• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tema Iman dan Takwa

Dalam dokumen Kertas Kerja Kolokium FPI (Halaman 50-55)

3.2 WACANA DAN ILMU

3.2.5 Tema Iman dan Takwa

Sebagaimana sahabat-sahabat baginda Rasulullah s.a.w yang lain. Sayyidina cAli r.a juga menyeru kepada sekalian manusia agar beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t. Ungkapan ini dinyatakan secara jelas dalam ungkapan ke-114, ke-204 dan ke-442. Dalam konteks ini, Sayyidina cAli r.a menegaskan tentang penjagaan lidah adalah merupakan salah satu ciri

orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t. Penjagaan lidah dalah amat berkaitrapat dengan keimanan. Bahkan salah satu perkara yang boleh membawa kepada banyaknya dosa ialah melalui lidah. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Kebanyakan dosa anak adam adalah berpunca daripada lidah (At-Tabaraanee 3, 87).

Lidah amat berkaitrapat dengan keimanan adalah kerana ianya mengekpresikan isi hati pemilik lidah tersebut. Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud:

Di dalam hati kamu terdapat segumpal daging yang mana bila ianya baik, maka, baiklah seluruh anggota badan. Sekiranya ianya rosak maka, rosaklah seluruh anggota. Dan ia adalah hati (Muslim, Sahih Muslim, Kitab Al-Buyu’, 3882).

Jika seseorang itu merupakan insan yang baik, maka ia akan dicerminkan melalui kata-katanya. Allah telah menjadikan lidah mudah untuk bergerak, dan lidah seseorang mampu bergerak lebih ke hadapan jika dibandingkan dengan anggota badan. Justeru itu, sekiranya seseorang tidak berhati-hati dalam ungkapannya maka, kata-kata tersebut boleh membatalkan tindakannya.

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama lidah juga mampu membawa manusia kepada perkara-perkara yang mendatangkan rahmat seperti pembacaan Al-Quran, penyebaran ilmu agama dan seruan ke arah perkara ma’ruf dan mencegah perkara munkar. Allah s.w.t berfirman: ) نَا وونُمِمؤْ فمُلْ فٱب حَا ولَا وفْ فأَا و دْ فقَا و 1 ( ) نَا ووعُشِمخَا و مْ فهِمتِملٰ َا و صَا و ىفِم مْ فهُ نَا ويذِملَّنٱب 2 ) نَا ووضُ رِمعْ فمُ وِمغْ فلَّنلٱب نِمعَا و مْ فهُ نَا ويذِملَّنٱبوَا و ( 3 ) Maksudnya:

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. (Al-Quran, Surah Al-Mu’minun, 23:1-3).

Di samping itu, ketakwaan juga amat berkaitrapat dengan lidah. Baginda Rasulullah s.a.w menyeru kepada umat Islam supaya menjaga hubungan sesama muslim juga melalui lidah sebagai satu lambing takwa. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Setiap muslim adalah bersaudara. Janganlah kamu menzaliminya, menipu atau mengabaikannya. Haram bagi sesama muslim kehormatannya, hartanya dan darahnya. Takwa terletak di dalam hati. Cukuplah untuk mengetahui bahawa seseorang itu jahat apabila dia merendahkan saudaranya yang muslim (At-Tirmidzi, Jami’ At-Tirmidzi, 1934). Selain itu, dalam ungkapan ke-114, Sayyidina cAli r.a juga menekan aspek ketakwaan sebagai suatu kemuliaan yang tidak terhingga. Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t:

رٌ يبِمخَا و مٌ يلِمعَا و لَا و ا نَّنإِم مْ فكُاقَا وتْ فأَا و لِم ا دَا ونعِم مْ فكُمَا ورَا وكْ فأَا و نَّنإِم Maksudnya:

Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Al-Quran, Surah Al-Hujurat 49:13).

4. KESIMPULAN

Kajian yang dijalankan memenuhi matlamat dan objektif yang hendak dicapai serta menjawab persoalan kajian. Secara amnya, kajian mendapati unsur retorik dan stilistik daripada segi aspek bayān (نايب), aspek macāni (يناعم) dan aspek badic(عيدب) memainkan peranan penting dalam kata-kata Sayyidina cAli r.a.

Secara terperinci pula, kajian mendapati kata-kata Sayyidina cAli r.a yang bertemakan kebijaksanaan, ilmu pengetahuan, pembentukan peribadi mulia, menjauhi sifat tercela serta tema iman dan takwa mengandungi unsur-unsur tertentu iaitu: 1) dalam aspek bayān, kalam hakikat ( ةقيقح م لك ) merupakan unsur yang paling banyak digunakan; 2) dalam aspek macāni unsur kalam khabari (ىربخ م لك) pula merupakan unsur yang paling konsisten digunakan. 3) Aspek badic pula didominasi oleh unsur sajac (عجسسس). Analisa juga menunjukkan bahawa Sayyidina cAli r.a kerap menggunakan kaedah pengulangan bagi menegaskan sesuatu ayat. Antara wacana dan ilmu yang didapati daripada kata-kata tersebut pula ialah:

1. Kebijaksanaan serta iman dan takwa seseorang diukur daripada kebijaksanaannya mengawal lidah.

2. Kekayaan terletak pada kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan dan bukannya harta. 3. Ilmu perlu dituntut sebaiknya bagi mencapai kemuliaan di dunia dan di akhirat. 4. Sifat peribadi yang mulia menjamin kehidupan di dunia dan di akhirat.

5. Ketakwaan merupakan kemuliaan yang tertinggi yang dijamin Allah s.w.t.

Diharapkan hasil kajian ini dapat memberi manfaat dan sumber ilmu kepada masyarakat. Moga dengan kajian ini kata-kata Sayyidina cAli r.a akan diterima pakai, dihayati, dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan kerana ungkapannya mengandungi seribu rahsia pendidikan dan pengajaran.

5. RUJUKAN

Ahmad, Q. N., 2005. Inventio Strategies In Caliph Ali Bin Abi Talib's Selected Speeches. Tesis Sarjana. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Universiti Putra Malaysia. Al-Jarim, A. dan Amin, M., 1977. Al Balaghah Al Wadhihah (Al Bayna, Al Ma'any, Al Badi'.

Darul Ma’arif.

Al-Qadi Al-Quda’i, 2013. A Treasury of Virtues: Sayings, Sermons, and Teachings of Ali, with the One Hundred Proverbs, attributed to al-Jahiz. Dalam Tehera Qutbuddin (pyntg). New York University Press.

Al-Quran

Burhan, F. S., 2013.Wisdom (Al-Hikmah) A Paradigm for Social Sunan - A Fresh Look at Islam. Institute of Arabic and Islamic Studies: A Voice from the Main Stream Islam. Diambil pada 27 Oktober 2013 di http://www.islamicstudy.org/wisdom_%28al-hikmah%29.htm.

cAbduh, S.M., 1889. Nahj Al Balagha, Beirut, Lebanon.

Charles F. Horne, ed., The Sacred Books and Early Literature of the East, (New York: Parke, Austin, & Lipscomb, 1917), Vol. V: Ancient Arabia, pp. 19-40.

Charles F. Horne, ed., The Sacred Books and Early Literature of the East, (New York: Parke, Austin, & Lipscomb, 1917), Vol. V: Ancient Arabia, pp. 19-40.

Cochrane, A. 1998: Illusions of power: interviewing local elites, Environment & Planning A 30, 2121-32.

Dusuki, H. A., 1978. Ikhtisar Perkembangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Franz Delitzsch, puisi Yahudi-Arab dari Vormuhammedischer masa, Leipsic, 1874. Hamka, 2001. Tafsir Al-Azhar Juz 5, 36-37.

Ibnu Khallikan, 1843. Biographical Dictionary Vol. 2, Diterjemah oleh Mac Guckin de Slane, London. P. 256-257.

At-Tirmidzi, Jami’ At-Tirmidzi.

Khaghani M., 2003. Imam Ali"S Influence On Arabic Poetry. Journal Of Language And Literature Faculty Of Letters And Humanities (Journal Of Faculty Of Letters And Humanities (Language And Literature). Summer 36(2), 179-203.

Mutahhari, M., 1975. Sayri dar Nahj al-balāghah , Diterjemah oleh Ali Quli Qara'i Al Masudi, Muruj al dhahab, (Beirut, 1983), vol II, p. 431

Qadri, H. A. 2010. Content Analysis of Nahj al-Balâghah with Special Reference to Mystical

Dimensions. Thesis for Doctor of Philosophy. Faculty of Social Sciences. S.H.

Institute Of Islamic Studies University Of Kashmir.

Qutbuddin. T., 2012. The Sermons of ‘Ali ibn Abi Talib: At the Confluence of the Core Islamic Teachings of the Qur'an and the Oral, Nature-Based Cultural Ethos of Seventh

Century Arabia," Anuario de Estudios Medievales 42/1 (2012), monograph volume titled La predicación medieval: sermones cristianos, judios e islámicos en el Mediterráneo, ed. Linda G. Jones, pp. 201-228.

Bukhari, Sahih Bukhari. Muslim, Sahih Muslim.

Sobur, A., 2006. AnalisisTeks Media, Suatu Pengantar untuk Analisis Wacana, Analisis

Semiotik, dan Analisis Framing. Bandung: PT Remaja Rosdakarya

Syed Hossein Nasr, 2007. Encyclopædia Britannica, dlm. http://www.britannica.com/eb/article-9005712. Diambil pada 7 Julai 2013.

Van Dijk, T. A. (2008) Critical Discourse Analysis, in The Handbook of Discourse Analysis (eds D. Schiffrin, D. Tannen and H. E. Hamilton), Blackwell Publishers Ltd, Malden, Massachusetts, USA.

Dalam dokumen Kertas Kerja Kolokium FPI (Halaman 50-55)

Dokumen terkait