• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sejarah pembentukan PSH dunia dan pengar

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sejarah pembentukan PSH dunia dan pengar "

Copied!
54
0
0

Teks penuh

(1)

1 Bab 2 SOROTAN KAJIAN.

2. Pengenalan

Tinjauan kesusasteraan dalam bab ini menetapkan pembahasan mengenai konsep utama,

teori, tren dan isu-isu yang mendasari Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan

pendidikan tinggi. Proses semakan kesusasteraan bermula dengan penerokaan artikel dan

buku jurnal secara komprehensif dan teliti mengenai pembelajaran, pendekatan

pembelajaran, pengajaran tinggi dan PSH. Idea dan rujukan dari bacaan awal digunakan

untuk mengenal pasti bacaan lanjut. Tujuan sorotan kajian adalah untuk mengetahui

tentang trend utama, konsep dan pendekatan utama yang berkaitan dengan penyelidikan

PSH dan pendidikan tinggi dan menilai beberapa kajian terdahulu yang berkaitan dengan

kajian ini.

2.1. Konsep pembelajaran

Pembelajaran boleh di angap sebagai satu proses perolehan maklumat dan pengetahuan,

penguasaan kemahiran dan tabiat, serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses

pembelajaran berlaku sepanjang hayat bermula dari individu dilahirkan sehingga ke

penghujung nafasnya. Pembelajaran bukan hanya sekadar penguasaan pengetahuan

kemahiran semata-mata, tetapi perkembangan emosi, sikap, nilai estetika dan kesenian

serta ciri dalaman individu. Pembelajaran membawa perubahan pada diri seseorang, sama

ada perubahan ke arah kebaikan ataupun keburukan.

2.2. Definisi Pembelajaran

Terdapat beberapa tafsiran yang diberikan oleh ahli-ahli psikologi pendidikan mengenai

pengertian pembelajaran mengikut fahaman psikologi masing-masing. Dibawah adalah

definisi-definisi pembelajaran mengikut beberapa orang ahli psikologi pendidikan.

Menurut Robert M Gagne dalam The Conditions of Learning (1985) menyatakan,

pembelajaran merupakan perubahan atau kemampuan seseorang yang dapat dikekalkan

tetapi tidak disebabkan oleh tumbesaran. Perubahan yang dipanggil pembelajaran

ditunjukkan melalui perubahan tingkah laku. Ia dapat dilakukan dengan membandingkan

(2)

2

tingkah lakunya selepas didedahkan dengan situasi pembelajaran. Menurut Morgan dan

King dalam Introduction to Psychology (1975), pembelajaran ditakrifkan sebagai

sebarang perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat pengalaman yang diperolehi

oleh seseorang atau akibat latihan yang dijalaninya. Manakala E.R. Hilgard, R.C.

Atkinson dan R.L. Atkinson dalam Introduction to Psychology, 1975 menyatakan

pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang kekal hasil dari pengalaman.

Perubahan ini mungkin tidak jelas sehingga timbul suatu situasi yang menonjolkan

tingkah laku baharu kerana kebiasaannya pembelajaran tidak diperlihatkan dengan

serta-merta melalui pencapaian.

Sementara itu Henry Clay Lindgren dan Donn Byrne dalam Psychology: An

Introduction to a Behavioral Science (1976) menyatakan perkataan pembelajaran

melambangkan konsep atau idea bagi menerangkan perubahan tingkah laku yang

diperlihatkan oleh seseorang. Morris L. Bigge dalam Learning Theories for Teachers,

1982 menyatakan, pembelajaran merujuk kepada beberapa perubahan sistematik dalam

tingkah laku atau penyusunan tingkah laku yang berlaku hasil dari pengalaman dalam

situasi yang tertentu. Kelvin Seifert dalam Educational Psychology, 1983 menerangkan

pembelajaran merangkumi perubahan tingkah laku yang agak kekal disebabkan oleh

pengalaman tertentu atau ulangan pengalaman. Anita E. Woolfolk dalam Educational

Psychology (1995) menerangkan bahawa pembelajaran adalah proses di mana

pengalaman menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku yang kekal .

Manakala menurut Kamus Dewan (2008), pembelajaran adalah proses belajar untuk

memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan kemahiran.

Dari itu dapatlah disimpulkan bahawa walaupun terdapat perbezaan pengertian

pembelajaran antara ahli psikologi pendidikan, namun terdapat persamaan di antara

huraian ini. Kesemua definisi ini memberi penekanan kepada perubahan tingkah laku

yang agak kekal, akibat dari perubahan dalaman dan pengalaman, tetapi bukan

semata-mata disebabkan oleh pertumbuhan atau kesemata-matangan, ataupun disebabkan oleh kesan

sementara seperti ubat atau penyakit. Prinsip pembelajaran ialah suatu garis panduan

mengenai bagaimana pembelajaran berlaku dan faktor-faktor sekeliling yang

mempengaruhi pembelajaran. Dengan itu pendidik boleh merancang dengan lebih

(3)

3 2.3. Konsep PSH

Konsep PSH adalah sangat luas dan pelbagai. Jika dilihat dari pandangan antarabangsa,

Suruhanjaya Eropah mentakrifkan PSH sebagai segala aktiviti pembelajaran yang

dilakukan sepanjang hidup, dengan tujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan

kompetensi, dalam aspek yang berkait dengan peribadi, sosial atau pekerjaan. Konsep

PSH di Eropah mula dipopularkan sekitar era 60an-70an melalui United Nations

Educational Scientific and Cultural Organization (UNESCO) yang memperkenalkan

PSH sebagai cara menghubungkan pelbagai peringkat pendidikan formal, dengan

pembelajaran non-formal dan tidak formal (Faure,et.al.,1972). UNESCO turut

menyarankan ahli-ahlinya membangunkan kerangka polisi untuk pembelajaran orang

dewasa dan PSH yang akan menyumbang kepada kemampuan individu serta Negara

dalam mengharungi cabaran ekonomi global, budaya dan pembangunan sosial

(UNESCO, 1976). Karsono Ahmad Darsuki (1993) menyatakan konsep PSH mempunyai

tiga komponen iaitu pendidikan tidak formal, pendidikan non-formal, dan pendidikan

formal. Menurut Jarvis (1995), PSH bermaksud proses melengkapkan personalitali,

sosial, dan pembangunan profesional sepanjang hayat individu yang bertujuan untuk

meninggikan kualiti individu dan masyarakat sekelilingnya. Pengertian PSH yang lebih

menyeluruh telah ditakrifkan oleh Longworth dan Davies (1996) sebagai pembangunan

potensi manusia melalui proses sokongan secara berterusan yang merangsang dan

memperkasakan individu untuk memperoleh segala pengetahuan, nilai, kemahiran dan

pemahaman yang diperlukan sepanjang hidup mereka dan menggunakannya dengan

yakin, kreatif dan penuh keseronokan dalam semua peranan, keadaan dan persekitaran.

Walaupun dilihat dalam era 70-an dan 80-an istilah PSH ini agak dilupakan

namun dalam era 90-an, jika dilihat dari sudut polisi antarabangsa, PSH boleh dikatakan

sebagai payung yang menaungi istilah sebelum ini yang dikenali sebagai pendidikan

berterusan, pendidikan berulang, pendidikan popular, pendidikan dewasa atau pendidikan

dan latihan lepasan awal (Hodgson, 2000). Kesatuan eropah telah mengistiharkan bahawa

tahun 1996 sebagai tahun PSH yang mana pada Mesyuarat menteri-menteri pendidikan

yang di anjurkan oleh The Organization for Economic Cooperation and Development

(4)

4

penubuhannya dan ini terbukti melalui mesyuarat mereka pada bulan Jun 1999 yang berlangsung di Cologne, telah memutuskan untuk mempromosi “mass education” ke seluruh dunia dengan membawa konsep 'latihan semula sepanjang hayat' sebagai

keutamaan.

Menurut Knapper dan Cropley (2000) pula, PSH merupakan satu kaedah untuk

memenuhi perubahan di tempat kerja dan meneruskan pendidikan di sekolah dan juga

universiti berdasarkan organisasi kerja. Menurut Kallen (2002) konsep utama serta garis

panduan polisi untuk PSH yang diketengahkan oleh Kesatuan Eropah, UNESCO dan

OECD adalah bermula dari tahun 1960-an dan beliau turut mengenalpasti bahawa sejarah

PSH adalah dipengaruhi oleh ketiga-tiga organisasi ini. Beliau menyatakan bahawa setiap

dari organisasi ini mempunyai agenda mereka sendiri dan konsep serta paradigma yang

diketengahkan menunjukkaan ciri-ciri organisasi ini. Namun begitu ketiga-tiga organisasi

ini bersetuju bahawa pendidikan awal dan latihan harus disusuli dengan peluang PSH

yang boleh di ikuti oleh semua rakyat, tanpa mengira status sosial atau ekonomi mereka

mahupun syarat jantina atau umur.

OECD mentakrifkan PSH sebagai semua jenis aktiviti pembelajaran tanpa

mengira had umur. Menurut Nordstrom (2006), nilai-nilai teras PSH adalah meneroka

dan dahagakan ilmu, digabungkan dengan faedah untuk minda, badan dan semangat

menjadikan ia satu alat yang sangat penting dalam proses peningkatan dan transformasi

peribadi. Selanjutnya beliau pada tahun 2008 menyarankan bahawa terdapat sepuluh

kelebihan PSH iaitu:

1. PSH membantu membangunkan sepenuhnya kebolehan semula jadi,

2. PSH membuka fikiran,

3. PSH mencipta perasaan ingin tahu kerana minda sering laparkan ilmu,

4. PSH meningkatkan kebijaksanaan,

5. PSH menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik,

6. PSH membantu menyesuaikan diri dengan perubahan,

7. PSH membantu kita mencari makna dalam kehidupan,

8. PSH membantu kita sebagai penyumbang yang aktif kepada masyarakat,

9. PSH membantu kita membuat kawan baru dan mewujudkan hubungan yang

(5)

5

10.PSH membawa kepada kehidupan yang berharga dengan memenuhi keperluan

diri.

Menurut Lawrence Arokiasamy dan Ong Seng Fook (2008), PSH adalah konsep

yang lebih menyeluruh yang termasuk pembelajaran tidak formal, tidak disengajakan dan

secara kebetulan. Menurut Cheesman, Simpsom dan Wint (2008), dari kajian yang telah

mereka jalankan didapati bahawa Negara dan firma masa kini telah melihat universiti

sebagai institusi yang dapat membantu di dalam pembangunan yang lebih berinovasi.

Peningkatan teknologi yang pantas dan perubahan alam pekerjaan yang dinamik

mendesak Negara dan firma untuk terus-menerus meningkatkan keupayaan modal insan

iaitu kemahiran dan pengetahuan khususnya melalui PSH. Menurut Albert (2009), PSH

merupakan satu proses pembelajaran seseorang secara berterusan sama ada bagi tujuan

meningkat kemahiran atau membangunkan kerjaya dalam sesuatu bidang pekerjaan pada

masa sekarang, mahupun pada masa akan datang. Di Korea, PSH merujuk kepada segala

bentuk aktiviti pendidikan terancang yang berlaku di luar sekolah di mana kumpulan

sasaran utama adalah orang dewasa (Asil Esaam Ghebllawi et al., 2011). Menurut Sapiah

et al. (2013), PSH merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi

program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal

atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja bagi memenuhi

keperluan individu dan guna tenaga disamping mewujudkan masyarakat yang aktif dan

mempunyai tahap sosial yang sama.

European Society of Association Executives (ESAE) menekankan konsep yang

terangkum di dalam PSH adalah pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi

yang berterusan bermula dari peringkat pendidikan formal sehinggalah peringkat

selepasnya, yang mana peningkatan ini berupaya membawa kepada perubahan sikap dan

tingkahlaku yang lebih baik, seterusnya meningkatkan potensi dan keupayaan individu

untuk menyumbang kepada pembangunan diri, masyarakat, dan negara.

PSH dari segi konsep merangkumi pengertian yang begitu luas. Konsep ini

merujuk kepada proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program

meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompentensi sama ada secara formal di

sekolah, pusat latihan vokasional, atau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan

(6)

6

konsep PSH adalah untuk mempromosikan kemahiran dan kempetensi yang diperlukan

bagi tujuan meningkatkan keupayaan dan prestasi dalam pekerjaan. Melalui konsep ini,

PSH akan dapat melahirkan guna tenaga yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi

yang akan menyumbang kepada ekonomi yang lebih maju dan kompetitif.

Di Malaysia PSH menjadi "tonggak ketiga" untuk menggerakkan pembangunan

modal insan di negara ini selepas sistem sekolah dan pendidikan tertiari. Oleh itu, definisi

PSH berdasarkan Pelan Induk Pembudayaan PSH, ialah pembelajaran yang disertai oleh

mereka yang berumur 15 hingga 64 tahun ke atas kecuali pelajar profesional. Pelajar

profesional adalah mereka yang mengikuti kursus sepenuh masa di sekolah, kolej atau

universiti dengan tujuan untuk memperoleh kelayakan akademik atau kemahiran. Ia

berdasarkan kepada umur produktif penduduk Malaysia yang berumur 15 tahun dan ke

atas yang masih mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Oleh itu, konsep PSH diterima pakai oleh semua negara atau kawasan serantau,

iaitu pembelajaran untuk semua tanpa mengira had umur, latar belakang atau kaedah

pembelajaran. Ia seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.

Sejajar dengan Lonjakan Ketiga, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025 (Pendidikan Tinggi), (PPPM (PT) 2015-2025, yang telah dilancarkan pada 7 April 2015, Malaysia seharusnya mempunyai modal insan yang holistik yang mampu untuk

menghadapi cabaran dan tuntutan semasa. Kementerian berhasrat untuk membudayakan

PSH dalam kalangan masyarakat supaya ia menjadi sebati dalam budaya dan gaya hidup

rakyat Malaysia menjelang 2025. Hasrat ini akan tercapai menerusi pemantapan

ekosistem PSH yang berkualiti tinggi, terselaras, harmoni dan diiktiraf, dalam kalangan

komuniti pendukung PSH.

Justeru itu, strategi dan inisiatif dalam Lonjakan tersebut telah disusun dengan

teliti merentas 3 fasa dan memastikan setiap fasa yang berturutan dapat meneruskan asas

yang dibina sebelumnya serta selari dengan strategi PSH yang terkandung dalam Pelan

(7)

7

Rajah 5. Konsep PSH (Amalan Antarabangsa dan KPT)

2.4. PSH dalam pendidikan tinggi di Malaysia

2.4.1. Pendidikan Tinggi Malaysia

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berperanan penting dalam mewujudkan ekosistem

pengajian tinggi yang terbaik di universiti awam (UA), institusi pengajian tinggi swasta

(IPTS), politeknik dan juga kolej komuniti. Semua institusi ini merupakan komponen

utama ekosistem pendidikan dan latihan negara yang menjana para pemikir, ilmuwan,

sarjana, tenaga kerja mahir dan separa mahir sesuai dengan peranan masing-masing.

Bersesuaian dengan matlamat ini, KPT mempunyai tiga (3) buah jabatan bagi

pengurusan institusi pengajian tinggi, iaitu: Konsep PSH

 Sistem permintaan dan penawaran peluang pembelajaran

 merangkumi seluruh kitaran hayat

 pendidikan formal, tidak formal & non formal  berpusatkan pelajar

 memenuhi keperluan pelajar  motivasi untuk belajar

 belajar sendiri dengan kemampuan/ fasa sendiri  kepelbagaian matlamat dasar pembelajaran  untuk pendidikan, pembangunan peribadi,

(8)

8

i. Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) yang akan menguruskan UA dan IPTS;

ii. Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) yang akan menguruskan politeknik; dan

iii. Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) yang akan menguruskan kolej

komuniti

Usaha untuk mencapai matlamat ini turut disokong oleh agensi yang berperanan

penting dalam pengajian tinggi, iaitu:

i. Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Agency (MQA))

merupakan badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan

akreditasi pendidikan tinggi negara; dan

ii. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan badan

yang mengurus pembiayaan untuk tujuan pendidikan tinggi.

i. Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT)

Pembangunan pendidikan tinggi di Malaysia boleh diklasifikasikan kepada tiga

tahap Lee (2004). Tahap pertama adalah penubuhan universiti semasa pemerintahan

British. Sementara tahap kedua pada era 1970-an dan 1980-an yang bermatlamat untuk

mengurangkan jurang penguasaan ekonomi antara kaum melalui strategi pendidikan dan

tahap ketiga pada tahun 1990-an semasa terbentuknya polisi liberalisasi yang membawa

kepada penubuhan lebih banyak institut pengajian tinggi untuk memenuhi permintaan

terhadap pendidikan tinggi yang semakin meningkat.

Tahap I - 1960-an

 Penubuhan universiti pertama di Tanah Melayu pada tahun 1949 iaitu Universiti Malaya (UM) merupakan hasil gabungan dua buah kolej (King Edward VII

College of Medicine & Raffles College).

 Kampus Universiti Malaya dibuka di Kuala Lumpur pada tahun 1959 dan ditubuhkan sebagai Universiti Malaya di Kuala Lumpur dengan identiti

tersendiri pada tahun 1962 manakala Universiti Malaya di Singapura menjadi

(9)

9

 Penubuhan universiti berteraskan sains pertama di Pulau Pinang pada 1969 dan ditubuhkan dengan nama Universiti Sains Malaysia.

Tahap II - 1970-an dan 1980-an

 Kemunculan lebih banyak universiti awam untuk mengatasi ketidakseimbangan pendidikan di antara kaum selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971)

diperkenalkan dan membuka peluang yang lebih luas untuk semua kaum

mendapatkan pendidikan tinggi

 Bidang sains dan teknologi semakin diberi perhatian dan Universiti-universiti berikut telah ditubuhkan:

- Universiti Kebangsaan Malaysia (1970)

- Universiti Putra Malaysia (1971)

- Universiti Teknologi Malaysia (1975)

- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1983)

- Universiti Utara Malaysia (1984)

Tahap III - 1990-an dan kini

Liberalisasi Pendidikan Tinggi

 Polisi liberalisasi membawa kepada peningkatan pesat universiti dan kolej swasta untuk memenuhi permintaan pendidikan tinggi disebabkan dua faktor

iaitu:

o Pendemokrasian Pendidikan Tinggi

o Perkembangan pesat penswastaan pendidikan tinggi dan pengkorporatan

universiti awam

 Penubuhan 5 universiti awam, 5 kolej universiti, 9 universiti swasta dan 5 cawangan universiti asing.

 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menawarkan program berkembar, program pemindahan kredit, program ijazah luar dan program pembelajaran jarak jauh

untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap pendidikan

tinggi (Sarjit & Shakila, 2010).

 Kini terdapat 21 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), 24 universiti swasta, 9 Kampus universiti antarabangsa, 27 kolej universiti serta 320 Kolej Swasta

(10)

10

Pembangunan pendidikan tinggi di Malaysia bermula apabila KPT berhasrat

untuk mentransformasi dan memartabatkan sistem pendidikan tinggi negara sebagai hab

kecemerlangan pendidikan tinggi antarabangsa. Pelan transformasi ini berasaskan kepada

lima tonggak utama institusi yang meliputi tadbir urus, kepimpinan, akademia,

pengajaran dan pembelajaran dan penyelidikan dan pembangunan serta lima program

agenda kritikal iaitu Universiti APEX, My Brain 15, PSH, Audit Prestasi Akademik dan

Skim Latihan Graduan. Tonggak ini bertujuan untuk meningkatkan daya saing IPT

Malaysia supaya mampu bersaing dengan IPT negara lain yang ternama dan berupaya

membantu graduan memenuhi kehendak industri (Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia 2007). Pelaksanaan pelan tindakan ini merangkumi empat fasa. Tiga fasa

pertama sehingga tahun 2020 bertujuan untuk mencapai kecemerlangan melalui

pencapaian objektif, strategi dan pelan tindakan yang digariskan. Sementara fasa keempat

melangkaui tahun 2020 yang bertujuan untuk mencapai kegemilangan dan kelestarian

pengajian tinggi supaya IPT Malaysia dapat bersaing dan berdaya tahan pada peringkat

global (Rajah 6).

Perancangan dan pelaksanaan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN)

menunjukkan peranan universiti kini telah berubah. Universiti bukan lagi dilihat sebagai

gedung ilmu semata-mata, sebaliknya universiti dilihat sebagai satu mekanisme penting

untuk melonjakkan negara ke arah status negara lebih maju. Bagi merealisasikan hasrat

negara untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, peranan universiti

adalah sangat penting dalam menghasilkan modal insan dengan minda kelas pertama

yang berupaya untuk melonjakkan prestasi ekonomi negara supaya berada pada tahap

yang membanggakan (Rajah 7).

Perkembangan pesat IPT di Malaysia dapat dilihat berdasarkan peningkatan ketara

kadar enrolmen pelajar di IPT. Pada awal penubuhan IPT yang pertama di Malaysia iaitu

UM (1962), hanya 2,835 orang sahaja pelajar di IPT tersebut pada tahun 1965. Namun,

sehingga tahun 2016, jumlahnya meningkat menjadi 26,176 orang pelajar (Statistik

Pendidikan Tinggi 2016: Kementerian Pendidikan Tinggi). Keadaan yang sama juga

ditunjukkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) utama yang lain iaitu

Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan

(11)

11

seramai 271 orang, 169 orang dan 585 orang pada tahun 1970. Kemudiannya jumlah ini

meningkat berkali-kali ganda pada tahun 2016 dengan masing-masing mencatatkan

bilangan pelajar seramai 29,518 orang, 31,464 orang dan 29,833 orang. Sementara UTM

yang ditubuhkan pada tahun 1975 mencatatkan bilangan pelajar sebanyak 2,263 orang

pada tahun 1975 dan meningkat kepada 29,967 orang pada tahun 2016. Sehingga tahun

2016, jumlah keseluruhan enrolmen pelajar di 20 buah IPTA di Malaysia adalah seramai

532,049 orang. Sementara enrolmen pelajar IPTS secara keseluruhannya adalah seramai

595,347 orang pada tahun 2016 dengan bilangan pelajar untuk kategori IPTS bertaraf

universiti seramai 354,673 orang, IPTS bertaraf universiti (cawangan luar negara) seramai

69,960 orang, IPTS bertaraf kolej universiti seramai 18,953 orang dan IPTS bertaraf kolej

seramai 151,761 orang (Perangkaan Pendidikan Negara : Kementerian Pendidikan Tinggi

2016).

ii. Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP)

Politeknik merupakan salah satu daripada saluran utama penjanaan modal insan,

yang dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan Rancangan Malaysia Ke10

(RMKe-10) bagi melahirkan generasi muda yang berpendidikan, berkemahiran, kreatif, inovatif,

bersikap progresif dan berfikiran kritis.

Transformasi Politeknik yang selaras dengan PSPTN serta NKRA iaitu sistem

berlandaskan pendidikan dan latihan teknik dan vokasional, berupaya menjadikan

politeknik sebagai salah satu laluan untuk melahirkan modal insan berkemahiran tinggi

dan berkualiti yang mencukupi bagi menjayakan ekonomi baharu yang berlandaskan

inovasi dan kreativiti. Pengkomersilan hasil penyelidikan dengan mewujudkan kolaborasi

antara politeknik dan industri boleh mempertingkat dan mempercepatkan kadar

perpindahan teknologi sekaligus membantu proses inovasi di peringkat industri.

Keyakinan ini bakal menarik minat industri untuk melabur dengan politeknik. Ini boleh

(12)

12

Rajah 6: Fasa Pelaksanaan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN)

Sumber: Portal Rasmi PSH, KPT (http://www.mohe.gov.my/portalpsh/)

Rajah 7: Sasaran Keberhasilan PSPTN

Sumber: Portal Rasmi PSH, KPT (http://www.mohe.gov.my/portalpsh/) Peletakan Asas

2 IPT berada dalam senarai 50 terbaik dunia

per 10,000 tenaga kerja 60,000 pemegang PhD

(13)

13

Politeknik bertanggungjawab membekalkan bakat kepada ekonomi negara dan

bukannya pekerja semata-mata dalam usaha menjana ekonomi berpendapatan tinggi,

pembangunan yang mampan dan bersifat keterangkuman. Selain itu, kurikulum yang

menggabungkan di antara keusahawanan dan pendidikan juga dilihat dapat melahirkan

modal insan yang tepat dalam usaha membangunkan masyarakat masa hadapan. Bagi

membolehkan politeknik memainkan perananya di dalam PSH, politeknik akan diberi

pengiktirafan oleh Kementerian Sumber Manusia sebagai pusat latihan. Selain itu

politeknik dicadangkan agar membangunkan METRO Politekniknya sendiri bagi

memenuhi keperluan masyarakat setempat.

iii. Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK)

Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan institusi yang

menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat. Ia juga memberi

peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau

melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.

Sebanyak 10 buah Kolej Komuniti rintis mula beroperasi pada pertengahan Jun

2001, dua buah lagi pada bulan Disember 2001 dan dua lagi kolej baru pada bulan Januari

2008 menjadikan jumlah keseluruhan kolej komuniti adalah sebanyak 94 telah beroperasi

di seluruh negara sehingga Disember 2017. Pertambahan jumlah Kolej komuniti ini

adalah selari dengan objektif yang telah digariskan iaitu:-

Menyediakan pendidikan yang berkualiti, berteknologi tinggi dan holistik dengan:

 Menyediakan pendidikan dan latihan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat

 Menganjur dan menyediakan PSH untuk menjadikan komuniti berpengetahuan (k-community)

 Menganjur dan menyediakan latihan peningkatan kemahiran (up-skilling), latihan pemantapan kemahiran (re-skilling), dan latihan sangkutan (attachment training)

(14)

14

 Mewujud dan menganjurkan rangkaian strategik dan pakatan strategik dengan komuniti setempat dan pemegang taruh (stakeholder)

 Menyediakan kemudahan, perkhidmatan dan sistem pembelajaran yang kondusif dan berkualiti

Pada 15 September 2009, Sektor Pengurusan Kolej Komuniti telah dinaik taraf ke

Jabatan Pengajian Kolej Komuniti dan diketuai oleh seoarang Ketua Pengarah. Tiga

bahagian yang baru telah diwujudkan iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian

Pembangunan Dasar dan Ko-kurikulum dan Bahagian Hubungan Industri, Pengesanan

Graduan dan Alumni.

Bagi membolehkan Kolej Komuniti memasuki arena PSH, perkara-perkara

berikut harus dilihat kembali sebagai satu proses penambahbaikan.

i. Menguatkan semula program-program sedia ada.

ii. Menawarkan program-program yang berkaitan dengan keperluan masyarakat

setempat.

iii. Membantu golongan-golongan yang tidak bernasib baik di dalam masyarakat

setempat seperti golongan yang tidak mampu, golongan istimewa dan warga tua.

iv. Membangunkan satu sistem data bagi mengumpulkan maklumat program di

komuniti tersebut bagi tujuan memenuhi keperluan ii di atas.

iv. Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Agency (MQA)) merupakan

badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan

tinggi Negara

Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah

ditubuhkan pada 1 November 2007. Penubuhan MQA adalah hasil dari penggabungan

Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian

Pengajian Tinggi yang menjadi sebuah entiti baru yang bertanggungjawab ke atas

(15)

15

Peranan utama MQA adalah untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia

(Malaysian Qualifications Framework, MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti

pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan. MQA

berperanan sebagai badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan

akreditasi pendidikan tinggi negara melalui Kod Amalan Program Akreditasi (COPPA)

dan Kod Amalan Audit Institusi (COPIA). Selain itu, badan ini juga berperanan untuk

membangunkan kriteria dan standard sebagai rujukan kebangsaan bagi penganugerahan

kelayakan dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan. MQA juga

bertanggungjawab untuk menjaga kualiti institusi-institusi pengajian tinggi dan

program-program serta memberi perakuan akreditasi kepada program-program yang

memenuhi kriteria dan standard yang ditetapkan dan bertindak sebagai pemudah cara

pengiktirafan dan penyetaraan kelayakan. MQA juga mengendalikan Daftar Kelayakan

Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR).

v. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) - badan yang mengurus

pembiayaan untuk tujuan pendidikan tinggi.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di

bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula

berkuatkuasa pada 1 Julai 1997 dan beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan

Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.

Peranan utama PTPTN adalah menguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi

dan mengutip bayaran balik pinjaman serta menyediakan skim simpanan dan mengurus

deposit untuk tujuan pendidikan tinggi.

2.4.2. PSH di Malaysia

Dari segi konsepnya PSH, merangkumi pengertian yang begitu luas. Konsep ini

merujuk kepada proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program

meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompentensi sama ada secara formal di

sekolah, pusat latihan vokesional, atau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan

latihan di tempat kerja. Dalam konteks penyampaian PSH, institusi pendidikan tinggi

(16)

16

utama dalam membuka peluang kepada pelajar-pelajar dan pekerja-pekerja untuk

menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025 (Pendidikan Tinggi),

[PPPM 2015-2025 (PT)], telah dilancarkan pada 7 April 2015, menyarankan Malaysia

seharusnya mempunyai modal insan holistik yang mampu untuk menghadapi cabaran dan

tuntutan semasa. Melalui lonjakan ini, kementerian berhasrat untuk membudayakan PSH

dalam kalangan masyarakat supaya ia menjadi sebati dalam budaya dan gaya hidup rakyat

Malaysia menjelang 2025. Hasrat ini akan tercapai menerusi pemantapan ekosistem PSH

yang berkualiti tinggi, terselaras, harmoni dan diiktiraf, dalam kalangan komuniti

pendukung PSH.

PSH menjadi "tonggak ketiga" untuk menggerakkan pembangunan modal insan di

negara ini selepas sistem sekolah dan pendidikan tertiari. Oleh itu, definisi PSH

berdasarkan Pelan Induk Pembudayaan PSH, ialah “pembelajaran yang disertai oleh mereka yang berumur 15 hingga 64 tahun ke atas kecuali pelajar profesional”. Ia berdasarkan kepada umur produktif penduduk Malaysia yang berumur 15 tahun dan ke

atas yang masih mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Dengan

penduduk yang berkembang dan kumpulan umur bekerja (15-64) tahun, terdapat

keperluan kritikal untuk lebih banyak peluang pekerjaan dan latihan. Adalah

dianggarkan bahawa pelajar yang mengikuti PSH di Malaysia akan mencecah 20.6 juta

pada tahun 2020, dan akan melibatkan 50 peratus daripada jumlah penduduk di negara

ini.

Menurut Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara Fasa 2 (2011-2015), Malaysia

memerlukan 680,000 orang pekerja mahir pada peringkat diploma menjelang tahun 2020

meliputi 580,000 orang dengan kelayakan diploma TVET dan 100,000 orang daripada

diploma akademik. Tambahan daripada itu, unjuran peningkatan enrolmen yang lebih

besar bagi pengajian pada peringkat sijil dan diploma berbanding dengan ijazah pertama

adalah untuk memperoleh nisbah antara kedua-duanya pada kadar 2:1 iaitu bagi tujuan

menyokong matlamat kerajaan menambah bilangan pekerja separa mahir atau separa

profesional atas pertimbangan kebolehpasaran serta keperluan negara dan menggalakkan

(17)

17

PSH menyediakan peluang kepada individu yang bekerja dan mereka yang

sebelum ini tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Ini memberikan "peluang kedua" bagi meningkatkan tahap pendidikan mereka. Ia adalah

satu proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi pemerolehan pengetahuan,

kemahiran dan kecekapan melalui program rasmi atau tidak rasmi yang menyediakan

pengalaman hands on dan latihan di tempat kerja.

Justeru itu, PSH merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan yang

merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada

secara formal atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan. PSH juga boleh

ditakrifkan sebagai pembangunan potensi manusia melalui proses sokongan secara

berterusan yang merangsang dan memperkasakan individu untuk memperoleh segala

pengetahuan, nilai, kemahiran dan pemahaman yang diperlukan sepanjang hidup mereka

dan menggunakannya dengan yakin, kreatif dan penuh keseronokan dalam semua

peranan, keadaan dan persekitaran. (Longworth dan Davies 1996). Daya saing global dan

kepelbagaian keperluan telah mendesak individu supaya sentiasa memperbaharui

pengetahuan dan kemahiran mereka. Hal ini juga dituntut oleh majikan dan industri bagi

meningkatkan produktiviti. Pada masa yang sama, sejajar dengan pembangunan

sosioekonomi negara, individu semakin sedar dan menghayati keperluan untuk pengayaan

ilmu dan kemahiran demi kemajuan dan kepuasan diri.

Bagi merealisasikan hasrat ini, Pembekal PSH yang terdiri daripada

Kementerian/Agensi/Jabatan/Institusi telah merancang dan menyediakan pelbagai

program dan latihan kepada masyarakat setempat dengan pelbagai aktiviti pembelajaran

yang boleh diikuti oleh semua peringkat umur tanpa mengira jantina, kaum dan anutan

agama. Program/Kursus-kursus yang ditawarkan juga bersesuaian dengan kehendak

semasa selaras dengan aspek pembangunan modal insan untuk mewujudkan masyarakat

yang berdaya saing selain dari meningkatkan taraf ekonomi masyarakat setempat. Tenaga

pengajar yang mahir dalam bidang masing-masing diketengahkan dalam kursus-kursus

yang dianjurkan oleh pihak yang terlibat agar dapat memberi ilmu serta khidmat terbaik

kepada seluruh masyarakat.

Dunia globalisasi yang sentiasa berubah akan terus memberi impak dan cabaran

(18)

18

mengatasi cabaran globalisasi ini, Malaysia perlu mengatur strategi serta mengambil

langkah proaktif untuk mengupayakan warganya berdaya saing dan terus maju melalui

pencapaian modal insan yang berkualiti, berkemahiran dan berpengetahuan tinggi. Justeru

itu, Negara telah menggubal satu rangka kerja dalam bentuk Model Ekonomi Baru

(MEB), di mana matlamatnya dinyatakan dalam tiga dimensi, iaitu berpendapatan tinggi,

keterangkuman dan kemampanan. Susulan daripada itu, kerajaan telah membangunkan

Program Transformasi Ekonomi Kerajaan (ETP) untuk memacu Malaysia ke arah negara

melahirkan masyarakat yang maju. Program Transformasi tersebut memerlukan bakat

berpendidikan tinggi dengan anggaran keperluan sebanyak 3.3 juta pekerjaan baharu

menjelang 2020 dengan 1.3 juta pekerjaan berada dalam kategori kerja berkemahiran

sederhana dan tinggi.

Sebagaimana yang ditunjukkan oleh banyak negara yang berjaya mencapai status

negara maju, pembangunan modal insan memainkan peranan penting dalam proses

tersebut. Menyedari hakikat ini, negara memberikan penekanan yang cukup besar kepada

aspek latihan dan pendidikan rakyatnya. Buktinya, peruntukan yang besar jumlahnya

disalurkan kepada sektor pendidikan dan latihan dalam bajet tahunan negara pada setiap

tahun.

Pembangunan modal insan berhubung kait dengan usaha meluaskan kepelbagaian

pilihan yang ada pada manusia untuk menjalani kehidupan yang mereka hargai. Faktor

penting untuk meluaskan pilihan ini adalah pembinaan keupayaan manusia, kepelbagaian

perkara yang dapat dilakukan atau hendak dicapai dalam hidup. Keupayaan paling asas

bagi pembangunan modal insan adalah menjalani kehidupan yang sihat, berpengetahuan

luas, berpeluang mendapatkan sumber yang diperlukan untuk menikmati taraf hidup yang

sempurna dan dapat melibatkan diri dalam kehidupan komuniti. Tanpa keupayaan ini,

banyak pilihan dan peluang dalam kehidupan tidak akan wujud. Justeru itu, PSH

memberikan pilihan yang lebih luas, bagi meningkatkan kualiti hidup. Dalam hubungan

ini, PSH pastinya merupakan agenda yang sangat penting dalam pembangunan negara

kita.

Dalam usaha mencapai wawasan 2020, PSH dijadikan sebagai agenda penting

dalam mencapai pembangunan modal insan negara, bersama-sama dengan sistem

(19)

19

lebih luas untuk meningkatkan kemahiran asas serta menawarkan peluang pembelajaran

pada tahap lebih tinggi.

2.4.3. Perkembangan terkini PSH di Malaysia

Pelan Induk Pembudayaan PSH 2011-2020 telah dilancarkan oleh Perdana

Menteri Malaysia pada November 2011. Pelan Induk ini menjelaskan aktiviti dan

program yang akan dilaksanakan untuk pembudayaan PSH di negara ini. Pembudayaan

adalah satu proses yang mengajar individu norma-norma budaya dan nilai-nilai

masyarakat di terima di tempat tinggal. Ia memberi petunjuk kepada individu tentang

peranan mereka dalam masyarakat dan tingkah laku yang diterima dalam masyarakat

tersebut. Dalam konteks ini, Pembudayaan PSH dilaksanakan untuk mempengaruhi

individu menerima PSH sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka.

Di Malaysia pembudayaan PSH adalah berpandukan kepada inisiatif PSH yang

telah dibangunkan berdasarkan strategi PSH yang terkandung dalam Pelan Induk

Pembudayaan PSH dan dimangkinkan lagi dalam Lonjakan Ketiga PPPM (PT)

2015-2025. Tiga strategi tersebut adalah: Strategi A: Penjenamaan semula PSH, Strategi B:

Pembudayaan PSH sebagai gaya hidup, dan Strategi C: Meningkatkan kualiti program

PSH.

Tiga strategi tersebut akan terus dilaksanakan menjelang tahun 2025 dan menjadi

asas bagi pelan tindakan. selain itu inisiatif untuk melaksanakan pembudayaan PSH di

Malaysia turut diterapkan iaitu meningkatkan aktiviti promosi, mengukuhkan prasarana

untuk menggalakkan PSH, membangunkan dan mengukuhkan program inovatif,

memperluas peruntukan berasaskan hasil, penjajaran PSH dengan keperluan akreditasi

dan menghasilkan rangka kerja yang jelas untuk mengiktiraf pembelajaran terdahulu.

Dalam membangunkan inisiatif, aktiviti dan program PSH, prinsip-prinsip berikut

perlu dijadikan panduan iaitu PSH didasarkan pada pendekatan pembelajaran formal,

tidak formal dan non formal, PSH mengupaya pembangunan kendiri dan PSH

(20)

20 i. Pembelajaran Formal

Merangkumi kursus formal separa masa dan juga kursus formal sepenuh

masa bagi orang dewasa yang tidak mempunyai kelayakan formal tetapi

pengalaman yang luas dan mendalam dalam sesuatu bidang untuk mengikuti

program yang menjurus kepada kelayakan ikhtisas di peringkat Diploma, Sarjana

Muda, Sarjana ataupun Kedoktoran.

ii. Pembelajaran Tidak Formal

Merangkumi kursus kemahiran serta pendidikan teknikal dan vokasional

yang tidak melebihi tempoh enam bulan secara sepenuh masa. Kursus ini adalah

bertujuan untuk peningkatan kemahiran dan pengetahuan. Kursus tersebut boleh

membawa kredit pembelajaran dan dapat dikumpulkan untuk pengiktirafan kelak

seperti Kursus Modular di Kolej Komuniti.

iii. Pembelajaran non Formal

Kursus kemahiran atau hands-on yang pendek, pada kebiasaannya dalam

tempoh lingkungan dua hari sehingga dua minggu untuk sesuatu bidang atau

kerjaya, khusus bagi orang awam yang ingin pembelajaran secara praktikal dan

memenuhi keperluannya dari aspek masa dan bidang kemahiran yang diperlukan.

Secara praktiknya, program PSH di Malaysia ditumpukan kepada 4 kluster iaitu:

i. Kluster 1: Program pengajian separa masa di peringkat sijil, diploma,

ijazah dan ijazah lanjutan termasuk e-learning. Contoh Program PJJ USM.

ii. Kluster 2: Program pengajian berbentuk teknikal dan kemahiran tidak

lebih dari 6 bulan. Contoh Sijil Modular Kebangsaan yang ditawarkan oleh

Kolej Komuniti.

iii. Kluster 3: Program pengajian untuk peningkatan ilmu dan kemahiran bagi

pembangunan diri. Contoh Kelas jahitan/ kelas masakan.

iv. Kluster 4: Program pengajian sepenuh masa di peringkat sijil, diploma,

ijazah, ijazah lanjutan bagi pelajar matang. Contoh Program Sarjana Muda

(21)

21 2.4.4. PSH dan Pembelajaran Secara Terarah

Konsep Pembelajaran Secara Terarah berasaskan ide-ide John Dewey

(1859-1952) yang menyatakan bahawa semua manusia dilahirkan dengan potensi yang tidak

terhad sama ada untuk pertumbuhan dan/ atau pembangunan diri. Dari itu beliau

menyarankan pentingnya mengiktiraf pengalaman pelajar belajar sama ada semasa

menimba atau mendapatkan ilmu pengetahuan. Pandangan ini juga membayangkan

bahawa para pendidik harus berfungsi sebagai fasilitator yang dapat mengenalpasti dan

memangkinkan pertumbuhan pelajar. Ia juga menunjukkan bahawa kehadiran seorang

guru bukannya satu-satu faktor yang menentukan pembelajaran itu terjadi. Menurut

pandangan ini Guru merupakan seorang juru tunjuk arah yang tidak akan menganggu

proses pembelajaran (Candy (1991); Wilcox (1996); Garrison (2008). Sementara itu,

Knowles (1975) mentakrifkan Pembelajaran Secara Terarah sebagai: -

"Proses di mana individu mengambil inisiatif, dengan atau tanpa orang

lain, dalam mengenalpasti keperluan pembelajaran mereka, merumuskan

matlamat pembelajaran, mengenal pasti sumber manusia dan material

untuk pembelajaran, memilih dan melaksanakan strategi pembelajaran

yang sesuai dan menilai hasil pembelajaran"

Kajian awal Pembelajaran Secara Terarah telah dikaitkan dengan kerja-kerja

Allan Tough pada tahun 1970 yang mencadangkan bahawa mengajar diri merupakan

proses semula jadi di kalangan orang dewasa (Wilcox, 1996). Kajian seterusnya oleh

Knowles (1975, 1985), berdasarkan model yang dapat dikonseptualisasikan sebagai seni

dan sains yang membantu orang dewasa untuk belajar. Istilah ini dicadangkan oleh

Malcolm Knowles pada tahun 1968 sebagai label baru untuk pembelajaran orang dewasa

yang membezakan pembelajaran orang dewasa dari pembelajaran orang pra-dewasa

(Malcolm, 1980 dan Merriam, 2001). Knowles turut mencadangkan Pembelajaran Secara

Terarah sebagai asas kontinum dengan dua hujung utama yang bertentangan. Pada satu

hujung kontinum terdapat model yang diarahkan oleh guru (pedagogi) di mana banyak

pembelajaran dikawal oleh guru, sedangkan di kontinum yang satu lagi terdapat model

yang diarahkan sendiri (andragogy) di mana pelajar mengawal semua proses

pembelajaran. Kawalan pembelajaran pelajar adalah tertumpu kepada aktiviti seperti

(22)

22

pembelajaran, perancangan, pelaksanaan dan penilaian pembelajaran (Fisher et al., 2001;

Merriam, 2001).

Brockett dan Hiemstra (1991) dan Candy (1991) telah menyediakan analisis

komprehensif, perbincangan terperinci dan rangka kerja yang berguna untuk memahami

golongan sasar. Kajian oleh Candy (1991) sebagai contoh, menyediakan rangka kerja

konseptual yang komprehensif untuk memahami Pembelajaran Secara Terarah dan

mencadangkan dua dimensi penting Pembelajaran Secara Terarah, iaitu matlamat dan

proses. Menurut Candy, komponen itu merupakan dimensi yang paling penting dalam

memahami golongan sasar berkaitan Pembelajaran Secara Terarah. Walau bagaimanapun,

Pembelajaran Secara Terarah dapat dilihat dalam konteks komponen seperti (i) kualiti

peribadi, (ii) pembelajaran di luar pengaturan pengajaran formal, dan (iii ) sebagai cara

menguruskan pembelajaran (Wilcox, 1996).

Pembelajaran Secara Terarah juga dapat difahami dari perspektif model Orientasi

Tanggungjawab Pribadi (PRO) Brockett & Hiemstra (1991), yang memandang

Pembelajaran Secara Terarah dalam konteks dua komponen utama, iaitu ciri-ciri pelajar

dan ciri-ciri proses pengajaran dan pembelajaran (lihat Rajah 8).

Rajah 8: Model Orientasi Tanggungjawab Pribadi (PRO)

Sumber: Brockett & Hiemstra (1991)

Tanggungjawab Peribadi

Pembelajaran Secara Terarah

Belajar sendiri dalam pembelajaran

Belajar sendiri

Faktor dalam konteks sosial

Ciri-ciri pelajar Ciri-ciri proses

(23)

23

Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8, pertimbangan faktor luaran (faktor

kontekstual) serta faktor dalaman (ciri-ciri personaliti) pelajar adalah penting bukan

sahaja untuk membantu pelajar mengambil peranan utamanya dalam merancang dan

menilai pembelajaran, tetapi juga tanggungjawab peribadi sebagai pelajar. Pendapat ini

turut dipersetujui oleh Caffarella dan O'Donnell (1989) dan Candy (1991).

Dari itu dapat disimpulkan pembelajaran kendiri secara terarah merupakan proses

di mana individu mengambil inisiatif dengan atau tanpa bantuan orang lain, mampu untuk

mendiagnosis keperluan pembelajaran, merumus matlamat pembelajaran, mengenal pasti

sumber manusia dan bahan untuk pembelajaran, memilih serta melaksana strategi

pembelajaran yang sesuai, dan menilai hasil pembelajaran. Pembelajaran kendiri secara

terarah adalah pembelajaran dengan keupayaan pelajar untuk:

i. menterjemah keperluan pembelajaran ke dalam pembelajaran objektif,

ii. menjadikan pensyarah sebagai fasilitator, pembantu atau perunding dan

mengambil inisiatif menggunakan sumber-sumber mereka,

iii. pelajar melihat rakan mereka sebagai sumber untuk pembelajaran,

iv. mengenal pasti sumber manusia dan bahan yang sesuai untuk pelbagai

jenis objektif pembelajaran,

v. memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran dari sumber yang

digunakan,

vi. pelajar menilai kerja dan mendapatkan maklum balas daripada orang lain

tentang kemajuan,

vii. mengesan dan menangani ciri peribadi untuk pembelajaran, dan

viii. memperbaharui motivasi untuk belajar

2.4.5. Pembelajaran Secara Terarah dalam konteks institusi PSH dan pendidikan tinggi

Dalam konteks pendidikan tinggi, majoriti sistem pendidikan pada tahun-tahun

kebelakangan ini semakin mulai mengintegrasikan model Pembelajaran Secara Terarah

ke dalam sistem pendidikan mereka. Dalam konteks ini, istilah yang berlainan yang

sinonim dengan Pembelajaran Secara Terarah seperti outonomi peribadi, belajar

tanggungjawab peribadi dan pertumbuhan peribadi telah digunakan untuk mencadangkan

kepentingan penguasaan diri dalam pembelajaran. Semakin banyak universiti telah

(24)

24

mereka. Menurut Wilcox (1996), beliau menyatakan banyak dokumen dasar dan

penulisan akademik sering menuntut keperluan untuk menggalakkan universiti supaya

menekankan betapa pentingnya melahirkan pelajar yang berorientasikan diri yang dapat

terus belajar secara bebas semasa belajar di universiti dan selepas tamat pengajian

mereka.

Candy (1991) mencadangkan adanya hubungan secara langsung di antara PSH

dan pembelajaran secara terarah, dengan alasan bahawa:

"Sedangkan Pembelajaran Secara Terarah terdiri daripada cara yang paling biasa

digunakan oleh orang dewasa untuk menambah pembelajaran formal sepanjang hidup

mereka, pra pekerjaan utama dalam PSH adalah untuk melengkapkan orang dewasa

dengan kompetensi dan kemahiran yang diperlukan untuk pembelajaran peribadi di luar

sekolah formal".

2.4.6. PSH dalam konteks institusi pengajian tinggi

PSH diamalkan secara meluas di Malaysia. Terdapat banyak pihak yang terlibat

menawarkan program PSH di peringkat formal dan tidak formal, seperti Universiti

Awam (UA), Institut Pendidikan Tinggi Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti, dan juga

empat belas kementerian lain serta agensi yang berkaitan.

UNIVERSITI AWAM (UA)

UA terlibat secara aktif dalam program-program PSH secara sambilan, kursus pendek dan

program-program pendidikan jarak jauh. Antara UA yang terlibat ialah:

a. Universiti Malaya (Pusat Pendidikan Berterusan);

b. Universiti Sains Malaysia (Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh);

c. Universiti Kebangsaan Malaysia (Pusat Pengembangan Pendidikan);

d. Universiti Putra Malaysia (Pusat Pendidikan Luar dan Institut Gerontologi);

e. Universiti Teknologi Malaysia (Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan

Berterusan);

f. Universiti Teknologi MARA (Institut Pembangunan Pendidikan);

g. Universiti Pendidikan Sultan Idris (Jabatan PSH); dan

(25)

25 i. Aspirasi:

Dalam Lifelong Learning: Information from Answers.com,

"... pada akhir abad ke-20, kebanyakan universiti utama telah

mengembangkan penawaran kredit ijazah tradisional mereka dengan

mempelbagaikan kaedah penawaran bagi pendidikan golongan dewasa,

pendidikan berterusan dan pendidikan eksekutif, ada yang untuk kredit,

dan ada yang bukan untuk kredit. Program pendidikan baharu telah

ditawarkan melalui pengabungan pelbagai mekanisme. Kepelbagaian

program-program dan operasi unik ini telah menghasilkan satu organisasi

baharu di dalam institusi tradisional sedia ada. Kaedah dan proses baharu

dalam pengajaran dan pembelajaran diwujudkan untuk memenuhi

keperluan dinamik pasaran pelajar dewasa. Pada awal abad ke-21

bermulanya era globalisasi pendidikan dengan institusi pendidikan

tempatan meneruskan usaha pengembangan operasi mereka di dalam dan

di luar negara bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin

meningkat... "

ii. PSH dikalangan Universiti Penyelidikan.

A. PSH di Universiti Teknologi Malaysia

Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan, Universiti Teknologi

Malaysia atau lebih dikenali sebagai UTMSPACE ditubuhkan pada Julai 1993 bertujuan

untuk meningkatkan bilangan tenaga kerja yang berkualiti di negara ini. Pada awal

penubuhannya, UTMSPACE menawarkan program pembangunan profesional seperti

kursus pendek, seminar, bengkel dan latihan dalaman. Berikutan permintaan yang

menggalakkan di kalangan pekerja sektor awam dan swasta terhadap program pendidikan

separuh masa, UTMSPACE mengambil inisiatif menawarkan program akademik arus

perdana secara separuh masa bermula dari tahun akademik 1995-1996. Program

Akademik separuh masa menawarkan kursus-kursus di peringkat diploma dan Diploma,

selaras dengan kursus yang ditawarkan oleh fakulti-fakulti di UTM. Untuk kemudahan

(26)

26

Seiring dengan misi untuk memberi perkhidmatan pendidikan berterusan yang

berkualiti, UTMSPACE juga menawarkan Program Diploma Eksekutif dan Program

Bahasa Inggeris. Program Diploma Eksekutif adalah disasarkan kepada warga kerja yang

ingin meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Program Bahasa Inggeris pula

bertujuan untuk membantu masyarakat yang ingin memperbaiki kemahiran

berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan mengaplikasikannya di dalam kehidupan

harian.

Selaras dengan visi UTMSPACE untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam

pendidikan berterusan, pada tahun 2010, selaras dengan pengiktirafan UTM sebagai

universiti penyelidikan, UTMSPACE telah diamanahkan untuk mengambilalih dan

menguruskan Kolej Sains dan Teknologi (KST) dan Unit Pengurusan Program Kerjasama

(UPPK) UTM. Dengan itu UTMSPACE bertanggungjawab sepenuhnya ke atas

perlaksanaan program Diploma Sepenuh Masa dan Program Diploma Kerjasama yang

dijalankan dengan kerjasama kolej swasta.

Pada 28 Januari 2011, UTMSPACE melakar sejarah tersendiri apabila telah dinaik

taraf sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan (SBMJ). Dengan perubahan status

ini, UTMSPACE kini bertindak sebagai satu cabang perniagaan UTM yang bertumpu

kepada pembangunan pendidikan sepanjang hayat. Selaras dengan misinya, UTMSPACE

berhasrat untuk menerajui pembangunan modal insan yang inovatif dan kreatif melalui

pendidikan sepanjang hayat yang berkualiti.

Seterusnya, pada tahun 2012 Pusat Pembelajaran dan Bahagian Pengurusan

UTMSPACE Kuala Lumpur yang dahulunya terletak di UTM Kuala Lumpur telah mula

beroperasi di bangunan sendiri melalui sewaan di Jalan Tun Razak. Bangunan yang

terletak secara strategik di tengah bandaraya Kuala Lumpur dan hampir dengan stesen

pengangkutan awam memudahkan lagi pelajar dan peserta UTMSPACE untuk

menghadiri kuliah dan program. Prasarana yang lebih baik juga disediakan.

Perkembangan terbaru ini membuktikan komitmen UTMSPACE untuk menyediakan

servis yang terbaik kepada pelanggan.

Melalui PPP, pelbagai bentuk program pembangunan profesional disediakan

(27)

27

industri dan agensi kerajaan melalui penganjuran kursus pendek sama ada secara public

mahupun in-house, sijil profesional, seminar dan persidangan. Semenjak penubuhannya

20 tahun yang lalu, UTMSPACE telah Berjaya menarik minat lebih daripada 60,000

orang untuk mengikuti kursus pendek.

UTMSPACE adalah Penyedia Latihan yang berdaftar di bawah Pembangunan

Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan

Malaysia (CIDB). Bagi kursus-kursus yang mendapat pengiktirafan CIDB, peserta akan

memperolehi mata CCD untuk tujuan pembaharuan semula syarikat masing-masing.

Kursus pembangunan insaniah mampu untuk meningkatkan kemahiran dan motivasi

supaya menjadi pekerja yang lebih baik dalam organisasi. Kursus teknikal pula mampu

untuk meningkatkan kemahiran seseorang dalam bidang yang diceburinya supaya lebih

berpengalaman dan terlatih.

Di samping kursus pendek yang lazimnya diadakan antara satu hingga tiga hari

setiap modul, UTMSPACE juga turut menawarkan Sijil Profesional di mana setiap Sijil

Profesional merangkumi 6 hingga 8 modul yang berkaitan dengan sijil yang akan

dianugerahkan kepada peserta. Antara program yang ditawarkan di bawah kategori ini

adalah Sijil Profesional Pengajian Islam, Professional Certificate in Coaching,

Professional Certificate in Construction Measurement and Estimating, Professional

Certificate in Construction Project Supervision, dan Professional Certificate in Business

English. Pada masa ini UTMSPACE sedang menawarkan 84 jenis Diploma Eksekutif dan

82 jenis Diploma Profesional (12 bulan pengajian) kepada golongan bekerja.

B. PSH di Universiti Kebangsaan Malaysia

Pada peringkat awal penubuhannya, Pusat Kembangan Pendidikan (PKP) telah diletakkan

di bawah Biro Rundingan dan Kembangan. Melihat kepada permintaan yang tinggi di

kalangan masyarakat dan tuntutan memenuhi keperluan masyarakat berilmu negara,

pengurusan PKP akhirnya bersetuju untuk menubuhkan satu lagi pusat yang mampu

memanfaatkan kepakaran UKM untuk pembangunan keilmuan dan ketrampilan. Pada

tahun 1999 Biro Rundingan dan Kembangan telah dinaiktaraf menjadi PKP yang ada

(28)

28

Sejarah tercipta sekali lagi apabila tahun 2006, PKP digabungkan dengan Pusat

Pengajian Berterusan bagi menumpukan khidmat peningkatan status akademik dan daya

saing para masyarakat yang sedang bekerja. Kini, PKP berusia 19 tahun dan masih lagi

meneruskan usaha perkembangan akademik bagi masyarakat Malaysia.

Diantara objektif penubuhan PKP adalah untuk menyediakan peluang

pembelajaran dan latihan kepada masyarakat dalam meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran kearah pembangunan modal insan. Selain dari itu PKP perlu menawarkan

program-program akademik dan profesional yang berdaya saing dan memenuhi keperluan

semasa. Bagi memastikan perkara ini tercapai proses penambahbaikan berterusan kualiti

program-program yang ditawarkan melalui PKP perlu sentiasa dipantau.

Ini bersesuaian dengan matlamat UKM untuk menjadi pusat keilmuan

terkehadapan, berteknologi dan berdaya saing dalam pelbagai bidang yang strategik bagi

memenuhi keperluan negara. Oleh itu, PKP nekad serta bertanggungjawab dalam

memainkan peranan penting, bagi menyokong salah satu teras Pelan Strategik

Pengajian Tinggi Negara-Melangkaui Tahun 2020 iaitu untuk ‘Membudayakan PSH’.

Langkah proaktif dan usahanya yang gigih mengembangkan laluan alternatif untuk

memperolehi ilmu dan meningkatkan penyertaan golongan bekerja senada dengan visi

UKM untuk menjadi universiti terulung yang menjadi pelopor inovasi bagi membentuk

mesyarakat dinamis, berilmu dan berakhlak mulia.

Penawaran pelbagai program fakulti yang berkualiti dengan kos yang kompetitif

di bawah kendalian PKP memberi ruang dan peluang kepada para eksekutif swasta,

pegawai sektor awam, para guru dan golongan yang bekerja amnya untuk melanjutkan

pelajaran tanpa meninggalkan pekerjaan masing-masing.

C. PSH di Universiti Malaya (UM)

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (PPBUM) mula ditubuhkan pada 1 April

1998 bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan bekerja bagi meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran mereka dengan mengikuti program sijil dan diploma

(29)

29

Pendidikan berterusan merupakan satu lontaran idea Allahyarham Tan Sri Dr.

Abdullah Sanusi merangkap Naib Canselor Universiti Malaya pada tahun 1998. Profesor

Dr. Leonard Yong yang merupakan salah seorang ahli akademik di Fakulti Pendidikan

Universiti Malaya telah mengorak langkah untuk menubuhkan satu pusat di bawah

Canselori bagi menawarkan kursus dan program pendidikan berterusan yang amat

diperlukan oleh warga kerja untuk meningkatkan lagi pengetahuan serta memberi nilai

tambah kepada kapasiti mereka. Sehubungan itu, pada 1 April 1998, bertempat di Aras 2

Bangunan Bakti Siswa Universiti Malaya, Allahyarham Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi

telah melancarkan penubuhan Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (PPBUM).

Pada tahun 1999, PPBUM berpindah ke Institut Pengajian Siswazah (IPS). Kemudian

berpusat di Blok A, Kompleks Kampus Kota Universiti Malaya (2003) dan kini di Wisma

R&D Universiti Malaya.

Sejak penubuhannya, PPBUM atau kini lebih dikenali sebagai University of

Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed) telah dinasihati oleh Majlis

UMCCed yang terdiri daripada Naib Canselor dan pengurusan tertinggi Universiti

Malaya untuk memberi pandangan tentang perjalanan program UMCCed. Majlis ini

dipengerusikan oleh Naib Canselor Universiti Malaya manakala Pengarah UMCCed

merupakan staf akademik Universiti Malaya yang dipinjamkan dari fakulti untuk

memperkemaskan lagi pentadbiran dan operasi dalaman UMCCed agar sejajar dengan

hasrat Universiti Malaya.

Sokongan dan komitmen staf juga amat penting dalam memastikan

kesinambungan UMCCed. Pada mulanya UMCCed hanya dikendalikan oleh empat orang

staf dan kini staf UMCCed telah bertambah kepada hampir 100 orang disebabkan oleh

penawaran program yang semakin meningkat bagi memenuhi permintaan pasaran.

Pada masa kini UMCCed telah menawarkan lebih kurang 25 program sijil dan

diploma eksekutif kepada golongan bekerja, terutamanya di sektor swasta. Hasil daripada

penawaran tersebut, hampir 20,000 graduan berjaya dilahirkan bagi program-program di

peringkat ini. Di samping itu, UMCCed juga telah banyak memainkan peranan dalam

mengurus lawatan sambil belajar dan latihan antarabangsa bagi pihak-pihak dari luar

negara seperti Amerika Syarikat, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka, Indonesia, Vietnam dan

(30)

30

Sebagai memenuhi komitmennya untuk menyumbang terhadap pembangunan

masyarakat, penubuhan UMCCed adalah berteraskan kepada usaha untuk melahirkan

sumber-sumber manusia yang terlatih dengan menawarkan perkhidmatan perundingan

pendidikan berterusan, program-program dalaman (in-house), seminar serta kursus-kursus

pada peringkat sijil dan diploma.

Untuk memastikan semua program benar-benar berjaya mencapai objektifnya,

satu Jawatankuasa Akademik telah dibentuk untuk membuat kajian terperinci, memberi

nasihat dan panduan berkenaan langkah-langkah pelaksanaan secara keseluruhannya.

Tumpuan diberikan terhadap setiap aspek yang berkaitan terutama sekali mengenai

struktur program, isi kandungan program, kelayakan para pensyarah dan kemudahan

pembelajaran yang berteraskan kepada kehendak pasaran kerja serta perkembangan

teknologi semasa. Setiap tenaga pengajar yang terlibat dalam kursus ini dipilih

berdasarkan kepada kelulusan akademik dan pengalaman mereka dalam bidang berkaitan.

Program-program yang dirancang bertujuan menghasilkan individu-individu yang

berupaya untuk mempamerkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengajian

mereka, penyelidikan dan amalan profesional yang bersesuaian serta proses-proses

pemikiran kritis, pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah.

Walaupun PPBUM telah ditubuhkan pada 1 April 1998, ia tidak termasuk dalam

senarai Unit-Unit dan Pusat-Pusat baharu yang ditubuhkan ketika itu untuk disahkan

dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Malaya (LPU) pada 9 Julai 1998. Ini menyebabkan UMCCed (nama baru PPBUM) tidak mempunyai rekod “legal status” seperti pusat-pusat yang lain. Usaha ke arah memperbetulkan “legal status” pusat ini telah

dijalankan beberapa kali sebelum ini, tetapi masih tidak menghasilkan suatu ketetapan

yang muktamad.

Mesyuarat Pengurusan UM pada 22 Mac 2006 bagaimanapun telah mengambil

maklum butir-butir dalam kertas penubuhan UMCCed yang bertarikh 27 Februari 2006

serta bersetuju mengesahkan penubuhan UMCCed dengan status dan kedudukan

(31)

31

dasar dan peraturan yang diwujudkan sendiri baik dari segi kewangan, pengambilan

kakitangan dan tawaran program.

Namun dengan ketiadaan rekod dan statut penubuhan, kesahan kewujudan

UMCCed dari sisi undang-undang masih menjadi persoalan yang berterusan. Mesyuarat

khas UMCCed dengan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Bahagian

Akademik, Pusat Pengurusan Penambah baik Kualiti (QMEC) dan Unit Perundangan

Universiti Malaya pada 5 Januari 2011 telah mengambil maklum akan isu tersebut dan

bersetuju supaya status UMCCed di bawah Universiti Malaya diperbetulkan terlebih

dahulu sebelum program Diploma UMCCed dapat diakredit.

Objektif kewujudan UMCCed sebagai PTj akademik di bawah Universiti Malaya

ialah untuk:

i) Membolehkan UMCCed beroperasi secara sah dalam usahanya untuk

menyumbang ke arah pembangunan industri secara kompetitif melalui peluang

pembelajaran dan latihan yang disediakan bagi golongan bekerja meningkatkan

ilmu pengetahuan dan kemahiran tanpa mengganggu tugas harian mereka, dan

ii) Memastikan program yang ditawarkan di peringkat sijil dan diploma akan dapat

diakreditasikan melalui proses swaakreditasi Universiti Malaya.

Penawaran program-program PSH melalui UMCCed sejak tahun 1998

sememangnya bertujuan memenuhi hasrat UM untuk menyalurkan kepakaran serta

memenuhi komitmennya memperkembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi

membudayakan PSH di segenap lapisan masyarakat.

Sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) akademik UM yang berautonomi,

UMCCed telah diberi mandat untuk menawarkan program di peringkat diploma, diploma

eksekutif dan sijil selain kursus-kursus pendek mengikut keperluan pasaran kerja.

Sambutan baik masyarakat khususnya warga bekerja terhadap program diploma eksekutif

telah menyaksikan perkembangan program ini dalam pelbagai bidang termasuk

(32)

32 iii. PSH di Politeknik

Politeknik juga menawarkan mod sambilan di beberapa buah politeknik di bawah

inisiatif PSH iaitu Kursus Secara Sambilan (KSS) dan Reskilling & Upskilling (R&U).

Program KSS dijalankan selepas waktu pejabat terutama pada hujung minggu. Majoriti

pelajar KSS adalah orang dewasa yang bekerja dengan tujuan memperoleh kelayakan

akademik di peringkat diploma. Pengajaran kurikulum, pendekatan pembelajaran dan

penilaian adalah sama dengan program sepenuh masa. Perbezaan hanya terdapat dalam

mod pelaksanaan. Program R&U adalah untuk peningkatan kemahiran bagi memperoleh

kemahiran baharu.

iv. PSH di Kolej Komuniti

Kolej komuniti merupakan hab PSH di negara ini (KPT, 2007). Kolej komuniti di

bawah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) telah mula membudayakan PSH

disamping menyediakan pendidikan dan latihan melalui program secara sepenuh masa

sejak tahun 2001. Kolej komuniti menyediakan pelbagai bentuk program yang

berteraskan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional di peringkat sijil dan

diploma. Sehingga kini terdapat 93 buah kolej komuniti di seluruh negara.

v. PSH di Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)

Selain UA, terdapat juga IPTS menjalankan program pendidikan jarak jauh. IPTS

utama yang terlibat secara aktif dalam program-program PSH seperti: Universiti Terbuka

Malaysia (OUM), Wawasan Open University (WOU), Universiti Tun Abdul Razak

(UNIRAZAK), Asia e University (AeU), Al-Madinah International University (MEDIU),

Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) dan lain-lain lagi.

Berdasarkan infrastruktur yang ada, rangkaian penubuhan, promosi kemudahan

pembelajaran dan pengajaran yang diketuai oleh Institusi swasta, mampu menjana dan

(33)

33 vi. Penglibatan Kementerian Lain

Kebanyakan program PSH yang dilaksanakan adalah di peringkat Nasional.

Sehingga 2017, terdapat 14 kementerian dan pelbagai agensi terlibat dalam melaksanakan

program PSH. Kementerian yang terlibat adalah:

1. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW);

2. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA);

3. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);

4. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

(KKWKM);

5. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM);

6. Kementerian Sumber Manusia (KSM);

7. Kementerian Pelancongan & Kebudayaan (MOTAC);

8. Kementerian Belia dan Sukan (KBS);

9. Kementerian Perdagangan, Antarabangsa & Industri (MITI);

10.Kementerian Kerja Raya (KKR);

11.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan

(KPNKK);

12.Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI);

13.Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar (NRE); dan

14.Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi (MPIC).

2.5. Pendidikan tinggi dan sifat siswazah

Dalam konteks hubungan antara PSH dan universiti-universiti yang dicadangkan

di atas, kebanyakan sistem Universiti pada tahun-tahun kebelakangan ini telah

berusaha untuk mempromosikan kemahiran generik di kalangan pelajar.

Berbanding dengan perspektif tradisional di mana pelajar dilatih untuk menguasai

kemahiran khusus atau kemahiran spesifik yang khusus kepada kursus pengajian

mereka, pelajar turut di latihan untuk memiliki satu set kemahiran generik yang

boleh digunakan untuk pelbagai tugas (Barrie, 2006; Pitman & Broomhall, 2009).

Keperluan untuk mempromosikan sifat siswazah kebanyakannya didorong oleh

faktor-faktor seperti kepercayaan bahawa satu set kemahiran tertentu diperlukan

Referensi

Dokumen terkait

Hal senada juga dikemukakan oleh pengguna jasa berdasarkan keterangan dari Hasriadi Abbas (wawancara, 22 Maret 2017): Petugas pelayanan telah melaksanakan prosedur

PW Fatayat NU Provinsi Lampung melakukan gerakan literasi politik saat akan menjelang pelaksanaan pemilihan umum, bahkan PW Fatayat NU Provinsi Lampung

Ketooligosakarida adalah potongan kitin dan kitosan yang memiliki rantai 20 atau kurang dengan berat molekul lebih besar dari 3900 Dalton.. Strategi memotong kitosan menjadi

Kemampuan untuk menentukan kehendaknya menurut keinsyafan tentang baik buruknya perbuatan tersebut adalah merupakan faktor perasaan (volitional factor) yaitu dapat

ROS merupakan sebuah middleware yang dilengkapi dengan tools dan library untuk membuat perangkat lunak robot, sedangkan Gazebo merupakan sebuah aplikasi simulasi

bahwa berdasarkan Pasal 2 ayat (3) Peraturan Menteri Dalam Negeri Nomor 12 Tahun 2019 tentang Fasilitasi Pencegahan dan Pemberantasan Penyalahgunaan dan Peredaran

terhitung sejak ditutupnya Rapat ini sampai dengan Rapat Umum Pemegang Saham Tahunan 2023 Perseroan, kecuali untuk Bapak John Raymond Witt dan Bapak Stephen Patrick Gore sampai

Makna Dakwah adalah mengajak kepada sesuatu yang diinginkan, mengubah dengan perkataan, perbuataan, dan amal (hal), sedangkan pengertian dari Dakwah Islam itu adalah