• Tidak ada hasil yang ditemukan

18365463 Nota Asas Pembudayaan KeusahawananUntuk Pelajar (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "18365463 Nota Asas Pembudayaan KeusahawananUntuk Pelajar (1)"

Copied!
75
0
0

Teks penuh

(1)

KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

Modul 1 : Pemupukan Budaya Keusahawanan

Topik 1 : Konsep dan Perkembangan Keusahawanan……… 4 Topik 2 : Analisis Kompetensi Keusahawanan Diri………... 7

Topik 3 : Etika Keusahawanan……… 15

Topik 4 : Kreativiti dan Inovasi dalam Keusahawanan…….. 26

Modul 2 : Peluang dan Rancangan Perniagaan

Topik 5 : Peluang Perniagaan………. 32 Topik 6 : Kemahiran Memulakan Perniagaan……… 40 Topik 7 : Merancang Perniagaan……… 55 Topik 8 : Kemahiran Mengurus Projek Perniagaan………... 63

(2)

MODUL 1

PEMUPUKAN BUDAYA KEUSAHAWANAN

Topik 1

:

Konsep dan Perkembangan Keusahawanan

Topik 2

:

Analisis Kompetensi Keusahawanan Diri

Topik 3

:

Etika Keusahawanan

(3)

MODUL 1

TOPIK 1 : KONSEP DAN PERKEMBANGAN KEUSAHAWANAN

OBJEKTIF:

Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat:

• Memahami kepentingan bidang keusahawanan • Memahami konsep usahawan dan keusahawanan • Mengenalpasti ciri-ciri usahawan berjaya

• Mengetahui perkembangan keusahawanan di Malaysia

KANDUNGAN:

Konsep dan perkembangan keusahawanan: • Kepentingan keusahawanan

• Konsep usahawan dan keusahawanan • Ciri-ciri usahawan berjaya

(4)

KONSEP DAN PERKEMBANGAN KEUSAHAWANAN

1.1 KEPENTINGAN KEUSAHAWANAN

1.1.1 Keusahawanan menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi. Peranan keusahawanan di dalam pembangunan ekonomi bukan setakat meningkatkan kadar pekapita pengeluaran dan pendapatan, ia juga melibatkan perubahan kepada struktur perniagaan dan masyarakat.

1.1.2 Keusahawanan melalui kreativiti dan inovasi mencipta produk baru dan memberikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia.

1.1.3 Usahawan adalah individu yang bukan sahaja mencipta kekayaan tetapi turut mendorong pembahagian kekayaan.

1.2 KONSEP USAHAWAN DAN KEUSAHAWANAN

1.2.1 DEFINISI KEUSAHAWANAN

Usahawan adalah perintis kepada kejayaan perniagaan hari ini. Mereka mengesan peluang yang ada, membawa kepada pendapat baru dan perestasi yang baik menjadi satu piawai di dalam era (free enterprise).

Scarborough dan Zimmerer (1988) mendefinisikan usahawan sebagai yang mencipta satu perniagaan baru dan menghadapi satu keadaan yang tidak pasti demi untuk memperoleh keuntungan dan pertumbuhan dengan mengenalpasti peluang dan menyediakan sumber untuk mencapainya. Usahawan selalunya bermula hanya dengan idea dan selalunya idea yang mudah dan menyediakan sumber yang perlu untuk memindahkan idea tersebut kepada perniagaan yang bersesuaian.

Kuratko dan Hodgetts (2004), mendefinisikan usahawan sebagai “seseorang yang berusaha untuk mengatur, mengurus dan mengambil risiko di dalam perniagaan. Usahawan juga adalah pemangkin kepada perubahan ekonomi yang menggunakan carian dengan maksud tertentu, perancangan teliti dan pertimbangan yang sesuai apabila membuat sebarang proses perniagaan.

Menurut Histrich dan Peter (1988), keusahawanan adalah satu proses dinamik untuk mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung risiko besar di dalam “equity”, masa dan komitmen kerjaya atau menyediakan nilai untuk sesuatu

(5)

mengambilkira masa dan usaha dengan mengambilkira risiko kewangan, psikologi dan sosial serta menerima manfaat dari segi kewangan, kepuasan peribadi dan kebebasan.

1.2.2 DEFINISI KEUSAHAWANAN

Kuratko dan Hodgetts (2004), mendefinisikan keusahawanan sebagai satu proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam sekitar, dan proses dengan kerjasama rangkaian di dalam kerajaan, pendidikan dan perlembagaan.

1.3 CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA

i. Mempunyai keinginan dan kesungguhan yang tinggi.

ii. Mempunyai niat yang betul (mencari rezeki, menyediakan barang, beribadat). iii. Mempunyai ilmu dan kemahiran perniagaan yang mencukupi.

iv. Bertanggungjawab kepada semua yang berkepentingan dengannya. v. Sentiasa berjimat menggunakan sumber.

vi. Mempunyai kemahiran membuat keputusan. vii. Berfikiran kehadapan.

viii. Mempunyai kemahiran berkomunikasi. ix. Sentiasa menjaga kualiti.

x. Menghindari dari aktiviti yang diharamkan xi. Elakkan dari belenggu hutang.

xii. Sentiasa menilai tindakan (bermuhasabah) dan berwaspada. xiii. Besyukur dengan kejayaan.

xiv. Tidak boros dan tidak tamak dengan kekayaan. xv. Sentiasa membayar hutang jika berhutang.

1.4 PERKEMBANGAN KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA

1.4.1 Bermula seawal zaman kesultanan Melaka apabila penduduk tempatan berurusniaga dengan pedagang asing.

1.4.2 British memerintah Tanah Melayu, menjalankan pemerintahan (pecah dan perintah). Kaum Melayu sebagai pentadbir dan petani, kaum Cina bekerja di lombong dan berniaga manakala kaum India bekerja di sektor perladangan.

1.4.3 Selepas kemerdekaan: Dasar Ekonomi Baru (1971 – 1990 ), Dasar Pembangunan Negara (1990 – 2000) dan Wawasan 2020. Semua pihak menggalakkan dan memberi sokongan terhadap pembangunan keusahawanan di Malaysia.

1.4.4 Tahun 1995, ditubuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan sebagai badan yang mengawal dan mempromosi pembangunan keusahawanan di Malaysia.

1.4.5 Sejak tahun 2005 hingga kini Kementerian tersebut telah ditukarkan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

(6)

MODUL 1

TOPIK 2: ANALISIS KOMPETENSI KEUSAHAWANAN DIRI

OBJEKTIF:

Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat:

• Mengenalpasti 13 kompetensi usahawan yang berjaya. • Mengukur tahap kompetensi diri.

KANDUNGAN:

• Analisis kompetensi usahawan yang berjaya dan kepentingannya • Kaedah pengukuran tahap kompetensi diri mahasiswa

(7)

2.0 ANALISIS KOMPETENSI USAHAWAN BERJAYA 2.1 Inisiatif

Sikap individu yang berinisiatif adalah:

 Melakukan usaha atau sesuatu sebelum terpaksa melakukannya, dipaksa oleh keadaan atau diarah melakukannya.

 Giat berusaha untuk mengembangkan perniagaan dalam bidang-bidang yang baru, keluaran atau perkhidmatan yang baru.

Secara rasionalnya:

Daya inisiatif adalah satu dari kompetensi keusahawanan yang paling penting. Usahawan-usahawan berjaya lazimnya mempunyai daya inisiatif yang tinggi kerana mempunyai kecenderungan untuk melihat dan menganalisis sesuatu keadaan dengan cekap. Hasil daripada sikap tanpa menunggu diarah atau dipaksa melakukan sesuatu untuk kejayaan diri, individu tersebut dapat melihat perkara-perkara yang perlu dilakukan melalui imiginasinya dan intiusinya. Sikap berinisiatif penting bagi seseorang yang ingin memulakan perniagaan dengan mencari peluang dan tidak mengharapkan peluang tersebut datang bergolek.

2.2 Melihat dan Merebut Peluang

Adakah saya mampu melihat, mencari dan merebut peluang yang ada di persekitaran saya?. Berapa kuatkah kemampuan saya dalam mencari peluang?.

Sikap individu usahawan yang mempunyai daya melihat dan merebut peluang dapat dilihat melalui aspek-aspek berikut:

 Sentiasa mencari dan melihat peluang yang wujud di persekitarannya dan kreatif serta mampu merebut peluang-peluang tersebut.

 Merebut peluang-peluang yang luarbiasa dalam memperluaskan pasaran, penggunaan teknologi baru, mendapatkan tempat perniagaan, mendapatkan bantuan kewangan, peralatan atau bantuan-bantuan yang boleh membantu meningkatkan prestasi perniagaan.

Secara rasionalnya:

Kejayaan seseorang usahawan banyak bergantung kepada kemampuannya melihat dan merebut peluang yang wujud di persekitarannya. Peluang-peluang perniagaan wujud hasil dari permintaan yang tidak dapat dipenuhi oleh usahawan lain, disebabkan oleh

(8)

kewujudan teknologi baru, kemahiran baru, sumber-sumber alam yang belum diterokai dan kaedah dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang belum diperkenalkan. Kemampuan ini perlu wujud dalam peringkat memulakan perniagaan hingga ke peringkat menjalankan fungsi-fungsi utama seorang usahawan sepanjang hayat perniagaannya.

2.3 Kecekalan

Sikap seseorang yang cekal dapat dilihat daripada ciri-ciri berikut:

ii. Berusaha berulang kali dengan mencari jalan untuk mengatasi rintangan yang menghalang pencapaian matlamat.

iii. Berusaha melakukan sesuatu untuk mengatasi halangan apabila menghadapi masalah yang besar tanpa cepat menyerah kalah.

Secara rasionalnya:

Seseorang usahawan akan menghadapi perjalanan hidup yang berliku dan kompleks. Untuk mengatasi masalah dan halangan tersebut usahawan perlu tabah dan cekal. Seseorang usahawan yang berjaya lazimnya dapat mengharungi segala rintangan dan halangan yang mendatang dalam pencapaian matlamat. Sikap tabah dan cekal memerlukan keyakinan diri yang tinggi, sikap ikhtiar dan ketahanan diri dalam mengharungi halangan-halangan tersebut. Selain dari itu, sikap sabar juga penting.

2.4 Mencari maklumat

Adakah saya mempunyai maklumat yang cukup?. Adakah saya cenderung ke arah mencari maklumat sebelum membuat keputusan dan menyelesaikan masalah?. Adakah saya mempelajari dari maklumbalas atau maklumat yang diperolehi?.

Sikap individu usahawan yang mampu mencari maklumat adalah seperti berikut:

 Melakukan penyelidikan atau tinjauan untuk mendapatkan maklumat atau maklumbalas dalam usaha memberikan perkhidmatan atau mengeluarkan barangan untuk memenuhi kehendak pelanggan.

 Mendapatkan khidmat nasihat pakar untuk memajukan perniagaan.

 Mencari maklumat dengan bertanya sendiri kepada pelanggan atau pembekal tentang kehendak-kehendak pengguna.

 Melakukan siasatan sendiri melalui kajian pasaran dan menganalisisnya.

 Menggunakan rangkaian maklumat atau rakan-rakan untuk mendapatkan maklumat baru dan berguna.

(9)

 Melakukan sendiri penyelidikan dan anlisis terhadap maklumat yang diperolehi sebelum membuat keputusan-keputusan perniagaan atau dalam menjalankan tugas harian.

Secara rasionalnya:

Maklumat memainkan peranan penting dalam sesebuah perniagaan. Kejayaan sesebuah perniagaan banyak bergantung kepada mutu maklumat yang diperolehi, kecukupan maklumat dan cara penggunaan maklumat dalam pembuatan keputusan. Usahawan yang sensitif kepada maklumat akan mempelajari dan mengambil iktibar terhadap maklumbalas yang diperolehi sama ada dalam bentuk kritikan atau analisis sendiri. Maklumat tersebut berguna untuk meningkatkan pengalaman, memperbaiki pencapaian, prestasi diri dan prestasi syarikat yang sedang diterajui.

2.5 Menitikberatkan Mutu Kerja yang tinggi

Sikap usahawan yang menitikberatkan mutu kerja yang tinggi adalah:

 Menunjukkan keinginan menghasilkan atau menjual barangan atau menyediakan perkhidmatan yang bermutu tinggi.

 Sentiasa membuat perbandingan mutu kerja sendiri atau syarikat dengan orang lain supaya setanding atau berada di peringkat yang lebih baik.

Secara rasionalnya:

Seorang usahawan perlu sensitif dan sentiasa menitikberatkan mutu kerja yang tinggi dan berasaskan piawaian penghasilan kerja atau perkhidmatan mereka. Usaha tidak melakukan kerja semata-mata untuk menyelesaikan tugasnya, akan tetapi untuk mencari kepuasan terhadap kerja melalui pencapaian yang cemerlang dan bermutu. Ini akan membantu usahawan dalam meluaskan pasarannya dan dapat meningkatkan prestasi syarikat.

(10)

2.6 Komitmen Terhadap Perjanjian Kerja

Sikap usahawan yang menepati perjanjian kerja adalah:

 Memberi tumpuan kepada perniagaan dan melakukan pengorbanan peribadi dalam mencapai atau menyelesaikan kerja.

 Menerima tanggungjawab sepenuhnya dalam menyelesaikan kerja untuk pelanggan.

 Sanggup membantu pekerja atau mengambilalih tugas mereka untuk menyelesaikan kerja.

 Melahirkan perasaan mengambil berat untuk memuaskan hati pelanggan.

Secara rasionalnya:

Seorang usahawan dapat menarik kepercayaan pelanggan melalui sikapnya yang menepati janji berkaitan mutu barangan, penghantaran pada masa yang tepat, harga barangan atau perkhidmatan yang berpatutan, dan jumlah barangan seperti yang telah dipersetujui dengan pelanggan. Selain itu, seorang usahawan perlu bertanggungjawab untuk menghadapi dan mengatasi rungutan pelanggan.

2.7 Berorientasikan Ke Arah Kecekapan

Individu usahawan yang berorientasikan ke arah kecekapan adalah:

 Sentiasa mencari jalan untuk melakukan sesuatu dengan kos yang lebih rendah dan pantas.

 Menggunakan maklumat perniagaan atau kaedah pengurusan perniagaan yang terkini untuk memperbaiki kecekapan syarikat dan diri sendiri.

 Mengambilberat perkiraan kos atau keuntungan hasil daripada sesuatu pembaharuan, perubahan dan tindakan.

Secara rasionalnya:

Usahawan yang berdayamaju sentiasa akan mencari jalan untuk meningkatkan produktiviti syarikat. Peningkatan produktiviti dapat dilihat daripada penjimatan kos dngan masa yang lebih pantas tanpa menjejaskan prestasi pengeluaran dan dapat mengelakkan pembaziran. Seorang usahawan sentiasa mencuba sedaya upaya menggunakan maklumat perniagaan yang baik untuk memperbetulkan tahap kecekapan syarikat terutama dari aspek penggunaan bahan mentah, modal, tenaga manusia, mesin dan jentera serta teknologi.

(11)

2.8 Membuat Perancangan Yang Sistematik

Seseorang usahawan perlu mampu membuat perancangan sistematik dalam:

 Melakukan sesuatu tugas atau kerja dengan merancang dan mengatur langkah yang sistematik dan mudah untuk dilaksanakan.

 Mewujudkan rancangan yang dapat mengatasi masalah-masalah yang dijangkakan.

 Menilai dan memilih beberapa alternatif sebagai keputusan.

 Mengambil satu pendekatan yang logik dan sistematik untuk mencapai matlamat.

Secara rasionalnya:

Perancangan yang baik dan sistematik boleh meningkatkan prestasi dan pencapaian matlamat syarikat. Perancangan sistematik lazimnya perlu dimulakan dengan mengenalpasti matlamat yang ingin dicapai dan seterusnya mengenalpasti masalah atau rintangan yang akan dihadapi. Dengan mencapai matlamat tersebut seseorang usahawan perlu mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan secara bersistematik. Dalam proses perancangan yang sistematik, usahawan sentiasa mencari langkah-langkah alternatif yang berkesan sebagai keputusannya.

2.9 Menyelesaikan Masalah

Sikap usahawan yang mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah adalah berkebolehan dari segi:

 Mencari dan mengambil strategi untuk mencapai matlamat.

 Mencari dan melahirkan idea baru untuk menyelesaikan masalah secara berinovatif.

Secara rasionalnya:

Seorang usahawan yang berdaya maju akan menyelesaikan masalah dengan mencari dan melahirkan idea-idea baru dalam penyelesaian masalah secara inovatif.

2.10 Keyakinan Diri

Usahawan yang berkeyakinan diri mampu:

 Melahirkan keyakinan melalui kemampuan, keberkesanan dan pendirian diri sendiri dalam menyelesaikan sesuatu tugas.

 Memperolehi dan mengumpul pengetahuan dan pengalaman luar daripada bidang pengkhususannya.

 Mengurangkan sikap rasa takut kepada kegagalan.

(12)

Secara rasionalnya:

Kebanyakan usahawan gagal dalam mencapai matlamat mereka lantaran sikap ketidakyakinan kepada kebolehan diri sendiri. Sikap tersebut perlu ditonjolkan dari segi kemampuan diri dalam membuat keputusan dan menyahut sebarang cabaran. Seorang usahawan juga perlu mempunyai keyakinan terhadap apa yang dilakukan.

2.11 Ketegasan

Usahawan yang tegas mampu:

Menyuarakan sesuatu masalah kepada orang lain secara langsung dan mampu mengambil tindakan walaupun menghadapi tentangan pihak lain.

Secara rasionalnya:

Sebagai seorang usahawan perlu tegas untuk menghadapi masalah pekerja, pelanggan, pembekal dan persekitarannya. Dia perlu berani menonjolkan kebaikan atau kelebihan hasil keluaran atau perkhidmatan berbanding orang lain. Seorang usahawan juga berani untuk menghadapi masalah pelanggan yang cuba lari dari dari hutang, pekerja yang malas dan peraturan-peraturan syarikat yang boleh melemahkan perjalanan perniagaan.

2.12 Meyakinkan Orang Lain

Individu usahawan mampu menunjuk dan meyakinkan orang lain melalui:

 Penonjolan diri dalam meyakinkan pelanggan untuk membeli barangan atau perkhidmatan yang diniagakan.

 Kemampuan meyakinkan orang lain untuk mendapatkan sumber modal atau pinjaman yang mendapatkan kontrak-kontrak perniagaan.

 Keyakinan menonjolkan kemahiran diri sendiri, kualiti diri dan syarikat.

Secara rasionalnya:

Seorang usahawan bergerak untuk mendapatkan sumber-sumber organisasi bahan mentah, mengelolakan proses pengeluaran, penjualan hasil keluaran dan perkhidmatan. Aktiviti tersebut memerlukan kemahiran memujuk dan meyakinkan orang lain. Usahawan yang gagal mempengaruhi pelanggan atau pembekal tidak mampu untuk mencapai matlamat syarikatnya.

2.13 Menggunakan Strategi-strategi Pengaruh

(13)

Secara rasionalnya:

Sebagai seorang usahawan perlu mampu mempengaruhi pekerja dan industri yang diceburi. Terdapat lima asas pengaruh yang boleh digunakan dalam strategi pengaruh usahawan:

i. Pengaruh berdasarkan kuasa mutlak. ii. Pengaruh berdasarkan kuasa menghukum. iii. Pengaruh berdasarkan kuasa memberi ganjaran.

iv. Pengaruh berdasarkan kuasa kepakaran. v. Pengaruh berdasarkan kuasa memberi teladan.

(14)

MODUL 1

TOPIK 3: ETIKA KEUSAHAWANAN

OBJEKTIF :

Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat:

• Memahami nilai-nilai murni keusahawanan. • Memahami konsep barakah dalam perniagaan. • Memahami etika keusahawanan.

KANDUNGAN:

• Budaya niaga cemerlang • Nilai-nilai murni keusahawanan. • Konsep barakah dalam perniagaan. • Etika keusahawanan.

(15)

3.1 BUDAYA NIAGA CEMERLANG 3.1.1 Berani Mencuba

Usahawan yang berani mencuba mempunyai jangkaan dalaman yang tinggi. Usahawan sebegini yakin bahawa kejayaan akan tetap menjadi milik mereka selagi mereka memberi komitmen sepenuhnya dengan menggunakan tenaga dan keupayaan. Usahawan yang berani mencuba mempamirkan usaha yang berterusan dan lebih sensitif kepada perubahan-perubahan dalam persekitaran perniagaan. Usahawan yang terlalu jumud dan bersikap konservatif tidak akan mampu maju sebaliknya akan terus kekal di takuk lama.

3.1.2 Penetapan Matlamat

Penetapan matlamat oleh usahawan mendorong mereka untuk lebih berusaha sehingga berjaya meraih kejayaan yang diidamkan. Usahawan perlu mempunyai perancangan matlamat jangka pendek dan jangka panjang dan dijadikan kayu pengukur untuk memperbaiki kelemahan dan merancang strategi-strategi baru untuk mengatasinya. Teori penetapan matlamat menegaskan bahawa penetapan matlamat merupakan proses untuk menghasilkan komitmen yang lebih tinggi melalui insentif pencapaian yang realistik. Oleh yang demikian penetapan matlamat merupakan satu proses kognitif di mana usahawan perlu sedar dan sentiasa memikirkan apa yang ingin dicapai, mendefinisikan tugas dan menetapkan bagaimana untuk mencapai matlamat tersebut. Sekiranya matlamat yang ditetapkan gagal dicapai, usahawan hendaklah mengkaji semula serta perlu bersedia memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang menjadi kekangan kepada pencapaian matlamat.

3.1.3 Jangkaan Diri

Jangkaan diri merulakan nilai yang perlu ada pada diri usahawan. Ia menjadikan usahawan lebih bermotivasi untuk mengecapi kejayaan yang dicita-citakan. Teori jangkaan mengariskan bahawa manusia bukan sahaja digerakkan oleh keperluan tetapi perlu membuat pilihan tentang apa yang akan dan tidak mereka lakukan. Sebagai usahawan tahap ketinggian motivasi adalah bergantung kepada jangkaan usahawan terhadap keupayaan mereka untk melakukan sesuatu tugas dan menerima ganjaran yang dikehendaki. Sekiranya usahawan menjangkakan mampu untuk bersaing dengan pesaing serta mempunyai fikiran yang positif, sudah tentu kejayaan kan menyebelahi mereka. Usahawan yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan tranformasi, mempunyai jangkaan dan kenyakinan diri yang tinggi. Jangkaan diri memerlukan individu untuk yakin pada diri sendiri dan mampu melakukan yang terbaik dengan mengadun segala kemampuan yang

(16)

mereka yang mereka miliki.Justeru usahawan perlu mempunyai jangkaan diri yang tinggi bagi mencapai prestasi perniagaan yang luar biasa.

3.1.4 Kecekalan

Usahawan perlu mengharung berbagai halangan dan masalah sebelum menikmati kejayaan. Mereka perlu tabah dan mempunyai kecekalan diri yang tinggi. Sikap cekal diri memerlukan usahawan untuk memiliki keyakinan diri yang tinggi, lebih tabah, mempunyai daya ikhtiar dan ketahanan diri yang jitu dalam mengharungi dunia keusahawanan.

3.1.5 Yakin Diri

Kebanyakan kegagalan usahawan mencapai matlamat adalah berpunca dari sikap tidak yakin terhadap kebolehan diri sendiri. Dunia keusahawanan yang sangat mencabar memerlukan usahawan yakin kepada kemampuan diri sendiri dalam membuat keputusan serta menyahut sesuatu cabaran. Untuk meningkatkan kenyakinan, usahawan perlu mengikis perasaan takut kepada kegagalan, mengelakkan daripada sikap tiada pendirian dan menghapuskan rasa rendah diri apabila berhadapan dengan pesaing mereka.

3.1.6 Ketegasan Diri

Usahawan perlu tegas menghadapi masalah pekerja, pelanggan, pembekal dan masyarakat . Usahawan mesti berani membuktikan kebaikan atau kelebihan produk atau perkhidmatan yang diberikan berbanding dengan pesaing. Usahawan perlu berani dan bersedia untuk bertindak terhadap pelanggan yang gagal menjelaskan hutang. (Pelanggan *yang engkar arahan dan bersedia mengubah peraturan-peraturan yang menyebabkan *kelembapan perniagaannya.) Demi untuk kejayaan syarikat, usahawan perlu tegas dalam mengambil tindakan walaupun terhadap rakan atau orang yang rapat dengannya.

3.1.7 Inisiatif Diri

Inisiatif diri adalah sikap yang perlu ada pada usahawan kerana daya inisiatif yang tinggi menjadikan usahawan mempunyai kecenderungan untuk melihat dan menganalisis sesuatu situasi dengan berkesan tanpa menunggu arahan untuk melakukan tindakan terhadap peluang yang datang dan memilih strategi yang terbaik untuk mengatasi masalah. Yang demikian usahawan menjadi lebih peka dan pro aktif kepada persekitaran yang ada.

(17)

3.1.8 Bertanggungjawab

Usahawan yang bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya merupakan seorang yang berpandangan jauh serta mencerminkan keperibadian sebenar seorang usahawan. Sikap yang bertanggungjawab lahir jika usahawan tidak mudah mempersalahkan pihak lain sekiranya berhadapan dengan sesuatu kegagalan. Mereka lebih bersedia mengkaji kelemahan diri sendiri bukan menuding kepada pihak lain. Usahawan yang bertanggungjawab yang tinggi akan mempunyai semangat untuk mencurahkan khidmat bakti kepada pekerja dan masyarakat.

3.1.9 Belajar Dari Maklumbalas

Usahawan perlu bersedia memberi galakan kepada pelbagai pihak untuk memberi maklum balas terhadap setiap tindakan dan hasil yang dikeluarkan oleh syarikatnya. Daripada maklum balas usahawan dapat mengukur tahap penerimaan terhadap produk atau perkhidmatan syarikatnya. Penglibatan pelanggan dalam mereka bentuk produk dan perkhidmatan melalui maklum balas akan memberikan kepuasan kepada para pelanggan yang akhirnya akan dapat mengekalkan kesetiaan pelanggan terhadap produk yang dikeluarkan dan perkhidmatan yang diberikan.

3.1.10 Mewujudkan Hubungan Dengan Individu Yang Boleh Membantu

Perhubungan yang rapat dengan mereka yang berkepentingan dalam perniagaan akan memberikan kelebihan kepada usahawan untuk memperkembangkan perniagaan serta membolehkan usahawan mendapat peluang dan mengetahui ancaman-ancaman yang bakal dihadapinya. Hubungan dengan individu yang boleh membantu akan menjadi pemangkin kepada kejayaan usahawan.

3.1.11 Kesediaan Meminta Nasihat Pakar

Usahawan perlu menyedari betapa pentingnya mencapai tahap kelebihan bersaing agar produk atau perkhidmatan mendapat sambutan daripada pelanggan. Usahawan hendaklah menjadikan kesediaan meminta nasihat dari pakar sebagai budaya niaga untuk mengukuhkan produk dan perkhidmatan pemasaran, pentadbiran dan kewangan syarikat. Keterbukaan menerima nasihat kan membantu usahawan dalam menghadapi permasalahan untuk merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan.

3.1.12 Sistematik Dalam Melaksanakan Pekerjaan

Usahawan hendaklah bertindak dengan penuh sistematik apabila membuat keputusan. Ketelitian dalam mengambil satu tindakan boleh menjamin ketepatan dalam keputusan

(18)

dan silap langkah berdasarkan anlisis kos yang akan ditanggung berbanding matlamat yang akan diperolehi.

3.2 KONSEP BARAKAH DALAM PERNIAGAAN

3.2.1 Pengenalan

Keusahawanan dari perspektif Islam boleh didefinisikan sebagai mana-mana aktiviti pekerjaan yang diusahakan secara perniagaan oleh seseorang sama ada dengan menghasilkan sesuatu barangan atau sesuatu perkhidmatan bagi memperolehi rezeki yang halal dengan cara yang tidak bertentangan dengan syariah.

Islam sebagai agama yang memberi panduan hidup untuk kesejahteraan seluruh manusia di dunia dan di akhirat, memandang tinggi kepada aktiviti keusahawanan. Aktiviti keusahawanan termasuklah bidang perniagaan, penghasilan, pengedaran, pertanian dan perkilangan. Rasulullah S.A.W adalah seorang peniaga sebelum menjadi rasul.

Islam sebagai agama yang mempunyai prinsip panduan hidup yang menyeluruh (syumul) perlu di jadikan asas kepada para usahawan bagi membina kaedah pengurusan keusahawanan yang mantap dan mencipta kejayaan. Islam melihat bidang keusahawanan sebagai suatu bidang yang boleh menyumbang kepada sumber ekonomi dan kekayaan individu bagi menyara kehidupan sehariannya. Rasulullah bersabda “Sesungguhnya 9/10 dari sumber rezeki terdapat dalam perniagaan”

Bidang keusahawanan di dalam perspektif Islam adalah termasuk di dalam bidang fardu kifayah. Ini bererti tanggungjawab usahawan adalah besar kerana ia adalah satu kewajipan.

3.3 ETIKA KEUSAHAWANAN

Ajaran Islam yang syumul tidak mengenepikan pentingnya perniagaan dalam kehidupan manusia. Sebagai seorang muslim, matlamat mencari keredaan Allah SWT yang menjangkau dari hanya kehidupan dunia semata-mata seharusnya membataskan tindakan kepada kaedah yang diberkati dan di tuntut oleh agama. Di dalam Islam, panduan khusus untuk menjalankan perniagaan digariskan agar perniagaan mengikut etika Islam. Di antara panduan tersebut adalah:

(19)

3.3.1 Pematuhan Terhadap Kontrak

Usahawan perlu patuh kepada kontrak yang dimeteri. Islam berpegang teguh kepada sikap menunai janji dan nilai-nilai mulia seperti, kebenaran, kejujuran, dan amanah. Manusia wajib mematuhi perintah Allah SWT. Allah SWT berfirman,

”dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat ( yang dipikulnya dan janjinya)” (Surah Al Mukminun: ayat 8)

Melalui ayat ini jelaslah bahawa orang yang beriman itu perlu menunaikan janjinya.

3.3.2 Penipuan dan Salah Taksir Iklan.

Usahawan ditegah membuat penipuan di dalam pengiklanan, namun kerap terjadi barangan yang dijual berbeza atau tidak menepati saperti yang diiklankan. Kadangkala iklan yang disiarkan dalam media mengelirukan pengguna. Di dalam etika islam, perkara ini jelas di larang.

Sabda Rasullalah SAW

Tidak boleh menjual barangan yang rosak kecuali yang rosak itu telah ditunjukkan kepada pembeli.”

(Hadis riwayat: Bukhari)

1.3.3 Timbangan yang Tepat

Usahawan perlu sentiasa membuat timbangan atau ukuran yang tepat apabila melakukan urusan perniagaan. Usahawan yang tidak jujur dan menipu timbangan untuk mendapatkan untung yang lebih adalah ditegah oleh ajaran Islam. Di dalal Quran, Allah SWT memerintahkan agar timbangan dilakukan dengan tepat. Firman Allah SWT

Dan penuhkanlah sukatan, bila kamu menyukat ( menakar ) dan menimbanglah dengan neraca yang betul. Itulah yang paling baik dan lebih kesudahannya”

(Surah Al Israa: ayat 35)

1.3.4 Larangan Menyorok Barang

Amalan menyorok barang untuk tujuan mendapatkan keuntungan ketika harga naik atau ketika masyarakat kekurangan barang merupakan satu eksploitasi kepada masyarakat dan pengguna. Perbuatan ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Peniaga seperti ini

(20)

masuk dalam golongan yang bersifat bakhil dan tamak. Allat SWT melarang sifat bakhil ini melalui firmannya”

janganlah orang-orang yang bakhil memberikan dengan apa yang telah dikurniakan Allah kepadanya mengira bahawa kebakhilan itu baik untuk mereka. Tidak ! Melainkan membahaya mereka, nanti harta yang mereka bakhilkan itu akan digantungkan di lehernya di hari khiamat. Allah yang mempusakai langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

( Surah Al Imran: ayat 180 )

3.3.5 Penghapusan Keluaran Berlebihan

Usahawan tidak dibenarkan membazir dan merosakkan barangan yang dihasilkan. Islam melarang perbuatan ini kerana barangan dan sumber adalah milik Allah SWT dan manusia adalah pemegang amanah. Manusia sepatutnya mencari jalan untuk menggunakan kelebihan tersebut.

3.3.6 Perniagaan Melibatkan Riba

Usahawan muslim ditegah daripada terlibat dengan amalan riba di dalam perniagaannya. Terdapat pelbagai altenatif kaedah muamalat yang boleh dilaksanakan untuk mengelakkan dari riba. Firman Allah SWT,

“ Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”

(Surah Al Baqarah: ayat 275 )

3.3. 7 Amalan Pengambilan Pekerja

Usahawan perlu mengurus sumber manusia secara terbaik. Pengambilan pekerja haruslah dilakukan dengan adil, iaitu orang yang diambil boleh melaksanakan tanggungjawab dan bersikap adil terhadap yang diamanahkan kepadanya.

3.3. 8 Bersikap Adil Kepada Pekerja

Tanggungjawab organisasi adalah untuk menjaga kebajikan pekerja, memberi gaji yang setimpal dan menyediakan tempat kerja yang baik. Dalam hal ini, usahawan perlulah melayani setiap pekerja di bawah pentadbiran sebaik-baiknya tanpa mengira warna kulit atau rupa. Perkara ini penting dilakukan agar usahawan muslim tidak mengenepikan tuntutan agama.

(21)

3.3.9 Penjagaan Alam Sekitar

Usahawan tidak harus menjalankan perniagaan untuk memaksimakan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan tanggungjawab sosial dan penjagaan alam sekitar. Alam semula jadi adalah anugerah Allah SWT yang boleh digunakan tanpa merosakkannya. Firman Allah SWT,

“ Telah kelihatan kerosakan d idarat dan di laut, disebabkan usaha tangan manusia, kerana tuhan hendak merasakan kepada mereka sebahagian dari akibat buatan mereka supaya mereka kembali”

( Surah Ar-Rum: ayat 41 )

3.4 MENJELASKAN LIMA BELAS CIRI USAHAWAN BERJAYA MENGIKUT

PERSPEKTIF ISLAM

3.4.1 Mempunyai Keinginan Dan Kesungguhan Yang Tinggi Untuk Berjaya

Usahawan perlu mempunyai sifat keinginan dan kesungguhan yang tinggi untuk mengecapi kejayaan. Islam sangat mengalakkan seseorang supaya sentiasa mempunyai keinginan dan kesungguhan yang tinggi di dalam perlakuan mereka. Rasulullah S.A.W telah menunjukkan bahawa baginda seorang yang sentiasa bersungguh-sungguh menjalankan dalam apa jua perkara.

3.4.2 Mempunyai Niat yang Betul

Seseorang mempunyai niat yang betul. Niat yang pertama adalah mencari rezeki dengan cara yang diredhai oleh Allah SWT. Niat yang kedua adalah berkhidmat untuk orang lain dengan mengeluarkan barangan atau perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat. Niat yang ketiga, adalah berniaga sambil beribadat kepada Allah swt.

“sesungguhnya setiap perbuatan itu dengan niat dan setiap perkara itu bergantung dengan apa yang diniatkan”

(Hadis Riwayat: Bukhari dan Muslim )

3.4.3 Mempunyai Ilmu dan Kemahiran Yang Mencukupi Di dalam Bidang Yang Diceburi.

Usahawan perlu memiliki ilmu yang cukup di dalam bidang yang diceburi. Ilmu tersebut boleh diperolehi sama ada dari ilmu yang dipelajari, pengalaman sendiri, pembacaan, pemerhatian atau pengalaman orang lain. Pemilihan bidang tersebut akan memudahkan usahawan mencapai kejayaan.

(22)

Usahawan perlu menjadikan semua pengalamannya sebagai gabungan ilmu dan pengajaran yang boleh digunakan dalam bidang yang ingin diceburi.

3.4. 4 Bertanggungjawab Kepada Semua Yang Berkepentingan Dengannya

Usaha perlu menjadi orang yang bertanggungjawab kepada semua orang yang berkepentingan dengannya seperti pelanggan, pemilik organisasi, pekerja, keluarga, masyarakat, kerajaan, pembekal, pengedar dan lain-lain.

3.4. 5 Sentiasa Berjimat Menggunakan Sumber

Islam mengajar umatnya berjimat dalam segala aspek kehidupan. Ia termasuklah berjimat menggunakan faktor-faktor pengeluaran yang terdiri daripada tanah dan modal. Justeru itu, usahawan digalakkan agar menggunakan sumber secara cekap dan berkesan.

3.4. 6 Mempunyai Kemahiran Membuat Keputusan

Membuat keputusan dengan cepat dan tepat adalah suatu kemahiran yang penting bagi menjamin kejayaan usahawan. Ini adalah kerana usahawan perlu pandai memilih peluang yang ada di persekitarannya. Usahawan juga perlu sentiasa membuat keputusan dengan tepat berasaskan analisis dan telahan yang jitu.

3.4. 7 Berfikiran Ke hadapan

Islam menyarankan kepada umatnya supaya sentiasa berfikir jauh ke hadapan. Usahawan berjaya selalu menjangka dengan tepat mengenai keperluan pelanggan masa hadapan Allah SAW berfirman yang bermaksud,

“ Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu memerhatikan apa kamu siapkan untuk hari esok ( akan datang ) kamu”

(Surah Al Hasyr: ayat 18 )

3.4. 8 Mempunyai Kemahiran Berkomunikasi

Usahawan perlu memiliki ilmu komunikasi yang tinggi untuk berhubungan dengan manusia pekerja, pelanggan dan pihak yang berada di persekitarannya. Hubungan yang baik akan memudahkan perjalanan urusan perniagaan. Hubungan yang baik dengan pelanggan dan pekerjanya akan dapat menentukan kejayaannya perniagaan.

(23)

3.4. 9 Sentiasa menjaga Kualiti

Islam menyarankan agar kualiti tindakan dan hasil perlu dijaga dengan baik. Usahawan bertanggungjawab menjaga kualiti produk kerana ia mempengaruhi kesetiaan pelanggan. Pelanggan akan berpuas hati dengan produk belian yang mempunyai kualiti yang tinggi.

3.4. 10 Menghindari Dari Aktiviti Yang Ddi haramkan oleh Allah SWT

Usahawan perlu memastikan agar tidak terlibat dalam kegia tan yang diharamkanatau tidak terlibat dengan urusniaga yang haram. Aktiviti keusahawanan yang halal akan menyebabkan seseorang usahawan itu berada di dalam rahmat Allah SWT.

3.4. 11 Elakkan Daripada Belenggu Hutang

Islam amat tidak menggalakkan umatnya berhutang di dalam berurus niaga. Prinsip ini agak berlawanan dengan prinsip kapitalis yang menggalakkan berhutang. Islam tidak menggalakkan aktiviti hutang kerana ia akan menjerat penghutang daripada kebebasan kewangan. Dalam perspektif Islam, seboleh bolehnya usahawan perlu memulakan perniagaan berdasarkan modal yang ada kemudian mengembangkan perniagaan hasil peningkatan modal tersebut.

3.4. 12 Sentiasa Menilai Tindakan dan Berwaspada

Usahawan yang berjaya SWT sentiasa menilai segala aktiviti keusahawanannya agar sentiasa berada di atas landasan yang betul. Allah SWT menyuruh manusia agar sentiasa membuat penilaian terhadap semua amalan agar ia sentiasa berjaya. Usahawan berjaya sentiasa mengawasi perubahan persekitaran sama ada dari segi permintaan, penawaran, perancangan, persaingan dan lain-lain.

3.4. 13 Bersyukur dengan Kejayaan

Usahawan muslim perlu bersyukur kepada Allah SWT jika memperolehi kejayaan. Jika kejayaan disyukuri, Allah SWT akan menambahkan lagi kejayaan tersebut. Firman Allah SWT.

“ Seandaikan kamu di atas nikmatku, nescaya akan tambah lagi, seandaikan kamu kufur, ingatlah azabku amat pedih”

(24)

3.4. 14 Tidak Boros dan Tidak Kikir dengan Kekayaan

Usahawan yang berjaya sentiasa berhati-hati dalam membuat perbelanjaan agar mempunyai imbangan kewangan yang kewangan yang baik. Segala perbelanjaan mesti dilaksanakan dengan berhati-hati agar tidak melampaui keperluan.

3.4. 15 Sentiasa Membayar Hutang jika Berhutang

Mengikut perspektif Islam, usahawan bertanggungjawab menjelaskan hutang dengan tepat dan cepat. Usahawan sepatutnya bersyukur di atas kerelaan pihak yang memberinya hutang sebagai suatu pertolongan yang patut dibalas balik dan bukannya memberi masalah.

(25)

MODUL 1

TOPIK 4: KREATIVITI DAN INOVASI DALAM KEUSAHAWANAN

OBJEKTIF:

Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat:

• Memahami aspek kreativiti dan inovasi dalam keusahawanan

• Mengetahui kaedah berfikir secara kreatif dan inovatif

• Mengenal pasti strategi yang dapat menggalakkan kreativiti dan inovasi

KANDUNGAN:

• Definisi kreativiti dan inovasi

• Proses kreativiti

• Kepentingan membina idea yang kreatif

• Ciri-ciri individu yang kreatif

• Teknik menjana idea kreatif dan inovatif

• Jenis inovasi

• Halangan kepada kreativiti dan inovasi

(26)

4.1 Definisi Kreativiti Dan Inovasi 4.1.1 Apa itu kreativiti?.

Menurut Schermerhorn, Hunt dan Osborn (2003), kreativiti adalah melibatkan perkembangan yang tiada tolak bandingnya dan merupakan jawapan kepada sesuatu masalah yang bakal diperolehi. Ia amat mustahak dalam bertindakbalas kepada masalah yang kompleks dalam persekitaran perniagaan.

4.1.2 Apa itu inovasi?

Setelah menjalani proses kreatif dan memperolehi penyelesaian terbaik usahawan kemudiannya melakukan aplikasi inovasi. Inovasi adalah kunci kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Menurut Kinicki dan Williams (2003), inovasi adalah kaedah menghasilkan produk baru, produk dan perkhidmatan yang lebih baik. Ini bermakna setiap organisasi sama ada berasaskan keuntungan atau tidak, tidak boleh berpuas hati dengan apa yang ada.

4.2 Proses kreativiti

Menurut Kuratko dan Hodgetts (2004), terdapat empat fasa dalam proses kreativiti, iaitu :

i. Pengumpulan pengetahuan

Seorang usahawan perlu bersedia mengumpul informasi dan melakukan penyelidikan yang berkaitan melalui pembacaan, perbincangan dengan rakan sekerja, menghadiri seminar dan bengkel. Dengan ini ia akan memberikan pengetahuan dan menambahkan pengalaman untuk membangunkan produk baru, perkhidmatan atau pelaburan.

ii. Inkubator

Seorang usahawan mungkin tidak terlibat secara langsung dalam sesebuah perniagaan yang berkaitan dengan aktiviti atau masalah tersebut. Mereka mungkin akan mengabaikan masalah tersebut dan membiarkan minda bawah sedar melakukan tugas tersebut. Akan tetapi pembangkitan idea yang kreatif sangat penting tanpa mengira dari mana sumbernya.

iii. Idea

Fasa ini adalah menarik dalam proses kreativiti. Selain itu, fasa ini juga dikenali sebagai faktor eureka. Seorang individu usahawan boleh memperolehi idea menyelesaikan masalah secara tidak sengaja contohnya semasa makan, berjalan dan sebagainya.

(27)

iv. Penilaian dan Pelaksanaan

Dalam fasa terakhir, usahawan menukar idea tersebut kepada realiti. Pada peringkat ini ia memerlukan keberanian, disiplin diri, keyakinan yang tinggi dan ketekunan. Apabila idea yang telah muncul dari fasa ketiga, usahawan perlu mengubah idea tersebut dan menukarkannya kepada bentuk idea yang terakhir dan jelas.

4.3 Bagaimana Membina Idea Yang Kreatif

Pemikiran kreatif boleh mewujudkan peluang-peluang perniagaan daripada masalah, kesulitan, sumber dan situasi yang terhad. Usahawan perlu cuba untuk mengeksploitasi peluang ini untuk menjadi satu rancangan perniagaan.

Untuk menjadi seorang yang kreatif, seorang usahawan perlu mempunyai satu kemahiran berfikir yang khusus. Pemikiran kreatif ini perlu disulami dengan pemikiran inovatif yang boleh mengeksploitasi idea-idea menjadi rancangan perniagaan yang konkrit.

Bagaimanakah kita boleh berfikir secara kreatif?. Pemikiran kreatif memerlukan kita melihat alam sekitar dan situasi daripada perspektif yang songsang dan berbeza daripada pemikiran logik. Ini akan menjadikan kita berbeza daripada orang lain dengan melihat masalah sebagai peluang perniagaan. Akan tetapi idea tersebut perlu direalisasikan secara jelas.

4.4 Ciri-ciri individu yang kreatif

Terdapat lapan ciri individu yang kreatif, iaitu:

i. Seorang yang merendah diri dan bangga diri dalam waktu yang sama.

ii. Mempunyai perasaan yang amat kuat terhadap kerja mereka dan dalam masa yang sama mereka merupakan seorang yang objektif.

iii. Seorang yang berani untuk mencuba idea yang baru. iv. Seorang yang bersifat terbuka apabila menerima kritikan.

v. Seorang yang mempunyai kombinasi sikap yang suka bermain dan pada masa yang sama seorang yang berdisiplin atau bertanggungjawab.

vi. Seorang yang mempunyai kawalan diri yang baik.

vii. Seorang yang mempunyai matlamat, tidak tergesa-gesa dan mampu membuat pertimbangan rasional dalam sebarang keputusan.

(28)

4.5 Teknik menjana idea kreatif dan inovatif. i. Percambahan Fikiran

Kaedah ini sering digunakan di dalam menghasilkan idea. Setiap ahli akan mencadangkan idea dan kemudiannya dibincangkan bersama. Menurut William (2000), terdapat empat peraturan dalam menggunakan kaedah ini:

 Lagi banyak idea lagi baik

 Semua idea perlu diterima walaupun idea tersebut kelihatan tidak logik.

 Gunakan idea daripada kumpulan lain untuk memperolehi input yang lebih banyak.

 Kritikan atau penilaian tidak dibenarkan.

ii. Analogi Paksaan

Teknik ini amat berguna dalam menjana idea. Perhubungan secara paksaan boleh membantu membina pandangan baru dan jalan alternatif yang lain. Untuk membina sesuatu hubungan ia memerlukan objek atau kad gambar yang membantu untuk menjana idea. Objek atau kad dipilih secara rawak dan dilihat apa kaitannya secara paksa.

iii. Pelaksanaan (DO IT)

Dalam teknik ini kita perlu menganalisa masalah dengan memastikan soalan yang betul telah diajukan. Mempelajari dan memahami masalah adalah saat kritikal yang membolehkan kita mengenalpasti punca sebenar masalah. Masalah yang besar akan dipecahkan kepada bahagian-bahagian yang kecil dan diringkaskan.

Selepas itu idea akan dijana sebanyak mungkin. Idea tersebut tidak mengira samada idea baik atau tidak. Langkah seterusnya kajian dan analisis terperinci dilakukan untuk memilih idea terbaik. Akhir sekali, jalan penyelesaian akan dipilih melalui idea yang terbaik bagi melaksanakan strategi perniagaan.

iv. Peta Minda

Teknik ini membolehkan seseorang menggunakan gambar atau perkataan untuk mengurus dan membangunkan pendapat secara tidak linear. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk membangunkan produk baru, menyelesaikan masalah, merancang strategi dan membangunkan sesuatu proses. Dalam kaedah ini sama seperti brainstorming, semakin banyak idea semakin baik.

v. Kumpulan Nominal

(29)

membincangkan untuk memperolehi penjelasan dan penilaian. Setiap ahli akan mengundi secara senyap untuk memilih idea yang terbaik.

Selain itu teknik lain yang boleh digunakan untuk membina idea kreatif antaranya adalah:

 Teknik senarai sifat - menyenaraikan sifat-sifat secara terperinci dan dipinda serta dirombak mengikut kesesuaian kos, fungsi, perkhidmatan dan keselamatan.

 Teknik Tarikh Luput - menetapkan tempoh tertentu untuk memberi tekanan kepada individu menerbitkan idea kreatif.

 Teknik Asosiasi - melibatkan hubungan mental antara dua objek ataupun idea.

 Teknik Asosiasi mendesak - teknik perkaitan yang menggabungkan dua objek ataupun lebih yang berbeza sama sekali.

 Teknik Dua Kata - menyenaraikan kata frasa alternatif bagi setiap kata.

 Teknik Sensori - menggunakan deria sensitif dengan menghasilkan kerjasama yang bersifat simbiotik dan kreatif pada persekitaran.

 Teknik ke Matahari - memperbaiki produk dan menyelesaikan masalah yang bersifat umum dengan mengaitkan matahari sebagai punca tenaga.

 Teknik Rangsangan Imej - menekankan penggunaan daya imaginasi dengan menggunakan pelbagai sumber yang bergambar.

 Teknik Produk Kontra - menggunakan kata kerja dan antonim bagi menerbitkan alternatif lain.

 Teknik songsang - menterbalikkan idea lama kepada idea baru dengan menunjukkan sifat berlawanan sama sekali dengan idea lama.

 Teknik Senarai Semak - menggunakan kata kunci senarai semak dan digabungkan dengan soalan-soalan provokatif.

 Teknik Batu loncatan - memberikan dasar pertimbangan dan penilaian kepada idea tanpa membuat sebarang penilaian benar ataupun salah.

4.6 Jenis-jenis inovasi

i. Penciptaan - Mencipta produk, perkhidmatan atau proses yang baru. Ia mestilah yang asli atau tidak pernah dicuba.

ii. Perluasan - Penambahan atau tambahan kepada produk, perkhidmatan atau proses yang sedia ada.

iii. Duplikasi - Proses membuat pendua terhadap produk, perkhidmatan atau proses sedia ada dengan bukan sekadar meniru, akan tetapi menambah dari segi fungsian tambahan kepada produk, perkhidmatan atau proses sedia ada tersebut.

iv. Perpaduan - Proses untuk menggabungkan bahagian-bahagian lain untuk menjadi satu produk atau aplikasi yang baru dengan mengambilkira beberapa idea yang sedia ada.

(30)

4.7 Halangan kepada inovasi

Halangan-halangan tersebut adalah:

i. Terdapat organisasi yang tidak menggalakkan inovasi atau menolak sebarang perubahan. ii. Masalah dari segi kekurangan sumber merupakan halangan kepada inovasi.

iii. Terdapat pihak pengurusan yang menghalang atau mengawal kakitangannya daripada menjadi lebih kreatif.

iv. Takut untuk mencuba.

v. Takut untuk melakukan kesilapan. vi. Motivasi yang salah atau silap. vii. Takut kepada kegagalan.

viii. Kurang keyakinan dan percaya kepada diri sendiri.

4.8 Strategi untuk menggalakkan kreativiti dan inovasi.

i. Mengenalpasti kebolehan dan kemampuan sendiri agar ia tidak menghalang kepada proses kreatif dan inovatif.

ii. Menukar persepsi dengan melihat sesuatu masalah sebagai sesuatu peluang dan mempunyai jalan penyelesaian yang terbaik.

iii. Menukar budaya organisasi dengan menggalakkan kakitangan menjadi lebih kreatif dan inovatif. Ganjaran akan diberikan kepada kakitangan yang kreatif.

iii. Sanggup menghadapi sebarang kegagalan dan mencari jalan penyelesaian untuk mendorong kemajuan dalam syarikat.

(31)

MODUL 2

PELUANG DAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Topik 5

:

Peluang Perniagaan

Topik 6

:

Kemahiran Memulakan Perniagaan

Topik 7

:

Merancang Perniagaan

(32)

MODUL 2

TOPIK 5: PELUANG PERNIAGAAN

OBJEKTIF:

Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat:

• Mengenalpasti peluang-peluang perniagaan yang berpotensi.

• Menilai dan memilih peluang perniagaan.

KANDUNGAN:

• Takrif Peluang

• Proses Mengenalpasti Peluang Perniagaan • Menilai dan Memilih Peluang

(33)

5.1 TAKRIF PELUANG

Persekitaran menjanjikan peluang-peluang perniagaan yang tidak dapat dijangkakan. Seorang usahawan melihat setiap aspek sebagai peluang dan berpotensi untuk memberikan pulangan pelaburan yang besar.

Pemerhatian terhadap pasaran dan kajian terhadap peluang yang ada boleh memberikan gambaran yang jelas berhubung peluang perniagaan yang boleh wujud. Secara amnya peluang perniagaan ini ada hubungkait dengan proses inovasi yang telah dibincangkan. Idea-idea baru boleh dijana melalui proses inovasi berkenaan sama ada dengan mewujudkan perniagaan baru atau membangunkan produk atau perkhidmatan baru (Barjoyai Bardai, 2000). Sebagai seorang usahawan adalah perlu untuk merebut setiap peluang perniagaan dan berani untuk mencuba di dalam pasaran.

5.2 SITUASI MENYUMBANG PELUANG PERNIAGAAN

Terdapat dua situasi yang boleh berkait dengan penyumbang atau penyebab yang boleh mewujudkan peluang. Situasi berkenaan adalah:

i. Pelanggan memerlukan barangan atau perkhidmatan baru yang dapat menyelesaikan masalah atau memuaskan kehendak mereka.

ii. Apabila barangan atau perkhidmatan sedia ada belum dapat menyelesaikan masalah atau belum dapat memenuhi kehendak pelanggan.

Maka daripada situasi berkenaan, ia akan menyumbang kepada penjanaan idea baru dari kalangan usahawan untuk memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan. Peluang berkenaan dapat dimanipulasikan dengan mengenalpasti kekuatan, meminimumkan kekurangan, menggunakan peluang dan mengurangkan ancaman.

1.3 PROSES MENGENALPASTI, MENILAI DAN MEMILIH PELUANG

Sebagai seorang usahawan, kemahiran mengenalpasti peluang adalah penting. Secara amnya terdapat tiga langkah untuk mengenalpasti dan memilih peluang serta mengurangkan ancaman. Langkah tersebut adalah:

i. Membuat analisis persekitaran dan pasaran dengan memahami kehendak serta keperluan pengguna.

ii. Membuat penilaian diri iaitu dari segi kebolehan dan kemampuan, penilaian terhadap masyarakat sekitar, dan membuat analisis idea perniagaan.

(34)

Dalam langkah awal berkenaan, faktor-faktor persekitaran dan pasaran yang boleh dipertimbangkan adalah:

a. Faktor perubahan demografik – dari segi umur, jantina, pendapatan, pendidikan, bilangan ahli keluarga, dan sebagainya.

b. Faktor perubahan psikografik – berkaitan dengan keperluan psikologi manusia seperti citarasa, status dan ego.

c. Data import dan eksport – membantu dalam mengetahui kedudukan permintaan dan penawaran produk dan perkhidmatan berkaitan dalam pasaran dan meninjau peluang yang ada.

d. Kesediaan sumbersumber tempatan dan teknologi -e. Hubungan rantaian industri – hubungan antara industri f. Projek-projek kerajaan dan swasta

g. Undang-undang dan peraturan kerajaan tempatan – penyumbang yang besar dalam perniagaan dan pelaburan.

h. Masalah dan tanggungjawab sosial – peluang pekerjaan dan pembenterasan gejala. i. Teknologi maklumat dan komunikasi

j. Isu globalisasi – isu yang memerlukan usahawan lebih proaktif dan ada kebolehan bersaing yang kuat.

k. e-Dagang – isu yang penting dan lebih praktikal.

Setelah mendapat gambaran persekitaran dan pasaran yang sedia ada, maka langkah ini diteruskan dengan mengenalpasti keperluan dan kehendak pelanggan sama ada untuk menyelesaikan masalah atau memenuhi kehendak pelanggan. Kedua-dua peringkat ini penting untuk menjana idea perniagaan secara kasar sehingga menjadi sebuah idea perniagaan sebenar yang konkrit dan boleh diaplikasikan.

Dalam proses memilih idea kasar perniagaan untuk diaplikasikan menjadi sebuah idea perniagaan sebenar, usahawan perlu memahami dan dapat menilai kesesuaian perniagaan dengan diri. Penilaian ini boleh dilihat dari aspek pengalaman perniagaan yang ada, pengetahuan mengurus dan kemahiran perniagaan, keadaan kewangan, minat terhadap perniagaan berkenaan, dan jaringan perhubungan dengan pihak berkepentingan. Dari segi masyarakat, idea perniagaan berkenaan perlulah dapat memenuhi norma-norma dan nilai masyarakat.

Penilaian terhadap kesesuaian perniagaan dan persekitaran perlu diadakan bagi mengukur tahap persaingan dalam pasaran/industri, peraturan dan perundangan yang mengawal dan mengikat perniagaan, dan keperluan modal serta risiko. Risiko yang bakal dihadapi oleh seorang usahawan boleh menyumbang kejayaan dan kegagalan sesebuah perniagaan. Seorang usahawan tidak perlu takut kepada risiko tetapi perlu berhadapan dengan risiko dan cuba untuk mengurangkan risiko kegagalan.

(35)

Proses Mengenalpasti, Mengkaji, dan Memilih Peluang Perniagaan

Menganalisis Persekitaran Mengenalpasti Keperluan dan Kehendak

Pelanggan Faktor-faktor yang boleh dipertimbangkan

- Perubahan faktor demografik - Perubahan faktor psikografik - Data import dan eksport - Sumber tempatan dan teknologi - Rantaian industri

- Projek pembangunan kerajaan dan swasta - Undang-undang dan peraturan baru kerajaan - Masalah sosial

- Teknologi maklumat dan komunikasi - Globalisasi

- e-Dagang

Contoh keperluan dan kehendak

- Pakaian - Makanan - Pendidikan - Kesihatan - Pengangkutan - Keselamatan - Rekreasi - Hiburan - Tempat Tinggal - Teknologi

Menilai Kesesuaian Perniagaan dengan Diri

Menilai Kesesuaian Perniagaan dengan Masyarakat

Menilai Kesesuaian Diri dengan Persekitaran - Pengalaman - Pengetahuan - Kemahiran - Kewangan - Minat - Jaringan Perhubungan - Nilai-nilai - Norma - Budaya - Perundangan - Tahap persaingan - Keperluan modal - Risiko

Idea Perniagaan secara kasar

Idea Perniagaan yang konkrit

Pemilihan Peluang Perniagaan

(36)

Senarai Semak Mengenalpasti, Mengkaji dan Memilih Peluang Perniagaan A. Persekitaran Perniagaan:

1. Adakah anda sudah mengenalpasti keperluan dan kehendak pelanggan?

a. Ya b. Tidak

2. Adakah keperluan dan kehendak pelanggan yang telah anda kenal pasti berkaitan dengan bidang-bidang berikut: a. Makanan b. Pakaian c. Pendidikan d. Kesihatan e. Pengangkutan f. Keselamatan g. Rekreasi

h. Masalah sosial semasa i. Pembinaan

j. Lain-lain; Nyatakan ________________________________

3. Adakah anda telah membuat pertimbangan terhadap faktor-faktor persekitaran berkaitan:

Struktur Penduduk a. Ya b. Tidak

Data import dan eksport a. Ya b. Tidak

Sumber tempatan dan teknologi a. Ya b. Tidak

Rantaian industri a. Ya b. Tidak

Pembangunan projek kerajaan dan swasta a. Ya b. Tidak Undang-undang dan peraturan tempatan a. Ya b. Tidak 4. Jelaskan hasil penilaian anda: _________________________________________

(37)

B. Diri Usahawan

5. Adakah pengalaman yang ada pada diri anda berkaitan dengan perniagaan yang akan diceburi?

a. Ya b. Tidak

6. Adakah pengetahuan dan kemahiran yang anda miliki dapat membantu anda dalam perniagaan?

a. Ya b. Tidak

7. Adakah anda mempunyai sumber kewangan yang mencukupi (tunai atau aset) bagi membiayai perniagaan anda?

a. Ya b. Tidak

8. Adakah anda berminat dengan perniagaan yang diceburi?

a. Ya b. Tidak

9. Adakah anda bersedia untuk membuat jaringan perniagaan dengan orang lain?

a. Ya b. Tidak

C. Nilai Masyarakat

10. Adakah perniagaan yang bakal diusahakan selaras dengan nilai-nilai dan norma masyarakat tempatan?

a. Ya b. Tidak

D. Analisis Data

11. Adakah perniagaan anda mempunyai unsur-unsur yang bertentangan dengan peraturan dan perundangan kerajaan tempatan?

(38)

12. Adakah perniagaan yang bakal diceburi atau diusahakan telah dimonopoli oleh pihak pesaing?

a. Ya b. Tidak

13. Adakah tahap persaingan terlalu tinggi?

a. Ya b. Tidak

14. Adakah anda telah mengenalpasti sumber-sumber pembiayaan projek atau perniagaan anda?

a. Ya b. Tidak

15. Sumber-sumber perniagaan yang akan anda gunakan adalah daripada sumber:

a. Dalaman b. Luaran

16. Adakah anda telah mengenalpasti risiko yang bakal dihadapi dalam perniagaan anda?

a. Ya b. Tidak

17. Adakah anda telah mempunyai rancangan perniagaan?

(39)

LATIHAN :

Arahan: Bincangkan dan fikirkan empat idea perniagaan anda.

Sila berikan markah (1-5) kepada setiap idea perniagaan dengan mengambilkira faktor-faktor yang diberikan.

Idea A:________________________________________

Idea B:________________________________________

Idea C:________________________________________

Idea D:________________________________________

Faktor Idea A Idea B Idea C Idea D

Diri: a. Pengalaman b. Pengetahuan c. Kemahiran d. Minat e. Bakat

f. Kepercayaan kepada diri

a. _________ b. _________ c. _________ d. _________ e. _________ f. _________ a. _________ b. _________ c. _________ d. _________ e. _________ f. _________ a. _________ b. _________ c. _________ d. _________ e. _________ f. _________ a. _________ b. _________ c. _________ d. _________ e. _________ f. _________ Masyarakat: a. Budaya b. Nilai-nilai c. Kebajikan d. Tanggungjawab sosial e. Hak asasi masyarakat f. Jaringan Hubungan a. _________ b. _________ c. _________ d. _________ e. _________ f. _________ a. _________ b. _________ c. _________ d. _________ e. _________ f. _________ a. _________ b. _________ c. _________ d. _________ e. _________ f. _________ a. _________ b. _________ c. _________ d. _________ e. _________ f. _________ Persekitaran:

a. Polisi dan Perundangan b. Persaingan c. Ancaman d. Risiko e. Keperluan Modal f. Ganjaran a. _________ b. _________ c. _________ d. _________ e. _________ f. _________ a. _________ b. _________ c. _________ d. _________ e. _________ f. _________ a. _________ b. _________ c. _________ d. _________ e. _________ f. _________ a. _________ b. _________ c. _________ d. _________ e. _________ f. _________ JUMLAH /90 /90 /90 /90 MODUL 2

(40)

TOPIK 6: KEMAHIRAN MEMULAKAN PERNIAGAAN OBJEKTIF:

Di akhir sesi ini, mahasiswa dapat:

• Mengenalpasti sumber-sumber yang diperlukan bagi memulakan perniagaan

• Mengetahui teknik perundingan yang berkesan

• Mengetahui kaedah komunikasi yang berkesan

KANDUNGAN:

• Kemahiran mengenalpasti sumber • Kemahiran perundingan

(41)

Mengenalpasti sumber merupakan salah satu kemahiran awal yang diperlukan oleh usahawan atau bakal usahawan untuk merealisasikan peluang perniagaan mereka. Di antara perkara penting yang perlu difikirkan dalam membuat pertimbangan memulakan perniagaan ini adalah modal perniagaan, produk atau servis , lokasi perniagaan dan kelengkapan perniagaan.

Salah satu cara yang boleh digunakan untuk membantu mengenalpasti keperluan sumber berkaitan adalah dengan menyenaraikan persoalan bagi setiap perkara sebagai semakan. Kaedah penyenaraian soalan yang boleh digunakan termasuklah teknik pertanyaan ‘5W1H’ (‘What, Which, Where, When, Who, How’). Contoh teknik ini akan ditunjukkan dalam huraian setiap sumber berkaitan.

6.1.1 Modal perniagaan

Modal perniagaan adalah sumber yang dapat dimanfaatkan dalam persediaan memulakan aktiviti perniagaan. Ini termasuklah dalam bentuk kewangan, tenaga kerja, bahan mentah dan peralatan.

Di antara contoh soalan untuk senarai semakan adalah seperti berikut:

• Berapa jumlah wang yang dapat diperuntukkan untuk memulakan aktiviti perniagaan?

• Apa modal lain yang sedia ada untuk membantu memulakan operasi perniagaan?

• Siapa dapat membantu melengkapkan modal awal operasi perniagaan? 6.1.2 Produk atau servis

Produk atau servis adalah bahan yang ingin diniagakan di pasaran. Penetapan bahan niaga perlu diperincikan mengikut kategori atau jenis beserta senarai harga yang akan dicadangkan.

Di antara contoh soalan untuk senarai semakan adalah seperti berikut:

• Di mana bekalan produk atau servis akan diperolehi?

• Berapa banyak stok yang diperlukan untuk memulakan perniagaan?

• Apa kelainan bahan niaga yang dijangka mendapat sambutan bakal pelanggan?

• Siapa kumpulan sasar yang akan membuat keputusan belian produk atau servis? 6.1.3 Lokasi perniagaan

Lokasi perniagaan bermaksud tempat untuk menjalankan operasi perniagaan. Sebelum memulakan perniagaan seharusnya telah ada tempat atau kawasan pilihan tertentu.

(42)

Pertimbangan dalam memilih lokasi yang sesuai perlu mengambilkira faktor seperti kuasa beli setempat, kumpulan sasaran, keselesaan pelanggan dan kemudahan asas untuk menjalankan operasi perniagaan.

Di antara contoh soalan untuk senarai semakan adalah seperti berikut:

• Apakah lesen atau permit perniagaan tambahan diperlukan di lokasi tersebut? Agensi mana yang mengeluarkan?

• Apakah alternatif yang ada berkaitan urusan mendapatkan lokasi berkaitan? Sewa? Beli? Urusan perjanjian?

• Berapa kos yang terlibat untuk memulakan operasi perniagaan di lokasi tersebut? 6.1.4 Kelengkapan perniagaan

Kelengkapan perniagaan merujuk kepada peralatan sokongan untuk melancarkan operasi perniagaan. Ini termasuklah peralatan susun atur di lokasi, peralatan asas keselesaan tempat operasi, peralatan yang melancarkan urusan perniagaan dan dokumen asas memulakan perniagaan. Semua perkara ini perlu disenaraikan bagi memudahkan proses pembuatan keputusan sebelum mula berniaga.

Di antara contoh soalan untuk senarai semakan adalah seperti berikut:

• Apakah kelengkapan perniagaan yang mesti ada untuk perniagaan mula beroperasi?

• Berapa banyak kelengkapan yang belum ada?

• Di mana untuk mendapatkan kelengkapan tersebut?

• Berapa kos terlibat?

• Bagaimana menyusun dan menguruskan peralatan?

Secara ringkasnya, sebelum memulakan operasi perniagaan langkah-langkah awal perlu dilaksanakan dalam mengenalpasti sumber supaya perniagaan yang bakal dilaksanakan dapat berjalan dengan teratur pada masa yang ditetapkan.

6.2 KEMAHIRAN PERUNDINGAN

Perundingan adalah merupakan satu daripada aktiviti kehidupan. Situasi perundingan boleh timbul dalam pelbagai aspek contohnya suami-isteri membincangkan pilihan restoran untuk makan malam, pengurusan dan pegawai-pegawai kesatuan membincangkan tuntutan dan usahawan menawarkan

(43)

proses rundingan yang merangkumi persiapan, perancangan, strategi, taktik dan kemahiran komunikasi untuk mencapai persetujuan yang sesuai bagi kedua-dua pihak.

6.2. 1 Konsep Asas Perundingan

Keperluan-keperluan asas perundingan

ialah:- Ia melibatkan sekurang-kurangnya dua pihak

 Ada agenda

 Ada matlamat

 Ada jangka masa

 Persekitaran yang kondusif

 Wakil mesti ada kuasa membuat keputusan bagi pihak yang diwakilinya

Konsep asas perundingan dalam perniagaan melibatkan aktiviti penjualan dan komunikasi. Ia melibatkan anda, syarikat/perniagaan anda dan produk anda.

Ia melibatkan jangkamasa membuat keputusan atau mencapai sesuatu persetujuan. Perundingan mungkin merupakan:

• Perundingan dalaman seperti antara pihak pengurusan dengan kakitangan

• Perundingan luaran seperti dengan pihak bank, pembekal, pelabur dan pelanggan

6.2. 2 Persediaan perundingan

a) Beri perhatian kepada komunikasi bukan lisan seperti:

 Pakaian, rupa dan gaya

 Cara berjalan

 Gerak geri tangan (gestures)

 Gerak geri badan, cara duduk, berdiri (posture)

 Eye contact

(44)

b) Cuba wujudkan tanggapan awal yang positif tentang diri anda. Wujudkan suasana kerjasama dan elakkan suasana mengancam.

c) Dapatkan maklumat-maklumat penting pihak sebelah. Contohnya

 Perkembangan tahunan

 Trend jualan

 Kos upah

 Kos ansuran

Berhati-hati dengan maklumat yang diberi atau yang dilihat. Misalnya untuk mengesahkan data jualan, dapatkan bil-bil pembekal dan inventori.

6.2. 3 Proses perundingan

a) Kunci kejayaan perundingan ialah mencapai matlamat pihak-pihak yang berkepentingan. b) Bersedia untuk bertolak ansur. Perundingan biasanya melibatkan kompromi.

c) Bertenang dan jangan cepat marah.

d) Jual. Perundingan yang Berjaya adalah hasil penjualan diri anda dan objektif-objektif anda kepada orang lain.

e) Bentangkan sendiri perkara yang hendak dikemukakan. Kebanyakan situasi memerlukan penyampaian maklumat sama ada bertulis atau secara lisan. Anda perlu memastikan mesej anda difahami dan cuba mendapat seberapa banyak maklumat daripada reaksi pihak sebelah.

f) Ambil masa untuk memikirkannya. Jika ada keraguan mengenai sesuatu cadangan, tangguhkan keputusan anda. Jangan menyerah kepada tekanan untuk mendapat keputusan segera.

g) Ingatkan nama-nama ahli-ahli perundingan sebelum atau pada mula pertemuan.

h) Jangan kompromi objektif-objektif anda. Bersedia untuk tidak meneruskan rundingan jika anda tidak setuju sepenuhnya dengan permintaan atau cadangan pihak sebelah.

(45)

j) Kepercayaan diri sendiri. Jalankan perundingan dengan penuh keyakinan. k) Bersikap adil.

l) Akhiri perundingan dengan positif. Tidak kira apa keputusannya, setiap perundingan ada faedahnya kepada semua yang terlibat.

m) Akhiri dengan ucapan penghargaan.

6.2. 4 Strategi perundingan

a) Sediakan agenda perundingan yang menyeluruh. Dengan adanya agenda dan objektif yang jelas, anda dapat menimbangkan kesan tiap-tiap perubahan apabila ada kompromi. b) Beri konsesi awal. Cuba memuaskan sebelah pihak dalam bidang yang penting bagi anda. c) Bagi isu-isu penting, dapatkan seberapa banyak maklumat dan buat penilaian situasi dan

orang-orang yang terlibat. Mungkin anda terpaksa tukar strategi ataupun objektif.

d) Apabila perundingan mengambil masa beberapa hari, jangan hairan jika bidang-bidang yang sudah dipersetujui, dicincangkan semula. Masa-masa antara perundingan memberi peluang untuk mengubah fikiran.

6.2. 5 Taktik perundingan

a) Kesopanan akan menambah keberkesanan anda. b) Berunding dengan yang berkuasa.

c) Tentukan anda yang mengemukakan isu-isu penting (pada masa yang sesuai).

d) Jika perjumpaan tambahan diperlukan, tentukan masa dan tempat untuk sesi selanjutnya. e) Jika berselisih pendapat, elakkan sikap negatif.

f) Berhenti berunding dan berbincang sesame sendiri bila-bila sesuai. Ini membolehkan anda merujuk kepada rakan-rakan jika perlu. Taktik ini juga digunakan untuk meredakan keadaan yang tegang.

(46)

h) Berdiam sahaja adalah cara yang paling baik jika dikemukakan dengan tawaran yang tidak boleh diterima.

i) Terima konsesi-konsesi kecil jika diberi. Disamping itu teruskan dengan permintaan-permintaan yang utama.

j) Cuba gunakan taktik positif/negatif. Taktik ini memerlukan pasukan dua (atau lebih) orang perunding. Seorang bersikap negatif, memberi peluang ahli positif merapatkan diri dengan pihak sebelah.

6.3 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

6.3. 1 Pengenalan kepada Komunikasi

Komunikasi ialah proses menghantar maklumat dan kefahaman secara lisan atau bertulis yang melibatkan dua atau lebih pihak, iaitu penghantar dan penerima. Komunikasi boleh secara dalaman atau luaran di mana komunikasi dalaman melibatkan hanya pekerja dalam sebuah organisasi sahaja manakala komunikasi luaran melibatkan dua atau lebih organisasi. Proses komunikasi secara umumnya ditunjukkan seperti berikut;

Penyampai Mesej/idea Pembentukan Penghantaran rintangan Penerimaan Pentafsiran Pemahaman

Maklumbalas

6.3. 2 Bentuk Komunikasi

Ada 2 bentuk komunikasi, iaitu:

i. Komunikasi Lisan - contoh media yang digunakan ialah mesyuarat, telefon, intercom, perbincangan bersemuka, seminar dan konferen.

ii. Komunikasi Bertulis - contoh media yang digunakan ialah memo, laporan, mel elektronik, notis, pekeliling, minit, bulletin, akhbar dalaman, surat rasmi, fak, iklan, brosur, jemputan, telegram dan telex.

Referensi

Garis besar

Dokumen terkait

• Bergabung dengan Jasa Marga sejak tahun 1997 dengan pengalaman di industri jalan tol selama lebih dari 20 tahun.. Sebelumnya menjabat sebagai Corporate Secretary Jasa

Pada pelaksanaan sisklus kedua aktivitas belajar peserta didik terus meningkat pada pertemuan 1 dan pertemuan kedua.Sebanyak 17 orang peserta didik atau 85 %

Tampilan Form Absensi Guru Tampilan form absensi guru ini, user dapat melakukan input absensi guru (simpan), mengubah (ubah), dan menghapus absensi guru (hapus),

“Prinsip syariah adalah aturan perjanjian berdasarkan hukum Islam antar bank dan pihak lain untuk penyimpanan dana dan atau pembiayaan kegiatan usaha atau

 Hasil Penelitian: Hanya 1 orang yang tertular HIV untuk pasangan odha yang segera diobati setelah diketahui terinfeksi..  Sedangkan pd kelompok II yang mulai ARV ketika CD4

Os tarsalia dihubungkan dengan tulang bawah oleh sendi pergelangan kaki. Terdiri dari tulang- tulang kecil yang banyaknya 5 buah yaitu :e. 1) Talus

Proporsi kematian akibat sistem sirkulasi dan pernapasan lebih besar pada lansia berusia 65 tahun ke atas dibandingkan usia 55–65 tahun, sedangkan proporsi kematian akibat