• Tidak ada hasil yang ditemukan

Terdapat unsur-unsur yang telah dirujuk sebagai sumber perundnagan negara

Dalam dokumen PENGAJIAN MALAYSIA Diploma Unit 1 Pelaja (Halaman 66-72)

JENTERA PENTADBIRAN OBJEKTIF

3. Terdapat unsur-unsur yang telah dirujuk sebagai sumber perundnagan negara

3a.4.1. Sistem dan Corak Kehakiman di Malaysia

Mahkamah di Malaysia dibahagikan kepada dua :

1. Mahkamah Persekutuan - Mahkamah Atasan - Mahkamah Rendah - Mahkamah Khas

2. Mahkamah Negeri - Mahkamah Syariah

- Mahkamah Adat

MAHKAMAH PERSEKUTUAN

Mahkamah

1. Mahkamah Atasan

2. Mahkamah Rendah

3. Mahkmah Khas

- Mahkamah Agong - Mahkamah Rayuan

- Mahkamah Tinggi Tanah Melayu dan Borneo - Mahkamah Sesyen

- Mahkamah Juvana

- Mahkamah Majistret Kelas I dan Kelas II - Mahkamah Tuntutan Kecil

- Mahkamah Penghulu - Mahkamah Tentera - Mahkamah Perusahaan - Mahkamah Buruh

- Mahkamah Khas Raja-Raja - Mahkamah Negeri

MAHKAMAH NEGERI 1. Mahkamah Syariah 2. Mahkamah Adat (Sabah dan Sarawak)

- Mahkamah Syariah Rayuan - Mahkamah Tinggi Syariah - Mahkamah Adat Daerah

- Mahkamah Pegawai/ Ketua Adat - Mahkamah Penghulu

Kesimpulan

Didalam bab ini anda telah mendapat penjelasan ringkas tentang struktur pentadbiran di Malaysia. Fungsi YDPA, Perdana Meneteri, Badan Kehakiman dan Perundangan adalah merupakan institusi-institusi pentadbiran yang penting kepada Perseketuan Malaysia. Kesemua institusi dan badan tersebut saling berperanan mengikut peruntukan-peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan Malaysia.

Rujukan

Abdul Aziz Bari & Farid Sufian Shuaib. 2001. Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas dan Masalah. KL: DBP.

____________________. 2002. Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan Dalam Perlembagaan. KL: DBP.dan luar

____________________. 2003. Malaysian Cosntitution: A Critical Introduction. KL: The Other Press.

Ahmad Ibrahim dan Ahilemah Joned. 1992. Sistem Undang-Undang di Malaysia. KL: DBP.

____________________. 1997. Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia. KL: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Mohamed Sufian Hashim. 1987. Mengenai Perlembagaan Malaysia. KL: DBP. Penilaian Keseluruhan

A. Pilih sama ada penytaan berikut BETUL atau SALAH.

1. Perdana menteri dan Kabinet bertanggungjawab dalam menentukan polisi pemerintahahn dalam dan luar negara. (Betul/Salah)

2. Fungsi EXCO di negeri-negeri adalah sama dengan kabinet di Persketuan. (Betul/Salah)

3. Mahkamah Syari’ah kini telah diiktiraf sebagai sebahagian dari institusi kehakiman negara (Betul/Salah)

Unit 3b Kementerian

1. Tugas-tugas Menteri akan dilaksanakn oleh sebuah badan yang dikenali sebagai kementerian. Kemneterian merupakan satu agensi tertinggi dalam jnetera pentadbiran Perseketuan. Portfolio Perdana Menteri berada di Jabatan Perdana Menteri dengan beberapa orang menteri yang memegang pelbagai portfolio seperti undang, agama Islam, perpaduan negara dan tugas-tugas khas.

2. Bagi kementerian yang besar, tugas Menteri akan dibantu oleh seorang Timbalan Menteri yang juga dilantik oleh YDPA.

3. Di Malaysia, hingga setakat ini ada 27 buah kemneterian yang boleh ditambah atau dikurangkan. Ketua pentadbir utama kemneterian ialah Ketua Setiausaha manakala Ketua pentadbir utama di Jabatan perdana Menteri adalah Ketua Setiausaha Negara yang juga secara otomatis mengelai semua ketua-ketua setiausaha kementerian.

3b.1 Jenis-Jenis Kementerian dan Bidang Kuasa

Jenis-Jenis kementerian dapat dilihat dari segi objektif dan fungsi seperti berikut:

1. Jabatan Perdana Menteri – tugas utama kementerian ini adalah untuk melaksana dan memastikan semua dasar-dasar kerajaan tercapai. Antara bahagian-bahagian terpenting dalam JPM ialah Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Jabatan Perkhidamatan Awam (JPA).

2. Kemeterian Kewangan – adalah satu dari antara kementerian yang kanan berfungsi merancang system kewangan untuk kemajuan negara.

3. Kementerian Pertahanan – satu lagi kementerian kanan yang bertugas utamanya ialah melaksana dan mengurus system pertahanan Malaysia.

4. Kementerian Keselamatan dalam Negeri – sebuah kementerian kanan yang bertanggungjawab tentang keselamatan negara. Jabatan PDRM dan Bahagian penguatkuasaan ISA berada dibawah kementerian ini.

5. Kementerian Perusahan Perladangan dan Komoditi - membangun sektor komoditi bagi memberi sumbangan kepada ekonomi negara.

6. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri – menguruskan perkara-perkara yang berikaitan hal ehwal dalam negeri seperti mengendalikan kad pengenalan.

7. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi – memastikan sains dan teknologi negara bergerak maju dan memberi sumbangan kepada pembangunan negara.

8. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) – membangun belia dan memajukan sukan bagi mencapai matlamat wawasan 2020.

9. Kementerian Kesihatan – menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik untuk rakyat. 10. Kemneterian Perumahan dan Kerajaan Tempatan – memastikan pembangunan

perumahan dan kemudahan untuk rakyat dirancang dengan baik.

11. Kemneterian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan – memupuk kebudayaan negara berteraskan dasar Kebudayaan nasional.

12. Kementerian Pelancungan - merancang program galakan pelancungan ke Malaysia untuk meningkatkan pendapatan negara.

13. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah – menjaga kebajikan penduduk di luar bandar.

14. Kementerian Penerangan – memastikan system penyaluran maklumat kerajaan melalui media eletronik, komunikasi bersemuka dan perfileman bagi mewujudkan masyarakat bermaklumat.dn pada masa yang sama memberi kesedaran kepada pengguna

15. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluaraga dan Masyarakat – mewujudkan masyarakat penyayang dalam institusi keluarga dan lain-lain institusi masyarakat. 16. Kementerian Pengangkutan – menyediakan system pengangkutan yang bersepadu

untuk mewujudkan rangkaian pengangkutan yang canggih dan cekap.

17. Kementerian Sumber Manusia – mewujudkan sumber manusia bertaraf dunia.

18. Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Dalam Negeri – menjaga kebajikan pengguna agar menajdi pengguna bijak.

19. Kementerian Kerjaya – membangun dan memajukan infrastuktur, industri pembinaan dan perkhidmatan profesioanl yang berkualiti supaya dapat menyumbang kepada ekonomi negara.

20. Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi – memastikan infrastruktur tenaga, air dan komunikasi memberikan faedah kepada pengguna.

21. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi – menyediakan kemudahan untuk bakal usahawan bagi mewujudkan pembanugunan usawahan yang tulen dan berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan dan beraya saing dalam semua sektor.

22. Kementerian Pelajaran Malaysia – salah sebuah kementerian yang kanan menyediakan sumber tenaga manusia yang berilmu dengan menyediakan peluang- peluang pendidikan.

23. Kementerian Luar – menjaga dan menjalin hubungan dengan negara lain.

24. Kementerian Perdagangan Antara Bangsa dan Industri – satu lagi kemneterian yang kanan berfungsi untuk mewujudkan perdagangan dengan negara luar bagi faedah negara.

25. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar – menguruskan sumber asli negara ketahap yang minimum.

26. Kementerian Wilayah Perseketuan – melaksanakan pembangunan Wilayah Perseketuan

27. Kementerian Pengajian Tinggi – satu kemeneterian yang baru ditubuhkan untuk khusus mengurus hal ehwal pengajian tinggi negra.

3b. 2. Bidang Kuasa

Bidang kuasa kementerian adalah luas. Masing-masing kementerian mempunyai peruntukan undang-undang dan peraturan-peraturan tetap bagi menjalankan dasar, rancangan dan program pembangunan negara demi kesejehteraan rakyat. Setiap kemneterian terdapat Bahagian Undang-Undang, Perancangan dan Pengurusan. Menteri dengan bantuan Timbalan-Timbalan Meneteri serta Setiausaha-Setiausaha Parlimen mempunyai kuasa mengikut kedudukan jawatan masing-masing dalam sesebuah kementerian.

Aktiviti

Soalan Objektif

1. Menteri yang bertanggung jawab menegnai undang berada dibawah: A. Kementerian Undang-Undang

B. kmeneterian Hal Ehwal dalam Negeri C. Jabatan Perdana Menteri

D. Jabatan peguam Negara

A. Kementerian Pengajian Tinggi telah wujud sebelum ini B. Kementerian Pengaian Tinggi baru diwujudkan

C. Kementerian Pengajian Tinggi pernah diwujudkan pada satu ketika

D. Kementerian Pengajian Tinggi tidak berbeza dengan Kemneterian Pelajaran 3. Jabatan Perkhidmatan Awam berada dibawah:

A. Kementerian Sumber Manusia B. Jabatan Perdana Menteri

C. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri D. Kementerian Pelajaran

3b.3 Suruhanjaya

1. Untuk memastikan jentera pentadbiran kerajaan berjalan dengan lancer dan sistematik, kerajaan telah menubuhkan dua jenis suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Tetap dan Suruhanjaya Sementara.

2. Contoh Suruhanjaya Tetap ialah Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Sementara ialah Suruhanjaya Di Raja Mengenai Pita Linggam.

3. Bagi menjamin suruhanjaya ini bebas dan tidak ada campur tangan daripada pihak tertentu, ahli-ahli suruhanjaya dilantik secar khas. Mereka dilantik oleh YDPA setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja. Antara Suruhanjaya Tetap ialah:

(a) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam - berfungsi untuk melantik, menegsahkan, memasukkan kedalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tata tertib ke atas anggota bagi perkhidmatan –perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya.

(b) Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan - melaksanakan urusan pengambilan dan perkhidmatan anggota perkhidmatan pendidikan dengan cekap dan berkesan.

(c) Suruhanjaya Pasukan Polis – bertanggungjawab melantik, mengesahkan, memasukkan kedalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran dan menjalankan kawalan tata tertib keatss anggota pasukan polis.

(d) Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Dan Undang-Undang – bidang kuasanya adalah untuk mengurus perkhidmatan kehakiman dan undang- undang dari perlantikan, kenaikan pangkat, pemecatan dan lain-lain aspek yang relevan seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan Perseketuan.

(e) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) - berfungsi untuk mendengar pandangan-pandangan dari rakyat Malaysia sama ada individu,

organisasi serta institusi dalam perkara-perkara yang berkaiatan dengan hak asasi individu seperti yang tecatat dalam Perlembagaan Perseketuan.

Unit 3c

Kerajaan Tempatan

1. Kerajaan Tempatan berada pada tahap ketiga dalam system pentadbiran negara Malaysia.

2. Meskipun bidang kuasanya adalah terhad jika dibandingkan dengan kuasa kerajaan pusat dan negeri-negeri, ia tetap penting kerena kewujudannya membuktikan prinsip demokrasi berjalan di negara ini.

3. Kerajaan Tempatan adalah dekat dengan rakyat diperingkat akar umbi.

4. Pada tahun 1965, sebuah Suruhanjaya Penyiasatan Di Raja telah ditubuhkan dengan Senator Athinahapan menjadi Pengerusinya. Fungsi Suruhanjaya Di Raja adalah untuk seperti berikut: (a) Memupuk perpaduan kebangsaan; (b) Kecekapan dalam Pentadbiran; (c) Pembangunan sosio ekonomi; (d) Kebebasan dan otonomi dalam pengurusan kewangan dan pentadbiran; (d) Demokrasi.

5. Strukur Kerajaan Tempatan di Malaysia adalah seperti berikut: Dewan bandarRaya, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaran dan Majlis Tempatan. Kuala Lumpu adalah bersatatus Bandar Raya pertama di Malaysia.

Aktiviti

1. Suruhanjaya Di Raja bersifat: A. Tetap

B. Sementara

C. Tidak menentu perkhidmatannya D. Dihadkan masa perhidamatannya

2. Penubuhan Suruhanjaya Tetap mesti di perkenankan oleh:

Dalam dokumen PENGAJIAN MALAYSIA Diploma Unit 1 Pelaja (Halaman 66-72)