2. Kerja Berkumpulan 3. Berpusatkan pelajar 4. Simulasi kumpulan 5. Main peranan
MODUL 8 Tajuk 2
Pengajaran dan Pembelajaran Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Yang Bersepadu dan Tematik
Struktur dan Organisasi Pengajaran dan Pembelajaran
Bersepadu dan Tematik
PENDEKATAN TEMATIK
Pendekatan Tematik merupakan satu usaha untuk mengintegrasi pengetahuan, kemahiran dan nilai pembelajaran serta pemikiran yang kreatif dengan menggunakan tema.
Guru sepatutnya menggalakkan murid mengambil bahagian secara aktif dan fizikal dalam proses pembelajaran kerana kanak-kanak dengan semula jadi belajar dengan cara ‘membuat’ Aspek mengkaji dan meneroka dengan menggunakan deria (melihat, mendengar, merasa, menghidu, menyentuh) juga patut digalakkan.
Pembelajaran yang semula jadi dan bermakna kepada kanak-kanak adalah pembelajaran secara ‘membuat’ dan ‘mengalami’ sendiri sesuatu aktiviti itu.
Guru mesti mencuba untuk menyediakan pengalaman-pengalaman yang bererti kepada murid supaya mereka bukan sahaja ada elemen ‘seronok’ tetapi juga untuk mencetuskan minat ingin tahu dan seterusnya mencari maklumat dengan sendiri.
Murid juga sepatutnya diberi peluang untuk berdikari, meneroka dan mengalami untuk diri sendiri dan bagi diri sendiri.
PENDEKATAN TEMATIK BAGI PROGRAM TRANSISI
Pendekatan tematik bagi Program Transisi boleh dijalankan berperingkat. Proses pembelajaran secara tematik menolong kanak-kanak berfikir secara kreatif dan kritis sementara belajar.
PENDEKATAN TEMATIK
CARA PERKEMBANGAN TEMA DAN
PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN TEMA
PERINGKAT PERTAMA
Perbincangan Dan Perkembangan Tema
PERINGKAT DUA
Pelaksanaan Aktiviti-Aktiviti Dengan Idea-idea Perkembangan Tema
PERINGKAT TIGA
Pelajaran bersepadu mengikut tema yang berdasarkan Sukatan Pelajaran dan
Huraian Sukatan Pelajaran
PERINGKAT PERTAMA
Perancangan oleh guru merupakan peringkat yang paling penting. Garis panduan di bawah boleh membantu guru berbincang dan membentuk perkembangan dari perspektif kurikulum
berdasarkan tema yang dipilih.
GARIS PANDUAN
PERBINCANGAN DAN PERKEMBANGAN TEMA
SEJAUH MANA
TUJUAN DICAPAI? TUJUAN BAHAN
Refleksi atas tahap Kenapa kita belajar Manakah antara
kejayaan dan perubahan topik itu? bahan yang sedia ada
yang boleh dilakukan yang sesuai dengan
tujuan kita?
APAKAH YANG INGIN DIPELAJARI?
Guru dan pelajar boleh menanya soalan
terbuka untuk mengenal
BAGAIMANKAH KITA pasti : sikap
TAHU APAKAH YANG konsep
TELAH DIPELAJARI? kemahiran; dan
isi kandungan Strategi penilaian formatif yang perlu dipelajari dan sumatif yang akan
digunakan oleh guru
dan murid CARA TERBAIK
UNTUK BELAJAR Merancang dan memilih aktiviti yang berkaitan dengan soalan-soalan utama
di bahagian apakah yang ingin dipelajari TEMA YANG
PERINGKAT KEDUA
Bagi peringkat ini, guru perlu mengambil perbincangan dan perkembangan dari peringkat pertama dan menyoal tentang perkara ini :
Apakah yang kita ingin murid kita faham tentang tema?
Guru seterusnya boleh memperkembangan aktiviti-aktiviti berdasarkan soalan tersebut. Aktiviti yang dirancang itu boleh dilihat dari beberapa aspek, contohnya
TEMA YANG DIPILIH
FUNGSI
Bagaimana benda ini berfungsi?
PERUBAHAN Bagaimana ia berubah?
PERKAITAN
Bagaimana ia berkait dengan benda-benda lain? PERSPEKTIF
Bolehkah kita melihat tema ini dari sudut yang
berlainan?
SEBAB & AKIBAT Bagaimana ia menjadi
begini?
REFLEKSI Apakah pandangan kita mengenai tema ini
TANGGUNG JAWAB Apa yang boleh kita lakukan bagi menunjukkan bahawa kita
bertanggung jawab terhadap tema ini?
PERINGKAT KETIGA
Selepas aktiviti perkembangan idea dan perspektif tema telah dijalankan, pengajaran dan pembelajaran tema boleh dikaitkan ke spesifikasi yang terdapat di Huraian Sukatan Pelajaran dan rujukan ke Sukatan Pelajaran bagi mata pelajaran :
x Bahasa Melayu x Bahasa Inggeris x Matematik x Pendidikan Agama x Nilai-nilai Murni x Pendidikan Seni
x Pendidkan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan x Pendidikan Muzik dan sebagainya.
Pelajaran yang bersepadu akan menggabungjalinkan unsur-unsur dari mata pelajaran lain dalam pengajarannya. Misalnya,
Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tema : HAIWAN
Tumpuan : “Mengecam jenis bunyi”
Unsur tematik dan gabungjalinan: Pelajaran itu boleh disisip dengan unsur
x kesyukuran dan kesayangan makhluk ciptaan Allah S.W.T (Pendidikan Agama) x kesayangan binatang (nilai murni)
x pergerakan jenis-jenis haiwan yang berbeza (Pendidikan Jasmani) x melukis bentuk haiwan atau mewarnakan binatang (Pendidikan Seni)
Peringkat Pertama LANGKAH PERANCANGAN
1. Apa tujuannya?
Mengapa kita belajar tajuk ini? 2. Bahan yang hendak digunakan
Yang manakah antara bahan yang sedia ada paling sesuai dengan tujuan?
3. Apakah yang hendak dipelajari?
Soalan terbuka oleh guru dan murid bagi menghuraikan tema untuk mengenal pasti Konsep
Kemahiran Sikap
Isi kandungan yang hendak dipelajari 4. Bagaimana cara terbaik untuk belajar?
Merancang berbagai aktiviti pembelajaran berkaitan dengan soalan utama dengan disuai padan dengan Huraian Sukatan Pelajaran.
5. Bagaimana kita boleh ketahui apakah yang telah dipelajari? Penilaian formatif dan sumatif yang akan digunakan oleh guru dan murid
6. Sejauh manakah tujuan telah dicapai?
Refleksi tentang tahap kejayaan yang telah dicapai dan sebarang perubahan yang boleh dilakukan dalam perancangan berikutnya.
FUNGSI PEMETAAN SOALAN MENGENAI KONSEP UTAMA x Membantu mengintegrasi pembelajaran merentas kurikulum x Membantu menentukan skop dan bidang mengenai tema
x Membolehkan mengenal pasti kerangka isi bagi merancang pengajaran dan pembelajaran x Membantu mengenal pasti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai x Membantu murid mengenal pasti bidang dan tugasan pembelajaran yang mereka minati x Membantu mengenal pasti aspek penilaian dan membina item mengikut aras kebolehan
murid
Mengapa Perlunya Membuat Refleksi ?
x Guru yang berpengetahuan akan mempunyai ilmu pengajaran yang luas x Banyak yang boleh dipelajari mengenai pengajaran melalui inkuiri kendiri x Semasa mengajar, banyak yang berlaku yang guru kurang sedar
x Refleksi kendiri yang kritis boleh membawa kepada pemahaman mendalam tentang pengajaran
x Apabila refleksi kritis dijadikan rutin, guru menjadi lebih yakin mencuba option yang lain dan menilai keberkesanannya
Selepas Mengajar Pelajaran
SOALAN YANG PATUT SAYA TANYA KENDIRI x Apakah tujuan utama pelajaran tadi?
x Apakah sebenarnya yang murid belajar dalam pelajaran itu? x Apakah cara (kaedah) mengajar yang telah saya gunakan?
x Apakah masalah yang saya hadapi dan bagaimana saya menanganinya? x Apakah dalam pelajaran tadi yang paling berkesan?
x Apakah yang paling kurang berkesan?
x Ada tidak sebarang ubah suaian atau kelainan yang saya akan lakukan sekiranya saya mengajar sekali lagi pelajaran itu?
PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI
Peringkat Ketiga
PENDEKATAN TEMATIK
Pelaksanaan Program Transisi dijalankan sebaik sahaja tamat aktiviti di minggu orientasi. Aktiviti diteruskan melalui pengajaran dan pembelajaran KBSR yang bersepadu.
Ini bertujuan untuk mengurangkan perbezaan yang ketara tentang perkembangan kognitif, emosi dan hubungan sosial antara murid.
Dalam tempoh masa yang ditetapkan, murid-murid tahu akan rasa seronok dan berkeyakinan untuk meneruskan proses pembelajaran yang riang dan menarik seperti aktiviti tematik dan bersepadu serta main sambil belajar.
Pendekatan ini membolehkan perkembangan minda dan pemikiran dalam keadaan yang mencabar dan menyeronokkan dan pada masa yang sama, menepati hasil pembelajaran dan keperluan-keperluan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan PelajaranTahun Satu.
S
eleaka pem BE
pas aktiviti orientasi selama dua minggu, proses pengajaran dan pembelajaran KBSR n diteruskan tetapi masih dalam suasana persekitaran kelas yang menarik,
belajaran yang menyeronokkan dan terancang.
RMAIN SAMBIL BELAJAR
Pembelajaran Yang Menyeronokkan dan Mencabar Ciri-Ciri pembelajaran bermain sambil belajar:
x Memajukan aktiviti bermain yang terancang
x Merancang dan membina persekitaran yang mencabar x Memperluaskan dan memperkembangkan penggunaan
bahasa dan komunikasi melalui aktiviti bermain x Memperluaskan dan memajukan aktiviti bermain yang