• Tidak ada hasil yang ditemukan

UNIVERSITI AWAM (UA)

Dalam dokumen Sejarah pembentukan PSH dunia dan pengar (Halaman 24-54)

UA terlibat secara aktif dalam program-program PSH secara sambilan, kursus pendek dan program-program pendidikan jarak jauh. Antara UA yang terlibat ialah:

a. Universiti Malaya (Pusat Pendidikan Berterusan);

b. Universiti Sains Malaysia (Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh); c. Universiti Kebangsaan Malaysia (Pusat Pengembangan Pendidikan);

d. Universiti Putra Malaysia (Pusat Pendidikan Luar dan Institut Gerontologi); e. Universiti Teknologi Malaysia (Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan

Berterusan);

f. Universiti Teknologi MARA (Institut Pembangunan Pendidikan); g. Universiti Pendidikan Sultan Idris (Jabatan PSH); dan

25 i. Aspirasi:

Dalam Lifelong Learning: Information from Answers.com,

"... pada akhir abad ke-20, kebanyakan universiti utama telah mengembangkan penawaran kredit ijazah tradisional mereka dengan mempelbagaikan kaedah penawaran bagi pendidikan golongan dewasa, pendidikan berterusan dan pendidikan eksekutif, ada yang untuk kredit, dan ada yang bukan untuk kredit. Program pendidikan baharu telah ditawarkan melalui pengabungan pelbagai mekanisme. Kepelbagaian program-program dan operasi unik ini telah menghasilkan satu organisasi baharu di dalam institusi tradisional sedia ada. Kaedah dan proses baharu dalam pengajaran dan pembelajaran diwujudkan untuk memenuhi keperluan dinamik pasaran pelajar dewasa. Pada awal abad ke-21 bermulanya era globalisasi pendidikan dengan institusi pendidikan tempatan meneruskan usaha pengembangan operasi mereka di dalam dan di luar negara bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat... "

ii. PSH dikalangan Universiti Penyelidikan. A. PSH di Universiti Teknologi Malaysia

Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan, Universiti Teknologi Malaysia atau lebih dikenali sebagai UTMSPACE ditubuhkan pada Julai 1993 bertujuan untuk meningkatkan bilangan tenaga kerja yang berkualiti di negara ini. Pada awal penubuhannya, UTMSPACE menawarkan program pembangunan profesional seperti kursus pendek, seminar, bengkel dan latihan dalaman. Berikutan permintaan yang menggalakkan di kalangan pekerja sektor awam dan swasta terhadap program pendidikan separuh masa, UTMSPACE mengambil inisiatif menawarkan program akademik arus perdana secara separuh masa bermula dari tahun akademik 1995-1996. Program Akademik separuh masa menawarkan kursus-kursus di peringkat diploma dan Diploma, selaras dengan kursus yang ditawarkan oleh fakulti-fakulti di UTM. Untuk kemudahan pelanggan, kelas-kelas dijalankan di 17 pusat pembelajaran di seluruh negara.

26

Seiring dengan misi untuk memberi perkhidmatan pendidikan berterusan yang berkualiti, UTMSPACE juga menawarkan Program Diploma Eksekutif dan Program Bahasa Inggeris. Program Diploma Eksekutif adalah disasarkan kepada warga kerja yang ingin meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Program Bahasa Inggeris pula bertujuan untuk membantu masyarakat yang ingin memperbaiki kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan mengaplikasikannya di dalam kehidupan harian.

Selaras dengan visi UTMSPACE untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam pendidikan berterusan, pada tahun 2010, selaras dengan pengiktirafan UTM sebagai universiti penyelidikan, UTMSPACE telah diamanahkan untuk mengambilalih dan menguruskan Kolej Sains dan Teknologi (KST) dan Unit Pengurusan Program Kerjasama (UPPK) UTM. Dengan itu UTMSPACE bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perlaksanaan program Diploma Sepenuh Masa dan Program Diploma Kerjasama yang dijalankan dengan kerjasama kolej swasta.

Pada 28 Januari 2011, UTMSPACE melakar sejarah tersendiri apabila telah dinaik taraf sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan (SBMJ). Dengan perubahan status ini, UTMSPACE kini bertindak sebagai satu cabang perniagaan UTM yang bertumpu kepada pembangunan pendidikan sepanjang hayat. Selaras dengan misinya, UTMSPACE berhasrat untuk menerajui pembangunan modal insan yang inovatif dan kreatif melalui pendidikan sepanjang hayat yang berkualiti.

Seterusnya, pada tahun 2012 Pusat Pembelajaran dan Bahagian Pengurusan UTMSPACE Kuala Lumpur yang dahulunya terletak di UTM Kuala Lumpur telah mula beroperasi di bangunan sendiri melalui sewaan di Jalan Tun Razak. Bangunan yang terletak secara strategik di tengah bandaraya Kuala Lumpur dan hampir dengan stesen pengangkutan awam memudahkan lagi pelajar dan peserta UTMSPACE untuk menghadiri kuliah dan program. Prasarana yang lebih baik juga disediakan. Perkembangan terbaru ini membuktikan komitmen UTMSPACE untuk menyediakan servis yang terbaik kepada pelanggan.

Melalui PPP, pelbagai bentuk program pembangunan profesional disediakan terutamanya program-program kepakaran UTM sendiri iaitu bidang teknikal kepada

27

industri dan agensi kerajaan melalui penganjuran kursus pendek sama ada secara public mahupun in-house, sijil profesional, seminar dan persidangan. Semenjak penubuhannya 20 tahun yang lalu, UTMSPACE telah Berjaya menarik minat lebih daripada 60,000 orang untuk mengikuti kursus pendek.

UTMSPACE adalah Penyedia Latihan yang berdaftar di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Bagi kursus-kursus yang mendapat pengiktirafan CIDB, peserta akan memperolehi mata CCD untuk tujuan pembaharuan semula syarikat masing-masing. Kursus pembangunan insaniah mampu untuk meningkatkan kemahiran dan motivasi supaya menjadi pekerja yang lebih baik dalam organisasi. Kursus teknikal pula mampu untuk meningkatkan kemahiran seseorang dalam bidang yang diceburinya supaya lebih berpengalaman dan terlatih.

Di samping kursus pendek yang lazimnya diadakan antara satu hingga tiga hari setiap modul, UTMSPACE juga turut menawarkan Sijil Profesional di mana setiap Sijil Profesional merangkumi 6 hingga 8 modul yang berkaitan dengan sijil yang akan dianugerahkan kepada peserta. Antara program yang ditawarkan di bawah kategori ini adalah Sijil Profesional Pengajian Islam, Professional Certificate in Coaching, Professional Certificate in Construction Measurement and Estimating, Professional Certificate in Construction Project Supervision, dan Professional Certificate in Business

English. Pada masa ini UTMSPACE sedang menawarkan 84 jenis Diploma Eksekutif dan

82 jenis Diploma Profesional (12 bulan pengajian) kepada golongan bekerja.

B. PSH di Universiti Kebangsaan Malaysia

Pada peringkat awal penubuhannya, Pusat Kembangan Pendidikan (PKP) telah diletakkan di bawah Biro Rundingan dan Kembangan. Melihat kepada permintaan yang tinggi di kalangan masyarakat dan tuntutan memenuhi keperluan masyarakat berilmu negara, pengurusan PKP akhirnya bersetuju untuk menubuhkan satu lagi pusat yang mampu memanfaatkan kepakaran UKM untuk pembangunan keilmuan dan ketrampilan. Pada tahun 1999 Biro Rundingan dan Kembangan telah dinaiktaraf menjadi PKP yang ada pada hari ini pada.

28

Sejarah tercipta sekali lagi apabila tahun 2006, PKP digabungkan dengan Pusat Pengajian Berterusan bagi menumpukan khidmat peningkatan status akademik dan daya saing para masyarakat yang sedang bekerja. Kini, PKP berusia 19 tahun dan masih lagi meneruskan usaha perkembangan akademik bagi masyarakat Malaysia.

Diantara objektif penubuhan PKP adalah untuk menyediakan peluang pembelajaran dan latihan kepada masyarakat dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kearah pembangunan modal insan. Selain dari itu PKP perlu menawarkan program-program akademik dan profesional yang berdaya saing dan memenuhi keperluan semasa. Bagi memastikan perkara ini tercapai proses penambahbaikan berterusan kualiti program-program yang ditawarkan melalui PKP perlu sentiasa dipantau.

Ini bersesuaian dengan matlamat UKM untuk menjadi pusat keilmuan terkehadapan, berteknologi dan berdaya saing dalam pelbagai bidang yang strategik bagi memenuhi keperluan negara. Oleh itu, PKP nekad serta bertanggungjawab dalam memainkan peranan penting, bagi menyokong salah satu teras Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara-Melangkaui Tahun 2020 iaitu untuk ‘Membudayakan PSH’. Langkah proaktif dan usahanya yang gigih mengembangkan laluan alternatif untuk memperolehi ilmu dan meningkatkan penyertaan golongan bekerja senada dengan visi UKM untuk menjadi universiti terulung yang menjadi pelopor inovasi bagi membentuk mesyarakat dinamis, berilmu dan berakhlak mulia.

Penawaran pelbagai program fakulti yang berkualiti dengan kos yang kompetitif di bawah kendalian PKP memberi ruang dan peluang kepada para eksekutif swasta, pegawai sektor awam, para guru dan golongan yang bekerja amnya untuk melanjutkan pelajaran tanpa meninggalkan pekerjaan masing-masing.

C. PSH di Universiti Malaya (UM)

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (PPBUM) mula ditubuhkan pada 1 April 1998 bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan bekerja bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dengan mengikuti program sijil dan diploma eksekutif/profesional dalam pelbagai bidang yang ditawarkan.

29

Pendidikan berterusan merupakan satu lontaran idea Allahyarham Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi merangkap Naib Canselor Universiti Malaya pada tahun 1998. Profesor Dr. Leonard Yong yang merupakan salah seorang ahli akademik di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya telah mengorak langkah untuk menubuhkan satu pusat di bawah Canselori bagi menawarkan kursus dan program pendidikan berterusan yang amat diperlukan oleh warga kerja untuk meningkatkan lagi pengetahuan serta memberi nilai tambah kepada kapasiti mereka. Sehubungan itu, pada 1 April 1998, bertempat di Aras 2 Bangunan Bakti Siswa Universiti Malaya, Allahyarham Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi telah melancarkan penubuhan Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (PPBUM). Pada tahun 1999, PPBUM berpindah ke Institut Pengajian Siswazah (IPS). Kemudian berpusat di Blok A, Kompleks Kampus Kota Universiti Malaya (2003) dan kini di Wisma R&D Universiti Malaya.

Sejak penubuhannya, PPBUM atau kini lebih dikenali sebagai University of Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed) telah dinasihati oleh Majlis UMCCed yang terdiri daripada Naib Canselor dan pengurusan tertinggi Universiti Malaya untuk memberi pandangan tentang perjalanan program UMCCed. Majlis ini dipengerusikan oleh Naib Canselor Universiti Malaya manakala Pengarah UMCCed merupakan staf akademik Universiti Malaya yang dipinjamkan dari fakulti untuk memperkemaskan lagi pentadbiran dan operasi dalaman UMCCed agar sejajar dengan hasrat Universiti Malaya.

Sokongan dan komitmen staf juga amat penting dalam memastikan kesinambungan UMCCed. Pada mulanya UMCCed hanya dikendalikan oleh empat orang staf dan kini staf UMCCed telah bertambah kepada hampir 100 orang disebabkan oleh penawaran program yang semakin meningkat bagi memenuhi permintaan pasaran.

Pada masa kini UMCCed telah menawarkan lebih kurang 25 program sijil dan diploma eksekutif kepada golongan bekerja, terutamanya di sektor swasta. Hasil daripada penawaran tersebut, hampir 20,000 graduan berjaya dilahirkan bagi program-program di peringkat ini. Di samping itu, UMCCed juga telah banyak memainkan peranan dalam mengurus lawatan sambil belajar dan latihan antarabangsa bagi pihak-pihak dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka, Indonesia, Vietnam dan Thailand.

30

Sebagai memenuhi komitmennya untuk menyumbang terhadap pembangunan masyarakat, penubuhan UMCCed adalah berteraskan kepada usaha untuk melahirkan sumber-sumber manusia yang terlatih dengan menawarkan perkhidmatan perundingan pendidikan berterusan, program-program dalaman (in-house), seminar serta kursus-kursus pada peringkat sijil dan diploma.

Untuk memastikan semua program benar-benar berjaya mencapai objektifnya, satu Jawatankuasa Akademik telah dibentuk untuk membuat kajian terperinci, memberi nasihat dan panduan berkenaan langkah-langkah pelaksanaan secara keseluruhannya. Tumpuan diberikan terhadap setiap aspek yang berkaitan terutama sekali mengenai struktur program, isi kandungan program, kelayakan para pensyarah dan kemudahan pembelajaran yang berteraskan kepada kehendak pasaran kerja serta perkembangan teknologi semasa. Setiap tenaga pengajar yang terlibat dalam kursus ini dipilih berdasarkan kepada kelulusan akademik dan pengalaman mereka dalam bidang berkaitan.

Program-program yang dirancang bertujuan menghasilkan individu-individu yang berupaya untuk mempamerkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengajian mereka, penyelidikan dan amalan profesional yang bersesuaian serta proses-proses pemikiran kritis, pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah.

Walaupun PPBUM telah ditubuhkan pada 1 April 1998, ia tidak termasuk dalam senarai Unit-Unit dan Pusat-Pusat baharu yang ditubuhkan ketika itu untuk disahkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Malaya (LPU) pada 9 Julai 1998. Ini menyebabkan UMCCed (nama baru PPBUM) tidak mempunyai rekod “legal status” seperti pusat-pusat yang lain. Usaha ke arah memperbetulkan “legal status” pusat ini telah dijalankan beberapa kali sebelum ini, tetapi masih tidak menghasilkan suatu ketetapan yang muktamad.

Mesyuarat Pengurusan UM pada 22 Mac 2006 bagaimanapun telah mengambil maklum butir-butir dalam kertas penubuhan UMCCed yang bertarikh 27 Februari 2006 serta bersetuju mengesahkan penubuhan UMCCed dengan status dan kedudukan sekarang, iaitu UMCCed terus beroperasi dan menjana pendapatan dengan berpandukan

31

dasar dan peraturan yang diwujudkan sendiri baik dari segi kewangan, pengambilan kakitangan dan tawaran program.

Namun dengan ketiadaan rekod dan statut penubuhan, kesahan kewujudan UMCCed dari sisi undang-undang masih menjadi persoalan yang berterusan. Mesyuarat khas UMCCed dengan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Bahagian Akademik, Pusat Pengurusan Penambah baik Kualiti (QMEC) dan Unit Perundangan Universiti Malaya pada 5 Januari 2011 telah mengambil maklum akan isu tersebut dan bersetuju supaya status UMCCed di bawah Universiti Malaya diperbetulkan terlebih dahulu sebelum program Diploma UMCCed dapat diakredit.

Objektif kewujudan UMCCed sebagai PTj akademik di bawah Universiti Malaya ialah untuk:

i) Membolehkan UMCCed beroperasi secara sah dalam usahanya untuk menyumbang ke arah pembangunan industri secara kompetitif melalui peluang pembelajaran dan latihan yang disediakan bagi golongan bekerja meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran tanpa mengganggu tugas harian mereka, dan ii) Memastikan program yang ditawarkan di peringkat sijil dan diploma akan dapat

diakreditasikan melalui proses swaakreditasi Universiti Malaya.

Penawaran program-program PSH melalui UMCCed sejak tahun 1998 sememangnya bertujuan memenuhi hasrat UM untuk menyalurkan kepakaran serta memenuhi komitmennya memperkembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi membudayakan PSH di segenap lapisan masyarakat.

Sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) akademik UM yang berautonomi, UMCCed telah diberi mandat untuk menawarkan program di peringkat diploma, diploma eksekutif dan sijil selain kursus-kursus pendek mengikut keperluan pasaran kerja. Sambutan baik masyarakat khususnya warga bekerja terhadap program diploma eksekutif telah menyaksikan perkembangan program ini dalam pelbagai bidang termasuk pengurusan, perakaunan, pendidikan awal kanak-kanak dan pengajian Islam.

32 iii. PSH di Politeknik

Politeknik juga menawarkan mod sambilan di beberapa buah politeknik di bawah inisiatif PSH iaitu Kursus Secara Sambilan (KSS) dan Reskilling & Upskilling (R&U). Program KSS dijalankan selepas waktu pejabat terutama pada hujung minggu. Majoriti pelajar KSS adalah orang dewasa yang bekerja dengan tujuan memperoleh kelayakan akademik di peringkat diploma. Pengajaran kurikulum, pendekatan pembelajaran dan penilaian adalah sama dengan program sepenuh masa. Perbezaan hanya terdapat dalam mod pelaksanaan. Program R&U adalah untuk peningkatan kemahiran bagi memperoleh kemahiran baharu.

iv. PSH di Kolej Komuniti

Kolej komuniti merupakan hab PSH di negara ini (KPT, 2007). Kolej komuniti di bawah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) telah mula membudayakan PSH disamping menyediakan pendidikan dan latihan melalui program secara sepenuh masa sejak tahun 2001. Kolej komuniti menyediakan pelbagai bentuk program yang berteraskan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional di peringkat sijil dan diploma. Sehingga kini terdapat 93 buah kolej komuniti di seluruh negara.

v. PSH di Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)

Selain UA, terdapat juga IPTS menjalankan program pendidikan jarak jauh. IPTS utama yang terlibat secara aktif dalam program-program PSH seperti: Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Wawasan Open University (WOU), Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Asia e University (AeU), Al-Madinah International University (MEDIU), Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) dan lain-lain lagi. Berdasarkan infrastruktur yang ada, rangkaian penubuhan, promosi kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang diketuai oleh Institusi swasta, mampu menjana dan meningkatkan bilangan enrolmen PSH pada tahun 2020.

33 vi. Penglibatan Kementerian Lain

Kebanyakan program PSH yang dilaksanakan adalah di peringkat Nasional. Sehingga 2017, terdapat 14 kementerian dan pelbagai agensi terlibat dalam melaksanakan program PSH. Kementerian yang terlibat adalah:

1. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW); 2. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA); 3. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);

4. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KKWKM);

5. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM); 6. Kementerian Sumber Manusia (KSM);

7. Kementerian Pelancongan & Kebudayaan (MOTAC); 8. Kementerian Belia dan Sukan (KBS);

9. Kementerian Perdagangan, Antarabangsa & Industri (MITI); 10.Kementerian Kerja Raya (KKR);

11.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPNKK);

12.Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI); 13.Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar (NRE); dan 14.Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi (MPIC).

2.5. Pendidikan tinggi dan sifat siswazah

Dalam konteks hubungan antara PSH dan universiti-universiti yang dicadangkan di atas, kebanyakan sistem Universiti pada tahun-tahun kebelakangan ini telah berusaha untuk mempromosikan kemahiran generik di kalangan pelajar. Berbanding dengan perspektif tradisional di mana pelajar dilatih untuk menguasai kemahiran khusus atau kemahiran spesifik yang khusus kepada kursus pengajian mereka, pelajar turut di latihan untuk memiliki satu set kemahiran generik yang boleh digunakan untuk pelbagai tugas (Barrie, 2006; Pitman & Broomhall, 2009). Keperluan untuk mempromosikan sifat siswazah kebanyakannya didorong oleh faktor-faktor seperti kepercayaan bahawa satu set kemahiran tertentu diperlukan oleh semua graduan, keperluan pasaran pekerjaan dan perdebatan yang tidak dapat

34

diselesaikan mengenai tujuan pendidikan universiti. Motif lain juga termasuk pencarian cara yang betul untuk melatih individu yang berpendidikan dan berkemahiran serta mahir dalam bidang tertentu supaya beliau dapat menyumbang kepada masyarakat sekeliling (Gilbert et al., 2004; Hager & Holland, 2006)

Sifat-sifat siswazah merujuk kepada pelbagai kemahiran, pengetahuan dan daya tahan yang dimiliki oleh pelajar (Hager & Holland, 2006). Ia menandakan percubaan untuk meneruskan sifat-sifat yang berbeza dalam agenda PSH di universiti (Pitman & Broomhall, 2009), dan bertindak sebagai peramal yang tepat mengenai pelbagai ciri dan fungsi siswazah. Ciri-ciri lepasan siswazah juga boleh dilihat sebagai kelayakan dan kemahiran yang dianggap penting yang mereka perolehi semasa di universiti bagi membolehkan mereka maju dan dapat menyumbang kepada profesion dan masyarakat sekeliling (Bowden et al., 2000). Contoh-contoh sifat siswazah termasuk kemahiran seperti penjelasan secara logik dan beranalisis, penyelesaian masalah dan kemahiran ingin tahu. Sifat imaginasi, kreativiti dan kekuatan intelektual, dan nilai-nilai seperti beretika, ketekunan, integriti dan toleransi juga termasuk di dalam sifat-sifat ini (Hager & Holland, 2006).

Barrie (2004), menganggap ciri-ciri sifat siswazah perlu mempunyai sifat-sifat berikut: -

i. dibangunkan tanpa mengira bidang/ domain pengetahuan, iaitu mereka melampaui dapatan/ hasil bidang pengajian yang diambil;

ii. berlaku sebagai hasil penting dari pengalaman pembelajaran di universiti; iii. terhasil daripada proses biasa atau pengalaman semasa di universiti dan

bukan satu set hasil tambahan yang memerlukan kurikulum tambahan.

Sifat-sifat siswazah juga boleh berbeza mengikut kriteria yang diandaikan. Contoh-contoh sifat siswazah yang dicadangkan dalam laporan Dearing (1997), seperti penerapan angka (numerasi), komunikasi, celik maklumat, meningkatkan pembelajaran dan prestasi sendiri (belajar cara belajar dan menyelesaikan masalah). Sementara itu, De La Harpe & Radloff (2008) menganggap sifat siswazah sebagai kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, pemikiran analitik, menyelesaikan masalah dan celik maklumat. De La Harpe & Radloff seterusnya

35

mencadangkan bahawa sifat PSH termasuk kualiti pengurusan diri dan kemahiran metakognitif seperti penetapan matlamat, pemantauan dan menilai proses pembelajaran dan hasil. Seperti yang dirumuskan oleh Lawson et al (2006), ciri-ciri siswazah boleh dikategorikan seperti berikut: -

i. Mereka memberi tumpuan kepada kemahiran literasi yang diperlukan dalam pelbagai bidang kehidupan, contohnya komunikasi.

ii. Mereka menggambarkan proses yang boleh digunakan dalam banyak tugas, contohnya penyelesaian masalah atau perancangan.

iii. Mereka mempunyai kualiti peribadi yang berkaitan dengan pembangunan pelajar itu sendiri seperti keberkesanan diri, inisiatif dan usaha sendiri. iv. Kemahiran interpersonal yang membolehkan pelajar memperoleh nilai dari

interaksi dengan orang lain yang terlibat dalam tugas yang sama atau yang berkaitan.

Kesusasteraan juga mencadangkan bahawa pemilikan pelbagai sifat siswazah adalah kualiti penting bagi sesorang pelajar membangunkan keupayaan PSH. Dari itu, sifat siswazah juga memainkan peranan penting dalam penentuan/ penetapan jaminan kualiti dan perdebatan tentang peranan dan sifat pendidikan yang ditawarkan di universiti termasuk usaha universiti dalam meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran (Hager & Holland, 2006). Barrie (2004), Bridgstock (2009) dan De La Harpe dan Radloff (2008) menyimpulkan bahawa sifat siswazah juga boleh menjadikan sesorang graduan untuk melakukan kebajikan sosial. Hager & Holland (2006) menilai sifat siswazah boleh dibangunkan dalam persekitaran pembelajaran yang aktif di mana kaedah pengajaran dan pembelajaran mematuhi prinsip seperti: -

i. pembelajaran secara orang dewasa, ii. pendekatan holistik untuk pembelajaran, iii. pembelajaran berasaskan masalah, iv. PSH,

v. belajar "bagaimana", "mengapa" dan meneroka "bagaimana jika ..." dan bukan hanya menerima fakta,

vi. Penilaian dapatan pelajar dan penekanan tentang pengalaman pembelajaran yang dapat dilihat oleh pelajar sebagai aspek penting dalam proses pembelajaran,

36

vii. pendekatan berpusatkan pelajar yang aktif di mana pemikiran dan tindakan bersepadu berlaku dengan tugas yang relevan dan bermakna kepada pelajar,

viii. Tenaga pengajar berperanan sebagai mentor, jurulatih, fasilitator atau penilai, termasuk demonstrasi / pemodelan sifat generik kepada pelajar (Hager & Holland, 2006).

2.6. Ciri-ciri pelajar sepanjang hayat

Longworth dan Davies (1996) dan Knapper dan Cropley (2000), dalam kajian yang telah dijalankan oleh beliau menggambarkan sifat PSH yang unik. Contohnya, Longworth dan Davies mempertimbangkan ciri-ciri PSH untuk dibezakan daripada sifat siswazah yang lain kerana kualiti PSH melibatkan kebolehan berikut: -

i. pengendalian maklumat, ii. kemahiran keusahawanan, iii. harga diri,

iv. membuat keputusan,

v. menyelesaikan masalah dan pengurusan diri, vi. empati dan toleransi terhadap orang lain,

vii. kreativiti, rasa humor, fleksibel dan serba boleh, viii. pertimbangan kritikal,

ix. pemikiran dan perancangan, x. kemahiran praktikal,

xi. kemahiran belajar untuk belajar,

xii. berbincang dan berkomunikasi secara tidak formal, xiii. menyampaikan dan berkomunikasi secara rasmi.

Longworth dan Davies turut mencadangkan bahawa sementara ciri-ciri lain bergantung semata-mata kepada proses persekolahan, sekolah itu sendiri tidak bertanggungjawab sepenuhnya untuk pembangunan ciri-ciri PSH. Aset PSH sebnarnya dibangunkan bersama dengan rakan kongsi lain dalam masyarakat termasuk ibu bapa, organisasi profesional dan kumpulan berkepentingan. Knapper dan Cropley bersetuju bahawa sifat-sifat pelajar sepanjang hayat adalah unik kerana mereka tidak ditakrifkan secara psikologi. Bagi Knapper dan Cropley

ciri-37

ciri PSH merangkumi dua komponen utama, iaitu, (1) individu (kebolehan untuk

Dalam dokumen Sejarah pembentukan PSH dunia dan pengar (Halaman 24-54)

Dokumen terkait