• Tidak ada hasil yang ditemukan

Unit Bimbingan dan Kaunseling

Dalam dokumen HUBUNGAN ANTARA STRES KONFLIK KERJA KELU (Halaman 67-78)

RUMUSAN DAN IMPLIKAS

5.3 CADANGAN KAJIAN

5.3.3 Unit Bimbingan dan Kaunseling

Unit bimbingan dan Kaunseling perlu memainkan peranan yang sangat penting untuk mengenalpasti pekerja yang mempunyai masalah yang berkaitan dengan stress dan konflik terutamanya. Kebanyakannya, pekerja cenderung untuk mengalami masalah psikologi disebabkan konflik dan tekanan di rumah dan juga di tempat kerja. Oleh itu kaunselor perlu mengambil inisiatif dengan melakukan pelbagai aktiviti kepada pekerja-pekerja supaya mereka dapat mengatasi masalah psikologi pekerja tersebut.

55

Sehubungan itu, Corey ada menyatakan bahawa kaunseling merupakan satu bentuk bantuan yang bersifat curative di mana ianya membantu seseorang individu untuk mengenali, mengetahui, menyedari serta memahami tentang diri sendiri dan persekitarannya.

5.3.4 Kerajaan

Peranan pihak kerajaan adalah penting dengan menyediakan peruntukkan kewangan dan kawalan undang-undang. Kerajaan adalah pihak yang mempunyai autoriti penuh dalam mengambil satu tindakan khususnya dalam mengawal tahap stress dan konflik kerja-keluarga dalam kalangan pekerja. Kerajaan perlu memperuntukkan kewangan untuk menjalankan program dan kempen untuk menangani stres dan konflik kerja- keluarga dalam kalangan pekerja. Pada hari ini menyedari hakikat bahawa bahayanya merokok kepada kesihatan maka kerajaan Malaysia sendiri telah menjalankan beberapa strategi komunikasi untuk mengatasi gejala sosial ini. Pendekatan yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk program tersebut iaitu mudah dikunjungi di klinik-klinik kesihatan dan hospital kerajaan selain khidmat kaunseling secara percuma (Utusan Malaysia,2010).

Selain itu juga, pihak kerajaan juga boleh mengambil inisiatif dengan mengubal undang-undang dengan mengisytiharkan setiap organisasi di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok sepenuhnya untuk membanteras gejala merokok dalam kalangan pekerja. Terdapat satu laporan di dalam Modul Berhenti Merokok (2001) yang menunjukkan bahawa setiap tahun daripada tiga juta perokok yang dianggarkan pada 2006 atau lebih 20 peratus rakyat Malaysia meningkat satu peratus atau 30,000 orang tahun demi tahun walaupun pelbagai kempen telah dilaksanakan termasuklah kempen Tak Nak merokok. Anggaran yang dikeluarkan oleh Kajian Mobiliti dan Kesihatan Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia menjelang tahun 2005 terdapat 4.6 juta perokok di negara ini dan dijangkakan akan terus meningkat. Di samping itu juga, teori tingkah laku terencana (TPB) sangat menyumbang untuk membantu pihak kerajaan untuk mengadakan kempen atau aktiviti yang berkaitan dengan berhenti merokok. Faktor-faktor sosio kognitif (norma, sikap dan kawalan) perlu dititikberatkan dalam melaksanakan program berhenti merokok.

56 5.4 SARANAN KAJIAN LANJUTAN

Kajian yang dijalankan ini dapat mengesahkan dan menambah baik kajian-kajian mengenai tahap stress dan konflik kerja-keluarga dalam kalangan pekerja. Namun begitu, beberapa cadangan diberikan agar ia dapat membantu kajian-kajian lanjutan pada masa hadapan. Antara cadangannya ialah :-

i. Kajian ini hanya berfokus kepada perilaku merokok sahaja. Kajian lanjutan hendaklah mengkaji aspek berkaitan dengan penyalahgunaan bahan yang lain seperti pengambilan alkohol, dadah dan sebagainya supaya dapat mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan dengan kesejahteraan hidup responden.

ii. Kajian ini hanya menfokuskan kepada empat buah organisasi sahaja dan ia melibatkan jumlah responden yang sedikit sahaja. Oleh itu, kajian lanjutan hendaklah di lakukan terhadap beberapa buah organisasi lain yang dianggap mempunyai beban kerja yang tinggi dengan populasi dan sampel yang lebih besar.

iii. Kajian ini hanya melibatkan sebuah negeri sahaja. Kajian yang akan datang lebih bermakna jika turut melibatkan responden dari negeri lain. Hal ini kerana corak kehidupan di setiap negeri adalah berbeza. Suasana yang berbeza ini akan memberi dapatan yang lebih komplek berkaitan dengan tahap stress dan konflik kerja keluarga dengan perilaku merokok dalam kalangan pekerja.

iv. Kajian ini hanya menggunakan kaedah kauntitatif sahaja. Kajian akan datang mungkin akan jadi lebih berkesan jika menggabungkan kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif di mana ia akan melibatkan kaedah temubual dan soal selidik yang dapat memberi hasil yang lebih berkesan.

57 5.5 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, bab ini telah membincangkan dengan jelas mengenai hasil dapatan kajian. Hasil kajian menunjukkan tahap stres dan tahap konflik kerja- keluarga memainkan peranan masing-masing dalam perilaku merokok dalam kalangan pekerja. Kajian ini juga mengutarakan beberapa implikasi dan cadangan yang dianggap relevan dengan tahap stress dan tahap konflik kerja- keluarga dengan perilaku merokok dalam kalangan pekerja di samping mencadangkan beberapa cadangan bagi penambahbaikan yang boleh di ambil kira untuk kajian-kajian lanjutan pada masa hadapan. Secara keseluruhannya, diharapkan kajian ini dapat membantu pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam usaha menangani tahap stress dan konflik kerja-keluarga dengan perilaku merokok dalam kalangan pekerja supaya ia dapat membantu melahirkan pekerja yang cekap dan efisien dalam pembangunan negara.

58 RUJUKAN

Anthony W. Tatman, Alan J. Hovestadt, Paul Yelama, David L. Fanell & Brian S. Canfield (2006). Work And Family Conflict: An Often Overlooked Issue in Couple and Family Therapy. Contemporary Family Therapy 28(1): Springer Link.

Anne Kouvonen, Mika Kivimaki, Marianna Virtanen, Jaana Pentti & Jussi Vahtera (2004). Work Stress, Smoking Status and Smoking Intensity: an Observational Study of 46190 employees.

A.Jalal A., at el. (1995). Amalan Merokok dan Faktor yang Berkaitan Dengannya di Kampung Bukit Kerayong. Mukim Jeram dan Kapar, Selangor. Buletin Kesihatan Masyarakat. 2, 1.

Akrami Karimi-Shahjarini, Arash Rashidian, Nasir Omibvar & Reza Majdadel (2013). Assessing and Comparing the Short-term Effect of TPB Only and TPB plus Implementation Intervention on Snacking Behavior in Iranian Adolescent Girls: A Cluster Randomized Trial. American Journal Of Health Promotion,27,3,152-161.

Assael, H., 2001, 6th ed, Consumer Behavior and Marketing Action, New York University: South Western College Publishing.

Azazah Indriyani (2009). Pengaruh Konflik Peran Ganda dan Stress Kerja Terhadap Kinerja Perawat Wanita Rumah Sakit.

Azizi Yahaya & Norliza Othman (2010). Faktor-Faktor yang Menyebabkan Stres. Universiti Teknologi Malaysia.

Conner, M., & Flesch P. Eds. (2005). Predicting Health Behaviour. 2nd Ed. Buchinghan Open University Press.

Daing Diana Maarof & Mohd Nizam Osman (2013). Pengaruh Faktor Sosial Kesan Kempen Media Tak Nak Merokok Kementerian Kesihatan Malaysia. Journal Komunikasi 29(1): 179-198.

59

David O. Warner at el. (2004). Smoking Behavior and Perceived Stress in Cigarette Smokers Undergoing Elective Surgery. American Society of Anesthestologist, 100: 1125-37.

Dewan Bahasa dan Pustaka (2008). Kamus dewan edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Dharmmesta, B.S. 1998, Teory Of Planned Behavior Dalam Penelitian Sikap, Niat dan Perilaku Konsumen, Jurnal Kelola. No. 18/VII/1998.

Elisa J. Grant & Stewart L. (2001). Consequences of Work-Family Conflict on Employee Well-being Over Time. Journal of Work & Stress, 15, 214-226. Fabienne T. Amstad, Laurenz L. Meier, Ursula Fasel, Achim Elfering & Norbert K.

Semmer (2011). A Meta-Analysis of Work-Family Conflict and Various Outcomes with a Special Emphasis on Cross-Domain Versus Matching- Domain Relations. Journal of Occupational Health Psychology, Vol 16, No. 2, 151-160.

Ferlis B. Bullare & Balan Rathakrishnan & Rosnah Ismail (2009). Sumber stress, Strategi Daya Tindak dan Stres yang Dialami Pelajar Universiti. Jurnal Kemanusiaan, 13.

Fishbein, M dan Ajzein, I. 1975. Belief, Attitude, Intention and Behavior. London : Addison Wesley Publishing Co.

Frone, M.R., Barnes, G.M & Farrell, M.P (1994). Relationship of Work Family Conflict to Substance use Among Employed Mothers : the role of negative effect. Journal of Marriage and the Family, 56,1019-1030.

Fact Sheet Malaysia (2011). Global Adult Tobacco Survey: GATS. Malaysia.

Gaston Godin & Gerjo Kok (1996). The Theory of Planned Behavior: A Review of Its Application to Health-Related Behaviors. American Journal of Health Promotion,11,2,87-98.

Hapriza Ashari, Ungku Norulkamar Ungku Ahmad & Siti Aisyah Rahman (2005). Komitmen Organisasi di Kalangan Staf Akademik : Hubungannya Dengan Tahap Stres. Universiti Teknologi Malaysia.

60

Hasnida & Indri Kemala (2005). Hubungan Stres dan Perilaku Merokok Pada Remaja Laki-laki. Jurnal Psikologia, 1,2,92-97.

Higgins A. & Conner M. (2003). Understanding Adolescent Smoking : The Role of The Theory of Planned behaviour and Implementation Intentions. Psychology Health and Medicine, 8:2, 172-186.

John W. Creswell &Vicky L. Plano Clark (2010). Designing and Conducting Mixed Method Research. Library of Congress Cataloging in Publication:US.

Kelly D. Hennessy (2005). Work-Family Conflict Self Efficacy : A Scale Validation Study.

Laluka T, Chandola T, Roos E, Cable N, Sekine M, Kagamimori S, Tatsuse T, Marmot M, Lahelma E (2010). Work-family Conflicts and Health Behaviors Among British, Finnish, and Japanese Employees. International of Behavioural Medicine. 17,134-42.

Lillian T. Eby, Wendy J. Casper, Angie Lockwood, Chris Bordeaux & Andi Brinley (2003). Work and Family Research in IO/OB: Content Analysis and Review of the Literature. Department of Psychology, USA.

M.M. Zafir & M.H. Fazilah (2006). Stres Di Tempat Kerja dan Kesannya Terhadap Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Md Safian Mohd Tahuddin (2007). Kesan Aspek Kesihatan Terhadap Produktiviti Kerja Dalam Kalangan Pensyarah Maktab Perguruan. Universiti Sains Malaysia.

Mazlan Aris (2001). Stres Pekerjaan di Kalangan Guru Zon Tenggara Daerah Kulai,

Johor : Satu Tinjauan. Tesis Sarjana Pendidikan. Univeristi Teknologi Malaysia.

Modul Berhenti Merokok (2001). “Panduan Berhenti Merokok”. Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mohd Najib Abdul Ghafar (1999). “Penyelidikan Pendidikan”. Universiti Teknologi Malaysia. Johor.

61

Mohd Yusri Ibrahim (2010). Bimbingan Cepat : Analisis Data Penyelidikan. Bandar Ilmu.

Mowen, John C & Minor, 2002, Consumer Behavior, Canada: McMillan.

Mina Westman, Dov Eden & Arie Shirom (1985). Job stress, Cigarette Smoking and Cessation: The Conditioning Effects of Peer Support. Soc. Sci. Med. Vol,20. No.6,637-644.

Natalien Slopen, Emily Z. Kontos, Carol D. Ryff, John Z. Ayanian, Michelle A. Albert & David R. Williams (2012). Psychosocial Stress and Cigarette Smoking Persistence, Cessation, and Relapse Over 9-10 Years: A Prospective Study of Middle-Aged Aldult in the United States. Springer Science.

Nor Hashimah Jalaluddin, Junaini Kasdan & Zaharani Ahmad. (2010). Sosiokognitif Pelajar

Remaja Terhadap Bahasa Melayu. Journal of Language Studies, 10,3.

Novi Indra Sari (2011). Hubungan Antara Tingkat Stres dengan Perilaku Merokok Pada Siswa Laki-laki Perokok Smkn 2 Batu Sangkar.

Nurhidayati Fawzani & Atik Triatnawati (2005). Terapi Berhenti Merokok (Studi Kasus 3 Perokok Berat). Makara Kesihatan Vol. 9, No. 1 : 15-22.

Padmaja Ayyagani & Jody L. Sindelar (2009). The Impact of Job Stress On Smoking and Quitting : Evidence From The HRS. Cambridge.

Philip L. Reed, Carla L. Storr, & James C. Anthony (2008). Drug Dependence Enviromics : Job Strain in the Work Environment and Risk of Becoming Drug- Dependent. Journal of Epidemiology , 5, 163.

Radi S, Ostry A dan Lamontagne AD (2007). Job Stress and Other Working Conditions: Relationships with Smoking Behaviors in a Representative Sample of Working Australians. Medicine National Institutes of Health, 50(8):584-96. Rosli Ahmad & Mohamed Sharif Mustaffa (2006). Kajian Punca, Risiko Merokok

dan Sumbangan Merokok Terhadap Penagihan Bahan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

62

Rudi Sandek & Kamsih Astuti (2007). Hubungan Antara Sikap Terhadap Perilaku Merokok dan Kontrol Diri Dengan Intensi Berhenti Merokok. Fakultas Psikologi Universiti Wangsa Manggala Yogyakarta.

Sapora Sipon (2010). Stres Kerja Guru: Punca, Kesan Dan Strategi Daya Tindak. Seminar Profesion Perguruan.

Scot Schieman & Marisa Young (2010). Economic Hardship and Family-to-Work The Importance of Gender and Work Conditions. J. Farm Econ Iss, 32:46-61. Selye, H. (1975). Stress Without Distress. United State of America : Penguin Group.

Sheldon Cohen & Edward Lichtenstein (1990). Perceived Stress, Quitting Smoking and Smoking Relapse.

Sidek Mohd Noah (2002). Reka bentuk penyelidikan : Falsafah, Teori & Praktis. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Slavin,L.A., Rainer,K.L., McCreary. M.L., & Gow&,K.K. (1991)Toward a Multicultural

Model of the Stress Process. Journal of Counseling & Development. 70. 156- 162.

S.M Yassin, M. Retneswari, F-M. Moy, A. Darus and D. Koh (2012). Job Stressors and Smoking Cessation Among Malaysia Male Employees. Occupational of Medicine, 62, 174-181.

Sunday Azagba & Mesbah F Sharaf (2011). The Effect of Job Stress on Smoking and

Alcohol Consumption. Health Economic Review, 1,1,5.

Tri Dita Maharani, Budi Palarto Soeharto & Hari Peni Julianti (2011). Smoking Behavior in Male Lecturers At Faculty of Medicine. Jurnal Media Medika Muda.

Y. Bagus Wismanto & Y. Budi Sarwo (2010). Konsistensi Niat dan Perilaku Berhenti Merokok Pada Karyawan Sekretariat Daerah Kabupaten/Kotamadya di Jawa Tengah. Indonesia Psychological Journal. Vol. 25, No.2.

63

Yoong Lee Fong & Mastura Mahfar (2013). Relationship Between Occupational Stress and Turnover Intention Among Emplotees in a Furniture Manufacturing Company in Selangor. Jurnal Teknologi UTM 64:1, 33-39.

LAMPIRAN A

SOAL SELIDIK

Saya pelajar Tahun 3 Sarjana Muda Kaunseling sedang menjalankan tugasan untuk mendapatkan data mengenai Hubungan Antara Tekanan, Konflik Kerja-Keluarga dan Perilaku Merokok dalam Kalangan Pekerja. Kajian ini dilakukan bagi menyiapkan tugasan Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) saya. Jadi, kerjasama anda amat diperlukan dan amat dihargai.

NOOR ADILAH BINTI ADNAN

Dalam dokumen HUBUNGAN ANTARA STRES KONFLIK KERJA KELU (Halaman 67-78)

Dokumen terkait