• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAHAGIAN PEMASARAN

BAHAGIAN KEWANGAN

8.2.3 Tinjauan Pasaran

Untuk mendapatkan maklumat mengenai pasaran yang akan diceburi supaya membantu usahawan membuat perancangan perniagaannya. Perkara-perkara diberi perhatian:

• Permintaan Dalam Pasaran

• Jenis Pasaran

• Saiz Pasaran

• Tahap Persaingan

• Perubahan Persekitaran Perniagaan 8.2.4 Permintaan Dalam Pasaran

• Permintaan terhadap sesuatu produk atau servis berdasarkan kepada keperluan dan kehendak pengguna.

8.2.5 Jenis Pasaran

Terdapat empat jenis pasaran iaitu: a. Pasaran Kerajaan

Terdiri daripada agensi-agensi kerajaan di mana proses pembelian dibuat melalui sebuah jawatankuasa atau lembaga sebutharga atau tender.

b. Pasaran Penjual

Terdiri daripada syarikat-syarikat yag membeli produk untuk dijual semula, tanpa mendapat sebarang pengubahsuaian ke atas produk tersebut.

c. Pasaran Pengguna

Terdiri daripada pengguna terakhir di mana produk atau servis yang diperolehi adalah untuk kegunaan peribadi.

Terdiri daripada syarikat-syarikat yang membeli produk kebiasaannya dalam bentuk bahan mentah atau komponen untuk diproses atau disatukan dengan komponen yang lain sebelum dijual.

8.2.6 Saiz Pasaran

• Potensi pembelian oleh keseluruhan pasaran yang dikenal pasti

• Maklumat saiz pasaran boleh diperolehi dari data-data sekunder

• Boleh juga dikira sendiri oleh usahawan dengan menggunakan maklumat sekunder untuk mendapatkan anggaran pembelian yang lebih khusus pada pasaran setempat 8.2.7 Tahap Persaingan

• Lain-lain perniagaan yang menawarkan produk serupa atau produk gantian kepada sasaran pasaran.

• Usahawan perlu mengetahui kekuatan dan kelemahan pesaing bagi membantu mereka merangka strategi perniagaan untuk menghadapi persaingan tersebut.

• Siapakah pesaing yang menjadi pemimpin dalam pasaran atau industri tersebut?

• Bagaimanakah pesaing mempromosikan perniagaan mereka dan bagaimanakah mereka mengekalkan pelanggan mereka?

• Juga mengambilkira tahap persaingan untuk mendapatkan stok atau bahan mentah 8.2.8 Perubahan Persekitaran Perniagaan

• Perubahan dan perkembangan teknologi, peraturan dan undang-undang dalam industri, perubahan setempat dan suasana sosio budaya akan mempengaruhi pertumbuhan sesuatu pasaran

• Usahawan perlu peka terhadap perubahan tersebut sekiranya ia memberi kesan langsung terhadap perniagaan mereka.

8.3 KOMPONEN-KOMPONEN RANCANGAN PEMASARAN

8.3.1 Produk dan Servis yang Ditawarkan

• Terangkan dengan jelas produk atau servis yang ditawarkan

• Kaitkan tawaran produk atau servis ini dengan permintaan, kehendak dan keperluan pelanggan.

• Kegunaan utama, spesifikasi, pembungkusan, reka bentuk, kelebihan/keistimewaan dan kelemahan/kekurangan produk atau servis yang akan ditawarkan

8.3.2 Sasaran Pasaran

• Sekumpulan pengguna/pembeli samada individu atau organisasi yang mempunyai ciri-ciri yang sama yang menjadi tumpuan firma bagi memasarkan/menjual sesuatu keluarannya.

• Nyatakan siapakah pelanggan yang menjadi sasaran dan di kawasan mana sasaran tersebut.

8.3.3 Proses Mengenalpasti sasaran pasaran

• Mengenalpasti produk atau servis yang boleh ditawarkan kepada sasaran pasaran berpandukan kepada penilaian dan pemahaman tentang keperluan dan kehendak pelanggan

• Membahagi pasaran yang besar untuk produk atau servis yang ditawarkan kepada beberapa kumpulan pasaran yang kecil atau segmen pasaran

• Mengenalpasti segmentasi pasaran

• Memilih sasaran pasaran daripada segmentasi pasaran yang telah dikenal pasti. Pilihan ini bergantuk kepada kebolehan dan kemampuan firma

8.3.4 Asas Segmentasi Pasaran

• Faktor Geografik

• Faktor Demografik

• Faktor Psikografik

8.3.5 Elemen Asas Dalam Memilih Sasaran Pasaran Terdiri daripada:

• Saiz pasaran

• Potensi Jualan

• Syer/Kongsian Pasaran

• Arah Aliran/Tren Pasaran 8.3.6 Saiz Pasaran

• Jumlah keseluruhan potensi pembeli daripada kumpulan sasaran termasuk pembeli di bawah kawalan persaingan sedia ada di dalam pasaran yang sama

• Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit atau ringgit jualan, atau kedua-duanya sekali.

• Contoh pengiraan saiz pasaran:

1. Mengira penggunaan daging ayam di Alor Gajah

2. Andaikan seekor ayam berharga RM10 dan setiap isi rumah membelanjakan 4 ekor ayam sebulan

3. Andaikan terdapat 5000 isi rumah di Alor Gajah. Setiap isi rumah membelanjakan RM40 sebulan secara purata bagi pembelian daging ayam. 4. Saiz pasaran = 5000 x RM40 = RM200,000 sebulan atau RM2,400,000 setahun 83.7 Pesaing Utama

• Merupakan perniagaan lain yang menawarkan produk/servis yang sama atau barang/perkhidmatan pengganti/alternatif kepada pelanggan sasaran pasaran

• Senarai tiga pesaing utama yang wujud dalam kawasan pasaran

• Nyatakan kekuatan dan kelemahan semua pesaing yang telah dikenalpasti

• Nyatakan samada terdapat lain-lain perniagaan serupa yang telah menamatkan operasi atau menarik diri dan berikan sebab-sebabnya jika diketahui.

83.8 Kekuatan dan Kelemahan Pesaing

Contoh analisis kekuatan dan kelemahan pesaing

Nama Pesaing Kekuatan Kelemahan

A B C Xxxx Xxxx Xxxx Xxxx Xxxx Xxxx 8.3.9 Analisis SWOT

• Analisis tentang kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman bagi sesebuah firma perniagaan (perniagaan anda)

• Merangkumi analisis dalaman dan luaran firma perniagaan yang boleh memberi kesan ke atas keputusan firma pada masa sekarang dan masa hadapan

• Membantu firma berada di landasan yang sepatutnya 8.3.10 Syer Pasaran

• Anggaran pembahagian (dalam peratus) pasaran di bawah kawalan perniagaan selepas mengambilkira saiz pasaran secara keseluruhan dan pesaing dalam sasaran pasaran yang sama

• Nyatakan berapa peratusan daripada saiz pasaran produk/servis yang diperolehi setelah semua kemudahan beroperasi

• Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan: 1. Jumlah pesaing utama

2. Saiz dan keupayaan pesaing

3. Pengalaman dan jangka masa menjalankan perniagaan 4. Kekuatan dan kelemahan pesaing

8.3.11 Ramalan Jualan 8.3.12 Strategi Pemasaran • Produk • Harga • Promosi • Edaran

8.4 Kewangan Dalam Perniagaan

8.4.1 Rancangan Kewangan

• RK menyediakan gambaran menyeluruh tentang jumlah dan pemasaran dana diperoleh, kegunaan dana, jumlah tunai yang ada, dan anggaran dana, jumlah tunai yang ada, dan anggaran kedudukan kewangan sesuatu perniagaan.

• RK menyediakan satu asas bagi pemantauan perbelanjaan jangka pendek dan membantu menghalang berlakunya salah satu masalah biasa dihadapi oleh perniagaan baru – iaitu masalah kekurangan tunai

8.4.2 Belanjawan Kewangan

• Salah satu alat penting yang digunakan oleh usahawan dalam merancang operasi kewangan adalah belanjawan

• Belanjawan membantu pengusaha kecil menukar matlamat perniagaan menjadi realiti

• Belanjawan yang lazim disediakan adalah o Belanjawan operasi

• Kebanyakak perniagaan menyediakan belanjawan operasi terdahulu. Kemudian disediakan belanjawan tunai berdasarkan belanjawan operasi tadi.

8.4.3 Membentuk Penyata-penyata Kewangan Pro Forma a. Penyata Pendapatan Pro Forma

Apabila membentuk PP Pro Forma, pemilik mempunyai 2 pilihan: 1. Menyediakan ramalan jualan dan lengkapkan penyata, atau 2. Menentukan sasaran untung dan lengkapkan penyata

Kebanyakan pemilik membuat pilihan (2) – membuat sasaran untung, dan kemudian tentukan tahap jualan untuk mencapai untung tadi. (Turut disenaraikan adalah semua belanja yang terlibat untuk mencapai untung itu) Dalam mana-mana perniagaan kecil, untung tahunan mestilah mencakupi pulangan kepada kepada pemilik bagi masa yang diluangkan untuk perniagaan dan pulangan atas pelaburan dalam perniagaan.

b. Lembaran Imbangan Pro Forma

• Pemilik juga perlu menyediakan lembaran imbangan pro forma yang menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan pada akhir tahun. Ia meringkaskan aset, liabiliti dan ekuiti para pemilik.

• Lembaran imbangan pro forma akan menggunakan maklumat daripada PP Pro forma dan belanjawan aliran tunai

8.4.4 Analisis Pulang Modal

• Adalah wajar sekiranya di peringkat permulaan perniagaan, usahawan mengetahui bila untung boleh dicapai. Analisis titik pulang modal adalah teknik yang berguna dalam menentukan kuantiti jualan, atau tahap volum jualan yang mesti dicapai untuk pulang modal.

• Pulang modal adalah volum jualan pada mana perniagaan tidak untung atau rugi. TPM = Kos Tetap

--- Harga jualan - kos berubah

RUJUKAN

1. Ab Aziz Yusof, Selvan Perumal, Faizuniah Pangil (2005), Principles of Entrepreneurship, Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

2. Mohd Azhar Abd. Hamid, Othman A. Kassim, Muhammed Fauzi Othman (2005), Cipta Idea Baru: Teknik Praktikal Menghasilkan Idea Kreatif & Inovatif , PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. 3. Marc J. Dollinger.- 3rd ed. (2003), Entrepreneurship ; Strategic and Resources, Prentice Hall Pearson

Malaysia Sdn. Bhd

4. Uitm Entrepreneurship Study Group (2004), Fundamentals Of Entrepreneurship, Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

5. Zafir Mohd. Makbul, Fazilah Mohamad Hasun (2003), Menjadi Usahawan : Panduan Menubuhkan dan Menguruskan Perusahaan secara Profesional, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

6. Abdul Aziz Yusof & Zakaria Yusof, (2004), ‘Prinsip Keusahawanan’, 2nd Edt., Prentice Hall, Malaysia. 7. Barjoyai Bardai (2000), Keusahawan dan Perniagaan, Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka

8. Kuratko, D.F. & Hodgetts, R.M (2004), ‘Entrepreneurship; A Cotemporary Approach’ 6rd Edt., London, Dryden Press

9. Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat, Mohd. Salleh Hj. Din, Hoe Chee Hee, Shuhymee Ahmad, Habshah Bakar, Mohd. Noor Mohd. Shariff, Armanurah Mohamad, Lily Julienti Abu Bakar, Norita

Dokumen terkait