PERKEMBANGAN TEATER MUZIKAL BARAT DAN TEATER MUZIKAL DI MALAYSIA
2.2 Ulasan Karya Terpilih (Sorotan Literatur)
Kemunculan teater muzikal Melayu di pentas bertaraf antarabangsa seperti Istana Budaya, Kuala Lumpur yang semakin rancak mula mendapat perhatian pelbagai pelusuk masyarakat tempatan. Persembahan teater muzikal bukan sahaja menjanjikan kelainan gaya persembahan malah mampu mempersonakan penonton dengan elemen magisnya yang tersendiri. Menurut John Kenrick (2010) sesebuah persembahan teater muzikal perlu dilengkapi oleh elemen lakonan, nyanyian dan tarian yang dapat membawa penonton ke dalam satu dunia di luar realiti2. Perjalanan sebuah persembahan teater muzikal mengandungi sentuhan kepelbagaian cabang seni persembahan yang menguatkan penceritaan dalam konsep yang berbeza. Istilah teater muzikal sering digambarkan dengan persembahan Broadway di Amerika Syarikat yang mempunyai gaya dan identiti yang tersendiri.
2 John Kenrick merupakan seorang aktivis, penulis dan pensyarah dalam bidang teater muzikal di New York Amerika Syarikat. Beliau turut terlibat dalam produksi Broadway seperti Rent dan Grease.
39
Dunia teater muzikal Melayu masih lagi berlandaskan kepada skrip yang mengandungi dialog dan lagu yang diangkat sebagai sebuah naskah muzikal. Lehman Engel (1986) telah menerangkan istilah musical book atau musical libretti yang merujuk kepada satu set komposisi lagu bagi membentuk sebuah penceritaan tidak digunapakai dalam teater muzikal Melayu kerana produksi tempatan masih dibentuk melalui struktur naratif sebagaimana naskhah-naskhah teater yang lain. Dalam bukunya yang bertajuk Words with Music (1971) Engel telah memfokuskan kepada kandungan sesebuah musical libretti atau buku muzikal3. Beliau telah mengatakan bahawa elemen sub-plot dan romantik adalah antara ciri naratif yang terdapat dalam buku muzikal dan disampaikan menerusi watak dan lagu. Penulisan Engel turut menyentuh tentang bentuk dan fungsi sebuah buku muzikal dan pada tahun 2006 ianya telah dikemaskini dan disemak semula oleh Howard Kissel4. Dalam edisi ini Kissel masih menyokong kenyataan Engel dan intipati kepentingan sebuah buku muzikal masih releven hingga kini.
John Kenrick (2010) telah merujuk ‘buku muzikal’ sebagai libretto yang mengandungi unsur dramatik dan dibentuk melalui susunan muzik serta lagu sehingga mewujudkan struktur naratif. Libretto akan membentuk situasi yang membawa sesuatu karektor dalam lagu. Peranan lagu dan lirik sangat penting dalam mewujudkan kepelbagaian emosi dan berfungsi untuk membawa penonton mengembara dalam dunia muzikal. Marsha Norman (2012) telah menulis artikel dalam Playbill tentang penulis buku muzikal yang berperanan untuk menggabungkan lagu dan dialog dalam
3 Libretto atau libretti adalah istilah yang berasal dari Itali yang bermaksud buku yang mengandungi kombinasi teks yang mula digunakan untuk persembahan Opera.
4 Howard William Kissel (1942-2012) seorang pengkritik teater Amerika dan merupakan seorang penulis biografi kepada David Merrick yang berjudul David Merrick, the Abominable Showman (1993).
40
bentuk yang lebih dramatik5. Beliau telah membezakan antara penulis buku muzikal dengan penulis lirik dan penggubah lagu yang mana peranan penulis buku muzikal adalah pencetus pembentukan emosi dan karektor pelakon. Pembentukan struktur persembahan turut diletakkan di atas tanggungjawab seorang penulis buku muzikal yang perlu menyusun dan mencipta perhubungan antara dialog, lagu dan penceritaan.
Burgess, T. D. M & Skilbeck, N. (2000) mengatakan bahawa teater muzikal telah meletakkan gaya persembahan yang bertitik tolak daripada bentuk penyampaian dialog berlagu dan menuntut pelakon menguasai bidang muzik sebelum menitikberatkan aspek lakonan dan tarian. Perbezaan pandangan oleh John Kenrick (2010) menekankan bahawa gaya persembahan bergantung kepada jenis muzikal sama ada dipersembahkan dalam bentuk musical drama, jukebox musical, revue, concept musical atau rock musical. Kenrick juga telah menolak kenyataan kebanyakan sumber yang menceritakan tentang pengaruh opera dalam muzikal moden. Beliau berpendapat bahawa bentuk muzikal ini bukan dipengaruhi oleh opera kerana opera lebih mendekati bentuk teater klasik. Namun pembawakan karektor dalam penyampaian yang dramatik masih boleh dilihat menerusi persembahan muzikal moden. Penegasan Kenrick terhadap perkembangan gaya persembahan muzikal lebih tertumpu kepada bentuk vaudeville, minstrel, burlesque dan revue. Kewujudan bentuk-bentuk ini adalah bagi tujuan hiburan dan ekspresi masyarakat sekitar tahun 1800 kesan daripada konflik ekonomi, peperangan, perkauman dan politik (James, S. 1979). Berpandukan kepada perkembangan bentuk persembahan tersebut, Kenrick telah mengenalpasti elemen yang membentuk struktur bagi teater muzikal terdiri daripada bentuk lagu
5 Playbill adalah majalah yang mengandungi aktikel, informasi dan kritikan mengenai produksi Broadway yang mula dicetak sejak tahun 1884 dan diterbitkan setiap bulan di Amerika Syarikat.
41
seperti Lagu Karektor (Character Song), Lagu Cerita (Story that tell story), Lagu Emosi Klimaks (Emotional Climax), Lagu Kesedaran (Realization Song) dan Lagu Keputusan (Decision Song).
Larry A. Brown (2007) telah menyifatkan beberapa kriteria lain dalam mengangkat sebuah muzikal dan membahagikan kepada 3 struktur iaitu Reprise (reprise), Transisi (Transition), dan Metafora (Metaphor). Dalam salah satu struktur tersebut terkandung aspek yang telah diangkat oleh John Kenrick (2010) iaitu I Want yang merupakan elemen dalam Character Song yang mana boleh dipersembahkan dalam semua bentuk lagu yang dinyatakan oleh Brown. Struktur naratif dalam teater muzikal adalah bebas dibentuk oleh pencipta atau pengkarya (James, S. 1979). James turut melihat bahawa setiap bentuk lagu yang terdapat dalam muzikal teater lebih bersifat fleksible dalam konteks gaya persembahan kerana setiap lagu tersebut boleh digabungkan fungsi dan peranannya bagi membangkitkan elemen dramatik dengan lebih berkesan. Beliau turut mengatakan ia juga mendorong kepada idea dan pemikiran pengkarya dalam menyampaikan gaya persembahan yang sentiasa berubah mengikut kehendak dan arus masa.
James menulis kenyataan dalam kajiannya yang bertajuk The Integration of Music and Lyrics with the Book in the American Musical yang menyatakan bahawa karektor yang dibentuk berperanan untuk membawa lirik dan lagu dalam lakonan sehingga mencapai tahap kepercayaan dunia muzikal dalam kehidupan realiti. Kajian dalam struktur naratif drama lebih banyak tertumpu kepada bentuk penyusunan dialog dalam plot tetapi dalam konteks drama muzikal, ia lebih tertumpu kepada
42
perkembangan plot yang diangkat oleh lagu-lagu dan karektor-karektor yang lebih dramatik. Kenyataan ini turut dinyatakan dalam beberapa penulisan oleh John Kenrick (2010), Larry A, Brown (2007), dan Purdy, S (2016).
Perkembangan gaya persembahan dalam membentuk gaya Broadway bukan dilahirkan dalam jangka masa yang singkat. Peredaran masa dan corak pemikiran pengkarya telah mencetuskan pelbagai idea dan gaya sehingga mewujudkan bentuk persembahan muzikal teater yang dapat dilihat pada masa kini. Larry Stampel (2010) telah memperlihatkan pembentukan identiti Broadway menerusi alur sejarah dan perkembangan6. Stempel turut melihat elemen utama dalam persembahan muzikal iaitu penulis buku muzikal yang disokong oleh penghasilan lagu dan dialog. Aliran teater muzikal berdiri dengan sendirinya tanpa dikategorikan dalam bentuk-bentuk teater yang lain. Gabungan elemen muzik, lakonan dan tarian merupakan satu gaya yang berbeza dalam meluahkan ekspresi dan emosi yang tidak dapat digambarkan melalui dialog semata-mata. Marsha Norman (2012) juga pernah menyatakan bahawa
“when you can no longer talk about it, you have to sing”.
Kepelbagaian gaya persembahan dalam teater muzikal merupakan punca tercetusnya bentuk teater muzikal gaya Broadway yang dapat ditonton pada masa kini.
Laurence Maslon & Michael Kantor (2004) turut memperlihatkan pembentukan gaya persembahan Broadway yang wujud melalui perkembangan sejarah dan pemikiran.
Pengkarya Barat tidak mempunyai sebarang garis panduan kerana mereka adalah pencetus dalam menetapkan gaya persembahan tersebut. Berdasarkan kepada
6 Perkembangan teater muzikal jelas dikaitkan dengan perkembangan budaya Amerika yang banyak ditonjolkan menerusi persembahan minstrel dan burlesque sekitar tahun 1849.
43
perubahan gaya hidup, persekitaran dan pemikiran maka tercetuslah Showboat (1927) dalam bentuk muzikal moden pada ketika itu7. Maslon & Kantor cuba memberi perlambangan terhadap identiti Broadway melalui struktur persembahan yang terbentuk melalui kombinasi lagu. Idea yang digambarkan ini turut dilihat dalam beberapa contoh pementasan lain seperti Rent, The Chorus Line, Sweeney Todd, dan The King and I. Menurut Jack Viertel (2017) dalam buku The Secret Life of the American Musical pembentukan Broadway sebagai sebuah identiti muzikal adalah melalui kekuatan penulis yang mampu memberi kombinasi dalam struktur lagu yang disusun mengikut perkembangan watak dan bukan digerakkan oleh plot cerita.
Sekitar tahun 1881, Tony Pastor (1867-1903) telah mempersembahkan sebuah muzikal berbentuk vaudeville8 buat kali pertama di Union Square, Amerika Syarikat.
Elemen utama yang diterapkan dalam vaudeville adalah komedi. Jack Viertel dan John Kenrick telah melihat pengaruh gaya persembahan muzikal moden adalah satu kombinasi segmen yang terdapat dalam vaudeville. Penyatuan setiap cabang persembahan dalam satu medium akan membentuk variasi dalam sebuah perjalanan cerita. Unsur komedi yang diangkat dalam vaudeville telah memaparkan cara hidup golongan kelas bawahan yang digarap menerusi situasi masyarakat di Bandar New York. Paul Harvard (2013) mengatakan bahawa pengaruh gaya hidup masyarakat telah dijadikan sebagai subjek utama dalam setiap persembahan muzikal dan sering
7 Showboat (1927) merupakan teater muzikal moden pertama yang telah dihasilkan oleh Oscar Hemmerstein II & Jarome Khen dan dipersembahkan di New York.
8 Vaudeville mengandungi beberapa segmen pendek yang digabungkan dalam sebuah persembahan seperti nyanyian, mime, silap mata, komedi, lakonan, tarian, akrobatik dan persembahan muzik.
Vaudeville dijadikan sebagai platform untuk menunjukkan bakat sebelum ditawarkan menyertai produksi muzikal yang lebih besar. Antara bintang vaudeville yang terkenal adalah seperti Sophie Tucker, Milton Berle, Lillian Russell dan Nora Bayes.
44
dilihat menerusi perspektif komedi dan romantik agar ia dapat dijadikan sebagai medium hiburan yang memberi kesan positif kepada penonton.
Kepelbagaian bentuk dan gaya persembahan teater muzikal kita telah mencetuskan evolusi yang semakin diterima oleh penonton. Kewujudan konsep Jukebox Musical9 juga merupakan salah satu perkembangan yang mendekatkan persembahan dengan jiwa penonton. Pengaruh jukebox musical telah mula dilihat menerusi pementasan teater muzikal tempatan seperti Teater Muzikal Terima Kasih Cinta (2011). Ken Daveport (2008) telah melihat jukebox musical sebagai satu bentuk persembahan yang dapat mengambil jalan pintas untuk menarik perhatian penonton menerusi lagu-lagu popular. Namun daripada aspek produksi, Larry A. Brown (2007) menganggap ia hanya sekadar hiburan dan tidak menggalakkan penciptaan lagu original untuk sesebuah pementasan. Plot-plot hanya dihubungkan dengan sebuah naratif yang dicipta berdasarkan kesesuaian lagu. Kelemahan lagu-lagu yang digunakan dalam jukebox musical adalah tidak dicipta berdasarkan struktur naratif muzikal yang asli. Pelakon perlu membezakan antara persembahan nyanyian dengan pembawakan karektor yang perlu didalami menerusi lagu tersebut. Perubahan gaya dan dramatik adalah elemen yang harus diperjelaskan dalam setiap watak yang menuntut nyanyian berkarektor.
Aristotle (384–322 sebelum masihi) dalam Aristotle Poetics tulisan N.G.L Hammond (2001) telah memperkenalkan enam elemen dalam membentuk struktur
9 Jukebox Musical adalah naskhah original yang dipentaskan atau difilemkan dengan gabungan lagu popular sebagai penghubung jalan cerita dan pembentukan karektor yang mana penciptaan lagu-lagu tersebut bukan dicipta untuk naskhah yang tersebut.
45
sesebuah drama iaitu plot, karektor, tema, bahasa, ritma dan kekaguman. Kebanyakan pengkaji drama sering mengangkat enam elemen tersebut dalam menganalisis struktur persembahan terutamanya bagi drama berbentuk realisme. Namun Moorey &
Bregman menyatakan bahawa enam elemen Aristotle kurang menyumbang kepada pembentukan struktur muzikal tetapi ia dilihat sebagai unsur yang lebih melengkapi ciri-ciri struktur asas drama kerana muzik hanya diangkat sebagai salah satu elemen dalam teori tersebut selain tema dan bahasa yang tidak memberi kekuatan dalam menyumbang kepada struktur teater muzikal.
Aristotle mempercayai setiap perjalanan drama yang lengkap harus mengandungi struktur asas iaitu ‘Three Act Structure’ yang mengandungi permulaan, pertengahan dan penamat (Chiki Camara, 2013). Formula ‘Three Act Structure’
adalah struktur dasar bagi setiap naratif berbentuk linear. Teori Piramid Struktur Dramatik Freytag yang diperkenalkan oleh Gustav Freytag (1816-1895) dalam penulisan Charles V. Dorothy melalui buku Structure, Genre & Textuality Integrity (1997) juga merupakan panduan yang sering digunakan dalam melihat tujuh elemen dramatik seperti pembukaan, pencetus aksi, peningkatan aksi, klimaks, penurunan aksi, resolusi dan peleraian. Kedua-dua pendekatan yang diperkenalkan oleh Aristotle dan Freytag adalah merujuk kepada konteks struktur naratif yang membentuk perjalanan cerita dan penglibatan elemen dramatik yang lengkap.
46
Sturuktur persembahan sebuah teater muzikal mempunyai perspektif yang berbeza berbanding drama realisme. Moorey & Bregman (2008)10 telah melihat intipati elemen yang terdapat dalam Teori Pyramid Struktur Dramatik Freytag sekadar kerangka penceritaan dramatik menerusi dialog dan aksi sahaja kerana struktur muzikal lebih menjurus kepada fungsi lagu, lirik dan pembentukan karektor. Moorey
& Bregman berpendapat Teori Pyramid Struktur Dramatik Freytag boleh berubah berdasarkan susunan dan perkembangan plot melalui lagu. Struktur persembahan muzikal juga memperlihatkan pendekatan John Kenrick (2010) yang dibina menerusi lima elemen asas iaitu Lagu Karektor, Lagu Cerita dan Lagu Emosi Klimaks di sepanjang perkembangan plot, manakala Lagu Kesedaran dan Lagu Keputusan di peringkat resolusi cerita.
Penulis lirik dan komposer Frank Loesser (1910-1969)11 telah mengketepikan struktur naratif semasa menghasilkan karya Guys and Dolls (1950) dan How to Succeed in Business Without Really Trying (1961). Beliau telah menghasilkan lagu tanpa panduan naratif sesebuah cerita. Lagu-lagu yang dihasilkan bertindak sebagai plot dan telah disusun berulangkali dalam posisi yang berbeza bagi membentuk struktur penceritaan yang dramatik (Purdy, S. 2016). Loesser meletakkan peranan lagu bagi membentuk struktur kerana lagu berfungsi sebagai luahan emosi yang tidak dapat digambarkan melalui dialog. Beliau turut melihat penstrukturan lagu sangat kuat dalam membina emosi dan keseluruhan naratif. Beliau menggambarkan, “Remember,
10 Tracey Moorey merupakan seorang dramatug dan ahli akademik yang pernah berkhidmat sebagai Pengarah Artistik di Broadway dan merupakan peneraju West Cost Musical Theatre Conference.
Manakala Allison Bregmen adalah seorang pelakon dan penyanyi yang pernah terlibat dalam persembahan Camelot & Ragtime. Beliau juga merupakan seorang ahli akademik di Florida National University.
11 Frank Loesser pernah memenangi anugerah di Academy Award menerusi kategori Best Original Song untuk lagu “Baby, It’s Cold Outside pada tahun 1949.
47
a song is like a freight train moving across a stage”. Moorey & Bregmen bersetuju bahawa struktur lagu yang menyumbang kepada pembentukan karektor memberi impak yang sangat besar terhadap naratif dan dramatik dalam karya-karya Loesser.
Larry A. Brown (2007) yang telah menstrukturkan persembahan teater muzikal dalam tiga bahagian asas iaitu reprise, transisi dan metafora. Setiap bahagian mempunyai fungsi yang berbeza dalam mengangkat dan menghubungkan setiap plot.
Stephen Sondheim (2010), seorang komposer dan penulis lirik melihat struktur Brown sebagai satu rangka yang mudah bagi pengkarya baru yang ingin menghasilkan persembahan muzikal. Sondheim turut menyifatkan struktur tersebut telah menepati kriteria dalam pembentukan karya-karya Broadway yang telah dihasilkan sebelumnya.
Berpandukan kepada struktur yang dinyatakan oleh Larry A. Brown (2007) dan John Kenrick (2010) ternyata terdapat persamaan dalam menentukan struktur persembahan sebuah teater muzikal. Peranan lagu dilihat sebagai subjek utama dalam membentuk penceritaan dan karektor. Walau bagaimanapun, tidak ada satu ketetapan yang digunakan bagi menghasilkan sebuah karya muzikal. Kenrick mengatakan bahawa:
“No one can tell you how to create! A seasoned pro may offer pointers, and people with a wide knowledge of the genre can tell you what forms and approaches have worked up to now, but the bad news is that no one can give you a method or road map to creating a musical.”
Kenyataan Kenrick dapat dilihat menerusi gerak kerja beberapa penulis buku muzikal dan komposer dalam menghasilkan karya-karya yang berjaya di arena
48
Broadway. William S. Gilbert (1836-1911) telah menulis semua draf lirik dan plot di dalam sebuah jurnal berkulit miliknya. Gilbert akan menulis setiap lirik sehingga membentuk sebuah komik opera dan akhirnya draf tersebut akan diserahkan kepada komposer Arthur Sullivan (1842-1900) untuk menghasilkan lagu mengikut kesesuaian watak dan adegan. Setelah komposisi dilakukan, Gilbert akan mengkaji semula kesesuaian lagu mengikut bentuk naratif yang diingini. Pembentukan gaya persembahan sering berubah mengikut kehendak dan kritikan penonton. Setiap perubahan yang berlaku akan berpandukan kepada proses penghasilan draf penulisan buku muzikal12.
Kenrick (2010) juga pernah membuat tinjauan mengenai proses penghasilan sebuah muzikal oleh Oscar Hammertein II (1895-1960) yang merupakan seorang penulis, penerbit dan pengarah teater muzikal. Hammerstein sering bekerjasama dengan Richard Rodger (1902-1979) dalam karya-karya hebat seperti The Sounds of Music, Oklahoma!, dan The King and I. Proses penghasilan muzikal mereka juga berbeza kerana buku muzikal dan lirik akan dicipta secara serentak diikuti dengan komposisi lagu dan seterusnya adalah dialog. Proses penghasilan karektor dan lirik dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan setiap plot mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Setelah itu Rodger akan melakukan semakan semula bagi menghasilkan komposisi lagu yang bersesuaian dengan mood dan situasi plot. Plot dalam naskhah muzikal boleh berubah mengikut keinginan penulis dan pengarah. Akhirnya dialog akan diselitkan untuk mewujudkan kesinambungan plot dan menghasilkan sebuah buku muzikal yang lengkap.
12 Proses kreatif yang dijalankan oleh Gilbert adalah peranan seorang penulis lirik dan buku muzikal.
Jurnal yang dihasilkan masih menjadi bahan rujukan penyelidik sehingga kini.
49
Penulisan Julian Woolford (2013) telah menceritakan tentang proses penghasilan muzikal oleh Jerome Robbin (1918-1998) ketika ditugaskan untuk mengarah Fiddler on the Roof pada tahun 1964, beliau telah melihat pembentukan emosi menerusi lagu terlebih dahulu sebelum mengetahui latar belakang cerita tersebut. Woolford mengatakan bahawa sebuah muzikal meletakkan kekuatan pada emosi lagu dan bentuk lagu itu disampaikan bagi menerangkan cerita. Beliau menerangkan bahawa Jerome Robbin meletakkan istilah teras bagi menerangkan bentuk sesebuah muzikal yang dikenali sebagai ‘premis’. Alan Ayckbourn (2009) menyatakan bahawa premis merujuk kepada tahap perasaan yang dapat dicapai oleh penonton secara emosi dan intelek. Dalam struktur muzikal premis terletak pada setiap lagu, karektor, lirik dan dialog yang dihasilkan. Beliau melihat sejauh mana setiap lagu memberi kesan kepada penonton apabila dinyanyikan dengan karektor yang betul.
Ahli aktivis dan akademik yang menyingkap perkembangan muzikal Barat jelas mendapati bahawa struktur dibina berdasarkan kepada fungsi dan peranan lagu dramatik melalui perkembangan plot dan karektor dalam setiap ciptaan lagu.
Kepentingan menetapkan susun atur lagu dalam muzikal merupakan proses yang sangat penting bagi memastikan persembahan dapat mencapai kualiti muzikal dalam gaya persembahan yang sempurna. Plot yang disampaikan menerusi lirik dan dialog lebih bersifat fleksibel kerana ia boleh berubah mengikut kesesuaian lagu. Struktur dramatik menjadi sebahagian daripada elemen yang menyokong perjalanan cerita dan memberi impak terhadap keseluruhan persembahan kerana menurut Brown (2007) elemen dramatik tersebut semamangnya wujud dalam setiap bentuk persembahan sama ada secara sedar atau pun tidak dan secara linear atau tidak linear.
46