• Tidak ada hasil yang ditemukan

TEMA: MEMPERKENALKAN SAINS

Dalam dokumen Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SAI (Halaman 30-36)

ORGANISASI KANDUNGAN

TEMA: MEMPERKENALKAN SAINS

Bidang Pembelajaran: 1. Pengenalan kepada Sains

Objektif

Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.1 Memahami sains adalah sebahagian daripada kehidupan harian.

Memerihalkan dengan contoh fenomena semula jadi yang murid boleh lihat di sekeliling mereka: a) tumbesaran manusia daripada

bayi hingga dewasa b) kejatuhan bola ke tanah c) pencairan ais

Membincangkan kegunaan dan kelebihan sains dalam kehidupan harian.

Menghadiri ceramah mengenai kerjaya dalam sains.

Murid boleh:

menyenaraikan apa yang dilihat di sekeliling yang berkaitan dengan sains, menerangkan kepentingan

sains dalam kehidupan harian,

menamakan kerjaya dalam sains seperti:

a) guru sains b) doktor c) jurutera

d) saintis alam sekitar

Semasa aktiviti pembelajaran, kemukakan

konsep dan prinsip sains yang telah murid pelajari di sekolah rendah.

Ceramah kerjaya dalam sains oleh ahli professional. benefit – faedah career – kerjaya discuss – bincangkan educator –pendidik importance – kepentingan professional –profesional related – berkaitan

role play –main peranan talks –ceramah natural phenomena – fenomena alam 1.2 Memahami langkah- langkah dalam penyiasatan saintifik. Menjalankan penyiasatan saintifik/eksperimen, contoh:

mengkaji faktor yang mempengaruhi bilangan ayunan bandul ringkas dalam satu jangka masa.

Murid boleh: menyatakan langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik/eksperimen, menjalankan satu penyiasatan saintifik. Penyiasatan saintifik perlu melibatkan penggunaan kemahiran proses sains. affect – mempengaruhi determine – menentukan hypothesis – hipotesis identify – mengenal pasti investigation – penyiasatan involve – melibatkan

measure – mengukur observe – memerhati

Objektif

Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

Murid akan:

a) menentukan apa yang akan dikaji (mengenal pasti masalah) b) membuat tekaan yang bijak

(membina satu hipotesis), c) merancang bagaimana untuk

menguji hipotesis (merancang eksperimen)

mengenal pasti pemboleh ubah,

menentukan radas dan bahan yang diperlukan, menentukan prosedur

menjalankan eksperimen, kaedah mengumpul dan menganalisa data. d) menjalankan eksperimen, e) menulis apa yang diperhatikan

(mengumpul data),

f) mencari makna daripada apa yang diperhatikan (menganalisa dan mentafsir data),

g) membuat keputusan sama ada hipotesis adalah benar

(membuat kesimpulan), h) menulis laporan hasil

penyiasatan (melapor). Langkah (a) hingga (c) perlu dibincangkan sebelum murid menjalankan eksperimen. Aktiviti ini membantu mengenal pasti keupayaan murid dalam menjalankan penyiasatan saintifik. oscillations – ayunan lengkap

swings back and forth – berayun ulang alik pendulum – bandul variable – pemboleh ubah

Objektif

Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

Murid boleh diminta untuk melaporkan hasil penyiasatan mereka kepada kelas. Mereka harus menekankan langkah yang telah diambil, apa yang diubah, apa yang dikekalkan dan apa yang diukur.

.

1.3

Mengetahui kuantiti fizik dan unitnya.

Mengenal pasti kuantiti fizik (panjang, jisim, masa, suhu dan arus elektrik), nilai dan unit sebagaimana tertera pada maklumat produk.

Mencari perkataan imbuhan yang digunakan dalam pengukuran seperti kilo-, senti-, dan mili-. Mencari simbol yang digunakan dalam unit pengukuran.

Mencari nilai bagi setiap imbuhan.

Murid boleh:

menyatakan kuantiti fizik iaitu panjang, jisim, masa, suhu dan arus elektrik,

menyatakan unit S.I. dan simbol yang berpadanan bagi kuantiti fizik,

menyatakan simbol dan nilai imbuhan bagi unit panjang dan jisim: mili -, senti- dan kilo-,

mengenal pasti dan

menggunakan imbuhan yang sesuai dalam pengukuran panjang dan jisim.

Maklumat produk boleh dilihat pada label, kotak peralatan elektrik, paket makanan dsb. S.I. ialah singkatan kepada perkataan Perancis iaitu Systéme International d’Unités yang bermaksud sistem antarabangsa untuk unit. abbreviation –singkatan appropriate –sesuai corresponding symbol – simbol berpadanan electric current – arus elektrik

length – panjang mass – jisim

measurement – ukuran physical quantity – kuantiti fizik

prefix – imbuhan symbol – simbol value – nilai

Objektif

Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.4

Memahami penggunaan alat

pengukuran

Mengukur panjang garis lurus, garis lengkung dan diameter objek

menggunakan pembaris, benang dan angkup.

Menganggar luas bentuk sekata dan tidak sekata menggunakan kertas graf.

Mengukur isipadu cecair

menggunakan silinder penyukat, pipet dan buret.

Menentukan isipadu pepejal sekata dan tidak sekata menggunakan kaedah sesaran air.

Mengukur suhu badan dan suhu air. Membincangkan pemilihan alat yang sesuai apabila membuat ukuran. Mengaplikasikan kemahiran mengukur dalam konteks menjalankan eksperimen.

Murid boleh:

memilih alat yang betul dan mengukur panjang,

menganggar luas bentuk sekata dan tidak sekata menggunakan kertas graf, memilih alat yang betul dan

menyukat isipadu cecair, memilih alat yang betul dan

mengukur suhu badan serta suhu cecair,

menentukan isipadu pepejal menggunakan kaedah sesaran air. . Pastikan murid membuat pengukuran yang betul dan jitu.

calipers – angkup curve – garis lengkung displacement – sesaran estimate – menganggarkan irregular – tidak sekata regular – sekata

Objektif

Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.5

Memahami konsep jisim

Menentukan berat pelbagai objek menggunakan neraca spring. Membincangkan berat sebagai tarikan Bumi (daya graviti) ke atas objek.

Membincangkan jisim sebagai kuantiti jirim.

Menentukan jisim pelbagai objek dengan menggunakan neraca alur/tuas.

Membincangkan perbezaan antara jisim dengan berat.

Mengaplikasikan kemahiran menggunakan neraca spring dan neraca alur/tuas dalam konteks menjalankan eksperimen.

Murid boleh:

menentukan berat suatu objek,

menerangkan konsep berat, menerangkan konsep jisim, menentukan jisim suatu

objek,

menerangkan perbezaan antara jisim dengan berat, mengaplikasikan penggunaan

neraca spring dan neraca alur/tuas dalam konteks menjalankan eksperimen.

Unit untuk berat: Newton Unit untuk jisim: Kilogram

Jalankan eksperimen di mana murid akan menggunakan kemahiran untuk mengukur jisim dan berat.

beam balance – neraca alur determine – menentukan difference – perbezaan force – daya

lever balance – neraca tuas mass – jisim

matter – jirim pull –tarikan

spring balance – neraca spring

Objektif

Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.6 Menyedari kepentingan unit piawai dalam kehidupan harian

Membincangkan pelbagai unit pengukuran seperti unit untuk panjang (kaki, ela, rantai, batu, meter, kilometer), unit untuk berat (paun, auns, kati, tahil, gram, kilogram)

Melakonkan sketsa untuk

menunjukkan masalah yang berlaku apabila tidak menggunakan unit piawai seperti ketika membeli barang di pasar.

Membincangkan kebaikan dan keburukan apabila menggunakan unit pengukuran yang tidak sama.

Murid boleh:

memberi contoh masalah yang mungkin timbul sekiranya unit piawai tidak digunakan.

act out – lakonkan advantage – kebaikan arise – timbul disadvantage – keburukan realising – menyedari standard – piawai scene – babak various – pelbagai

Dalam dokumen Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SAI (Halaman 30-36)

Dokumen terkait