• Tidak ada hasil yang ditemukan

TEROKAI MINDA

Dalam dokumen buku kerja hubungan etnik (Halaman 26-35)

EKSPLORASI DAN UJI MINDA

B. TEROKAI MINDA

Bincangkan salah satu tema atau agenda berikut dalam bentuk forum atau mesyuarat.

 Globalisasi dan impaknya kepada keadaan ekonomi multi-etnik Malaysia.

 Kekuatan kepelbagaian etnik di Malaysia (yang tiada pada negara lain) dalam menyumbang kepada kelestarian ekonomi Malaysia.

___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

TERJAH MINDA

A. Berikan komen anda terhadap gambar-gambar berikut dan kaitkan dengan unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan.

______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

Yang Di-Pertuan Agong

Agama

Etnik Bumiputera

______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

B. Main Peranan – Anda dikehendaki membuat lakonan semula babak penentangan rakyat Tanah Melayu terhadap Malayan Union.

EKSPLORASI DAN UJI MINDA

A. Baca petikan wawancara “Jangan Ada Prasangka” antara Prof. Datuk Dr. Zainal Kling dan wartawan Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussein yang bertarikh 23 Disember 2007.

MINGGUAN: Kenapa persoalan tentang hubungan kaum sering timbul dan tidak pernah dapat diselesaikan sekalipun sudah setengah abad negara ini merdeka?

ZAINAL: Timbulnya persoalan terhadap isu yang berkaitan kedudukan kaum bukan Melayu di Malaysia terutama sekali Cina dan India bagi saya, pertamanya kerana kesempatan yang dibuka oleh kerajaan dalam dua tahun terakhir ini. Tujuannya untuk berbincang tentang pelbagai perkara mengenai masyarakat walaupun perkara itu agak sensitif yang menyentuh isu agama dan kaum, serta peranan yang dimainkan dalam hubungan antara kaum di Malaysia. Selama ini perbincangan begini dianggap sebagai sensitif dan perkara-perkara ini tidak harus dibincangkan terbuka apa lagi melalui akhbar dan televisyen dan sebagainya. Maka perbincangan tentang isu kaum dan agama terkurung dalam perbincangan secara ilmiah. Misalnya melalui penulisan ilmiah dalam jurnal-jurnal akademik. Tetapi setelah ada keterbukaan, sudah berlaku perbincangan dalam akhbar dan media lain dan disertai oleh orang awam termasuk oleh persatuan-persatuan yang bersifat perkauman dalam negara ini.

MINGGUAN: Adakah sejak dulu ada kecenderungan kalangan akademik untuk membahas isu kaum dan agama?

ZAINAL: Memang sejak dulu lagi sudah ada keinginan dalam penulisan akademik supaya orang boleh berbincang mengenai isu-isu mengenai hubungan kaum, masalah perkauman dan sikap-sikap perkauman dan pandangan-pandangan antara kaum sebagai bangsa di Malaysia. Tetapi ketika itu kerana tidak digalakkan berbincang secara terbuka maka kebanyakan penulisan itu berlaku secara ilmiah di jurnal. Maknanya ia tidak berlaku sebagai perbincangan awam. Ia merupakan perbincangan kalangan sarjana-sarjana. Jadi sering kali Malaysia dituduh dengan berbagai-bagai tuduhan dalam kalangan sarjana bahawa Malaysia melakukan penindasan, diskriminasi dan sebagainya. Saya fikir disebabkan adanya keterbukaan seperti sekarang ini kita dapati banyak sekali orang menulis memorandum.

MINGGUAN: Adakah keterbukaan kerajaan membenarkan isu ini dibincang secara terbuka telah disalahgunakan atau sengaja diambil kesempatan oleh pihak tertentu?

ZAINAL: Iya. Ada pihak menggunakan sepenuhnya kesempatan untuk berbincang dan mengetengahkan apa yang difikirkan mereka sebagai “penindasan”, diskriminasi, kekurangan peluang dan sebagainya walaupun secara rasmi kerajaan mengatakan kekurangan peluang itu adalah kaum-kaum bumiputera. Ini kerana kebanyakan masyarakat yang miskin dan mempunyai paras kehidupan yang rendah adalah kaum bumiputera. Dan secara relatifnya kaum Cina dan India mendapat pendapatan purata yang lebih tinggi serta peluang penyertaan dalam politik terbuka untuk semua. Maka pemikiran rasmi kita tidak berlaku penindasan di kalangan kaum lain. Tetapi dalam kaum-kaum itu sendiri memang terdapat golongan yang berada dan tidak berada. Ada golongan India yang miskin, golongan India yang kaya. Malah orang yang paling kaya adalah daripada golongan India di Malaysia. Tetapi terdapat juga orang miskin kalangan India. Ketidakpuasan hati seperti ini dialihkan sasarannya bukan kepada orang atasan

India tetapi kepada kerajaan. Seolah-olah kerajaan yang menyebabkan berlakunya masalah kemiskinan itu.

MINGGUAN: Saya sangat yakin bahawa kestabilan orang Melayu adalah kestabilan negara ini. Apabila orang Melayu berasa tidak selamat, ini menggugat kestabilan negara. Apa pula pandangan Prof. mengenai hal ini?

ZAINAL: Saya sangat setuju tentang itu. Orang Melayu adalah penduduk yang terbesar, maka apabila ada golongan yang menggugat, orang Melayu itu sebagai menggugat keselamatan mereka kerana bagi orang Melayu, Malaysia masih Tanah Melayu, masih negeri Melayu. Segala gugatan terhadap keselamatan Malaysia, orang Melayu menganggap itu sebagai gugatan keselamatan Melayu. Orang Melayu tak ada negeri lain, ini adalah satu-satunya negeri mereka. Orang lain mungkin boleh pergi India, China atau ke mana-mana saja. Tetapi orang Melayu tidak ada pilihan. Kerana itu apabila Hindraf mereka memusuhi UMNO, UMNO itu adalah orang Melayu. Orang Melayu menanggap bahawa itu adalah ancaman terhadap keutuhan dan kesenangan mereka. Apabila mereka rasa tergugat, itu adalah gugatan terhadap negara.

MINGGUAN: Kalau kita tengok dalam kontrak sosial pun orang Melayu banyak berkorban misalnya membenarkan pendatang diberi taraf warganegara. Apa lagi yang tidak adil?

ZAINAL: Mengenai kontrak sosial ini ada hal yang kita harus fikirkan secara mendalam. Istilah kontrak sosial itu tidak ada di mana-mana pun. Ini adalah istilah deskriptif yang memberikan gambaran perhubungan orang Melayu dan bumiputera lainnya dengan orang lain sebagai pendatang pada masa dulu yang sekarang sudah dianggap penduduk kerana kelahiran. Tahun 1946 masa berbincang mengenai perlembagaan terhasillah perundangan dimana orang yang lahir di negara ini adalah penduduk. Maka pada pemikiran generasi muda mereka bukan lagi pendatang. Di sini saya mendapati ada jurang persepsi yang amat besar. Bagi orang Melayu kehadiran kaum-kaum bukan Melayu ditanggap sebagai kehadiran “orang asing” tetapi pada pihak lain yakni golongan bukan Melayu mereka adalah penduduk kerana dilahir dan dibesarkan di sini. Maka telah berlaku dua persepsi yang berbeza antara golongan muda Melayu dan bukan Melayu. Ini adalah masalah kita. Kita harus mendidik golongan muda bukan Melayu bahawa dalam undang-undang perlembagaan kita pengiktirafan yang amat kuat tentang kebumiputeraan Melayu dan bumiputera lain. Ini memberikan mereka keistimewaan kerana berdasarkan sejarah dan juga berdasarkan realiti politik kerajaan yang ada raja, ada birokrasi dan sebagainya. Ini merupakan landasan bagi orang Melayu menuntut bahawa ini adalah negeri mereka. MINGGUAN: Tetapi bukan Melayu juga ada keistimewaan dalam kontrak ini bukan?

ZAINAL: Undang-undang dalam perlembagaan membenarkan generasi muda menjadi warganegara sepenuhnya. Tidak ada orang yang boleh mempersoalkan bahawa mereka itu bukan warganegara. Mereka mendapat hak dan kebebasan sepenuhnya. Mereka dilandaskan oleh perlembagaan tidak boleh dibuang negeri tanpa sebab dan sebagainya itu. Istilah kewarganegaraan mereka setaraf dengan Melayu kecuali perbezaan yang ditetapkan oleh perlembagaan. Misalnya bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu, bahasa lain bukan bahasa kebangsaan. Maknanya, orang tidak boleh menuntut bahasa lain misalnya bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa kebangsaan. Raja adalah raja Melayu dan orang tidak boleh menuntut ada raja lain. Agama Islam adalah agama persekutuan. Orang tidak boleh menuntut agama lain sama taraf dengan Islam walaupun dibenarkan diamalkan secara aman tetapi tidak berstatus sebagai agama persekutuan. Taraf agama persekutuan lebih tinggi dan agama lain sebagai agama yang dibenarkan diamalkan secara aman. Kerana itu semua warganegara baik yang muda ataupun yang tua mesti memahami sedikit sebanyak perbezaan-perbezaan ini. Mereka kena faham itu bukan diskriminasi atau peminggiran berlandaskan susunan sejarah masyarakat dan realiti semasa.

Biarpun Islam diletakkan sebagai agama persekutuan, agama lain boleh diamalkan secara aman tetapi segala upacara-upacara agama secara rasmi mesti berlandaskan Islam. Ini kerana Islam adalah agama persekutuan. Maka perkara-perkara yang dibantah oleh Islam seharusnya tidak berlaku dalam Malaysia. Misalnya membina patung yang sebesar-besarnya dalam negara ini. Membina patung yang tinggi-tinggi dalam negara di mana Islam sebagai agama negara adalah tidak wajar. Maka orang harus menghormati Islam yang membenarkan orang lain mengamalkan agama mereka. Ini adalah kontrak tetapi kebebasan tetap ada. Mereka seharusnya menghormati sikap Islam dan tidak membina patung yang besar-besar dan sebagainya di negara yang menjadikan Islam sebagai agama negara.

MINGGUAN: Bagaimana Prof. Datuk melihat cadangan penubuhan Jabatan Hal Ehwal Bukan Islam? ZAINAL: Bagi saya itu bukan satu kewajipan. Sebenarnya ia tidak perlu kerana bukan kewajipan yang harus diadakan oleh kerajaan negeri. Hal ehwal agama adalah hal kerajaan negeri. Hal kerajaan persekutuan di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu hanya untuk membolehkan kerajaan persekutuan menjadi penasihat mengenai Islam. Tetapi segala hal keagamaan bukan Islam tidak menjadi satu kewajipan kerajaan negeri. Itu hanya untuk memudahkan pengurusan saja. Jadi mungkin boleh diadakan jawatankuasa perhubungan di bawah Jabatan Agama Islam, itu tak jadi masalah sebab itu bukan satu kewajipan yang dituntut oleh perundangan. Kerana kita mempunyai agama-agama lain maka panel atau jawatankuasa boleh dibentuk tetapi bukan sebagai satu jabatan. Kerana apabila mengadakan satu jabatan ataupun majlis, itu akan menuntut peruntukan kewangan dan akan menyamaratakan dengan kedudukan agama Islam. Ini tidak berlaku dalam perlembagaan. Maka tuntutan sedemikian harus diteliti tentang kewajarannya kerana bukan suatu yang wajib. Kita boleh mewujudkan satu panel di bawah Jabatan Perpaduan Negara misalnya untuk memikirkan hubungan, memahami tentang masalah negara di kalangan semua kaum.

MINGGUAN: Bagi Prof. adakah tuntutan yang dibangkitkan itu disebabkan tidak faham atau disengajakan untuk mengambil peluang?

ZAINAL: Saya fikir kedua-duanya sekali. Pertamanya mengambil peluang yang terbuka. Mereka akan menggunakan sepenuhnya dan meneliti dalam perlembagaan, memang tidak ada kontrak. Orang bercakap tentang kontrak sosial. Tetapi ada undang-undang yang menetapkan beberapa perkara yang secara deskriptif kita boleh anggap sebagai kontrak antara kaum walaupun tidak ada undang-undang kontrak. Jadi diadakan corak perhubungan sebagai implikasi dan natijah daripada perundangan yang sedia ada itu. Maka itu membuatkan kita terpaksa menghormati dan memikirkan kebajikan bersama sebagai rakyat walaupun satu kontrak yang formal di segi undang-undang tidak ada.

Yang kedua, orang mempergunakan ini sepenuhnya dan mentafsirkan sesuka hati mereka tentang undang-undang yang amat luas tentang peranan-peranan dalam perlembagaan itu. Kerana itu orang mentafsirkan apabila mereka dibenarkan mengamalkan agama secara bebas, boleh guna bahasa secara bebas dan boleh diajar secara bebas maka mereka mempunyai kebebasan. Memang benar keadaan itu berlaku tetapi kebebasan tidak berlaku secara bebas sendiri-sendiri. Ia mesti berlaku dalam hubungan dengan orang lain sebab kita saling berhubungan.

MINGGUAN: Adakah kontrak sosial ini masih relevan selepas 50 tahun merdeka?

ZAINAL: Sikap sebagai kontrak itu tetap relevan. Pemikiran bahawa ini sebagai kontrak sosial dan bukan kontrak di segi undang-undang adalah relevan. Kontrak sosial bermakna kesefahaman bahawa kita saling berhubungan antara satu dengan lain dan setiap perkara yang kita lakukan mempunyai hubungan serta natijah kepada orang lain dalam negara kita. Dari sudut itu kontrak sosial tetap relevan.

MINGGUAN: Apa nasihat Prof. supaya generasi selepas merdeka memahami kontrak ini dan tidak lagi mempersoalkan pada masa akan datang?

ZAINAL: Saya fikir kita mesti mendidik anak-anak sekolah tentang bentuk masyarakat yang ingin kita capai. Dulu kita ada tatanegara kemudian kita buang tatanegara. Kita ajar semua ini dalam mata pelajaran yang dicampuradukkan sehingga anak-anak tidak faham. Mereka tidak faham tentang peranan mereka sebagai warganegara yang harus faham tentang sejarah, raja dan perlembagaannya serta memahami kedudukan kaum-kaum di dalam negara. Saya fikir kita wajib mengadakan suatu sistem pendidikan yang saya namakan sebagai kursus rukun negara berdasarkan lima prinsip rukun negara. Kita bina kursus-kursus dari sekolah rendah, menengah sampai universiti. Semua orang mesti dididik bukannya sekadar lima prinsip saja tetapi kita tulis buku teks yang tebal menjelaskan apa makna raja, sejarah kerajaan. Isi kandung perlembagaan yang harus difahami oleh anak-anak kita sebagai nilai-nilai tatasusila kalangan kaum di sekolah menengah dan juga universiti. Jangan dinamakan kursus perhubungan etnik sebab itu akan meruncingkan perhubungan kita. Bila bercakap pasal etnik, kita belajar tentang etnik India, Cina, Kadazan dan sebagainya seolah-olah kita terasing. Kita harus bercakap tentang perpaduan di dalam rangka kursus rukun negara. Di situ kita bercakap tentang nilai bersama, undang-undang bersama, pelajaran bersama, raja bersama dan sejarah bersama. Maknanya kita bercakap tentang kebersamaan daripada perbezaan-perbezaan yang meruncing.

MINGGUAN: Tetapi Prof. sepatutnya 50 tahun merdeka, isu bahasa kebangsaan sudah tidak jadi masalah lagi. Kenapa perkara begini berlaku?

ZAINAL: Sebab kita tidak menegaskan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan. Banyak orang pandai bahasa lain tetapi bahasa kebangsaannya buruk. Ini masalah terbesar kerana teras perpaduan itu sudah hilang. Maka kerajaan mesti menegaskan bahasa perpaduan adalah bahasa kebangsaan, bukan bahasa lain. Bahasa lain itu hanya boleh menambah kesefahaman. Kalau kita nak faham kebudayaan Cina, kita belajar bahasa Cina misalnya. Kalau nak lebih faham kebudayaan India kita belajar bahasa Tamil. Kalau tidak ditegaskan selama-lamanya kita akan berfikir “saya orang asing”, Bahasa Melayu hanya untuk orang Melayu. Sebenarnya tidak ada lagi bahasa Melayu untuk orang Melayu kerana sudah jadi bahasa kebangsaan untuk negara.

MINGGUAN: Apakah yang membimbangkan Prof. daripada senario yang berlaku sebelum dan ketika ini? ZAINAL: Saya sangat bimbang sekali apabila kita berasa tidak selamat. Apabila ada kumpulan-kumpulan kecil yang bertindak sesuka hati dan melihat dengan penuh prasangka kepada kaum asing, itu sekali gus boleh menyebabkan jenayah. Itu adalah suatu masalah yang amat besar dan setiap warganegara terancam. Mereka berasa bimbang terhadap orang lain. Apabila sesuatu kaum berasa tidak selamat berada di tengah yang bukan kaumnya, itulah kebimbangan saya yang terbesar.

MINGGUAN: Bagaimana pula peranan yang harus dimainkan oleh parti-parti politik kaum?

ZAINAL: Kerana parti politik kita disusun di atas nama perkauman mereka terpaksa memperjuangkan kaum, mereka akan bercakap dalam bahasa-bahasa yang keras menuntut hak-hak kaum dan sebagainya. Tetapi itu juga ada baiknya kalau mereka dapat disatukan dalam barisan nasional yang terdiri daripada pelbagai kaum. Ini sebagai satu konsep bahawa seluruh kaum di Malaysia merupakan satu barisan. Barisan itu mestilah terdiri daripada pelbagai kaum. Kita juga harus menganggap bahawa kita semua adalah satu barisan dan memperjuangkan hak yang sama sebagai satu bangsa Malaysia. Jadi, ideologi kesatuan barisan itu yang mesti ditanam kepada generasi baru. Maknanya kita tidak hanya memperjuangkan kepentingan kaum sendiri tetapi juga memperjuangkan kepentingan kaum-kaum lain supaya tidak terpinggir. Kalau ideologi itu boleh ditanam sejak peringkat awal lagi saya fikir kita boleh hidup bersama-sama.

Arahan:

a. Bahagikan artikel di atas kepada beberapa kumpulan perbincangan. Lantik seorang pembentang dan pencatat.

b. Perbincangan kumpulan mestilah bertemakan ‘Kontrak Sosial sebagai Tiang Seri Perlembagaan’. ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

B. Tugasan berkumpulan – Cari keratan akhbar tentang isu-isu Melayu dan agama Islam dalam perlembagaan dan bincangkan keratan akhbar tersebut dengan rakan-rakan anda.

______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

TEROKAI MINDA

Dalam dokumen buku kerja hubungan etnik (Halaman 26-35)

Dokumen terkait