• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ula ma M inan gkab au - Kad i Ku ala L ump ur y ang p ert ama Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

Dalam dokumen ulama nusantara (Halaman 114-121)

ULAMA yang berasal dari Minangkabau ini adalah termasuk di antara orang yang pertama tinggal di Kuala Lumpur awal-awal Bandar Kuala Lumpur diterokai. Riwayat penting ini kemungkinan jadi kabur sekiranya kita tidak mendapat catatan salah seorang murid beliau yang bernama Haji Abdullah Hukum. Walaupun hanya sedikit sekali Haji Abdullah Hukum dalam Warta Ahad, 27 Oktober 1935, hlm. 7 dan 8 menyebut nama Haji Utsman bin Abdullah namun dapat dipanjangkan dengan pelbagai sumber yang lain. Kita tidak dapat menafikan peranan yang dimainkan oleh orang-orang Minangkabau di Malaysia, khususnya di Negeri Sembilan, selanjutnya termasuk juga Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur sebelum kemerdekaan Malaya 1957 adalah dalam Kerajaan Selangor, oleh itu ulama yang akan dibicarakan di bawah ini juga dimasukkan dalam senarai ulama-ulama yang berkhidmat di Kerajaan Selangor Darul Ehsan atau setelah merdeka bererti beliau adalah ulama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Beliau adalah Imam, Khatib dan Kadi Kuala Lumpur yang pertama. Haji Utsman bin Abdullah dilahirkan di Batu Sangkar, Minangkabau, Sumatera Barat tahun 1267 H/1850 M. Wafat di Kuala Lumpur, Rabiulawal 1337 H/Januari 1919 M. Dimakamkan di Perkuburan Islam Ampang, bersebelahan dengan saudaranya Syeikh Muhammad Saleh bin Abdullah al-Minankabawi (nama orang tuanya ketika menjadi Syeikhul Islam Perak bernama Muhammad Thaiyib).

PENDIDIKAN

Pendidikan asas diperoleh di Batu Sangkar yang pada zaman itu sangat terkenal sebagai pusat penyebaran Thariqat Naqsyabandiyah Khalidiyah yang dimulai oleh Syeikh Ismail bin Abdullah al-Khalidi, ulama besar Minangkabau yang sangat terkenal, yang kemungkinan termasuk ada hubungan dengan beliau. Pelajaran dilanjutkan di Mekah, di antara guru-gurunya di Mekah ialah: Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani, Syeikh Muhammad bin Ismail @ Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani, Syeikh Wan `Ali Kutan al-Kalantani, Syeikh Nawawi al-Bantani, dan ramai lagi.

Gurunya dari kalangan ulama-ulama yang bukan bangsa Melayu pula di antaranya ialah Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan, Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki, Syeikh Abdul Hamid asy-Syarwani dan ramai lagi. Penghujung tahun 1884 M Haji Utsman bin Abdullah pulang ke Minangkabau. Memperhatikan kepulangannya ke Minangkabau penghujung tahun 1884 M bererti Haji Utsman bin `Abdullah sempat belajar kepada Syeikh Ahmad al-Fathani sekitar dua tahun saja, kerana ulama

Patani itu mulai mengajar di Mekah sewaktu sesudah pulang dari Mesir tahun 1300 H/1882 M.

AKTIVITI DI KUALA LUMPUR

Catatan Haji Abdullah Hukum tentang Kuala Lumpur mula-mula diterokai sangat menarik juga, sebagai contoh bahawa hubungan dari Kelang ke Kuala Lumpur ketika itu masih menggunakan jalan sungai. Kalau musim kemarau bergalah menggunakan perahu dari Kelang ke Kuala Lumpur ditempuh antara 10 sampai 15 hari. Pada musim hujan, kerana air penuh, ditempuh hanya tiga hari saja. Menurut Haji Abdullah Hukum pula, bahawa jalan keluar masuk Kuala Lumpur ketika itu belum ada. Orang-orang keluar masuk ikut jalan perahu atau jalan jejak Orang-orang. Rumah-rumah kedai Kuala Lumpur atap daun. Dinding rumah pula dari tanah liat. Jambatan di Jawa Street diperbuat daripada buluh. Jambatan dekat pasar diperbuat daripada dua batang kayu. Ketika Kuala Lumpur mulai berkembang, masyarakat Minangkabau ramai berhijrah ke Kuala Lumpur. Akan kealiman Haji Utsman bin Abdullah mulai terserlah maka pada waktu itulah orang-orang Minangkabau sepakat mengajak beliau pindah ke Kuala Lumpur kerana ingin mendalami lagi ilmu-ilmu tentang Islam. Untuk jaminan hidupnya tinggal di Kuala Lumpur masyarakat telah menghibahkan untuk beliau sebidang tanah. Tanah itu ialah sepanjang pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Kelang iaitu tanah yang dimulai dari Masjid Jamik Kuala Lumpur sampai ke kawasan yang berhampiran bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sekarang. Pengusaha

Haji Abdullah Hukum salah seorang murid Haji Utsman bin Abdullah dalam Warta Ahad, Oktober - November, 1935 mencatatkan bahawa Haji Utsman bin Abdullah yang diriwayatkan ini adalah mula-mula menjadi Imam dan kemudian menjadi Kadi Kuala Lumpur yang pertama. Beliau termasuk golongan orang kaya di Kuala Lumpur pada zaman itu.

Sungguhpun Haji Utsman bin Abdullah seorang ahli sufi, pengamal Thariqat Naqsyabandiyah Khalidiyah dalam masa yang sama beliau juga tidak ketinggalan di tengah-tengah masyarakat yang bukan Islam di Kuala Lumpur pada zamannya, kekayaannya adalah setanding dengan orang-orang yang bukan Islam. Haji Abdullah Hukum murid beliau mencatatkan orang-orang kaya yang berasal dari Minangkabau yang sezaman dengan Haji Utsman bin Abdullah di Kuala Lumpur peringkat awal ialah Haji Abdus Samad, Haji Abdul Majid Panjang, Haji Abdus Samad Panjang, Haji Abdus Samad Kecil, Haji Muhammad Ali, Haji Utsman (Imam kemudian Kadi Kuala Lumpur), Haji Zainal Abidin, Hajah Fatimah, Haji Abdullah Panjang, Hasyim, Banginda Kaya Haji Arsyad dan Datuk Maharaja. Dari kalangan orang Mandailing pula ialah Sutan Puasa. Orang Kerinci ialah Haji Arsyad. Orang Melaka ialah Datuk Abdullah dan mentua Haji Abdullah Hukum. Orang Pulau Pinang ialah Che' Din, Encik Baki. Orang Aceh ialah Haji Saleh dan ada seorang orang Linggi. Dan orang Terengganu ialah Che' Soh.

Selain sebagai seorang Imam dan Khatib Kuala Lumpur, kadi, serta terlibat sebagai seorang pengusaha, beliau juga giat mengajar. Di antara muridnya ialah Sultan Abdus Shamad Selangor, Raja Mahmud, Sutan Puasa, Haji Abdullah Hukum, dan ramai lagi. Sutan Puasa yang tersebut diriwayatkan berasal dari Mandailing, Sumatera Timur, beliau adalah Ketua Melayu (Dato' Dagang) yang pertama di Kuala Lumpur

Berdasarkan catatan Haji Abdullah Hukum, bahawa masjid yang pertama di Kuala Lumpur ialah yang didirikan oleh ayah mentua beliau bernama Encik Baki. Masjid tersebut didirikan di Kampung Melaka (Batu Lane), dinamakan dengan ``Masjid Melaka'' selanjutnya dinamakan juga dengan ``Masjid Keling'' juga Masjid ``Chulia''. Masjid Melaka didirikan oleh pakatan orang-orang Melaka, tukangnya juga berasal dari Melaka. Oleh itu semua pegawai masjid tersebut adalah ditangani oleh orang-orang yang berasal dari Melaka. Selanjutnya mendirikan sebuah masjid baru yang terletak dekat gedung Gian Singh di Jawa Street.

Oleh sebab terdapat dua masjid yang berdekatan, iaitu Masjid Melaka dan Masjid Minangkabau, maka telah terjadi perselisihan sesama orang Melayu kerana masing-masing akan mendirikan sembahyang Jumaat dalam masjidnya. Menurut Mazhab Syafie bahawa tidak dibenarkan mendirikan sembahyang Jumaat yang berbilang-bilang dalam satu negeri kecuali apabila darurat. Sekiranya terjadi sembahyang Jumaat yang terdapat dua masjid atau lebih, maka yang sah sembahyangnya ialah di mana masjid yang lebih dulu takbiratul ihram, imam dalam masjid itu. Perselisihan sesama Islam dan sebangsa Melayu itu dapat di atasi secara bijaksana oleh Sultan Abdul Samad dengan cara supaya mendirikan sembahyang Jumaat secara bergiliran. Sekali Jumaat didirikan di Masjid Melaka, Jumaat yang berikutnya didirikan di Masjid Minangkabau, demikianlah seterusnya.

Peranan

Perselisihan sesama Islam dan sama-sama bangsa Melayu yang pernah terjadi ketika Kuala Lumpur mula-mula dibangun, serta peranan Sultan Abdul Samad seperti tersebut di atas patut dijadikan iktibar. Selain peranan Sultan Abdul Samad, yang termasuk salah seorang murid Haji Utsman bin Abdullah, dapat diambil kesimpulan bahawa tentu ada peranan yang dimainkan oleh Haji Utsman bin Abdullah sendiri. Nampaknya walaupun beliau berasal dari Minangkabau namun beliau tidak memihak kepada sesuatu pihak mana pun. Sebagai seorang ulama yang sekali gus seorang imam, khatib dan kadi ketika itu, beliau hanya terdiam, kemudian berfikir.

Buah fikirannya tidak disampaikan secara langsung kepada dua belah pihak yang sedang berselisih kerana kemungkinan pada pandangan beliau akan sia-sia belaka. Adalah langkah yang sangat bijak, buah fikirannya itu dipersembahkan kepada Sultan Abdul Samad. Demikianlah langkah yang kita perlukan pada semua penguasa (umara) dan ulama sepanjang zaman, sekiranya terjadi perselisihan sesama Islam

dan sebangsa Melayu atau serumpun Melayu hendaklah diselesaikan secara bijaksana dan dapat diterima oleh semua pihak yang berselisih. Hendaklah kita sedar bahawa menyelesaikan sesuatu masalah secara tidak adil, apatah lagi berpihak kepada yang salah, adalah ibarat api di dalam sekam, padam pada satu ketika dan akan membakar pada ketika yang lain. Saya berpandangan bahawa Islam wajib bersatu padu, dan demikian juga bangsa Melayu juga wajib bersatu walau di negara mana pun mereka berada.

KETURUNAN

Haji Utsman bin Abdullah al-Minankabawi memperoleh 7 orang anak iaitu;

1. Saodah binti Haji Utsman kahwin dengan Haji Abdur Rauf bin Syeikh Yusuf al-Minankabawi. Syeikh Yusuf al-Minankabawi adalah seorang ulama besar Minangkabau yang tinggal di Semenanjung. Salah seorang muridnya ialah Syeikh Abdul Wahhab Rokan yang sangat terkenal.

2. Haji Abdur Rahman bin Haji Utsman, salah seorang guru bahasa Melayu. Beliau mendapat pendidikan bahasa Melayu di Penyengat, Riau. Tahun 1903 menjadi Pengawas Sekolah-Sekolah Melayu di Singapura. Salah seorang muridnya ialah Tan Sri Mubin Sheppard. Haji Abdur Rahman bin Haji Utsman meninggal dunia pada 6 Februari 1975 M.

3. Haji Abdur Rahim bin Haji Utsman pengasas Majalah Guru. Beliau meninggal dunia pada 27 Ogos 1948 M.

4. Haji Abdul Jalil bin Haji Utsman, meninggal dunia tahun 1974 M. 5. Maimunah binti Haji Utsman, meninggal dunia tahun 1927 M.

6. Ahmad bin Haji Utsman, meninggal dunia tahun 1980 M.

7. Datuk Abu Bakar bin Haji Utsman, Datuk Syahbandar Sungai Ujong, Negeri Sembilan, meninggal dunia 24 Disember 1982 M.

Dari maklumat anak-anak beliau yang tersebut di atas dapat diambil kesimpulan bahawa ramai keturunan Haji Utsman bin Abdullah al-Minankabawi tersebar di pelbagai negeri. Saya berterima kasih kepada Syahril salah seorang keturunan Syeikh Muhammad Nur, Kadi Langkat, yang ada hubungan kekeluargaan dengan ulama ini kerana banyak memberikan maklumat dalam penulisan artikel ini.

waqaf.net >> Siri Ulama Nusantara >> Muhammad Sa'id Umar Kedah - Pengarang Tafsir Nur al-Ihsan

Muh amma d Sa 'id U mar Ked ah - Pen gara ng T afsi r Nu r al -Ihs an

Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

JIKA kita teliti penulisan pelbagai ilmu pengetahuan Islam zaman klasik yang menggunakan tulisan Melayu/Jawi di dunia Melayu, maka penterjemahan dan pentafsiran al-Quran secara lengkap tiga puluh juzuk adalah termasuk dalam kategori yang paling sedikit dilakukan oleh ulama kita. Terjemahan dan tafsir al-Quran klasik yang lengkap tiga puluh juzuk yang tersebar menggunakan media cetak hanya dua buah saja, iaitu Turjuman al-Mustafid atau Tafsir Baidhawi Melayu oleh Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri (abad ke 16-17 M), dan yang sebuah lagi ialah Tafsir Nur al-Ihsan oleh Syeikh Muhammad Sa'id bin Umar yang berasal dari Kedah.

Biografi ulama yang berasal dari Kedah ini belum pernah ditulis orang, oleh itu dalam artikel ini akan membicarakan tentang beliau terutama tentang dua buah karangannya; Fatawa al-Qad-hi fi Ahkam an-Nikah dan Tafsir Nur al-Ihsan. Hendaklah diperhatikan bahawa pada zaman yang sama di Kedah terdapat dua orang yang bernama serupa, yang pertama ialah Muhammad Sa'id Yan, yang telah diperkenalkan dalam Ruangan Agama, Utusan Malaysia pada hari Isnin, 19 Julai 2004. Yang seorang lagi ialah ulama yang dibicarakan ini.

Tafsir

Dalam Fatawa al-Qad-hi beliau menggunakan nama Muhammad Sa'id bin Umar Khathib. Dalam Tafsir Nur al-Ihsan pula beliau menggunakan nama lengkap dengan keterangannya iaitu Sa'id bin Umar al-Qad-hi Baladan, asy-Syafi'ie Mazhaban, an-Naqsyabandi al-Ahmadi Thariqatan, al-Qadhi Syar'iyan. Nama lain yang diletakkan orang pada halaman depan Tafsir Nur al-Ihsan ialah Al-'Alim Al-Fadhil Al-Haji Muhammad Sa'id bin Umar Qadhi Jitra Kedah.

Yang dimaksudkan dengan al-Qad-hi Baladan, ialah negeri asalnya ialah Kedah. Jawatan beliau pula ialah al-Qadhi Syar'iyan, maksudnya ialah sebagai Kadi Syar'ie di Jitra. Beliau mengaku pula asy-Syafi'ie Mazhaban, maksudnya bermazhabkan Mazhab Syafi'ie. Dengan jelas diakuinya pula an-Naqsyabandi al-Ahmadi Thariqatan, iaitu beramal dengan Thariqat Naqsyabandiyah al-Ahmadiyah. Thariqat Naqsyabandiyah aliran ini dinamakan Naqsyabandiyah Ahmadiyah Muzhhariyah kerana berpegang dengan Mujaddidnya yang bernama Sayid Ahmad al-Muzhhar. Ada lagi yang dinamakan Naqsyabandiyah al-Khalidiyah kerana berpegang dengan Mujaddidnya yang bernama Syeikh Khalid al-Kurdi. Kedua-dua Thariqat Naqsyabandi yang tersebut diamalkan oleh ramai ulama di seluruh dunia termasuk ulama di dunia Melayu juga. Oleh itu tuduhan melulu yang mengatakan ``semua thariqat adalah sesat'' adalah tidak berasas sama sekali.

LAHIR DAN PENDIDIKAN

Ada riwayat yang menyebut bahawa Haji Muhammad Sa'id bin Umar lahir sekitar tahun 1270 H/1854 M di Kampung Kuar, Jerlun, Kedah. Dan wafat pada tahun 1351 H/1932 M. Walau bagaimana pun penulis masih ragu dengan tahun kelahiran yang

diriwayatkan itu, kerana berdasarkan tulisan beliau sendiri pada penutup Tafsir Nur Ihsan, juzuk keempat, ada menyebut bahawa Syeikh Wan Sulaiman, Syeikh al-Islam Kedah, adalah guru beliau. Sedangkan Syeikh Wan Sulaiman, Syeikh al-al-Islam Kedah, yang lahir 1291 H/1874 M bererti lebih muda daripada Haji Muhammad Sa'id bin Umar sekitar 20 tahun.

Mengenai pendidikannya pula ada riwayat yang menyebut bahawa Haji Muhammad Sa'id bin Umar pernah belajar di Pondok Bendang Daya, Patani, sempat belajar kepada pengasasnya Syeikh Haji Wan Mustafa al-Fathani (Tok Bendang Daya pertama), tetapi yang lebih banyak beliau belajar ialah kepada Syeikh Abdul Qadir bin Mustafa al-Fathani (Tok Bendang Daya ke-2). Memperhatikan riwayat ini berertilah Haji Muhammad Sa'id bin Umar seangkatan dengan Haji Ismail bin Mustafa al-Fathani atau lebih terkenal sebutan di Kedah dengan ``Cik Doi @ Cik Dol'', iaitu ayah kepada Tuan Guru Haji Husein Cik Doi, Tok Kelaba dan ramai lagi. Haji Muhammad Sa'id bin Umar juga melanjutkan pendidikannya di Mekah seperti ulama-ulama lainnya.

PENULISAN

Hanya dua judul karangan Haji Muhammad Sa'id bin Umar Kedah yang telah diketahui, judul yang pertama ialah Fatawal Qad-hi fi Ahkam an-Nikah. Judul ini bermaksud Fatwa-Fatwa Kerajaan Kedah Tentang Hukum-Hukum Nikah Kahwin, diselesaikan di Negeri Kedah Darul Aman, hari Khamis, 25 Syaaban 1320 H (27 November 1902 M, pen:), Kandungannya membicarakan pelbagai aspek tentang nikah kahwin.

Dinyatakan pada muqaddimah, ``Ada pun kemudian daripada itu, maka tatkala adalah tahun dua puluh, kemudian daripada seribu dan tiga ratus daripada Hijrah (1320 H, pen:) telah bertitah akan hamba oleh Sultan yang mu'azzam dan haqqan, yang mukarram, yang me[ng]hamburkan panji-panji keadilan atas segala rakyatnya, iaitu Maulana Sultan Abdul Hamid Halim Syah ibni al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukrim Syah, Yang Maha Mulia, yang khalifah ia pada melakukan hukum Tuhannya Yang Mannan pada Negeri Kedah Darul Aman.

Qahirah

Telah dikekal oleh Allah s.w.t. kiranya akan daulatnya yang qahirah. Dan [di]tinggikan kiranya akan martabatnya di dalam dunia dan akhirat. Dan dipeliharakan kiranya daripada segala seterunya zahir dan batin. Dan dipalingkan kiranya daripadanya kejahatan tiap-tiap yang mempunyai hasad pada sekarang dan ke hadapan ...``. Pada akhir karangan dinyatakan, ``Maka telah selesailah barang yang dikashad oleh faqir ilallahil qarib Muhammad Sa'id bin Umar Khatib daripada mentaswidkan Fatawa Kedah pada menyatakan masalah nikah, dan talaq, dan raj'ah, dan diyat, dan hudud, dan qadha, atas jalan ikhtishar pada hari Khamis, dua puluh lima Syaaban di dalam negeri Kedah Darul Aman tahun seribu tiga ratus dua

puluh. Serta faqir hantar kepada Tuan Haji Ahmad Hakim bin Tuan Haji Muhammad Zain, dan Tuan Haji Idris bin Tuan Jamal, dan Tuan Haji Muhammad Amin bin Tuan Ismail, Anak Bukit, pintak ipa tashhihkan. Maka sudahlah ipa tashhih ... `` Dicetak oleh Mathba' tempat cetak Kerajaan Kedah, Alor Setar, pada 7 Syaban 1348 H.

Tafsir Nur al-Ihsan merupakan terjemah dan tafsir al-Quran dalam bahasa Melayu yang lengkap tiga puluh juzuk, ia merupakan yang kedua sesudah Turjuman al-Mustafid atau Tafsir al-Baidhawi. Penulisan dilakukan mulai tahun 1344 H/1925/6 M dan selesai pada 1 Rabiulakhir 1346 H/27 September 1927 M. Terdiri daripada empat juzuk. Juzuk yang pertama, mulai surah al-Fatihah hingga surah al-Maidah. Tebal 296 halaman. Juzuk yang kedua, mulai surah al-An'am hingga surah al-Isra'. Tebal 429 halaman. Juzuk yang ketiga, mulai surah al-Kahfi hingga surah az-Zumar. Tebalnya 432 halaman.

Pada juzuk yang ketiga ini ada dinyatakan selesai menulis pada hari Isnin, 27 Zulhijjah 1345 H. Juzuk yang keempat, mulai surah al-Mu'min hingga surah an-Nas. Diselesaikan 1 Rabiulakhir 1346 H. Tebal 387 halaman.

Pada akhir Tafsir Nur al-Ihsan, Haji Muhammad Sa'id bin Umar menyatakan, ``Telah selesailah bi `aunillah wa husnit taufiq daripada mentaswid Tafsir Nur al-Ihsan ini oleh faqir ilallahi Subhanahu wa Ta'ala Sa'id bin Umar al-Qad-hi baladan, asy-Syafi'ie Mazhaban, an-Naqsyabandi al-Ahmadi Thariqatan, al-Qadhi Syar'iyan, pada pagi hari Arba', sehari bulan Rabi'uts Tsani, tahun seribu tiga ratus empat puluh enam, zaman Hadhrat Maulana Al-Mu'azzam Sultan `Abdul Hamid Halim Syah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukrim Syah, Negeri Kedah Darul Aman, dan hadhra najal (anak laki-laki, pen:)nya Maulana Al-Mu'azzam Tunku Ibrahim Raihin Banghasa, dan hadhrat syaqiq (saudara laki-laki, pen:) nya Maulana Tunku Mahmud Wais Presiden. Ialah asbab pada menyuratnya, dengan isyarat Syeikhul Waqti wat Thariqah, Mursyidi wa Ustazi Syeikh Sulaiman, Syeikh al-Islam bi Qad-hi Daril Aman.

Maka barang yang didapati berbetulan itu, maka itu daripada Allah kurnia-Nya. Dan yang khatha' (salah, pen:) atau silap qalam itu daripada hamba taqshirnya, diharap tolong perbetul kemudian daripada im'an an-nazhar. Mudah-mudahan dapat manfaat dan dapat ketahui kehendak Allah dalam al-Quran oleh ahli membaca daripada perempuan, dan kanak-kanak sekolah yang membawa jadi tauhid Allah yang melepas daripada kaum asyqiya' (orang-orang yang celaka, pen:) masuk kepada kaum su'ada' (orang-orang yang bahagia, pen:) yang dapat bahagia selama-lamanya ... `` Dari kenyataan di atas dapat diambil kesimpulan bahawa penterjemahan dan pentafsiran al-Quran yang dilakukan oleh Haji Muhammad Sa'id bin Umar ada kaitannya dengan pihak istana kerajaan Kedah Darul Aman ketika itu. Semua juzuk cetakan pertama Tafsir Nur al-Ihsan dicetak Mathba'ah Dar Ihya' al-Kutub al-'Arabiyah, Mesir 1349 H. Dinyatakan hak mencetak tertentu bagi Haji Muhammad

bin Haji Muhammad Saleh, guru agama Alor Setar, Kedah. Cetakan pertama dengan nafqah Haji Muhammad bin Muhammad Ali Rawa.

PERBANDINGAN

Untuk mengetahui gaya bahasa, terjemah dan tafsir al-Quran menurut Melayu klasik di sini penulis kemukakan contoh satu ayat dalam surah Muhammad, ayat 22 berdasarkan terjemah dua orang ulama, yang terdahulu dan dibandingkan dengan Tafsir Nur al-Ihsan. Syeikh Abdur Rauf al-Fansuri dalam Turjuman al-Mustafid, terjemahannya, ``Maka mudah-mudahan kamu, jika berpaling kamu daripada iman, bahawa binasa di dalam bumi, dan kembali kamu kepada pekerjaan jahiliah daripada derhaka dan membunuh, dan kamu putuskan daripada berkasih-kasih dengan segala kerabat kamu'' (ayat 22). Terjemah Syeikh Ahmad al-Fathani dalam Bisyarah al-'Amilin, ``Maka hampir kamu, jikalau berpaling kamu daripada iman, bahawa membinasa kamu di dalam bumi, dan memutus kamu akan segala rahim kamu.''

Terjemah

Kedua-dua contoh di atas lebih bercorak terjemah, sedang Haji Muhammad Sa'id Kedah dalam Tafsir Nur al-Ihsan, lebih bercorak tafsir, ialah ``Maka adakah barangkali kamu, jika kamu berpaling daripada iman atau perang itu, bahawa kamu berbuat fasid dalam bumi, dengan binasa tanaman dan bunuh anak-anak lembu, dan kamu putus rahim kamu, dengan balik pada kerjaan jahiliah daripada zalim dan bunuh orang''. Perkataan atau kalimat yang bercorak tafsir dalam Nur al-Ihsan ialah, ``atau perang itu'', ``dengan binasa tanaman dan bunuh anak-anak lembu'', ``dengan balik pada pekerjaan jahiliah daripada zalim dan bunuh orang''.

Ketiga-tiga ulama di atas dalam menterjemahkan perkataan ``in tawallaitum'', kepada bahasa Melayu adalah sama, ialah ``jika kamu berpaling daripada iman'', tetapi berbeza dengan kebanyakan terjemahan al-Quran sekarang, ialah ``jika kamu berkuasa''.

waqaf.net >> Siri Ulama Nusantara >> Syeikh Ahmad Yunus Lingga - Pakar bahasa Melayu di Mekah

Sye ikh A hma d Yu nus L ing ga - Pak ar b ahas a Me layu di M eka h

Dalam dokumen ulama nusantara (Halaman 114-121)