• Tidak ada hasil yang ditemukan

Calon terlupa menulis ayat penegas/kesimpulan dalam setiap perenggan. Punca Dan Langkah Menangani Gejala Ponteng Dalam

Dalam dokumen contoh karangan (Halaman 31-35)

Kalangan Pelajar

Ponteng merupakan kekangan disiplin yang paling banyak berlaku dan sukar diatasi di sekolah. Antara lain, ponteng bagaikan satu indikator yang menanda aras kelemahan sistem pendidikan Malaysia yang diimplementasikan melalui Dasar Pendidikan Negara (DPN). Perang media menerusi akhbar, majalah, blog dan sebagainya telah pun meletus bagi membincangkan pro serta kontra kegiatan tidak bermoral ini. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan sedang bergiat cergas dengan mengobservasi punca dan ikhtiar bagi menekan kemajuan polemik ini.

Punca bercambahnya masalah ini termasuklah kurangnya didikan duniawi serta ukhrawi daripada ibu bapa. Hal ini berlaku kerana mereka terlalu ghairah mengejar kemewahan hinggakan sanggup mempedulikan asas kehidupan serta dasar keagamaan anak-anak mereka. Bahkan mereka tidak arif bahawa pengabaian inilah yang bakal merosakkan anak bangsa kita. Persis slogan 'pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara', ibu bapa hendaklah mengawasi pergerakan dan pergaulan anak-anak mereka supaya terhindar daripada maksiat seterusnya mengatur strategi kehidupan anak-anak mereka supaya dapat menjadi tonggaknegara pada masa akan datang.

Pemuda watan kita sering tersilap memilih jalan seperti peribahasa menyebut'terlajak perahu boleh diundur, terlajak langkah buruk padahnya'. Hal ini disebabkan, remaja marcapada lebih cenderung memilih rakan yang mengikut trend walhal budaya yang disalurkan adalah negatif. Sudah terlalu menggunung budaya barat yang diisi dalam kotak pemikiran kita sehinggakan kita terlupa kepada budaya asal. Dasar remaja pula, mereka mahukan sesuatu yang lebih menarik dan mengikut peredaran zaman. Jadi apabila wujudnya pengaruh rakan sebaya, mudahlah baginya untuk turut serta dan mencuba perkara baru. Pemilihan kawan yang baik dapat mencorakkan kehidupan kita ke aras yang lebih sempurna.

Di samping itu, peranan media juga menjadi tulang belakang kepada kegawatan ini. Media kini lebih gemar memaparkan program-program yang bertentangan dengan norma masyarakat lokal. Eksploitasi seks terhadap wanita dalam iklan-iklan sebagai intiha, memesongkan iman para remaja seterusnya menyebabkan mereka berpotensi untuk terjerumus ke lembah kehinaan. Selain itu, penapisan filem serta drama dianggap masih longgar kerana wujud adegan-adegan separa lucah yang dapat meracun minda remaja kita. Oleh yang demikian, remaja seringkali terikut-ikut dengan paparan negatif yang jelas berbanding kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Bagi menangani punca-punca ini, pelbagai inisiatif telah diambil oleh variasipihak. Antara cara demi menangani polemik sosial ini ialah mengadakan sesi kaunseling yang melibatkan pihak sekolah, ibu bapa dan remaja itu sendiri. Menerusi pendekatan ini, masalah yang menyebabkan seseorang pelajar ponteng dapat dikesan. Pihak kaunselor harus menerangkan impak negatif aktiviti ponteng supaya pelajar tersebut sedar dan berhati-hati menongkah arus kehidupannya. Hal ini dilihat berkesan demi mengurangkan kadar pertambahan bilangan pelajar yang ponteng sekolah, kerana peribahasa ghalib menyebut "sediakan payung sebelum hujan". Makanya, apabila pihak yang berkenaan sudah mengetahui punca-punca gejala ponteng, usaha membanteras juga lebih efektif.

Seterusnya, para pelajar haruslah faham bahawa gejala ponteng bukanlah aktiviti yang menjamin masa depan. Sepatutnya, masa yang terluang diisi dengan ilmu dan pengajaran sebagai bekalan untuk masa hadapan. Pihak kerajaan pula perlulah menitikberatkan peraturan dan undang-undang kerana para pelajar dilihat memandang sebelah mata akan peraturan sekolah seolah-olah tiada mata yang melihat pergerakan mereka. Apabila peraturan dan hukuman dilaksanakan, pelajar-pelajar akan tergerak daripada mimpi dan sedar bahawa kebebasan yang dikecapi adalah terhad.

Tuntasnya, semua pihak terutamanya pelajar sendiri haruslah bertanggungjawab membaik pulih sistem pendidikan negara agar dapat memacu kejayaan negara seterusnya bersaing dengan kuasa besar antarabangsa yang lain. Janganlah kita menjatuhkan air muka negara sendiri tatkala rumpun lain asyik memperlekehkan kemampuan kita. Sesungguhnya pentarbiahan yang sempurna menjamin keterjelmaan negara seiring dengan Gagasan 1Malaysia.

KOSA KATA:

1.

Kekangan = masalah / halangan

2.

Indikator = penunjuk aras

3.

Menanda aras = penunjuk tahap

4.

Diimplementasikan = dilaksanakan

5.

Pro serta kontra = kebaikan dan keburukan

6.

Mengobservasi = memantau

7.

Polemik = perdebatan

8.

Tonggak = asas

9.

Watan = tanah air

10.Marcapada = kini

11.Kotak pemikiran = minda / pemikiran

12.Norma = adat / kebiasaan

13.Lokal = setempat

14.Ekploitasi – mengambil kesempatan

15.Intiha = pengakhiran

16.Inisiatif = daya usaha

17.Variasi = pelbagai

18.Impak = kesan

19.Menongkah arus kehidupan = menyonsong cabaran hidup

20.Ghalib = biasa

21.Efektif = berkesan

22.Keterjelmaan = penjelmaan

Peranan Ibu Bapa dalam Mengurangkan Gejala Sosial

Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yangmampu meranapkan peradaban bangsa dan negara melanda golongan remaja.Akhir-akhir ini, berita mengenai golongan remaja yang terjebak dalam gejalasosial kerap terpampang di dada akhbar. Isu inimenjadi suatu isu yang hangatdiperkatakan dan sering menjadi buah mulut orang ramai. Antara penyakit sosialyang dimaksudkan ialah gejala vandalism, buli dan ponteng. Keutuhan institusi keluargabegitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga institusi keluarga diibaratkanseperti batu bata dalam sesebuah bangunan. Malah, institusi keluarga begitupenting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga kempen Rumahku Syurgakudiadakan secara besar-besaran. Program ini menekankan kepentingan rumahdiibaratkan sebagai syurga

untuk memastikan keutuhan institusi keluarga.Oleh itu, ibu bapa perlulah menyahut cabaran bagimenghalang golongan remajadaripada terjebak dalam gejala sosial. Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepadaanak-anak mereka dan mengasuh kepadaanak-anak-kepadaanak-anak bagai menatang minyak yangpenuh. Ibu bapa perlu menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilaidan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikapsesetengah ibu bapa yang hanya sibuk mengejar harta kekayaan perlulahdikikis sama sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai kebendaan danmaterialistik yang ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka terlalusibuk dengan kerja mereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka.Contohnya, pada hujung minggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untukmelakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama-sama anak-anak mereka. Ibu bapabolehlah membawa remaja makan angin di destinasi-destinasi yang menarik dinegara kita. Hadis ada menyatakan bahawa anak-anak diibaratkan sepertikain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Sememangnya, ibu bapa perlu mampumengimbangi kepentingan keluarga dan kerjaya mereka kerana anak-anak merekaamat memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu.

Golongan remaja perlulah dibekalkan dengan didikan agama dan moralyang sempurna . Ibu bapa perlulah menekankan kepentingan ajaran agama terhadappembentukan mental remaja kerana didikan agama dan moral dapat menjamin bahawaremaja akan dapat membezakan antara perkara yang baik dengan yang buruk danseterusnya mendorong remaja mengawal tingkah laku mereka. Tanggapan sesentengahibu bapa bahawa tanggungjawab mereka tidak lebih daripada menyekolahkan danmenyediakan makan minum anak-anak tidak benar sama sekali. Mereka jugaharus memastikan bahawa anak-anak mereka mendapat ajaran agama yang sempurna. Sebagaicontoh, ibu bapa perlulah meluangkan masa untuk membekalkan ajaran agamakepadaanak-anak mereka sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah darirebungnya. Didikan agama yang dibekalkan kepada remaja dapat memastikan bahawaanak-anak mereka mempunyai benteng diri yang kukuh untuk menolak ajakanrakan-rakan untuk melibatkan diri dalam apa-apa tindakan yang mampu memburukkanimej diri dan merosakkan nama baik sesebuah keluarga.

Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadapkebajikan anak-anak mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak merekadi sekolah. Dari semasa kesemasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untukmenghubungi pihak sekolah untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi olehanak-anak mereka. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menghadirkan diri dalamsebarang pertemuan antara ibu bapa dan guru. Dengan ini, pihak sekolah,guru dan ibu bapa akan dapat bermuafakat dan bekerjasama untuk membantu remaja yangbermasalah dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ibu bapa perlumemastikan bahawa nasihat yang diberikan oleh mereka kepada anak-anak merekatidaklah Bagai me ncurahkan air ke daun keladi. Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Masalahremaja perlu dikesan sebelum terlambat kerana mencegah itu lebih baik daripadamengubati. Ibubapa memainkan peranan untuk menjaga kepentingan anak-anak merekadengan meletakkan kepentingan anak-anak mereka melebihi harta benda dan wangringgit. Bukan itu sahaja, ibu bapa haruslah menjadi teladan kepadaanak-anak mereka . Ibu bapa sememangnya perlu memastikan segala tingkah lakudan pertuturan mereka kerana segala perlakuan mereka akan diperhatikan olehanak-anak mereka. Malah, segala tingkah laku ibu bapa akan ditiru olehanak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa yang mempunyai tabiat buruk seperti merokokperlulah bertaubat dan berhenti merokok kerana anak-anak mereka berkemungkinan besarakan terpengaruh dan seterusnya merokok. Ibu bapa perlulah mengatasi apa-apakelemahan yang ada pada

diri mereka agar perbuatan mereka tidak akanmenyebabkan anak-anak mereka terdedah kepada amalan yang kurang sihat. Ibu bapatidak harus bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Dengan ini,golongan remaja tidak akan terpengaruh dengan tabiat buruk ibu bapa mereka danseterusnya tidak akan melakukan gejala sosial yang mampu menghancurkan masadepan mereka.

Kesimpulannya, gejala sosial yang menjadi duri dalam daging perludihapuskan dari akar umbinya kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.Ibu bapa perlulah mengambil langkah-langkah yang drastik dan berkesan bagimemastikan golongan remaja tidak akan menjangkiti sebarang penyakit sosialkerana remajalah yang akan mencorakkan negara pada masa hadapan. Mereka harusdibimbing agar akan menjadi modal insan yang berintegriti dan berwawasan.Secara tidak langsung, impian negara untuk melahirkan golongan yang berminda kelas pertama akan dapat direalisasikan.

Dalam dokumen contoh karangan (Halaman 31-35)

Dokumen terkait