• Tidak ada hasil yang ditemukan

SYARAHAN KEEMPAT PULUH LIMA

Dalam dokumen Futuhul_Ghaib_-_SAQJ-libre.pdf (Halaman 92-95)

Ketahuilah bahawa manusia ini ada dua jenis. Satu jenis ialah mereka yang dikurniai Allah dengan perkara-perkara yang baik di dunia ini, dan yang satu jenis lagi ialah mereka yang diuji dengan apa yang telah ditakdir oleh Allah pada mereka, mereka yang mendapat perkara-perkara yang baik itu tidaklah bebas dari dosa dan kegelapan dalam proses menikmati kurniaan tersebut. Orang-orang ini merasa seronok dengan kurniaan itu. Tiba-tiba datang takdir Allah yang menimpa mereka dengan kesulitan dan mala petaka pada diri, atau keluarga, atau harta benda. Dengan itu mereka pun berasa sedih dan putus asa. Mereka pun lupa kepada keseronokkan dan kebahagiaan yang mereka nikmati dahulu. Bila mereka diberi kekayaan, keselamatan dan kesentosaan, mereka lupa, seolah-olah mereka sangka keadaan itu berkekalan. Bila mereka ditimpa mala petaka, lupalah mereka kepada kebaikan yang mereka terima dahulu, seolah-olah kebaikan itu tidak ada pada mereka. Semua ini adalah tanda jahil dengan tuannya yang sebenar iaitu Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Jikalah mereka tahu bahawa Tuhan Allah itu berkuasa membuat apa saja yang dikehendakiNya, sama ada berkuasa menjatuh atau menaikkan, mengaya dan memiskinkan, menyenang dan menyusahkan, mengelokkan dan memburukkan, menghina dan memuliakan, menghidup dan mematikan, bahkan apa sahaja, jika mereka tahu semua ini, tentulah mereka tidak menyangka yang kebahagiaan dan kekayaan yang mereka nikmati itu akan berkekalan, dan tentulah mereka tidak bangga dan sombong, ataupun putus asa dan kecewa jika kekayaan dan kebahagiaan itu dihilangkan dari mereka.

Kelakuan mereka yang salah ini ialah disebabkan mereka jahil tentang dunia ini. Mereka tidak tahu bahawa dunia ini adalah tempat ujian, tempat berusaha, tempat bersakit dan tempat bersusah payah. Dunia ini ibarat dua lapis rasa, di luarnya rasa pahit dan di dalamnya rasa manis. Makan yang pahit itu dulu, barulah dapat rasa yang manis. Seseorang itu hendaklah rasa yang pahit itu dulu sebelum dapat merasai yang manis. Bersabarlah memakan yang pahit itu dulu supaya dapat yang manisnya. Oleh itu, barangsiapa bersabar dengan ujian-ujian dunia ini, akan berhak mendapat hasil dan ganjaran yang baik dan bagus. Ibarat orang makan gaji. Kerja dulu, baru dapat gaji. Lapisan yang pahit itu perlu dihabiskan, barulah dapat merasa lapis yang manis pula.

Oleh yang demikian, apabila si hamba itu patuh kepada Allah, melakukan yang disuruhNya dan meninggalkan yang dilarangNya, bertawakal bulat kepadaNya, menurut takdirNya, dan bila ia telah memakan yang pahit, menghapuskan hawa nafsu keiblisannya, dan menghancurkan matlamat dan kehendak ego (diri)nya, maka Allah akan memberinya kehidupan yang baru dan kehidupan yang baik, kebahagiaan, keselamatan, kemuliaan, dan Allah akan memeliharanya dan memberi perlindungan kepadanya. Si hamba itupun jadilah seperti bayi yang disusui oleh ibunya, iaitu bayi itu tidak perlu lagi mencari makan, ibunya yang memberinya makan. Allah akan beri ia rezeki tanpa bersusah payah dan berusaha keras di dunia ini dan juga di akhirat kelak.

Si hamba janganlah menyangka yang ia tidak diuji dan kurniaan yang diterimanya itu akan berkekalan. Perlulah si hamba bersyukur dan menyerahkan dirinya kepada Allah semata. Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda yang maksudnya lebih kurang, "Keseronokkan dunia ini

adalah perkara yang merosakkan, oleh itu, pertahankan diri kamu darinya dengan bersyukur."

Syukur terhadap kurniaan kekayaan itu ialah dengan menyedari dan mengatakan kepada diri sendiri bahawa kurniaan itu ialah kepunyaan Allah yang dipinjamkanNya dan diamanahkanNya kepada kita. Kita tidak punya apa-apa melainkan Allah yang mempunyai segala-galanya. Janganlah dalam perkara hartabenda itu kita melampaui batasan-batasan yang ditentukan Allah, dan gunakan harta benda itu menurut kehendak Allah. Berilah zakat dan sedekah. Tolonglah orang-orang yang miskin papa. Orang-orang dalam kesusahan dan beri nafkah kepada tanggungan-tanggungan kita. Inilah bersyukur terhadap kurniaan kekayaan harta benda dari Allah itu. Bersyukur terhadap anggota-anggota badan yang diberi Allah itu ialah dengan menggunakan badan itu untuk mematuhi perintah-perintah Allah dan meninggalkan laranganNya dan jangan melakukan dosa dan maksiat.

Inilah caranya memelihara kurniaan Allah itu supaya jangan terlepas. Siramkan pokokNya supaya subur, supaya rendang daunnya dan menghasilkan buah yang manis yang menampakkan manfaatnya pada badan agar badan itu dapat memathui Allah dan menghampiri Allah dan selalu ingat kepadanya, agar kita dapat rahmat dan kasih sayang yang di akhirat kelak dan dapat kekal di syurga bersama-sama Nabi-Nabi, shodiq (orang-orang yang benar), syahid (orang-orang yang menyaksikan) dan soleh (orang-orang yang baik). Sesungguhnya inilah kumpulan orang-orang yang dipermuliakan.

Tetapi jika seseorang itu terpengaruh dan tenggelam dengan kesedapan dan keseronokkan dunia yang fana' ini sahaja, maka rugilah ia. Di akhirat kelak ia akan menyesal yang tidak putus-putus, dan neraka tempat tinggalnya.

Allah menguji manusia. Ujian itu ada berbagai-bagai tujuan. Ada kalanya untuk tujuan menghukum manusia kerana kesalahan dan dosa yang telah dilakukan olehnya. Ada kalanya pula untuk meninggikan taraf orang itu supaya dapat bersama orang-orang yang mempunyai ilmu kerohanian yang mengalami berbagai-bagai hal dan maqam. Mereka ini telah mengembara di padang bencana dan kesusahan dengan menunggang kenderaan kasih sayang Allah dan ditiup dengan angin bayu penglihatannya yang lemah lembut terhadap pergerakan dan sikap mereka kerana ujian itu bukan hendak mencampakkan mereka ke neraka tetapi sebaliknya, dengan ujian Allah menguji mereka untuk memilih mereka dan meneguhkan keimanan mereka dan membersihkan mereka agar terbeza iman dengan kufur, tauhid dengan syirik, dan sebagai ganjarannya orang itu diberi ilmu, rahsia dan nur. Apabila orang-orang ini telah bersih zahir dan batin dan hati mereka telah suci, maka orang itu akan jadi orang-orang pilihanNya dan kekasihNya dan mendapat rahmat di dunia dan di akhirat, dan dunia ini melalui hati mereka, dan di akhirat melalui jasmani mereka. Oleh itu, bala bencana itu adalah sebenarnya pencuci atau pembersih daki-daki syirik dan memutuskan perhubungan dengan manusia dan keduniaan dan hawa nafsu kebinatangan dan keiblisan, dan juga menjadi alat untuk menghancurkan bangga, sombong dan tamak haloba serta menghapuskan niat yang bukan kerana Allah dama membuat ibadat umpamanya beribadat kerana hendakkan syurga atau sebagainya.

Tanda ujian dengan cara hukuman ialah hendakkan sabar apabila datang ujian-ujian itu dan meratap serta merungut kepada orang lain. Tanda ujian dengan cara pembersihan dan pembuangan kelemahan ialah adanya kesabaran yang baik tanpa rungutan dari menunjukkan kesusahan kepada orang lain dan tanpa keberatan untuk membuat suruhan Allah. Tanda ujian untuk meninggikan taraf ialah adanya kerelaan dan kesukaan hati dan kedamaian terhadap lakuan Allah, Tuhan seru sekalian alam, dan diri

BAB 46: SYARAHAN KEEMPAT PULUH

Dalam dokumen Futuhul_Ghaib_-_SAQJ-libre.pdf (Halaman 92-95)

Dokumen terkait