• Tidak ada hasil yang ditemukan

KIT PROGRAM TRANSISI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KIT PROGRAM TRANSISI"

Copied!
142
0
0

Teks penuh

(1)

KIT PROGRAM TRANSISI

Edisi Kedua

“KAMI MURID TAHUN SATU ”

Tema Program Transisi:

(2)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG TAHUN SATU

KIT PROGRAM TRANSISI

(Edisi Kedua)

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

(3)

Cetakan Pertama 2001

” KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini, tidak dibenarkan diterbit semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik elektronik, mekanik, penggambaran semula mahupun dengan cara perakaman, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Paras 7, Blok J, Pusat Bandar Damansara, 50604 Kuala Lumpur.

Dicetak oleh :

CETAKRAPI sdn. bhd. No. 22, Jln. Sri Ehsan 1, Taman Sri Ehsan, Kepong

(4)

PENGENALAN

Program Transisi Prasekolah Ke Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah.

Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir sama.

Bagi memastikan program ini dapat difahami dan berjalan dengan lancar, Kit Program Transisi ini telah dibina sebagai panduan kepada semua pihak yang terlibat untuk menjalankan aktiviti Program Transisi ini secara lebih bersistematik dan seragam di seluruh negara. Untuk itu, sasaran utama penggunaan kit ini bertumpu kepada personalia yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan program iaitu pihak Pengurusan Sekolah, Guru Prasekolah, Guru Tahun Satu dan Ibu Bapa murid-murid Tahun Satu.

Fokus utama dalam pengisian Kit Program Transisi ini ialah pemetaan program melalui persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh personalia yang terlibat dalam pelaksanaan program. Selain dari itu kit ini juga turut memberi tumpuan kepada Jadual Perancangan Strategik Program yang melibatkan perancangan program yang berterusan sama ada di peringkat negeri atau sekolah di samping Penilaian Keberkesanan Program yang berterusan.

(5)

Dari segi perancangan aktiviti, strategi yang digunakan dalam kit ini ialah melalui perancangan sebelum , semasa dan selepas program. Setiap aktiviti yang dirancang itu pula dilihat dari segi persediaan-persediaan yang dilakukan oleh setiap personalia yang terlibat.

Bagi Pihak Pengurusan Sekolah yang terdiri dari Guru Besar, Penolong Kanan dan Guru-Guru Kanan perlulah melihat pelaksanaan program ini secara menyeluruh dengan menyediakan guru-guru yang sesuai di samping pendedahan dan latihan yang diperlukan, penyediaan perancangan aktiviti yang kemas dan berterusan sepanjang tempoh program berjalan, penyediaan kelas dan persekitaran yang sesuai, memberi taklimat kepada pihak ibu bapa dan membuat pemantauan serta penilaian program yang berterusan.

Bagi guru-guru prasekolah pula, mereka perlulah menjalankan aktiviti-aktiviti yang mampu untuk menyediakan kanak-kanak prasekolah dari aspek fizikal, mental, sosial dan emosi sebelum kanak-kanak itu masuk ke Tahun Satu di sekolah rendah.

Sementara itu bagi Guru-guru Tahun Satu, persediaan yang perlu mereka lakukan termasuklah aktiviti-aktiviti untuk menerima murid Tahun Satu, aktiviti minggu orientasi , penyediaan kelas dan persekitaran yang sesuai agar terdapat kesinambungan budaya dan aktiviti pembelajaran antara Prasekolah dan Tahun Satu. Guru-guru Tahun Satu juga perlu mengenal pasti potensi dan masalah perkembangan murid di samping merancang aktiviti dan membuat penilaian yang berterusan di sepanjang Program Transisi ini berjalan.

Kit ini juga turut memberi panduan kepada ibu bapa untuk membantu keberkesanan program. Antara persediaan yang boleh dilakukan oleh mereka ialah melalui persediaan fizikal dan emosi anak-anak seperti penyediaan peralatan dan kelengkapan sekolah yang mencukupi, membawa anak-anak melihat suasana persekitaran sekolah sebelum hari pertama persekolahan, sokongan moral melalui kata-kata perangsang dan nasihat di samping mendapatkan gambaran dan taklimat dari pihak pengurusan sekolah.

Untuk melihat keberkesanan program yang dijalankan, kit ini juga menyediakan contoh borang penilaian keberkesanan program secara menyeluruh. Penilaian keberkesanan program ini boleh dijalankan sebanyak dua kali iaitu sekali selepas tamat minggu orientasi dan kali kedua pada bulan Mac iaitu selepas tamat Program

(6)

MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA

Minda Cerdas

Kemampuan murid-murid Tahun Satu membina dan mengaplikasikan kemahiran berfikir secara aktif melalui aktiviti berkumpulan dan saling bantu membantu di antara satu dengan lain serta penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang awal lagi menunjukkan minda cerdas.

Dalam masa yang sama, murid-murid juga diharapkan dapat meningkatkan perasaan ingin tahu mereka melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar serta bersesuaian dengan tahap umur dan pencapaian sedia ada.

Selain dari itu melalui aktiviti-aktiviti tersebut akan wujud proses komunikasi yang dapat meningkatkan tahap keyakinan diri di kalangan murid di samping dapat memantapkan pemupukan nilai-nilai murni yang ada atau yang dibawa dari prasekolah.

Mata Bercahaya

Murid-murid Tahun Satu ini dapat merasakan satu keseronokan untuk terus belajar bersama-sama dengan kawan-kawan, suasana, persekitaran dan guru-guru yang baru.

Semangat dan minat mereka akan terus meningkat dari masa ke semasa melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan tanpa menimbulkan sebarang permasalahan kepada sekolah, guru mahupun ibu bapa atau penjaga mereka. Keadaan ini dapat diterjemahkan melalui sinar mata mereka yang sentiasa bercahaya pada setiap masa dan ketika untuk meneruskan proses pembelajaran mereka di Tahun Satu.

(7)

PROGRAM TRANSISI

PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

KIT PROGRAM TRANSISI Modul 1 : Pelaksanaan Program Transisi

Modul 2 : Persediaan Pihak Pengurusan Sekolah Modul 3 : Persediaan Persekitaran Kelas Tahun Satu Modul 4 : Persediaan Guru Prasekolah

Modul 5 : Persediaan Murid Prasekolah Modul 6 : Persediaan Guru Tahun Satu Modul 7 : Persediaan Ibu Bapa

Modul 8 : Satu Contoh Pelaksanaan Program Transisi Modul 9 : Dinamika Kumpulan dan Pembinaan Pasukan Modul 10: Penilaian Keberkesanan Program Transisi Modul 11: Perancangan Strategik : Program Transisi

(8)

MODUL 1

PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI

Tajuk Perkara Perincian

1 Pelaksanaan Program

Transisi

Pengenalan

2 Tahap Pelaksanaan

Program Transisi

Tahap Pertama : Persediaan Awal Tahap Kedua : Minggu Orientasi Tahap Ketiga : Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

3 Matlamat Program

Transisi 3-Bulan

Tema Program Transisi Minggu Pertama

Minggu Kedua

Minggu Ke-3 hingga bulan ketiga

4 Cadangan Aktiviti

Dan Teknik

Minggu Pertama Minggu Kedua

(9)

PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU Tajuk 1

PENGENALAN

Secara keseluruhannya Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu ini mengambil jangka masa selama 3 bulan. Program ini bermula pada awal Januari iaitu pada hari pertama sesi persekolahan hinggalah ke penghujung bulan Mac. Jangka masa 3 bulan ini pula telah dibahagikan kepada beberapa fasa aktiviti mengikut keperluan tertentu. Walau bagaimanapun, dari segi persediaan ianya perlu bermula sejak awal lagi iaitu bermula bulan oktober hinggalah bermulanya sesi persekolahan yang baru. Secara keseluruhannya persediaan dan pelaksanaan program ini dapat dibahagikan kepada tiga tahap utama :

D U A M N G G U Tahap Ketiga

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KBSR DITERUSKAN

Aktiviti: Main Sambil Belajar

Bersepadu Bertema

AKTIVITI BERTERUSAN

ƒ Pengenalan ke sekolah baru dan jangkaan guru serta sekolah T I G A B U L A N Tahap Pertama Persediaan Awal

( Bulan Oktober Hingga Disember )

ORIENTASI AWAL Prinsip : ƒ Memperluaskan pengalaman Prasekolah KESEPADUAN Penyesuaian dan fokus ke arah KBSR AKTIVITI Pranombor Pratulisan Prabacaan Tahap Kedua I

(10)

Tajuk 2

TAHAP PERTAMA

Persediaan awal ( Oktober hingga Disember )

Pada tahap ini, persediaan yang dilakukan ialah seperti membuat persiapan fizikal bilik darjah dan perancangan aktiviti untuk pendaftaran murid Tahun Satu, taklimat dengan ibu bapa, Minggu Orientasi, program pembelajaran dan pengajaran selepas Minggu Orientasi hingga tamat Program Transisi dan aktiviti lanjutan untuk murid yang masih memerlukan penyesuaian.

TAHAP KEDUA

Pelaksanaan Minggu Orientasi ( Minggu Satu dan Dua Januari )

Aktiviti di minggu orientasi ini berteraskan kepada prinsip untuk memperluaskan pengalaman Prasekolah dan pengenalan ke sekolah baru kepada murid-murid Tahun Satu.

Dalam minggu pertama Minggu Orientasi beberapa aktiviti perlu disediakan mengikut objektif seperti aktiviti suaikenal, hidup bersama, pembentukan tingkah laku , motivasi diri, penglibatan dalam aktiviti kreatif, main sambil belajar dan belajar sambil meneroka. Semua aktiviti yang dijalankan berfokus kepada penyediaan murid untuk aktiviti pembelajaran mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Dalam minggu kedua, selain dari mengukuhkan aktiviti dalam minggu pertama, murid-murid Tahun Satu akan didedahkan dengan kesepaduan pengajaran dan pembelajaran KBSR yang diperlukan seperti kemahiran pranombor, pratulisan dan prabacaan.

TAHAP KETIGA

Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran ( Minggu Ketiga Bulan Januari hingga Mac )

Selepas minggu orientasi selama dua minggu, diharapkan murid-murid Tahun Satu sudah bersedia untuk meneruskan proses pembelajaran dalam suasana yang menyeronokkan. Dalam masa yang sama guru-guru sudah dapat mengenalpasti murid yang sudah dapat menguasai kemahiran asas motor kasar dan halus, kognitif, bahasa, estetika dan daya kreatif, keagamaan dan ketatanegaraan.

Namun begitu, peluang masih diberikan kepada murid yang masih kurang berkemampuan mencapai tahap yang diharapkan melalui aktiviti yang berterusan sehinggalah tamat dalam jangkamasa tiga bulan proses transisi. Ini bermakna selepas aktiviti orientasi selama dua minggu, proses pengajaran dan pembelajaran KBSR akan diteruskan tetapi masih dalam suasana persekitaran kelas yang menarik, pembelajaran yang menyeronokkan dan terancang.

1-2

(11)

Tajuk 3

Matlamat Program Transisi 3-Bulan

x Tema Program Transisi x Minggu Pertama

x Minggu Kedua

x Minggu Ke-3 hingga bulan ketiga

(12)

Tema Program Transisi

:

MINGGU PERTAMA

MINGGU KEDUA

MINGGU KETIGA-BULAN KE-3

PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

KAMI MURID TAHUN SATU

(Minda Cerdas, Mata Bercahaya)

OBJEKTIF

Matlamat Untuk Dicapai:

Siapa Saya?

Siapa Kawan Saya? Siapa Guru Saya? Mana Sekolah Saya?

Matlamat Untuk Dicapai:

Apakah Yang Kami Boleh Buat

Bersama?

Matlamat Kolaboratif

:

“ Kelas Saya Yang Bersih, Ceria dan Seronok Untuk Belajar”.

Matlamat Untuk Dicapai: “Kami Seronok Belajar

Dengan Keyakinan”

Selepas Minggu Pertama, murid : 1.

Mengenali dan membina hubungan mesra di kalangan kanak-kanak dan antara kanak- kanak dan guru dalam masa yang singkat;

2.

Mengurangkan rasa malu, segan dan takut di kalangan murid yang berlainan latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi; dan

3.

Mendedahkan murid dengan suasana dan persekitaran

di

sekolah baru.

Selepas Minggu Kedua, murid : 1.

Meningkatkan hubungan mesra di kalangan murid-murid Tahun Satu;

2.

Memupuk semangat bekerjasama dengan cara menetapkan dan mencapai matlamat yang kolaboratif;

3.

Mendedahkan murid dengan suasana pengajaran dan pembelajaran KBSR yang menyeronokkan; dan

4.

Mengesan potensi murid melalui bidang yang ditekankan dalam pendidikan Prasekolah.

Selepas Program Transisi dijalankan, murid : 1.

Meningkatkan perkembangan potensi diri dalam bidang kognitif dan bahasa, psikomoto

r

dan fizikal dan sosio emosi secara beransur- ansur dan bersistematik;

2.

Menggunakan kemahiran yang ada untuk perkembangan diri yang berterusan;

3.

Membina dan meningkatkan kemahiran murid yang lemah dan potensi diri mereka;

4.

Mengurangkan perbezaan yang

ketara

tentang perkembangan kognitif dan hubungan yang sosial antara murid; dan

5.

Memulakan

pengajaran dan pembelajaran

KBSR yang bersepadu melalui pendekatan tematik.

OBJEKTIF

OBJEKTIF

1-4

(13)

CADANGAN

CONTOH JADUAL MAJLIS SUAIKENAL : PENDAFTARAN MURID-MURID TAHUN SATU

(Dijalankan sebelum Minggu Orientasi)

Jangka Masa Perkara Aktiviti Tempat 1000 1 ½ jam

Pendaftaran Murid Tahun Satu

Guru kelas merekodkan butiran murid-murid Mengutip bayaran-bayaran tertentu

Bilik Darjah

1100

1 jam

Taklimat Pihak Pengurusan Sekolah

Memperkenalkan guru-guru Tahun Satu Menerangkan tentang pengisian Program Transisi Memohon kerjasama pembentukan budaya sekolah Dewan Sekolah: Muzik dimainkan

Pameran Kesihatan

Pembentangan

1130

½ jam

Taklimat Kementerian Kesihatan

Menerangkan tentang buku rekod kesihatan Penerangan tentang khidmat Klinik Pergigian Dewan Sekolah dengan Ibu Bapa

1230

1 jam

Majlis Suaikenal murid-murid Tahun Satu Objektifnya

:

Suasana tidak mengancam Guru yang baik Bermotivasi memandang ke pengalaman baru Mengenali kawasan kelas Nyanyian : bersama, berseorangan Permainan (pilihan) : Tiup Belon Cantum gambar Diri Saya Penyampaian Cendermata

Kawasan Sekolah

Minum

(14)

PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

Minggu Pertama : Minggu Orientasi

x

Aktiviti Fizikal

x

Aktiviti Nilai Kerohanian Dan Nilai-Nilai Murni

x

Aktiviti Membina Semangat Patriotik.

Dalam Pengurusan Kelas, guru-guru boleh melakukan aktiviti-aktiviti rutin seperti

mengambil

kedatangan

murid,

mengutip yuran, menguruskan kebersihan dan fizikal bilik

darjah di samping menanamkan amalan membaca

doa

dan

sebagainya. Aktiviti berbentuk fizikal pula bukan sekadar untuk menggalakkan kecergasan

murid tetapi ia juga bertujuan melatih

pergerakan kreatif di kalangan mereka. Di samping itu, ia juga mampu mewujudkan hubungan

mesra

dan

saling

kenal

mengenali antara satu dengan lain dalam suasana yang menyeronokkan. Aktiviti kerohanian dan nilai-nilai murni pula ditekankan secara gabungjalin dengan aktiviti-aktiviti lain seperti

amalan

membaca doa, aktiviti bercerita, kemahiran berfikir dan berkomunikasi, penyelesaian masalah, lawatan dan mewarna. Dalam

masa

yang sama, semangat patriotik turut diberikan perhatian melalui aktiviti nyanyian, dinamika kumpulan,

pembinaan pasukan dan gabungan aktiviti-aktiviti yang lain. Pada akhir minggu ini, murid-murid telah didedahkan ke suasana dan persekitaran baru serta

membina

hubungan

mesra antara mereka, secukupnya untuk menjawab:

Siapa Say

a? Siapa Kaw

an Say

a?

Siapa Guru Say

a? Mana Sekolah Say

a?

Di minggu pertama Minggu Orientasi, aktiviti-aktiviti yang dirancang menjurus kepada empat komponen iaitu :

x

Aspek Pengurusan Kelas,

(15)

PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

Minggu Kedua : Minggu Gerakerja Berkumpulan

dari aktiviti di Minggu Pertama. Untuk itu, aktiviti di minggu ini lebih menumpukan kepada Gerakerja Berkumpulan melalui :

x

Aktiviti Bercerita

x

Belajar Sambil Bermain

x

Melaksanakan Tugasan Kumpulan

x

Pertandingan Antara Kumpulan

Dalam minggu ini, apa yang diharapkan selain dari

menekankan tentang kemahiran berfikir dan kreativiti di kalangan

murid, akhirnya murid mampu bekerjasama secara kolaboratif bagi menghasilkan persekitaran kelas

yang seronok untuk mereka belajar. Setiap

sudut

dan bahan yang terhasil adalah dari daya usaha dan kekreatifan murid itu sendiri dan

kumpulannya. Di sini peranan guru

hanya sebagai pembimbing dan fasilitator sahaja, memberi

tugasan-tugasan kepada muridnya ke arah mencapai matlamat minggu kedua ini. Pada akhir minggu ini, murid-murid telah diberi peluang bekerja

dalam

kumpulan

untuk

menghasil

matlamat

yang ingin dicapai iaitu:

“ Kelas Say

a Yang Bersih, Ceria dan Seronok Untuk Belajar”.

Di Minggu Kedua pula, diharapkan sudah terbina semangat kerja dalam kumpulan di

kalangan

murid

ekoran

(16)

PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

Minggu Ketiga-Bulan Ke-3 : “Kami Seronok Belajar Dengan Key

akinan”

Penggunaan Pendekatan Tematik dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pendekatan tematik adalah usaha untuk mengintegrasi pengetahuan, kemahiran dan nilai pembelajaran serta pemikiran yang kreatif dengan menggunakan tema. Guru sepatutnya menggalakkan murid mengambil bahagian secara aktif dan fizikal dalam proses pembelajaran kerana kanak-kanak dengan semula jadi belajar dengan cara ‘membuat’ Aspek mengkaji dan meneroka dengan menggunakan deria

(me lihat, mendengar, merasa, menghidu, menyentuh) juga patut digalakkan. Pembelajaran yang

semulajadi kepada kanak-kanak adalah pembelajaran secara ‘membuat’ dan

‘mengalami’ sendiri sesuatu aktiviti itu. Guru

mesti

mencuba untuk menyediakan pengalaman-pengalaman yang bererti kepada murid supaya mereka bukan

sahaja ada elemen ‘seronok’ tetapi juga untuk mencetuskan minat ingin tahu dan seterusnya mencari maklumat dengan sendiri. Pengalaman-pengalaman seperti ini membina kemahiran, menambahkan keyakinan dan juga pengetahuan yang

khas

akan

menyediakan mereka untuk kehidupan harian mereka. Murid juga sepatutnya diberi peluang untuk

berdikari, meneroka dan mengalami untuk dan bagi diri sendiri.

PENDEKATAN TEMATIK BAGI PROGRAM TRANSISI

Pendekatan tematik bagi Program Transisi boleh dijalankan berperingkat. Proses pembelajaran secara tematik menolong kanak-kanak berfikir secara kreatif dan kritikal sementara belajar. Pendekatan ini membolehkan perkembangan minda dan pemikiran dalam keadaan yang menc

abar dan menyeronokkan dan pada masa yang sama,

menepati hasil pembelajaran dan keperluan-keperluan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan PelajaranTahun Satu.

PENDEKATAN TEMATIK

(17)

Tajuk 4

Cadangan Aktiviti Dan Teknik

x Minggu Pertama

x Minggu Kedua

x Minggu Ke-3 hingga bulan ketiga

(18)

PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

Tema Program Transisi

:

‘KAM

I M

(Minda Cerdas , Mata Bercahaya)

Tajuk 4

URID TAHUN SATU

MINGGU PERTAMA

MINGGU KEDUA

MINGGU KETIGA-BULAN KE-3

CADANGAN AKTIVITI CADANGAN AKTIVITI CADANGAN AKTIVITI 1. Dinamika Kumpulan 2. Pemupukan kumpulan 3. Pengukuhan sosialisasi 4.

Pergerakan motor halus

5.

Main sambil belajar

6.

Motivasi diri

7.

Belajar sambil meneroka

8.

Pemupukan kreativiti

9.

Pemupukan nilai murni

a. Pemupukan

Kumpulan

b.

Pergerakan motor kasar

c. Motivasi d.

Pembentukan tingkah laku

e.

Main sambil belajar

f.

Belajar sambil meneroka

g. Aktiviti

Kognisi

h. Aktiviti

Bahasa

i.

Aktiviti Estetika & Daya Kreatif

j. Aktiviti

Keagamaan

k. Aktiviti

Ketatanegaraan

l.

Pemupukan sosial emosi

a.

Pengajaran dan pembelajaran yang berterusan melalui pendekatan tematik, bersepadu dan bermain dalam kumpulan

b.

Membaca, menulis, mewarna dan bekerjasama untuk tiga perkembangan utama iaitu perkembangan kognitif dan bahasa, Psikomotor dan fizikal serta sosio emosi

c.

Mengaplikasi apa yang dipelajari ke dalam kehidupan seharian

TEKNIK TEKNIK TEKNIK 1. Simulasi kumpulan 2. Main Peranan 3. Kerja Berpasangan 4. Kerja Kumpulan 5.

Pertandingan antara kumpulan

6.

Bercerita dan Teknik

Awan TOC 1. Simulasi kumpulan 2. Main Peranan 3. Bercerita: Teknik

Sebab dan Akibat

4.

Kerja Kumpulan :

Teknik

Mencita-citakan Kejayaan

5.

Pertandingan antara kumpulan

1. Pendekatan Tematik 2. Kerja Berkumpulan 3. Berpusatkan pelajar 4. Simulasi kumpulan 5. Main peranan 1-10

(19)

1

MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (Cadangan)

Jangka Masa ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT Perhimpunan Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pembinaan Pasukan *(Modul 9) Aktiviti Fizikal: Pergerakan Kreatif * Sukaneka Aktiviti Fizikal: Lakonan Cerita *

Dinamika Kumpulan * (Modul 9 Tajuk 1)

Melawat Kawasan

Sekolah

Kesedaran Tentang Budaya Sekolah Melawat Kawasan

Sekolah

Bercerita:

Teknik

Awan TOC

(Nilai Kerohanian dan

Nilai Murni) * (Modul 8)

Bercerita:

“Arnab dan

Kura-Kura” Teknik Awan TOC * (Modul 8) Mengenali Kawasan Sekolah

Nyanyian Lagu ’Negara Ku’, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah

Nyanyian

Lagu

Melawat Kawasan

Sekolah Nyanyian Lagu

Mewarnakan Gambar

(Lukisan)

(20)

2

MINGGU KEDUA PERSEKOLAHAN (Cadangan)

Selepas Minggu Kedua, murid : 1.

Meningkatkan hubungan mesra di kalangan murid-murid Tahun Satu;

2.

Memupuk semangat bekerjasama dengan cara menetapkan dan mencapai matlamat yang kolaboratif;

3.

Mendedahkan murid dengan suasana pengajaran dan pembelajaran KBSR yang menyeronokkan; dan

4.

Mengesan potensi murid melalui sembilan bidang yang ditekankan dalam pendidikan Prasekolah.

Hari Komponen Jangka Masa ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT I Perhimpunan Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas II Aktiviti Fizikal Bercerita:

Sebab dan Akibat

*(Modul 8)

Bercerita:

Sebab dan Akibat

*(Modul 8) Bercerita: Main Peranan Kerja Kumpulan Menjalankan Tugasan * (Modul 8) III Aktiviti Mencita-Citakan Kejayaan * (Modul 8) Kerja Kumpulan Belajar Sambil

Bermain: Diri Say

a Kerja Kumpulan : Keselamatan Diri *(Modul 8) Kerja Kumpulan

Satu Kolaborasi Kreatif

* (Modul 8)

Kolaborasi Kumpulan

“Kelas saya Yang Bersih, Ceria dan Seronok untuk

Belajar”

IV

Kerja Kumpulan

Matlamat Kolaboratif

(Bincang dan Rancang)

Nyanyian dan Ritma:

Aktiviti Fizikal Penyelesaian Masalah Kerja Kumpulan : Menjalankan Tugasan * (Modul 8) Kerja Kumpulan Menjalankan Tugasan * (Modul 8) Pertandingan

Antara Kumpulan Atau

Kelas

* Contoh Aktiviti disertakan dalam Kit Program Transisi

(21)

MINGGU KETIGA SEHINGGA AKHIR BULAN KETIGA

a, psikomotor dan fizikal dan sosio emosi secara beransur

-bangan kognitif dan hubungan yang sosial antara m

u rid; dan Jangka Masa ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT Perhimpunan Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas

3

1-13

(22)

MODUL 2

PERSEDIAAN PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH

Tajuk Perkara Bil. Perincian

1 Guru Besar

Mengetahui Tentang Prasekolah

1.1 Guru Besar mendapatkan

maklumat tentang Prasekolah.

2 Memberi Pendedahan

Kepada Staf tentang Program Transisi

2.1 Mengadakan sesi perkembangan

staf di sekolah 3 Mewujudkan Persekitaran Yang Sesuai Untuk Menjalankan Program Transisi

3.1 Menyediakan persekitaran yang

sesuai untuk pelaksanaan program.

4.1 Menubuhkan Jawatankuasa Induk

Program Transisi di peringkat sekolah.

4.2 Merancang aktiviti

4.3 Cadangan aktiviti orientasi murid.

4.4 Memastikan adanya guru yang

sesuai untuk menjalankan program

4 Pelaksanaan Program

Transisi

4.5 Mendapatkan sumber kewangan

5 Penilaian Program

Transisi

5.1 Pihak pengurusan menjalankan

(23)

PERSEDIAAN PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH

Tajuk I

GURU BESAR MENGETAHUI TENTANG PRASEKOLAH 1.1 Guru Besar mendapatkan maklumat tentang

Prasekolah.

Tujuan

Untuk mendapatkan pengetahuan bagi menguruskan pelaksanaan Program Transisi di peringkat sekolah LANGKAH_LANGKAH

1 Rancang satu perjumpaan dengan Pengurus/Guru

Prasekolah yang berdekatan.

2 Guru Besar/Penolong Kanan berbincang dengan

pengurusan Prasekolah berdekatan melalui mesyuarat tentang :

x Kurikulum Prasekolah. x Perkembangan murid.

x Masalah-masalah murid semasa di Prasekolah. x Isu-isu kesinambungan Prasekolah ke Tahun Satu.

xMurid keperluan khas.

Pihak pengurusan sekolah yang terdiri daripada Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan Guru-Guru Kanan sekolah merupakan tunggak utama dalam pelaksanaan

Program Transisi. Mereka berperanan untuk membuat persiapan awal bagi

pelaksanaan program yang berkesan.

Di antara persediaan yang boleh dilakukan ialah seperti mendapatkan kefahaman yang jelas tentang kurikulum di Prasekolah, mengadakan sesi perkembangan staf,

menyediakan persekitaran yang sesuai, menubuhkan Jawatankuasa Induk

Pelaksanaan, merancang aktiviti yang bersesuaian dan membuat pemantauan yang berterusan.

Persediaan awal yang dilakukan oleh pihak pengurusan sekolah sangat diperlukan bagi memastikan pelaksanaan program ini dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

(24)

Tajuk 2

MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA STAF TENTANG PROGRAM TRANSISI 2.1 Mengadakan sesi perkembangan staf di sekolah.

Tujuan

Semua guru dan kakitangan mendapat maklumat dan pengetahuan tentang Program Transisi

LANGKAH-LANGKAH

1. Guru Besar memberi taklimat tentang Program Transisi kepada guru-guru dan kakitangan dengan bantuan.

x Manual Program Transisi

x Kit Program Transisi

2. Guru yang menghadiri kursus Program Transisi memberi kursus dalaman kepada semua guru tentang

pelaksanaan program termasuk:

x Persediaan guru (rujuk kit manual persediaan

guru Tahun Satu)

x Isi kandungan dalam pengajaran dan

pembelajaran iaitu menyepadukan Kurikulum Tahun Satu KBSR dengan Program Transisi mengikut keperluan kanak-kanak seperti :-

o Kegiatan pra menulis disepadu dengan

lukisan dan tulisan.

Kesinambungan aktiviti Prasekolah dalam Program Transisi seperti :- Pendekatan

x Bermain sambil belajar.

x Bertema

x Bersepadu

(25)

Tajuk 3

MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG SESUAI UNTUK MENJALANKAN PROGRAM TRANSISI

3.1 Menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pelaksanaan program.

Tujuan

Guru dapat menjalankan aktiviti-aktiviti Program Transisi dengan berkesan.

LANGKAH-LANGKAH

1. Guru Besar memastikan kedudukan bilik darjah adalah

sesuai untuk Tahun Satu.

2. Guru Besar atau Guru Penolong Kanan memastikan

guru-guru yang mengajar Tahun Satu menceriakan bilik darjah dengan mengadakan ruang sudut-sudut yang sesuai.

3. Penggunaan kawasan di luar bilik darjah untuk

menjalankan Program Transisi jika ruang bilik darjah yang sempit.

x Pondok bacaan

x Kawasan permainan luar x Bilik-bilik khas

(26)

Tajuk 4

PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI

4.1 Menubuhkan Jawatankuasa Induk Program

Transisi di peringkat sekolah. Tujuan

Memastikan program dapat dilaksanakan di peringkat sekolah.

LANGKAH-LANGKAH

1. Mengadakan mesyuarat penubuhan Ahli

Jawatankuasa Induk Struktur Organisasi: 2.

x Pengerusi x Setiausaha

x Ahli Jawatan Kuasa

x Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) x Agensi setempat

x Tadika setempat

3. Menentukan bidang tugas jawatankuasa.

4. Merancang pelan tindakan: x Jadual pelaksanaan

x Jangka masa (maksimum 3 bulan ) 5. Merancang aktiviti:

a) Taklimat kepada guru-guru dan kakitangan. b) Orientasi murid Tahun Satu.

c) Ceramah dan dialog dengan ibubapa.

Cadangan Struktur Ahli Jawatankuasa di peringkat sekolah

(27)

Tajuk 4

PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI 4.2 Merancang aktiviti

Tujuan

Guru-guru dapat melaksanakan program dengan lancar. LANGKAH-LANGKAH

1. Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan Program Transisi

2. Guru Besar memastikan Jawatankuasa Pelaksana : a) mengadakan kursus dalaman dengan menyediakan;

x Tempat dan peralatan x Jadual kursus

x Strategi mengendalikan kursus.

b) menjalankan orientasi murid Tahun Satu (2 minggu )

x Majlis Penyerahan

Menyerahkan murid kepada guru kelas masing-masing pada hari pendaftaran. x Program Suaikenal.

‰ Persekitaran

‰ Guru-guru

‰ Murid-murid

‰ ( pendedahan program kepada murid lain

semasa perhimpunan).

x Aktiviti Pra menulis bersepadu dengan :

‰Lukisan

(28)

Tajuk 4

PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI 4.3 Cadangan aktiviti orientasi murid.

Tujuan

Menentukan aktiviti orientasi yang sesuai, mencabar dan menyeronokkan

LANGKAH-LANGKAH

1 Aktiviti menggalakkan pertuturan :

x Bercerita x Menyanyi x Berbual

2 Aktiviti menggalakkan pergaulan dan interaksi :

x Kumpulan kecil bagi melengkapkan projek. x Mengambil giliran menjadi ketua.

x Menjalankan aktiviti berasaskan tugasan (tugasan berpasangan melakukan sesuatu mengikut arahan).

Tajuk 4

PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI 4.4 Memastikan adanya guru yang sesuai untuk

menjalankan program . Tujuan

Memastikan kesediaan guru untuk menjalankan Program Transisi.

LANGKAH-LANGKAH

1. Menemubual guru-guru yang layak. 2. Mengenalpasti guru-guru yang berminat.

3. Guru Besar/Guru Penolong Kanan memberi motivasi kepada guru yang dipilih.

(29)

Tajuk 4

PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI 4.5 Mendapatkan sumber kewangan

Tujuan

Menampung kos pengurusan dan pelaksanaan program LANGKAH-LANGKAH

1. Membuat anggaran belanjawan program.

2. Mendapatkan sumber kewangan dari sekolah dan pihak

lain.

x Persatuan ibu bapa dan guru. x Pihak swasta dan lain-lain.

Tajuk 5

PENILAIAN PROGRAM TRANSISI 5.1 Pihak pengurusan menjalankan pemantauan

Program Transisi. Tujuan

Menilai sejauh mana keberkesanan Program Transisi yang dilaksanakan oleh guru Tahun Satu

LANGKAH-LANGKAH

1. Penubuhan Panel Penilai yang terdiri daripada Guru

Besar dan Penolong Kanan.

2. Menggunakan instrumen penilaian yang disediakan

untuk menilai perkembangan murid

3. Hasil penilaian digunakan untuk :

x pengumpulan maklumat x merekod maklumat. x menyediakan laporan. x membuat tindakan susulan.

(30)

MODUL 3

PERSEDIAAN PERSEKITARAN KELAS

Tajuk Perkara Bil Perincian

1.1 Menyenaraikan bahan yang

diperlukan.

1 Penyediaan Bilik

Darjah

1.2 Mendapatkan kerjasama dan

sumbangan tenaga orang perseorangan.

2 Pemilihan Perabot

Yang Sesuai Untuk Kelas

2.1 Memilih perabot yang

bersesuaian dengan kelas Tahun Satu.

3 Susun atur

Perabot Di Dalam Kelas Tahun Satu

3.1 Susun atur perabot yang

sesuai di dalam kelas

dengan mengambil kira faktor keselamatan murid.

4 Keceriaan Bilik

Darjah

4.1 Membaik pulih persekitaran

bilik darjah.

5 Mengekalkan

Kedudukan Kelas Tahun Satu.

5.1 Menetapkan kedudukan kelas

Tahun Satu supaya

tidak berkongsi dengan kelas lain.

(31)

PERSEDIAAN PERSEKITARAN KELAS

Susunan fizikal kelas Tahun Satu perlu ada kesinambungan dengan ciri-ciri yang terdapat di kelas Prasekolah. Bagi memenuhi matlamat ini, beberapa persediaan awal boleh dilakukan dalam usaha menjadikan persekitaran kelas Tahun Satu yang menarik, ceria dan memberangsangkan.

Antara persediaannya ialah seperti menentukan keperluan yang diperlukan di dalam dan di luar kelas, mendapatkan kerjasama dan sumbangan orang perseorangan, pemilihan dan susun atur perabot yang sesuai, menentukan lokasi kedudukan kelas yang sesuai dan membaik pulih suasana persekitaran kelas agar lebih ceria dan menarik untuk pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.

Tajuk I

PENYEDIAAN BILIK DARJAH

1.1 Menyenaraikan bahan yang diperlukan.

Pada bulan November dan Disember

Tujuan

Menyediakan persekitaran kelas dan keperluan asas yang diperlukan untuk Program Transisi.

LANGKAH-LANGKAH

1. Guru mengemukakan kertas cadangan tentang penyediaan kelas dan aktiviti yang berkaitan dengan Program Transisi.

(a) dalam bilik/darjah 1. perabot

2. bahan P&P

3. kertas mahjong, manila kad, carta. (a) Luar bilik darjah

1. Alatan 2. Tikar

(32)

Tajuk 1

PENYEDIAAN BILIK DARJAH (disambung) 1.1 Mendapatkan kerjasama dan sumbangan tenaga orang perseorangan.

Tujuan

Dapat membantu guru menyediakan alat bantu mengajar sebuah bilik darjah yang ceria dan menarik.

LANGKAH-LANGKAH

1. Mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan sekolah dan memohon kerjasama dari PIBG.

2. menyediakan senarai semak keperluan bahan dan senarai tugas.

3. Taklimat pelaksanaan penyediaan kelas yang berkenaan.

4. Menjalankan aktiviti penyediaan alat bantu mengajar dan acara gotong-royong

(33)

Tajuk 2

2.1 Memilih perabot yang bersesuaian dengan kelas Tahun Satu.

Tujuan

Memastikan bahawa perabot yang sesuai memberi kemudahan dan keselesaan kepada murid-murid. LANGKAH-LANGKAH

1. Menyeragamkan saiz kerusi dan meja.

2. Memilih dan mendapatkan perabot-perabot yang sesuai dengan kelas Tahun Satu.

3. Membuat susun atur secara gotong-royong Tajuk 3

3.1 Susun atur perabot yang sesuai di dalam kelas dengan mengambil kira faktor keselamatan murid. Tujuan

1. Menyediakan kelas yang selamat bagi murid.

menyediakan kemudahan pembelajaran murid.

LANGKAH-LANGKAH

1. Merangka dan menyediakan pelan lantai di dalam kelas. 2. Menyediakan ruang pembelajaran:

x Sudut bacaan

x Sudut hasil kerja murid

x Sudut pengajaran dan pembelajaran

3-3

SUSUN ATUR PERABOT DI DALAM KELAS TAHUN 1 PEMILIHAN PERABOT YANG SESUAI UNTUK KELAS

(34)

Tajuk 4

KECERIAAN BILIK DARJAH

4.1 Membaik pulih persekitaran bilik darjah. Tujuan

Menimbulkan rasa minat murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran.

LANGKAH-LANGKAH

1. Mengecat dinding

2. Menampal carta/Alat Bantu Mengajar (ABM) yang menarik.

3. Mempamerkan hasil kerja murid dengan cara bermakna

a. Hiasan dalaman kelas . b. Langsir

c. Alas meja/skirting

d. Pokok bunga.

4. Membina jadual tugas menjaga kebersihan bilik darjah.

(35)

CONTOH

PERSEDIAAN PERSEKITARAN SEKOLAH DAN BILIK DARJAH Bilik Darjah Tahun Satu Sebelum Diubahsuai

(36)

Di Luar Bilik Darjah Tahun Satu Sebelum Diubahsuai

Di Luar Bilik Darjah Tahun Satu Selepas Diubahsuai

S.K Permatang Badak, Kuantan, Pahang September 2000

(37)

Tajuk 5

MENGEKALKAN KEDUDUKAN KELAS TAHUN SATU 5.1 Menetapkan kedudukan kelas Tahun Satu supaya

tidak berkongsi dengan kelas lain. (Sekolah 2 sesi / 2

pengurusan ) Tujuan

Guru dapat mengekalkan persekitaran kelas dan melaksanakan Program Transisi tanpa gangguan. LANGKAH-LANGKAH

1. Mengadakan perbincangan dengan Guru Besar tentang rasional mengadakan kelas tersebut. 2. Guru Besar memberikan taklimat dan penerangan

kepada semua guru tentang pengekalan kelas Tahun Satu.

3. Pihak pengurusan sekolah memberi keutamaan kepada kelas Tahun Satu sekiranya timbul isu-isu yang berkaitan.

(38)

MODUL 4

PERSEDIAAN GURU PRASEKOLAH

Tajuk Perkara Bil. Perincian

1 Iklim Dan Budaya

Sekolah Rendah

1.1 Memahami iklim dan budaya

sekolah rendah.

2 Lawatan Ke Sekolah

Rendah

2.1 Guru Prasekolah perlu

mengetahui tentang urusan dan prosedur lawatan

(39)

PERSEDIAAN GURU-GURU PRASEKOLAH

Tajuk I

IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH RENDAH 1.1 Memahami iklim dan budaya sekolah rendah.

Tujuan

Guru Prasekolah dapat :

i) Memahami keadaan yang sebenar tentang

budaya sekolah di Tahun Satu.

ii) Menerapkan budaya Tahun Satu ke Prasekolah

LANGKAH-LANGKAH

1. Membina hubungan yang baik dengan guru Tahun Satu melalui:

x Aktiviti yang dianjurkan oleh Prasekolah seperti: - Sukaneka

- Pertandingan mewarna - Pertandingan bercerita

x Perjumpaan secara tidak formal dengan guru-guru Tahun Satu

2. Guru Prasekolah membuat lawatan secara formal atau tidak formal ke sekolah rendah untuk melihat sendiri keadaan dan budaya sekolah yang sebenar.

3. Menjemput guru-guru Tahun Satu ke Prasekolah untuk memahami dan menghayati budaya Prasekolah

Lawatan dan perjumpaan antara dua belah pihak akan menggalakkan perbincangan dan memberikan kefahaman yang jelas tentang budaya di sekolah masing-masing

Guru-guru Prasekolah perlu membuat persiapan terutama dalam menyediakan murid dari aspek fizikal, mental dan sosio emosi sebelum mereka memasuki Tahun Satu. Dalam masa yang sama, mereka juga harus bersedia untuk memahami iklim dan budaya sekolah rendah melalui lawatan dan perbincangan yang terancang, di samping menyediakan rekod perkembangan murid yang lengkap.

(40)

Tajuk 2

LAWATAN KE SEKOLAH RENDAH

2.1 Guru Prasekolah perlu mengetahui tentang

urusan dan prosedur lawatan Tujuan

Guru Prasekolah dapat :

i) menguruskan lawatan mengikut prosedur

ii) merancang lawatan dengan lebih teratur.

LANGKAH-LANGKAH

1. Guru Prasekolah perlu mengetahui prosedur lawatan.

a. Urusan surat-menyurat kepada.

i) Guru Besar sekolah

ii) Ibu Bapa/Waris (surat kebenaran)

b. Memastikan ada skim perlindungan (insuran) kelompok telah diambil

.

c. Menguruskan permohonan kenderaan. 2. Merancang aktiviti lawatan.

a. Personal yang terlibat adalah

x Guru Besar

x Guru Tahun Satu.

b. Jadual aktiviti lawatan.

c. Aktiviti membeli di kantin sekolah

d. Murid dibawa untuk melihat suasana P&P di Tahun Satu.

e. Melihat keadaan tandas dan kelas di Sekolah Rendah.

(41)

MODUL 5

PERSEDIAAN MURID-MURID PRASEKOLAH

Tajuk Perkara Bil Perincian

1 Mencita-Citakan Kejayaan

(Teknik ‘Ambitious Targets’

Toc)

Pencapaian Matlamat : “Saya Yakin Masuk Ke Tahun Satu”.

1.1

1.2

Mencita-citakan kejayaan adalah usaha mencapai satu objektif yang amat diidamkan. Menjalankan aktiviti untuk mengenal pasti kebimbangan murid-murid sebelum masuk ke Tahun Satu

MATLAMAT:

“Saya Yakin Masuk Ke Tahun Satu”

2 Budaya Sekolah Tahun

Satu

2.1 Menyesuaikan murid-murid

dengan budaya sekolah.

3 Lawatan 3.1 Lawatan ke sekolah rendah

(42)

PERSEDIAAN MURID-MURID PRASEKOLAH

Murid-murid Prasekolah perlu diberi bantuan agar mereka dapat membuat persediaan awal sebelum masuk ke Tahun Satu. Persediaan yang mereka perlukan termasuklah penerangan dan pengalaman tentang suasana persekitaran serta budaya sekolah di Tahun Satu di samping persediaan dari aspek fizikal, mental dan emosi.

Tajuk 1

MENCITA-CITAKAN KEJAYAAN (Teknik ‘Ambitious Targets’ TOC) Pencapaian Matlamat : :“Saya Yakin Masuk Ke Tahun Satu” 1.1 Mencita-citakan kejayaan adalah usaha

mencapai satu objektif yang amat diidamkan. Tujuan

Menjalankan aktiviti mengenal pasti kebimbangan murid-murid sebelum masuk ke Tahun Satu

Menggunakan teknik Mencita-citakan kejayaan

(Ambitious Targets (AT) TOC Modul 8 Tajuk 4)

mengupayakan seseorang atau kumpulan dengan tanggungjawab ke atas pencapaian sesuatu matlamat. LANGKAH-LANGKAH

1. Mengenal pasti matlamat yang diingini

2. Mengenal pasti cabaran-cabaran yang akan dihadapi sebelum matlamat itu boleh dicapai

3. Murid digalakkan memberi cadangan cara bagaimana cabaran-cabaran ini boleh diatasi.

4. Menyusun cadangan-cadangan cara mengatasi cabaran mengikut keutamaan murid atau kelas. 5. Murid digalakkan memberi langkah-langkah sesuai

yang boleh diambil untuk menangani cabaran itu. 6. Murid cadangkan urutan penting dan utama bagi setiap langkah yang telah diberi.

Menyediakan pelan untuk memain peranan, drama atau simulasi perkara-perkara yang dicadangkan untuk mengelakkan kebimbangan bagi setiap situasi.

Teknik AT membina semangat kumpulan dengan motivasi dan kemahiran perancangan strategik yang akan berjaya oleh sebab prosesnya melibatkan persetujuan ahli kumpulan.

Mencita-citakan kejayaan diperlukan pada situasi atau keadaan di mana semua ahli kumpulan bersetuju tentang matlamat yang relevan Kerjasama antara ibu bapa, guru, pihak Prasekolah dan sekolah rendah amat digalakkan. (Contoh Modul yang lengkap: sila lihat muka surat sebelah)

(43)

PERSEDIAAN MURID-MURID PRASEKOLAH MATLAMAT: “Saya Yakin Masuk Ke Tahun Satu”

CARA MENGGUNAKAN TEKNIK “MENCITA-CITAKAN KEJAYAAN” (TOC) 1.2 Menjalankan aktiviti mengenal pasti kebimbangan

murid-murid sebelum masuk ke Tahun Satu

Baca tentang Teknik

Theory of Constraints (TOC) (Modul 8 Tajuk 4)

Tujuan

Mengenal pasti masalah dan kebimbangan oleh murid sendiri dengan menggunakan teknik penyelesaian masalah ‘Mencita-citakan Kejayaan” (Ambitious Targets TOC)

Guru membantu murid dengan menggunakan teknik Mencita-citakan kejayaan

LANGKAH-LANGKAH 1. Menentukan Matlamat :

:“Saya Yakin Masuk Ke Tahun Satu” Guru bercakap tentang kemasukan ke sekolah rendah dan cabaran-cabarannya.

2. Setiap orang murid Prasekolah memberi

kebimbangan (cabaran) mereka bila masuk ke Tahun Satu. Guru menulis atau melukis simbol untuk setiap kebimbangan

MATLAMAT :“SAYA YAKIN MASUK KE TAHUN SATU”

Lukis di papan hitam 3. Selepas semua telah memberi kebimbangan seorang

murid yang akan masuk ke Tahun Satu, guru meminta setiap orang memikir tentang masalahnya dan memberi langkah untuk mengatasinya dalam bentuk perkataan atau lukisan simbol atau gambar.

4. Melalui perbincangan bersama guru, murid-murid menyusun keutamaan cabaran yang dihadapi dari senarai yang telah disiapkan.

VARIASI AKTIVITI

Guru menyuruh setiap orang murid-murid mencatat kebimbangan utama mereka dalam kertas dan memberi langkah-langkah mengatasinya secara menulis atau melukis

cabaran

Langkah menangani masalah

(44)

5. Guru dan murid memilih cabaran yang utama dan membimbangkan mereka. Guru dan murid

menggunakan aktiviti main peranan dan simulasi dengan kerjasama ibu-bapa supaya murid-murid dapat menangani cabaran itu dengan penuh keyakinan. 6. Pada akhir aktiviti ini, murid-murid akan menjalankan

tugasan menyediakan persekitaran kelas yang menyeronokkan dan berasakan mereka telah berjaya mencapai matlamat:

:“Saya Yakin Masuk Ke Tahun Satu”

Pelan Tindakan itu dipamerkan di sudut sosio-emosi

Aktiviti ini lebih baik dijalankan pada hujung tahun prasekolah sebelum murid masuk ke Tahun Satu sekolah rendah. 5-3

(45)

Tajuk 2

BUDAYA SEKOLAH TAHUN SATU

2.1 Menyesuaikan murid-murid dengan budaya sekolah.

Tujuan

Murid-murid Prasekolah dapat :

x Gambaran awal tentang suasana persekitaran di Tahun Satu

x Menyesuaikan diri dengan keadaan dan budaya sekolah

Aktiviti simulasi dapat meningkatkan keyakinan diri dan kefahaman murid tentang situasi sebenar.

LANGKAH-LANGKAH

1. Guru menunjukkan gambaran sebenar keadaan suasana dan susun atur kelas Tahun Satu di sekolah rendah :

2. Guru menjelaskan gambaran tentang keadaan di Tahun Satu seperti :

‰Budaya bunyi loceng.

‰Rutin kelas.

‰Perhimpunan kelas.

‰Bilangan guru yang ramai di Tahun Satu.

‰Suasana persekitaran sekolah

3. Guru membuat aktiviti simulasi dan main peranan tentang senario di no. 2.

Bunyi loceng Contoh:.

Guru membunyikan loceng

:-Murid diminta berbaris di tapak perhimpunan. Murid bersiap sedia untuk keluar rehat. Murid bersiap sedia untuk balik.

Rutin kelas

Murid di latih menjalankan tugas-tugas harian

Contoh bahan :-video,slaid, gambar, dan simulasi

Murid dilatih untuk menyiapkan tugasan dalam waktu yang ditentukan

Memadam papan hitam

(46)

Tajuk 3 LAWATAN

3.1 Lawatan ke sekolah rendah yang berhampiran Tujuan

Murid-murid Prasekolah dapat:

1. Menyesuaikan diri dengan suasana sekolah melalui pengalaman sebenar.

2. Membina keyakinan diri untuk menghadapi suasana baru di Tahun Satu.

LANGKAH-LANGKAH

1. Pengurus Tadika dan Guru Tadika Merancang lawatan ke sekolah

a - Mengikut prosedur lawatan:

x surat kebenaran dari ibu bapa x memastikan persiapan dibuat

b - Membuat temu janji dengan Guru Besar dan pihak sekolah.

2. Menyediakan program atau aturcara atau jadual aktiviti lawatan; semasa lawatan ke sekolah rendah untuk melihat :

i) Budaya sekolah

ii) Keadaan fizikal sekolah - Kantin

- Tandas

- Bilik kelas Tahun Satu

- Kedai buku

- Tempat menunggu. (bas/ibu bapa)

- Tapak perhimpunan

3. Lawatan ke sekolah bersama murid Prasekolah.

(47)

MODUL 6

PERSEDIAAN GURU-GURU TAHUN SATU

Tajuk Perkara Bil. Perincian

1 Kefahaman Tentang

Konsep dan Objektif Program Transisi

1.1 Menerima pendedahan tentang matlamat,

konsep dan strategi pelaksanaan Program Transisi. 2 Memahami Kurikulum dan Budaya Prasekolah 2.1 2.2 2.3

Mendapatkan bahan dan maklumat kurikulum Prasekolah daripada pihak pengurusan sekolah.

Melawat ke kelas Prasekolah dan membuat pemerhatian.

Memahami budaya Prasekolah dan sekolah rendah yang berbeza

3 Memahami Rekod

Perkembangan Murid

3.1 Mendapatkan penerangan khusus untuk

menganalisis rekod perkembangan murid Prasekolah. 4 Memahami Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran di Prasekolah Untuk diaplikasikan dalam Program Transisi

4.1 Memerhati guru Prasekolah dan

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

5 Kursus Pengurusan

Penyayang Guru Tahun Satu

5.1 Menghadiri Kursus Pengurusan

Penyayang Murid Tahun Satu

6 Kesediaan Guru

Menerima Murid Yang Menghadapi Masalah Awal Pembelajaran

6.1

6.2

Mengenali dan mengetahui cara melayan murid.

Menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian untuk murid-murid yang berkenaan.

7 Kemahiran Guru

Menangani Masalah Perbezaan Murid

7.1 Pemahaman mengenai keperluan murid

yang berbeza kebolehan.

8 Pelbagai Pendekatan

Menangani Tingkah Laku Murid

8.1 Menerima pendedahan khusus berhubung

(48)

PERSEDIAAN GURU-GURU TAHUN SATU

Tajuk I

KEFAHAMAN TENTANG KONSEP DAN OBJEKTIF PROGRAM TRANSISI 1.1 Menerima pendedahan tentang matlamat, konsep

dan strategi pelaksanaan Program Transisi. Sebelum sesi

persekolahan bermula Tujuan

Membantu guru memahami dan melaksanakan Program Transisi dengan jayanya.

LANGKAH-LANGKAH

Guru Tahun Satu menerima taklimat daripada Guru Besar tentang:

1. Mengapa perlu tindakan Program Transisi 2. Konsep

3. Matlamat 4. Strategi

5. Bahan-bahan yang disediakan untuk dikaji. 6. Persediaan yang perlu dibuat oleh guru.

6-1

Program Transisi ialah satu program yang

bertujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam pendidikan tidak formal ke pendidikan formal.

Kejayaan Program Transisi ini banyak bergantung pada keupayaan guru Tahun Satu melaksanakan setiap aktiviti yang dirancang. Perancangan yang dijalankan termasuklah beberapa persediaan yang perlu mereka lakukan.

Perkara-perkara penting yang perlu dilakukan adalah seperti memahami dengan jelas konsep dan pengertian Program Transisi, memahami kurikulum Prasekolah, memahami kemajuan murid melalui rekod perkembangan murid, memahami pendekatan pengajaran dan pembelajaran di Prasekolah untuk dilaksanakan dalam Program Transisi.

Selain daripada itu, menghayati kandungan Kursus Pengurusan Penyayang Guru Tahun

Satu, kesediaan guru menerima murid yang menghadapi masalah pembelajaran,

meningkatkan kemahiran menangani masalah perbezaan murid serta mencari pelbagai pendekatan mengenai tingkah laku murid adalah antara perkara-perkara lain yang diperlukan.

(49)

Tajuk 2

MEMAHAMI KURIKULUM PRASEKOLAH

2.1 Mendapatkan bahan dan maklumat kurikulum

Prasekolah daripada pihak pengurusan sekolah. Sebelum sesi

persekolahan bermula Tujuan

1. Membantu guru memahami kurikulum Prasekolah untuk membolehkan pelaksanaan Program Transisi dijalankan dengan jayanya.

2. Meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran secara terancang dan sistematik

LANGKAH-LANGKAH

1. Guru mendapatkan maklumat kurikulum Prasekolah dari sumber berikut :

x Guru Besar /Guru Pusat Sumber. x Guru Prasekolah.

x Pasaran.

2. Meneliti dan mengkaji kandungan kurikulum Prasekolah dengan kurikulum Tahun Satu.

3. Merangka aktiviti-aktiviti kesinambungan Prasekolah ke Tahun Satu.

Garis Panduan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan Huraian Kurikulum Prasekolah

(50)

Tajuk 2 (disambung)

MEMAHAMI KURIKULUM PRASEKOLAH 2.2 Melawat ke kelas Prasekolah dan membuat pemerhatian.

Tujuan:

Mendapatkan gambaran sebenar bagaimana pelaksanaan kurikulum Prasekolah dijalankan.

LANGKAH-LANGKAH

1. Mengenal pasti dan mendapatkan persetujuan dari pihak Prasekolah yang ingin dilawati.

2. Guru mengadakan lawatan untuk memerhatikan persekitaran serta proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dari aspek x Pengurusan dalam dan luar bilik darjah. x Amalan dan budaya

x Strategi pengajaran dan pembelajaran

x Konsep kesepaduan dan pendekatan tematik. x Penilaian kanak-kanak.

x Budaya

x Aktiviti Psikomotor x Aktiviti nilai-nilai murni.

3. Mendapatkan penerangan bagaimana cara merekod dan menganalisa perkembangan murid.

4. Perbincangan dua hala dengan guru-guru prasekolah berkaitan dengan aktiviti-aktiviti kesinambungan Prasekolah yang dirancang.

5. Guru menyediakan laporan lawatan untuk tujuan rujukan.

Kesinambungan keadaan persekitaran serta proses pengajaran dan pembelajaran akan diteruskan semasa Program Transisi dijalankan. 6-3

(51)

Tajuk 2 (disambung)

MEMAHAMI KURIKULUM PRASEKOLAH

2.3 Memahami perbezaan budaya antara Prasekolah dan sekolah rendah

Tujuan:

1. Guru dapat membuat penyesuaian pendekatan untuk menerima murid Tahun Satu.

2. Guru dapat menyediakan kesinambungan aktiviti dan persekitaran di kelas Tahun Satu.

LANGKAH-LANGKAH

3. Guru memahami dan menghayati kurikulum di Prasekolah.

4. Merancang aktiviti yang bersesuaian dan ada kaitan dengan aktiviti di Prasekolah

5. Meneruskan nilai-nilai budaya yang telah diterapkan semasa murid-murid membina persekitaran dan budaya baru untuk kelas dan sekolah.

6. Bersama murid-murid membina persekitaran dan budaya baru untuk kelas dan sekolah

7. Mendapatkan bantuan dari rakan sekerja untuk membina dan memantapkan persekitaran yang ceria dan budaya yang cemerlang

(52)

Tajuk 3

MEMAHAMI REKOD PERKEMBANGAN MURID 3.1 Mendapatkan penerangan khusus untuk

menganalisis rekod perkembangan murid Prasekolah.

Hari Pendaftaran Murid Ke Tahun 1

Tujuan :

1. Guru dapat mengenal pasti tahap perkembangan dan pencapaian murid.

2. Menyesuaikan dengan kurikulum Tahun Satu.

3. Merancang aktiviti Transisi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

LANGKAH-LANGKAH

1. Mendapatkan Rekod Perkembangan Potensi Murid yang mengikuti Prasekolah daripada ibu bapa .

2. Menyemak dan membuat analisa tentang tahap perkembangan murid.

3. Merancang aktiviti yang bersesuaian dengan tahap perkembangan potensi murid.

Rekod Perkembangan Potensi Murid dibawa dari prasekolah dan

mengandungi catatan tentang perkembangan murid semasa murid itu berada di Prasekolah

x Cara menganalisis maklumat-maklumat murid.

x Cuba mengesan tahap kemajuan murid

- 3 M

- emosi, kebolehan, minat.

x Membuat tanggapan (cadangan ) dari segi

kesediaan murid menerima Program Transisi Tahun Satu.

x Cara pemerhatian.

(53)

Tajuk 4

MEMAHAMI PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI PRASEKOLAH UNTUK DIAPLIKASIKAN DALAM PROGRAM TRANSISI 4.1 Memerhati guru Prasekolah dan pelaksanaan

proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan:

Untuk mengetahui bagaimana pengajaran dan pembelajaran prasekolah dilaksanakan

LANGKAH-LANGKAH

1. Mendapatkan persetujuan daripada pihak pengurusan Prasekolah.

2. Memerhatikan teknik/kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan:-

a) Guru dengan murid. b) Murid dengan murid

3. Mengadakan perbincangan dengan guru-guru Prasekolah tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Istilah Penting: SUDUT PEMBELAJARAN BERMAIN SAMBIL BELAJAR MENEROKA SAMBIL BELAJAR

(54)

Tajuk 5

KURSUS PENGURUSAN PENYAYANG GURU TAHUN 1

5.1 Menghadiri Kursus Program Transisi dan Guru Penyayang

Program Pengurusan Penyayang Guru Tahun Satu diuruskan dan dijalankan oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru Tujuan :

Pendedahan tentang cara mengendalikan Program Transisi mengenai keperluan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang.

LANGKAH-LANGKAH

1. Memahami kandungan kursus mengikut modul yang diedarkan :

a) Modul 1

Konsep Awal Kanak-Kanak b) Modul 2

Kesinambungan kurikulum Prasekolah dan Tahun Satu.

c) Modul 3

x Pengurusan pembelaran dan pelajaran x Mengenali perbezaan individu.

x Teknik permudahcaraan x Kes tingkah laku kanak-kanak.

x Keceriaan suasana bilik darjah amalan budaya. d) Modul 4

Pengesanan kemajuan kanak-kanak.

e) Kit Program Transisi dan konsep Program Transisi 2. Menjalankan latihan dalaman di peringkat sekolah.

(55)

Tajuk 6

KESEDIAAN GURU MENERIMA MURID YANG MENGHADAPI MASALAH AWAL PEMBELAJARAN

6.1 Mengenali dan mengetahui cara melayan murid. Modul Program

Pengurusan Penyayang Guru Tahun Satu

diuruskan dan dijalankan oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru. Tujuan :

Membantu mengurangkan tahap kebimbangan dan rasa rendah diri murid

Modul-modul Program Transisi diuruskan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum

LANGKAH-LANGKAH

1. Mengenal pasti murid yang menghadapi masalah awal pembelajaran.

- Awal bacaan

- Awal tulisan

- Pranombor

2. Mengetahui tahap kebolehan dan peningkatan dalam 3 aspek di atas.

3. Mencadangkan contoh aktiviti dan bahan yang sesuai

Contoh:-

Pranombor menggunakan bahan maujud bagi membandingkan jumlah banyak/sedikit

(56)

Tajuk 6 (disambung)

KESEDIAAN GURU MENERIMA MURID YANG MENGHADAPI MASALAH AWAL PEMBELAJARAN

6.2 Menyediakan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang bersesuaian untuk murid yang berkenaan.

November/Disember

Tujuan :

Membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.

LANGKAH-LANGKAH

1. Memilih aktiviti-aktiviti yang sesuai dan menyeronokkan

seperti:-x permainan

x permainan komputer

2. Memilih lagu-lagu yang bersesuaian seperti :

x Kaset lagu-lagu Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

x Lagu-lagu rasmi x Perhimpunan sekolah

3. Merangka aktiviti-aktiviti simulasi kumpulan

Program Guru Penyayang diuruskan dan dijalankan oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru.

Pendekatan Tematik dan pendekatan terkini : contohnya- sesi bercerita dengan Teknik Sebab dan Akibat atau Teknik Awan (Modul 8 Tajuk 3)

Contoh:-Permainan "Pukul Berapa Datuk Harimau" * Permainan "Pukul

Berapa Datuk Harimau" bertujuan mengenalkan konsep belajar nombor dan menerapkan nilai kerjasama dalam kumpulan.

(57)

Tajuk 7

KEMAHIRAN GURU MENANGANI MASALAH PERBEZAAN MURID

7.1 Pemahaman mengenai keperluan murid yang

berbeza kebolehan.

Program Pengurusan Penyayang Guru Tahun Satu diuruskan dan dijalankan oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru.

Tujuan :

Membolehkan guru merancang aktiviti dan bahan yang dapat merapatkan jurang perbezaan antara murid.

LANGKAH-LANGKAH

1. Guru membentuk kumpulan yang sama rata dari kepelbagaian kebolehan untuk memenuhi keperluan program.

2. Guru merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan Program Transisi.

3. Guru dan murid melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

4. Metodologi

x Instrumen untuk mengenal pasti kebolehan murid. x Pendekatan yang sebenar.

x Bahan pengajaran dan pembelajaran serta tujuannya.

x Kesepaduan arahan dalam pelbagai. kegiatan yang menyatukan beberapa unsur secara bersepadu.

x Diketengahkan pelbagai situasi.

x Kegiatan pengukuhan dengan bantuan/aktiviti sokongan

x Penyediaan bahan contoh berhubung strategi di atas.

x Mengesan aras kebolehan atau kecerdasan murid bagi memudahkan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran

Secara Intensif

1. mengikut kebolehan

kumpulan yang tidak tetap dan boleh berubah mengikut mata pelajaran

2. penyediaan bahan

mengikut aras kecerdasan.

3. asing dalam konteks 4. memberi pengajaran.

(58)

Tajuk 8

PELBAGAI PENDEKATAN MENANGANI TINGKAH LAKU MURID

8.1 Menerima pendedahan khusus berhubung

dengan psikologi dan sosio-emosi

Matlamat perkembangan diri dan sosio emosi Tujuan :

Guru dapat menyelesaikan masalah yang dialami oleh murid yang berkaitan dengan psikologi dan sosio-emosi secara sistematik.

1. Mengenal pasti masalah tingkah laku murid yang memerlukan bantuan

x Terlampau Aktif (Hyperactive) x Menimbulkan Gangguan (Disruptive)

2. Teknik bagi menangani masalah tingkah laku. Contoh :

x Teknik ‘Theory of Constraints (TOC) x Modifikasi tingkah laku

x Time out x Ganjaran

3. Kes-kes tertentu yang berkaitan

Theory of Constraints/

(TOC)

(Modul 8 tajuk 3) Kajian Masa Depan

LANGKAH-LANGKAH

1. Guru didedahkan kepada pendekatan TOC, Teknik Awan (The Cloud) dan cara menggunakan Teknik Sebab dan Akibat ( Negative Branch) bersama murid untuk mengelakkan kelakuan yang tidak digalakkan.

Contoh:-Teknik Awan ( ' The Cloud' TOC) di satu bahagian

kawasan sekolah. (dinding / halaman) dan boleh digunakan oleh murid kelas lain.

Teknik Awan (Modul 8 Tajuk 3)

(59)

Tajuk 8 (disambung)

PELBAGAI PENDEKATAN MENANGANI TINGKAH LAKU MURID

8.2 Mendapatkan pengetahuan dan pengalaman

berkaitan dengan penyelesaian terhadap tingkah laku murid.

Tujuan :

Guru dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman guru tentang tingkah laku murid-murid serta teknik

menangani masalah

LANGKAH-LANGKAH

1. Mendapatkan maklumat tingkah laku murid dan teknik menyelesaikannya melalui kaedah:-

x Buku

x Surat Khabar x Majalah x Risalah x dan lain-lain.

2. Membuat kajian kes tingkah laku dan cara penyelesaiannya

3. Menggunakan Teknik Awan (The Cloud TOC) dan

Teknik Sebab Dan Akibat (Negative Branch TOC) dan Teknik Garis Masa (Kajian Masa Depan)

4. Berbincang atau bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru prasekolah dan guru-guru-guru-guru lain yang

berpengalaman.

5. Mendapatkan kerjasama dengan guru bimbingan dan kaunseling untuk mengenal pasti dan menangani masalah.

Theory of Constraints/

TOC

(60)

MODUL 7

PERSEDIAAN IBU BAPA

Tajuk Perkara Bil Perincian

1.1 Menyediakan persiapan awal untuk

anak-anak sebelum masuk Tahun Satu.

1.2 Berinteraksi dan memberi perhatian

terhadap hasil kerja dan persiapan anak-anak.

1.3 Mewujudkan hubungan dua hala

antara ibu bapa atau penjaga dengan pihak sekolah

1 Persediaan Ibu

Bapa Di Rumah

1.4 Memberi komitmen dan mengikuti

perkembangan aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.

2.1 Berinteraksi dengan guru terhadap

hasil kerja dan persiapan anak-anak.

2 Hubungan Ibu

Bapa dengan Guru

2.2 Membuat tindakan susulan terhadap

aktiviti pembelajaran di sekolah.

3 Hubungan Ibu

Bapa dengan Guru Besar dan Sekolah

3.1 Mewujudkan hubungan dua hala

antara ibu bapa atau penjaga dengan pihak sekolah

(61)

Tajuk 1

PERSEDIAAN IBU BAPA DI RUMAH

1.1 Menyediakan persiapan awal untuk anak-anak sebelum masuk Tahun Satu.

Tujuan

Supaya anak-anak lebih bersedia daripada segi mental, sosio emosi dan fizikal untuk memasuki Tahun Satu. LANGKAH-LANGKAH

Ibu bapa atau penjaga perlu:

1. Memastikan anak telah didaftarkan dan ditempatkan di sekolah yang ditentukan.

2. Mengkaji dan meneliti rekod perkembangan serta pencapaian anak mereka di Prasekolah.

3. Bagi kanak-kanak yang tidak mengikuti Prasekolah, ibu bapa perlu memaklumkan tahap perkembangan anak-anak mereka seperti tahap kesihatan anak-anak-anak-anak, alahan anak-anak dan tahap kebolehan akademik anak-anak mereka kepada guru kelas Tahun Satu.

4. Membuat persiapan awal dengan menyediakan keperluan fizikal anak-anak seperti pakaian, alat tulis, buku-buku dan sebagainya.

Persiapan awal keperluan fizikal kanak-kanak seperti pakaian, alat tulis dan buku-buku dapat memberi semangat kepada anak-anak Persediaan awal ibu bapa untuk anak-anak mereka masuk ke Tahun Satu turut berperanan menjayakan Program Transisi di samping membantu anak-anak memulakan proses pendidikan secara formal dengan jayanya.

Antara persediaan yang boleh dilakukan melalui persediaan di rumah seperti persediaan sosio-emosi, mental dan fizikal anak-anak. Persediaan yang lain

termasuklah mewujudkan hubungan mesra dengan pihak guru-guru dan

pengurusan sekolah di samping melihat dan memerhati perkembangan diri, tingkah laku dan pencapaian akademik anak-anak secara berterusan. Keprihatinan ibu bapa terhadap perkembangan anak-anak dan Program Transisi akan memberi kesan yang baik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran serta kemajuan diri anak-anak.

(62)

Tajuk 1

PERSEDIAAN IBU BAPA DI RUMAH (Disambung) 5. Membawa anak-anak melihat keadaan dan persekitaran

sekolah sebelum hari pendaftaran .

6. Memaklumkan kepada jiran dan masyarakat setempat bahawa anak akan memasuki Tahun Satu supaya mendapat kerjasama dan perhatian daripada mereka. 7. Memberikan dorongan dan gambaran positif tentang

sekolah baru.

a. ramai kawan

b. banyak aktiviti

c. jadi pandai

Jiran tetangga akan turut rasa berbangga dan boleh memberikan kerjasama seperti memberi pujian pengukuhan, teguran, perhatian kepada anak-anak di mana sahaja mereka bersua 7-2

(63)

Tajuk 1

PERSEDIAAN IBU BAPA DI RUMAH (Disambung) 1.2 Berinteraksi dan memberi perhatian terhadap

hasil kerja dan persiapan anak-anak. Tujuan

Supaya ibu bapa dapat mengikuti perkembangan perkembangan anak-anak

LANGKAH-LANGKAH Ibu bapa atau penjaga perlu :

1. Bertanya kepada anak-anak tentang apa yang telah dipelajari di sekolah.

2. Menyemak dan meneliti kerja-kerja sekolah anak-anak melalui buku-buku latihan dan lembaran kerja. 3. Meneliti dan mengenal pasti tahap pencapaian

anak-anak melalui rekod profil.

4. Memberi lebih perhatian terhadap aspek yang perlu diperbaiki dengan membeli buku-buku dan bahan rujukan.

5. Memberi bimbingan dan motivasi yang berterusan. 6. Menyedarkan anak-anak tentang kepentingan ilmu

(64)

Tajuk 1

PERSEDIAAN IBU BAPA DI RUMAH (Disambung) 1.3 Mewujudkan hubungan dua hala antara ibu bapa/ penjaga dengan pihak sekolah

Tujuan

1. Supaya dapat mewujudkan kesefahaman antara ibu bapa dan pihak sekolah.

2. Menjalin hubungan mesra antara ibu bapa dengan pihak sekolah

LANGKAH-LANGKAH Ibu bapa atau penjaga perlu :

1. Menghadiri perjumpaan dan perbincangan dengan pihak sekolah khususnya guru kelas bagi

mendapatkan maklumat tentang perkembangan dan pencapaian anak-anak.

2. Melibatkan diri dengan setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah seperti memberikan sumbangan dari segi idea, tenaga dan kewangan.

3. Sentiasa memberi kerjasama dan sokongan padu terhadap setiap aktiviti yang dirancang dan

dijalankan oleh pihak sekolah seperti gotong-royong, sukaneka, pertandingan mewarna, nyanyian dan sebagainya.

(65)

PERSEDIAAN IBU BAPA DI RUMAH (Disambung)

1.4 Memberi komitmen dan mengikuti perkembangan

aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Tujuan

Supaya ibu bapa dapat :

1. Memupuk minat, semangat kerjasama serta rasa tanggungjawab dikalangan ibu bapa

LANGKAH-LANGKAH Ibu bapa atau penjaga perlu :

1. Menghadiri sesi penerangan dan taklimat yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

2. Menyertai aktiviti yang memerlukan penglibatan ibu bapa.

Referensi

Dokumen terkait

Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada

Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza

Guru mendorong emosi murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran bagi mana-mana tiga (3) perkara di atas. 3 Tindakan dilaksanakan dengan mengambil kira

Pencapaian kejayaan dalam keenam-enam aktiviti menunjukkan keberkesanan kaedah yang digunakan dalam meningkatkan kebolehan murid - murid tahun satu

1.1 Anugerah ini adalah satu program yang dijalankan di peringkat sekolah yang bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid–murid dan guru-guru

Kemahiran berfikir akan menjadi amalan apabila guru dan murid menggunakan dalam bilik darjah melalui aktiviti yang memerlukan penyoalan aras tinggi, inkuiri

Keseluruhannya, dapatan kajian bagi kesediaan guru dalam pelaksanaan program transisi bagi murid berkeperluan khas adalah berada di tahap sederhana berdasarkan

Mengenal pasti tahap kesediaan meliputi pengetahuan, kemahiran dan sikap Guru Pendidikan Khas di PPKI sekolah menengah dalam pelaksanaan Program Transisi Kerjaya bagi Murid Berkeperluan