• Tidak ada hasil yang ditemukan

Futuhul_Ghaib_-_SAQJ-libre.pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Futuhul_Ghaib_-_SAQJ-libre.pdf"

Copied!
151
0
0

Teks penuh

(1)

FUTUHUL GHAIB Judul Terjemahan:

PEMBUKAAN KEPADA YANG GHAIB Penyusun:

(2)

Pengalihan Tulisan Jawi Ke Roman: MKA Kreatif Enterprise

ISBN: 983-170-946-2

Hakcipta Terpelihara © PERNIAGAAN JAHABERSA

© Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, illustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Penerbit.

Cetakan Pertama: 2006 Cetakan Pertama: 2006 Diterbitkon oleh:

PERNIAGAAN JAHABERSA

15, Jalan Dataran 3/3, Taman Kempas 81200 Johor Bahru, Johor Darul Takzim Malaysia t 6-07-235 1602, 235 1605 f 6-07-235 1603 e [email protected] [email protected] w http://www.jahabersa.com.my Dicetak oleh:

BIN HALABI PRESS Pattani, Thailand

(3)

PENDAHULUAN

Futuhul Ghaib

Syeikh Abdul Qadir Jailani

Buku ini adalah terjemahan dari kitab Futuhul Ghaib karangan Syeikh Abdul Qadir Jailani. Futuhul Ghaib bermakna “pembukaan kepada yang ghaib”. Moga-moga pembaca dapat membuka pintu hatinya dengan membaca buku karangan Syeikh Abdul Qadir ini.

Syeikh Abdul Qadir ialah seorang sufi dan wali Allah yang besar. Tentu sekali karangan beliau ini berunsur mistik atau kebaktian. Orang-orang sufi lebih mementingkan soal-soal rohani, jiwa, hati, kebatinan dan yang ghaib dan semua ini adalah perkara ghaib iaitu tidak ternampak dengan mata kasar dan tidak dapat diraba dengan tangan. Tetapi yang ghaib itu tetap ada. Untuk mengetahuinya perlulah menyuci hati hingga bersinar dengan cahaya keTuhanan Yang Maha Tinggi. Ini dapat dilakukan dengan bimbingan guru yang mursyid dan berlatih dengan bersungguh-sungguh.

Oleh kerana karangan ini berunsur mistik dan dikarang oleh seorang sufi yang agung, maka pembaca hendaklah memandang dari kaca mata orang-orang sufi. Orang-orang sufi adalah orang-orang yang cenderung kepada kebatinan dan kerohanian. Istilah

yang mereka gunakan pun adalah membawa pengertian yang berbeza dari biasa. Misalnya perkataan “mati”. “Mati” dalam pandangan orang-orang sufi bukan bererti “bercerai nyawa dengan badan”. Menurut pandangan mereka mati yang bermaksud “bercerai nyawa dengan badan” itu pada hakikatnya bukanlah mati. Kerana ruh atau jiwa keluar dari sangkarnya iaitu badan dan masuk ke alam yang lain, ibarat burung yang keluar dari sangkarnya. Badan itu tinggal dan lama kelamaan reput dan busuk, tetapi ruh itu tetap hidup. Oleh itu, ini bukan mati.

Dalam buku ini ada dikatakan “matikan diri kamu”. Di sini bukanlah bererti kita bunuh diri kita dengan menggantung diri atau menyembelih leher atau menembak kepala kita. “Matikan diri” atau “bunuhkan diri” di sini adalah menurut pandangan orang-orang sufi. Yang dimaksudkan ialah membunuh, mematikan atau membuang nafsu amarah atau hawa nafsu kebinatangan dan keiblisan yang ada pada kita itu. Buangkan nafsu ini kerana ia menghijabkan hati dengan Allah. “Diri” di sini maksudnya ego atau nafsu amarah yang dipergodakan oleh syaitan.

Tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu ada “diri”nya ialah ia ada sifat-sifat takbur, sombong, hasad dengki, tamak haloba, suka mementingkan diri sendiri (self-oriented atau selfcentered), ujub, riya', kasihnya kepada yang lain dari Allah atau melebihi dari kasihnya kepada Allah, takutnya kepada yang lain dari Allah melebihi dari takutnya kepada Allah, dan sebagainya yang ada diterangkan dalam buku ini.

“Diri” inilah yang mesti “dibunuh” agar sebagai gantinya timbullah Allah. Berdiri Allah dalam hati dan perasaan seorang itu. Setelah “diri” itu mati, maka teguhlah berdirinya Allah dalam hati sanubarinya, dan barulah ia menyedari dan merasai kehampiran dengan Allah Yang Maha Mulia dan Agung. Tiada lain yang dinampakkannya kecuali Allah sahaja. Terdirilah Allah padanya dan dinafinya

(4)

yang lain. Inilah apa yang mereka katakan “menafikan yang lain ini dan mengitsbatkan Allah” bersesuaian dengan tauhid .

Ilmu Tasawuf adalah ilmu rasa atau ilmu zuq. Siapa yang merasainya akan mengetahuinya. Untuk merasai itu perlulah memasuki dan mengembara dalam jalan kerohanian itu dengan bimbingan guru yang betul-betul mengerti. Jalan-jalan ini digelar Thariqah Sufiah atau jalan orang-orang sufi.

Akhir perjalanan ialah "bersatu dengan Allah" sehingga timbullah rasa bahawa yang pasti ada itu adalah Allah jua. Mengertilah ia maksud tauhid yang hakiki. Orang yang sampai ke taraf ini sahaja yang merasai maksud "bersatu dengan Allah" itu. Bukan hanya khayalan atau fikiran sahaja tetapi sudah dirasai dan dibenarkan oleh mata hati. Orang yang sampai ke hujung perjalanannya akan merasai fana’ dirinya dengan seterusnya baqa’ (kekal) dengan Allah yang meliputi segala-galanya. Sedarlah bahawa dirinya itu kosong dan yang sebenarnya diri adalah Allah jua. Sebab itulah ada mereka yang berkata "barangsiapa yang kenal dirinya, kenAllah Tuhannya".

Barangsiapa yang ada mengalami dan menempuh mana-mana Thariqah Sufiah akan memahami maksud dan syarahan-syarahan dalam buku ini. Tetapi buku ini bukanlah terlalu kesufian (kemistikkan). Ia dapat difaham dengan berfikir dan merenungi secara mendalam.

Semoga buku ini memberi guna kepada pencinta-pencinta tasawuf Islam khususnya dan orang-orang beragama Islam umumnya.

Lagi sekali ditegaskan bahawa buku ini adalah karangan dan menurut pandangan seorang jaguh sufi dan wali Allah yang terkenal dalam dunia Islam. Janganlah dipandang dari segi kaca mata orang-orang yang berjiwa kebendaan dan keduniaan semata-mata. Pandanglah dari segi kerohanian dan kebatinan dan istilah yang mereka gunakan adalah istilah menurut pandangan mereka.

Sekian, Wassalam. Mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Ta’ala melimpahi taufiq dan hidayah kepada kita sekalian yang beriman. Amin!

Salam ukhuwah dari penterjemah. Abdul Majid Haji Khatib,

(5)

SEJARAH HIDUP SYEIKH ABDUL QADIR

JAILANI

Ibu bapa beliau

Sayid Abu Muhammad Abdul Qadir lahir di Naif dalam daerah Jailan di negeri Farsi. Beliau lahir dalam bulan Ramadhan 470 Hijriah bersamaan dengan 1077 Masihi lebih kurang. Nama bapanya ialah Abu Soleh, seorang yang taat kepada Allah dan keturunan Imam Hasan iaitu anak yang tertua bagi Saiyidina Ali, saudara sepupu Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam, dan bagi Fatimah anak perempuan Nabi. Ibu beliau ialah seorang anak perempuan kepada orang yang taat kepada Allah, Abdullah Shumaiya keturunan Imam Hussin, anak kepada Ali dan Fatimah. Oleh yang demikian, Sayid Abdul Qadir Jailani ialah keturunan Hasan dan juga Hussin.

Permulaan hayatnya

Dari semenjak kecil lagi beliau adalah seorang yang pendiam dan bersopan santun. Beliau suka bermenung sambil berfikir dan sangat cenderung kepada mistik (pengalaman kerohanian). Setelah umur beliau meningkat 18 tahun, beliau makin dahagakan ilmu dan ingin bersama-sama dengan orang-orang soleh. Ini membara beliau ingin pergi ke Baghdad, yang pada masa itu menjadi pusat pengajian dari berbagai-bagai jenis.

Beliau telah diberi gelaran ‘Ghutsul A’zham, (wali Allah yang paling agung). Menurut istilah orang-orang sufi ghuts itu di bawah peringkat Nabi-Nabi dalam pangkat kerohanian dan dalam menyampaikan rahmat Allah dan kurniaNya kepada manusia. Ada Juga orang zaman sekarang ini yang mengatakan beliau itu adalah dalam peringkat “shodiqun” sebagaimana yang diperkatakan oleh Al-Qur’an bagi orang-orang seperti itu.

Adalah dikatakan bahawa semasa beliau hendak pergi ke Baghdad, ibunya telah memasukkan 80 keping wang emas dalam bajunya dan dijahit di bawah ketiaknya. Sebelum berangkat pergi ibunya yang warak itu telah menasihati beliau supaya jangan berbohong walau dalam keadaan apa sekalipun. Beliau berjanji tidak akan berbohong.

Beliau pun pergilah menurut satu qafilah yang hendak pergi ke Baghdad. Di tengah jalan iaitu di tempat bernama Hamdan qafilah itu telah diserang oleh sekumpulan penyamun. Penyamun itu tidak mengendahkan Abdul Qadir kerana rupanya yang seperti orang miskin sahaja. Tetapi datang seorang penyamun bertanya kepada beliau sama ada beliau ada wang. Abdul Qadir teringat pesanan ibunya supaya jangan berbohong. Lantas beliau berkata: “Ya! aku ada 80 keping wang emas yang dijahit dalam bajuku oleh Ibuku.” Penyamun itupun terkejut melihat Abdul Qadir bercakap dengan terus terang. Mereka terkejut melihat ada orang yang berterus terang dan tidak mahu berbohong. Mereka bawa Abdul Qadir berjumpa dengan ketua mereka dan beliau disoal begitu juga. Abdul Qadir menjawab seperti tadi jua. Ketua penyamun itu memerintahkan baju beliau dibuka. Apabila baju itu dibuka, maka benarlah ada 80 keping wang emas dalam baju itu. Sangatlah hairan ketua penyamun itu.

(6)

Iapun bertanya kenapa beliau sangat bercakap benar.

Abdul Qadir pun menceritakan perkara beliau dengan ibunya itu dan pesanan ibunya itu supaya jangan bercakap bohong. Kata beliau lagi sekiranya dalam permulaan jalan menuntut ilmu agama itu beliau bercakap bohong, maka ada kemungkinan ilmu agama yang sebenarnya dicarinya itu tidak akan didapati dengan memuaskan hati.

Apabila mendengar yang demikian itu, ketua penyamun itupun bercucuran air matanya menangis lalu rebah terduduk dan ia terus bertaubat dari segala dosanya yang terdahulu. Adalah dilaporkan bahawa ketua penyamun itulah murid beliau yang pertama. Pendapat kita kejadian ini menunjukkan shodiq (benar) yang sedang dalam pembentukkan. Jika tidaklah kerana sifatnya yang benar itu, maka tentu sekali beliau tidak akan bercakap benar dalam keadaan merbahaya yang sedemikian itu.

Penuntut di Baghdad

Beliau mengalami kesusahan dan kepayahan masa belajar di Baghdad itu tetapi oleh kerana kecenderungan dan kemahuannya belajar, maka dapatlah beliau menguasai segala pelajaran beliau. Beliau menjadi pelajar yang paling baik di masa itu. Beliau telah membuktikan bahawa beliau adalah mufti yang paling besar di zamannya. Tetapi hatinya yang cenderung kepada kerohanian itu makin memberontak hendak keluar. Beliau selalu bermujahadah untuk menguasai nafsu amarah yang ada pada beliau itu. Beliau selalu berpuasa dan tidak mahu meminta makanan dari sesiapa pun walaupun tidak makan beberapa hari lamanya. Beliau mencari orang-orang sufi di Baghdad dan bergaul dengan mereka. Dalam mencari-cari itu bertemulah beliau dengan seorang sufi bernama Hamad, seorang penjual syarabah (minuman) tetapi adalah seorang wali Allah yang besar di zamannnya. Beransur-ansurlah wali ini membimbing Abdul Qadir dalam Thariqah Sufiah. Hamad ialah seorang yang garang dan kasar dan layanan beliau terhadap Abdul Qadir ini sangatlah teruk. Tetapi Abdul Qadir memandang semua itu sebagai cara membetulkan kerosakkan-kerosakkan yang ada pada dirinya.

Latihan kerohanian

Setelah habis pengajiannya, beliau pun terus berlatih menurut latihan orang-orang dalam Thariqah Sufiah. Beliau menghindarkan dirinya dari segala keperluan dan keseronokkan hidup kecuali yang paling perlu untuk kehidupan. Beliau gunakan masa dan tenaganya untuk bersembahyang dan membaca Al-Qur'an. Beliau sembahyang Subuh kadang-kadang dengan wuduk sembahyang 'Isyak. Kadang-kadang beliau tamat membaca seluruh Al-Qur'an itu dalam masa satu malam sahaja. Dalam tempoh latihan ini beliau menghindarkan dirinya dari manusia dan tidak mahu bertemu dan bercakap dengan sesiapa pun. Jika ia bersiar-siar keluar, ia pergi ke padang pasir seorang diri.

Akhirnya beliau meninggalkan Baghdad dan tinggal di Shustar satu tempat yang jauhnya 12 hari perjalanan dari Baghdad. Selama 11 tahun itu, maka latihan kerohanian beliau pun tamatlah. Beliaupun menerima apa yang dikatakan “nur”. Nafsu kebinatangan atau nafsu amarahnya pun kosong dari jiwanya dan beliau naik ke peringkat yang lebih tinggi dalam segi kerohanian. Beliaupun hampir dengan Allah.

(7)

Digoda oleh syaitan

Satu kejadian kerohanian berlaku apabila mencapai peranan yang baru ini yang diceritakan berupa satu cerita. Cerita-cerita seperti ini pernah juga berlaku kepada orang-orang besar dalam agama dan terkenal dalam sejarah. laitu adalah satu cerita godaan, nampaknya semua cerita-cerita seperti ini menyatakan kejadian dalam kehidupan dengan menggunakan bahasa perumpamaan atau ibarat. Misalnya kita baca godaan terhadap Nabi Isa, iaitu bagaimana beliau dibawa ke atas bukit oleh iblis dan dari sana ditunjukkan kepada beliau kerajaan-kerajaan dunia dan menyuruh Nabi Isa menyembah dia (iblis) jika beliau hendak menjadi raja bagi segala kerajaan-kerajaan itu. Kita tentu tahu apa jawapan Nabi lsa kepada Iblis. Seperti yang kita tahu, itu adalah satu kejadian perjuangan batin semasa detik-detik kehidupan yang rumit.

Kejadian ini juga berlaku kepada Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam apabila baginda terus berdakwah tentang agama Islam, dan menentang kemusyrikan dan berhala kaumnya, pantang beliau iaitu pemimpin-pemimpin Quraisy yang cuba menggoda beliau dengan kecantikkan, kekayaan dan kekuasaan. Tiap-tiap Muslim tentu sedar apa jawapan Nabi. Kata beliau: "Aku tidak mahu kekayaan harta benda atau kekuasaan, saya diutuskan oleh Allah untuk menjadi pemberitahu kepada manusia. Aku sampaikan risalatNya kepada kamu sekalian. Sekiranya kamu terima, maka terselamatlah kamu di dunia dan di akhirat kelak, sekiranya kamu ingkar, maka Allah akan membuat keputusan antara kamu dan aku."

Ini bukanlah pandangan batin tetapi adalah satu faktor konkrit dari dunia yang wujud ini. Ini juga berlaku kepada Syeikh Abul Qadir Jailani. Ada dua riwayat tentang ini.

Pertama, satu hari iblis datang menemui beliau yang menyatakan dirinya ialah malaikat Jibril dan berkata ia ada membawa Buraq (kenderaan yang ditunggang oleh Nabi tatkala Mi’raj) untuk membawa beliau pergi ke hadrat Allah. Mendengarkan itu, Syeikh Abdul Qadir pun tahu bahawa yang ada di hadapan beliau itu ialah iblis atau syaitan kerana Jibril dan Buraq datang ke dunia hanya kepada Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam sahaja. Iblis itu gagal menggoda beliau, lalu mencuba yang lain pula, kata iblis: “Baiklah Abdul Qadir, kamu telah menyelamatkan dirimu dengan adanya ilmumu itu.” “Nyahlah kamu dari sini” kata Syeikh Abdul Qadir kepada iblis itu: “Jangan menggodaku lagi, bukanlah ilmuku yang menyelamatkan aku tetapi sebenarnya aku terselamat dari perangkapmu dengan rahmat dan pertolongan Allah jua.”

Kedua, satu masa Syeikh Abdul Qadir berada dalam hutan belantara tanpa makanan dan minuman beberapa lama. Tiba-tiba datang awan, lalu turun hujan. Dapatlah Syeikh itu Menghilangkan dahaganya. Dengan tidak semena-mena datang satu lembaga yang bersinar tidak jauh dari situ dan lembaga itu berkata: "Aku ini Tuhan kamu, sekarang aku halalkan segala yang haram untuk kamu. "Mendengar itu Syeikh itu pun membaca:

(8)

Setelah membaca itu, lembaga itupun bertukar jadi awan lalu berkata: "Dengan ilmumu dan rahmat Allah kamu telah terselamat dari tipu helahku." Kemudian syaitan itu bertanya kepada Syeikh Abdul Qadir bagaimana dia boleh mengenal syaitan itu dengan segera. Jawab Syeikh itu bahawa apabila syaitan itu mengatakan yang ia menghalalkan segala yang haram, maka dengan serta merta ia tahu bahawa itu bukan datang dari

Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak menghalalkan segala yang haram.

Cerita ini ada bersamaan dengan apa yang berlaku kepada (Peter). Tetapi apa yang berlaku kepada Peter, pengikut Nabi Isa yang agung, ini ialah beliau terpengaruh kepada syaitan itu, lalu menghalalkan yang haram dan terus membuang pengajaran Allah dan RasulNya. Sebaliknya Syeikh Abul Qadir Jailani tidak terpengaruh oleh syaitan walau sedikitpun.

Saya berpendapat kedua-dua cerita itu mungkin benar yang menunjukkan dua kejadian yang berbeza dalam bahsa ibarat atau perumpamaan. Satu kejadian berkenaan perjuangan beliau (Syeikh Abdul Qadir) dengan kesombongan ilmunya. Yang satu lagi berkenaan perjuangan dengan kesusahan ekonomi yang mungkin menghalang seseorang dalam pengembaraan kerohanian menuju Allah. Keinginan untuk berkuasa dan keinginan untuk kesenangan adalah kelemahan-kelemahan terakhir yang akan meninggalkan hati dan fikiran pengembara-pengembara kerohanian ini. Hanya setelah seseorang itu dapat mengatasi kedua-kedua musuh kerohanian ini sahaja, maka barulah ia dapat layak menjadi pemimpin insan yang sejati.

Guru kepada orang ramai

Syeikh Abdul Qadir telah lulus ujian-ujian kerohanian itu, selepas itu jika beliau bercakap atau menasihati seseorang, maka beliau berbuat demikian bukan dari bidang kebijaksanaan akal sahaja lagi tetapi adalah dari bidang kerohanian, bidang kesedaran dan perwujudan diri. Pada masa itu keadaan umat Islam dalam mematuhi agama mereka telah merosot sekali, umat Islam tidak mempedulikan agama mereka lagi. Memandangkan hal inilah timbul satu pandangan pada beliau.

Pada satu hari Jumaat dalam tahun 511 Hijriah, Syeikh Abdul Qadir memandang dalam batinnya bahawa ia seolah-olah sedang berjalan di satu lorong di Baghdad. Sedang berjalan itu beliau nampak seorang yang kurus dan sakit berada di tepi jalan dan orang itu mengucapkan salam kepada beliau. Beliau jawab salam orang itu. Orang yang kurus dan sakit itu tidak pun meminta beliau tolongkan ia hendak berdiri. Lalu Syeikh itupun menolongnya berdiri. Setelah ia tegak, orang itu dengan tidak semena-mena menjadi bertambah besar dan gagah rupanya. Syeikh itupun berasa takut dengan keadaan itu tetapi orang itupun mententeramkannya sambil berkata: "Aku ini ialah agama nenek moyangmu. Aku telah jadi sakit dan tidak berdaya, tetapi Allah telah menguatkan aku kembali melalui pertolonganmu." Ini berlaku pada petang beliau menemui orang ramai di masjid. Setelah lama kemudian orang ramai pun memberi beliau gelaran Mahyuddin (bererti penghidup agama).

Sungguhpun beliau telah mengeluarkan dirinya dari pengasingannya tetapi tidaklah beliau bersyarah di hadapan khalayak ramai lagi. Selama 11 tahun lagi beliau tinggal di penjuru bandar itu dan terus melakukan ibadatnya dan berlatih untuk mendapatkan nur kebatinan dalam hatinya.

(9)

Kira-kira dalam tahun 521 Hijriah barulah beliau mengajar orang ramai. Dia diberi satu madrasah untuk mengajar. Ilmu batinnya telah cukup untuk melengkapi dirinya. Pada mulanya sedikit sahaja murid beliau. Lama-kelamaan masyhurlah beliau sebagai seorang yang bijak, alim, wara’, soleh, mempunyai ilmu yang dalam dan tinggi dan kuat berpegang kepada syariat. Ramailah orang yang datang mengunjungi beliau untuk memetik ilmu-ilmu yang berharga dan bernilai tinggi daripadanya. Lama-kelamaan madrasah itupun tidak mencukupi untuk menampung orang ramai itu. Dalam tahun 528 Hijriah rumah-rumah yang berjiran itupun diambil untuk menampung murid-murid beliau. Inipun tidak cukup. Pada tiap-tiap pagi Rabu beliau bersyarah di atas pentas untuk bersyarah kepada orang ramai. Inipun telah jadi sempit. Maka diadakan pula tempat di luar bandar itu dan di situ dibina satu bangunan untuk beliau dan ini digelar Musafir Khanah.

Biasanya beliau memberi syarahan tiga kali seminggu. Di Idghah pada pagi Jumaat. Di madrasah pada malam Selasa, dan di Musafir Khanah (rumah tamu) pada pagi Rabu. Berbagai-bagai manusia datang belajar kepada beliau tentang berbagai-bagai ilmu. Kaum sufi dan kaum fuqaha, orang kaya dan miskin datang menuntut. Bahkan orang-orang bukan Islam pun ada yang mendengar pengajarannya dan banyak yang masuk Islam di tangan beliau. Orang yang membuat dosa bertaubat setelah mendengar syarahan beliau, demikianlah betapa kuatnya kekuatan kerohanian di sebalik syarah-syarahan beliau itu. Dengan kebesaran jiwanya itu beliau ditakuti dan dihormati oleh orang-orang besar di masa itu. Orang yang berjiwa besar demikian ini bukanlah dengan kehendak mereka sendiri berbuat demikian, tetapi adalah kehendak Allah jua. Mereka menyerahkan diri mereka seluruhnya kepada Allah. Mereka tidak menuju sesuatu melainkan dengan gerak dari Allah jua. Syarahan mereka itu bukan lakuan mereka sendiri tetapi adalah lakuan Allah jua dan mereka tidak perlu bersedia terlebih dahulu. Persediaan untuk bersyarah itu disediakan oleh Allah sendiri dan ilham untuk bersyarah itu datang langsung dari Allah Subhanahu wa Ta'ala apabila mereka bercakap, mereka bercakap dengan kehendak Allah. Itulah sebabnya syarahan mereka itu penuh dengan kekuatan dan kekeramatan.

Keluarga dan rumahtangga beliau

Sebelum tahun 521 Hijriah iaitu umur beliau 51 tahun tidaklah beliau menunjukkan dirinya kepada orang ramai dan tidak pernah berfikir hendak kahwin kerana sangkanya kahwin itu akan menghalang seseorang dalam perjalanan menuju Allah. Setelah beliau berumur 51 tahun, hasil dari bercampur dengan orang ramai dan juga kerana hendak menurut sunnah Nabi Muhammad Shallahu 'alaihi wasallam beliau pun berkahwin dan mempunyai 4 orang isteri. Semua isteri beliau ini menjadi isteri yang baik dan taat kepada beliau. Beliau mempunyai 49 orang anak. Lelaki seramai 27 orang dan yang lain itu perempuan.

Empat orang anak beliau menjadi terkenal kerana pelajaran dan ilmunya.

(1) Syeikh Abdul Wahab, anak yang sulung, menguasai ilmu yang luas dan dalam. Beliau diberi kuasa menjaga madrasah bapanya dalam tahun 543 Hijriah. Setelah bapanya meninggal dunia, beliau pula memberi syarahan dan memberi fatwa tentang syariat Islam. Beliau memegang jawatan dalam negeri dan seorang yang sangat popular.

(10)

pensyarah yang baik dan juga menulis kitab-kitab kesufian (sufism). Beliau tinggal dan meninggal dunia di Mesir.

(3) Syeikh Abdul Razak, seorang 'ulama dan hafaz hadith. Seperti bapanya beliau juga termasyhur dengan lurus dan benarnya. Beliau juga seperti bapanya tentang kesufiannya dan popular di Baghdad. (4) Syeikh Musa, 'ulama yang ulung. Pindah ke Damsyik di mana ia meninggal dunia.

Melalui Syeikh Isa iaitu nombor (2) di atas, 78 syarahan bapanya dalam buku ini sampai kepada kita. Abdul Wahab iaitu nombor (1) di atas, adalah sumber dua syarahan yang terakhir. Beliau ada hadir tatkala bapanya terbaring sebelum kembali ke rahmatullah. Nombor (4) Syeikh Musa ada dinyatakan di akhir buku ini dalam syarahan ke 79 dan ke 80.

Dalam dua syarahan terakhir itu ada disebutkan 2 orang anak Syeikh tersebut yang ada hadir tatkala bapanya hendak meninggal dunia iaitu Abdul Razak (3) dan Abdul Aziz.

Pekerjaan biasa

Seperti yang kita ketahui wali Allah ini memberi syarahan kepada orang ramai 3 kali seminggu. Disamping itu, tiap-tiap hari, pagi dan petang beliau mengajar tafsir, hadith dan hukum-hukum agama dan perkara-perkara yang bersangkutan. Selepas sembahyang Zuhur, beliau menyampaikan fatwa tentang soal-soal hokum yang dikemukan kepada beliau dari seluruh dunia. Tiap-tiap petang sebelum Maghrib beliau membahagi-bahagikan roti kepada orang-orang miskin. Selepas sembahyang 'Asar, beliau duduk menanti waktu makan buka puasa kerana kebiasaannya berpuasa siang hari sepanjang tahun.Sebelum makan beliau memanggil orang-orang berjiran siapa yang hendak makan bersama dengan beliau.

Selepas sembahyang 'Isya beliau pun pergi ke kamarnya dan menggunakan sebahagian besarnya pada malam itu dengan ibadat kepada Allah seperti yang dikehendaki oleh Al-Qur'an. Oleh itu, sebagaimana pengikut Nabi yang sebenarnya beliau berkhidmat kepada kemanusiaan sepanjang hari dan kepada Allah sebahagian besar dari malam hari.

Kembali ke rahmatullah

Beliau meninggal dunia dalam tahun 561 Hijriah (1166 Masihi) tatkala berumur 91 tahun. Hari itu ialah 11 haribulan Rabi’ul Akhir tarikh ini dikenangi oleh peminat-peminatnya sehingga hari ini dan dikenali sebagai Jayarurin Syarif di India dan Pakistan.

Pusaka beliau

Setelah wafat wali Allah ini, maka anak-anaknya dan murid-muridnya menubuhkan satu organisasi yang tujuannya menanam ruh keIslaman yang tulin dan membetulkan pengajaran Islam di kalangan manusia. Ini dinamai Thariqah Qadariah yang terkenal dengan teguhnya memegang syariat Islam hingga hari ini. Ini telah memberi jasa yang besar dalam Islam dan ilmu kebatinan dalam Islam.

(11)

Antara pengajaran dan nasihat beliau yang masyhur itu, ada tiga di seluruh dunia. Yang paling agung dari yang tiga itu adalah Futuhul Ghaib.

Yang kedua masyhur ialah Futuhul Rabbani, sekumpulan 68 buah syarahan dalam tahun 6-545 Hijriah. Yang ketiga ialah Qasidah atau puisi yang menceritakan peranan dam pangkat auliya' Allah dalam bahasa kesufian. Ini digelar “Qasidah Al-Ghutsiah”.

Seperti juga di lain-lain thariqah agama,Thariqah Qadariah pada masa sekarang nampaknya lebih cenderung kepada Qasidah Al-Ghutsiah daripada yang lain-lain itu kerana yang lain-lain itu adalah mengandungi nasihat dan pengajaran untuk membaiki diri dan menyampaikan perutusan dari 'alam ghaib sahaja.

Pengaruh Syeikh Abdul Qadir ini sangat besar dalam sejarah Islam dan peribadinya bersinar terang seperti intan yang bergemerlapan pada ruh Islam hari ini dan begitu juga sebelumnya.

(12)
(13)

BAB 1: SYARAHAN PERTAMA

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Tiga perkara yang wajib bagi seseorang mukmin dalam semua keadaan ini ialah:-(1) Melakukan segala perintah Allah.

(2) Menjauhkan diri dari segala yang haram.

(3) Redha dengan hukum-hukum atau ketentuan Allah.

Seseorang mukmin hendaklah jangan tidak ada tiga perkara ini. Oleh itu, si mukmin hendaklah memikirkan perkara ini, bercakap kepada dirinya tentang perkara ini dan anggotanya melakukan perkara-perkara ini.

(14)

BAB 2: SYARAHAN KEDUA

Ikutilah dengan ikhlas jalan yang telah ditempuh oleh Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam dan janganlah mengubah jalan itu. Patuhlah kepada Allah dan RasulNya, dan jangan sekali-kali menderhaka. Bertauhidlah kepada Allah dan jangan mensekutuinya. Allah itu Maha Suci dan tidak sekali-kali mempunyai sifat-sifat yang cela dan kekurangan. Janganlah syak wasangka tentang kebenaran Allah. Bersabarlah dan perpegang teguh kepadanya. Bermohonlah kepadanya dan tunggu dengan sabar. Bersatu padulah dalam mentaati Allah dan jangan berpecah belah. Cintalah antara satu dengan lain dan janganlah berdengki-dengkian. Jauh diri daripada segala noda dan dosa. Perendahkanlah dirimu dengan tata kepada Allah. Janganlah jauhkan diri dari Allah dan janganlah lupa kepadanya. Janganlah lengah-lengah lagi untuk bertaubat kepadaNya. Dan kembali kepadaNya. Janganlah jemu dengan memohon ampun kepada Allah siang dan malam, mudah-mudahan kamu dirahmatiNya dan dilindungiNya dari mara bahaya dan azab neraka dan kamu akan diberi kehidupan yang berbahagia dalam syurga dan bersatu dengan Tuhan dan kamu akan diberi nikmat-nikmat dari Allah. Kamu akan menikmati kebahagiaan dan kesentosaan yang abadi di syurga beserta dengan Nabi-Nabi, orang-orang shodiq, orang-orang syahid dan orang-orang soleh. Berkekalanlah kamu di syurga itu untuk selama-lamanya.

(15)

BAB 3: SYARAHAN KETIGA

Apabila seorang hamba Allah itu diuji oleh Allah, maka mula-mulanya dia akan cuba melepaskan dirinya dari ujian atau cubaan yang menyusahkannya itu. Jika ia tidak berjaya, ia akan meminta pertolongan dari orang lain seperti raja-raja atau orang-orang yang berkuasa, orang-orang dunia, orang-orang hartawan, dan jika ia sakit ia akan pergi meminta pertolongan doktor atau bomoh. Jika ini pun tidak berjaya, maka kembalilah ia menghadapkan wajahnya kepada Allah Subhanahu wa Ta' ala dan memohon sambil merayu kepadanya. Selagi ia boleh menolong dirinya, dia tidak akan meminta pertolongan orang lain. Selagi pertolongan orang lain didapatinya, dia tidak akan meminta pertolongan Allah.

Jika dia tidak dapat pertolongan Allah, maka berterusanlah ia merayu, sembahyang, berdo'a dan menyerahkan dirinya dengan penuh harapan dan cemas terhadap Allah Subhanahu wa Ta'ala, Allah tidak akan menerima rayuannya sehingga dia memutuskan dirinya dengan keduniaan. Setelah putuslah dia dengan hal-hal keduniaan, maka ketentuaan dan kerja Allah akan terzahir melalui orang itu dan lepaslah ia dari hal-hal keduniaan. Tinggallah padanya ruh sahaja.

Pada peringkat ini tidaklah nampak olehnya melainkan kerja atau perbuatan Allah dan tertanamlah dalam hatinya kepercayaan yang sebenar-benarnya tentang tauhid (keEsaan Allah). Pada hakikatnya tidak ada pelaku atau penggerak atau yang mendiamkan kecuali Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak ada baik dan tidak ada jahat, tiada ada rugi dan tiada ada untung, dan tidak ada faedah dan tiada ada anugerah dan tidak ada sekatan, tidak terbuka dan tidak tertutup, mati dan hidup, mulia dan hina, kaya dan papa, bahkan segala-galanya adalah dalam tangan Allah.

Hamba Allah itupun seperti bayi dipangkuan ibunya atau seperti orang mati yang sedang mendiamkan atau seperti bola di kaki pemain bola, melambung, bergolek ke atas ke tepi dan ke tengah, sentiasa berubah tempat dan kedudukan. Dia tidak ada pada dirinya upaya dan daya. Maka lenyaplah ia keluar dari dirinya dan masuk ke dalam lakuan Allah semata-mata.

Si hamba Allah yang begini tidak nampak yang lain kecuali Allah dan perbuatan-perbuatannya. Tidak ada didengar dan diketahuinya kecuali Allah. Jika ia melihat sesuatu, maka dilihatnya perbuatan atau kerja Allah. Jika ia mendengar atau mengetahui sesuatu, maka didengarnya perkataan-perkataan Allah dan jika ia mengetahui sesuatu, maka diketahuinya melalui pengetahuan Allah. Ia akan dianugerahi dengan anugerah Allah. Beruntunglah dia, kerana hampirnya dengan Allah. Beliau akan diperhias dan dipermuliakan. Redhalah ia dengan Allah. Bertambah hampirlah dia dengan Tuhannya. Bertambahlah cintanya kepada Allah. Bertambahlah seronoknya dalam mengenang Allah. Terdirilah ia “di dalam Allah”. Allah akan memimpinnya dan menghiasinya dengan pakaian cahaya ilmu Allah dan terbukalah kepadanya hijab yang melindunginya dari rahsia-rahsia Allah Yang Maha Agung. Beliau mendengar dan mengingat hanya dari Allah Yang Maha Tinggi . Sentiasalah dia bersyukur dan sembahyang di hadrat Allah Subhanahu wa Ta'ala.

(16)

BAB 4: SYARAHAN KEEMPAT

Apabila kamu “mati” terhadap makhluk, maka dikatakan kepada kamu "moga-moga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kamu", dan Allah akan mematikan kamu dari nafsu-nafsu badaniah. Apabila kamu. telah “mati” terhadap nafsu badaniah, maka akan dikatakan kepada kamu, "moga-moga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kamu" , maka Allah akan mematikan kamu terhadap kehendak-kehendak dan nafsu. Apabila kamu telah “mati” terhadap kehendak-kehendak dan nafsu, maka akan dikatakan kepada kamu, "moga-moga Allah melimpahi rahmatNya kepada kamu", dan Allah akan menghidupkan kamu kepada satu “hidup” yang baru.

Selepas itu kamu akan diberi “hidup” yang tidak ada mati lagi. Kamu akan dikayakan dengan tidak ada papa lagi. Kamu akan diberi kurniaan yang tidak akan rosak dan habis. Kamu akan diberi kebahagiaan yang tidak ada lagi kesusahan dan kesedihan. Kamu akan diberkati dan tidak akan dimurkai. Kamu akan diberi ilmu dan tidak lagi jahil. Kamu akan diberi kesentosaan dan tidak lagi ketakutan. Kamu akan maju dan tidak lagi mundur. Nasib kamu akan baik dan tidak lagi buruk. Kamu akan dipermuliakan dan tidak lagi diperhinakan. Kamu akan dihampiri oleh Allah dan tidak jauh lagi. Martabat kamu akan bertambah tinggi dan tidak rendah-rendah lagi. Kamu akan dibersihkan dan tidak lagi merasai kotor. Pendek kata jadilah kamu seorang yang tinggi dan mempunyai peribadi yang tersendiri. Bolehlah dikatakan kamu telah menjadi 'Superman' atau manusia luar biasa.

Jadilah kamu warisan Rasul-Rasul, Nabi-Nabi, dan orang-orang shodiq. Kamu akan jadi titik akhir bagi segala kewalian dan wali-wali yang masih hidup akan datang mengunjungi kamu: Melalui kamu segala kesulitan dapat diselesaikan dan melalui sembahyang kamu dapat memewahkan tanam-tanaman, menurunkan hujan, menghindarkan mala petaka yang hendak menimpa umat manusia dari segala pangkat dan kedudukan. Bolehlah dikatakan kamu menjadi sebagai pegawai polis untuk kota dan rakyat.

Orang akan datang mengunjungi kamu dari tempat yang dekat dan jauh dengan membawa hadiah-hadiah dan buah tangan dan memberi khidmat mereka kepada kamu. Semua ini dengan izin Allah Yang Maha Perkasa dan Kuasa Jua. Lidah manusia tidak sunyi lagi menghormati dan memuji kamu. Tidak ada dua orang yang beriman yang bertelingkah mengenai kamu. Wahai! mereka yang baik-baik yang tinggal di tempat-tempat ramai dan mereka yang mengembara, inilah kurniaan Allah dan Allah mempunyai kuasa yang tidak ada batasan.

(17)

BAB 5: SYARAHAN KELlMA

Apabila kamu melihat dunia dalam tangan orang-orang ahli dunia dengan hiasan dan kekosongannya, penipuan dan perangkapnya, dan dengan racunnya yang membunuh yang di luarnya lembut dan di dalamnya mencederakan dan cepat pula merosak dan membunuh sesiapa yang memegangnya dan menipu mereka dan menyebabkan mereka lalai dalam dosa dan maksiat. Apabila kamu lihat semua ini, maka hendaklah kamu bertindak selaku seorang yang melihat seorang lain membuang air besar yang membuka anggotanya yang sulit dan mengeluarkan bau yang busuk. Dalam keadaan itu kamu hendaklah menghindarkan pandangan terhadap ketelanjangannya itu dan menutup hidungmu supaya tidak terbau yang busuk. Begitulah kamu bertindak terhadap dunia. Apabila kamu melihatnya hindarkan pandangan dari pakaiannya dan tutup hidung kamu dari membau keseronokkannya yang tidak kekal, mudah-mudahan kamu terselamat darinya dan cubaan-cubaannya. Apa yang telah ditetapkan Allah untuk kamu tentu kamu akan merasainya. Allah telah berfirman kepada Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam:

"Dan janganlah kamu tunjukkan kedua matamu kepada apa yang telah kami berikan kepada golongan-golongan dari mereka, sebagai bunga kehidupan dunia untuk kami cubai mereka dengannya. Dan

(18)

BAB 6: SYARAHAN KEENAM

Jauhkanlah diri dari orang ramai dengan perintah Allah, dan dari nafsu kamu dengan perintahnya, dan dari kehendakmu dengan lakuannya, agar kamu layak menjadi bekas untuk mengisi ilmu Allah. Tanda kamu telah menjauhkan diri dan orang ramai ialah kamu telah seluruhnya memutuskan segala perhubungan dengan orang ramai dan membebaskan fikiran-fikiran kamu dari segala apa yang bersangkutan dengan mereka.

Tanda kamu telah putus dari nafsu-nafsu kamu ialah kamu telah membuang segala usaha dan daya untuk dunia dan perhubungan dengan cara-cara dunia untuk mendapatkan apa-apa faedah dan menghindarkan bahaya dan kamu janganlah bergerak untuk kepentingan kamu sendiri. Janganlah kamu bergantung kepada diri sendiri tentang perkara yang bersangkutan dengan diri kamu, janganlah kamu melindungi dari kamu dan menolong diri kamu sendiri. Serahlah segala-segalanya kepada Allah kerana dialah yang menjaga dan memelihara segala-segalanya semenjak dari azali lagi sehingga abadi selama-lamanya. Dialah yang menjaga kamu dalam perut ibumu sebelum kamu lahir dan dialah yang memelihara kamu semasa kamu masih bayi.

Tanda kamu telah hilang dari kehendak kamu dengan lakuan atau perbuatan Allah ialah kamu tidak lagi melayan apa-apa hajat dan kamu tidak ada apa-apa matlamat atau tujuan, kamu tidak lagi ada keperluan atau maksud kerana kamu tidak ada tujuan atau keperluan lain selain Allah semata-mata. Lakuan Allah pun terzahir pada kamu dan pada masa pergerakkan kehendak dan lakuan Allah itu, kamu hanya persiap pada badan, tenang dalam hati, luas fikiran, mukamu berseri-seri dan jiwa kamu bertambah subur. Maka kamu akan terlepas dari kepeduan kebendaan kerana kamu telah berhubung dengan Al-Khalik (pencipta). Tangan kuasa akan menggerakkan kamu. Lidah abadi akan memanggil kamu Tuhan sekalian alam akan mengajar kamu dan akan memberi pakaian dengan cahaya dari dirinya dan dengan pakaian kerohanian dan akan meletakkan kamu dalam peringkat orang-orang alim yang dahulu-dahulu.

Selepas pengalaman ini akan bertambah hancurlah “hati” kamu sehingga hapuslah hawa nafsu dan kehendak kamu umpama tempayan yang pecah yang tidak mengandungi air walau setitik pun. Kosonglah kamu dari semua lakuan-lakuan kemanusiaan dan diri kamu tidak menerima yang lain kecuali kehendak Allah. Pada peringkat ini kamu akan dikurniai keramat-keramat dan perkara-perkara yang diluar biasa. Perkara-perkara itu pada zahirnya datang dari kamu tetapi sebenarnya adalah lakuan dan kehendak Allah jua.

Maka masuklah kamu dalam golongan orang-orang yang telah pecah hatinya dan telah hilang nafsu-nafsu kebinatangannya. Selepas itu akan diberi sifat-sifat keTuhanan Yang Maha Tinggi. Berkenaan hal inilah Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: "Aku gemar tiga perkara dari dunia ini, bau-bauan harum, perempuan dan sembahyang yang mataku sejuk di dalamnya. Semua ini diberi kepadanya setelah kehendak-kehendak dan nafsu-nafsu yang tersebut dahulu itu lepas dari dirinya. Allah berfirman: "Aku bersama dengan mereka yang pecah hatinya kerana Aku."

Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak bersama kamu sekiranya semua nafsu dan kehendak kamu itu tidak dihancurkan. Apabila semua hancur dan tidak ada lagi yang tinggal pada kamu, maka kamu pun

(19)

sesuailah untuk 'diisi' dengan Allah dan Allah akan menjadikan kamu orang baru yang dilengkapi dengan tenaga dan kehendak yang baru pula. Jika ada lagi diri kamu walau sedlkitpun, maka Allah akan menghancurkan itu pula sehingga kamu kosong semula dan selama-lamanya kamu tetap hancur hati. Allah akan menjadikan kehendak-kehendak baru dalam diri kamu dan jika dalam pada itu masih juga ada ego (diri) kamu, maka Allah akan menghancurkan terus. Demikianlah terjadi sehingga kamu menemui Tuhanmu di akhir hayat nanti. Inilah maksud firman Tuhan: "Aku bersama mereka yang hancur hatinya kerana Aku." Kamu akan dapati diri kamu “kosong” dan sebenarnya ada ialah Allah. Allah berfirman dalam hadith qudsi: “hambaKu yang taat sentiasa meminta kehampiran dengan Aku melalu sembahyang-sembahyang sunat sehingga Aku jadikan dia rakanKu dan apabila Aku jadikan dia rakanKu, Aku menjadi telinganya yang dengannya dia mendengar, matanya yang dengannya dia melihat, tangannya yang dengannya dia memegang, dan kakinya yang dengannya dia berjalan, iaitu dia mendengar melalui Aku, memegang melalui Aku dan mengetahui melalui Aku.” Sebenarnya ini adalah keadaan “fana” (hapusnya diri). Apabila kamu telah fana' terhadap diri dan makhluk, dan oleh kerana makhluk itu baik atau jahat, dan oleh kerana diri kamu itu baik atau jahat, maka tidaklah ada dalam pandangan sebarang kebaikan yang datang dari diri kamu atau makhluk itu dan tidaklah kamu takut kedatangan kejahatan dari makhluk. Semua itu terletak pada tangan Allah semata-mata. Daripada itu datangnya buruk dan baik. Dia yang menentukan segala-galanya semenjak dari awal-awal lagi.

Oleh yang demikian, Dia akan beri kamu keselamatan dari segala kejahatan makhluk-makhlukNya dan akan membenamkan kamu dalam lautan kebaikannya. Maka jadilah kamu titik tumpuan segala yang baik dan sumber keberkatan, kebahagiaan kesentosaan, nur (cahaya), keselamatan dan keamanan. Oleh itu “fana” adalah tujuan dan matlamat dan hujung dan dasar perjalanan wali Allah. Semua wali-wali Allah yang terdahulu dalam peringkat kemajuan mereka telah memohong dengan sungguh-sungguh untuk menukar kehendak atau kemahuan mereka kepada kehendak atau kemahuan Allah. Semua mereka menukar kemahuan atau kehendak mereka ke dalam kemahuan atau kehendak Allah pendeknya mereka memfana'kan diri mereka dan mewujudkan Allah. Sebab itulah mereka digelar “Abdal” (perkataan yang diambil dari perkataan yang bermakna “pertukaran”). Pada pendapat mereka adalah satu dosa mensekutukan kehendak mereka dengan kehendak Allah.

Sekiranya mereka lupa, dikuasi oleh emosi dan ketakutan, maka Allah Yang Maha Kuasa akan menolong mereka dan menyedarkan mereka, dan dengan itu mereka kembali sedar dari lupa dan memohon perlindungan Allah. Tidak ada manusia yang benar-benar bebas dari pengaruh kehendak ego (diri) sendiri kecuali malaikat. Malaikat itu dipelihara Allah dalam kesucian kehendak mereka dan Nabi-Nabi dipelihara dari nafsu badaniah. Jin dan manusia telah diberi tanggungjawab supaya berakhlak baik. Tetapi tidak terpelihara dari dipengaruhi oleh dosa dan maksiat. Wali-wali dipelihara dari nafsu-nafsu badaniah dan abdal dari kekotoran kehendak atau niat . Meskipun begitu mereka tidaklah bebas mutlak kerana mungkin mereka ada kelemahan untuk melakukan dosa tetapi Allah dengan kasih sayangNya akan menolong dan menyedarkan mereka.

(20)

BAB 7: SYARAHAN KETUJUH

Keluarlah dari diri kamu sendiri dan serahkan segala-galanya kepada Allah. Penuhkan hatimu dengan Allah. Patuhlah pada perintahnya dan larikan diri dari laranganNya agar nafsu badaniah kamu tidak memasuki hati kamu setelah ianya keluar. Untuk membuang nafsu-nafsu badaniah dari hatimu kamu hendaklah berjuang melawannya dan jangan menyerah kepadanya dalam semua keadaan dan masa. Oleh itu janganlah berkehendakkan kepada sesuatu yang bukan kehendak Allah. Kehendak kamu yang bukan kehendak Allah adalah kehendak nafsu badaniah. Kehendak ini jika diturut akan merosakkan diri kamu dan menjauhkan kamu dari Allah. Patuhlah kepada perintah Allah dan jauhkanlah laranganNya dan bertawakAllah kepada Dia sahaja dan sekali-kali jangan mensekutuiNya. Dia yang menjadikan nafsu dan kehendak kamu. Oleh yang demikian, janganlah berkehendakkan atau berhajatkan atau bercita-cita untuk mendapatkan sesuatu supaya kamu tidak tercebur ke lembah syirik. Allah berfirman : "barangsiapa bercadang hendak bertemu dengan Tuhannya, dia hendaklah beramal saleh dan janganlah sekutukan Allah dengan apa jua."

Syirik itu bukan sahaja semata•mata menyembah berhala. Syirik itu juga termasuk menurut hawa nafsu dan mensekutukan apa sahaja yang di dunia dan yang di akhirat dengan Allah. Kerana apa sahaja yang lain Allah, bukanlah Tuhan. Oleh itu, jika kamu tumpukan hati kepada yang lain dari Allah, maka kamu telah syirik. Oleh itu, jangan sekutukan Allah itu secara kasar dan secara halus. Berjaga-jagalah, jangan berdiam diri, berhati-hatilah dan waspada selalu, semoga kamu beroleh selamat. Segala pangkat dan kebaikan yang kamu perolehi janganlah kamu katakan datang dari kamu sendiri atau kepunyaan kamu sebenarnya. Jika kamu diberi sesuatu hal atau keadaan atau kenaikkan kepada sesuatu taraf kedudukan, janganlah dihebohkan kepada sesiapa. Kerana dalam pertukaran suasana dan hari ke hari itu, Allah menzahirkan keagungannya dalam aspek-aspek yang sentiasa baru, dan Allah menyelangi antara hambaNya dengan hati-hati mereka. Boleh jadi apa yang kamu katakan milik kamu itu akan dilepaskan dari kamu. Dan apa yang kamu anggap kekal itu boleh jadi bertukar keadaan, maka kamu akan merasai malu pada mereka yang kamu cakapkan itu. Lebih baik kamu berdiam diri dan simpan dalam pengetahuan kamu sahaja dan tidak menyampaikan kepada sesiapa. Jika kamu memiliki sesuatu, ketahuilah bahawa itu adalah kurnia Allah dan bersyukurlah kepadanya dan bermohonlah kepadanya supaya ditambahi dengan nikmat-nikmatNya. Jika sesuatu itu lepas dari kamu, maka ianya akan menambahkan ilmumu, kesedaranmu dan waspadamu. Allah berfirman: “Apa sahaja perutusan (kitab-kitab terdahulu) yang Kami batalkan atau Kami jadikan ianya dilupakan, maka Kami bawa yang terlebih baik atau yang seumpamanya. Adakah kamu tahu bahawa Allah berkuasa terhadap segala sesuatu?”

Oleh itu, janganlah disangka Tuhan Allah itu tidak berkuasa dalam sesuatu perkara dan janganlah disangka ada kekurangan dalam ketentuanNya dan peraturanNya, serta janganlah syak wasangka tentang janji-janjinya. Contohilah Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam ayat-ayat yang diwahyukan kepada baginda itu dipraktikkan, dibaca di dalam masjid, ditulis di dalam buku, bahkan diambil dan ditukar dengan yang lain dan perhatian Nabi diarahkan kepada perkara-perkara wahyu-wahyu yang baru diterimanya yang mengganti ayat-ayat yang lama itu. Ini terjadi dalam perkara hukum-hukum yang zahir.

(21)

baginda dengan Tuhan, baginda biasa berkata bahawa hatinya biasa diselubungi dan baginda memohon perlindungan Allah 70 kali sehari. Juga diceritakan bahawa 100 kali sehari Nabi biasa dibawa dari satu keadaan atau hal kepada satu keadaan atau hal yang lain dan dengan itu baginda dibawa ke peringkat-peringkat yang hampir dan lebih hampir lagi ke hadrat ilahi. Baginda mengembara ke alam Yang Maha Tinggi dan nur menyelubungi baginda, dari satu peringkal ke satu peringkat yang lebih tinggi. Tiap-tiap satu peringkat yang dinaiki, maka peringkat yang di bawah itu nampaknya gelap jika dibandingkan dengan peringkat yang atas itu. Makin tinggi makin bersinarlah nur Allah melimpahi hati sanubari baginda. Baginda biasa menerima arahan supaya memohon ampun atau perlindungan Tuhan kerana sebaik-baik hamba Allah itu ialah mereka yang sentiasa memohon ampun dan perlindungan Allah dan sentiasa kembali kepadanya. Ini ialah kerana untuk menyedarkan kita bahawa kita ini ada mempunyai dosa dan kesalahan yang mana kedua-dua ini ada didapati pada hamba-hamba Allah dalam semua keadaan hidupnya dan kepunyaannya sebagai warisan dari Adam 'alahissalam yang menjadi bapa segala manusia dan hamba pilihan Allah. Apabila lupa kepada perintah Allah itu telah mengaburkan cahaya kerohanian dan baginda menunjukkan keinginan hendak kekal di syurga dan disamping Tuhan, dan Tuhan berkehendakkan menghantar malaikat Jibril kepada baginda. Pada masa itu kehendak diri (ego) baginda terzahir dan kehendak Adam terdapat bercampur dengan kehendak Allah.

Oleh itu kehendak baginda itu dihancurkan dan keadaan pertama itu dihilangkan dan kehampiran kepada Tuhan di masa itu dihilangkan dan cahaya keimanan yang terang benderang itu bertukar kepada kabur dan kesucian rohani baginda telah menjadi sedikit kotor. Maka Allah akan memperingatkan baginda dan menyedarkan kesalahannya dan dosanya dan diperintahkan supaya mengakui kesalahan dan dosanya dan meminta ampun kepada Allah.

Adam' alaihissalam berkata: "Ohh Tuhan! Kami telah menzalimi diri kami sendiri dan jika tidak engkau ampuni kami dan mengasihani kami sudah tentu kami termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi." Kemudian itu datanglah kepada beliau cahaya petunjuk, kesedaran bertaubat, pengetahuan hakikat akibatnya, dan ilmu hikmah yang tersembunyi dalam kejadian ini pun terbukalah. Maka Allah menghampiri mereka dengan kasih sayangNya agar mereka bertaubat. Maka kehendak yang timbul dari Adam itupun ditukarkan dan keadaannya yang dahulu itupun ditukarkan, maka dikurniai kepadanya peringkat wilayah (kewalian) yang lebih tinggi dan diberi makam (stesyen) dalam dunia ini dan di akhirat kelak. Jadilah dunia ini tempat tinggalnya dan keturunannya dan akhirat kelak tempat kembali yang kekal abadi.

Jadikanlah Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam yang mana baginda itu seorang Rasul dan kekasih Allah dan hambaNya yang pilihan, dan bapa segala insan iaitu Adam hamba Allah yang pilihan, sebagai contoh dan tauladan. Contohilah mereka kedua itu dalam hal mengakui kesalahan dan dosa sendiri, dan meminta ampun kepadaNya, dan meminta perlindunganNya dari noda dan dosa dan contohilah mereka dalam hal merendahkan diri kepada Allah kerana insan ini adalah lemah dalam segala hal.

(22)

BAB 8: SYARAHAN KELAPAN

Apabila kamu dalam keadaan atau hal yang tertentu, janganlah meminta keadaan yang lebih tinggi atau lebih rendah. Apabila kamu berada dipintu istana janganlah kamu hendak masuk kecuali kamu disuruh masuk.Janganlah menganggap cukup dengan kebenaran masuk itu sahaja kerana boleh jadi itu satu helah atau penipuan dari raja itu. Hendaklah kamu sabar, sehingga kamu dipaksa masuk ke istana itu atas perintah raja itu sendiri. Kerana dengan itu kamu tidaklah dipertanggungjawabkan tentang perbuatan kamu masuk ke istana itu. Jika sekiranya kamu dihukum juga, maka itu adalah kerana kamu bersalah, tamak, tidak sabar, tidak bersopan santun dan hendakkan kepuasan dengan keadaan hidup yang kamu sedang berada itu. Jika kamu telah dipaksa masuk dan kamu masuk, maka hendaklah kamu masuk dengan sopan santun dan penuh hormat dan perhatikan apa yang kamu perintahkan tanpa meminta kenaikkan taraf dalam hidup itu. Allah berfirman kepada RasulNya: “Dan janganlah pandanganmu dipengaruhi oleh apa yang kami kurniai kepada segolongan manusia dari kemegahan hidup di dunia ini kerana kami menguji mereka dengan itu, adalah rezeki yang diberi oleh Tuhanmu itu lebih baik dan lebih kekal."

Allah menasihati NabiNya supaya berhati-hati dengan keadaan yang ada itu dan redha dengan kurniaan Allah. Dengan lain perkataan, firman ini menyatakan, "Apa sahaja yang Ku beri kepadamu dari perkara yang baik-baik, dan keNabian dan ilmu dan keredhaan dan sabar dan kekuasaan agama dan berjihad pada jalan Allah, semua ini adalah lebih baik dan lebih berharga daripada apa yang aku beri kepada orang-orang lain."

Kebaikan itu terletak dalam menjaga keadaan yang sedia ada dan berpuas hati dengannya dan menjauhkan kehendak-kehendak kepada yang lain kerana perkara itu sarna ada telah dikhaskan untuk kamu atau kepada orang lain atau tidak kepada siapapun tetapi telah dijadikan oleh Allah sebagai satu ujian. Jika sesuatu perkara itu telah diuntukkan bagi kamu, maka kamu tentu akan mendapatinya sama ada kamu suka atau tidak. Tidaklah wajar kamu menunjukkan ketidaksopanan atau menunjukkan tamak kerana itu berlawanan dengan akal dan ilmu yang sempurna. Apalah gunannya kamu mengharapkan apa yang telah ditentukan untuk orang lain kerana kamu tidak akan mendapatinya. Sekiranya sesuatu perkara itu tldak diuntukkan kepada sesiapapun, maka itu adalah satu ujian belaka. Orang yang berakal sempurna tidak akan bersahaja-sahaja mencari sesuatu ujian. Oleh itu, kebaikan itu ialah menjaga dan redha dengan keadaan yang ada sekarang. Setelah kamu dibawa ke tingkat atas dan dari situ ke bumbung istana, kamu akan hati-hati seperti yang kami nyatakan tentang penghormatan, perangai baik dan tidak bercakap banyak. Hati-hatilah, kamu hendaklah membuat lebih dari ini kerana kamu sekarang makin hampir dengan raja itu dan hampir pula kepada bahaya. Oleh itu, janganlah minta pertukaran dari keadaan yang ada kepada keadaan yang lain, sama ada lebih tinggi atau lebih rendah, dan jangan pula kamu minta keadaan itu berkekalan atau bertukaran . Kamu tidak ada pilihan sendiri dalam perkara ini. Jika kamu meminta, maka itu tanda kamu kurang sopan dan merendahkan darjat kamu dan merugikan kamu juga. Dengan yang demikian teruskanlah bertindak sebagaimana yang kami tunjuki, sehingga kamu dinaikkan ke satu taraf dan kamu akan ditetapkan di taraf itu, maka ketika itu tahulah kamu bahawa itu adalah kurniaan Allah yang menunjukkan tanda-tanda kebesaranNya. Tetaplah kamu di tempat itu dan tidaklah diubah-ubah lagi. Ahwal (keadaan pertukaran kerohanian) adalah kepunyaan auliya' (wali Allah biasa) dan maqamah (perhatian kerohanian) adalah kepunyaan abdal (wali Allah yang lebih tinggi tarafnya).

(23)
(24)

BAB 9: SYARAHAN KESEMBlLAN

Lakuan atau perbuatan Allah itu dizahirkan kepada auliya' dan abdal dalam kasyaf (pandangan kerohanian) dan masyahadah (pengalaman kerohanian) dan ini melebihi jangkauan akal manusia dan mencarik adat dan kebiasaan. Penzahiran atau manifestasi ini ada dua jenis, satu dinamakan jalal (kebesaran dan keagungan) dan satu lagi dinamakan jamal (keindahan). Jalal ini menimbulkan kehebatan dan mempengaruhi hati demikian rupa hingga tanda-tandanya nampak pada badan kasar. Adalah diceritakan bahawa Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam sedang sembahyang. Maka terdengarlah oleh orang bunyi seperti air mendidih dari hati baginda oleh kerana hebat dan gentarnya hati beliau menghadap Allah Subhanahu wa Ta'ala, satu pengalaman yang baginda rasai apabila Allah menunjukkan keAgungan dan kebesaranNya. Kejadian seperti itu juga ada berlaku kepada Nabi Ibrahim 'alaihissalam dan khalifah Umar Radhiyallahu 'anhu.

Pengalaman yang dirasai apabila Allah menzahirkan sifat jamalNya ialah hati si hamba itu akan merasai gernbira, tenang, sentosa, selamat dan kata-kata yang kasih mesra dan tanda-tanda yang menggembirakan tentang kurniaan-kurniaan yang besar dan kedudukan yang tinggi dan kehampiran kepadanya yang kepadanya semua perkara-perkara mereka itu akan kembali. Inilah kurniaan dan rahmat Allah kepada mereka dalam dunia. Hati mereka yang cinta kepada Dia itu akan dipuaskan olehNya, semoga mereka merasa senang. Allah kasih dan sayang kepada mereka. Nabi pernah berkata kepada Bilal: "Hiburkan hati kami , wahai Bilal." Apa yang baginda maksudkan ialah supaya Bilal yang (azan) agar Nabi masuk dalam keadaan sembahyang untuk merasai manifestasi sifat jamal Allah itu. Kerana itulah Nabi berkata: "Dan kesejukan mataku telah terasa dalam sembahyang."

(25)

BAB 10: SYARAHAN KESEPULUH

Sesungguhnya tidak ada yang lain kecuali Allah dan diri kamu sendiri. Diri manusia itu bertentangan dengan Tuhan. Segala-galanya tertakluk kepada Allah dan diri manusia itu adalah kepunyaan Allah. Pada diri manusia itu timbullah angan-angan dan hawa nafsu. Oleh itu, jika kamu masuk kepada hak dan menentang diri kamu, maka kamu masuk dalam pihak Allah dan menentang diri kamu sendiri. Allah berfirman kepada Nabi Daud 'alaihissalam: "Wahai Daud, kepada Akulah tempat kamu kembali, oleh itu berpegang teguhlah kepadaKu, perhambaan sebenarnya ialah melawan diri kamu kerana Aku." Dengan itulah kehambaan kamu dan hampir kamu kepada Allah menjadi kenyataan yang sebenarnya. Dengan itulah kamu mencapai kesucian dan kebahagiaan. Dengan itulah kamu akan dipermuliakan dan segala-galanya akan jadi hamba kamu dan takut kepada kamu kerana semuanya itu tertakluk kepada Allah kerana Dialah pencipta dan tempat asal mereka dan mereka menyatakan kehambaan mereka kepada Allah. Firman Allah: "Segala-galanya memuji Allah, tetapi kamu tidak tahu pujian mereka." Ini bererti segala-galanya yang ada dalam alam ini sedar tentang adanya Allah dan patuh kepadanya.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berkata: "Kemudian Dia berkata kepadanya dan kepada dunia, marilah kamu kedua dengan rela atau tidak, mereka kedua berkata, "kami datang dengan rela."

Oleh itu segala kehambaan ialah melawan dirimu sendiri dan hawa nafsumu. Allah berfirman: "Janganlah ikut hawa nafsumu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah."

Allah juga berfirman, "Jauhkanlah kehendak hawa nafsumu kerana tidak ada yang melawanKu dan kerajaanKu melainkan hawa nafsu manusia. "

Ada satu cerita yang masyhur tentang Abu Yazid Busthami. Adalah dikatakan bahawa beliau telah melihat Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam mimpinya. Beliau bertanya kepada Allah: "Bagaimanakan seseorang itu hendak sampai kepadaMu?" Kata Tuhan: "Buangkan dirimu dan datanglah kepadaKu." Kemudian itu kata beliau, "Saya pun keluar dari diriku seperti ular keluar dari sarungnya." Oleh itu, semua kebaikan itu terletak pada jihad terhadap diri sendiri dan semua perkara dan keadaan hidup ini.

Sekiranya kamu dalam keadaan soleh, tentanglah dirimu hingga kamu terhindar dari yang haram dari manusia dan syak wasangka dan dari pertolongan mereka dan pergantungan kepada mereka atau takut kepada mereka atau berkehendakkan apa yang mereka dapati dari dunia yang fana' ini. Jangan harapkan hadiah dari mereka atau sedekah mereka atau pemberian mereka. Kamu hendaklah bebaskan dirimu dari apa sahaja yang bersangkutan dengan keduniaan dan sekiranya kamu ada saudara yang hartawan janganlah kamu harapkan dia mati lekas dengan niat hendakkan hartanya itu. Kamu hendaklah keluar dari pengaruh makhluk dan anggaplah mereka seperti pintu pagar yang terbuka dan tertutup atau seperti pokok yang kadang-kadang berbuah dan kadang-kadang tidak. Segala yang berlaku dan terjadi adalah dengan kehendak Allah dan Dialah yang membuat dan merancangkan segala-galanya. Jadikanlah dirimu seorang yang berjiwa tauhid iaitu mengEsakan Allah Rabbul 'Alamin.

(26)

bahawa lakuan itu kepunyaan Allah dan manusia mengusahakan.

Jalankanlah perintah Allah yang bersangkutan dengan manusia dan asingkan bahagianmu dengan perintahNya dan janganlah melebihi batasan kerana perintah Allah pasti akan berlaku dan Allah akan menghukumi kamu dan mereka juga. Janganlah kamu sendiri hendak menjadi hakim. Adanya kamu bersama manusia adalah kerana takdir Allah dan takdir ini terletak dalam gelap. Oleh itu, masuklah ke dalam gelap itu dengan lampu yang juga menjadi hakim dan itulah dia Al-Qur'an dan sunnah RasulNya. Janganlah melampaui kedua-dua ini. Jika timbul dalam fikiranmu atau kamu menerima sesuatu ilham, kemukakan dahulu kepada Al-Qur'an dan sunnah RasulNya.

Sekiranya sesuatu fikiran atau ilham itu bersalahan dengan Al-Qur'an dan hadith, maka janganlah diturut dan dilakukan, kerana itu mungkin datang dari iblis. Jika Al-Qur'an dan hadith itu mengharuskan seperti makan, minum dan sebagainya dan ilham itu serupa dengan yang diharuskan itu, maka jangan diterima dan ketahuilah bahawa itu adalah ajakkan atau cadangan untuk memuaskan hawa nafsu dan sifat-sifat kebinatanganmu. Oleh itu, lawanlah dan jangan turutkan.

Jika apa yang diilhamkan kepada kamu itu tidak ada didapati penyesuaiannya dari Al-Qur'an atau hadith Nabi sama ada melarang atau membenarkan dan kamu tidak pula ketahui dengan faham, misalnya kamu disuruh ke suatu tempat atau disuruh berjumpa seseorang yang soleh, dan kamu tidak perlu lagi pergi ke tempat itu atau berjumpa dengan orang itu. Dengan pengetahuan dan nur kamu ketahui demikian, maka bersabarlah dan jangan tergopoh-gapah dan tanyalah diri sendiri: "Adakah ini ilham dari Allah dan aku mesti melakukannya?" Fikirkan dahulu dan bersabarlah. Menjadi biasa sahaja bagi Tuhan mengulang-ulangi ilham seperti itu dan memerintahkan kamu supaya bersegera melakukan perkara itu ataupun membuka sesuatu tanda yang dibuka kepada orang-orang ahli Allah, tanda yang difahami oleh hanya auliya' yang bijaksana dan abdal, dan kamu jangan tergopoh-gapah dalam perkara ini kerana kamu tidak tahu akibatnya dan tujuan perkara itu dan kamu tidak tahu di mana tertelak ujian dan jalan yang boleh merosakkan dan juga untuk menguji kamu.

Oleh itu sabarlah hingga Tuhan sendiri menjadi pelaku dalam perkara itu bagi kamu. Apabila sesuatu lakuan itu benar-benar dari Allah, maka selamatlah kamu dari sebarang ujian kerana Allah sendiri yang menjalankan kamu dan tentu Dia menolong kamu. Jika kamu sendiri yang melakukan, maka kamu sendirilah yang bertanggungjawab dalam hal lakuan kamu itu. Jika Allah yang melakukan untuk kamu, maka kamu tidak bertanggungjawab dalam hal lakuan kamu kerana lakuan itu adalah lakuan Allah dan tentu sekali Allah sendiri bertanggungjawab atas lakuanNya.

Jika kamu berada dalam peringkat hakikat iaitu kedudukan wilayah (kewalian), maka lawanlah nafsumu itu dan patuhlah kepada perintah itu sepenuhnya. Patuh kepada perintah ini ada dua jenis. Pertama ialah kamu hendaklah mengambil dari dunia ini apa-apa yang perlu sahaja bagi kamu dan jauhkan diri daripada keseronokkan hawa nafsu dan hendaklah kamu melakukan ibadat-ibadatmu dan hindarkan dosa yang terbuka dan tersembunyi. Kedua ialah berkenaan perintah yang batin, dan ini adalah perintah Allah yang menyuruh atau melarang melakukan sesuatu perintah batin atau tersembunyi ini adalah bagi perkara-perkara yang boleh dilakukan iaitu perkara-perkara yang tidak haram dan tidak pula wajib yang mana si hamba itu diberi kebebasan untuk bertindak. Dalam hal ini si hamba tadi hendaklah jangan mengambil inisiatif (kemahuan) sendiri tetapi hendaklah menunggu perintah berkenaan dengan hal itu. Apabila ada perintah, patuhlah dengan semua gerak dan diamnya adalah semata-mata kerana Allah. Jika ada hukum dalam syariat tentang sesuatu perkara, maka

(27)

tunduklah pada hukum itu. Tetapi jika tidak ada hukum dalam syariat dalam perkara itu, maka bertindaklah menurut perintah batin atau perintah tersembunyi itu. Melalui inilah seseorang itu menjadi orang yang benar-benar telah mencapai hakikat.

Sekiranya tidak pun ada perintah batin ini, dan hanya lakuan Allah, maka ini memerlukan penyerahan. Jika kamu telah rnencapai hakikat sebenar-benarnya yang juga digelar keadaan tenggelam (mahwa) atau fana’, maka itu adalah keadaan peringkat abdal, mereka yang pecah hatinya kerana Allah, satu keadaan yang dipunyai oleh orang-orang yang betul-betul berjiwa tauhid, satu keadaan yang dipunyai oleh orang-orang yang dilimpahi dengan cahaya kerohanian, orang yang berilmu dengan kebijaksanaan yang tinggi, mereka yang jadi ketua daripada segala ketua, pelindung dan penjaga orang ramai, khalifah Allah dan waliNya dan orang-orang yang dipercayaiNya. Mematuhi perintah dalam hal-hal demikian itu ialah melawan nafsumu sendiri dan mernbebaskan dari bergantung kepada sebarang daya dan updaya dan kosong daripada segala kehendak dan tujuan berkenaan apa sahaja yang bersangkutan dengan dunia dan akhirat. Maka jadilah kamu hamba raja itu dan bukan hamba kerajaan, hamba kepada perintah Allah dan bukan nafsu-nafsu badaniah semata, danjadilah kamu seperti bayi dalam pelukkan ibunya atau seperti mayat yang sedang dimandikan oleh orang atau seperti orang sakit yang tidak sedarkan diri di hadapan doktor, dalam semua hal yang di luar sempadan suruhan dan tegahan.

(28)

BAB 11: SYARAHAN YANG KESEBELAS

Apabila nafsu hendak berkahwin timbul dalam fikiranmu tetapi kamu miskin papa dan kamu bersabar dengan harapan menunggu pertolongan Allah yang menjadikan kamu dan nafsu kamu itu, maka Allah akan menolong kamu sama ada menghilangkan nafsu itu dari kamu ataupun memberi kamu rezeki dan mencukupi kamu dengan berbagai-bagai cara dan meringankan beban kamu dan menyenangkan kamu di akhirat kelak. Allah akan menolong kamu kerana kesabaran kamu dan keredhaan kamu itu. Allah akan menambahkan kamu dalam kesucian dan kekuatan. Jika Allah mencukupi kamu dalam hal-hal rezeki, maka sabarmu itu akan bertukar kepada syukur. Allah Subhanahu wa Ta'ala menjanjikan kurnia yang bertambah-tambah kepada mereka yang bersyukur. Firman Allah: "Jika kamu bersyukur, Aku akan tambah lagi bahagianmu, dan jika kamu tidak bersyukur, maka ketahuilah siksaanKu amatlah pedih."

Jika sesuatu itu telah ditakdirkan bukan untuk kamu, maka janganlah kamu merasa kesal dan halaulah perasaan itu dari hatimu meskipun sifat-sifat kebinatanganmu itu dan berpegang teguhlah kepada perintah-perintah Allah. Redhalah dengan takdir Tuhan dan dalam keadaan itu berharaplah keredhaan dan kurniaanNya. Allah berfirman: "Hanya orang-orang sabar itu sahaja akan diberi ganjaran sepenuhnya tanpa batas."

(29)

BAB 12: SYARAHAN KEDUA BELAS

Apabila Allah Yang Maha Gagah lagi Maha Kaya memberi kamu harta kekayaan, maka janganlah kamu terpengaruh oleh harta itu sehingga kamu lupa dan tidak taat lagi kepada Allah. Jika kamu lupa dan tidak taat kepada Dia kerana adanya harta itu, maka kamu akan terdinding dari dunia ini dan akhirat kelak. Maka mungkin juga harta itu diambilnya kembali dan kamu menjadi miskin papa, lantaran kamu telah lupa kepada yang memberi. Jika kamu tetap ingat dan taat kepada Allah dan hatimu tidak sesekali terpengaruh oleh harta benda itu, maka Allah akan Allah akan memberimu harta itu dengan percuma dan tidak akan mengurangkannya walau sedikitpun. Harta benda adalah hamba kamu dan kamu pula adalah hamba kepada Allah. Oleh itu kamu hendaklah hidup di dunia ini di dalam jagaan Tuhan yang Maha Penyayang dan di akhirat kamu akan dipermuliakan dan tempat tinggal kamu adalah di syurga yang kekal abadi bersama dengan orang-orang yang shodiq, syahid dan soleh.

(30)

BAB 13: SYARAHAN KETlGA BELAS

Janganlah kamu bersusah hati untuk mendapatkan keuntungan dan janganlah kamu cuba hendak menghindarkan mala petaka. Keuntungan itu akan datang kepada kamu jika telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu sama ada kamu mencarinya atau tidak. Mara bahaya akan menimpa kamu jika telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu, sama ada kamu benci kepadanya atau kamu cuba menghindarkannya dengan do'a dan sembahyang atau menghadapinya dengan sabar kerana hendak mencari keredhaan Allah.

Kamu hendaklah berserah dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah dalam segala hal agar Dia melakukan kerjaNya melalui kamu jika kebaikan kamu dapat, syukurlah. Jika bencana menimpa kamu, sabarlah dan kembalilah kepada Dia dan cubalah rasa keuntungan yang didapati dari apa yang kamu anggap bencana itu dan terus tenggelam dalam dia melalui perkara itu sejauh mana yang kamu terdaya dengan cara keadaan rohani yang diberi kepadamu. Dengan melalui cara ini kamu dinaikkan dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi dalam perjalanan menuju Allah supaya kamu dapat mencapai Dia.

Kemudian kamu akan disampaikan kepada satu kedudukan yang telah dicapai oleh orang-orang shodiq, syahid dan soleh sebelum kamu. Dengan itu kamu akan mendapat hampir dengan Allah agar dapat kamu melihat kedudukan orang-orang sebelum kamu menuju raja Yang Maha Agung itu. Di sisi Tuhan Allah kamu mendapat kesentosaan, keselamatan dan keuntungan. Biarlah bencana menimpa kamu dan jangan cuba menghindarnya dengan do' a dan sembahyang kamu dan jangan kamu merasa tidak senang dengan kedatangan bencana itu, kerana kepanasan apinya tidak sehebat dan sepanas api neraka.

Telah diceritakan bahawa Nabi Muhammad pernah berkata: "Sesungguhnya api neraka akan bercakap kepada orang-orang beriman iaitu katanya, lekaslah kamu pergi, wahai si mukmin, kerana cahayamu memadamkan apiku. "

Bukankah cahaya si mukmin yang memadam api neraka itu serupa juga dengan yang didapati pada dia di dunia ini dan yang membezakan orang-orang yang taat kepada Allah dengan orang-orang yang derhaka kepada Allah? Biarlah cahaya tersebut memadamkan api bencana dan bahaya dan biarlah kesabaran kamu dengan Tuhan itu memadamkan haba panas dari api yang hendak mengatasi kamu. Sebenarnya bencana yang datang kepada kamu itu bukanlah hendak menghancurkan kamu tetapi sebenarnya adalah hendak menguji kamu dan mengesahkan kesempurnaan iman kamu dan menguatkan dasar kepercayaan kamu dan memberimu dalam batin tentang khabar-khabar baik dari Tuhan kamu Allah berfirman:

"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar antara kamu, dan agar kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu." (Surah

(31)

Muhammad: Ayat 31)

Oleh yang demikian apabila telah terbukti benarnya iman kamu dan kamu boleh menyesuaikan diri dengan kehendak dan lakuan Allah, dengan izin Allah jua, maka hendaklah kamu tetap bersabar danredha dan patuh kepadaNya. Janganlah kamu melakukanapa sahaja yang dilarang oleh Allah. Apabila datang perintahNya, dengar dan perhatikan dan segera melakukannya dan sentiasa bergerak dan jangan bersikap fasif terhadap takdir dan lakuanNya, tetapi gunakanlah daya dan upaya kamu untuk melaksanakan perintah itu.

Sekiranya kamu tidak sanggup melakukan perintah itu, maka janganlah berlengah-lengah lagi untuk kembali mengadap Tuhan. Pohon ampun dan merayu dengan penuh tawadu' kepadaNya. Carilah sebab mengapa kamu tidak dapat melakukan perkara itu. Mungkin juga kamu tidak sanggup melakukan perintah itu oleh kerana kejahatan syak wasangka dalam fikiran kamu atau kamu kurang adab sopan dalam mematuhi Dia atau kamu terlalu megah dan bangga atau kamu bergantung benar kepada daya dan upaya kamu sendiri atau kamu mensekutukan diri kamu atau makhluk dengan Allah. Akibat dari itu semua, kamu telah jauh dari Dia dan melupakan kamu dari mematuhi Dia dan kamu dijauhkanNya dari pertolonganNya dan Dia murka kepada kamu dan dibiarkanNya kamu leka dan asyik dengan hal-hal keduniaan semata dan menurut nafsu angkara murka kamu. Adakah kamu tahu bahawa semua itu menyebabkan kamu lupa kepada Allah dan kamu jauh dari Dia yang menjadikan dan mengasuh kamu dan memberi kamu rezeki yang tidak terkira. Oleh itu, berhati-hatilah terhadap apa sahaja yang boleh menjauhkan kamu dari Allah. Jaga-jagalah terhadap apa sahaja yang selain Allah, yang hendak memalingkan muka kamu dari Allah. “Apa sahaja yang selain Allah” bukanlah Allah. Oleh itu janganlah kamu ambil “apa sahaja yang selain Allah” dan membuangkan Allah kerana Allah mencipta kamu untuk mengabdi kepadaNya sahaja. Dengan itu, janganlah kamu zalimi diri kamu sendiri dengan melupakan Allah dan perintahNya kerana ini akan membawa kamu ke neraka yang bahan apinya dari manusia dan batu. Waktu itu akan menyesallah kamu dan sesal yang tidak berguna lagi. Taubat waktu itu tidak berguna lagi meraung dan menangislah kamu tetapi siapakah yang terdaya menolong. Kamu memohon ampun kepada Allah tetapi Allah tidak terima lagi ampun kamu waktu itu. Kamu pun berangan-angan hendak kembali ke dunia untuk membetulkan ibadat kamu kepada Allah, tetapi apakan daya dunia sudah tidak ada lagi bagi kamu.

Kasihanilah diri kamu itu dan gunakanlah segala daya dan upaya untuk mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, gunakanlah apa sahaja yang diberi Allah kepada kamu seperti ilmu, akal, kepercayaan dan cahaya kerohanian kamu itu untuk mengabdikan diri kepada Allah agar kamu dilingkungi cahaya yang terang benderang dan tidaklah kamu tergelap lagi, dan berpegang teguhlah kepada Allah dan hukum-hukumNya dan mengembaralah kamu menuju Allah menurut aturan-aturan yang telah ditentukan Allah. Dialah yang mencipta kamu dan memelihara kamu dan mcnjadikan kamu seorang manusia yang sempurna. Janganlah kamu mencari selain dari apa yang diperintahNya dan janganlah kamu katakan sesuatu itu buruk kecuali telah diharamkanNya. Apabila kamu telah bersesuaian dengan Allah dan perintahNya, maka seluruh alam akan menghambakan diri mereka kepada kamu dan apabila kamu hindarkan apa-apa yang diharamkan Allah, maka semua perkara yang tidak dingini itu akan lari dari kamu di mana sahaja kamu berada. Allah berfirman: "Wahai manusia, Akulah Tuhan, tidak ada Tuhan selain Aku. Bila Aku kata kepada sesuatu “jadilah”, maka jadilah ia. Patuhlah kepadaKu sehingga jika kamu katakan kepada sesuatu “Jadilah”, maka jadilah ia." Allah juga berfirman: "Wahai bumi, barangsiapa menghambakan dirinya kepadaKu, maka berkhidmatlah

(32)

kepadanya dan barangsiapa menghambakan dirinya kepada kamu, maka susahilah dia." Demikian firman-firman Tuhan dalam sebahagian daripada kitab-kitabNya.

Oleh yang demikian, jika tiba laranganNya, maka jadikanlah diri kamu seolah-olah orang yang telah letih lesu dan tidak bermaya atau seperti badan tidak bersemangat, tidak berkehendak dan bernafsu, bebas dari dunia kebendaan, lepas daari nafsu-nafsu kebinatangan umpama halaman rumah yang gelap gelita dan seperti bangunan yang hendak diroboh dan tidak ada yang bernyawa tinggal di dalamnya. Kamu hendaklah menjadi seperti seorang yang telah pekak, buta, bisu, sakit gigi, lumpuh, tidak bernafsu, tidak berakal dan badan kamu seolah-olah mati dan sedang dibawa ke kubur.

Hendaklah kamu dengar dan lakukan segera perintah-perintah Allah dan kamu seolah-olah benci dan malas membuat apa-apa yang dilarang dan kamu beraksi seperti orang mati dan berserah bulat-bulat kepada Allah. Minumlah syarabah (minuman) ini, ambillah ubat-ubat ini dan makanlah makanan ini supaya kamu bebas dari nafsu-nafsu kebinatangan dan kesyaitanan, dan agar kamu sembuh dari penyakit dosa dan maksiat dan lepas dari ikatan hawa nafsu, mudah-mudahan kamu mencapai kesihatan jiwa yang sempurna.

Referensi

Dokumen terkait

Demam tinggi, anoreksia dan sering muntah menyebabkan pasien dehidrasi dan haus. Pada pasien ini perlu diberi banyak minum, yaitu 1,5 sampai 2 liter dalam 24 jam. Dapat diberikan

Segenap Dosen, Staff dan Karyawan Fakultas Psikologi Universitas Islam Negeri Maulana Malik Ibrahim, yang telah memperkenalkan pada penulis akan luasnya ilmu

Yang menjadi rumusan masalah adalah seberapa efektif praktik integrasi penarikan pajak Bumi dan Bangunan (PBB) dengan praktik kearifan local (local wisdom) di

Berdasarkan hal tersebut, maka metode ini merupakan salah satu metode yang bisa digunakan guru khususnya pada keterampilan membaca pemahaman, sehingga peserta didik bisa lebih

120 | http://www.jurnal.umb.ac.id/index.php/JSAI barang yang sudah mau kadaluarsa yang sudah ditentukan Efficiency - Adanya revisi invoice setelah penerbitan invoice

Surya, Handayani, & Soepeno (2015) menjelaskan bahwa enrichment dalam arti yang luas berhubungan dengan praktik- praktik bidang pendidikan standart, sementara

Praktikum fisika dan proyek kelompok yang dilakukan di pendidikan fisika dapat menunjang pembentukan karakter yang baik seperti: semangat multikultural dimana siswa

Persepsi keindahan yang dapat dilihat dari desain interior salon ini adalah bagaimana desainer dapat melihat potensi keindahan dari sebuah material alami yaitu bambu yang