• Tidak ada hasil yang ditemukan

Syarat Tersirat

Dalam dokumen SR DR TAN FINAL LIAT CHOON (Halaman 54-65)

Syarat Tersirat seperti Syarat Nyata adalah merupakan arahan atau larangan tentang penggunaan tanah. Perbezaannya Syarat Tersirat:

i) Tidak ditulis di dalam dokumen hakmilik tetapi hanya tercatat di dalam Kanun Tanah Negara 1965 sahaja;

ii) Bukan ditentukan atau dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri tetapi merupakan suatu kehendak undang-undang; dan

iii) Tidak boleh diubah atau dimansuh melainkan dengan meminda undang-undang.

FINAL

Syarat Tersirat

Syarat Tersirat mengenai batu sempadan (Seksyen 114 Kanun Tanah Negara 1965)

i) Tuan punya tanah akan mengambil setiap langkah yang perlu bagi menghalang ianya daripada rosak, musnah atau dialihkan secara yang tidak sah;

ii) Tuan punya tanah akan mengemukakan notis kepada Pentadbir Tanah atau Penghulu di mana tanah tersebut terletak sekiranya mana-mana batu sempadan rosak, musnah atau dialihkan secara yang tidak sah;

iii) Tuan punya tanah akan membayar kepada Pentadbir Tanah jika dikehendaki, kos membaiki atau menggantikan mana-mana batu sempadan sekiranya rosak, musnah atau dialihkan secara tidak sah; dan

iv) Tuan punya tanah akan atas kehendak Pentadbir Tanah membersihkan mana-mana garis sempadannya dengan

perbelanjaan sendiri. 55

FINAL

Syarat Tersirat

Syarat Tersirat tanah yang tertakluk kepada kategori pertanian (Seksyen 115 Kanun Tanah Negara 1965)

❑ Tidak boleh didirikan apa-apa bangunan di atasnya selain daripada sebuah bangunan atau bangunan-bangunan untuk digunakan bagi maksud:

i) Sebuah rumah kediaman untuk tuan tanah atau orang lain yang menduduki tanah itu secara sah atau untuk orang gaji atau mana-mana yang diambil berkhidmat untuk maksud pertanian oleh tuan tanah atau mana-mana orang lain bagi rumah kediaman untuk tuan tanah atau mana-mana orang yang menduduki secara sah ialah tidak lebih daripada 1/5 keluasan tanah atau 2 hektar yang mana lebih kecil;

FINAL

Syarat Tersirat

ii) Pertanian;

iii) Mengeluar atau memproses bahan mentah daripada hasil pertanian tanah berkenaan;

iv) Menyediakan untuk pengedaran apa-apa bahan atau hasil pertanian, atau apa-apa hasil madu lebah, ternakan darat atau air yang dipelihara di tanah berkenaan;

v) Menyediakan kemudahan pendidikan, perubatan, kebersihan atau lain-lain kemudahan kebajikan, termasuk (terutamanya untuk kegunaan orang yang diambil bekerja atas tanah tersebut) kemudahan membeli barangan dan komoditi;

vi) Yang ditetapkan oleh PBN di dalam Peraturan Tanah Negeri; vii) Yang Pihak Berkuasa Negeri fikir patut dibenarkan; dan

viii) Perkara-perkara yang bersampingan kepada mana-mana

maksud di atas. 57

FINAL

Syarat Tersirat

❑ Hendaklah mula menanam secara jujur dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh tanah tersebut menjadi tertakluk kepada kategori kegunaan.

❑ Seluruh kawasan hendaklah ditanam sepenuhnya dalam tempoh 3 tahun kecuali bahagian yang digunakan bagi maksud kemudahan.

❑ Kawasan yang digunakan bagi maksud pertanian hendaklah dijaga dan ditanam mengikut kaedah-kaedah pertanian yang sempurna.

❑ Kawasan berkenaan hendaklah ditanam secara berterusan (syarat ini dianggap telah dipatuhi jika tempoh di mana tidak keseluruhannya ditanam tidak melebihi 12 bulan). 58

FINAL

Syarat Tersirat

Syarat Tersirat bagi tanah yang tertakluk kepada kategori bangunan (Seksyen 116 Kanun Tanah Negara 1965)

❑ Melainkan sebuah bangunan yang telah sedia ada, hendaklah di dalam tempoh 2 tahun didirikan sebuah bangunan yang sesuai digunakan bagi maksud:

i) Kediaman;

ii) Pentadbiran atau perniagaan atau pengangkutan penumpang;

iii) Pameran, jualan secara runcit, membaiki atai mengurusniaga apa-apa barangan atau komoditi, atau memberi apa-apa perkhidmatan;

59

FINAL

Syarat Tersirat

iv) Menyediakan kemudahan pendidikan, perubatan, kebersihan atau lain-lain kemudahan kebajikan;

v) Hiburan, makan minum dan rekreasi;

vi) Yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri di dalam Peraturan Tanah Negeri;

vii) Yang difikirkan patut dibenarkan; dan

viii) Perkara-perkara yang bersampingan kepada mana-mana maksud di atas.

FINAL

Syarat Tersirat

❑ Tidak boleh digunakan bagi maksud pertanian atau perindustrian.

❑ Setiap bangunan di atasnya tanpa mengira bila ianya didirikan hendaklah dijaga dengan baik.

❑ Bangunan tidak boleh dimusnah, diubah atau ditambah tanpa kebenaran bertulis caripada pihak berkuasa yang berkenaan.

61

FINAL

Syarat Tersirat

Syarat Tersirat bagi tanah yang tertakluk kepada kategori perindustrian (Seksyen 117 Kanun Tanah Negara 1965)

❑ Hendaklah digunakan bagi maksud perindustrian sahaja iaitu bagi maksud mendirikan dan menyenggara kilang, bengkel, kilang besi/kaca, gudang, limbungan, jeti, keretapi atau lain-lain bangunan atau pemasangan untuk digunakan bagi atau berhubung dengan maksud:

i) Pengilangan; ii) Peleburan;

iii) Pengeluaran dan pengedaran tenaga;

iv) Pemasanga, pemprosesan, penyimpanan, penghantaran atau pengedaran barangan atau komoditi; dan yang ditetapkan oleh PBN di dalam Peraturan Tanah Negeri 62

FINAL

Syarat Tersirat

❑ Perusahaan hendaklah mula beroperasi dalam tempoh 3 tahun dan setiap bangunan dan pemasangan di atas hendaklah dijaga dan dibaiki.

❑ Bangunan atau pemasangan tidak boleh dimusnah, diubah atau ditambah tanpa kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa yang berkenaan.

63

FINAL

Syarat Tersirat

❑ Boleh menyenggara atau membina apa-apa bangunan yang digunakan atau digunakan untuk:

i) Penyediaan kemudahan pendidikan, perubatan, kebersihan atau lain-lain kemudahan kebajikan bagi tuan tanah atau orang yang menduduki secara sah, atau orang suruhan atau orang yang diambil bekerja untuk maksud perindustrian oleh tuan tanah atau mana-mana orang lain yang sedemikian; dan

ii) Apa-apa maksud yang Pihak Berkuasa Negeri fikirkan sesuai.

FINAL

Dalam dokumen SR DR TAN FINAL LIAT CHOON (Halaman 54-65)

Dokumen terkait