• Tidak ada hasil yang ditemukan

contoh karangan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "contoh karangan"

Copied!
35
0
0

Teks penuh

(1)

Penulisan 3 : Dimensi Keluarga : Peranan Ibu Bapa

Memupuk Minat Membaca

Minat membaca terutama membaca buku-buku ilmiah

dalam kalangan anak remaja belum mencapai tahap

yang memuaskan. Ibu bapa memainkan peranan penting

untuk menggalakkan anak-anak mereka membaca

karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang

cinta akan ilmu.

Nyatakan usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa

untuk mencapai hasrat tersebut.

Pada era globalisasi ini, ibu bapa memainkan peranan

penting untuk menggalakkan anak-anak mereka membaca

karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang cinta

akan ilmu pengetahuan. Hal ini demikian kerana anak-anak

muda pada era ini, lebih gemar membaca bahan-bahan bacaan

yang ringan seperti surat khabar, novel cinta, komik, majalah

hiburan dan animasi kartun. Majalah atau buku yang sarat

dengan ilmu dan pengetahuan seperti buku-buku motivasi,

pembinaan kendiri, falsafah, Majalah Dewan Masyarakat,

Solusi, Dewan Budaya, Al Islam, dan Anis kurang diminati

malah ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu akan

kewujudan majalah tersebut di pasaran. Mereka berpendapat

bahawa membaca karya-karya ilmiah dianggap berat dan

membosankan kerana memerlukan minda untuk berfikir

sedangkan majalah atau buku-buku yang berunsurkan hiburan

lebih seronok untuk dibaca kerana pembacaan bagi mereka

hanya sekadar mengisi ruang kosong dalam masa senggang

sahaja. Apa pun yang jelas, buku yang baik adalah kunci

kepada khazanah kebijaksanaan. Ibu bapa merupakan insan

yang penting untuk melahirkan anak yang berilmu, bersahsiah

baik dan dihormati oleh orang lain. Persoalannya, apakah

modus operandi yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk

melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan?

Untuk memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak,

ibu bapa haruslah membawa anak-anak ke pesta buku atau

pameran buku seperti Pameran Buku Antarabangsa di PWTC

yang diadakan pada setiap tahun. Hal ini dapat melahirkan

generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Apabila ibu bapa

membawa anak-anak ke pameran buku, minat anak-anak untuk

membaca buku akan bercambah. Anak-anak akan dapat

(2)

melihat pelbagai jenis buku yang menarik serta

menyeronokkan untuk dibaca. Mereka berpeluang untuk

memilih buku-buku yang disukai dan diminati. Dalam hal ini,

peranan ibu bapa amat penting untuk membimbing anak-anak

agar dapat memilih buku yang berkualiti yang mampu

membina pemikiran atau minda anak. Selain itu,

anak-anak juga berpeluang untuk membaca buku-buku yang

berunsurkan keagamaan, falsafah, motivasi dan sebagainya..

Hal ini secara tidak langsung, dapat meningkatkan ilmu

pengetahuan dalam diri anak-anak. Di samping itu, anak juga

berpeluang untuk membaca buku-buku yang memaparkan

sejarah negara lain. Hal ini, dapat meningkatkan pengetahuan

am anak-anak tentang Negara luar. Tegasnya, usaha ibu bapa

membawa anak-anak mereka ke pameran buku merupakan

salah satu langkah efektif yang melahirkan minat anak-anak

untuk membaca karya-karya ilmiah dan menjadi ulat buku dan

seterusnya menjadi generasi yang cinta akan ilmu

pengetahuan.

Selain itu, ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada

anak-anak dalam aspek membaca. Justeru, ibu bapa

hendaklah memulakan budaya membaca di rumah dengan

menyediakan persekitaran yang boleh merangsang minat

anak-anak untuk membaca buku-buku ilmiah. Ibu bapa

hendaklah membaca buku-buku dan surat khabar pada setiap

hari terutama pada waktu senggang. Perbuatan ibu bapa yang

suka membaca pasti akan dicontohi dan diikuti oleh anak-anak

kerana pepatah menyatakan bagaimana acuan begitulah

kuihnya, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Pada

zaman ini, anak-anak tidak tahu untuk mengisi masa lapang

dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah Jadi, ibu bapa boleh

mendidik anak-anak sejak kecil lagi untuk membaca buku-buku

ilmiah. Bak kata pepatah,melentur buluh biarlah dari

rebungnya dan asas pendidikan bermula dari rumah. Ibu

bapa boleh melakukan aktiviti membaca bersama anak-anak

pada hari cuti sewaktu semua ahli keluarga berehat di rumah.

Dalam hal ini, Ibu bapa janganlah menjadi seperti ketam

mengajar anaknya berjalan betul, sedangkan diri

sendiri tidak betul. Sekiranya, ibu bapa tidak pernah

membaca bahan-bahan ilmiah, bagaimanakah anak-anak

hendak membaca bahan-bahan tersebut. Anak-anak akan suka

membaca apabila melihat orang tuanya membaca. Jelasnya,

ibu bapa harus menjadi suri teladan yang baik kepada

(3)

anak-anak kerana anak-anak-anak-anak akan menjadikan membaca sebagai

satu amalan ke mana-mana sahaja mereka pergi bak kata

pepatah kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi

pulau, terlontar ke udara menjadi kejora, dicampak ke

bumi menjadi penawar.

Di samping itu, Ibu bapa perlu menambahkan sumber

bacaan dengan membeli banyak buku atau majalah yang

mengandungi ilmu pengetahuan yang boleh mengembangkan

minda anak-anak. Pepatah menyatakan bahawa membaca

jambatan ilmu. Apabila anak- anak banyak membaca, sudah

tentu pengetahuan mereka pun akan meningkat. Sebagai ibu

bapa, mereka hendaklah membeli bahan bacaan secara tetap

pada setiap bulan seperti Majalah Dewan Masyarakat, Dewan

Pelajar, Dewan Siswa, Al Islam dan Solusi selain surat khabar

yang dibeli secara harian. Secara tidak langsung, anak-anak

akan tertarik untuk membaca buku-buku dan majalah yang

mengandungi banyak ilmu dan pengetahuan yang dibeli oleh

ibu bapa mereka. Minat untuk membaca bahan-bahan yang

berkualiti pasti akan bercambah dalam jiwa mereka. Anak-anak

yang disuburkan dengan budaya membaca, pasti dapat

membina jati diri unggul, mempunyai minda sihat,

berketerampilan sebagai orang berilmu dan berpengetahuan

tinggi. Selain itu, ibu bapa boleh memberikan hadiah berupa

buku sempena hari lahir atau hadiah sempena kejayaan

anak-anak dalam pelajaran atau peperiksaan sebagai ganjaran.

Sebagai contohnya, ibu bapa boleh menghadiahkan buku-buku

motivasi sempena hari lahir anak. Hadiah tersebut dapat

memotivasikan diri anak-anak. Mereka akan belajar

bersungguh-sungguh kerana menghargai jasa ibu bapa. Amalan

seperti ini akan menyebabkan anak-anak hidup dalam dunia

buku. Tak kenal maka tak cinta.

Seterusnya ibu bapa juga hendaklah menggalakkan

anak-anak membaca buku dengan cara mendaftar anak

mereka menyertai kelab buku. Melalui penyertaan dalam kelab

buku, anak-anak akan menyertai pelbagai aktiviti dan

mengetahui perkembangan buku yang terkini. Sebagai

contohnya, anak-anak boleh menjadi ahli Kelab Buku Ilmiah

yang ditubuhkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Apabila

anak-anak menjadi ahli kelab buku, mereka didedahkan dengan

pelbagai perkara yang berkaitan dengan buku. Secara tidak

langsung, anak-anak juga dapat membezakan bahan bacaan

yang bermutu dan bahan bacaan yang tidak berkualiti.

(4)

Anak-anak pasti memilih bahan-bahan yang berkualiti kerana boleh

mematangkan minda seseorang dalam mengeluarkan

pendapat atau melakukan tindakan. Selain itu, ibu bapa juga

boleh menggalakkan anak-anak menyertai Kempen Galakan

Membaca dan Kembara Buku yang dianjurkan oleh pelbagai

pihak. Dengan menghadiri kempen-kempen membaca,

anak-anak bukan sahaja mendapat kesedaran tentang pentingnya

membaca malah ibu bapa turut memperoleh manfaatnya.

Tegasnya, ibu bapa perlulah membawa anak-anak menghadiri

kempen-kempen membaca dan menggalakkan anak-anak

menyertai ahli kelab buku agar anak-anak membaca

bahan-bahan ilmiah yang dapat membentuk anak-anak menjadi insan

yang mulia dan disanjung tinggi.

Selain itu, ibu bapa boleh membina perpustakaan mini

yang mengandungi bahan-bahan ilmiah yang menempatkan

pelbagai jenis buku ilmiah seperti novel karya agung, kamus,

buku- buku agama, dan buku motivasi diri selain buku

pelajaran dan buku rujukan. Hal ini dapat menyuburkan minat

anak-anak untuk membaca buku-buku yang disimpan di rak

buku tersebut. Ibu bapa juga hendaklah memainkan peranan

dan memastikan anak mereka membaca buku-buku yang

disediakan dalam perpustakaan mini di rumah. Anak-anak

juga digalakkan untuk membaca surat khabar atau majalah

ilmu pada setiap hari dan membaca sebuah buku pada setiap

minggu. Hal ini akan menyebabkan masa lapang anak-anak

terisi dengan aktiviti membaca tanpa perlu keluar rumah.

Perpustakaan mini yang disediakan oleh ibu bapa tidak

memerlukan modal yang banyak. Buku-buku dan majalah yang

dibeli pada setiap bulan boleh disimpan dalam perpustakaan

mini tersebut. Pembacaan buku dan majalah yang berulang kali

dapat menguatkan minda anak-anak. Pepatah menyatakan

bahawa bangsa yang membaca, bangsa yang berjaya. Apabila

anak-anak sudah biasa didedahkan untuk membaca surat

khabar pada setiap hari dan sebuah buku pada setiap minggu,

anak-anak akan biasa berbuat demikian dan menjadikan

membaca sebagai amalan rutin harian keranaalah bisa, tegal

dek biasa. Mereka akan selalu membaca apabila ada masa

terluang dan mereka akan menghargai masa kerana masa itu

emas. Tambahan pula, jika ibu bapa mempunyai waktu

terluang, mereka bolehlah membawa anak-anak ke

perpustakaan awam yang berhampiran dengan tempat tinggal

mereka. Perpustakaan awam memuatkan berjuta-juta buku

(5)

yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan anak-anak.

Malahan, apabila anak-anak pergi ke perpustakaan awam,

mereka dapat membaca buku dalam keadaan yang senyap,

aman, damai dan tenang. Jelasnya, usaha ibu bapa membawa

anak-anak mereka ke perpustakaan awam dan menyediakan

perpustakaan mini di rumah dapat melahirkan generasi yang

cinta akan ilmu pengetahuan.

Tambahan lagi, ibu bapa juga boleh memupuk minat

membaca bahan-bahan ilmiah dengan membimbing anak-anak

mereka melayari internet. Internet merupakan sumber ilmu

yang boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Namun,

terdapat remaja yang yang menyalahgunakan Internet seperti

melihat gambar-gambar lucah. Dalam konteks ini, ibu bapalah

merupakan pembimbing kepada anak-anak mereka. Ibu bapa

perlu mendidik anak-anak melayari internet untuk mencari

judul buku ilmiah yang terkenal supaya boleh dibeli di

kedai-kedai buku berhampiran. Hal ini dapat menggalakkan

anak-anak membaca karya-karya ilmiah supaya boleh melahirkan

generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Ilmu yang

diperoleh daripada bahan-bahan ilmiah boleh dijadikan sebagai

panduan hidup. Hal ini disebabkan mesej-mesej yang

terkandung dalam bahan bahan ilmiah penting dalam

kehidupan. Justeru, ibu bapa memainkan peranan yang penting

dalam memupuk minat membaca buku-buku ilmiah.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya

simpulkan bahawa untuk melahirkan generasi yang cinta akan

ilmu pengetahuan, ibu bapalah yang memainkan peranan

penting menggalakkan anak-anak membaca bahan-bahan

ilmiah. Ibu bapa harus menanamkan sikap suka membaca

dalam kalangan anak mereka kerana membaca akan

menjadikan minda anak-anak mereka cerdas. Oleh hal yang

demikian, ibu bapa mestilah menjadi pendorong untuk

menyemaikan minat membaca dalam kalangan anak

mereka. Jika anak-anak sudah jatuh cinta dengan aktiviti

membaca, kejayaan dalam bidang pelajaran akan terbentang

luas di depan mereka pada masa depan. Ibn Khaldun dalam

karya besarnya,Muqaddimah, pernah berkata bahawa kekuatan

ilmu bukan sahaja menjadi syarat dan pelengkap kepada

kekuatan fizikal, malah memberi arah dan makna kepada

manusia dan bangsa terbabit. Tegasnya, ibu bapa memainkan

peranan yang penting dalam melahirkan generasi yang cinta

akan ilmu pengetahuan.

(6)

Keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Oleh itu, pendidikan anak-anak sebenarnya bermula dari rumah.

Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

Profesor Di raja Ungku Aziz pernah mengatakan bahawa rumah merupakan

universiti pertama bagi anak-anak dan ibu bapa pula merupakan profesor pertama

bagi mereka . Kata-kata ini jelas menunjukkan bahawa ibu bapa dan setiap ahli

keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan sahsiah

anak-anak . Anak-anak merupakan anugerah dan amanah Tuhan yang tidak ternilai .

Ibu bapa bertanggungjawab untuk mewujudkan rumah tangga yang aman dan

damai kerana anak-anak akan berasa bahagia apabila ibu bapa memberikan

sepenuh kasih sayang dan melindungi diri anak-anak mereka. Anak-anak ibarat

sehelai kain putih , ibu bapalah yang mencorakkan warna pada kain tersebut.

Persoalannya , apakah peranan keluarga khususnya ibu bapa dalam pembentukan

sahsiah anak-anak ? Pada pendapat saya,jawapannya sudah pasti tugas dan

peranan yang boleh dimainkan oleh keluarga terutama seorang insan yang bergelar

ketua keluarga amat penting dan pelbagai dalam melahirkan sahsiah terbilang

dalam kalangan anak-anak mereka.

Ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan pembentukan

sahsiah anak-anak dengan memberikan didikan agama yang sempurna dalam diri

anak-anak . Pepatah sering menyatakan bahawa melentur buluh biarlah dari

rebungnya . Peribahasa ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan agama perlu

diterapkan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi agar anak-anak dapat membuka

minda serta mengelakkan diri daripada terjebak dalam perlakuan negatif .

Penerapan nilai agama dapat membantu anak-anak untuk membezakan antara baik

dan buruk perlakuan yang akan dilakukan . Selain itu , anak-anak juga akan

membesar dengan perpandukan ajaran agama . Didikan agama yang sempurna

merupakan benteng yang ampuh untuk mengelakkan anak-anak terjebak dalam

kancah gejala sosial. Anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga yang

mementingkan didikan agama akan menjadi anak yang baik sahsiah dan akhlaknya .

Sebagai contoh , jika sesebuah keluarga mempunyai pegangan agama yang kuat,

anak-anak mereka akan mempunyai tingkah laku yang baik kerana madu satu tong

dirembes, rembesnya madu juga. Jelaslah bahawa pendidikan agama yang

secukupnya sangat penting untuk membentuk sahsiah anak-anak.

Selain itu, ahli keluarga khususnya ibu bapa berperanan sebagai suri teladan

kepada anak-anak bagi memastikan anak-anak mempunyai sahsiah yang baik . Hal

ini demikian kerana anak-anak yang berusia setahun jagung memang mudah

(7)

mencontohi sebarang bentuk perlakuan orang yang lebih dewasa daripadanya.

Dengan erti kata lain, sekiranya ahli keluarga yang lebih tua memiliki sahsiah yang

baik, sudah tentu perbuatan ini dapat dicontohi oleh anak-anak kerana pepatah

Melayu ada mengatakan bahawa ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi .

Sebagai contohnya , jika ahli keluarga yang lebih dewasa rajin membaca , sudah

pasti anak-anak yang terdidik dalam suasana demikian akan mencontohi perbuatan

ahli keluarga yang gemar membaca. Tokoh-tokoh pujangga pernah menukilkan

bahawa kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau , terlontar ke udara

menjadi kejora, dicampak ke bumi menjadi penawar. Pernyataan di atas jelas

menunjukkan betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh sesebuah keluarga

dalam pembentukan sahsiah anak-anak . Ibu bapa perlulah menjadi suri teladan

yang boleh dicontohi anak-anak . Ibu bapalah yang akan mencorakkan kehidupan

anak-anak di peringkat awal. Sekiranya corak yang dilakar menarik dan cantik ,

maka akan baik dan eloklah pembentukan akhlak anak-anak. Anak –anak yang

sering mencontohi perbuatan ibu bapa yang baik , tidak akan sesekali cuba

melakukan sesuatu yang boleh menconteng arang atau menjatuhkan maruah

keluarga. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan

sahsiah anak-anak.

Di samping itu, ibu bapa juga perlulah melatih anak-anak agar saling

bekerjasama

DAN BERKASIH SAYANG BAGI MELAHIRKAN ANAK

-

ANAK YANG BERSAHSIAH MULIA

. D

ALAM HAL INI

,

IBU BAPA PERLULAH MEMBERIKAN SEPENUH KASIH SAYANG KEPADA DIRI ANAK

-

ANAK BAGAI MENATANG MINYAK YANG PENUH AGAR ANAK

-

ANAK TAHU MENGHARGAI HIDUP UNTUK SALING BERKASIH SAYANG

. I

BU BAPA PERLU MELETAKKAN PANGGILAN MANJA UNTUK ANAK

-

ANAK SEPERTI PANGGILAN

K

AK

L

ONG ATAU

A

BANG

L

ONG BAGI ANAK SULUNG DAN

K

AK

N

GAH ATAU

A

BANG

N

GAH BAGI ANAK KEDUA SUPAYAKEMESRAAN DAN KASIH SAYANGSESAMA AHLI KELUARGA TIDAK LUPUT

.

B

UDAYA TERIMA KASIH JUGA PERLU DIAJARKAN KEPADA ANAK

-

ANAK SUPAYA WUJUD RASA PENGHARGAAN TERHADAP ORANG LAIN SETIAP KALI MENERIMA BANTUAN

. I

BU BAPA JUGA HENDAKLAH MELATIH ANAK

-

ANAK BEKERJASAMA DALAM MELAKUKAN SESUATU PERKARA DAN KERJA RUMAH AGAR ANAK

-

ANAK MEMBESAR DALAM SUASANA YANG SALING BEKERJASAMA

. P

ERBUATAN SEPERTI INI AKAN TERBAWA

-

BAWA APABILA ANAK

-

ANAK SUDAH DEWASA DAN MEMPUNYAI KELUARGA SENDIRI

. J

ELASNYA

,

IBU BAPA YANG BERPERANAN UNTUK MEWUJUDKAN KERJASAMA DAN KASIH SAYANG DALAM KALANGAN AHLI KELUARGA AKAN DAPATMELAHIRKAN WARGA YANG BERSATU

-

PADU DAN SALING MENGHORMATI

.

S

ETERUSNYA

,

IBU BAPA PERLULAH MENDIDIK ANAK

-

ANAK CARA HIDUP SEDERHANA DAN BERTANGGUNGJAWAB

. I

BU BAPA HARUS MENYEDIAKAN JADUAL TUGASAN DI RUMAH SUPAYA ANAK

-

ANAK LEBIH BERTANGGUNGJAWAB

. A

NAK

-

ANAK PERLU DIAJAR TENTANG PENGURUSAN DIRI SEPERTI MEMBASUH BAJU

,

MENGGOSOK

(8)

PAKAIAN DAN MENYIMPAN BAJU DALAM ALMARI

. A

NAK

-

ANAK JUGA PERLU DIAJAR SUPAYABERSIFAT SEDERHANA DAN BERSYUKUR DENGAN APA

-

APA SAHAJA YANG ADA DI RUMAH MEREKA

. H

AL INI AMAT PENTING UNTUK MELAHIRKAN ANAK

-

ANAK YANG SENTIASA BERSYUKUR DENGAN APA YANG DIMILIKI

. I

BU BAPA JUGA PERLU MENERAPKAN NILAI KESEDERHANAAN DIRI ANAK

-

ANAK DI RUMAH AGAR ANAK

-

ANAK DAPAT MENJADI INSAN YANG SENTIASA BERJIMAT CERMAT DAN TIDAK BOROS DALAM BERBELANJA

. A

NAK

-

ANAK YANG SUDAH DITERAPKAN DENGAN HIDUP YANG SEDERHANA AKAN MEMBESAR SEBAGAI SEORANG YANG SEDERHANA SIKAPNYA

,

TIDAK SOMBONG DAN TIDAK BERLEBIHAN DALAM SESUATU PERKARA

. A

NAK

-

ANAK JUGA MELAKUKAN SESUATU DENGAN PENUH KEIKHLASAN TANPA MENGHARAPKAN APA

-

APA BALASAN

. H

AL INI PENTING BAGI MELAHIRKAN GENERASI MASA DEPAN YANG BERPANDANGAN JAUH

.

T

EGASNYA

,

PEMBENTUKAN SAHSIAH ANAK

-

ANAK YANG BAIK DAPAT DILAHIRKAN SEKIRANYA IBU BAPA MENDIDIK ANAK

-

ANAK TENTANG CARA HIDUP YANG SEDERHANA DAN BERTANGGUNGJAWAB

.

A

KHIR SEKALI

,

IBUBAPA PERLULAHMEMANTAU SERTAMENGAWASI GERAK GERI ANAK

-

ANAK KHUSUSNYA ANAK

-

ANAK YANG SUDAHMENINGKAT REMAJA

. D

ALAM HAL INI

,

IBU BAPA PERLU MENGETAHUI AKTIVITI YANG DILAKUKAN OLEH ANAK

-

ANAK MEREKA SERTA MENGETAHUI LATAR BELAKANG RAKAN SEBAYA ANAK

-

ANAK

. P

ERGAULAN ANAK

-ANAK DENGAN RAKAN SEBAYA MEMBERIKAN PENGARUH YANG BESAR TERHADAP MASA DEPAN ANAK

-

ANAK KERANA ANAK

-

ANAK LEBIH MUDAH DIPENGARUHI OLEH RAKAN SEBAYA DALAM SEGALA TINDAKAN ATAU KELAKUANNYA KERANA MEREKA MEMPUNYAI PRINSIP

,

NILAI DAN IDENTITI YANG HAMPIR SAMA

. I

BU BAPA TIDAK WAJAR MEMBERI KEBEBASAN YANG SEPENUHNYAKEPADA ANAK

-

ANAK

. H

AL INI DEMIKIAN KERANA ANAK

-ANAK YANG DIBERI KEBEBASAN PENUH OLEH IBU BAPA DIBIMBANGI AKAN TERJEBAK DENGAN PERBUATAN TIDAK BERMORAL YANG BOLEH MENCONTENG ARANG DI MUKA KELUARGA

. O

LEH ITU

,

IBU BAPA PERLULAH MENGENAL PASTI PERUBAHAN YANG BERLAKU TERHADAP ANAK

-

ANAK PADA SETIAP MASA AGAR IBU BAPA BOLEH BERTINDAK LEBIH AWAL

,

BAK KATA PEPATAH

,

BERINGAT SEBELUM KENA

,

BERJIMAT SEBELUM HABIS

. I

BU BAPA PERLULAH MENGAMBIL BERAT DENGAN SIAPA ANAK MEREKA BERKAWAN ATAU BERSAHABAT DAN MENGETAHUI TUJUAN ANAK KELUAR RUMAH DAN BALIK LEWAT KE RUMAH

. S

EKIRANYA IBU BAPA BERTINDAK AWAL

,

SUDAH PASTI MASA HADAPAN ANAK

-

ANAK DAPAT DISELAMATKAN

. J

ELASNYA

,

IBU BAPA PERLULAH MEMANTAU SERTA MENGAWASI GERAK

-

GERI ANAK

-

ANAK AGAR DAPAT MELAHIRKAN ANAK YANG BERPERIBADI MULIA

.

B

ERDASARKAN PERBINCANGAN DI ATAS

,

DAPATLAH SAYA SIMPULKAN BAHAWA IBU BAPA MEMAINKAN PERANAN YANG PENTING DALAM PEMBENTUKAN SAHSIAH ANAK

-ANAK

. U

NTUK MELAHIRKAN ANAK

-

ANAK YANG BERSAHSIAH BAIK

,

IBU BAPA PERLULAH MENYEDARI AKAN

TANGGUNGJAWAB MEREKA UNTUK MENDIDIK ANAK

-

ANAK MENJADI INSAN YANG MULIA

. S

ETIAP AHLI KELUARGA PERLULAH MELENGKAPKAN DIRI MEREKA DENGAN PENGETAHUAN DAN ILMU KEIBUBAPAAN

. H

AL INI PENTING KERANA PEMBENTUKAN SAHSIAH ANAK

-

ANAK HARUS BERMULA DENGAN DIRI KELUARGA ITU

(9)

SENDIRI

. I

BU BAPAHARUS MEMBETULKAN DIRI MEREKA TERLEBIH DAHULU AGAR ANAK

-ANAK DAPAT MENCONTOHI SEGALA PERLAKUAN DAN KEPERIBADIAN MEREKA KERANA MEREKA MERUPAKAN

ROLE MODEL

BAGI ANAK

-

ANAK

. T

EGASNYA

,

RUMAH TANGGA MERUPAKAN KEBUN YANG SUBUR UNTUK MELAHIRKAN INSAN YANG BERJIWA LUHUR DAN BERSAHSIAH MULIA

. “R

UMAHKU

, S

YURGAKU

Salah satu tanggungjawab ibu bapa kepada tanah air ialah membentuk dan mengasuh anak-anak menjadi warganegara yang berjiwa patriotik dan cinta akan negara.

Huraikan peranan ibu bapa bagi memupuk semangat patriotik dalam jiwa anak-anak itu.

Rakyat yang patriotik diibaratkan seorang individu yang sanggup mengorbankan dirinya untuk kepentingan negara tanpa banyak alasan. Antara tindakan yang dilihat sebagai cinta akan negara meliputi amalan bekerja dengan rajin, tidak menimbulkan masalah seperti terlibat dalam jenayah, dan membantu rakyat lain yang miskin. Pihak media massa terutama akhbar telah menggunakan konsep patriotik ini dalam banyak karya penulisan mereka sebagai cubaan untuk menanam semangat ini dalam jiwa rakyat. Sebenarnya, ibu bapa mempunyai peranan besar untuk memastikan semangat ini dimiliki oleh anak-anak generasi muda Malaysia.

Tindakan yang paling mudah ialah ibu bapa sering membawa anak melancong ke tempat bersejarah di negara ini terutama ketika musim cuti sekolah. Anak akan lebih mengerti perjuangan tokoh negara seperti Dato Bahaman dan Mat Kilau apabila mereka dapat melihat sendiri kawasan pertempuran yang berlaku antara pejuang negara dengan penjajah British itu. Mereka boleh membaca penulisan yang biasanya menerangkan serba ringkas perjuangan pejuang ini di kawasan bersejarah itu lalu menimbulkan rasa bangga dan berterima kasih atas perjuangan tokoh tersebut. Jadi, anak akan lebih tinggi semangat cinta akan negaranya apabila sering melawat tempat bersejarah di negara ini.

Selain itu, ibu bapa sendiri hendaklah memaparkan semangat nasionalisme yang tinggi kepada anak sendiri kerana kita tidak mahu digelar umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus pula. Pemaparan teladan ini dilakukan menerusi percakapan, tindakan, penghayatan dan sebagainya yang menjurus ke arah pengorbanan negara terhadap kehidupan mereka selama ini. Anak telah diyakini akan meniru kelakukan orang tua mereka bak kata pepatah bapa borek anak rintik terutama apabila sering didedahkan dengan kelakuan patriotik sebegini. Jadi, teladan ibubapalah yang membawa penyemaian benih nasionalisme dalam jiwa remaja kita tersebut.

Negara kita menyambut kemerdekaan setiap tanggal 31 Ogos dan seharusnya ibu bapa membawa anak untuk sama-sama melihat sambutan hari kebangsaan ini. Biasanya, kawasan sambutan ini akan dipenuhi dengan pelbagai acara yang cuba meniupkan semangat cinta akan negara ini dalam hati mereka yang hadir itu. Suasana yang penuh dengan semangat nasionalisme ini pasti menimbulkan rasa bangga dalam hati anak yang menontonnya itu. Oleh itu, amalan membawa anak ke tempat sambutan hari kebangsaan boleh memupuk rasa cinta akan negara.

Malah, ibu bapa zaman moden ini boleh menggunakan teknologi untuk

menghuraikan semangat patriotik kepada anak mereka. Penggunaan teknologi seperti internet dan telefon pintar membolehkan ibu bapa menyalurkan lebih banyak informasi tentang sejarah negara dengan satu sentuhan sahaja. Ibu bapa boleh

(10)

melayari internet untuk mendapatkan maklumat tentang sejarah negara yang kadangkala begitu mengelirukan itu juga. Sesungguhnya, penggunaan teknologi sebegini mampu memudahkan tugas ibu bapa untuk memastikan anak mereka memiliki rasa cinta akan negara.

Malahan, semangat cinta dan sanggup berkorban demi negara ini boleh disemai dalam jiwa anak menerusi amalan penceritaan ibu bapa. Kisah dahulu ketika negara belum mengalami kemodenan harus diterangkan kepada pelajar agar mereka

memahami erti pengorbanan pejuang dan pemimpin negara yang telah membawa perubahan besar itu. Anak yang selalu mendengar itu akan mula perlahan-lahan menghargai jasa pejuang negara terdahulu lalu memasang impian untuk turut membuat jasa kepada bangsa dan nusa pula. Lantaran itu, ibu bapa yang bijak akan sering bercerita mengenai perubahan pembangunan negara supaya anak

memahami kehidupan yang dialami sekarang berpunca daripada pengorbanan orang terdahulu.

Konklusinya, usaha memupuk semangat cinta akan negara ini memang menjadi tugas ibu bapa. Golongan ini perlulah mahir menggunakan peluang dan situasi yang wujud untuk memudahkan anak memahami makna pengorbanan rakyat yang

sebenarnya. Jika ibu bapa masih mengamalkan sikap lepas tangan dalam menangani isu semangat cinta akan negara ini sudah pasti generasi muda kita akan hilang rasa hormat terhadap negara. Kita harus sedar semua yang berlaku pada masa hadapan berpunca daripada pengorbanan orang terdahulu

Amalan membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

. .

...Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh

menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.

.

...Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil

makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang.

.

...Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan

(11)

biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.

.

...Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya

mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat.

.

...Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat.

.

...Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini.

.

...Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.

.

...Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih

(12)

memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya

Kepentingan Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pendidikan.

...Menjelang tahun 2003, bahasa Inggeris telah mula digunakan dalam pendidikan di Malaysia. Sistem ini dimulakan apabila bahasa Inggeris dijadikan bahasa penghantar untuk mata pelajaran sains dan matematik. Pelaksanaannya dijalankan secara berperingkat-peringkat yang dimulakan kepada pelajar tahun 1 serta pelajar tingkatan 1. Beberapa tahun kemudian, semua pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah telah menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pendidikan sains dan matematik. Biarpun program ini diliputi dengan pelbagai kontravesi namun tindakan kerajaan melaksanakan dasar penggunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan memberi pelbagai kebaikan.

...Antara faedah menguasai bahasa Inggeris dalam pendidikan adalah bagi membolehkan pelajar menguasai isi pelajaran yang kebanyakannya bersumberkan bahasa Inggeris. Sebagai contohnya, memandangkan beberapa mata pelajaran penting seperti sains, matematik, teknologi maklumat dan sebagainya menggunakan bahasa Inggeris maka kegagalan pelajar menguasai bahasa ini akan melemahkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran yang disebutkan tadi. Pepatah Melayu pernah menyebut, “kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya”. Begitulah juga halnya, jika penggunaan bahasa Inggeris tidak dimulai dari sekarang, selagi itulah para pelajar akan ketinggalan dalam mata pelajaran tersebut. Justeru, penggunaan bahasa Inggeris adalah amat perlu dikuasai agar para pelajar dapat memperoleh ilmu npengetahuan yang kebanyakannya hanya dapat diperoleh melalui kemahiran berbahasa Inggeris.

...Selain itu, bahasa Inggeris juga penting dalam pendidikan di negara kita selaras dengan objektif pendidikan yang ingin melahirkan individu yang mampu bersaing dalam dunia global. Penguasaan bahasa inggeris yang dimulakan dari sekolah mampu melahirkan individu yang dapat berkomunikasi dengan berkesan dengan individu lain dari seluruh dunia. Sebagai contohnya, kemahiran berbahasa Inggeris amat penting apabila seseorang individu ditugaskan di luar Negara atau membawa misi negara di luar negara. Kegagalan berkomunikasi dengan berkesan

menggunakan bahasa Inggeris akan menjejaskan pelbagai peluang baik berupa peluang ekonomi mahupun sosial. Jelasnya, pendidikan bahasa Inggeris di peringkat sekolah mampu melahirkan individu yang “berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah” dengan masyarakat lain di seluruh dunia.

...Penggunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan juga penting kerana dengan penguasaan bahasa tersebut para pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan baik dapat berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di luar Negara. Memandangkan bahasa Inggeris telah diterima sebagai bahasa antarabangsa, kebanyakan universiti teragung di seluruh dunia menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Jika seseorang pelajar dapat menguasai bahasa tersebut dengan baik maka peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara adalah lebih cerah. Sebagai contohnya, institusi pendidikan swasta seperti kebanyakan institusi pendidikan swasta di negara kita juga telah mengimplementasi penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar mereka di institusi pendidikan tinggi swasta. Oleh yang demikian, para pelajar yang bercita-cita untuk

(13)

...Pada masa yang sama, penggunaan bahasa Inggeris juga penting kepada para pelajar bagi tujuan mendapatkan pekerjaan pada masa depan. Perlu diingat bahawa majikan akan lebih tertarik untuk mengambil pekerja yang mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa termasuklah

berbahasa Inggeris. Sebagai contohnya, pekerjaan dalam bidang telekomunikasi, penyiaran, teknologi maklumat dan sebagainya amat memerlukan penggunaan bahasa Inggeris. Oleh itu, lepasan sekolah atau universiti yang mahir berbahasa Inggeris lebih mudah mendapat pekerjaan berbanding dengan mereka yang kurang menguasai bahasa Inggeris. Tambahan pula, mereka yang mahir berbahasa Inggeris lebih diminati oleh majikan dari syarikat-syarikat besar yang biasanya menawarkan pendapatan lebih lumayan. Jelasnya, bahasa Inggeris amat penting dipelajari di sekolah demi memanfaatkan pelajar bagi tujuan membina kerjaya pada masa yang akan datang.

______Sementara itu, kemajuan ekonomi negara yang telah melepasi sempadan negara,

mengakibatkan Malaysia memerlukan penduduk yang mampu berbahasa Inggeris dengan baik agar dapat bersaing dengan mereka dari seluruh dunia. Pendidikan bahasa Inggeris amat penting bagi melahirkan masyarakat yang dapat berkomunikasi dengan masyarakat antarabangsa. Sebagai contohnya, perkongsian dalam bidang ekonomi, sosial mahupun bidang teknologi memerlukan mereka yang mahir berbahasa Inggeris. Umumnya, mereka yang gagal menguasai bahasa ini akan berdepan dengan pelbagai rintangan yang dapat mengganggu komunikasi serta boleh menggagalkan peluang yang tersedia pada peringkat antara bangsa. Justeru, pendidikan bahasa Inggeris di sekolah berperanan membina masyarakat yang lebih berdaya saing pada peringkat global suatu hari nanti.

______Intihanya, bahasa Inggeris merupakan bahasa yang amat perlu dipelajari dan dikuasai oleh semua pelajar. Seseorang yang dapat menguasai bahasa ini akan lebih berkeyakinan dan mampu merebut peluang yang tersedia sama ada pada peringkat nasional atau pada peringkat antara bangsa. Namun begitu, biar bagaimana penting sekalipun bahasa Inggeris ini digunakan oleh masyarakat antarabangsa namun penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara amat perlu dipertahankan dan dipertingkatkan martabatnya. Kita tidak mahu bahasa rasmi kita pupus akibat kelalaian kita mengagungkan bahasa Inggeris umpama kata pepatah Melayu “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran”

Malaysia kaya dengan bangunan dan monumen bersejarah. Kerajaan telah mengambil langkah bijak dengan menjadikan binaan lama tersebut sebagai salah satu daripada Warisan Kebangsaan. Bincangkan kepentingan memulihara dan mengekalkan bangunan bersejarah di

negara kita.

. .

……….Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan nama

Malaysia yang kini berjaya menempa nama di persada antarabangsa. Banyak kilang perindustrian, pusat beli-belah dan perumahan dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Senario ini telah menggunakan ruang yang luas sehingga memakan tanah yang berhektar-hektar. Antara isu yang hangat yang telah dibincangkan adalah sama ada Stadium Merdeka patut dirohohkan untuk pembangunan kerana bangunan itu tidak lagi berfungsi sebagai tapak akvtiviti sukan lagi. Isu tersebut pernah menjadi polemik pelbagai lapisan masyarakat kita. Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah perlu bangunan tersebut diruntuhkan? Tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya, terdapat pelbagai kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di

(14)

negara kita.

.

……….Satu daripada kemaslahatan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan

bersejarah dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era atau peristiwa sejarah yang telah berlaku. Monumen, mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atau peristiwa penting. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 52 tahun, kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di samping itu, bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan datang kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang telah dicatat merupakan sesuatu yang realistik dan bukanlah cerita-cerita dongeng, mitos atau legenda. Sebagai contohnya, zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul. Selain itu, Kota Cornwallis, Masjid Kling, Gereja St.George di Georgetown, Pulau Pinang dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajah dan juga dapat membuktikan bahawa berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-18. Tegasnya, usaha meruntuhkan bangunan bersejarah dan monuman negara tidak wajar dilaksanakan.

.

……….Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perlu

diruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapat memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya remaja kini yang mempunyai semangat patriotisme yang semakin menipis. Walaupun ada antara bangunan bersejarah yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara, namun jika kita menghayati sejarah di sebalik bangunan tersebut semula serta mengambil pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Sebagai contohnya, Kota A Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina oleh Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar. Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan kepemimpinan dan juga kelemahan tentera pada zaman Kesultanan Melaka. Negara kita jugamampu menjadi negara yang setaraf dengan negara-negara maju yang lain bagai berdiri sama tinggi duduk sama rendah sekiranya kita tidak mengambil mudah dan mengambil iktibar daripada sejarah negara. Oleh itu, bangunan bersejarah di negara kita sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik dijadikan teladan,

yang buruk dijadikan sempadan.

.

……….Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan monumen dapat

menarik pelancong baik pelancong domestik mahupun pelancong dari luar negara untuk melawat ke negara kita. Bangunan ini juga menjadi salah satu faktor dominan pelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan pemandangan alam yang indah. Oleh itu, bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan sebaliknya dipulihara dan diubah suai. Sebagai contohnya, bangunan lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium, galeri seni lukis dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan

(15)

Belanda. Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan Cambridge di England telah berjaya melindungi sebahagian besar daripada bangunan bersejarah mereka dengan baik. Usaha seperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia dan dapat menjadi sumber pendapatan negara. Di samping itu, pelancong juga dapat melawat bangunan bersejarah dan melihat monumen-monumen yang terdapat di sekitar bangunan selain menikmati keindahan alam semula jadi negara kita dan artifak-artifak di dalam muzium dan galeri seni lukis bagai menyelam sambil minum air. Oleh itu, bangunan dan monumen ini secara tidak langsung dapat membantu industri

pelancongan negara.

.

……….Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan yang penting dalam

pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan penyelidik. Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama. Sebagai contohnya, dengan terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di Kuala Lumpur, seseorang dapat mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam era kolonial British tetapi juga kehidupan dan kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatan pada ketika itu. Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka telah dibina bagi kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropah yang berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19. Begitu juga halnya dengan kepentingan pancutan air Horse yang telah dibina di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut pada tahun 1897. Pancutan air Horse dibina sebagai memperingati seorang inspektor polis negeri Selangor, iaitu Encik Steve Harper. Pemuliharaan dan penghayatan kemaslahatan bangunan bersejarah persis peribahasa, yakni “tak kenal maka tak cinta”. Oleh itu, bangunan bersejarah dan monumen

sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri.

.

……….Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda generasi muda

negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara. Bangunan dan monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Dengan terdapatnya bangunan bersejarah, generasi baharu akan lebih menghargai dan peka akan perkembangan sejarah negara. Hal ini akan membentuk sebuah masyarakat yang sensitif terhadap sebarang perobohan atau pemusnahan bangunan bersejarah. Sesungguhnya, pihak kerajaan pula perlulah mewartakan bangunan bersejarah sebagai bangunan yang perlu dikekalkan dan dilestarikan, bak kata pepatah “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”. Oleh hal yang demikian, mana-mana pihak yang merobohkan atau memusnahkan bangunan bersejarah, mereka perlulah dikenakan tindakan undang-undang

Buli semakin berleluasa di sekolah kita. Keadaan ini menyebabkan masyarakat semakin gusar. Huraikan punca-punca dan langkah-langkah yang tercetus.

(ubah suai karangan isi agar sesuai dengan SPM)

...Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang

(16)

berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan,

masyarakat dan lain-lain lagi.

...Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan

pelajar dan semakin serius masalahnya. “Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”. Oleh

itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah kes buli ini.

...Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Ringkasnya, mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan dalam diri mereka sendiri.

...Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.

...Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagungdan berdarah setampuk

pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika kawan-kawannya merupakan

pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberi peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain.

...Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.Terdapat pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini. Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral,

Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini.

...Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti buli juga boleh diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini.

...Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya.

...Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan informasi yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya.

(17)

...Langkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai memilih kawan kerana para pelajar biasanya juga akan mudah terpengaruh dengan perbuatan kawannya. Contohnya, jika kawannya minat membaca buku, maka pelajar tersebut juga akan dipengaruhi dan membaca bersama-sama. Perkara ini sama juga jika kawan pelajar itu sentiasa melibatkan diri dalam kes buli di sekolah.

...Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.

...Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi.

...Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan

mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain.

...Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan ibu bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan anak-anak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya. Bak kata

pepatah ‘bapa borek, anak rintih’, ‘ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan

senget’.

...Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan sibuk bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama.

...Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan

menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu ‘pemuda harapan bangsa,

pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha

menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa dipersada dunia.

(18)

Masalah disiplin pelajar semakin meruncing. Masyarakat semakin kecewa dengan kegagalan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jelaskan punca-punca dan langkah mengatasinya.

(Ubah suai karangan ini agar sesuai dengan SPM)

...Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?

...Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibu bapa era globalisasi ini. Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggung jawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibu bapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.

...Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tidak senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.

...Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.

...Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.

...Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjerumus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.

...Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka. Ibu bapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibu bapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibu bapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.

...Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja terutama daripada pihak ahli

(19)

politik. Begitu juga dengan pihak media massa yang hanya tahu menyiarkan sahaja berita sensasi tentang topik ini berulang kali . Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata

Amalan berjimat cermat dan menabung.

...Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.

...Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanmkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan

masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu menyediakan payung

sebelum hujan.

...Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan

seperti Bank Simpanan Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari

rebungnya. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih gemilang.

...Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah. Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun. Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang

bahagia mempunyai masa depan yang terjamin.

...Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu. Ketika berbelanja, penggunaan kad kredit juga patut dielakkan kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami

(20)

terlambat, beringat sebelum terkena. ...Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan

masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok,

namun bertindaklah hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur

Semangat kejiranan sudah longgar dalam masyarakat kita kalau kita lihat sejak akhi-akhir ini. Keadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi kepentingan semangat ini diamalkan.Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan semangat ini dan kepentingannya.

...Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya.

...Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.

...Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan

majlis sebegini.

...Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha

memupuk semangat mulia ini.

...Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus

(21)

mekar dalam masyarakat kita.

...Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan. Dalam masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan konsep perpaduan amat strategik. Sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk daripada individu yang saling berjiran sebelum berkembang menjadi satu umah. Oleh itu, semangat kejiranan menjadi titik tolak pembentukan

konsep perpaduan nasional.

...Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita?

Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan

masyarakat di negara kita

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.

Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah

dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari

bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar

seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.

Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan

memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid

akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi.

Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara

besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik

ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk

menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan

(22)

filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.

Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang

bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan

masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di

kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.

Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada

pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin-pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan

fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin-pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang. Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah

dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.

(23)

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendominankan kokurikulum dalam

sistem pendidikan nasional. Langkah ini secara eksplisit menerangkan kokurikulum

sebagai simbolik kepada kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Oleh itu, badan-badan beruniform seperti Kadet Pertahanan Awam, Kadet Remaja

Sekolah dan sebagainya mula dipromosikan dalam arus pendidikan negara.

Faedah-faedah yang boleh didapati apabila para pelajar menyertai badan

beruniform adalah dapat memapankan ketahanan diri. Dalam usia yang setahun

jagung, banyak cabaran yang perlu ditongkah bahkan, formula ketahanan diri

tersebut juga perlu diaplikasikan pada masa hadapan. Aktiviti-aktiviti lasak yang

sudah termaktub dalam silabus badan beruniform seperti 'flying-fox', 'night-walk'

dan seumpamanya merupakan pendekatan awal bagi membuka kotak penerimaan

pelajar terhadap kepentingan hal ini.

Di samping itu, penyertaan pelajar dalam unit beruniform

berpotensi memangkinkan semangat kerjasama ibarat aur dan tebingdan

pembentukan disiplin mereka. Hal ini dapat dibuktikan melalui penglibatan pelajar

yang mendesak ketepatan masa yang tinggi seperti aktiviti kawad kaki. Aktiviti

tersebut memerlukan gemblengan tenaga yang maksimum daripada ahli-ahli

pasukan bagi menghasilkan formasi yang mantap. Oleh itu, para pelajar yang

menyertai badan beruniform sering masyhur dengan ketepatan masa dan disiplin

yang tinggi.

Persis peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya

, para pelajar juga

akan diasuh tentang ilmu asas kecemasan. Perkara ini sangat berfaedah kerana

apabila berlaku sebarang kecederaan, para pelajar boleh tampil menghulurkan

bantuan. Tamsilnya, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) merupakan unit utama

di sekolah yang bertindak menyebarkan wadah kesihatan kepada ahli-ahlinya dan

umum. Maka, tindakan ini dilihat sangat efektif demi memansuhkan kedaifan

akalpelajar tentang ilmu kesihatan.

Akhirulkalam, semua pelajar wajib menyertai kegiatan kokurikulum

untuk kemenjadian masa depan. Elakkan daripada tertumpu kepada kurikulum

sahaja. Para pelajar perlu sedar akan faedah yang terbentang justeru mereka harus

mengikuti perkembangan sistem pendidikan untuk faedah diri sendiri.

(254 patah perkataan)

KOSA KATA

1.

Mendominankan = memberi pengaruh kuat

2.

Eksplisit = secara terang-terangan

3.

Simbolik = perlambangan / sebagai simbolik

4.

Memapankan = memantapkan / mengukuhkan

5.

Ditongkah = ditempuhi

6.

Diaplikasikan = digunakan

7.

Silabus = sukatan pelajaran

8.

Memangkinkan = meningktkan / menyemarakkan

9.

Gemblengan = kesatuan

Referensi

Dokumen terkait

bencana alam Cara-cara menghadapi bencana alam 6 JP 2.3.Menjelaskan peranan Indonesia pada era globalisasi dan dampak positif serta negatifnya terhadap kehidupan

Kesadaran yang tumbuh bahwa keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam pendidikan anak akan membuat kita lebih hati-hati untuk tidak mudah melemparkan

Dampak negatif dari era globalisasi saat ini adalah bergesernya norma dan nilai moral sehingga menjadi lebih lunak (bisa ditawar). Anak-anak dan remaja adalah generasi yang

Kesadaran yang tumbuh bahwa keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam pendidikan anak akan membuat kita lebih hati-hati untuk tidak mudah melemparkan kesalahan

” Keluarga Sakinah Pemangkin Keutuhan Kerjaya” sebagai satu ramuan khas untuk membantu para ibu bapa yang sibuk bekerja melahirkan generasi anak soleh dan

Pertama, ibu bapa perlu memainkan peranan mengawal dan mengawasi tingkah laku anak-anak. Seterusnya guru-guru sebagai penyalur maklumat perlu memberi pendedahan kepada murid