang dikenalpasti dapat membantu usahawan untuk mengurus dan menyelenggara perniagaan. Model Kemahiran Generik Usahawan Malaysia (KeGUM). Rajah 3 dibawah menunjukkan perkaitan antara tiga domain kemahiran utama dan kesannya kepada aktiviti perniagaan.

Rajah 2 : Model Kemahiran Generik Usahawan Malaysia (KeGUM)

TIGA DOMAIN KOMPONEN KESAN

KEMAHIRAN

Sumber : Muhammad Haron Husaini dan Khairul Anuar Ahmad, dalam Kemahiran Keusahawanan : satu kajian analisis kandungan buku-buku teks.)

Merujuk kepada rajah diatas, ikatan yang ditunjukkan antara ketiga-tiga domain kemahiran dianggap sebai kemahiran generik dan setiap domain mampu memberikan impak kepada permintaan terhadap produk, jualan dan pendapatan perniagaan. Harga yang PENGURUSAN PERMINTAAN

Dokumen terkait