• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kertas Kerja Kolokium FPI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kertas Kerja Kolokium FPI"

Copied!
55
0
0

Teks penuh

(1)

ANALISIS RETORIK DAN STILISTIK DALAM KATA-KATA SAYYIDINA CALI BIN ABI TALIB R.A

Intan Salwaa Hassan

isalwaa66@yahoo.com

Md. Nor Abdullah

monab@ukm.my

Nurul Hudaa Hassan

nurulhudaa2006@yahoo.com

Ashraf Ismail

ashrafismail67@yahoo.com

ABSTRAK

Sejak tahun 1256 M, himpunan kata-kata serta khutbah-khutbah Sayyidina cAli r.a

yang terkandung dalam kitab Nahj al-balāghah ةغلبلا جهن)) telah mula menjadi

perbahasan utama di kalangan penyelidik di seluruh dunia. Ibn Khallikan (1282) di dalam kitabnya Wafayat Al-Aya’n نايعلا تايفو)) meragui bahawa kata-kata yang

terdapat dalam kitab tersebut adalah daripada Sayyidina cAli r.a kerana ketiadaan

isnaad (sandaran). Sebaliknya, sarjana seperti Ibn Al-hadid (1257) pula mempertahankan kandungan kitab tersebut adalah tulen seperti yang dinyatakan di

dalam kitab Sarh Nahj al-balāghah (ةغلبلا جهن حرش). Selain daripada aspek ketulenan,

aspek retorika dalam kata-kata tersebut juga menjadi skop kajian penyelidik. Beberapa sarjana seperti Muhammad Abduh (1905) dan Qadri (2010) menyatakan bahawa ayat-ayat yang dilontarkan oleh Sayyidina cAli r.a penuh dengan hikmah

serta maksud yang mendalam; yang dialunkan bersama keindahan bahasa yang

tinggi. Walaubagaimanapun, aspek retorika dalam kata-kata Sayyidina cAli r.a masih

belum dikaji sepenuhnya. Qutbuddin (2012) di dalam jurnalnya yang bertajuk ‘The Sermons Of ‘Ali Ibn Abi Talib: At The Confluence Of The Core Islamic Teachings Of The Qur’an And The Oral, Nature-Based Cultural Ethos Of Seventh Century Arabia’ menyatakan bahawa terdapat banyak persoalan dalam aspek retorika dalam

(2)

kata-kata Sayyidina cAli r.a. Di samping itu, di dalam karya yang bertajuk ‘Content

Analysis of Nahj al-Balâghah with Special Reference to Mystical Dimensions’, Qadri (2010) juga menyarankan agar aspek-aspek yang terkandung dalam kata-kata tersebut (termasuklah aspek retorika) dikaji secara mendalam. Lantaran itulah kajian ini dilakukan dengan matlamat memperincikan keindahan retorika yang terdapat

dalam kata-kata Sayyidina cAli r.a. Matlamat kajian ini juga ialah untuk merungkai

wacana dan ilmu yang terkandung dalam kata-kata yang penuh hikmah dan puitis itu. Kajian ini adalah bersifat kualitatif di mana data dan maklumat diperolehi daripada sumber utama iaitu kitab Nahj al-balāghah . Manakala, data sekunder pula diperolehi daripada kajian kepustakaan dan laman sesawang yang berkaitan. Kesemua data dan maklumat ini dijadikan fokus analisis. Analisis dilakukan dengan menggunakan

pendekatan ilmu balāghah yang difokuskan kepada aspek bayān ( نايب), aspek macāni (

يناعم) serta aspek badic( عيدب) . Namun, penganalisaan aspek-aspek tersebut hanya

dihadkan kepada tema-tema tertentu iaitu tema kebijaksanaan, tema ilmu pengetahuan, tema pembentukan peribadi mulia, tema menjauhi sifat tercela serta tema iman dan takwa. Pengesahan bahawa kata-kata tersebut adalah benar daripada

Sayyidina cAli pula dilakukan berasaskan pendapat sarjana sejarah dan selari dengan

quran dan sunnah. Sejumlah 19 kata-kata Sayyidina cAli telah dianalisa

kandungannya. Hasil kajian menunjukkan bahawa aspek bayān, aspek macāni, badic

serta uslub bahasa yang tinggi memainkan peranan yang sangat penting dalam kata-kata hikmah Sayyidina cAli r.a. Dalam aspek bayān, kalam hakikat ( ةقيقح ملك )

merupakan unsur yang paling banyak digunakan. Unsur kalam khabari (ىربخ ملك)

pula merupakan unsur yang paling konsisten digunakan dalam aspek macāni.

Manakala, aspek badic di dominasi oleh unsur sajac (عجس). Analisa juga menunjukkan

bahawa Sayyidina cAli r.a kerap menggunakan kaedah pengulangan bagi menegaskan

sesuatu ayat. Kata-kata hikmah tersebut didapati menyeru manusia kepada kebaikan

dan meninggalkan kemungkaran seiring dengan seruan Al-Quran; memperlihatkan

lagi keindahan kata-kata hikmah Sayyidina cAli r.a. Justeru itu, kata-kata hikmah

Sayyidina cAli r.a. yang menyeru kepada kebaikan wajar diselidiki dan diambil

perhatian supaya ianya boleh dijadikan panduan bagi semua umat Islam.

Kata Kunci: retorik, stilistik, Ilmu bayan, Ilmu macani, Ilmu badic, Sayyidina cAli bin Abi Talib.

(3)

1. PENGENALAN

Kehebatan Bangsa Arab dalam bersastera dan bermadah-madah indah memang tidak dapat disangkalkan lagi, tidak kira pada zaman sebelum kedatangan Islam ataupun selepasnya. Semasa zaman jahiliyyah, tokoh-tokoh sastera seperti cAda bin Zaid dan

Umaiyyah bin Abi al-Silt menghasilkan karya yang bertemakan pujian terhadap wanita, sejarah dan kehebatan puak-puak mereka (Horne, 1917; Delitzsch, 1874). Akan tetapi, setelah kedatangan Islam, sarjana sastera seperti Kacab bin Malik ibn Abi Anas al-Ansari atau Hasan

bin Thabit membawa mesej-mesej ketuhanan dalam syair-syair mereka (Hj. Dusuki, 1978). Ini termasuklah Sayyidina Ali r.a; bahkan beliau adalah salah seorang pelopor dalam bidang Retorik.

Ketinggian nilai sastera dalam kata-kata serta khutbah Sayyidina Ali r.a telah menyebabkan ia menjadi tumpuan ramai sarjana sastera zaman selepasnya. Antara sarjana yang menjadikan kata-kata beliau sebagai panduan ialah Abd Al-hamid ibn Yahya Al-katib (750 M) dan Al-Jahiz (869 M) (Syed Hossein, 2007). Pada abad ke-10, seorang sarjana sastera iaitu Sharif Razi, telah mengumpulkan khutbah serta kata-kata Sayyidina Ali di dalam satu kitab iaitu Nahj al-balāghah (Al Masudi, 1983).

1.1 PERMASALAHAN KAJIAN

Kitab Nahj al-balāghah merupakan koleksi kata-kata Sayyidina cAli yang paling mahsyur. Kandungan kitab ini terdiri daripada 489 kata-kata ungkapan, 79 surat dan 241 khutbah Sayyidina cAli r.a. Di dalam kitab Sarh Nahj al-balāghah yang disunting oleh Syeikh Muhammad cAbduh (1905 M), beliau menyatakan bahawa kata-kata Sayyidina cAli mengandungi keindahan bahasa, maksud yang mendalam serta menyeluruh. Qadri (2010) juga di dalam kajiannya menambah bahawa kata-kata Sayyidina cAli mengandungi kebenaran yang meluas serta penuh dengan hikmah.

Walaubagaimanapun, aspek retorika dalam kata-kata Sayyidina cAli r.a masih belum dikaji sepenuhnya. Ahmad (2005) di dalam kajiannya yang bertajuk ‘Inventio Strategies In

Caliph Ali Bin Abi Talib's Selected Speeches’ menyatakan bahawa kajian yang menyentuh

(4)

Pernyataan ini disokong oleh Qutbuddin (2012) di dalam jurnalnya yang bertajuk ‘The

Sermons Of ‘Ali Ibn Abi Talib: At The Confluence Of The Core Islamic Teachings Of The Qur’an And The Oral, Nature-Based Cultural Ethos Of Seventh Century Arabia’ di mana

beliau menyatakan bahawa terdapat banyak persoalan dalam aspek retorika dalam kata-kata Sayyidina cAli r.a.

1.2 LIMITASI KAJIAN

Terdapat berbagai bentuk kata-kata Sayyidina cAli dalam Nahj al-Balâghah seperti khutbah, surat, prosa, syair, munajat, wasiat dan kata hikmah. Kajian ini merupakan sebuah kajian deskriptif untuk mendapatkan maklumat hanya terhadap kata-kata hikmah Sayyidina cAli sahaja.

Selain itu, kata-kata tersebut juga hanya difokuskan kepada kata-kata yang mempunyai tema-tema tertentu sahaja. Tema-tema-tema tersebut ialah:

a) Tema kebijaksanaan b) Tema ilmu pengetahuan

c) Tema pembentukan peribadi mulia d) Tema menjauhi sifat tercela

e) Tema iman dan takwa

Skop unsur-unsur retorik dan stilistik dalam kata-kata tersebut pula dispesifikkan kepada aspek bayān (نايب), aspek macāni (يناعم) dan aspek badic(عيدب) .

1.3 MATLAMAT KAJIAN

Kajian ini dilakukan dengan matlamat memperincikan keindahan retorika yang terdapat dalam kata-kata Sayyidina cAli r.a. Matlamat kajian ini juga ialah untuk merungkai wacana dan ilmu yang terkandung dalam kata-kata yang penuh hikmah dan puitis itu. Kajian ini juga ditetapkan untuk menjawab beberapa persoalan berikut iaitu:

a) Apakah unsur-unsur retorika dalam aspek bayān (نايب), aspek macāni (يناعم) dan aspek

badic(عيدب) yang terdapat dalam dalam kata-kata Sayyidina cAli r.a?

(5)

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Bagi mencapai kedua-dua matlamat di atas, objektif kajian adalah seperti berikut:

a) Menganalisis dan mengkaji unsur-unsur retorik dan stilistik dalam aspek bayān (نايب), aspek macāni (يناعم) dan aspek badic(عيدب) yang terdapat dalam kata-kata Sayyidina cAli.

b) Mengkaji wacana dan ilmu dalam kata-kata Sayyidina cAli 2. METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah bersifat kualitatif di mana data dan maklumat diperolehi daripada sumber utama iaitu kitab Sarh Nahj al-balāghah yang telah disusun oleh Muhammad cAbduh (1985). Manakala, data sekunder pula diperolehi daripada kajian kepustakaan dan laman sesawang yang berkaitan. Kesemua data dan maklumat ini dijadikan fokus analisis. Analisis dilakukan dengan menggunakan pendekatan ilmu balāghah yang difokuskan kepada aspek bayān (نايب), aspek macāni (يناعم) serta aspek badic(عيدببب) . Namun, penganalisaan aspek-aspek tersebut hanya dihadkan kepada tema-tema tertentu iaitu tema kebijaksanaan, tema ilmu pengetahuan, tema pembentukan peribadi mulia, tema menjauhi sifat tercela serta tema iman dan takwa. Pengesahan bahawa kata-kata tersebut adalah benar daripada Sayyidina cAli pula dilakukan berasaskan pendapat sarjana sejarah dan selari dengan quran dan sunnah.

2.1 KATA-KATA PILIHAN

Hanya kata-kata tertentu sahaja yang dipilih iaitu kata-kata yang mengandungi makam

balaghah dan uslub yang tinggi serta daripada tema-tema terpilih. Secara keseluruhan,

sebanyak 19 ungkapan kata-kata Sayyidina Ali r.a telah dipilih untuk dianalisis: 1. Ungkapan ke-4 (Tema Kebijaksanaan)

ةيفاص ةآرم ركفلاو . ةددجم للح بدلاو . ةميرك ةثارو ملعلا : يلع لاق Ertinya :

Amir al-Mukminin calaih al-salam berkata : Pengetahuan adalah harta yang patut dimuliakan, perilaku baik adalah pakaian baru dan fikiran adalah cermin yang jernih.

(6)

2. Ungkapan ke-8 (Tema Pembentukan Peribadi Mulia) بحت امع ربصو هركت ام ىلع ربص : ناربص ربصلا : يلع لاق Ertinya :

Sabar itu ada dua bentuk. Sabar apa yang dibenci dan sabar apa yang disukai. 3. Ungkapan ke-9 (Tema Pembentukan Peribadi Mulia)

مكيلإ اونح متشع نإو ، مكيلع اوكب اهعم متم نإ ةطلاخم سانلا اوطلاخ : يلع لاق Ertinya:

cAmir al- Mukminin calaih al-salam berkata: Bergaullah dengan orang lain sedemikian rupa sehingga apabila anda mati, mereka akan menangisi anda dan selagi anda hidup, mereka akan merindui anda.

4. Ungkapan ke-36 (Tema Menjauhi Sifat Tercela)

لمعلا ءاسأ لملا لاطأ نم : يلع لاق Ertinya :

Barangsiapa yang panjang angan-angan buruk perbuatannya. 5. Ungkapan ke-38 (Tema Menjauhi Sifat Tercela)

قلخلا نسح لاق يلع ىنغأ : ىنغلا لقعلا ربكأو , رقفلا قمحلا شحوأو ةشحولا مركأو ,بجعلا بسحلا Ertinya :

Kekayaan yang termahal adalah kecerdasan, kehancuran terbesar adalah kebodohan, keliaran yang paling liar adalah kesombongan, dan prestasi yang terbaik adalah kebaikan akhlak. 6. Ungkapan ke-40 (Tema Kebijaksanaan)

هناسل ءارو قمحلا بلقو , هبلق ءارو لقاعلا ناسل : يلع لاق Ertinya:

Lidah orang yang berakal itu dibelakang hatinya dan hati orang yang bodoh itu dibelakang lidahnya.

(7)

7. Ungkapan ke-54 (Tema Kebijaksanaan)

: لاقيلع ةرواشملاكريهظهلو بدلاكثاريملولهجلاكرقفلو ,لقعلاكىنغل Ertinya :

Tidak ada kekayaan seperti kebijaksanaan, tidak ada kemiskinan seperti kejahilan, tidak ada warisan seperti kehalusan, tidak ada sokongan seperti nasihat.

8. Ungkapan ke-71 (Tema Kebijaksanaan)

صقن لقعلا مت اذإ : يلع لاق Ertinya :

Apabila sempurna akal seseorang maka ia kurang berkata-kata. 9. Ungkapan ke-114 (Tema Kebijaksanaan)

لاق لامل :يلع دوعأ نم لو ,لقعلا ةدحو شحوأ نم بجعلا دئاقلو قيفوتلاك لو لقع مركلو ,ريبدتلاك ىوقتلاك لو نيرق نسحك قلخلا لو , ثاريم بدلاك لو ةراجت لمعلاك حلاصلا Ertinya :

Tidak ada harta yang lebih menguntungkan dibandingkan dengan kebijaksanaan, tidak ada kesepian yang lebih mengasingkan dibandingkan dengan bangga diri, tidak ada fikiran sebaik kebijaksanaan, tidak ada kemuliaan seperti takwa kepada Allah, tidak ada sahabat seperti keramahan, tidak ada warisan seperti kesopanan, tidak ada panduan seperti petunjuk, tidak ada perniagaan seperti amal soleh.

10. Ungkapan ke-147 (Tema Ilmu Pengetahuan)

لاق يلع سانلا : ملاعف :ةثلث ينابر ملعتمو ىلع ليبس جمهو ,ةاجن عاعر عابتأ لك قعان نوليمي عم لك مل ,حير اؤيضتسي رونب ملو ,ملعلا اوأجلي ىلا نكر اي .قيثو ليمك ملعلا ريخ نم ملعلاو .لاملا كسرحي تناو سرحت لاملا لاملا . هصقنت ةقفنلا ملعلاو وكزي ىلع قافنلا عينصو , لاملا لوزي هلاوزب Ertinya :

Manusia ada tiga jenis : Pertama adalah orang berilmu tentang ketuhanan, seterusnya adalah si penuntut ilmu yang juga dalam pembebasan. Yang terakhir penjahat yang memburu setiap penyeru dan tunduk kepada setiap arah angin. Mereka tidak mencari cahaya dari sinar pengetahuan, dan tidak mengambil perlindungan dari bantuan yang diharapkan. Wahai

(8)

Kumail, ilmu itu lebih baik daripada kekayaan. Ilmu menjaga anda sementara anda harus menjaga harta. Harta akan berkurang dengan pembelanjaan sedangkan ilmu berlipat ganda dengan pengeluarannya, dan akibat dari kekayaan itu bila-bila masa boleh mati dan lenyap apabila kekayaan itu hilang.

11. Ungkapan ke-204 (Tema Iman dan Takwa)

لاق اهيأ :يلع سانلا اوقتا لا ىذلا نإ متلق عمس نإو , مترمضا ملع اوردابو , توملا ىذلا نإ متبره مككردأ نإو , متمقأ مكذخأ نإو , هومتيسن مكركذ . Ertinya:

Wahai manusia, bertakwalah kepada Allah yang bila anda berkata kepada-Nya, Dia mendengarkan dan bila mana anda sembunyikan (sesuatu rahsia) Dia mengetahuinya. Bersiaplah anda untuk menemui kematian yang akan menyusul anda sekalipun anda melarikan diri, kematian menangkap anda, meskipun anda meninggalkannya dan ia tetap mengingati anda walaupun anda melupakan-Nya.

12. Ungkapan ke-243 (Tema Menjauhi Sifat Tercela)

مولظملا ىلع ملاظلا موي نم دشأ ملاظلا ىلع مولظملا موي : يلع لاق Ertinya :

Hari yang berlaku ke atas mereka yang dizalimi oleh mereka yang menzalimi, lebih dahsyat dari hari yang mereka melakukan kezaliman ke atas mereka yang dizalimi.

13. Ungkapan ke-267 (Tema Kebijaksanaan)

لاق يلع : نإ ملك ءامكحلا اذإ ناك اباوص ناك ءاود اذإو أطخ ناك ءاد Ertinya :

Sesungguhnya kata-kata dan percakapan orang yang bijaksana itu apabila benar kata-katanya merupakan pahala dan menjadi ubat, apabila dia silap dalam berkata-kata maka ia menjadi penyakit.

(9)

14. Ungkapan ke-270 (Tema Pembentukan Peribadi Mulia) ام اموي كضيغب نوكي نأ ىسع ام انوه كبيبح ببح أ : لاق يلع ام اموي كبيبح نوكي نأ ىسع ام انوه كضيغب ضغبأو Ertinya :

Kasihilah orang yang kamu cintai berpada-pada sahaja kerana kamu akan membencinya suatu hari nanti, dan bencilah orang yang kamu benci berpada-pada kerana kamu akan mengasihinya suatu hari nanti.

15. Ungkapan ke-339 (Tema Ilmu Pengetahuan)

لاق ملعلا :يلع ناملع عوبطم : عومسمو لو , عفني عومسملا اذا مل نكي عوبطملا Ertinya :

Ilmu ada dua jenis : yang diserap dan hanya yang didengar. Ilmu yang didengar tidak akan bermanfaat kecuali setelah diserap.

16. Ungkapan ke-434 (Tema Menjauhi Sifat Tercela)

لاق يلع نم : تمرك هيلع هسفن تناه هيلع هتاوهش Ertinya :

Barangsiapa hanya melihat pendapatnya sendiri , maka hawa nafsunya nampak kecil baginya. 17. Ungkapan ke-436 (Tema Pembentukan Peribadi Mulia)

لاق يلع كدهز : يف بغار كيف ناصقن ظح كتبغرو , يف دهاز كيف لذ سفن Ertinya:

Berpaling kamu dari orang yang cenderung kepada kamu adalah suatu kerugian, atas bahagian dari keuntungan kamu, sementara kecenderungan kamu kepada orang yang berpaling dari kamu adalah penghinaan atas diri kamu sendiri.

(10)

18. Ungkapan ke-442 (Tema Iman dan Takwa) لاق يلع ناميلا : نأ رثؤت قدصلا ثيح كرضي ىلع بذكلا ثيح نأو ,كعفني ل نوكي يف كثيدح لضف نع نأو ,كلمع ىقتت لا يف ثيدح كريغ . Ertinya :

Iman bererti bahawa kamu lebih menyukai kebenaran, sekalipun bilamana hal itu menganggu anda, dibanding kebatilan walaupun menguntungkan kamu bahawa kata kamu tidak lebih dari tindakan kamu dan bahawa kamu takut kepada Allah bila mana berbicara tentang orang lain. 19. Ungkapan ke-447 (Tema Iman dan Takwa)

لاق يلع ايندلا : تقلخ اهريغل ملو قلخت اهسفنل Ertinya :

Dunia ini diciptakan untuk selain dari dunia itu sendiri tidak diciptakan untuk diri sendiri. 2.2 ANALISIS RETORIK DAN STILISTIK

Di dalam kajian ini, unsur retorik dalam kata-kata Sayyidina Ali r.a dinilai dalam tiga aspek iaitu: a) Aspek bayān (نايب); b) Aspek macāni (يناعم) dan c) Aspek badic(عيدب) .

a) Aspek bayān

Aspek ini dilihat samada mengandungi unsur Kalam hakikat ( ةقيقحملك ) atau Majaz ((زاجم. b) Aspek macāni (يناعم)

Aspek ilmu ini pula diukur daripada segi Kalam khabari (ىربخ ملك) atau Kalam insya’ (ملك ءاشنإ).

c) Aspek badic(عيدب)

Aspek badic dinilai kandungannya daripada segi muhsanat lafziyyah (ةببيظفلتانببسحم) dan

(11)

2.3 PENELITIAN WACANA

Bagi memahami maksud yang terkandung di sebalik 19 kata-kata Sayyidina Ali r.a, Kaedah Penelitian Kualitatif iaitu Kaedah Analisis Wacana telah dilakukan di dalam kajian ini. Kaedah Penelitian Kualitatif adalah prosedur penelitian yang menghasilkan data deskriptif; iaitu data dalam bentuk ucapan ataupun tulisan atau perilaku yang dapat diamati daripada subjek itu sendiri (Cochrane, 1998). Analisis Wacana pula ialah salah satu kaedah dalam penelitian kualitatif yang (dilakukan secara penerangan) tentang tulisan atau pertuturan seseorang yang dikaji mengikut perspektifnya (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2013).

Analisis wacana yang dilakukan di dalam kajian ini disandarkan kepada kaedah yang diperkenalkan oleh Van Dijk (2008) dan dilakukan dengan menginterpretasi dan mentafsirkan kata-kata Sayydidina Ali r.a. tersebut. Oleh kerana itu, subjektiviti tidak dapat dielakkan kerana maksud yang ditemui dalam kata-kata tersebut adalah merupakan hasil interpretasi atau penafsiran sendiri. Akan tetapi, subjektiviti tersebut diminimumkan dengan disokong bukti-bukti daripada ayat-ayat Al-Quran dan Hadis.

3. HASIL KAJIAN

3.1 ANALISIS RETORIK DAN STILISTIK 1. Ungkapan ke-4 ةيفاص ةآرم ركفلاو . ةددجم للح بدلاو . ةميرك ةثارو ملعلا : يلع لاق Ertinya :

Amir al-Mukminin calaih al-salam berkata : Pengetahuan adalah harta yang patut dimuliakan, perilaku baik adalah pakaian baru dan fikiran adalah cermin yang jernih.

a. Analisis Retorik

i) Ilmu bayan : Terdapat dengan jelas tasybih pada ungkapan iaitu tasybih muakkad yang tiada adat tasybihnya pada ركفلاةآرمةيفاص. Fikiran adalah cermin yang jernih. Pada

ةميرك ةثارو

ملعلا terdapat mushabbah pada ungkapan tersebut iaitu tashbih muakkad juga ةددجم

للح

(12)

ii) Ilmu macani : Penggunaan kalam khabar membicarakan pernyataan yang benar dan sesuai dengan kenyataan juga merupakan faidat al-khabar dalam ungkapan tersebut. Terdapat musnad ilaih yang merupakan mubtada’ dan musnad merupakan khabar jelas unsur khabariyyah terdapat di dalamnya.

iii) Ilmu badic : Penggunaan عجس di mana rima akhirnya ialah ة yang jelas indah susunan ungkapannya, memiliki rima akhir yang sama dan peringatan yang mempesonakan. b. Analisis Stilistik

Analisis Stilistik yang dapat dikeluarkan ialah kata nama khusus pada بدلا , ركفلا ,ملعلا yang menunjukkan makna tertentu pada ilmu, pada pemikiran, dan adab iaitu akhlak. Menggunakan kata masdar iaitu ةيفاببص ,ةددببجم ,ةببميرك terdapat kata ilmu yang menunjukkan

mubtada iaitu subjek dan harta yang dimuliakan adalah khabar yakni predikat.

2. Ungkapan ke-8 بحت امع ربصو هركت ام ىلع ربص : ناربص ربصلا م لسلا : هيلع لاق Ertinya :

Sabar itu ada dua bentuk. Sabar apa yang dibenci dan sabar apa yang disukai. a. Aspek Retorik

i) Ilmu bayan : Tersirat kalam hakikat ( ( ةقيقحملك kerana tiada unsur majaz (زاجم) dalam ungkapan. Ada unsur majaz (زاجم) dari segi makna, atau simbolik, pada kata sabar yang dibenci dan sabar yang disukai.

ii) Ilmu macani : Kalam khabari ( يربخ ملك ) yang menunjukan kenyataan benar tiada unsur dusta pada pernyataan.

iii) Ilmu badic: Terdapat tibak salab ( قابط بلس ) pada benci dan suka dalam ungkapan tersebut.

b. Aspek Stilistik

Melalui analisis stilistik, gaya bahasa yang digunakan pada ungkapan di atas ialah pengulangan kata sabar. Pengulangan itu menunjukkan kekuatan pada ayat tersebut serta

(13)

menceritakan dan memperjelaskan kalimah sabar itu sendiri. Selain itu, terdapat bahasa simbolik yang tersirat iaitu sabar yang dibenci dan sabar yang disukai.

3. Ungkapan ke-9 مكيلإ اونح متشع نإو ، مكيلع اوكب اهعم متم نإ ةطلاخم سانلا اوطلاخ م لسلا : هيلع لاق Ertinya:

cAmir al- Mukminin calaih al-salam berkata: Bergaullah dengan orang lain sedemikian rupa sehingga apabila anda mati, mereka akan menangisi anda dan selagi anda hidup, mereka akan merindui anda.

a. Analisis Retorik

i) Ilmu bayan : Kalimah yang telah digunakan yang berunsurkan kalimat hakikat tetapi terdapat kata majaz pada makna menangisi menunjukkan kesedihan,merindui dan menunjukkan kesukaan kepada seseorang walaupun telah mati.

ii) Ilmu macani : Terdapat kalam khabar yang jelas benar kenyataannya dan terdapat

faidatul khabar ( ربببخلاةدببئاف) pada ungkapan tersebut yang menunjukkan peranan pergaulan baik dan kesannya.

iii) Ilmu badic : Akhiran rima mim ( م ) dan juga rima wau ( و ) dan alif ( ا ) adalah sajac ( عجس ) yang boleh dilihat pada ungkapan tersebut. Terdapat jinas ghoiru tam ( ماتريغ ) pada kalimah

اونح

dan

اوكب

juga kalimah

مكيلع

dan

مكيلإ

b. Analisis Stilistik

Gaya bahasa yang digunakan pengulangan ganti nama مك menunjukkan kamu semua. Uslub amaran yang keras yang patut diberi perhatian dalam ungkapan tersebut dalam hal pergaulan sesama insan, buruk dan baik akan terlihat bila seseorang itu telah meninggal dunia.

4. Ungkapan ke-36 لمعلا ءاسأ لملا لاطأ نم م لسلا : هيلع لاق

(14)

Ertinya :

Barangsiapa yang panjang angan-angan buruk perbuatannya. a. Aspek Retorik

i) Ilmu bayan : Unsur kinayah ( ةيانك) yang tajam yang mendalam maksudnya pada orang yang panjang angan-angan maka buruk pada tingkah laku seseorang.

ii) Ilmu macani: Kalam hakikat ( ةقيقح م لك ) yang jelas. Ada unsur kalam khabari (م لك يربخخ) yang benar tiada dusta pada kenyataan ungkapan tersebut menunjukkan kelunakan dalam memberi nasihat.

iii) Ilmu badic: Terdapat sajac (عجس) huruf lam (ل), rima yang lembut. Tauriah (ةيروت) makna yang jauh dan simbolik.

b. Aspek Stilistik

Stilistik gaya bahasa yang digunakan lembut berhikmah kerana terdapat huruf lam ( ل ) Mudah difahami dan menggunakan: kaedah gaya bahasa secara langsung, bentuk peringatan dan nasihat yang tidak sepatutnya dianggap ringan kerana mendatangkan kesan yang tidak baik kepada insan yang hanya memiliki angan-angan atau impian tanpa pelaksanaan. Jelas disini Imam cAli melarang orang Islam khususnya yang menyimpan angan-angan yang kosong. 5. Ungkapan ke-38 قلخلا نسح لاق هيلع م لسلا ىنغأ : ىنغلا لقعلا ربكأو , رقفلا قمحلا شحوأو ةشحولا م ركأو ,بجعلا بسحلا Ertinya :

Kekayaan yang termahal adalah kecerdasan, kehancuran terbesar adalah kebodohan, keliaran yang paling liar adalah kesombongan, dan prestasi yang terbaik adalah kebaikan akhlak. a. Analisis Retorik

i) Ilmu bayan : Terdapat mushabbah dan mushabbah bih dan tergolong dalam tashbih merupakan tashbih muakkad dan tashbih mujmal. Kalimah majaz yang digunakan

(15)

pada ungkapan tersebut. Terdapat nilai tauriah pada kata-kata hikmah tersebut yang memperlihatkan bahasa yang puitis.

ii) Ilmu macani : Terdapat kalam khabar yang benar dinamakan khabariah dan terdapat

faidatul khabar sebagai pelengkap maksud dan tujuan.

iii) Ilmu badic: Penggunaan sajac yang mana rima akhirnya adalah qaf. Terdapat jinas

ghoiru tam pada قلخلا dan قمحلا yang menampilkan motif yang tegas.

b. Analisis Stilistik

Aspek stilistik yang dapat dihuraikan secara ringkas ialah terdapat kata nama yang khusus seperti بببجعلا ,قببلخلا,بببسحلا ,ةببشحولا ,قببمحلا ,رببقفلا ,لببقعلا yang menunjukkan penggunaan khas kalimah akal, bodoh, fakir, sombong, dan simbol. Kalimah idhafah pada kata sandar قلخلانسح iaitu kebaikan akhlak. Gaya bahasa yang digunakan menampakkan amaran tegas pada kata-kata, agar manusia menjauhi sifat-sifat yang buruk dan tercela dan keutamaan menghiasi diri dengan akhlak yang terpuji yang membawa seribu kebaikan.

6. Ungkapan ke-40 هناسل ءارو قمحلا بلقو هبلق , ءارو لقاعلا ناسل م لسلا : هيلع لاق Ertinya:

Lidah orang yang berakal itu dibelakang hatinya dan hati orang yang bodoh itu dibelakang lidahnya.

a. Aspek Retorik

i) Ilmu bayan: Tasybih zhimni (ينمظ هيبشت) adalah ayat yang tidak disusun dalam bentuk

tasybih (هيبشت) yang dikenal. Tasybih atau perbandingan yang tersembunyi dalam kata

ini mengambarkan lidah orang yang berakal dan bodoh terletak pada kata-katanya. Unsur Isticarah mutlakah (ةخخقلطمةراعتخخسا) yang digambarkan pada ungkapan di atas adalah tentang seseorang yang hatinya yang bodoh, kata hati adalah untuk minda, bermaksud insan yang tak berakal kerana lidah mengatasi akalnya, lantaran bercakap sebelum berfikir.

(16)

ii) Ilmu macani: Kalam khabariah (ةيربخ ملك) yang musnad ilaih mubtada’ (ءادتبم هيلا دنسم) yang ertinya kata bersandar yang subjek. Kalam khabariah terdapat dalam ungkapan tersebut yang pembicaraannya dapat digolongkan sebagai orang benar atau dusta. Jelas lafaz yang digunakan menunjukkan kata benar dan bukan kata dusta.

iii) Ilmu badic: Ada tibak salab (بلس قابط) beza positif dan negatif .Unsur sajac (عجس) kesesuaian huruf akhir huruf ه. Ada unsur tauriyah (ةيروت) iaitu simbolik.

b. Aspek Stilistik

Analisis Stilistik menggambarkan pernyataan secara tidak langsung. Kata yang berulang pada kalimah بلق iaitu hati dan ناسل iaitu lidah, menampakkan ketegasan pada pernyataan orang yang berakal erti bijak, hati orang yang bodoh yang bermaksud tidak berakal. ناسل) (لقاعلا kalimah lidah yang bersandar pada akal menunjukkan kekuatan pada ayat tersebut yang merupakan kata mudaf (فاخخضم) iaitu kalimah bersandar. Sementara بخخلققخخمحلا merupakan kalimah hati yang bersandar pada kata bodoh yang menunjukkan hati orang yang bodoh itu melambangkan kurangnya akal kerana akalnya terletak dibelakang lidahnya. Gambaran yang menunjukkan kata-kata yang tidak memberi manfaat adalah melalaikan dan membawa kepada dosa. 7. Ungkapan ke-54 م لسلا ل : ىنغ لقعلاك رقفلو , لهجلاك لو ثاريم بدلاك ريهظلو ةرواشملاك هيلع لاق Ertinya :

Tidak ada kekayaan seperti kebijaksanaan, tidak ada kemiskinan seperti kejahilan, tidak ada warisan seperti kehalusan, tidak ada sokongan seperti nasihat.

a. Analisis Retorik

i) Ilmu bayan : Terdapat mushabbah ( هبشم ) dan mushabbah bih ( هبشمهب ) serta adat

tashbih ( ةادأ هيبشت ) pada setiap ayat dan ungkapan. Adapun mushabbahnya termasuk

tashbih mujmal ( لمجم ).

ii) Ilmu macani : Terdapat unsur kalam khabariah ( ةيربخ ) kenyataan yang benar dan terdapat faidatu al- khabar ( ربببخلاةدببئاف) pada ungkapan tersebut yang memberi maklumat yang berfaedah dan tepat.

(17)

iii) Ilmu badic : Terdapat sajac ( عجس ) rima yang diakhiri dengan huruf lam ( ل ) untuk gaya bahasa yang menarik. Terdapat jinas ghoiru tam ( ريغمات ) pada لقعلاك dan لهجلاك yang memperlihatkan kesenian uslub yang digunakan.

b. Analisis Stilistik

Pengulangan huruf la (ل) menunjukkan sesuatu yang dinafikan. Terdapat sighah mubalaghah ( ةغلابم ) pada kalimah ريهظه yang melambangkan hiperbola sebagai isu yang besar yang perlu dititikberatkan, dan kata masdar pada ةرواببشم yang memperlihatkan unsur penafian dan larangan tegas agar tidak memiliki sifat yang buruk seperti jahil, menyuruh saling menasihati dan berbincang jika timbul permasalahan dan sengketa. Setiap permasalahan pasti ada jalan keluarnya kerana manusia mampu mengatasi masalah dengan perbincangan dan jika tiada sebarang perbincangan maka masalah akan mengatasi manusia.

8. Ungkapan ke-71 صقن لقعلا مت اذإ م لسلا : هيلع لاق Ertinya :

Apabila sempurna akal seseorang maka ia kurang berkata-kata. a. Aspek retorik

i) Ilmu bayan: ungkapan tersebut adalah kalam hakikat yang tiada unsur majaz. Ayat

tersebut bersifat fasih dan memenuhi ciri-ciri kefasihannya serta jelas maknanya. Ini

bermakna ayat tersebut mudah difahami tujuan dan maksudnya pada ungkapan tersebut. Ungkapan yang menyatakan tentang orang yang sempurna akal bererti orang yang cerdik pandai dan bijaksana, kebiasaannya menjaga lidahnya dan kurang bercakap lebih-lebih lagi berkata-kata kepada perkara yang membawa kepada dosa dan malapetaka.

ii) Ilmu macani: Pada ungkapan diatas terdapat bentuk kalam khabar yang digunakan, terdapat faidatu al- khabar (ربخلا ةدئاف) yang menyatakan berita benar yang tiada unsur dusta, dapat difahami tujuan dan kehendak ungkapan yang dinyatakan.

iii) Ilmu badic: Dalam ungkapan Sayyidina cAli r.a di atas mengandungi unsur Tibaq Ijabi (يباجياقابط) iaitu lafaz berlawanan yang ada positif dan negatif pada ayat, antara kalimah tam

(18)

(مت)ertinya lebih, dan naqs (صقن) ertinya kurang dan maksudnya itu mencapai tujuan dan sasaran yang hendak disampaikan.

b. Aspek Stilistik

Analisis stilistik yang dapat diketengahkan daripada kata tersebut ialah terlihat gaya bahasa yang ringkas dan lembut kerana terdapat huruf ل. Penggunaan bahasa yang ringkas tidak berbunga tanpa diwarnai unsur sindiran dari segi makna atau perbandingan atau perorangan. Ayat di atas menampakkan tentang insan yang sempurna akal atau golongan bijaksana akan sentiasa memikirkan sesuatu, bila minda sedang berfikir pasti banyak diam. Oleh itu seseorang yang kurang bercakap, maka kurang kesalahannya. Lebih-lebih lagi melontarkan kata-kata yang kesat yang menyakiti hati orang lain. Jelas difahami pada ungkapan tersebut bahawa ia mengandungi pengajaran yang amat bermakna tentang peranan lidah pada manusia dan kesannya.

Kata اذا yang digunakan bukan huruf طرش, tetapi نامز فرظ dan tentunya tidak terdapat jawab طرش pada ungkapan itu walaupun kelihatan seperti ada jawapan. Perkataan jika atau apabila adalah satu bentuk pernyataan tentang sempurnanya akal seseorang individu itu bila ia kurang bercakap dan juga merupakan bentuk jawapan pada pernyataan sempurna akal, yang melambangkan seseorang yang cerdik. Sebaliknya, apabila seseorang banyak berkata-kata yang sia-sia maka, itu tanda kurangnya akal dan bermaksud bodoh. Akan tetapi, perkataan bodoh tidak diungkapkan secara langsung. Jelas dalam ungkapan tersebut mengunakan gaya bahasa, pernyataan yang mudah difahami.

9. Ungkapan ke-114 لاق هيلع لامل :م لسلا دوعأ نم لو ,لقعلا ةدحو شحوأ نم بجعلا دئاقلو قيفوتلاك لو لقع م ركلو ,ريبدتلاك ىوقتلاك لو نيرق نسحك قلخلا لو , ثاريم بدلاك لو ةراجت لمعلاك حلاصلا Ertinya :

Tidak ada harta yang lebih menguntungkan dibandingkan dengan kebijaksanaan, tidak ada kesepian yang lebih mengasingkan dibandingkan dengan bangga diri, tidak ada fikiran sebaik kebijaksanaan, tidak ada kemuliaan seperti takwa kepada Allah, tidak ada sahabat seperti keramahan, tidak ada warisan seperti kesopanan, tidak ada panduan seperti petunjuk, tidak ada perniagaan seperti amal soleh.

(19)

a. Analisis retorik

i) Ilmu bayan : Terdapat unsur mushabbah dan mushabbah bih dan adat tashbih yang

jelas perbandingannya yang menguatkan pernyataan seperti bukanlah harta lebih menguntungkan daripada kebijaksanaan. Unsur majaz dan tauriah jelas terlihat pada

ungkapan tersebut pada ungkapan kesepian yang mengasingkan, kerana seseorang yang bangga diri menjadi terasing kerana manusia akan lari darinya.

ii) Ilmu macani : Kalam khabariah dan terdapat faidatul al-khabar. Diikuti dengan unsur

majaz yang memperelokkan susunan kata-kata dan perbandingan jelas kelihatan pada

ungkapan itu, kerana apabila terdapat perbandingan, mengindahkan lagi kata-kata hikmah tersebut.

iii) Ilmu badic: Ungkapan yang jelas keindahannya kerana terdapat sajac pada huruf qaf. Terdapat muqabalah pada ungkapan tersebut, yang memberi kata nasihat yang penuh

hikmah untuk diamalkan. b. Analisis Stilistik

Pengulangan kata cakal yang menguatkan tentang kepentingan cakal dari segalanya lebih-lebih lagi orang yang bijaksana. Penggunaan kalimah khusus pada akhlak, akal dan fikiran, pada perniagaan dan takwa menguatkan motif ungkapan tersebut. Terdapat uslub ilmiah dan uslub adab yang indah pada ungkapan tersebut, memperlihatkan kesenian dan kesepaduan bahasa.

10. Ungkapan ke-147 لاق هيلع سانلا :م لسلا ملاعف :ةثلث ينابر ملعتمو ىلع ليبس جمهو ,ةاجن عاعر عابتأ لك قعان نوليمي عم لك مل ,حير اؤيضتسي رونب ملو ,ملعلا اوأجلي ىلا نكر اي .قيثو ليمك ملعلا ريخ نم ملعلاو .لاملا كسرحي تناو سرحت لاملا لاملا . هصقنت ةقفنلا ملعلاو وكزي ىلع قافنلا عينصو , لاملا لوزي هلاوزب Ertinya :

Manusia ada tiga jenis : Pertama adalah orang berilmu tentang ketuhanan, seterusnya adalah si penuntut ilmu yang juga dalam pembebasan. Yang terakhir penjahat yang memburu setiap penyeru dan tunduk kepada setiap arah angin. Mereka tidak mencari cahaya dari sinar pengetahuan, dan tidak mengambil perlindungan dari bantuan yang diharapkan.

(20)

Wahai Kumail, ilmu itu lebih baik daripada kekayaan. Ilmu menjaga anda sementara anda harus menjaga harta. Harta akan berkurang dengan pembelanjaan sedangkan ilmu berlipat ganda dengan pengeluarannya, dan akibat dari kekayaan itu bila-bila masa boleh mati dan lenyap apabila kekayaan itu hilang.

a. Analisis Retorik

i) Ilmu bayan: Terdapat unsur majaz dan isticarah yang memperkukuhkan lagi makna yang tersirat tentang peranan ilmu terhadap harta. Unsur majaz pada cahaya dan sinar pengetahuan menambahkan lagi sinar dan ilmu pengetahuan yang memperlihatkan kepentingan ilmu dalam pengurusan harta.

ii) Ilmu macani: Terdapat pada ungkapan tersebut kalam khabar yang bicaranya benar dan sesuai dengan kenyataan. Terdapat ayat seruan wahai Kumail yang mana huruf

nida’ tersebut digunakan sesuai dengan fungsinya untuk menjelaskan dasar

pertimbangan balaghah, penggunaan huruf nida’ yang menyatakan peringatan kepada Kumail tentang kekuatan ilmu dan kesannya.

iii) Ilmu badic: Terdapat unsur sajac huruf lam merupakan rima akhir dan huruf qaf. Dan terdapat jinas tam pada kalimah سرببح dan jinas tam pada kalimah لاببملا dan pada kalimah قافنلا dan ةببقفنلا. Terdapat unsur tibaq dan muqabalah yang menambahkan keindahan ungkapan tersebut. Terdapat unsur tauriyah pada ungkapan tersebut, makna yang jelas yang tidak dimaksudkan dan memiliki makna yang jauh yang dimaksudkan. b. Analisis Stilistik

Stilistik yang dapat dikeluarkan daripada kata hikmah di atas ialah terdapat uslub ilmu dan

uslub adab pada ungkapan yang panjang kata pengulangan pada لابملا pada kalimah سربح

menambahkan lagi uslub yang mantap dan bermakna. Terdapat juga pengulangan kata ملعلا dan dari kata dasar yang sama iaitu ملع yang menjadi isim facil iaitu ملاع dan isim mafcul pada kalimah ملعتم memperjelas tentang keberadaan ilmu.

11. Ungkapan ke-204 لاق هيلع ملسلا اهيأ : سانلا اوقتا لا ىذلا نإ متلق عمس نإو , مترمضا ملع اوردابو , توملا ىذلا نإ متبره مككردأ نإو , متمقأ مكذخأ نإو , هومتيسن مكركذ .

(21)

Ertinya:

Wahai manusia, bertakwalah kepada Allah yang bila anda berkata kepada-Nya, Dia mendengarkan dan bila mana anda sembunyikan (sesuatu rahsia) Dia mengetahuinya. Bersiaplah anda untuk menemui kematian yang akan menyusul anda sekalipun anda melarikan diri, kematian menangkap anda, meskipun anda meninggalkannya dan ia tetap mengingati anda walaupun anda melupakan-Nya.

a. Analisis Retorik

i) Ilmu bayan : Ungkapan yang fasahah yang jelas objektifnya. Unsur majaz jelas pada kematian yang mengejar, kata simbolik digunakan juga dan dapat dikeluarkan lafaz

majaz lafziyyah pada kematian yang menyusul dan menangkap anda walaupun anda

cuba melarikan diri anda.

ii) Ilmu macani : Jelas pada ungkapan kalam khabar pembicaraan yang benar yang

mahkum alaihi dan mahkum bih yang berlaku pada ungkapan tersebut dan ia sesuatu

yang nyata. Terdapat juga kalam insyaiyyah yang musnad ilaihnyaاوردابببلببعف yang terdapat wau jamac. Pada kalimah اوقتا menunjukkan khabar insya’iyyah yang musnad

ilaihnya terdiri dari لعف dan عمجواو

iii) Ilmu badic: Terdapat sajac iaitu rima yang akhir huruf mim. Terdapat keindahan

maknawiyah pada ungkapan tersebut. Terdapat unsur tibaq menambahkan lagi

keberkesanan bahasa yang indah dan makna yang mendalam. Unsur muqabalah yang jelas telah menghiasi ungkapan tersebut dan mempamerkan ungkapan yang puitis. b. Analisis Stilistik

Pengulangan ganti nama مك dan penggunaan huruf نإ yang bermaksud jika yang merupakan huruf syarat dan terdapat jawab syarat contoh jika kamu lupa pasti mereka mengingatkan kamu. Jelas padanya uslub adab dan uslub ilmu. Kelihatan unsur perorangan dan metafora yang amat seni.

12. Ungkapan ke-243 م ولظملا ىلع ملاظلا م وي نم دشأ ملاظلا ىلع م ولظملا م وي م لسلا : هيلع لاق

(22)

Ertinya :

Hari yang berlaku ke atas mereka yang dizalimi oleh mereka yang menzalimi, lebih dahsyat dari hari yang mereka melakukan kezaliman ke atas mereka yang dizalimi.

a. Aspek Retorik

i) Ilmu bayan: Ada kalam hakikat yang jelas benar dan tiada dusta yang dizalimi merasakan dahsyat dari mereka yang melakukan kezaliman. Ada pada ungkapan ini kalimah majaz pada kalimah م وي ada unsur ةراعتسا

ii) Ilmu macani: Jelas terdapat pada ungkapan ialah kalam khabari (ىربخم لك) digunakan. iii) Ilmu badic: Terdapat huruf م pada rima akhir yang dipanggil (عجخس) menampakkan

keindahan ungkapan tersebut dan kemanisan bahasa.

b. Aspek Stilistik

Aspek stilistik yang dapat diketengahkan pada kata hikmah tersebut iaitu tentang pengulangan kalimah Mazlum (م ولظم ) yakni orang yang dizalimi dan pada kalimah Zalim (ملاظ) bermaksud orang yang menzalimi. Terdapat amaran tegas dan kekuatan pada ungkapan di atas kerana pengulangan kata-kata zalim tersebut. Adapun pada Kata mazlum (م ولظم ) merupakan Ism

Mafcul (لوعفم مسا ) yang bermaksud dizalimi dan kalimah zalim (ملاظ) adalah Ism Facil (مسا لعاف) menunjukkan si pelaku yang berbuat zalim. Ia merupakan pengukuhan ungkapan dan sesuatu sifat yang perlu ditinggalkan.

13. Ungkapan ke-267 ءاد ناك أطخ اذإو ناك ,ءاود اباوص ناك اذإ ءامكحلا م لك لاق :نإ يلع Ertinya :

Sesungguhnya kata-kata dan percakapan orang yang bijaksana itu apabila benar kata-katanya merupakan pahala dan menjadi ubat, apabila dia silap dalam berkata-kata maka ia menjadi penyakit.

(23)

a. Aspek Retorik

i) Ilmu bayan : Ada unsur majaz ( زاجم ) pada kalimah ءاود dan penyakit iaitu ءاد. Terdapat juga ةراعتسإ pada ayat tersebut yang memperlihatkan unsur metafora pada ungkapan tersebut.

ii) Ilmu macani : م لك يناعم jelas benar pada ungkapan itu yang mengandungi maksud yang tersirat memiliki matlamat dan peringatan luhur.

iii) Ilmu badic : Penggunaan عجسpada huruf ء diakhir kalimah. Ada unsur سانج pada ungkapan tersebut.

b. Aspek Stilistik

Terdapat kalimah نإ menunjukkan taukid ( ديكوت ) pada kata-kata hukama’ ءامكح (orang yang bijaksana). Suatu yang dianggap serius dan mudarat jika orang alim itu berkata ungkapan iaitu kalimah ءاود dan ءاد yang adalah م ات ريغ سانج dusta. Uslub cilmiah (ةيملع بولسأ) pada logik dan ketegasan. 14. Ungkapan ke-270 ام اموي كضيغب نوكي نأ ىسع ام انوه كبيبح ببح أ م لسلا : هيلع لاق ام اموي كبيبح نوكي نأ ىسع ام انوه كضيغب ضغبأو Ertinya :

Kasihilah orang yang kamu cintai berpada-pada sahaja kerana kamu akan membencinya suatu hari nanti, dan bencilah orang yang kamu benci berpada-pada kerana kamu akan mengasihinya suatu hari nanti.

a. Aspek Retorik

i) Ilmu bayan : Ada unsur kinayah ( ةيانك ) menampakkan fenomena suatu kalam hakikat ( م لكةقيقح ) dalam ungkapan tersebut.

ii) Ilmu macani : Terdapat kalam khabar yang jelas benar dalam ungkapan di atas. Kalam

insya’ ( ءاشنإ م لك ) yang ىبلط tariqahnya رمأ (amar) , juga يبلطريغ (ghair tholabi), ada kalimah raja’ ( ءاجر) pada tariqahnya. Pengulangan pada ayat insya’ talabi ( ءاشنإ يبلط ) dan ghairu talabi ( يبلطريغ ) yang terdapat kalimah raja’(ءاجر) iaitu يسع.

(24)

iii) Ilmu badic: Unsur sajac ( عجس) rima ام diakhirnya. Terdapat juga unsur tauriyah (ةيروت ) yang jelas dari segi maknanya.

b. Analisis Stilistik

Analisis stilistik yang dapat diketengahkan antara lain ialah kata yang berulang pada kalimah

habib ( بيبح ), kalimah casa (يسع), kalimah yaum ( موي ) memperindahkan ungkapan. Jelas

uslub ilmiah yang mendasar yang logik. Nampak makna yang tersirat. Terdapat uslub adab

yang indah dan imaginasi yang tajam. 15. Ungkapan ke-339 لاق هيلع ملسلا ملعلا : ناملع عوبطم : عومسمو لو , عفني عومسملا اذا مل نكي عوبطملا Ertinya :

Ilmu ada dua jenis : yang diserap dan hanya yang didengar. Ilmu yang didengar tidak akan bermanfaat kecuali setelah diserap.

a. Analisis Retorik

i) Ilmu bayan : Unsur yang terdapat pada ungkapan tersebut ialah kalimah hakikat yang lafaznya digunakan untuk makna yang sepatutnya.

ii) Ilmu macani : Kalam hakikat pada ungkapan tersebut jelas dan terang. Terdapat kalam

khabar yang perbicaraannya digolongkan sebagai kalam yang benar kerana berita

yang sesuai dengan kenyataan dan juga terdapat musnad ilaih, kerana saling berkaitan. iii) Ilmu badic: Terdapat unsur muqabalah (ةلباقم) dan juga unsur قابط dan sangat jelas

kelihatan jinas tam ( سانجمات ) pada ungkapan tersebut. Terdapat sajac iaitu huruf ع yang menambahkan lagi keindahan bahasa.

b. Analisis Stilistik

Stilistik yang dapat dianalisis ialah terdapat pengulangan kata-kata pada kalimah عوبطم dan عومسم yang mengukuhkan lagi ungkapan tentang bahagian ilmu yang terbahagi kepada dua yang dikategorikan sebagai ilmu yang manfaat. Wau (و) yang digunakan ialah wau cataf (واو فطع) untuk ungkapan lebih jelas dan berkesan.

(25)

16. Ungkapan ke-434 لاق هيلع م لسلا نم : تمرك هيلع هسفن تناه هيلع هتاوهش Ertinya :

Barangsiapa hanya melihat pendapatnya sendiri , maka hawa nafsunya nampak kecil baginya. a. Analisis Retorik

i) Ilmu bayan: Ungkapan di atas tiada menunjukkan unsur majaz ataupun tasybih dalam ayat tersebut.

ii) Ilmu macani : Merupakan kalam khabar ( ربخملك) yang jelas akan kebenarannya pada ungkapan tersebut.

iii) Ilmu badic: Terdapat unsur sajac dimana terdapat huruf ha ( ه) pada rima akhir, menampakkan keindahan kata-kata. Terdapat juga jinas ghoiru tam ( مات ريغ ) pada perkataan هبببيلع sebagai kekuatan ayat tersebut agar seseorang menerima juga pandangan orang lain.

b. Analisis Stilistik

Stilistik yang terdapat di dalam kata hikmah yang dikaji ialah kalimah نم merupakan huruf

syarat iaitu ditujukan kepada sesiapa yang mementingkan diri sendiri manakala jawab syaratnya ialah nafsu akan mengatasi dirinya dan merupakan penghinaan bagi dirinya.

Ungkapan yang memiliki daya penarik, makna yang mendalam dan memberi pengajaran supaya tidak mementingkan diri sendiri atau pendapat sendiri semata-mata kerana nafsu telah mengatasi akalnya. 17. Ungkapan ke-436 لاق هيلع م لسلا كدهز : يف بغار كيف ناصقن ظح كتبغرو , يف دهاز كيف لذ سفن Ertinya:

Berpaling kamu dari orang yang cenderung kepada kamu adalah suatu kerugian, atas bahagian dari keuntungan kamu, sementara kecenderungan kamu kepada orang yang berpaling dari kamu adalah penghinaan atas diri kamu sendiri.

(26)

b. Analisis Retorik

i) Ilmu bayan: Tidak ada unsur tasybih (هيبشت ) yang digunakan pada ungkapan di atas. Terdapat kalam hakikat yang jelas untuk menerangkan matlamatnya ungkapan tersebut.

ii) Ilmu macani: Hanya digunakan kalam khabar (ربخملك) yang memperjelas kebenaran tentang peringatan yang diberi dan tidak terdapat kalam insyak (ءاببشنإملك) pada ungkapan di atas.

iii) Ilmu badic: Ungkapan di atas terdapat jinas tam (مات سانج) dalam kalimah كيف sebagai pengukuhan ayat, dan mempamerkan keindahan kata-kata itu.

b. Analisis Stilistik

Analisis stilistik yang dikaji dalam kata hikmah di atas ialah ungkapan di atas menunjukkan supaya pandai memilih kawan dan lawan. Kata-kata di atas memiliki gaya bahasa yang berbentuk amaran kepada seseorang yang tidak tahu membezakan kawan dan lawan. Sikap yang demikian akan menjerumuskan seseorang ke lembah kehinaan dan menjatuhkan maruahnya sendiri. Pengulangan kata-kata untuk mengukuhkan ungkapan. Gaya bahasa yang berbunga dan penggunaan secara tidak langsung mengajak kita untuk berfikir apakah maksud disebalik kata-kata itu.

18. Ungkapan ke-442 لاق هيلع ناميلا :ملسلا نأ رثؤت قدصلا ثيح كرضي ىلع بذكلا ثيح نأو ,كعفني ل نوكي يف كثيدح لضف نع ,كلمع نأو ىقتت لا يف ثيدح .كريغ Ertinya :

Iman bererti bahawa kamu lebih menyukai kebenaran, sekalipun bilamana hal itu menganggu anda, dibanding kebatilan walaupun menguntungkan kamu bahawa kata kamu tidak lebih dari tindakan kamu dan bahawa kamu takut kepada Allah bila mana berbicara tentang orang lain. a. Analisis Retorik

i) Ilmu bayan : Tiada unsur majaz ( زاجم ), kinayah ( ةيانك ) atau tasybih ( هيبشت ) pada ungkapan di atas yang keseluruhannya merupakan kalam hakikat yang menyatakan tentang keimanan.

(27)

i) Ilmu macani : Terdapat kalam khabar ( ربخملك) yang mempertegas tentang kebenaran dan faidat al-khabar ( ربخلا ةدئاف ) dalam ungkapan tersebut dan ayat berbentuk mudhaf

ilaih (هيلإفاضم)

ii) Ilmu badic: Terdapat sajac huruf kaf ( ك ) pada rima akhir. Terdapat juga jinas ghoiru

tam ( مات ريغ سانج) pada kalimah ثيدح dan jinas tam pada kalimah ثيح . Terdapat

muqabalah ( ةلباقم ) dalam kalimah ‘قدصلا’ dan ‘بذكلا’ iaitu kata yang berlawanan juga

kalimah ‘كرضي’ dan ‘كعفني’. b. Analisis stilistik

Analisis stilistik yang dapat dinyatakan ialah uslub yang digunakan ialah uslub cilmi berdasarkan hujah yang kukuh untuk menolak keraguan tentang ungkapan tersebut juga terdapat uslub adabi ayat yang mudah memberi gambaran dan nasihat dengan lembut tentang keimanan dan ketakwaan.

19. Ungkapan ke-447 لاق هيلع م لسلا ايندلا : تقلخ اهريغل ملو قلخت اهسفنل Ertinya :

Dunia ini diciptakan untuk selain dari dunia itu sendiri tidak diciptakan untuk diri sendiri. a. Analisis Retorik

i) Ilmu bayan : Tidak menggunakan sebarang kata majaz ( زاجم ) hanya terdapat kalam

hakikat yang benar dan dapat difahami dengan mudah.

ii) Ilmu macani : Terdiri daripada kalam khabar ( رببببخملك) yang pembicaranya digolongkan sebagai orang benar, berita tersebut sesuai dengan kenyataan dan sesuai dengan keadaan. Imam cAli menggambarkan bahawa dunia bukan untuk individu semata-mata dan dunia ini berhak dimiliki oleh semua insan dan hidup didunia bukan semata-mata untuk keduniaan tetapi akhirat yang lebih utama.

iii) Ilmu badic: Terdapat dalam ungkapan di atas penggunaan sajac yang rima akhirnya huruf ha (ه ) dan alif ( ا) yang menambahkan lagi keindahan ungkapan di atas dan kesenian bahasa yang digunakan.

(28)

b. Analisis Stilistik

Stilistik yang terdapat dalam kata hikmah di atas ialah uslub yang digunakan merupakan peringatan tentang dunia kerana kehidupan di dunia bukan di fokuskan untuk memilikinya tetapi suatu jambatan menuju ke Akhirat. Ayat di atas suatu penegasan bahawa dunia bukan milik individu atau seseorang tetapi orang lain juga berhak menikmati kehidupan didunia. Tidak ada unsur mementingkan diri sendiri dalam mengejar kebendaan dan kesenangan dunia, mengungkapkan keberadaan dunia pada diri manusia.

3.2 WACANA DAN ILMU

Wacana dan ilmu yang terkandung dalam kata-kata Sayyidina cAli r.a dihuraikan mengikut tema-tema terpilih. Kesemua ungkapan-ungkapan yang telah dianalisis jelas menampakkan lagi maksud yang indah di sebalik kata-kata beliau itu.

3.2.1 Tema Kebijaksanaan

Tema ini boleh didapati pada ungkapan ke-38, ke-40, ke-54, ke-71, ke-114, ke-147, ke-267 dan ungkapan ke-339.

Ungkapan-ungkapan hikmah di atas jelas berkaitan dengan peranan lidah terhadap kebijaksanaan seseorang. Akal yang kurang sempurna adalah punca seseorang berkata yang sia-sia. Akal yang cerdas lebih banyak berfikir daripada berkata-kata yang buruk dan sia-sia. Sayyidina cAli r.a sering menasihatkan agar umat Islam sentiasa menjaga lidahnya kerana lidah punca sengketa dan bencana seperti pergaduhan dan pertengkaran yang boleh membawa kepada peperangan dan pembunuhan. Lidah juga memainkan peranan dengan timbulnya kebencian di antara satu sama lain, dan boleh menyebabkan putus silaturahim dan merenggangkan ukhwah sesama muslim. Keberadaan manusia sebagai makhluk sosial memerlukan suasana yang tenang dan nyaman dan perlunya suasana yang melahirkan rasa persaudaraan. Lidah memainkan peranan penting untuk memantapkan ukhwah tersebut (Shihab, 1996).

Orang yang bijaksana sentiasa berbicara berdasarkan akal yang waras bukan berdasarkan perasaan. Lebih-lebih lagi orang yang cerdik pandai dan alim yang kata-katanya amat mempengaruhi masyarakat. Seandainya orang alim memberi fatwa yang salah mengikut hawa nafsunya akan menyebabkan pengikutnya dan masyarakat sesat, kerana orang bijaksana

(29)

yang berakhlak tidak akan merosakkan umat dengan kata-katanya. Perihal ini jelas dinyatakan dalam ungkapan ke-267. Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda yang bermaksud:

“Siapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara dua rahangnya dan apa yang ada di antara dua kakinya (menjaga kemaluannya agar tak berzina), niscaya aku menjamin syurga baginya”. (At-Tirmidzi, Jami’ Tirmidzi, no. 2416).

Sayyidina cAli r.a juga memiliki pandangan dan pengajaran serta ilmu untuk membimbing manusia ke arah kebaikan dengan perlunya seseorang itu memelihara lidahnya, orang alim memberi pendidikan dengan kata-katanya, mengendalikan akal dengan baik supaya menjadi manusia berbudi pekerti mulia. Akal merupakan pelita yang menerangi jalan untuk menuju kepada hakikat sesuatu. Ia juga berfungsi untuk mencapai matlamat yang baik yang tidak bertentangan dengan akhlak Islam.

Ungkapan Sayyidina cAli menggambarkan kehidupan manusia akan menuju kepada kebinasaan jika ulama’nya terdiri dari ulama’ jahat yang memanipulasi ummat dengan tuturkatanya dan tidak menyampaikan kebenaran terutama dalam memberi panduan, masalah hukum syariah, terutama yang berkaitan dengan akidah tidak ada tolak ansur dan kerana hukum Allah tidak boleh dipermainkan, telah jelas halal dan haramnya. Kata-kata yang keluar dari mulut yang alim mesti berlandaskan ilmu kerana ilmu pengetahuanlah yang menyebabkan rasa takut kepada Allah, dan mendorong manusia kepada amal perbuatan. Ilmu menjadi syarat bagi kesahihan perkataan dan perbuatan seseorang (Al-Qardhawi, 1996).

Jelas di sini peranan akal yang bijaksana akan menguruskan lidahnya dengan baik dan orang yang bijaksana akan berhati-hati dalam berkata-kata lebih-lebih lagi dalam menyampaikan ilmu kerana percakapannya boleh menyebabkan penyakit dalam masyarakat, jika orang yang berilmu tetapi tidak bijaksana dalam berbicara maka akan membawa kepada kehancuran dan keruntuhan akhlak. Rasulullah s.a.w memberi wasiat kepada Saidina cAli yang bermaksud:

“Wahai cAli, bagi orang mukmin ada tiga tanda-tandanya, yang pertama tidak terpaut hati pada harta dunia, yang kedua tidak terpesona dengan pujuk rayu dan yang ketiga benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia dan bagi orang alim itu pula terdapat tiga tanda,

(30)

yang pertama jujur dalam berkata-kata, kedua menjauhi segala yang haram, dan ketiga merendahkan diri” (Dhani, 2012).

Dari hati dan lidah akan terbit segala kejahatan yang mengotori hati dan membuat hati tidak bahagia. Oleh itu, hati dan lidah adalah dua unsur di dalam diri manusia yang menjadi punca kebaikan dan keburukan. Imam cAli menegaskan supaya menjaga kedua-duanya agar selamat ketika menghadap Allah s.w.t. Rasulullah juga pernah memberi amaran kepada Muaz mengenai bahana lidah. Baginda bersabda lagi:

“Mahukah aku khabarkan kepadamu kunci semua perkara?” Muaz menjawab: Tentu, wahai Rasulullah. Baginda pun memegang lidahnya dan bersabda: “Jagalah ini!” Muaz bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah kami akan dituntut disebabkan apa yang telah kami ucapkan?” Baginda pun bersabda: “Bukankah manusia tersungkur pada wajah mereka ke dalam api neraka disebabkan ucapan lidah mereka?” (At-Tirmidzi, Jami’ Tirmidzi, no. 2625)

Kata-kata Sayyidina cAli yang dipilih juga mengandungi tema yang membicarakan mengenai kekayaan. Walaubagaimanapun, kekayaan yang dimaksudkan bukanlah kekayaan harta tetapi kekayaan dalam bentuk kebijaksanaan. Daripada aspek kognisi individu, kata-kata tersebut memberi gambaran bahawa Sayyidina cAli menginterpretasikan kebijaksaan akal dan pengetahuan adalah lebih baik daripada kekayaan harta benda. Perkataan ‘kekayaan termahal’ dan ‘harta yang lebih menguntungkan’ menunjukkan bahawa kebijaksanaan adalah kurniaan yang tidak ternilai harganya.

Kebijaksanaan bermakna gambaran yang menyeluruh dan mempunyai pertimbangan yang baik mengenai perkara atau situasi melalui memahami punca dan kesan fenomena. Daripada aspek kognisis sosial, jelas bahawa interpretasi Sayyidina cAli tentang kebijaksanaan ini adalah berpandukan ataupun amat dipengaruhi oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Bahkan, kebijaksanaan merupakan salah satu daripada tiga ajaran utama Nabi Muhammad s.a.w. Firman Allah ta’ala:

انَا وبَّنرَا و ث ْ ف عَا وبْ فٱبوَا و مْ فهِميفِم الًوسُرَا وۭ مْ فهُنْ فمّ اولُتْ فيَا و۟ مْ فهِميْ فلَا وعَا و ك َا و تِميَا و اءَا وٰ مُهُمُلّعَا ويُوَا و ب َا وت َا و كِملْ فٱبٰ ةَا ومَا وكْ فحِملْ فٱبوَا و مْ فهِميكّزَا ويُوَا و ۚ ك َا و نَّنإِم ت َا و نأَا و زُيزِمعَا ولْ فٱب مُيكِمحَا ولْ فٱب Maksudnya:

(31)

Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (Al-Quran, Surah cAli Imran 2:129)

Ayat Al-Quran di atas menyatakan misi Nabi Muhammad saw dengan tiga kategori utama iaitu Al-Kitab (Pengetahuan Al-Quran), al-Hikmah (kebijaksanaan) dan al-Tazkiyah (pembersihan dalaman diri). Setiap kategori adalah bergantung kepada yang lain dan ketiga-tiga gabungan asas tersebut adalah asas-asas yang diperlukan untuk membentuk ciri-ciri seorang Muslim yang benar (Burhan, 2013).

Ulama’ Ibn Al-Qay'im Al-Jawziyah dalam bukunya, Madarij As-Salikeen menakrifkan 'Al-Hikmah' (daripada ayat di atas) secara saintifik dan praktikal. Mengikut istilah saintifik kebijaksanaan ialah mengetahui dan memahami perihal semula jadi sesuatu perkara; pengetahuan yang berhubung dengan kesan dan punca yang berkaitan komposisi fizikal dan fungsi sesuatu perkara dengan mengikut aturan semulajadi Allah dan undang-undang shara’. Manakala daripada istilah praktikal kebijaksanaan ialah melakukan apa yang diperlukan dengan cara yang betul, pada masa yang betul dan di tempat yang betul. Takrif di atas menjelaskan betapa dinamiknya kebijaksanaan, yang menyesuaikan diri dengan mudah dengan apa jua keadaan yang sentiasa berubah. Pendekatan ini boleh digunakan untuk menguruskan apa jua perkara, pada bila-bila masa, di mana tempat dan di bawah mana-mana keadaan.

Sebahagian ulama seperti Imam Syafie pula mentafsirkan perkataan 'Al- Hikmah ' di dalam ayat di atas sebagai tradisi atau sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Baginda s.a.w sendiri menyampaikan dakwah melalui kebijaksanaan yang dikurniakan Allah s.w.t kepada baginda. Sebagai contoh ketika peristiwa pembukaan kota Makkah, Abu Sufyan r.a merasa sangat serba salah kerana tidak dapat berbuat apa-apa untuk menolong penduduk-penduduk musyrikin; walhal beliau adalah pemimpin Quraisy ketika itu. Abu Sufyan r.a. disebut oleh Abbas r.a. sebagai seorang lelaki yang sukakan kemegahan diri. Perkara ini pasti merosakkan reputasi dan mencabar kemegahan beliau. Menyedari hal tersebut, baginda s.a.w lalu memberikannya satu pengiktirafan untuk dia bermegah dengan pengiktirafan tersebut:

(32)

“Sesiapa yang masuk ke rumah Abu Sufyan dia aman. Sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dia aman. Sesiapa yang masuk ke dalam masjid dia aman.”

Mendengar seruan baginda s.a.w itu, Abu Sufyan menjadi bangga kerana rumahnya disamakan seperti Masjidil Haram; tempat yang sangat dihormati beliau. Sekarang beliau tidak perlu merasa serba salah dan tidak perlu lagi kehilangan muka di hadapan penduduk kota Makkah. Kesan daripada peristiwa tersebut, putera Abu Sufyan yang bernama Mu’awiyah lantas memeluk agama Islam (Burhan, 2013).

Nabi Muhammad s.a.w sendiri juga menggalakkan orang yang beriman untuk menggunakan kebijaksanaan pada tahap tertinggi dalam segala tindak-tanduk mereka. Baginda s.a.w bersabda:

"Kebijaksanaan adalah seperti komoditi berharga yang hilang. Seorang mukmin mesti sentiasa berada di dalam pencarian itu. Di mana sahaja dia mendapati kebijaksanaan, dia mesti bertindak atas apa yang ditetapkan (oleh kebijaksanaan tersebut)". (At-Tirmidzi,

Majma'a Al-Fawa'd wa A'athab Al-Mawarid).

Prinsip Islam di atas membuktikan bahawa kebijaksanaan merupakan sebahagian besar daripada kepercayaan Islam. Malah, memahami dan mengamalkan kebijaksanaan adalah cara untuk memahami banyak intipati dan amalan-amalan dalam agama Islam itu sendiri (Burhan, 2013). Banyak hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang mengangkat kelebihan orang yang bijaksana khususnya bijaksana dalam agama. Rasulullah s.a.w bersabda:

لَا واقَا و لُوسُرَا و ل َّنِم ا ىلَّنصَا و ل َّنُ ا هِميْ فلَا وعَا و مَا ولَّنسَا ووَا و هٌ يقِمفَا و دُّ شَا وأَا و ىلَا وعَا و نِماطَا و يْ فشَّنلا نْ فمِم ف ِم لْ فأَا و دٍ Maksudnya:

Seorang yang faqih adalah lebih kuat terhadap syaitan daripada seribu orang ‘abid (ahli ibadah). (At-Tirmidzi, Jami’ Tirmidzi, no. 2690).

(33)

لَا واقَا وفَا و لُوسُرَا و ل َّنِم ا ىلَّنصَا و ل َّنُ ا هِميْ فلَا وعَا و مَا ولَّنسَا ووَا و لُضْ ف فَا و ملِماعَا ولْ فا ىلَا وعَا و دِمبِماعَا ولْ فا يلِمضْ ف فَا وكَا و ىلَا وعَا و مْ فكُانَا ودْ فأَا و مُث لَا واقَا و لُوسُرَا و ل َّنِم ا ىلَّنصَا و ل َّنُ ا هِميْ فلَا وعَا و مَا ولَّنسَا ووَا و نَّنإِم ل َّنَا و ا هُتَا وكَا وئِملَا و مَا ووَا و لَا وهْ فأَا ووَا و ت ِم اوَا ومَا وسَّنلا نَا ويضِم رَا ولْ فَا واوَا و ىتَّنحَا و ةَا ولَا ومْ فنَّنلا يفِم اهَا ورِمحْ فجُ ىتَّنحَا ووَا و ت َا و وحْ فلا نَا وولُّ صَا و يُلَا و ىلَا وعَا و مِملّعَا ومُ س ِم انَّنلا رَا ويْ فخْ فلا Maksudnya:

Kelebihan orang yang ‘alim atas ahli ibadah adalah ibarat seperti kelebihanKu daripada kamu sekalian. Kemudian, baginda bersabda lagi: Sesungguhnya Allah, malaikat-malaikat-Nya, penghuni langit dan bumi, bahkan semut di dalam lubang dan juga ikan akan memohon rahmat kepada guru mereka tentang apa yang baik. (At-Tirmidzi, Jami’ Tirmidzi, no. 2694).

Selain daripada mementingkan kebijaksanaan, Sayyidina cAli r.a juga menempelak kejahilan atau kebodohan dan menganggap kedua-duanya sebagai suatu kefakiran yang boleh membawa ke arah kehancuran. Kejahilan terutamanya dalam agama adalah salah satu penyakit yang sangat merbahaya kerana ia boleh membawa manusia lari jauh daripada syariat Allah s.w.t dan menuju ke arah kesesatan.

Jahil terbahagi kepada dua bahagian iaitu Jahil Basith dan Jahil Murakkab. Jahil Basith adalah kejahilan ringan atau ketidaktahuan yang muncul daripada orang yang boleh dimaklumkan. Kejahilan jenis ini mampu di atasi sekiranya insan tersebut belajar daripada kekurangannya sebelum ini. Sebaliknya Jahil Murakkab adalah kejahilan berat atau kejahilan yang diyakini benar sedangkan ianya berlawanan dengan realiti sebenar. Kejahilan berat inilah kejahilan yang boleh membawa kemusnahan disebabkan ia sesat lagi lagi menyesatkan manusia lainnya (Al-Razi, 2004). Allah s.w.t berfirman:

مْ فأَا و ب ب ُ سَا وحْ فتَا و نَّنأَا و مْ فهُرَا وثَا وكْ فأَا و نَا ووعُمَا وسْ فيَا و وْ فأَا و نَا وولُقِمعْ فيَا و ۚ نْ فإِم مْ فهُ بلَّنإِم مِعَٰنْلَْٱكَ ۖ لْ فبَا و مْ فهُ لُّ ضَا و أَا و بل ً يبِمسَا و Maksudnya:

Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi. (Al-Quran, Surah Al-Furqan 25: 44).

(34)

Ketegaran atas kejahilan ini kemungkinan besar membawa ke arah sifat taksub. Sifat taksub inilah yang ditakuti membawa kesan yang buruk kepada kehidupan manusia. Bukan hanya kepada individu tertentu, bahkan jua kepada masyarakat, negara dan agama. Di samping merendahkan martabat insan, kejahilan tidak mengenal nilai-nilai kerjasama, timbang rasa, kecintaan dan keadilan. Firman Allah s.w.t:

نَّنإِم رَّنشَا و بّآوَدّلٱ دَا ونعِم ل َّنِم ٱب مُّصُّلٱ مُكْبُلْٱ نَا ويذِملَّنٱب الَ نَا وولُقِمعْ فيَا و Maksudnya:

Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya). (Al-Quran, Surah Al-Anfal 8: 22)

Kejahilan yang berserta dengan ketaksuban menyebabkan golongan-golongan ini tidak mampu lagi untuk membezakan mana yang hak dan mana yang batil. Dek kerana ketaksuban, hati mereka menjadi keras dan buta daripada pertimbangan yang waras. Syariat diketepikan dan pertimbangan yang dibuat adalah berdasarkan hawa nafsu dan kepentingan diri semata-mata. Golongan ini makin diberi peringatan atau nasihat makin bertambah bebal dan jahil. Allah s.w.t berfirman: نمَا وفَا وأَا و مُلَعْيَ آمَنّأَ لَا وزِمنأُ ك َا و يْ فلَا وإِم نمِم ك َا و بّرَّن قُّحَلْٱ نْ فمَا وكَا و وَا وهُ ىٰٓمَعْأَ ۚ امَ نَّإِ رُكَّذَتَيَ ا۟ولُو۟أُ ب ِ بَٰلْلَْٱ Maksudnya:

Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. (Al-Quran, Surah Ar-Ra’d 13: 19).

Justeru itu, sebagai pengajaran kepada manusia Allah s.w.t menjanjikan azab yang pedih bagi golongan-golongan ini. Firman Allah ta’ala:

Referensi

Dokumen terkait

Stres adalah reaksi tubuh terhadap situasi yang menimbulkan tekanan,b. perubahan, ketegangan emosi,

Kebijakan puritanisme oleh sultan Aurangzeb dan pengislaman orang-orang Hindu secara paksa demi menjadikan tanah India sebagai negara Islam, dengan menyerang berbagai praktek

Dari hasil penelitian dapat disimpulkan bahwa, ekstrak etanol daun binahong dapat dibuat menjadi sediaan tablet hisap dengan menggunakan variasi konsentrasi maltodekstrin

Hasil ini sesuai dengan penelitian Kim dan Park (2011) di mana perusahaan yang semakin besar berkontribusi terhadap CSR akan lebih berhati-hati dalam melaporkan

Kegiatan pembesaran ini pakan merupakan faktor yang sangat penting untuk pertumbuhan ikan gabus, untuk pemberian pakan pada awal pembesaran disesuaikan dengan ukuran

Adanya pandangan para partisipan dalam penelitian ini bahwa perempuanlah yang merasakan ketidaknyamanan kehamilan dan melahirkan, pentingnya persetujuan suami dalam memilih dan

Dalam teori intervensi yang dirumuskan adalah pantau tanda dan gejala dehidrasi, kaji status nutrisi anak, monitor tanda – tanda vital, timbang berat badan setiap

Walaupun jumlah individu kepiting yang ditemukan di daerah mangrove di perairan Lingga dan sekitarnya, yaitu 175 individu dengan 19 jenis kepiting, lebih